Saturday, June 28, 2014

UKHUWAH, IBU PEMBANGUNAN MANUSIA MENURUT PERSEPSI ISLAM

 (Disiarkan pada 28. 6. 2014)
Manusia hidup ditegakkan oleh kesepaduan umatnya. Masyarakat bersepadu membina mahligai ketamadunan hidup sebagai tunjang keluhuran perlembagaan pembangunan umat berdisiplin dan bertakwa kepada Allah S.W.T.. Penyatuan masyarakat akan membina kekuatan bersepadu kerana hidup ini tidak akan wujud tanpa kehadiran orang lain.
               Pembanguan wujud apabila ilmu itu ada disajikan. Ilmu merupakan zat pembangunan yang amat luas. Maka itu ilmu tidak dapat dikuasai semua oleh seorang kerana Allah wujudkan manusia dalam berbagai peringkat kekuatan mental yang boleh menerima ilmu dalam kadar tertentu sahaja mengikut fitrah Allah berikan kepada individu berkenaan.
Manusia yang paling tinggi kekuatan mental mentafsir ilmu Allah ialah Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallalla Alaihi Wasallam. Diikuti oleh orang yang mempunyai ingatan yang kuat atau photographic memory yang dikenali sebagai genius. Orang yang mempunyai kekuatan mental yang luar biasa adalah anugerah Tuhan untuk memimpinnya mengenali rahsia berbagai alam yang Allah taburkan di alam dunia mahu pun di alam ghaib. 
Manusia  wajar melahirkan bibit-bibit ukhuwah demi melahirkan kehidupan yang conducive dan bertamadun. Hormat menghormati antara sesama manusia menjadi sajian dalam melahirkan masyarakat penyayang serta proaktif serta berkerjasama dalam segala perlaksanaan ibadah kerana Allah.
               Hidup bertamadun wajar diikat dengan perasaan kasih sayang antara sesama maka itu Allah bekalkan manusia dengan dokumen wahyu-Nya sebagai petunjuk cara hidup yang diredhai-Nya. Untuk membolehkan manusia menggunakan dokumen wahyu tersebut Allah sediakan Pesuruh-Nya (Rasul) untuk mentarbiahkan manusia cara-cara hidup berlandaskan Al-Qur’an atau wahyu Illahi dan sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
Manusia diamanatkan sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan alam kehidupan, maka itu perasaan kasih sayang harus ada pada setiap individu mukmin terhadap setiap makhluk di alam ini. Kewajaran membudayakan perasaan kasih sayang terhadap makhluk lain menjadi ibadah kerana setiapnya berhak hidup demi kekuasaan Allah yang Maha Pencipta,  Maha berkuasa dan Maha Bijaksana.  Perasaan kasih sayang itu bersarang dalam hati setiap individu mukmin.
               Firman Allah dalam Al-Qur’an Surah Al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud(terjemahan): “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawapannya.”
               Hubungan hati dengan organ tubuh lainnya, sebagaimana raja yang bertakhta di atas singgasana yang dikelilingi oleh para pengawalnya. Seluruh  pengawalnya bergerak ke atas perintahnya. Dengan kata lain, bahawa hati itu adalah sebagai reactor pengendali atau remote control sekaligus pemegang komando yang paling hadapan. Oleh itu, semua anggota badan ada dibawah kendaliannya. Di dalam hati inilah anggota badan lainnya mengambil ketela- danan, dalam ketaatan atau penyimpangan. Organ-organ tubuh lainnya selalu mengikut dan patuh dalam setiap keputusannya.
Nabi Shallallahi Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh ini ada sepotong daging. Apabila ia baik maka baik pula seluruh tubuh, dan bila ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuh. Ketahuilah sepotong daging itu ialah hati.”
(HR. Bukhari & Muslim)
Hati inilah raja mereka, segala perintah wajib dilaksanakan dan semua menerima segala keputusannya. Setiap perbuatan mereka tidak akan lurus dan benar sebelum ada tujuan dan niat yang dikehendakinya. Hati ibarat pemimpin dan akan diminta pertanggunjawabnya atas yang dipimpinnya.
Kerana kedudukan hati yang tinggi inilah, sehingga ia menjadi sentral perhatian para
solehah (sufi; yang menggunakan tarikat, pergi memperolehi kebenaran hakikat dan kesucian
jiwa), untuk melembutkan dan meluruskannya serta menyiasati berbagai penyakit. Mengubati penyakit hati inilah, yang merupakan ibadah paling utama bagi manusia.               
Dengan ilmu, hati akan tergerak menyantuni jiwa membina jaringan ukhuwah, kelak akan menelurkan perasaan kasih sayang yang menjadi trust dalam mewujudkan kesatuan umat mencintai Allah yang Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pemberi terhadap segala nikmat, rahmat  dan kemanfaatan hidup. Maka itu hati yang hidup dan sihat akan sentiasa besama Allah dalam memimpin segala perlaksanaan ibadah. Maka itu hati yang hidup  akan sentiasa melihat alam kehidupan dalam prospektif ibadat.
Ada beberapa cara atau amalan untuk menghidupkan hati. Berzikir adalah merupakan ibadah batiniah yang terkadang boleh dinampakkan dalam zhahiriah, tetapi hakikat zikir adalah adanya perasaan dalam jiwa yang tetap mengingati Allah, sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Maha Besar, Maha Agung, Maha Bijaksana dan juga Maha belas kasihan kepada hamba-hamba-Nya.
Dengan demikian zikir adalah termasuk ibadah. Para ahli sufi meletakkan zikir sebagai jalan rohaniah untuk menuju Allah. Di dalam Al-Quran terdapat banyak perintah tentang zikir kepada Allah.  Firman Allah Surah Al-Azab ayat 41 yang bermaksud;
“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.”
Orang-orang yang beriman agar mengingati Allah (zikir) sama ada dengan perantaraan hati yang sematkan dan dipusatkan ke lubuknya, mahupun dengan perantaraan lidah yang diucap dan dilafazkan dengan sebanyak-banyaknya dalam segala hal dan keadaan sekuasa dan semampu-mampunya, kerana Allah itulah Tuhan yang memberi segala nikmat dan kurnia hidup kepada mereka.                                                                                                                                                                                                               Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 198 yang bermaksud:
“Maka apabila kamu telah bertolak dari “Aarafah, bezikirlah kepada Allah di al-Ma’syar al-haram. Dan berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah sebagaimana yang  dihidayahkannya kepadamu...”     
Firman Allah surah Al-Rum ayat 17-19 yang bermaksud:
“Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu petang dan di waktu subuh, dan baik-Nya lah segala puji di langit dan di bumi dan di  waktu tengah hari (Zuhur). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi  setelah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur). 
Firman Allah surah Al-Nisa ayat 103 yang bermaksud:
“Apabila kamu telah menunaikan solat, maka ingatlah Allah pada waktu berdiri, duduk dan berbaring.”
Keterangan ayat-ayat tersebut, maka jelas sekali bahawa Allah memerintahkan agar selalu berzikir atau ingat kepada Allah S.W.T., hal itu tentunya mengandungi berbagai hikmah yang sangat besar.
Hikmah-hikmah dari zikir Allah kurniakan iaitu dijelas dalam firman-Nya  surah Al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud:
“Seorang yang berzikir kepada Allah, maka mereka akan mendapat ketenangan batin. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram, kerana mengingati Allah ingatlah, hanya dengan zikir (mengingati Allah) hati menjadi tenang.”
Apabila seseorang itu bezikir kepada Allah, maka mereka akan merasakan ketenangan dalam jiwanya. Ini adalah rahsia yang boleh disahkan bagi mereka yang berzikir. Hal ini disebabkan kerana orang yang berzikir, maka mereka akan melalikan persoalan dunia, mereka akan hanya ingat kepada Allah S.W.T. saja.    
Dengan hilangnya beban persoalan dunia, maka di situlah akan lahir perasaan yang
tenang, aman, damai dan tenteram. Sebaliknya jika manusia itu melupakan Allah S.W.T., maka mereka  akan  merasa hidup sempit dan seterusnya akan gelisah, sebagaimana firman Allah S.W.T.: “Barang siapa yang  berpaling dari-Ku (tidak mengingati Allah S.W.T.), maka mereka akan hidup dalam kesempitan.” 
Hati mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, dan penjelasan hadis Rasulullah mengenai hati menunjukkan hati manusia itu  kadangkala bersih dan juga kadang-kadang kotor.
               Agar hati kita tetap bersih, maka ia mesti dibiasakan untuk berzikir, sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
               “Ubat penyakit hati itu ada lima perkara: “membaca Al-Quran, kedua solat malam (solat tahajud), ketiga beterusan zikir, keempat membiasakan berpuasa dan yang kelima bergaul dengan orang-orang soleh.”
               Apabila manusia hatinya bersih dari sifat-sifat tercela seperti hasad, marah dan sebagainya, maka orang tersebut  akan mencapai hakikat kebahagian. Sebab kebahagian adalah terkandung pada keadaan hati manusia, jika hatinya baik dan bersih, maka otomstik akan mencapai kebahagiaan.
               Bagi orang berzikir, maka Allah akan mengangkat darjatnya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
               “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepada mu berkenaan amal perbuatan yang terbaik dan paling bersih dalam pandangan Allah SWT. serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedakah emas dan perak serta lebih dari memerangi musuh-musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong lehermu?”kemudian para sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Beliau menjawab:”Zikir kepada Allah SWT.”( HR Baihaqi)
               Tiada orang yang paling merasa aman dan tenteram dalam hidup ini kecuali mereka yang selalu diawasi dan diperhatikan oleh Allah SWT ialah yang berzikir kepada Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud:
               “Ingatlah (zikirlah) kepada-Ku, nescaya Aku (ingat) kepadamu.”
               Ayat ini menyuruh kita mengingatkan Tuhan, nescaya Tuhan kelak mengingat kita, dan menyuruh kita mensyukuri-Nya, tetapi jangan sekali-kali kufur atau derhaka kepada-Nya. Suruhan zikir (mengingat Allah) disini, oleh para mufassirin dibahagikan kepada tiga bahagian:
               Pertama, mengingat Allah dengan lisan – bertasbih, tahmid dan tamjid – yakni mensucikan-Nya memuji-Nya dan menyanjung-Nya – yang merupakan bacaan-bacaan yang diucapkan oleh lisan.
               Kedua, mengingati Allah dengan hati – memikirkan kebesaran dan kekuasan Allah yang terdapat pada tanda-tanda ciptaan-Nya dan alam yang diciptakan-Nya – yang dapat difikirkan dengan mengambil contoh iktibar daripadanya.
               Ketiga, mengingati Allah  dengan anggota tubuh – dengan amalan dan kerja yang diperintahkan oleh-Nya  - seperti; sembahyang, puasa, berbuat baik, berusaha dalam segala rupa khidmat yang memerlukan kepada gerak anggota tubuh badan.
               Maka tiap-tiap manusia yang mengingati Allah dengan cara yang disebutkan  tadi, pasti Allah akan mengingat pula kepadanya. Orang yang mengingat Allah dengan mentaati-Nya, Allah akan mengingatnya dengan bantuan-Nya. Orang yang mengingat Allah pada masa lapang hidupnya dan sedang menikmati rezeki-Nya, Allah mengingatnya pada masa kesusahannya dan kemalangannya.
               Orang yang mengingat Allah dengan beriman dan mentauhaidkan-Nya, Allah akan mengingatnya dengan menjanji syurga dan keredhaan-Nya. Orang yang mengingati Allah dengan berhati ikhlas, Allah akan mengingatnya dengan kelapangannya pada waktu kesempitan. Mangingat Allah dengan sepenuh hati, dosanya akan Allah ampuni, dan mengingat Allah dengan berdoa, Allah kurniakan apa-apa yang dipinta.
               Sentiasa mengingati Allah bermaksud mencintai Allah maka itu kita merasakan kehadiran Allah dalam jiwa setiap detik hidup kita. Menghidupkan ukhuwah akan melahirkan kan kasih sayang antara sesama maka itu bibit-bibit kecintaan kepada Zat yang Maha pengasih dan Maha Penyayang akan terjelma.
               Mengingati Allah dengan sendirinya kita memelihara kebajikan rohani demi kesejahteraan hidup di akhirat kelak. Mementingkan kebajikan akhirat bermakna kebajikan dunia turut sama disajikan.

             

Saturday, June 21, 2014

ANTARA DUNIA YANG FANA DENGAN AKHIRAT YANG KEKAL ABADI

 (Disiarkan pada 21. 6. 2014)
Berbicara tentang dunia yang fana melahirkan satu nuansa untuk memahami hakikat kehidupan dunia yang kurang tenteram kepada jiwa kerana kehidupan dunia  sekarang ini diciptakan Allah bukan satu penghidupan yang sempurna. Satu kehidupan yang  sementara, kehidupan yang penuh dengan serba macam kekurangan, kekecewaan dan lain-lain. Keadaan demikian  digambarkan dalam firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al-Imran ayat 185 – 186 yang bermaksud (terjemahan):
               “Tiap yang berjiwa akan mengalami mati, dan tidak akan disempurnakan ganjaran kamu, kecuali pada hari kiamat. Kerananya, barang siapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka selamatlah dia. Sedang kehidupan dunia ini tidak lain hanya berada tipuan sahaja.”
               Amalan baik atau di sebaliknya, di dunia akan hanya dapat diberi ganjaran oleh Allah pada hari kiamat. Walau bagaimana pun di dunia ini pernah ganjaran itu dapat diterima secara tunai dengan tidak tertangguh-tangguh lagi. Dan sebelum datangnya hari kiamat, telah disonsong terlebih dahulu oleh peristiwa-peristiwa lain – sebagai pendahuluan – yang akan diterimanya  di dalam kubur.
               Hal tersebut  telah dikuatkan oleh kenyataan sebuah hadis marfu’ yang dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dan at-Tobari berbunyi, “kubur itu merupakan taman-taman syurga, atau lubang –lubang neraka”, yang bermaksud: Di dalam kubur, roh orang yang baik itu akan merasakan kenikmatan syurga, dan roh orang yang jahat pula akan merasakan seksa neraka.
               Orang yang dapat menghindarkan dirinya dari terkena seksa lalu berusaha untuk memperolehi pahala, berjayalah ia. Jelasnya, Allah itu ada menyediakan syurga dan neraka pembalasan amalan-amalan manusia. Dan manusia itu tidak dapat memasuki syurga sebelum ia menjauhkan dirinya – terlebih dahulu – dari neraka. Yang bermakna: Sebelum dapat  mengalahkan nafsu  kebinatangannya yang  sentiasa mengajaknya ke neraka, maka selama itu sukarlah baginya untuk memasuki syurga, dan dengan demikian payahlah ia akan terselamat atau memperolehi kejayaan.
 Antara dunia  dengan akhirat, kehidupan dunia merupakan medan yang menyediakan berbagai ujian yang mana manusia wajar memilih dipihak kemenangan demi mendapatkan keuntungan pahala untuk kemanfaatan kehidupan akhirat. Janganlah lupa akan kedudukannya sebagai manusia yang mesti memperlengkapkan dirinya dengan serba serbi ilmu pengetahuan, dan menghiasi dirinya dengan budi pekerti yang mulia serta akhlak yang tinggi. Kerana manusia itu bukanlah jenis haiwan yang mudah diperdayakan oleh kelezatan atau dikalahkan oleh kemewahan.
Ayat 186 surah yang sama membawa maksud:
“Sesungguhnya kamu akan dikenakan percobaan-perconbaan dalam harta dan diri kamu, dan sesungguhnya kamu akan mendengar banyak dari orang-orang yang diberi kitab dahulu sebelum kamu dan orang yang syirik akan celaan yang banyak. Dan jika kamu sabar dan takwa, maka itulah sebaik-baik urusan”
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji oleh Allah supaya berbeza antara yang mukmin dengan yang bukan mukmin, dan diketahui di mana yang baik dari yang buruk – itu ujian pada harta kamu; diuji dengan menguranginya atau menyuruh belanjakan harta tersebut ke jalan yang dituntut oleh syarak, di dalam segala bidang  kebajikan, derma dan bakti, guna meninggikan darjat  umat Islam, atau mengawalnya dari ancaman pencerobohan musuh. Dan juga ujian pada diri kamu, dengan mengorbankan jiwa  raga  di dalam medan pertempuran atau berjihad pada jalan Allah sehingga rela mati  dengan meninggalkan segala yang dikasihinya.
Ayat ini diturukan untuk memberi kesedaran kepada orang-orang mukmin janganlah
terkejut sampai hilang fikiran atau terperanjat sampai hilang pegangan bilamana ujian Allah
datang  menimpa ke atas harta mereka atau  diri mereka. Allah mengingatkan lagi akan adanya ujian Allah pada diri kamu itu iaitu: Demi sesungguhnya, kami ada mendengar  cacian, gangguan dan kata-kata yang tidak sopan – tersangatlah banyaknya – yang dilakukan oleh golongan orang-orang yang dituruni  kitab sebelum kamu (dari golongan Yahudi dan Nasrani) dan  dari golongan yang menyekutukan Allah (dari kaum musrikin), misalnya mengatakan “Allah itu miskin dan kami orang-orang kaya” juga lain-lain kata dusta yang direka-reka, menganiaya nabi dan cuba membunuhnya dan lain-lain seumpamanya.
               “Dan jika kamu sabar dan takwa maka itulah sebaik-baik urusan.” Kalau kamu sabar menghadapi berbagai-bagai ujian, tabah menghadapi bala’ dan malapetaka yang menimpa ke atas harta dan diri kamu, serta tahan tidak menghiraukan ejekan, celaan dan gangguan orang-orang Ahli Kitab dan musrikin, di samping itu tetap pula bertakwa kepada Allah – teruskan menjalankan perintah –Nya dan meninggalkan tegahan-Nya – sesungguhnya kesabaran dan takwa kamu itu setepat-tepat tadbir, iaitu  daripada perkara-perkara yang mesti dijadikan keazaman tiap-tiap seorang, kerana ternyata mengandungi keistemewaan dan kehoramatan.
               Az-Zuhri meriwayatkan: Bahawasanya Ka’ab bin al-Asyraf – seorang penyair bangsa Yahudi – kerap mencerca Nabi (s.a.w.) dan menghasut orang-orang kafir Quraisy supaya membencinya di dalam syairnya.
Adapun kedatangan Nabi (s.a.w.) di Medinah mendapati penduduknya hidup bercampur gaul di antara orang-orang Islam, orang-orang musrikin dan orang-orang Yahudi. Nabi (s.a.w.) berusaha menjadikan mereka semua hidup dalam suasana rukun dan damai. Akan tetapi orang-orang Yahudi dan musyrikin telah menyakitinya dan menyakiti sahabat-sahabatnya amat berlebihan.
Oleh itu, Allah menyuruh Nabi-Nya bersabar di atas yang demikian itu, dan  kepada orang-orang  tersebut Allah tujukan ayat “Dan akan kamu dengar dari orang –orang yang dituruni kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang menyekutukan itu cacian yang banyak” ini.
Iman dan takwa yang hidup subur pada diri seorang akan berbuah. Buah iman dan Takwa terus menerus sepanjang masa, tidak bermusim seperti buah-buahan. Buahnya di musim susah ialah kesabaran dan buahnya di musim senang dan beruntung ialah syukur. Di musim perang dan kekacauan buahnya ialah ketenangan, di kala bersalah ialah  ampunan dan taubat. Dan buahnya yang terus ada si segala musim, ialah rasa bahagia dan puas hati. Dan buahnya yang paling tinggi kedudukannya, ialah timbulnya perasaan “Cinta” terhadap Allah.
Bila seorang hamba sudah berhasil mendapatkan rasa cinta terhadap Allah, berubahlah dunia dan segala isinya
dalam pandangan hidupnya. Bayangkan bagaimana indahnya perasaan seorang pemuda mendapat kekasih sejantung hati dan
bagaimana bahagia dan leganya hatinya bila berada di samping kekasihnya itu.
Cinta seorang suami terhadap isterinya adalah hanya cinta kecil, sedang cinta  seorang hamba yang Iman dan taqwa terhadap Tuhannya adalah cita kaliber besar, cinta teragung  dan tertinggi, serta terindah, melebihi segala cinta. Dia merasa dirinya  selalu di samping Tuhan yang dicintainya, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya.
Bila orang sudah merasa cinta kepada Allah dan merasa diri selalu di samping  Tuhannya, ta’ satu perkara lagi yang dikhawatirkannya dalam hidup atau sesudah mati. Ta takut miskin atau melarat, ta’ takut  musuh siapa jua. Di mana sahaja dia berada, dia berada di samping Tuhannya.
Maka itu orang yang telah mengenal akan Tuhannya, sesudah Iman dan Taqwa (menjalankan segala ibadat dan perintah Allah), ia berjuang untuk mendapatkan rasa cinta terhadap Tuhan. Tinggi gunung akan didakinya, dalam jurang akan diharunginya, samudera
luas akan diselami dan direnanginya, jalan apa saja akan ditempuhnya sekali pun penuh onak dan duri. Ia akan memeras keringat berhabis tenaga, sekali pun akan mengorbankan seluruh harta atau jiwanya untuk memperolehi cinta terhadap Tuhan, dan agar dicintai oleh Tuhan.
               Ke arah itulah ditujukan perjuangan tiap-tiap orang yang beriman dan bertakwa itu. Umur panjang atau pendek, hidup susah atau senang, orang benci atau suka, tidak manjadi  persoalan dalam hidupnya, tidak menjadi halangan dalam perjuangan hidupnya.
               Allah berfirman Surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud (terjemahan): “Hai orang-orang yang beriman! Barang siapa daripada kamu murtad (berbalik ) dari agamanya (Islam), maka nanti Allah akan mendatangkan  sesuatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi  Allah, mereka bertimbang rasa terhadap orang-orang mukmin, berkeras terhadap orang-orang kafir, berperang  pada jalan Allah  dan tiada  takut celaan orang. Demikianlah kurnian Allah yang diberikan-Nya kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah itu luas  (kurnian-Nya )lagi maha mengetahui.”
               Datang peringatan Tuhan kepada orang-orang yang beriman, orang-orang yang telah menyatakan percaya kepada Allah dan Rasul, bahawa kalau kelak terjadi ada yang murtad di kalangan kamu, iaitu di kalangan orang-orang yang telah mengaku beriman, (murtad ertinya meninggalkan Islam dan kembali ke dalam kufur, membalik langka). Maka kalau hal ini kelak kejadian, tidaklah akan terhenti  perkembangan Islam. Ada yang murtad, tetapi  akan ada lagi masuk ganti  yang baru, yang bersih  Islamnya daripada yang murtad itu. Mereka masuk Islam kerana cinta kepada Allah dan Allah pun menghargai dan membalas cita mereka, tiada bertepuk sebelah tangan.        
               Di antara sebab-sebab yang membawa seorang  hamba cinta terhadap Allah adalah seperti berikut:
1      Sering membaca Al-Qur’an dan memahamkan isi dan maksudnya. Setiap ayat  dari ayat-
ayat Al-Qur’an yang berjumlah 6,376 ayat itu sekali pun menerangkan berbagai-bagai masalah dan kejadian, tetapi  intinya, tujuannya dan maksudnya adalah menerangkan kebesaran, keagungan dan rahmaniat Allah. Bila seorang  sering membaca Al-Qur’an dengan mengerti akan maksud dan tujuannya, pasti timbul padanya rasa cinta terhadap Tuhan. 
2    Sering  taqarruh (mendekatkan diri) kepada Allah dengan menjalankan ibadat-ibadat  sunnat sesudah menjalankan ibadat fardhu. Merasakan enak dan gemar melakukan berbagai-bagai ibadat, bukan saja menujukkan cinta terhadap Allah, juga menjadi sebab timbulnya, rasa cinta itu.
3    Memperbanyakkan zikir (mengingat Allah) dengan hati, dengan lidah, dan amal perbuatan yang diperintahkan dan digemari oleh Allah. Menzikirkan kalimat yang sangat disukai Allah iaitu: Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, La Haula wala Quwwata lla billah, dan la illaha illallah.
4      Berjuang menundukkan hawa nafsu yang nyata-nyat bertentengan dengan keredhaan Allah.
5      Pelajarilah nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya dan perbuatan-Nya.
6      Melihat segala ni’mat, kebaikan dan rahmat yang diturunkan Allah kepada kita sendiri.
7    Sering berkhalwat (bersunyi diri sendiri) menghubungkan jiwa sekujur perasaan kita dengan Allah, berkhalawat bermohon sambil berdo’a atau bermunajat kepada –Nya.
8     Bergaul dengan orang-orang salih yang menjadi kekasih Allah, mendengar kata-kata  dan nasihat-nasihat dari mereka.
9      Meninggalkan cakap-cakap kosong yang ta’ berguna
10    Menjauhi segala sebab yang membatasi antara hati kita dengan Allah s.w.t.
Dengan menempuh dan menjalani segala sebab dan hal-hal yang tersebut di atas ini, ke dalam hati dan jiwa kita akan mengalir rasa kecintaan terhadap Allah. Dan inilah yang mengakibat
kan kecintaan Allah terhadap kita.
               Menempuhi dunia yang fana yang segalanya bersifat semantara sahaja bukan keutamaan dalam hidup tetapi akhirat itu jugalah yang kekal dan abadi. Maka itu menjadi tangungjawab setiap mukmin menangani kehidupan dunia tidak dijadikan matlamat hidup tetapi dijadikan medan pertempuran antara agenda yang bermanfaat kepada kehidupan akhirat dengan kebahagian dunia semata.
               Adalah menjadi amanat dan tanggungjawab setiap individu yang beriman melengkap kan diri dengan ilmu pengetahuan untuk mengenali kebajikan rohani lebih diutamakan berbanding dengan kebajikan jasmani semata. Ilmu dan amal menjadi intipati perjuangan pembangunan kehidupan yang bahagia samada dunia dan akhirat.

               Dengan ilmu kita mengenali diri kita dan dapat melahirkan kecintaan kita kepada Allah kelak menjauhi segala larangan-Nya dan melaksanakan segala perintah-Nya. Muda-mudahan Allah s.w.t. sentiasa memberikan peluang dan kemampuan kepada kita untuk mencapai kedudukan cinta dan dicintai oleh Allah. Amin. 

Saturday, June 7, 2014

MURNIKAN PEMBANGUNAN DENGAN IMAN DAN TAKWA KEPADA ALLAH S.W.T.

 (Disiarkan pada 7. 6. 2014)
Orang yang beriman sentiasa mengingati Allah S.W.T. dan menginsafi segala kelemahannya serta merasa syukur terhadap nikmat dan rahmat Allah dalam hidup. Melihat alam kehidupan dengan segala isinya meningkatkan keimanan dan ketakwaan hati kepada kekuasaan Allah yang begitu memberi kenikmatan yang tidak terkira banyaknya.
               Bangun sahaja dari tidur  setelah melakukan sembahyang sunat tahajud dan bersedia ke masjid menyahut seruhan azan berkumandang di angkasa memanggil dengan kalimah  “Solat itu lebih penting dari tidur” atau “asolatu kairuh minanaum”, sebagai mukadimah memulakan hari yang baru dengan segala hidangan Allah yang sentiasa tidak putus-putus itu.
               Kita bernafas dengan udara yang bersih sebagai hidangan Allah kepada semua makhluk-Nya, menyegarkan perasaan di hati dan menimbulkan tenaga untuk bersedia melak- sanakan ibadah berupa pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara sebagai satu pembaharuan kepada hidup bertamadun.
               Kita hidup di alam nyata mempunyai tanggungjawab yang wajar dilaksanakan sebagai pemakmur alam kehidupan yang terbahagi kepada dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur rohani. Ketahuilah bahawa pancaindera manusia hanya mampu menjangkau alam  yang nyata yang wajar menjadi tanggungjawab sebagai amal ibadah dalam pembangunan jasmani.
               Ketahuilah saudara-saudara, bahawa pancaindera dan akal atau fikiran yang ada pada kita manusia, hanya sanggup menjangkau beberapa pengetahuan yang sedikit dan rendah sekali. Firman Allah Al-Qur’an surah Bani Israil ayat 85 yang bermaksud:
“Dan tidaklah diberikan kepada mu ilmu pengetahuan kecuali sedikit sahaja.” 
Di sebalik alam benda yang merupakan binatang-binatang dan planit-planit dengan segala isinya, ada lagi alam yang lebih luas, yang bukan terdiri dari benda. Ia tidak dapat dicapai oleh pancaindera, yang dinamakan alam Gaib, sebagai imbangan dari alam nyata iaitu, alam benda.
Alam Ghaib jauh lebih luas dan lebih hebat dari alam benda yang nyata ini. Sungguh hebat  alam malakut dan alam akhirat ini. Sayang kita tidak dapat menangkapnya  sekarang. Di antara alam ghaib  ialah alam roh yang ada dalam diri  kita masing-masing. Roh itulah yang menyebabkan kita hidup, berperasaan, berpengetahuan, dan berkesedaran.
Bila roh keluar dari jasad kita  akan menjadi busuk dan hancur, kerana roh itu menyebabkan kita hidup. Roh itu tidak mengalami mati, ia kekal dan abadi. Sebab itu memang ada hidup sesudah mati, iaitu hidupnya roh-roh manusia tanpa tubuh. Inilah yang dinamai alam barzah. Alam barzah bererti alam perbatasan antara alam hidup dunia sekarang ini dengan hidup akhirat nanti.
Hidup di dunia dipengaruhi oleh matahari, bintang-bintang dan palanit-pelanit, maka itu seluruh keadaan dan kehidupan di dunia ini selalu mengalami perubahan-perubahan. Nanti akan terjadi perubahan begitu rupa, sehingga tidak mungkin akan ada lagi hidup di dunia ini. Semua yang bernama hidup (bernyawa) akan mati. Kematian yang total inilah yang dinamakan kiamat iaitu berakhirnya segala hidup di dunia ini.
Maka itu kehidupan dunia ini adalah kehidupan sementara yang amat pendek jangka waktunya, sedang kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang tidak terbatas jangka waktunya, iaitu satu macam kehidupan yang kekal dan abadi selama-lamanya.
Firman Allah, dalam Al-Qur’an surah Al-Ankabuut ayat 64 yang bererti: “Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali, mainan dan permainan sahaja, sedang kehidupan akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka (manusia) mengetahui atau menginsafi.”
Dunia ini adalah merupakan tempat senda gurau dan bermain-main sahaja serta
menjadi  tempat untuk mencari kesenangan bagi orang-orang yang  menyekutukan Tuhan.
Dunia ini adalah sangat terbatas tempohnya, dan keadaannya yang ada ini tidak pula kekal. Sedangkan kampung akhirat itulah sebenar-benar tempat kediaman dan kehidupan yang kekal. Kalaulah hal ini diketahui oleh orang-orang yang syirik dan yang menyekutukan Allah, tentulah mereka tidak mahu mengutamakan kehidupan di dunia ini dan mementingkannya kerana cepat sekali hilangnya, dan lambat laun akan ditinggalkan juga.
               Bertakwa kepada Allah mempunyai tiga ciri-ciri yang membentuk manusia untuk merendah diri sabagai hamba Allah. Tidak ada ciptaan Allah di atas bumi ini yang berhak untuk merasa sombong melainkan Allah sendiri kerana Dialah mewujudkan segala-galanya untuk kemanfaatan segala bentuk kehidupan dalam alam ini.
               Perkataan takwa terbitnya dari tiga huruf iaitu “ ta’ ”,  “Qaf”  dan “Wau” dan masing-masing membawa makna yang  tersendiri. Ta’ dari perkataan tawadhu yang membawa makna rendah diri, tidak mahu dipuji dan tidak angkoh dan tidak sombong dan mempunyai sikap ketahanan mental. Pemimpin yang berwibawa adalah golongan manusia yang mempunyai pembawaan diri yang bersifat tawadhu
               Syadina Abu Bakar setelah dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin mereka berkata: “Saya telah dipilih oleh kamu untuk memimpin tuan-tuan. Kalau saya benar bantu saya tetapi kalau saya lari dari kebenaran tegur saya..”
Inilah contoh orang yang bersikap tawadhu. Dia tidak meloncat sombong  setelah dipilih, malah kalau boleh dia monolak perlantikan itu tetapi oleh kerana kecintaannya kepada  rakyat yang inginkan kepimpinan yang berwibawa maka ia menerima dengan penuh harapan agar rakyat berganding bahu membantunya. Ia dengan hati yang ikhlas dan terbuka bersedia menerima kritikan dari rakyat yang dipimpinnya.
“Qaf”, terbit dari perkataan Qanaah yang membawa maksud merasa cukup dengan apa yang ada. Dia faham bahawa pemberian Tuhan itu adalah memadai baginya setimpal dengan perlaksanaan ibadahnya. Ia tidak tamak dan haloba. Misalan, seorang pemimpin berkata: “Kalau rakyat saya lapar biarlah saya jadi orang yang pertama merasa kelaparan. Tetapi kalau rakyat saya merasa kenyang biarlah saya jadi orang yang terkhir merasa kenyang.”
Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain. Qanaah adalah  modal yang paling teguh untuk menghadapi penghidupan, menimbulkan kesungguhan hidup yang betul-betul (energy) mencari rezeki. Jangan takut dan gentar, jangan ragu-ragu dan syak, mantapkan fikiran, teguhkan hati, bertawakal kepada Tuhan, mengharapkan pertolongan-Nya, serta tidak merasa kesal jika ada keinginan
yang tidak berhasil, atau yang dicari tidak dapat.  
Dan huruf “wau” terbitan dari perkataan takwa membawa maksud terpelihara baik subahat lebih-lebih lagi yang haram. Tidak sama sekali mendekati rasuah. Amalan rasuah menjadi amalan kebiasaan orang terutama sekali dalam mendapatkan “tender” atau sebut haraga untuk melaksanakan sesuatu projek pembangunan.  
Tahukah anda bahawa budaya rasuah merupakan bibit-bibit kemaksiatan dalam hidup yang mengundang manusia ke jalan yang diharam oleh Allah s.w.t. Segala penghasilan dari budaya rasuah menjadi pusaka turun temurun keluarga yang membudayakannya. Keuntungan dunia yang diperolehinya menjadi tikit masuk ke neraka jahanam.                                                          
               Manusia melaksanakan ibadah sembahyang membentuk hidup berdisiplin. Dalam mengerjakan sembayang atau berkomunikasi dengan Allah, bahagian badan kita yang amat penting dalam hidup manusia ialah bahagian kepala di mana letaknya otak untuk berfikir dan memahami hidup sebagai hamba Allah.
               Tetapi apabila kita sujud kepada Allah kepala kita letakkan sama rendah dengan telapak kaki –Allahuakbar! menunjukan bahawa manusia sujud menandakan kerendahan diri di hadapan Allah S.WT.. Dalam mengolah aktiviti kehidupan, umat Islam harus memimpin diri supaya sentiasa menjaga diri jangan sampai hilang pedoman dan membelakangi Allah yang berkuasa terhadap segala-galanya dalam hidup ini.
               Tiada yang dibanggakan oleh manusia dalam hidup ini kerana segalanya yang ada pada diri manusia itu adalah kepunyaan Allah demi kemanfaatan kepada kehidupan manusia. Setiap detik masa berlalu rahmat Allah sentiasa bersama kita. Kita hidup, kita tidur, kita bernafas, kita melihat dan kita berfikir adalah semuanya fitrah dari Allah s.w.t. Manusia hanya menumpang untuk meneruskan hidup di dunia ini.
Kita hidup kerana adanya roh kepunyaan Allah. Kita tidur kerana Allah beri badan kita rehat untuk bersedia melaksanakan ibadah pada esok harinya. Kita bernafas dengan udara yang bersih kepunyaan Allah. Udara itu masuk dalam jasad melalui rongga hidung dan kita menggunakan organ paru-paru kepunyaan Allah. Udara yang mengandungi oksijen kepunyaan Allah digunakan sebagai tenaga kita untuk terus hidup. Maka itu kewajaran untuk tidak melupai Allah menjadi pangkal kepada segala aktiviti kehidupan.
Melaksanakan aktiviti tersebut wajarlah dihiasi dengan iman dan takwa kepada Allah yang akan menjemput jiwa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah yang tidak ternilai pentingnya kepada kita sebagai hamba Allah.
Allah namakan dirinya Al-Rahman dan Al-Rahim ertinya  Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan adalah zat yang penuh dengan kasih dan sayang terhadap makhluk-Nya. Segala yang kelihatan dan didengar tanpa kecualinya adalah rahmat Allah. Bumi dengan segala isinya, matahari dengan cahayanya yang memancar, bulan dengan sinarnya yang lunak, bintang dengan sinarnya yang berkedip-kedip, semua itu  adalah rahmat atas kasih sayang Allah. Itulah rahmat Allah yang kelihatan.
Ada rahmat Allah yang ta’ dapat  kita lihat, tetapi dapat kita rasakan. Perasaan enak dan nyaman ketika kita makan dan minum, perasaan enak atau nyaman ketika kita melihat pandangan yang indah adalah rahmat Allah yang jauh lebih  tinggi dari benda yang kelihatan. Apa lagi rahmat Allah yang berupakan cinta kasih terhadap anak isteri dan keluarga kita atau terhadap manusia umumnya, adalah rahmat Tuhan yang jauh lebih  tinggi lagi dari rahmat pertama dan kedua tadi.          
Cobalah bayangkan apa rasanya dan apa ertinya hidup kalau tidak ada rasa cinta dan kasih terhadap anak dan isteri, tehadap manusia dan keluarga. Firman Allah Surah Al-Ruum ayat 21 yang bermaksud:
“Sebahagian dari tanda (rahmat) Allah, bahawa Allah telah menjadikan bagimu isteri agar kamu dapat bersenang-senang dengan mereka dan Allah timbulkan antara kamu dan isteri kamu rasa cinta dan kasih sayang. Dan dalam hal ini terdapat tanda kekuasaan Allah bagi orang yang dapat berfikir.”
Firman Allah Surah Al-Qashash ayat 73 yang bermaksud:
“Dan sebahagian dari rahmat Allah, ialah bahawa Allah telah menjadikan siang dan malam untuk kamu, agar kamu dapat berhenti melepaskan lelah dan supaya kamu dapat mencari kurniaan Allah. Dan mudah-mudahan kamu bersyukur kepada Allah.”
Rahmat Allah yang berupakan malam dan siang, bukanlah rahmat yang kecil, tetapi adalah rahmat yang maha besar dan penting. Dalam ayat 71 Surah Al-Qashash Allah berfirman yang bererti:
“Tanyalah  kepada manusia ini Muhammad, bagaimanakah dan apakah yang akan terjadi sekiranya Allah hanya menjadikan malam terus menerus sampai hari kiamat.”
Bila Allah menjadikan malam terus-menerus, maka semua manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan akan mati dan musnah seluruhnya, kerana tidak ada makhluk yang dapat hidup dengan tidak mendapat cahaya atau sinar matahari, maka keadaan hawa akan menjadi dingin sedingin-dinginnya, jauh di bawah kosong darjah sehingga manusia ta’ ada sanggup menahannya,  darah akan kaku dan beku, jantung dan paru-paru  ta’ dapat bergerak sehingga
manusia pasti mati dalam beberapa hari sahaja.
               Begitu juga keadaan jika Allah menjadikan siang terus menerus maka seluruh manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan akan mati dan musnah pula, kerana bila siang terus menerus, ertinya manusia dan seluruh makhluk yang hidup di permukaan bumi ini akan disiram dengan sinar matahari terus menerus dan ta’ hentinya, sehingga manusia dan semua makhluk lain ta’ sanggup menangungnya sehingga semua harus  mati dan musnah, semuanya harus terbakar menjadi abu.

Friday, May 16, 2014

IBADAH DUNIA WAJAR SERASIKAN DENGAN AKHIRAT

 T(Disiarkan pada 17. 5. 2014)
Kehidupan dunia adalah buat sementara waktu sahaja maka akhiratlah yang kekal abadi. Oleh sebab perjalanan hidup itu dari dunia menuju ke akhirat maka semestinya setiap amal ibadah  menangani kehidupan dunia sewajarnya serasi dengan khidupan akhirat nanti. Tanpa kesera- siannya akan mengundang kecelakaan diri yang akan membuka pintu neraka  menanti kedata- ngan kita.
               Hidup di dunia merupakan ibadah kerana Allah. Segala amal perbuatan atau aktiviti dalam memurnikan kehidupan dikategorikan sebagai ibadah dalam menangani hidup di dunia. Walau bagaimanapun usaha demikian merupakan tawakal kepada Allah demi mendapatkan redha serta pahala sebagai tikit untuk hidup ke dunia akhirat (syurga).
               Pahala dari Allah s.w.t. amat penting dalam kehidupan ini demi kebajikan rohani kita. Ibadah adalah dalam dua kategori iaitu kemanfaatan kepada kebajikan jasmani dan kemanfa- atan kepada kebajikan rohani kita. Jasmani dalam kehidupan akan berubah menjadi tua dan akan mengalami mati apabila ia berpisah dengan roh, manakala rohani tidak mengalami keadaan demikian. Rohani kita kekal hingga bertemu semula dengan jasad setelah berlakunya hari kiamat besar-besaran kelak akan menemui Allah, azzawajallah selaku penciptanya.
               Jasmani asalnya dari tanah dan akan kembali kepada asalnya setelah selesai agenda kehidupan dunia tetapi unsur rohani adalah asalnya kepunyaan Allah dan akan kekal sehingga bertemu dengan Zat yang Maha Pencipta di akhirat nanti. Maka itu adalah wajar ibadah dunia ada kesarasiannya dengan kehidupan akhirat demi kemanfaatan rohani untuk bertemu dengan Allah.
               Segala aktiviti dunia  yang dikategorikan sebagai ibadah tidak semudanya difikirkan perlaksanaannya tanpa keredaan Allah s.w.t. kerana makhluk syaitan dan iblis sentiasa menanti peluang untuk memporak-poadakan ibadah kita. Iman seseorang juga tidak ada jaminan boleh bertahan lama apabila iblis sudah menjalankan usahanya hendak menyesatkan atau mengelincirkan manusia dari landasan yang diredhai Allah.
               Kelemahan makhluk manusia dalam menangani pembangunan kehidupan sering berpunca lepada kelemahan manusia sendiri sebagai pemain dalam mengolah ibadah. Tabiat melupkan Allah menjadi penghalang kepada kemanfaatan hidup beriman. Apabila ibadah itu telah melupakan Allah maka tidak ada arah tuju usaha kita selain dari melayani peranan iblis dan syaitan. Maka ibadah dunia tidak ada kesarasian  dengan dunia akhirat.
               Keutamaan amal ibadah dalam aktiviti pembangunan di dunia ialah hubungan manusia dengan Tuhan. Kelupaan manusia terhadap Tuhan telah menjadikan wang dan harta bukan menjadi sumber kebahagian, tetapi akan menjadikan sumber berbagai kesengsaraan dan kecelakaan.
Segala amal ibadah atau activiti kehidupan dunia sewajarnyalah dimurnikan dengan kalimah “Bisimillahirahmanirahim”; untuk mendapat berkat atau izin dari Allah agar kita dibekalkan dengan hidayah dan petujuk serta dijauhi dari godaan syaitan dan iblis. Dengan cara demikian hubungan manusia dengan Tuhan sentiasa terpelihara. Dalam eri kata lain ibadah yang kita laksanakan diserasikan dengan akhirat (Tuhan).
Amal Ibadah yang telah berjaya dilaksanakan menuntut kita untuk mengucapkan “Alhamdulillah” kerana segala puji Allah sewajarnya ada kerana tidak ada kewujudan sesuatu tanpa kekuasaan Allah s.w.t. Kita mohon restu dari Allah dan kita imbali dengan rasa syukur sebagai ucapan  terima kasih kepada pemberianNya.
Manusia berfikir dalam menterjemahkan amalan kepada pembangunan kehidupan, kita gunakan otak sebagai fitrah Allah berikan kepada kita. Ilmu yang disajikan dalam melaksanakan ibadah kita rasa terhutang budi kepada Allah kerana ilmu itu Allah yang punya dan kita hanya sebagai alat dengan menggunakan segala fitrah Allah yang ada dalam diri manusia itu. Maka itu wajarkah kita mengucap “Bismillahirahmanirahim” kepada setiap kali melaksanakan ibadah kita dan mengimbali dengan kalimah “Alhamdulillah” apabila kita selesai melaksanakan ibadah berkenaan.
Ini wajar kerana jika menjadi amalan dalam hidup akan Allah sentiasa merestui ibadah kita kelak akan menghadiahkan pahala yang merupakan makanan kepada rohani kita. Maka itu hubungan manusia dengan Allah sentiasa terpelihara maka itu Allah sentiasa tidak melupai hambah-Nya yang sentiasa mengingati-Nya.
Kelupaan manusia terhadap Tuhan, meskipun akan menjadikan pangkat, kedudukan yang tinggi dan kaya raya, tetapi itu  kesemuanya bukan menjadi sumber kebahagian dan kesenangan, sebaliknya menjadi sebab berbagai kegelisahan dan kesangsaraan batin. Manusia wajar sedar bahawa segala kejayaan yang diperolehi adalah pemberian Tuhan kerana tidak ada yang datang dengan sendirinya.
               Bila di antara pembaca yang kaya dan berpangkat tinggi terasa kegelisahan, itu adalah disebabkan kerana saudara ta’ berhubung baik dengan Allah. Kalau kita biarkan semua manusia lupa kepada Tuhan, akhirnya seluruh rahmat dan nikmat akan diganti Tuhan dengan laknat dan bahaya yang menakutkan. Begitulah Sunnah Allah yang berlaku dalam kehidupan manusia.
               Nikmat mempunyai mata sebagai contoh, manusia tidak tahu betapa pentingnya mempunyai mata dan dapat melihat alam ini. Hidup dengan nikmat mata atau penglihatan merupakan punca segala kebuasan, kemaksiatan, keganasan dan kelupaan manusia kepada Allah.
Melihat keindahan alam serta dengan segala isinya tidak tergerk hati untuk mensyukurinya jauh dari merasa syukur kepada Allah yang Maha pencipta alam itu. Indah dan cantiknya sekuntum bunga ros dengan semerbak bau wanginya, tetapi lebih indah lagi yang pencipta bunga ros. Secantik rupa seorang gadis dengan senyuman yang menyerikan si lesung pipitnya tetapi jangan terpegun kerana penciptanya adalah lebih cantik dan lebih mulia berbanding dengan makhluk yang dicipta-Nya.
Tetapi jika Allah tarik balik nikmat mempunyai mata maka dengan sendirinya segala amal perbuatan yang menyongsangkan kemurnian hidup akan dapat ditinggalkan dengan sendirinya. Mereka yang  hidup tanpa mata akan sentiasa mengingatkan Allah malah sentiasa memuji-Nya atas segala ciptaan-Nya yang tidak terkira banyaknya.
               Semua harta kekayaan, ilmu pengetahuan, alat dan teknik akan dijadikan manusia sumber kecelakaan dan kesengsaraan dalam hidup. Manusia perlu selalu diingatkan terhadap Tuhan agar mereka takut berbuat kejahatan. Kalau manusia tidak diingatkan kepada Tuhan, bererti tidak ada yang mereka takut dalam hidup ini. Itulah sebabnya mereka berbuat sekehendak hatinya di muka bumi ini.
               Dunia yang kita diami ini pernah mengalami penuh kebahagian dan kesenangan, iaitu dikala manusianya sama insaf dan sedar, sama ingat kepada Allah. Tetapi dunia yang kita diami ini pernah mengalami penuh dengan kacau bilau, berbagai kerusuhan dan  ketidak-amanan, iaitu  dikala manusianya sudah sama lupa kepada Tuhan, sudah sama tidak takut dan gentar terhadap-Nya.
               Di zaman moden ini manusia disibukkan dengan berbagai kesibukan dunia meng- akibatkan manusia yang berakal pun turut sama menghadapi kekuwatiran dalam hidup seperti ekonomi, rumah tangga, di peringkat nasional dan intenasional. Soal bagai manapunpun modennya janganlah manusia dibiarkan lupa terhadap Tuhan. Dengan lain perkataan, manusia harus selalu berhubungan dengan Tuhan.
               Firman Allah Surah Ali Imran ayat 112 yang bermaksud (terjemahan): “Ditimpa kepada mereka kehinaan (kesengsaraan kekhawatiran) di mana saja mereka berada, kecuali
kalau mereka berpegang  (berhubungan) dengan tali Allah dan (hubungan) manusia.”
               Ayat ini menjelaskan bahawa penghinaan tersebut tidak  akan lenyap selagi mereka belum berpegang dengan tali Allah iaitu janji-Nya yang juga janji mereka dahulu dengan Allah untuk memasuki Islam, dan berpegang pula dengan tali perdamaian di antara mereka dengan manusia iaitu menjadi Ahli Zimmah (orang yang dilindungi dengan pembayaran jizyah). Jizyah adalah ufti yang dibayar oleh  orang (negara) yang bukan Islam kepada raja (negara) Islam yang menakluknya.
               Firman Allah Surah Al-Hasyar ayat 19 yang bermaksud (terjemahan): “Jangan kamu seperti orang  yang lupa terhadap Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka, sehingga mereka menjadi orang Fasiq (jahat).”
               Kelupaan kepada Allah menyebabkan manusia menjadi hina, rendah melarat dan menjadi jahat. Mengingatkan manusia terhadap Tuhan, bererti melenyapkan kehinaan, kemalaratan dan kejahatan.
               Menurut tafsir  dari Ibnu Katsir: “Janganlah  kamu lupa mengingat  kepada Allah, atau zikir. Kerana bila kamu  telah lupa mengingat Allah, Allah pun akan membuat lupa apa-apa yang patut dikerjakan untuk kepentingan dirimu sendiri, yang akan membawa bagimu di akhir kelak kemudian hari.
               Ibnu Qayyim menulis tentang tafsir  ayat ini dalam kitabnya “Darus Sa’ada” (Negeri Bahagia) mentafsirkan bahawa barang siapa yang lupa kepada Tuhannya, Tuhan akan mem- buatnya lupa kepada dirinya sendiri, sehingga  dia tidak mengenal lagi siapa sebenarnya dirinya dan apa yang perlu untuk kebahagaian dirinya. Bahkan dia pun akan dibuat  lupa apa jalan hidup yang akan ditempuhinya untuk kebahagian dirinya sendiri baik untuk kehidupan dunia sekarang atau kehidupan akhirat kelak, sehingga dia hidup dalam kekosongan  dan hampa, sama saja dengan binatang  ternak yang dihalau-halau.
               Ibadah dunia wajar diserasikan dengan akhirat membawa maksud menyeruh manusia ke jalan Allah dan mengerjakan kebajikan. Menyeru manusia ke jalan Allah itu lebih baik, lebih penting dan lebih mulia berbanding memberi makan dan pakian fakir miskin yang hidup melarat dan terlantar.
               Sebabnya ialah kerana menurut ajaran Allah dan kepercayaan serta keyakinan para Nabi dan Rasul bahawa kehidupan di dunia sekarang ini adalah satu kehidupan yang amat pendek waktunya dan amat kecil nilai dan ertinya. Satu kehidupan yang berjangka waktu kira-kira 60 atau 70 tahun, atau lebih atau kurang.
               Sesudah kehidupan di dunia yang amat terbatas, akan ada kehidupan akhirat yang ta’ terbatas jangka waktunya, satu kehidupan yang maha luas, maha besar dan maha penting, dan maha hebat sekali.
               Bila kita menolong manusia yang fakir dan miskin dengan makanan dan pakaian, atau kita menyelamatkan jiwa mereka dari bahaya banjir atau tenggelam, atau lain-lain pertolongan dan pekerjaan, itu semua bererti menolong mereka atau menyelamatkan mereka dalam kehidupan yang amat kecil ini, bererti satu pekerjaan atau pertolongan yang kecil pula.
               Tetapi bila menyeru mereka untuk beriman dengan Allah dan melakukan perbuatan yang baik di dalam hidup di dunia ini, itu bererti yang kita menyelamatkan mereka dalam kehidupan akhirat yang ta’ terbatas jangka waktu dan maha luas sekali.
               Allah dan para Rasul, begitu juga orang-orang yang beriman yang yakin tanpa ragu-raguan tentang khidupan di akhirat itu, merasa beruntung sekali bila berhasil dapat membawa seorang manusia sehingga beriman kepada Allah  dan melakukan kebajikan. Bererti  yang sudah berhasil dapat membebaskan orang itu dari azab siksa  akhirat yang ta’ terbatas jangka waktunya.
               Berdasarkan hal-hal yang tersebut, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam dengan tegas berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Jika Allah dapat memasukkan petunjuk pada seseorang dengan perantaraan engkau, maka itu adalah lebih baik dan lebih berharga daripada seluruh  harta kekayaan yang ada di atas dunia ini.”
               Dengan harta kekayaan berapa saja banyaknya, kita hanya dapat menolong dan menyelamatkan seorang dalam kebuntuhan hidup di dunia ini saja.
               Beberapa banyaknya  orang-orang beriman yang beribadat dan salih, tetapi isteri dan anak-anaknya sendiri tetap liar ta’ kenal Tuhan, agama, bahkan mengejek dan menentang  terhadap Allah dan agama-Nya.

               Kerana itu, kepada semua Rasul-rasul dan orang-orang yang akan bekerja menyeru mansia ke jalan Allah, Allah memberikan pedoman-pedoman (cara) bekerja tertentu, yang kalau cara-cara itu kita penuhi dan jalankan dalam menyeru manusia kepada Allah, insya Allah akan berhasillah apa yang kita cita tuju itu. 

Saturday, May 10, 2014

MATA HATI YANG MEMBANGUN

 (Disiarka pda 10. 5. 2014)
Mata hati membawa maksud pemikiran atau melihat dalam hati mengenai pengalaman yang telah dilalui atau dialami. Untuk memetahkan pembangunan seharusnya menggunakan mata hati atau kemahiran berfikir apa yang hendak dibangunkan. Satu agenda biasa dilaksanakan oleh setiap badan-badan kerajaan ialah mengadakan lawatan sambil belajar di negara-negara yang telah membangun.
Tujuannya ialah memberi satu incentive atau perangsang kepada perajurit pelaksana pembangunan satu-satu negara serta melihat bentuk apa pembangunan yang sesuai dilaksana kan demi memertabatkan pembangunan satu-satu sektor.
Walau bagaimana pun terdapat individu tertentu yang mempunyai visi serta wawasan pembangunan yang tersendiri tidak memerlukan agenda tersebut dilaksanakan. Dalam kontek ini manusia seharusnya membudayakan tolong menolong dalam mewujudkan pembangunan tamadun kehidupan kerana ilmu itu amat luas dan tidak dapat dikuasai oleh seorang. 
Allah berfirman kepada Nabi Musa a.s. bahawa ilmu itu amat luas dan tidak dapat dikuasai oleh seorang. Firman Allah demikian yang ditujukan kepada Nabi Musa a.s. apabila beliau merasa meggah dalam hatinya dan mengisytiharkan diri bahawa dialah mempunyai ilmu yang tinggi di alam ini kerana ia berjaya menjatuhkan kerajaan Firaun, dan membelah lautan dengan menggunakan tongkatnya. Ia juga dapat berkomunikasi secara langsung dengan Allah.
Oleh Allah, diperintahkan Nabi Musa untuk mengikuti Nabi Khidjir buat seketika. Nabi Musa mengikuti Nabi Khidjir ke mana ia pergi dan menyaksikan perlakuan Nabi Khidjir yang mengikut Nabi Musa, tidak bermanfaat sekali. Nabi Khidjir mempunyai keilmuan yang jauh lebih luas daripada Nabi Musa. Nabi Khidjir boleh melihat kejadian-kejadian sesuatu fenomena di masa akan datang.
Manusia sebagai makhluk berakal selalu berfikir, menyelidik dan menetapkan kesimpulan-kesimpulan dari apa saja yang difikirkan dan diselidiki itu. Dan berdasarkan atas kesimpulan dari pemikirannya itulah dia bertindak, berbuat dan berlaku dan baiklah segala laku dan perbuatan yang dihasilkan manusia itu. Tetapi bila jalan pemikirannya salah, maka akan salah, akan buruk dan akan jahatlah segala laku dan perbuatan yang keluar dari manusia itu.
Orang-orang yang jalan pemikirannya benar, sehingga tindakan perbuatannya benar dan baik, orang itu dikatakan mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah. Sedang orang yang jalan pemikirannya salah sehingga tindakan dan perbuatannya salah dan jahat, bererti tidak mendapat petunjuk  dari Allah, tetapi mendapat petunjuk atau pengaruh dari syaitan atau iblis.
Dengan keterangan yang ringkas ini, kita mengetahui betapa tinggi petunjuk atau hidayah dari Allah itu. Nikmat pemberian Allah yang paling penting, yang paling tinggi nilainya, yang diberikan Allah kepada kita manusia, harta kekayaan atau pangkat yang tinggi, tetapi adalah nikmat atau pemberian yang berupa hidayah dan petunjuk.
Maka itu hidayah dan petunjuk dari Allah yang harus selalu kita cari dalam hidup di dunia ini, di samping kita mencari harta kekayaan atau pangkat. Apalah erti kekayaan atau pangkat kalau  hidup kita  tersesat, bergelumang dengan kejahatan. Sebab itu  Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam dan orang yang beriman setiap dari kehidupan mereka selalu bermunajat dan memohon kepada Allah agar Allah memberikan petunjuk-petunjuk-Nya, dan agar  jangan membelokkan hati-hati mereka dari petunjuk-petunjuk Allah itu. Mereka tidak takut kehilangan harta dan jiwa, tetapi takut bila kehilangan  hidayah Allah.
Doa mereka ialah: “Rabbana la tuzigh qulubana ba’da izh hadaitana, wa hablana min ladunka rahmatan innaka antal wahhab.”
Yang bermaksud: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau belokkan hati kami sesudah
Engkau beri petunjuk dan berilah kami rahmat dari sisi-Mu, kerana hanya Engkau yang suka
memberi.”
Doa tersebut menunjukkan, bahawa apabila kita mendapat petunjuk dari Allah, kita harus selalu berdoa agar hati kita jangan sampai membelok dari petunjuk Allah itu, kerana tidak sedikit manusia yang sebenarnya sudah mendapat petunjuk dari Allah, tetapi hatinya lalu membelok dari hidayah itu.
               Setiap orang Islam diwajibkan oleh Allah untuk bermohon minta petunjuk 17 kali dalam sehari, iaitu dalam tiap-tiap rakaat solat yang berbunyi:
               “Ihdina sh shirathal mustakim, shirathal la zhina an’am ta ‘alaikim gahiril magdhuubi ‘alaihim, wa la dh dhallin. Ertinya:
               “Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang benar, iaitu jalan yang sudah ditempuh oleh orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka, jangan jalan orang-orang yang dimarahi, tidak pula jalan orang-orang yang sesat.”
               Gunakanlah akal fikiran yang Allah S.W.T. bekalkan kepada kita manusia tapi jangan akal fikiran itu menggunakan kita. Janganlah pula kita kufur kepada akal fikiran kerana takut menggunakannya kelak mengakibatkan manusia menjadi bodoh.
               Ahli falsafah Perancis yang terkenal, Gassendi (1592 – 1655) terbaring di tikar kema- tiannya telah mengucapkan kata-kata terakhir:
               “Saya telah dilahirkan ke dunia, namun saya tidak juga tahu apa sebab saya dilahirkan. Saya pun telah hidup, namun saya juga tidak tahu apa erti hidup ini. Sekarang saya akan mati, namun saya juga  tidak tahu mengapa saya mesti mati dan apakah ertinya mati.”
               Dunia Islam, di bawah pimpinan ulama-ulama agama, pernah menutup rapat pintu mempelajari falsafah, sehingga mendengar nama falsafah pun bencilah yang tumbuh. Ini kerana mereka takut kalau-kalau orang akan tersesat dari agama. Tetapi bahaya yang ditimbulkan dari menutup pintu ini ialah kelesuan berfikir dan hilang kemampuan menghadapi peredaran zaman.
Pada hal Al-Qur’an ini sendiri selalu menasihati dengan positif supaya menggunakan fikiran. Ayat Al-Qur’an dengan tegas mengatakan bahawa orang yang tidak menggunakan fikirannya lebih sangsi hidupnya daripada binatang peliharaan.
Sayid Jamaluddin Al-Afghani, menyimpul pendapat beliau tentang ahli falsafah dan kedudukan Nabi-nabi. “Berfikir yang mendalam, tidak dapat tidak akhirnya akan membawa kita ke dalam alam falsafah.” Memang berfalsafah adalah puncak kesempurnaan berfikir, dengan belajar dan menyelidik. Kenabian dan kerasulan adalah anugerah Illahi yang limpah kurnian-Nya kepada  hamba-Nya yang dipilih-Nya.
Nabi maksum dan dituntun oleh wahyu Illahi. Adapun ahli hikmat dan ahli falsafah ada pejuang  mencari hakikat, yang kadang-kadang bertemu, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang tersalah, kadang-kadang benar. Kadang-kadang berjaya kadang-kadang gagal.
Demikianlah Jamaluddin membawa kembali falsafah yang telah di “talak” ke dalam rumah tangga Islam. Berfalsafahlah, tetapi jangan ditinggalkan pangkalan. Laksana memburu  mengharungi rimba mencari kijang. Sebelum berangkat berilah tanda kepada permulaan jalan, sehingga tidak akan tersesat bagimana jua pun jauh jalan yang telah dilalui.
Allah S.W.T. berfiman dalam wahyu-Nya yang pertama yang berbunyi “Iqra” yang bermaksud “Baca”. Allah seolah-olah mengatakan kepada seluruh umat manusia: “Hai manusia janganlah hidup menjadi bodoh.”
Kemurnian manusia dalam percaturan hidup, disebabkan kehadiran ilmu dan akal pada dirinya. Jika akal itu tempat menyimpan segala hikmah dan hidayah dari Allah ia berfungsi sebagai rasul dalam diri manusia. Akal memainkan peranan yang cukup besar dalam tamadun kebendaan dan juga tamadun kerohanian. Cukup kita mengatakan  bahawa tamadun barat,
seluruhnya daripada sebatang jarum sehingga ke rocket, daripada dapur  arang ke tong gas
sehingga alat-alat elektronik kesemuanya adalah daripada usaha akal.
               Hati yang membangun sentiasa berlandaskan pekerjaan termulia. Manusia hidup di dunia ini dapat melakukan beratus bahkan beribu macam pekerjaan yang baik, dan dapat pula melakukan sebanyak itu pekerjaan-pekerjaan yang tidak mendatangan kebaikan atau yang buruk. Antara pekerjaan yang termulia manusia lakukan ialah untuk beriman kepada Allah serta melakukan amal-amal kebajikan atau amal salih.
               Menyeru manusia untuk beriman dan beramal salih bererti mencabut dan menghindar kan manusia dari jurang kesengsaraan dunia dan jurang kesengsaraan akhirat. Kerana itu para Rasul dan para sahabat seluruh menumpukan seluruh tenaga, fikiran dan harta mereka untuk menyeru manusia beramal salih kepada Allah; sekalipun diancam dengan beraneka ragam ancaman.
               Sesudah 5 tahun menjadi Rasul, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam hanya berhasil mendapatkan pengikut kira-kira 50 orang sahaja yang kebanyakan terdiri darpada orang-orang yang lemah dan miskin. Tetapi halangan dan rintangan serta hinaan sudah hebat sekali. Namun semuanya itu ta’ berkesan. Mereka lakukan pekerjaan suci siang dan malam, pagi dan petang, di waktu senang dan di waktu susah, mereka dalam keadaan lapar sekali pun, mereka lakukan pekerjaan itu tanpa mengharapkan upah dari siapa pun, kecuali ganjaran pahala dari Allah semata.
               Pemimpin-pemimpin bangsa quraisy mulai memikirkan jalan lain dari ancaman untuk menghentikan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam terus berdakwa itu. Kemudian dipilihlah Utbah bin Rabi’ah yang paling pandai berkata-kata untuk menemui Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam dan mengemukakan 3 tawaran kepada Baginda.
               Pertama, menawarkan kekayaan sehingga menjadi orang yang terkaya di kalangan  bangsa Quraisy. Kedua memilih 10 orang di antara wanita-wanita Quraisy yang cantik menjadi isteri Baginda; dan ketiga ialah menjadi raja bangsa Quraisy yang dihormati dan disegani.
               Setelah mendengar ke tiga macam tawaran Quraisy itu, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam menjawab dengan membaca Surah Sejadah mulai ayat 1 hingga ayat 13:
               Setelah Rasul selesai membaca Surah tersebut, Utbah menjadi terpukau mendengar ayat-ayatnya, kerana kata-kata dan susunannya yang indah dan pengertinya yang amat mendalam, yang berisi seruan untuk beriman dengan Allah agar mendapatkan kebahagian, dan mengancam jangan mengabaikan apa yang diturunkan Allah agar jangan ditimpa  siksa..., seperti siksa yang pernah menimpa kaum ‘Aad dan Tsamuud. Utbah tidak berkata apa-apa lagi lalu meminta untuk  kembali pulang.
               Beberapa bulan kemudian, pemuka-pemuka Quraisy kembali berkumpul membincang strategi baru bagaimana hendak menghentikan Muhammad  meneruskan dakwanya. Mereka memutus akan datang bersama-sama menemui Abu Thalib paman Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam untuk menyampaikan ultimatum. Mereka datang 5 orang, terdiri atas pemuka yang paling terkemuka di kalangan bangsa  Quraisy, iaitu Abu Jahl bin Hisyaam, Umayyah bin Khalaf, Abu sofyan bin Harab, dan Utbah bin Rabi’ah.
               Setelah bertemu dengan Abu Thalib, mereka memberi tahu bahawa mereka khawtir akan terjadinya apa-apa antara mereka dengan beliau (Abu Thalib) akibat perbuatan kemanakannya, Muhammad itu. Mereka suruh dia menghentikan atau mereka sendiri menghentikan usahanya menyebarkan dakwanya.
               Abu Thalib memanggil kemanakannya kemudian menyerunya untuk menghentikan dakwanya. Nabi Muhammad berkeras hati tidak setuju untuk menghentikan dakwanya dan mengatakan kepada pamannya: “Hai panmanku, sekiranya matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, tidaklah aku akan berhenti dari pekerjaan ini, sehingga Allah memenengkan apa yang aku akan ajarkan itu atau aku binasa dalam memperjuang kannya.”
               Sehabisnya mengucapkan kata-kata itu, Rasulullah lalu menangis. Demikianlah tinggi nya nilai pekerjaan yang bernama dakwah, iaitu menyeru manusia untuk beriman dan beramal salih, sehingga pekerjaan itu tidak dapat ditukar dengan harta benda yang bagai mana jua banyaknya; tidak dapat diganti dengan wanita-wanita yang bagaimana jua cantiknya; dan ta’ dapat ditukar dengan pangkat atau kedudukan yang bagaimana jua tingginya. Bahkan ta’ dapat ditukar dengan bulan ditambah matahari sekalipun.

               Mata hati yang membangun menyeruh manusia beriman dan beramal salih merupakan satu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Sudahkan saudara turut berdakwa menyeruh manusia beriman kepada Allah dan beramal salih? Syukurlah kalau sudah. Tetapi kalau belum, bilakan saudara akan menjadi pengikut Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam yang setia?