Sunday, November 24, 2013

MEMBANTU DAN MONOLONG MELANCARKAN URUSAN HIDUP

 (Disiarkan pada 23. 11. 2013)
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud (terjemahan):
“.......Dan tolong menolonglah kamu di dalam perkara kebajikan dan kebaktian, tetapi janganlah bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan melanggar peraturan. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu bersangatan keras seksanya.”
               Allah menyeru sekalian umat Islam itu hendaklah antara satu sama lain bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan, iaitu segala kerja yang baik dan membawa faedah kepada masyarakat, dan bertolong-tolongan dalam kebaktian, iaitu beramal yang baik yang mengan- dungi jasa – sesuai dengan yang diperintahkan oleh  Allah dan jauh dari ditegah-Nya.
               Allah melarang bertolong-tolongan dalam perkara maksiat yang mendatangkan dosa, demikian pula dalam perkara permusuhan dan melanggar hukum.  Jika seruan ini dipegang teguh, dan dilaksanakan sepenuhnya dalam hubungan masyarakat, maka akan terciptalah kesucian, kebahagian dan perdamaian dalam perhubungan umat manusia.
               “Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu bersangatan keras seksa-Nya.”          Ayat ini merupakan amaran, iaitu kamu hendaklah berhati-hati  jangan sampai melanggar peraturan Allah yang telah ditetapkan-Nya kerana orang yang melanggarnya bererti akan diseksa, sedang seksa Allah itu sangatlah kerasnya.
               Membantu dan menolong orang lain dalam segala hal disiplin pembangunan wajar menjadi amalan kerana ia berupa ibadah kerana Allah. Walaubagaimana pun adalah menjadi prinsip hidup bahawa menolong diri sendiri sebelum kita membantu orang lain adalah lebih diutamakan dalam menangani kehidupan.
               Membantu diri sendiri bermuara daripada mengilmukan diri dalam bidang pemb- ngunan rohani mahupun dalam pembangunan jasmani. Ilmu akhirat mendidik diri kita tentang pembangunan jangka panjang manakala ilmu dunia mengilmukan diri kita mengenai pembangunan jangka pendik. Kedua-dua unsur pembangunan tersebut menjadi agenda utama setiap insan dalam hidup sebagai hamba Allah.
               Orang yang menempuh jalan guna belajar agama, baginya dimudahkan jalan ke syurga. “Barang siapa menempuh satu perjalanan dimana padanya ia mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadith riwayat Tirmizi daripada Abu Hurairah)
               Barang siapa menempuh satu perjalanan guna mencari ilmu, baik secara inderawi mahupun maknawi, termasuk semua jenis perjalanan yang dapat menyampaikan pada perolehan ilmu-ilmu keagamaan sedikit ataupun banyak, maka Allah akan memberinya taufik untuk mengerjakan amal soleh saat di dunia, sedang di akhirat kelak, ia akan menempuh satu jalan yang padanya tiada kesulitan sedikit pun sehingga ia masuk ke syurga dengan selamat.
               Hal tersebut disebabkan ilmu itu diperolehi dengan upaya melelahkan dan kerja keras. Amal yang dicintai ialah amal yang paling menyusahkan. Orang yang mencari ilmu sudah tentu menanggung beban berat guna memperolehi  ilmu. Maka pantas baginya, bila Allah memudahkan jalan ke syurga, walau yang dicarinya tidak berhasil. Sebab, apabila seseorang mengerahkan usaha keras dengan niat bersih, walaupun tidak memperolehi apapun kerana bodoh misalnya, ia tetap memperolehi pahala yang dijanjikan baginya. 
               Imam Syafie r.a. pernah mengatakan: “Mencari ilmu lebih utama daripada solat sunat.” Ertinya, mencari ilmu yang bermanfaat, pahalanya, lebih banyak daripada pahala solat sunat. Abu Hurairah dan Abu Zar berkata bahawa satu bab daripada ilmu lebih dicintai olehnya daripada 1,000 rakaat solat sunat. Mereka berdua pernah mendengar Raulullah s.a.w. bersabda: “Bila seorang pencari ilmu dijemput kematian, sedang ia berada dalam keadaan itu, maka dia itu mati syahid.”
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menelusuri kehidupan yang amat getir sekali. Baginda memulakan sejarah hidupnya sebagai anak yatim apabila ayahnya meninggal semasa usianya enam bulan dalam kandungan ibu. Lahir ke dunia meniti hidup  serba susah kerana miskin  diasuh oleh seorang ibu tunggal yang hidupnya dengan ihsan dari masyarakat Quraisy. Setelah meningkat usia enam tahun menjadi anak yatim piatu pula apabila ibu tersayang meninggal dunia, kemudian tinggallah seorang anak di bawah asuhan neneknya Abu Talip yang sudah lanjut usianya.
               Meningkat umur tujuh tahun sewajarnya anak masuk sekolah mengilmukan diri tetapi baginda Rasul, disebabkan kemiskinan, terpaksa menjadi pengembala kambing orang Quraisy. Dari kecil beliau mengalami hidup susah hanya mengharapkan kepada ihsan masyarakat Quraisy di mana dia berkerja sebagai pengembala kambing yang jujur dan rajin.
               Walaubagaimana pun kemiskinannya tidak menghalang beliau untuk mendidik dirinya  mencari ilmu macamana cara hidup yang betul. Beliau tidak tergiur melihat cara hidup bangsanya, Quraisy yang menyembah tuhannya dari patong yang direka mereka sendiri. Usianya semakin meningkat remaja dan akhlaqnya semakin kuat  hendak mencari  cara hidup yang betul.
Meningkat usia dewasa beliau tidak bertahan lagi melihat telatah akhlak masyarakat bangsanya lalu ia menyepikan diri dan menyendiri di gua Hira hendak mencari ilmu yang boleh memperbaiki cara hidup bangsannya. Akhirnya di situlah beliau dapat bertemu dengan malaikat Jibril yang membawa wahyu Illahi yang mendidiknya cara hidup yang diredai Allah s.w.t. Maka mulai dari saat itu Baginda mengilmukan diri mengenai pembangunan rohani
dan menterjemahkan ilmu wahyu tersebut dalam diri baginda sendiri, untuk mendekati Allah yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa terhadap segala-galanya apa yang ada di alam kehidupan sama ada di dunia mahu pun di alam akhirat.
               Anak-anak remaja masyarakat Quraisy yang lain mengilmukan diri pergi ke sekolah mendapat didikan dari guru-guru yang bertauliah mengenai pembangunan dunia tetapi Baginda Rasul mendapat didikan langsung dari Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibril as. Baginda diwahyukan untuk membaca iaitu memahami dokumen Allah yang tercipta iaitu mengenai alam kehidupan dan juga dokumen wahyu yang terucap oleh Allah iaitu Al-Quran, mengenai akhlaq dan tingkah laku manusia serta hubungannya dengan Zat Yang Maha Pencipta.
               Perjuangan atau tugas utama Baginda setelah mendapat ilmu dari langit ialah memanusiakan manusia yang telah menyimpang hidupnya jauh dari landasan sebagai manusia yang diredai Allah s.w.t. khusus kepada masyarakat Jahiliah(Quraisy). Mereka membina tuhan mereka dari rekaan mereka sendiri yang diperbuat dari logam, terutama sekali kepada masyarakat yang berada dan daripada kayu jati kepada orang-orang yang sederhana kaya dan dari tepung terigu kepada mereka yang miskin tegar.
               Masyarakat Jahiliah menyembah dan meyakini tuhan mereka yang boleh dilihat dengan mata kepala mereka sendiri serta boleh rasa dengan sentuhan. Falsafah kehidupan mereka bagikan haiwan yang tidak boleh berfikir untuk memahami kewujudan hidup sebagai manusia.
Mereka tidak yakin tuhan yang bersifat ghaib yang tidak boleh dilihat. Mereka tidak menggunakan akal fikiran yang Tuhan bekalkan kepada mereka. Inilah yang difahami sebagai penyakit jiwa. Faktor inilah yang Baginda Rasul ingin betul menembusi dalam usaha beliau membantu dan menolong untuk mentarbiahkan akhlak mereka agar mereka memahami apa dia itu hidup. 
               Hubungan utama antara manusia dengan Allah menurut Al-Quran adalah berasaskan keimanan kepada Allah, kasihkan-Nya dan bersyukur kepada nikmat-Nya yang tidak terhingga.Tetapi di samping  itu ada tiga tujuan lain yang dikehendaki oleh Al-Quran iaitu:
Mendidik jiwa manusia, mencapai kebahagian jiwa dan mengubati penyakit-penyakit jiwa.
               Kekuatan Baginda dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat Quraisy ialah kesabaran dalam hatinya menangani kerenah-kerenah yang dilimparkan oleh bangsanya sehingga sampai kepada membahayakan dirinya sendiri tetapi semangat juang hendak menolong menegakkan aklaq manusia tetap dilaksanakannya. Baginda yakin bahawa per- juanganya  sentiasa dilindungi Allah s.w.t.
               Melihat kelemahan orang lain adalah lebih mudah berbanding melihat kelemahan diri sendiri maka itu pepatah Melayu mengatakan, “kutuh di seberang sungai kelihat tetapi gaja di telinga sendiri tidak kelihatan.” Falsafah demikian seiring dengan kefahaman bahawa penyakit orang lain iaitu penyakit rohani atau jiwa mudah kita mengetahui tetapi penyakit sendiri seperti penyakit jiwa tidak kelihatan. Maka itu adalah wajar bermuara dari diri sendiri untuk membantu diri mengenai kelemahan sebelum berhijran untuk membantu kepada orang lain.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menterjemahkan Al-Quran dalam dirinya sehingga Siti Aisah menyatakan, apabila ditanya oleh para sahabat, bahwa akhlaq Baginda ialah Al-Quran. Maka prinsip hidup Baginda ialah: “Berkata serupa buat.” Apa yang ditarbiahkan kepada umatnya sudah terlebih dahulu Baginda mengamalkan dalam hidupnya.
               Jiwa dapat dikatakan sebagai pemandu untuk mengarahkan tingkahlaku seseorang dalam hidupnya. Jiwa itu jugalah yang memperlihatkan akibat-akibat perbuatan orang itu. Jiwa adakalanya menjadi lemah, tetapi ia boleh menjadi subur dan kuat melalui pendidikan individu dan masyarakat. Perbezaan jiwa sama ada lemah atau kuat juga berlaku antara individu dengan individu yang lain.
               Sesungguhnya nilai hati yang  terbesar ialah percayakan Allah Yang Maha Berkuasa
menghitung perkara-perkara besar dan kecil serta dapat melihat apa yang disembunyaikan oleh sesorang. Seorang ahli falsafah mengatkan: “Hati yang tidak percayakan Allah umpama mahkamah tanpa hakim.”
               Al-Quran menggambarkan hati melalui Firman Allah yang bermaksud (terjemahan)
               “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat leher”. (Qaf)\: 16)
               Ayat ini menjadi dalil yang menunjukkan kekuasan Allah dalam mencipta manusia. Lalu ditunjukkan pula keistemewaan manusia daripada makhluk yang lain, iaitu bahawa manusia itu ada mempunyai akal, fikiran, budipekerti, perasaan, keinginan, cita-cita dan angan-angan. Maka segala yang terkenang di hati manusia, segala yang terfikir atau apa jua pun yang dia inginkan, yang baik atau yang buruk, Tuhan  Penciptanya telah mengetahui lebih dahaulu.
               “Dan Kami adalah lebih dekat  kepadanya daripada urat lehernya sendiri.” Meski pun niat yang buruk itu tidak diucapkan dengan mulut, dan tidak dikatakan kepada orang lain,  namun Allah tahu juga sebab Tuhan itu lebih dekat kepada kita  dari urat leher kita. Tuhan ada dalam perasaan kita sendiri.
               Faktor utama yang memberi kebahagiaan kepada jiwa kita ialah perhubungan dengan Allah. Allah sentiasa bersama kita dan kita tidak keseorangan menghadapi bencana hidup ini, malah Allah sentiasa menolong dan memberi rahmat kepada kita.
               Para saintis mendapati bahawa kerisauan, keluh-kesah dan kerunsingan akan meninggalkan kesan ke atas tugas-tugas anggota. Di negeri-negeri barat ilmu ini dipelajari di universiti dan klinik rawatan penyakit jiwa dibuka. Dr. Paul Anest Adolf mengatakan:
“Saya percaya bahawa pengubatan sebenar mesti meliputi rohani dan jasmani secara serentak. Adalah menjadi kewajipan saya untuk menjalankan ilmu kedoktoran dan ilmu pembedahan saya, di samping keimanan  saya kepada Allah saya telah membina dua bidang itu atas asas yang  kukuh. Hanya dengan cara ini sahajalah saya dapat mengubati pesakit-pesakit saya dengan sempurna manurut kehendak mereka. Selepas dari pengamatan yang  mendalam, saya dapati bahawa ilmu kedoktoran dan akidah saya dengan Allah menjadi asas
yang perlu dipegang oleh falsafah kedokotaran moden.”
               Dalam masa Dr. Paul A. Adolf menjalankan tugas, beliau mendapati perlu diperbaiki bidang kerohanian di samping fakta sains, di mana kedunya membolehkan beliau  mengubat semua penyakit dengan keberkatan yang sebenar. Jika manusia menjauhkan dirinya daripada Tuhan, maka usaha pengubatannya hanya menjadi sebahagian daripada pengubatan sahaja ataupun tidak sampai ke kadar itu.
               Islam telah mengubati penyakit-penyakit jiwa dan ini nyata disebut oleh Al-Quran dalam surah Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud (terjemahan):

               “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

Saturday, November 16, 2013

TANGAN DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN DI BAWAH

 (Disiarkan pada 16. 11. 2013)
Ilmu akhlak adalah membahaskan tentang pengertian  baik buruk, serta menerangkan apa yang patut manusia lakukan dalam hubungan sesama mereka. Ia juga menerangkan tujuan yang perlu dicapai oleh mereka dalam tingkahlaku mereka di samping menunjuk jalan tentang  apa yang perlu  untuk sesuatu pekerjaan.
               Akhlak ialah asas utama untuk memelihara hakikat kewujudan bangsa-bangsa. Dengan sebab itu ahli-ahli penyelidik dan ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa akhlak itu wajib ada  pada seseorang demi untuk kebajikan dirinya sendiri dan masyarakat seluruhnya. Kalaulah individu dapat dirosakan oleh perbuatannya yang dusta, dengki, jahat dan tipu maka demikian juga masyarakat  menjadi rosak dengan merebaknya salah satu dari sifat-sifat itu dalam masyarakat.
               Dengan sebab itulah ahli-ahli falsafah dan ahli-ahli perundangan, dalam memajukan masyarakat manusia, pertama sekali menyeru kepada akhlak yang mulia sebab akhlak mulia itu menjadi tiang pertama dalam pembinaan masyarakat yang sejahtera serta berwawasan dalam segala segi pembangunan.            
               Tangan di atas adalah lebih baik daripada tangan di bawah membawa maksud tangan di atas ditamsilkan sebagai orang-orang yang mempunyai akhlak     yang luhur, suka menolong orang dalam mengatasi segala kesulitan dalam menangani hidup. Orang demikian kadang-kadang disifatkan sebagai ringan tangannya hendak menolong orang lain yang memerlukan bantuan.
               Agama menyifatkan orang yang ringan tangan menghulurkan bantuan kepada orang lain akan dimudahkan hidupnya oleh Allah s.w.t..  Orang yang suka membantu menolong kesulitan orang lain secara istiqamah hidupnya sentiasa dilindungi Allah dari segala kesulitan serta luas rezekinya. Tidak ada yang dibanggakan dalam hidup ini jika kita tidak mambantu orang lain untuk mengatasi kesulitan yang dialaminya. Bantuan yang kita hulurkan akan mengeratkan hubungan siraturahim antara sesama manusia.
               Bantuan itu wajar menjadi budaya kepada sesiapa pun kerana dengan jalan demikian lah maka lahir suasana ukhuwah kemanusiaan yang wajar hidup di kalangan masyarakat yang bersepadu. Ukhuwah kemanusiaan akan melahirkan rasa kekitaan yang tidak memilih bangsa, warna kulit, kedudukan mahupun keturunan dalam pembangunan akhlak manusia.
               Dalam hidup ini setiap individu diwajibkan memperbaiki tingkahlakunya terhadap orang lain mahupun terhadap amal ibadahnya. Amalan ini biasa dikenali sebagai berhijrah dari yang biasa kepada yang lebih baik. Perubahan dalam menangani kehidupan merupakan sifat melahirkan pembangunan. Kita membangun wajar dalam hidup mengikut arus perkembangan faktor masa. Masa lalu, masa kini dan masa akan datang sewajarnya ada perubahan dalam segala segi terutama sekali dari segi akhlak setiap individu.
               Kita berhijrah dari yang biasa kepada yang lebih baik seharusnya mengikut faktor masa kerana ia menentukan peringkat usia setiap individu. Kita berhijrah dari alam kanak-kanak kepada alam remaja wajar melalui menuntut ilmu kerana ilmu adalah faktor memanusia kan manusia. Dari remaja berpindah kepada alam dewasa seharusnya dalam peringkat pengukuhan amal ibadah atau menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi kepada pembaharuan diri. Dengan amalan melalui penguasaan ilmu yang telah diperolehi dari gedung-gedung ilmu seseorang itu telah berhijrah daripada hidup yang biasa dianuti kepada hidup yang lebih bertamadun.
               Tingkahlaku seseorang itu juga wajar berubah kepada yang lebih baik yang diterima pakai oleh masyarakat atau yang diredhai Allah s.w.t.. Kehidupan ini wajar dimurnikan dengan suasana ukhuwah kemanusiaan, kerana segala kejayaan kita samada pencapaian dalam berbagai bidang mahupun kejayaan memperolehi sesuatu yang membolehkan kita lebih
menyerlah berbanding orang lain adalah disebabkan ada orang lain bersama kita yang kurang
penampilan dalam hidupnya.
               Kalau hidup ini tidak diserikan dengan kehadiran orang lain, pencapaian serta kejayaan kita tidak dapat dinilaikan kerana tidak ada pengukurnya terhadap pencapaian tersebut. Maka itu  kehadirian orang lain adalah penting dalam pembangunan manusia seutuhnya. Manusia diwujudkan Allah untuk membiak menambahkan bilangan penduduk maka itu wajar ada suasana tolong menolong  antara satu sama lain maka lahirlah masyarakat manusia.
               Pepatah Melayu mengatakan bahawa tangan yang di atas adalah lebih mulia berbanding tangan yang di bawah membawa maksud orang yang memberi pertolong adalah lebih baik berbanding dengan orang yang menerima pertolongan. Orang yang menolong mempunyai sifat ukhuwah kemanusiaan. Ia merasakan suasana pembangunan  hidup harus diserikan dengan budaya tolong menolong.
               Orang yang bersifat pemurah hatinya akan sentiasa menghulurkan pertolongan, tidak kira kedudukannya adalah lebih baik berbanding dengan orang yang ditolong. Sewajarnyalah orang yang berkemampuan seperti  orang yang kaya wajib menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Dengan suasana demikian akan mengeratkan hubungan kasih sayang antara sesama.
               Walaubagaimana pun orang yang berhati mulia tidak semua dari golongan masyarakat yang berada. Penampilan seseorang untuk memberi pertolongan disifatkan sebagai melaksana kan amal ibadah kerana Allah. Para Nabi dan Rasulullah s.a.w. adalah orang yang kehidupan nya seperti pepatah Melayu: “Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.” Tetapi soal membantu orang lain merekalah yang ringan tangannya menghulurkan bantuan.
               Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya,  dan kekasih-Nya dengan memuji kepadanya dan memperlihatkan nikmat-Nya di hadapannya: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbuat pekerti yang agung.” (Al-Qalam: 4)
               Aisyah ra. berkata, “Budi pekerti  Rasulullah s.a.w. adalah Al-Quran.” Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai kebaikan budi pekerti. Lalu baginda membaca firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Jadilah kamu pemaaf dan serulah  orang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” (Al-A’raf: 199)
               Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Yang paling berat di antara apa yang diletakkan di timbangan amal pada hari kiamat adalah takwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.”
Nabi Muhammad saw. Pernah ditanya, “Manakah amal yang lebih utama?” Baginda menjawab, “Budi pekerti yang baik.”         
               Perbuatan-perbuatan yang baik menghindarkan dari jatuhnya seseorang pada perbuatan yang buruk. Sedekah secara rahsia dapat memadamkan kemurkaan Tuhan dan menyambung hubungan kerabat akan memperpanjang umur dan setiap perbuatan yang  baik merupakan sedekah. Pelaku kebaikan di dunia adalah pemilik kebaikan di akhirat dan pelaku perbuatan mungkar di dunia mereka adalah pemilik mungkar di akhirat.     
               Di dalam satu riwayat lain milik Ath-Thabrani dan milik Ahmad dikatakan, “Bagaimana dengan sedekah itu ya Rasulullah?” Baginda bersabda, “Beberapa pahala yang dilipatgandakan dan disisi Allah masih terdapat tambahan lagi.” Kemudian baginda membaca firman Allah yang bermaksud (terjemahan):                                                                                                                                                                                                                                                                  
“Sesiapa yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkah hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembanyaran kepadanya dengan kelipatan yang banyak.” (Al-Baqarah: 245)  
Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud (terjemahan): “Dan bertolong-tolonglah kamu di dalam kebaikan dan takwa.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,“Sesiapa yang memenuhi suatu keperluan bagi saudaranya
yang muslim, maka aku akan berdiri di samping timbangan amalnya. Jika amal kebaikan menang, maka sudahlah begitu dan jika tidak aku akan memberi syafaat kepadanya.” Hadis ini diriwayatkan Abu Nu’aim di dalam Al-Hilyah.
               Amalan bersedekah merupakan ibadah yang paling mulia terutama sekali apabila  orang yang memberi sedekah tidak diketahui. Bersedekah adalah menghulurkan  atau memberi bantuan terutama sekali kepada fakir miskin, anak yatim piatu dan orang-orang musafir.
               Berlaku satu kejadian yang dialami oleh penulis semasa beliau dalam perjalanan jauh ke bandar Kota Kinabalu dari Pedalaman atas, Keningau. Waktu itu mata hari memancar cahayanya tanpa dilindungi awan di langit begitu terik panasnya, tepat jam dua tengah hari. Seorang lelaki sedang duduk di tepi jalan menjaga barang hasilan dari kebunnya seperti ubi keledik begitu banyak.
Tergiur dalam hati hendak membeli ubi keledik lalu berhenti sejenak. Mengambil sekilo dengan harga RM 3.00. Melihat muka orang tua berkenaan dengan hitam merah kepanasan. Sebelum masuk ke kereta hendak meneruskan perjalanan, terlintas dalam hati memikirkan mungkin orang tua itu hendakkan seteguk air.  Lalu beliau memberinya sebotol air minum.
Dengan air muka yang amat gembira ia mengambil se botol air itu dengan kedua belah tangannya sambil berkata “Syukur Alhamdulillah.” Rupanya dia berada di tepi jalan itu sejak jam 9 pagi tanpa apa-apa bekalan. Kereta yang mengangkat hasilan kebunnya rosak dan terpaksa diturunkannya di situ menungguh kereta itu dibaiki. Dengan rasa kesyukurannya mendapat sebotol air minum, dia hadiahkan dua kilo ubi keladik lagi tanpa harga! Orang tua berkenaan mendapat air minum dengan ihsan penulis yang menyelamatkanya dari seksa kering tekak, kerana dahaga dan kehausan.
Kedudukan ihsan dalam Islam, al-Quran menerangkan bahawa ihsan wajib menjadi tabiat seseorang. Allah telah memberi nikmat kepada manusia dengan ihsan-Nya maka manusia juga perlu berbuat ihsan dengan nikmat itu kepada makhluk. Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan berbuat baiklah  (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik  kepada mu”                                              
Al-Quran juga menyatakan bahawa manfaat ihsan akan kembali kepada tuannya sendiri. Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 7 yang bermaksdu (tejemahan);
“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan itu) bagi dirimu sendiri.”
Orang-orang yang melakukan ihsan akan mendapat ketenangan yang tidak diperolehi oleh orang-orang lain. Orang yang menerima ihsan akan merasa senang, merasa kasih serta sayang kepada pelaku ihsan. Hal ini semua memberi kebahagiaan jiwa. Sebaliknya, melakukan keburukan (al isa’ah) akan menjadikan seorang itu hina dan tidak memperolehi ketenangan hidup. Oleh sebab itulah, Allah memberi galakan kepada  manusia supaya melakukan ihsan dengan firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat 90 yang bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan bernuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat (apa yang mereka perlukan) dan melarang  dari perbuatan  keji, kemungkaran dan permusuhan.”                            
Al-Quran juga mengangkat martabat ihsan. Adanya ihsan yang disertakan dengan ikhlas dikira sebagai sifat yang paling tinggi yang patut ada pada seseorang yang beragama. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 125 yang bermaksud (terjemahan)
“Tidak ada orang yang paling baik agamanya selain daripada orang yang hatinya
ikhlas kepada Allah serta menyerahkan jiwa mereka kepada-Nya sahaja.”
               Orang seperti itu ialah orang muksin yakni yang mengerjakan ihsan dan meninggalkan perbuatan keji. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud (terjemahan):
               “Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang buhul tali yang kukuh”.

               Sesungguhnya orang-orang yang demikian sifatnya, sebenarnya telah berpegang dengan tali yang sangat kukuh. Bermakna mereka itu akan mendapat keredaan Allah dan dikasihi-Nya. Mereka itu akan mendapat pembalasan di atas kebaikan amal dengan sebaik-baik pebalasan.          

Monday, November 11, 2013

HAK-HAK BERTETANGGA

 (Disiarkan pada 9. 11. 2013)
Tetangga bermaksud orang yang tinggal berdekatan atau sebelah menyebelah dengan rumah kita. Jiran sebagai tetangga kita seharusnya tolong menolong di antara satu dengan yang lain. Rukun tetangga adalah persatuan yang bertujuan untuk bantu membantu. Rukun tetangga perlu diwujudkan di setiap kawasan kediaman. Negara tetangga adalah negara yang berjiran atau berhampiran. Singapura  adalah negara tetangga Malaysia.
Islam sangat mementingkan terhadap  pemeliharaan hak berjiran kerana jiran, secara zahir, merupakan manusia yang terdekat dengan kita, lebih dekat daripada anak-anak kandung sendiri yang bermastautin di merata tempat  di luar perkampungan di mana kita bermastautin. Setiap apa yang berlaku dalam sebuah keluarga di sebuah rumah, ahli jiranlah orang yang lebih  awal mengetahui dan wajar menghulurkan pertolongan.
Satu peristiwa berlaku pada sebuah keluarga dalam sebuah kampung di mana ketua keluarganya (suami) tidak tinggal bersama keluarga kerana sedang berkhidmat dengan kerajaan di lain disrict atau daerah. Ibunya yang sudah lanjut usia tinggal bersama dirumahnya dengan isteri tersayang. Dengan tidak disangka-sangka ibunya dipanggil Illahi pada waktu malam.
Isterinya menghubungi suami melalui telifon sambil juga menyampaikan berita keluarga tersebut kepada jiran apa yang telah berlaku. Mengetahui kejadian demikian, jiran berkenaan menghulurkan bantuan serta merta mengenai persediaan tentang pengkubumian jenazah ibunya tanpa mendapat keizinan dari suaminya yang sedang dalam perjalanan pulang.
Walaubagaimana pun pemimpin penduduk kampung berkenaan mempunyai polemik yang sukar difahami mengenai autoriti pengurusan pengkubumian jenazah ahli masyarakat kampung berkenaan yang telah meninggal dunia. Pemimpin tersebut kurang mengutamakan ukhuwah kemanusiaan terutama sekali hubungan antara masyarakat yang berpindah dari daerah lain termasuklah dirinya, yang dikategorikan sebagai penduduk kategori petama, dengan penduduk yang telah mendapat kawasan di kampung berkenaan untuk membina rumah kediaman(secara jual beli) sebagai ketegori kedua.
Sebuah keluarga kampung berkenaan yang dalam kategori kedua, sebelum ini telah mengalami kesukaran hendak meminta keizinan dari Pengurusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) untuk mengkubumikan cucunya yang telah meninggal dunia, di tanah perkuburan kampung berkenaan. Maka itu terpaksalah dikubumikan di lain tempat.
Peristiwa serupa juga berlaku mengenai usaha memindahkan kuburan arwah bapa yang ibunya baru meninggal itu, dari tempat lain ke tanah perkuburan kampung berkenaan. Setelah berlakunya pertikaman lidah dengan pengerusi JKKK akhirnya dengan hati yang berat, mendapat kebenaran kelak.
Memikirkan peristiwa berkenaan, jiran tersebut telah merujuk kepada pengurusi JKKK kampung lain untuk meminta keizinan mengkubumikan jenazah emaknya di kawasan perkuburan kampung mereka. Di samping itu jiran tersebut menyediakan peralatan yang perlu seperti tempat untuk memandikan jenazah ibunya dengan meminjam alat tersebut dari mesjid yang mempunyai alat berkenaan.
Semua persediaan tersebut adalah diluar pengetahuan suaminya yang masih dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Setelah sampai, suaminya amat berterimakasih atas persediaan tersebut maka itu ia tidak mempunyai kesulitan lagi seperti mana ia mengalami semasa perpindahan kuburan jenazah ayahnya dahulu.
Memelihara hak berjiran adalah tanggungjawab bersama kerana ia adalah sebahagian daripada nadi pembangunan sosial di mana setiap individu harus berkerjasama. Jiran tetangga kita  merupakan sebahagian daripada keluarga kita kerana merekalah yang wajib menghulur kan tangan membantu apabila diperlukan seperti mengawasi keselamatan  rumah dan kesejah teraan keluarga terutama sekali apabila ketua keluarga tidak tinggal bersama keluarga buat
seketika.
Mementingkan diri, tidak berkerjasama dalam sebarang kesulitan yang dialami oleh
 jiran tetangga akan melahirkan kerenggangan suasana ukhuwah kemanusiaan. Firman Allah
dalam wahyu-Nya  yang pertama mengatakan “Baca”.  Ini bermaksud tuntutilah ilmu sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat; membawa maksud pelajari ilmu yang ada yang telah  didokumantasikan dan juga ilmu yang ada di sekeliling kita iaitu alam ini kerana Allah wujudkan berbagai alam, mempunyai hikmah tersendiri kepada pembangunan manusia.
Mengambil satu ikhtibar yang amat ringan sekali seperti keadaan kedua belah tangan kita. Tangan kanan dan tangan kiri sentiasa berkerjasama dalam semua urusan kehidupan tanpa menunggu undangan. Jika tangan kanan itu sibuk dengan bermacam kerja  tangan kiri pasti membantu tangan kanan untuk meringankan beban yang dialami oleh tangan kanan seperti mengangkat benda yang berat; melaksanakan tugas dalam bidang pembersihan atau dalam bidang keselamatan, tangan kiri sentiasa bersedia membantu tangan kanan.
Hak-hak bertetangga atau berjiran diumpamakan seperti aur dengan tebing sentiasa tolong menolong antara sesama sendiri. Apabila kita jatuh sakit, jiran tetangga boleh membantu membawa kita ke hospital dan jika kemampuan itu tidak ada pada kita haruslah   memberi tahu jiran yang lain  yang ada kemampuan untuk menolong.
Keselamatan kampung adalah antara usaha yang boleh disinaraikan sebagai tanggung jawab bersama dalam suasana bertetangga. Apabila berlakunya pencorobuhan orang yang tidak dikenali di kawasan rumah kita atau rumah jiran semasa ditinggalkan kerana pergi berziarah ke lain tempat, ahli jiranlah yang boleh bertindak untuk menghalang penceroboh melakukan perbuatannya.
Jika berlakunya kebakaran kita perlukan bantuan dari ahli jiran untuk bertindak menye lamatkan harta benda seperti benda-benda keperluan dalam rumah, melarikan kereta untuk dijauhkan dari rumah dan membantu menghubugi pihak bomba untuk mengawal api daripada merebak. Segalanya itu mangsa kebakaran tentu telah hilang fikiran dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan maka jiran tetanggalah menjadi penyelamat dan membantu mangsa kebakaran.
Dalam pembangunan negara hak-hak berjiran antarabangsa wajar dipelihara demi untuk mewujudkan keamanan dunia. Hormat menghomati antara negara wajar menjadi budaya bersama agar keselamatan dan keperluan pembangunan manusia sentiasa terbela. Tidak yang lebih penting dalam hidup ini selain daripada memelihara ukhuwah kemanusiaan. Apalah ertinya hidup dengan segala kekayaan yang dapat kita perolehi di alam ini jika jiwa kita sentiasa gelisah dan tidak tenteram kerana tidak mempunyai teman hidup.
Rasulullah s.a.w. di ambang kewafatannya sempat meninggalkan tiga pesanan kepada sahabat yang bersama dengan baginda, iaitu asholat, asholat; itakunisha, itakunisha; ummati, ummati. Maksudnya lebih kurang solat, dirikan solat; wanita, peliharalah wanita; umatku, umatku.
Solat merupakan kekuatan iman manusia yang memandunya untuk memelihara ukhuwah kemanusiaan antarabangsa. Tiada yang lebih gagah dan berkuasa menyatukan manusia melainkan Allah melalui jalur-jalur ibadah solat, mengesahan dan memuji Allah s.w.t. demi keselamatan manusia serantau. Hak berjiran antara negara di alam ini wajar dipelihara sebagai benih untuk menyelamatkan manusia dari bersengkita.
Dunia ini adalah buat semantara sahaja, sebatas umur manusia yang hidup di dalamnya, oleh itu tidak ada kemanfaatannya jika hubungan kemanusiaan itu tidak dipelihara dan disajikan dengan kerukunan hudup yang menyinarkan hak ketamadunan bangsa. Segala kejayaan dalam hidup ini merupakan hak  gunapakai manusia semata. Hak mutlaknya Allah s.w.t. jua yang berkuasa dalam segala-gala kewujudan sesuatu itu.
Jika hak berjiran dicabuli dan dicerobohi, umat manusia sudah keterlaluan bertindak
dan  melayani keperluan nafsu syahwat makhluk manusia semata. Manusia yang tidak berpegang kepada prinsip kerukunan hidup di hadapan Allah s.w.t. adalah umat yang telah menawarkan diri sebagai haiwan yang bernafsu syaitan.
Jika kita mampu memikirkan sesebuah negara yang dipimpin oleh makhluk yang bertopegkan manusia dan bernafsu syaitan, itulah negara Israil dengan talibarutnya Amerika Syarikat.  Negara-negara tersebut mengamalkan budaya talam dua muka kerana ia sentiasa bercakap tidak serupa buat.
Antara keperluan dan bukti persaudaraan ialah kesatuan yang mana lawan baginya adalah perpecahan. Masyarakat Islam yang bersaudara ialah masyarakat yang bersatu dari segi akidah keimanan, syiar, ibadat, pemahaman, pemikiran, adab kesopanan, dorongan jiwa, kesusilaan, budaya sosial, nilai kemanusiaan dan asas-asas perundangannya.
Ia juga bersatu  dari segi matlamat-matlamatnya yang menghubungkan antara bumi dan langit, antara dunia dan Akhirat, antara makhluk dan Khaliq (Pencipta). Ia juga bersatu dari prinsip-prinsipnya yang menghubungkan antara teori dan paktis, yang menseimbangkan antara unsur kekalan dan perubahan serta antara inspirasi warisan lama dan memanfaatkan kemanjuan zaman.
Islam teristemewa daripada agama-agama lain. Kesederhanaan dan keadilannya kerana mengambil jalan tengah antara tuntutan rohani dengan kehendak jasad. Ia tidak melarang seseorang menggunakan kebendaan selama diperolehinya kebendaan itu dengan cara-cara yang betul. Banyak terdapat ayat Al-Quran yang memberi galakan untuk mendapatkan kedudukan yang tidak baik dalam kedua-dua bidang, rohani dan kebendaan secara bersama. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kamu (kebahagiaan) di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu  dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah  berbuat baik kepada kamu.”                    
Allah memperingatkan kepada manusia agar tidak berpecah-belah dan bersengketa dalam firman-Nya surah Ali Imran ayat 105 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan janganlah kamu menyerupai orang yang berpecah-belah dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksaan yang berat”.
Di antara ayat yang menyeruh supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan ayat peringatan tentang perpecahan dan persengketaan, disebut sepotong ayat yang mewajibkan umat Islam agar berdakwah dan melakukan amar ma’ruf nahi munkar. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan hendaklah  ada di kalangan kamu  satu umat yang menyeru ke arah kebajikan, menyeruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
Ini membuktikan kepada kita perkara yang menyatukan umat Islam serta menghimpun kan mereka ialah kewujudan manhaj yang satu yang menjadi pegangan dan rujukan. Iaitulah  di sini, tali dari Allah; Islam dan al-Quran. Begitu juga dengan kewujudan risalah bersama yang menjadi tanggungjawab bersama dan menjadikan sebagai tugas  terpenting. Yang  dimaksudkan di sini ialah menyeru ke arah kebaikan dengan melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar.
Tetapi apabila umat Islam tidak melaksanakan risalah ini, atau mengabaikan  manhajnya, maka jalan-jalan perpecahan akan mencerai –beraikan mereka ke kanan dan ke kiri. Syaitan-syaitan akan mengambil kesempatan untuk menarik perhatian mereka ke arah timur dan barat. Perkara ini telah diingatkan oleh Allah dengan firman-Nya surah An-An’am ayat 154 yang bermaksud (terjemahan);

               “Sesungghnya ini jalan-Ku yang lurus, maka ikutlah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain; kerana  jalan-jalan tersebut akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertakwa”.