Monday, August 31, 2020

TUNTUTI ILMU,SERIKAN IBADAH KERANA ALLAH S.W.T.

 

TUNTUTI ILMU,  SERIKAN AMAL IBADAH KERANA ALLAH S.W.T.

(Disiarkan pada 29.8. 2020)

Ilmu wajar diserikan dengan amal kerana Allah s.w.t.. Amal akan mendewasakan pemikiran manusia kelak menjadi satu bentuk pembangunan untuk mendekati Allah s.w.t.. Dalam arena menntut llmu sememangnya diserikan dengan amal kerana ia merupakan pokok kepada tawakal.

Amal merupakan intisari tawakal; tawakal adalah benih-benih ilmu yang memanu siakan manusia. Amal adalah hasil dari ilmu. Lantaran itu pepatah pernah mengatakan ilmu tanpa amal umpama  awan  tanpa hujan.

Ilmu juga merupakan hasil dari keimanan yang benar kerana tidak dapat digambarkan wujudnya keimanan tanpa amal. Ilmu adalah kedatangan sesuatu makna dan makna itu merupakan satu bentuk pembaharuan yang merupakan ciri-ciri pembangunan.

Ilmu dan amal semestinya dua fenomena yang tidak boleh dipisahkan kerana ilmu tanpa amal tidak ada kemanfaatan kepada kehidupan manakala amal tanpa ilmu bagikan orang yang buta berjalan di tengah bandar raya.

Islam memberikan galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju kecuali dengan ilmu. Allah menyamakan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang yang berilmu dan penyaksian malaikat. Dan ini menunjuk kan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu

Dari segi lain kita lihat Al-Quran tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bermaksud: (terjemahan)

“Begitulah Allah mencap (menutup) mata hati mereka yang tidak berilmu.”

Begitulah Allah menutup iaitu hati mereka rapat-rapat dan dipatrinya, sehingga tidak dapat lagi menerima pengetahuan, pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan yang jelas mengenai bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak dapat memahami sebarang ayat dan keterangan yang dibacakan dari Kitab Allah, disebabkan buruknya persedia an mereka, buruknya tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan kezaliman.

Allah menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu. Allah berfirman dalam Surah Yusof ayat  12:76 yang bermaksud: (terjemahan)

“.......Dan di atas tiap-tiap orang yang berilmu (pandai) ada lagi yang lebih pandai.”  

Kata Ibnu Abbas (r.a.): Diatas orang yang alim ada lagi yang lebih alim, demikianlah seterusnya hingga terhenti ilmu itu kepada Allah Taala,  maka Allah Taala di atas  segala yang  alim. Ayat ini mengingatkan kepada orang-orang yang berilmu supaya jangan membangga-banggakan dirinya dengan menunjuk pandai, sebab masih ada lagi orang lain yang lebih pandai, tetapi hendaklah semakin merendahkan diri kepada Tuhan yang mengurniakan ilmu itu kepadanya. Kesimpulanya: Bahawa saudara-saudara Yusof adalah orang-orang yang alim, tetapi Yusof lebih alim daripada mereka.

Al-Quran menuntut orang-orang Islam supaya mencari ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka kehendaki tentang hakikat alam. Allah berfirman dalam Surah Taha ayat 20:114 yang bermaksud: (terjemahan)

“ Tambahkanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”

Islam tidak menghadkan setakat menyeru manusia supaya mencari ilmu malah ia mengakui prinsip  yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga fikiran dari menjadi batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:

                Ilmu pengetahuan tidak mengatakan sesuatu kecuali apabila ada  bukti yang kukuh lagi yakin. Al-Quran juga menyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu sebagai benar kecuali apabila diperteguhkan dengan dalil.

                Setiap manusia mempunyai potensi semula jadi (fitrah) untuk tumbuh dan berkembang menjadi insan yang baik. Pada hakikatnya, daya intelek bukanlah hak milik individu secara mutlak, tetapi ianya adalah hak milik Allah’ Setiap individu diamanahkan dengan daya

Intelek sebagai ujian daripada Allah. Oleh itu, individu yang berjaya menggunakan daya tersebut mengikut peraturannya yang ditetapkan oleh Allah akan mendapat kebahagian, manakala individu yang gagal pula akan mendapa penderitaan.

                Selepas dilahirkan, setiap manusia mengembangkan potensi intelek dengan membina skim ilmu yang tertentu demi kelangsungan dan kejayaan hidup. Bagi sesetengah manusia, skim  ilmu itu  akhirnya dikembangkan menjadi ilmu. Tranfomasi skim ilmu kepada ilmu membabitkan kehadiran makna tentang sesuatu perkara dalam diri pemilik skim tersebut. Ilmu pula merupakan faktor utama bagi pelaksanaan amal yang salih.

Dengan perkataan lain, amal salih menggambarkan daya intelek yang dipraktikan dalam kehidupan seharian dengan berasaskan niat yang ikhlas. Dalam konteks ini, Al-Quran mendorong manusia mengerjakan amal salih atau amal kebajikan dengan  sebaik-baiknya. Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 16:97 yang bermaksud: (terjemahan)

“Sesiapa yang beramal salih, baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daipada apa yang mereka telah kerjakan.”

Di sini Allah menerangkan persamaan antara lelaki dengan perempuan dalam beramal salih dan akan mendapat ganjaran yang sama, dengan syarat mereka itu orang yang beriman, sebagai tanda rahmat dan kemurahan Allah tidak membeza-bezakan kedua orang yang berlainan jenis itu selagi masing-masing berusaha menunjukkan  kebaktiannya.

Amal salih yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja yang baik yang diwajibkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya supaya ditunaikan. Sedangkan orang itu beriman, yakin percaya kepada Allah yang menjanjikan pahala bagi yang  taat dan menjanjikan seksaan bagi yang  derhaka dan berbuat maksiat.

Sama ada lelaki mahu pun perempuan, apabila telah mengerjakan amal salih tersebut, nescaya Allah akan memberikan balasaan dan upah kepadanya, iaitu menjadikannya hidup yang senang di dunia dan balasan pahala yang sebaik-baiknya di akhirat sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.

Bagaimanakah yang dikatakan kehidupan yang senang  Berbagai pendapat telah diberikan oleh para ulama mengenainya. Al-Hasan mengatakan itu ialah al-Qana’ah, ertinya memadai dengan yang ada.  Maka sesiapa yang mempunyai sifat qana’ah dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya, dia akan merasakan kehidupan yang senang.

Sa’id bin Jubair mengatakan: Hayatan toiyibah itu ialah rezeki yang halal .  Muqotil mengatakan: ialah hidup di dalam ketaatan.. Atau dikatakan kelazatan taat. Dan ada pula yang mengatakan rezeki yang didapati sehari-hari.

Adapun kehidupan orang Mukmin di dunia meskipun papa, dia lebih senang daripada orag kafir meskipun kaya. Ini disebabkan orang Mukmin itu menggetahi bahawa rezeki yang diterimanya adalah kerana daripada Allah yang ditakbir (ditetapkan) dan di atur oleh Allah. Dan orang mukmin itu tahu bahawa Allah pemurah dan berkelebihan.

Dia tahu bahawa Allah tidak berbuat sesuatu melainkan dengan mengandungi maslahat yang baik kepada hamba-hamba-Nya. Dengan demikian, orang Mukmin itu akan memanda dan reda dengan pembahagian reziki yang diterimanya, kerana dia tahu segala macam nikmat dan kemewahan hidup di dunia ini tidak lama dan akhirnya akan lenyap. Sebab itulah dia tidak terlampau  gembira kalau mendapatnya dan tidak pula terlampau sedih kalau kehilangan Apalagi selepas itu nanti di akhirat akan mendapat balasan yang lebih baik, Sebagai upah daripada amal salih yang dikerjakannya di dunia dengan penuh iman dan kepercayaan.

Adapun orang yang kufur, yang berpaling daripada mengingati Allah – beriman  dia tidak mahu, beramal salih jauh sekali – pasti kehidupannya susah, kerana ingin mewah, tamak kepada kelezatan dunia semata-mata. Kalau dia mendapat cubaan atau ditimpa penderitaan,

terasalah olehnya kesusahan yang amat sangat, sedih dan duka yang tidak terkira. Andainya satu peluang yang baik terlepas, wajahnya menjadi muram, hatinya dipenuhi rasa kesal dan jengkel. Begini keadaan hidupnya, dia merasa susah (tidak bahagia) kerana dia menganggap yang dikatakan kebahagiaan itu hanyalah yang merupakan kemewahan hidup dan  menikmati segala kesenangan dunia yang ada ini. Apabila dia tidak dapat mencapai apa yang diingininya, terasalah ia kempunan dari apa yang diimpikannya.

                Dalam hubungan ini Ibnu Abbas (r.a.) telah meriwayatkan, katanya Rasulullah (s.a.w.) berdoa yang bermaksud: (terjemahan)

                “Ya Allah! Jadikan saya memada dan reda dengan apa yang Engkau rezekikan kepada saya, dan berilah berkat kebaikan kepada saya dalam rezeki itu, dan susullah dibelakang saya nanti.”

                Allah berfirman Surah Az-Zumar ayat 39:18 yang bermaksud (terjemahan)

    “Orang yang mendengar perkataan lalu mengikut apa yang paling baik di antaranya, mereka itulah orang-oramg  yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.”

Ayat ini menyuruh orang Islam supaya mendengar sesuatu perkataan, bersikap  mengambil tahu semua aliran (mazhab) dan janganlah mereka  bertaksub kepada sesuatu pendapat sehingga mereka menolak mana-mana pendapat tanpa berusaha memahami dan menyelidikinya. Mereka hendaklah mengambil pendapat yang terbaik. Allah menggambarkan orang yang berbuat demikian sebagai orang yang mendapat hidayah ketuhanan. Mereka itulah ahli-ahli akal yang teguh lagi berpandangan jauh.

                Demikianlah kita lihat Islam menetapkan kepada pengikutnya prinsip yang dapat mem bawa kepada pencapaian falsafah paling maju sejak berkurun-kurun perubahan masa.

Tujuan ilmu ialah supaya ia menghakimi akal pada setiap perkara yang bertentangan kepada seseorang. Maksud akal ialah akal yang mencukupi syarat fahaman yang memboleh  kannya mengetahui apa sahaja yang dibentangkan kepadanya.

Al-Quran mahukan akal menjadi hakim, dengan demikian ia menyebut akal sampai hampir 50 kali. Ia menyebutkan kalimah orang yang berakal, hampir 10 kali. Al-Quran  menerangkan bahawa akal merupakan nikmat besar dan mesti diguna dan dijadikan sebagai hakim. Dalam banyak ayat, Allah berfirman Surah Al-Furqan ayat 25:44 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Atau adakah engkau menyangkah bahawa kebanyakan mereka itu mendengarkan atau memikirkan? Tak lain mereka itu adalah seperti binatang-binatang ternak, malahan mereka itu lebih sesat lagi perjalanannya”

                Allah menyatakan: Sebaliknya adakah engkau menyangka kebanyakan mereka itu mahu mendengarkan perkara yang bak dengan mendengar yang sebenar-benarnya akan apa yang engaku bacakan kepada mereka daripada ayat-ayat Al-Qur’an, atau adakah mereka mahu memikirkan tentang pengajaran dan  seruan yang baik, tentang beradab sopan dan berbudi bahasa yang dianjurkan oleh ayat-ayat tersebut? Engkau telah menyeruh mereka  dengan bersungguh-sungguh dan mengharapkan mereka agar beriman. Dengan hal yang demikian adalah engkau sangkakan mereka mahu beriman?

                Jawapannya tak lain ialah mereka tetap tidak mahu mendengarkan.. Hal keadaan mereka tak lain hanyalah seperti keadaan sekawan binatang-binatang ternak, yang tidak mahu mengambil iktibar mengenai apa yang telah mereka lihat dan saksikan dari keterangan-keterangan daa bukti. Bahkan keadaan mereka itu lebih sesat lagi daripada binatang-binatang ternak.

                Sebab kalau kita memperhatikan hal keadaan binatang-binatang  ternak itu maka walaupun bangsa binatang tetapi ia mahu juga patuh kepada tuannya yang membela dan menternaknya, ia menurut kepada orang yang memberinya makan, ia mengenal orang yang berbuat baik kepadanya dan juga mengenal kepada orang yang telah berbudi kepadanya.

Begitu juga ia kenal kepada orang yang menyakitinya atau pun orang yang mengganggunya. Malahan makhluk yang dikatakan bangsa binatang itu akan mencari apa yang mendatangkan kebaikan kepadanya dan mejauhi apa yang akan membahayakan dirinya dan juga anak-anaknya serta mencari jalan atau boleh juga dikatakan berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan di mana terdapat tempat makan, tempat minum dan tempat tinggalnya. Begitulah keadaan binatang ternak.

                Tetapi orang-orang yang kufur dan syirik itu pula tidak mahu taat kepada Tuhannya. Tuhan yang  memberikan kurnia dan nikmat kepada mereka. Malahan mereka tidak mengenal jasa dan budi Tuhan  yang telah berbuat baik kepada mereka, dan mereka tidak sedar betapa pandainya syaitan telah menipu mereka, syaitan yang telah memperdayakan dengan menjadi kan mereka memandang kepada kemahuan hawa nafsu itu indah belaka. Mereka begitu angkoh kerana tidak mahu mengharapkan pahala, begitu sombong kerana tidak takutkan dosa, dan begitulah seterus kepada Tuhan akan derhaka

                Lagi pula bangsa binatang itu tidak dapat memikirkan benarnya tentang tauhid dan kenabian. Juga dia tidak dapat memikirkan untuk menolak tauhid dan menolak tentang kenabian. Inilah sikap binatang ternak yang tidak berakal.

                Maka itu ilmu dan amal adalah asas pembangunan tamadun manusia. Kesepaduan sumber ilmu merujuk kepada  perintegrasian ilmu wahyu, ilmu akal  (rasional) dan ilmu panca indera. Dalam sistem ini, ilmu wahyu mendapat tempat yang paling tinggi kerana ia mempunyai kebenaran yang mutlak, amanakala kedua-dua ilmu akal dan ilmu pancaindera tidak mempunyai kebenaran yang mutlak. Bagaimanapun, peranan akal atau intelek adalah amat penting dalam memahami dan menghayati kebenaran wahyu.(1)

(1)Sumber:: Nik Aziz Nik Pa : “ Potensi Intelek” – Dewan Bahasa dan Putaka Kuala Lumpur  1999.