Friday, July 9, 2010

BETTER LATE THAN NEVER
LAMBAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA LANGSUNG TIDAK ADA
(Disiarkan pada 3. 07. 2010)
Better late than never atau lebih kurang maksudnya lambat itu lebih bermanfaat daripada langsung tidak ada. Konotasi tersebut biasanya diunggkapkan kepada penyertaan individu tertentu dalam satu-satu situasi perhimpunan atau satu kumpulan beragendakan perbincangan atau percambahan fikiran mahupun idea atau pandangan untuk mencapai satu persepsi kesepakatan yang common atau umum yang boleh diterimapakai oleh semua pehak. Ia juga boleh digunakan kepada satu perlaksanaan agenda atau ibadah yang bermanfaat kepada kedua-dua pehak iaitu pada diri sendiri dan juga pada orang lain atau masyarakat umum.
Dalam pembangunan kehidupan, manusia adalah penyebab susuatu itu berubah. Tanpa kehadiran manusia tidak ada yang bakal berubah kecuali bencana alam. Maka olahan tangan manusialah yang melahirkan fenomena pembangunan sejajar dengan keperluan semasa tamadun kehidupan. Membuat satu perubahan, manusia perlu berkerjasama dengan orang lain. Tanpanya tidak banyak yang boleh dilaksanakan sendirian.
Faktor lambat ada manfaatnya daripada lansung tidak ada. Ia membawa maksud tindakan yang lambat atau perlaksanaan ibadah yang lambat ada ceritanya berbanding dengan tidak ada langsung tindakan atau ibadah. Walaupun tindakan lambat itu berlandaskan kepada berbagai faktor yang dimainkan oleh masa tetapi agendanya telah wujud dan jika wujud sebarang faktor yang tidak bermanfaat akibat lahirnya budaya lambat maka ia boleh diperbaiki.
Dalam pengurusan sekolah, pemimpinnya kerap menemukan budaya lambat yang lahir dari kerenah individu atau kakitangannya yang kurang memahami faktor masa. Walaubagai manapun kesempatan yang individu berkenaan persembahkan menjadi iktibar kepada orang lain kelak melahirkan satu isu yang membawa kelahiran satu budaya yang kurang sehat.
Lambat itu ada manfaatnya daripada langsung tidak ada tetapi jangan jadikan ia sebagai budaya kerja atau ibadah kerana akan timbul bermacam-macam spekulasi dalam pemikiran seorang pemimpin mahupun orang lain tentang pembawaan individu berkenaan. Walaupun spekulasi itu mungkin tidak ada pada perasaan si pelakun tetapi tanggapan orang mesti wujud. Spekulasi seperti tidak menghormati pemimpin; tidak sayangkan kerja; tidak menghormati ukhuwah kemanusiaan; mementingkan diri; kurang berkerjasama; tidak suka cara pentadbiran pemimpin; tidak memahami peranannya adalah diperlukan; dan tidak ada semangat melaksanakan ibadah atau kerja.
Tidak menghormati pemimpin bermaksud orang berkenaan tidak ada keserasiah berkerja dengan ketuanya disebabkan beberapa faktor seperti tidak ada kesetiakawanan pemimpin dengan staf sokongannya. Beliau tidak mempunyai kasih sayang kepada semua stafnya dan dia membezakan antara staf terutama sekali antara guru wanita dengan guru lelaki.
Melayani lebih kepada orang tertentu dalam kelolaan pentadbiran akan melahirkan pergisiran nilai bukan hanya kepada kepimpinannya tetapi juga kepada orang yang mendapat layanan istemewa; yang kadang-kadang dipinggirkan dalam semua hubungan aktiviti sosial. Dia dilebelkan sebagai guru emas kepada ketua pentadbir atau ketua pengelola. Tidak ada masalah memberi pemberatan kepada seseorang kerana peranannya dalam arena pentadbiran tetapi jangan pemberatan itu menjadi kelemahannya untuk memberi perhatian kepada orang lain.
Harus anda fikir bahawa semua ahli dalam satu-satu pengurusan adalah jentera perlaksana. Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing dan jika diabaikan peranannya akan berlaku kepincangan untuk mendekati kesempurnaan perlaksanaan ibadah. Sebagai contoh seorang tukan sapu dalam pejabat, tanpanya pejabat sukar menjadi bersih dan pejabat yang kotor akan menampar balik kepada kewibawaan pentadbiran satu-satu pegurusan.
Tidak sayangkan kerja merupakan satu spekulasi umum. Setiap parajurit perlaksana dalam pengurusan mempunyai misinya tersendiri. Keutamaanya ialah mendapatkan ganjaran untuk menyarah hidup keluarga kepada mereka yang telah pun berkeluarga dan kepada diri sendiri bagi mereka yang masih membujang. Jika ganjaran itu menjadi keutamaan dalam hidup maka cintailah tanggungjawab anda sebab ia adalah ibadah kerana Allah. Apakah jawapan anda nanti kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Kadi Rabul Jalil di Padang Masyar seperti apakah anda buat semasa hidup di dunia?
Tidak menghormati ukhuwah kemanusiaan mungkin satu spekulasi yang timbul dari berbagai pehak jika budaya lambat itu dibiarkan menjadi pembawaan anda. Menghidupkan ukhuwah kemanusiaan penting dalam kelangsungan hidup bertamadun. Berbincang, bertukar-tukar pendapat, percambahan fikiran dan sebagainya adalah antara strategi untuk mendapatkan solusi penyelesai pada satu-satu masalah dalam urusan pentadbiran.
Pepatah mengatakan “Two heads are better than one” membawa maksud berfikir seorangan itu tidak sebaik berbanding dengan dua orang. Konotasi tersebut adalah satu felosofi pemikiran bahawa ukhuwah itu banyak kemanfaatannya. Setiap kedatangan ilmu itu adalah hasil dari percambahan pemikiran dari berbagai tahap potensi intelek individu yang terlibat secara langsung. Mendapatkan satu perception umum dari berbagai intelek sebagai jalan penyelesaian masalah merupakan nadi kepada pembanguan. Maka itu menghormati keputusan kesepakatan dari berbagai pehak atau ukhuwah mengenai satu-satu isu adalah penting.
Jika spekulasi umum berlandaskan kepada mementingkan diri orang yang membudaya kan lambat maka wawasan ibadahnya tidak untuk pembangunan umum. Menjadi kahlifah bukan matlamat hidupnya di alam dunia ini. Hidup ini difahami dari tangan ke mulut. Soal pemba- ngunan jasmani mahupun rohani bukan wawasan hidupnya. Mendidik anak murid bukan membentuk dan mengilmukan insan tetapi menjadi guru adalah untuk survival semata-mata.
Orang yang hidup hanya mementingkan diri tidak sedar atau tidak memahami antara kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat kelak. Kehidupan di dunia yang fana ini wajar menghiasi diri dengan amal-amal kebajikan yang akan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. sebagai jaminan kebahagian hidup anda di akhirat nanti. Kegagalan berbuat demikian kebahagian hidup mu hanya sebatas umur di dunia. Segala kemewahan yang anda bertungkus lumus mendapatkannya akan berpisah dengan anda apabila anda masuk ke liang lahad.
Tidak ada yang menemani anda kecuali ganjaran dosa dari Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa, akibat membudayakan kerakusan dan mementingkan diri semasa hidup di dunia. Jika hidup di liang lahad atau alam barzakh anda sudah mengalami keseksaan dan kesengsaraan, jangan mimpi anda mendapat kebahagian hidup di akhirat nanti. Apa yang pasti menanti anda ialah pintu neraka sedia terbuka menanti kedatangan anda untuk memasukinya setelah selesai penghisaban di padang masyar nanti.
Spekulasi yang berlandaskan kepada tidak ada kerjasama jelas kelihatan dalam budaya lambat. Dalam satu suasana percambahan fikiran orang yang datang lambat akan mengganggu tumpuan atau concentration umum yang sedang memeras otak untuk mendapatkan solusi penyelesaian yang diketengahkan oleh ketua pemimpin.
Orang yang kurang berkerjasama sukar mendapatkan rakan yang setia. Pada kelaziman nya individu berkenaan sentiasa mengalami masalah dalam apa jua jenis ibadahnya kerana ada dua faktor yang menggangu pemikirannya seperti tidak dapat kerjasama atau pertolongan yang ikhlas dari rakan-rakan lain; dan Allah S.W.T. sukar memberinya hidayah untuk menerangkan hatinya agar dapat memahami masalah yang dihadapinya.
Dalam memurnikan kehidupan tidak ada yang anda boleh laksanakan tanpa bantuan
orang lain. Ibadah yang paling mudah sekali pun anda memerlukan keberadaan orang lain. Senyum adalah ibadah yang mudah dilaksanakan tetapi untuk senyum anda memerlukan keberadaan orang lain kerana senyum sendirian adalah satu tanda-tanda yang ada masalah pada diri anda dan wajar berhati-hati!
Senyum itu adalah sedekah tetapi senyum sendirian adalah anak tangga bala yang akan menimpa pada diri anda. Dalam erti kata lain anda memerlukan dua pihak untuk melahirkan senyum. Seorang bayi akan senyum melihat kucing yang comel maka yang melahirkan senyum pada si bayi itu ialah keberadaan seekor kucing yang cantik. Mesti ada benda yang lucu maka senyum itu akan wujud.
Spekulasi yang membawa kepada faktor yang tidak suka kepada cara pentadbiran ketua, ada kebersamaan dengan mementingkan diri. Dari segi psikologinya orang yang mempunyai pembawaan sedemikian rupa tidak faham dirinya sebagai ahli masyarakat yang menjadi pemain dalam kelangsungan hidup bertamadun.
Manusia itu adalah makluk bersosial maka dengan ciri itu sahaja pun kita faham bahawa setiap individu mempunyai gaya hidupnya yang tersendiri. Persamaan pada penampilan individu akan sukar dapat dikesan tetapi kesemua makluk manusia mempunyai empat fakulti dalam dirinya seperti ia mempunyai roh, hati, akal dan nafsu. Cara pembawaan diri masing-masing terletak kepada pendidikan yang diterima oleh empat fakulti tadi.
Mempunyai agama atau kepercayaan yang berbedza sahaja pun fakulti yang empat tersebut mendapat didikan yang tidak sama kerana ia berpadukan kepada falsafah hidup individu berkenaan yang diwarnai oleh idelogi agama yang dianutinya kelak mewarnai gaya hidupnya. Cara pentadbiran itu dilaksanakan bukan isu utama dalam pembangunan. Produk dari gaya pentadbiran itu yang penting. Mungkin ramai kakitangan di bawah kelolaannya tidak sehaluan dengan cara pengelolaannya tetapi hasilnya boleh melahirkan kecemerlangan.
Kegagalan memahami peranannya dalam satu-satu institusi adalah satu spekulasi yang amat mengaibkan sebagai kakitangan dalam jentera perlaksana. Jika anda tidak memahami tangungjawab anda yang telah ditauliahkan dan diberi ganjaran untuk melaksanakannya, maka anda tidak menggunakan akal dan pemikiran yang sedia ada pada anda. Tanpa menggunakan fakulti tersebut maka gaya hidup anda serupa dengan haiwan yang tidak mempunyai hati dan kemahiran berfikir. Manusia adalah hambah Allah dan setiap individu dibekalkan dengan berbagai fitrah maka itu menggunakannya adalah kewajiban dalam hidup.
Spekulasi yang terakhir kepada budaya kerja yang sentiasa lambat ialah tidak mempunyai semangat melaksanakan ibadah atau kerja yang dipertanggunjawabkan. Hidup ini adalah satu perjuangan; dan perjuangan itu adalah satu pengobanan. Pengorbanan adalah dalam berbagai bentuk seperti tenaga, masa, kesenangan, wang ringgit, keluarga, rakan sebaya dan sebagainya.
Tenaga wajar anda korbankan kerana fitrah itulah yang menzahirkan pembangunan. Mereka yang tidak mengorbankan tenaganya adalah orang yang berat tulangnya dan rengan perut. Orang yang serupa itu ia sentiasa suka melamun dan menghimpunkan kata “jikalau” tetapi tidak ada yang selesai yang dilaksanakan.
Mengorbankan masa adalah faktor yang terpenting dalam hidup. Gunakan masa untuk menyelesaikan masalah dan jangan gunakan masa untuk berseronok-seronok. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Demi masa sesungguhnya manusia itu semtiasa dalam kerugian.” (Al-Ashr: 1-2) Allah tahu bahawa manusia sentiasa alpa dan suka membazir atau membuang masa. Ia tidak faham bahawa masa sentiasa beredar. Masa itu tindak tunggu sesiapa pun.
Jika anda sentiasa sedar masa bergerak maka anda sentiasa dalam keadaan sibuk. Anda telah mengorbankan kesenangan(rehat) kerana mengejar kejayaan. Membuang masa adalah satu
budaya yang tidak mendatangkan kemanfaatan. Manfaat dalam membuang masa adalah kegaggalan. Maka itu rancangkan masa mu sebelum masa merancang anda.
Walaupun lambat itu lebih baik daripada tidak ada langsung tetapi jangan budayakan hidup anda dengan faktor lambat kerana setiap yang lambat itu akan menimbulkan berbagai masalah yang akan menambah kepincangan dalam kelangsungan hidup.