Thursday, July 30, 2020

BERAMAL POKOK KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT


 BERAMAL POKOK KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT
(Disiarkan pada 17. 7. 2020)
          Menyempurnakan pembangunan khidupan semestinya diserikan dengan ilmu dan amal atau ibadat. Muhammad s.a.w. telah menerima wahyu dari Allah s.w.t. dalam perantaraan Malaikat Jibril selama 22 tahun 2 bulan 22 hari lalu diterjemahkan dokumen tersebut ke dalam diri Baginda sebelum ditarbiahkan kepada umatnya sebagai pembangunan khidupan yang diredhai Allah s.w.t.
          Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. merupakan peseruh Allah s.w.t. yang dalam keadaan hidupnya sebagai ummi atau buta huruf. Muhammad dilahirkan sebagai anak yatim kerana ayahnya telah meninggal dunia sebelum kelahiran Muhammad dan setelah baginda berusia 6 tahun menjadi anak yatim piatu pula. Maka dengan itu semasa usianya melimpasi kerujahannya Malaikat Jibril  berjumpa dengannya semasa Muhammad beristikap di Gua Hira. Malaikat Jibril  membawa perintah Allah supaya baginda membaca. Perintah demikian baginda menjawab dengan kalimah “Saya tidak pandai membaca.” Arahan tersebut diulangi Malaikat Jibril sebanyak tiga kali dan Baginda mengulangi jawapannya tiga kali juga, “Saya tidak pandai membaca.”
          Dokumen berkenaan merupakan “Addin” atau Cara Hidup. Ia adalah agama Allah s.w.t. yang dikenali sebagai ISLAM. Firman Allah Surah al-Maidah ayat 5:3 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan pepada mu nikmat Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagi mu”  
          Walaupun Muhammad dalam keadaan buta huruf, tetapi hatinya dipenuhi dengan kebijaksanaan oleh Allah s.w.t. semasa usianya dua tahun. Apa yang didengarnya akan terdaftar dalam hatinya. Dalam erti kata lain, Muhammad mempunyai fitrah, photografic memori. Sebagai bukti Muhammad telah hafal dokumen Al-Quran yang diterimanya selama 22 tahun 2 bulan 22 hari yang mengandungi 6,666 ayat dengan hanya didengar sekali sahaja dari Malaikat Jibril. Beliau hafal dan juga memahami erti setiap kalimah yang terkandung dalam Al-Qur’an.
          Muhammad mendapat didikan langsung dari Allah s.w.t. maka segala ilmu yang ditarbiahkannya kepada umat manusia tidak ada keraguan lagi kesahiannya. Ilmu merupakan kedatangan sesuatu makna pada fenomena tertentu. Jika makna itu diterjemahan kepada amal maka itulah yang dimaksudkan sebagai ibadat.
          Melaksanakan ibadat merupakan menterjemakan makna ilmu sebagai pembaharuan kepada pembangunan kehidupan. Maka itu ilmu dan amal merupakan falsafah yang melahir kan  pembaharuan pada kehidupan itu sendiri.
          Semasa Muhammad berhadapan dengan budaya masyarakat Quraisy yang dalam kemuncak kesesatan, kerana dikongkong oleh kejahilan mereka memahami apa dia itu makna hidup, Muhammad telah mencari sesuatu kebenaran dalam hidup untuk ditarbiahkan kepada manusia di zaman Jahiliah berkenaan. Muhammad meyakini dalam hatinya bahawa: “Semestinya ada kebenaran dalam hidup ini.”
          Usaha Muhammad tersebut telah mendapat hidayah serta keredhaan dari Allah s.w.t. dengan membekalkannya dokumen  al-Qur’an sebagai Addin atau cara hidup yang dicari oleh beliau selama ini. Dengan kedatangan dokumen tersebut telah mendewasakan pemikirannya kelak Allah s.w.t.nobatkan Muhammad sebagai Rasululullah untuk membangunkan disiplin kehidupan manusia daripada suasana masyarakat yang mengamalkan kejahilan kepada masyarakat yang berdisiplin, berakhlaq mulia dan berwawasan dalam pembangunan manusia di sisi Allah s.w.t..
          Semua permasalahan dalam kehidupan manusia, tidak ada yang mustahil bagi Allah untuk  ditemukan dengan jawapannya,  kerana kewujudan manusia di alam dunia ini adalah prerogatif Allah s.w.t. sebagai Zat yang mencipta makhluk manusia daripada tidak ada kepada ada dan menjadikannya pula sebagai khalifah Allah s.w.t. demi memurnikan alam kehidupan seperti yang diredhai Zat yang Maha Pencipta itu.
          Hadith Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. yang ditinggalkannya kepada umat manusia adalah sebagai mutiara hidup, yang berbunyi: Jika kita inginkan kebahagian hidup di dunia  perolehi ilmu dan jika kita inginkan kebahagian hidup di akhirat perolehilah ilamu dan jika kita inginkan kebahagian di kedua-dua alam: dunia dan akhirat juga perolehi ilmu:
“IGTANIM KHOMSAN KOBLA KHOMSIN”
          Manusia wajar menterjemahkan dokumen tersebut ke dalam diri setiap insan demi untuk menemukan faktor pembangunan yang kita ingini sebelum kita beralih ke alam pembangunan berikutnya, setelah agenda dunia menutupkan pintunya. Ilmu yang wajar manusia hayati dan terjemahkan ke dalam diri mereka ialah cara hidup yang terkandung dalam dokumen Al-Qur’an nul Karim  
          Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menjadi manusia yang amat mulia dan penuh dengan kebijaksanaan. Dengan sifat Baginda demikian Allah sangat sayang kepada Baginda. Kejayaan Baginda dalam hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat ialah membawa Islam sebagai cara hidup untuk membangun umat manusia di dunia, dan juga di akhirat kelak. Kemuncak kejayaannya adalah terletak kepada perjumpaan dengan Allah s.w.t. di Sidiratul Muntah untuk menerima perintah disiplin sembahyang lima waktu sehari semalam semasa Baginda dijalankan bersama Malaikat Jibril menaiki Buraq di waktu malam yang dikenali sebagai Israk Miraj.
          Sembahyang lima waktu sehari semalam merupakan pokok kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Islam memahaminya sebagai tiang agama kerana  tanpa perlaksanaan ibadat berkenaan seorang yang telah mengucap dua kalimah syahadat itu tidak dipanggil sebagai Mukmin.
          Islam memberi galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seseorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah dalam menggalak kan demikian seperti dalam Surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Katakanlah:Adakah sama  orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
          Kemudian kita lihat Al-Qur’an dalam ayat yang lain menjelskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah seperti dalam Surah Al-Mujadalah ayat 58:11 yang bermak- sud: (terjemahan)
          “Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
          Demikian juga Allah mengakui penyaksian ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. Allah berfirman Surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Allah menyatakan bahawasanya Tidak  ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian itu.”
          Allah menyarankan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang-orang yang berilmu dan penyaksian malaikat. Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu.
         Dari segi lain kita lihat Al-Quran tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah s.w.t. Surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak  (mahu) memahami”.
          Allah juga menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu. Firman-Nya Surah Yusuf  ayat 12:76 yang bermaksud; (terjemahan)
          “Di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui”.
          Ini bertujuan supaya orang-orang berilmu tidak merasa besar diri dan mereka akan 
berusaha menambahkan ilmu, serta mereka akan menganggapkan diri mereka boleh dikritik
oleh orang lain.
          Al-Quran menuntut orang-orang Islam supaya mencari ilmu demi untuk kejayaan
mereka mengetahui apa yang mereka kehendaki tentang hakikat alam. Firman Allah Surah
Taha ayat 20:114 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”.
          Islam tidak menghadkan setakat menyeru manusia supaya mencari ilmu malah ia mengakui prinsip yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga fikiran dari menjadi batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:
          Ilmu pengetahuan tidak  mengatakan sesuatu kecuali apabila ada bukti yang kukuh lagi yakin. Al-Quran juga menyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu sebagai benar kecuali apabila diperteguhkan dengan dalil. Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 2:111 yang bermaksud: (terjemahan).
          “Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata:Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani. Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah:Tunjukanlah bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar”. 
          Tidak harus mempercayai sesuatu kecuali dengan bukti: Orang-orang yang syirik secara bertaklid kepada orang lain akan dihisab oleh Allah. Firman Allah Surah Al-Mu’minun ayat 23:117 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Dan barangsiapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada sesuatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya adalah disisi  Tuhannya, sesungguhnya orang yang kafir itu tiada beruntung”.
          Dalam ayat lain Allah meminta bukti dari orang-orang musyrikin tentang patung-patung yang mereka jadikan sebagai Tuhan, untuk memperlihatkan kelemahan mereka. Firman Allah Surah An-Naml ayat 27:64 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Atau siapakah menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudin mengulanginya (lagi), siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Katakanlah: Tunjukanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar.”
          Ayat-ayat Al-Quran yang kita sebutkan adalah jelas menyatakan bahawa setiap perkataan hendaklah diberi bukti kebenarannya. Orang yang mendengar hendaklah meminta bukti, jika ada bukti maka jangan didengar perkataan atau percakapan itu.   
          Ilmu pengetahuan sentiasa mengawasi sesuatu yang tidak yakin (sebenar) daripada menjadi yakin. Ia juga menjaga dari bertukarnya dan (persangkaan) menduduki tempat yakin. Ia mengkiaskan kadar hampirannya masalah kepada kebenaran dengan kadar kukuhnya hujjah yang membuktikan masalah. Jika hujjah kukuh maka masalah adalah benar, jika tidak maka ianya dhan sahaja.   
          Tujuan ilmu ialah supaya ia menghakimi pada akal pada setiap perkara yang terbentang kepada seseorang. Maksud akal ialah akal yang mencukupi syarat fahaman yang memboleh kannya mengetahui apa sahaja yang di bentangkan kepadanya.
          Al-Quran mahukan  akal  menjadi hakim, sengan demikian ia menyebutkan akal  hampir 50 kali. Ia menyebutkan kalimah, orang yang berakal, hampir 10 kali
          Al-Quran menerangkan bahawa akal merupakan ni’mat besar dan mesti diguna dan dijadikan sebagai hakim. Dalam banyak ayat, Firman Allah
          “Kami telah nyatakan tanda-tanda bagi kamu yang berakal.”
          Kepada orang-orang yang tidak menggunakan akal Allah berfirman Surah Al-Furqan ayat 25:44 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami (kebenaran)? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti benatang ternak, bahkan mereka lebih sesat dijalanannya (dari binatang ternak itu)”itu
          Demikian juga meninggalkan penggunaan akal menjadi sebab kepada di akhirat seperti firman Allah mengenai orang-orang kafir, Surah Al-Mulk ayat 67;10 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Dan mereka berkata:Sekiranya kami mendengarkan dan memahami (peringatan itu)
nescaya tidaklah kamu bersama-sama dengan penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”.
          Inilah suatu galakan besar bagi penggunaan yang diberikan oleh Islam. Perkara seperti ini tidak dapat ditandingi oleh agama-agama lain
          Ilmu yang diseruhkan oleh Islam ialah ilmu yang menghapuskan kejahilan, sama ada dalam perkara dunia atau pun urusan kebendaan. Ilmu-ilmu sains, ilmu jiwa, sejarah, ilmu alam, ilmu masyarakat dan lain-lain juga dimaksudkan oleh Al-Quran di samping ilmu-ilmu agama.
          Allah memberi galakan kepada orang-orang Islam mempelajari ilmu-ilmu ini supaya mereka lebih mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah. Seperti firman Allah Surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hamba-Nya ialah ulama’-ulama’ (orang -orang yang berpengetahuan). (i)

          (i)Dr.Afif Abd. Al-Fattah Tabbarah (Penterjemah Md.Akhir Hj. Yaacob: NADI AJARAN ISLAM.. Jabatan Pwrdana Menteri,1993.

Monday, July 6, 2020

SAYANGI ILMU BERSENDIKAN ILMU AKIDAH

 SAYANGI ILMU BESENDIKAN ILMU AKIDAH
(Disiarkan pada 4.7.2020)
          Ilmu merupakan landasan pembangunan kehidupan yang mampan. Baginda Rasul  Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan satu mutiara kata kepada kita umati yang berbunyi jika inginkan kebahagian hidup di dunia, perolehi ilmu, jika inginkan kebahagian hidup di akhirat perolehilah ilmu dan jika inginkan kebahagiaan hidup di di kedua-dua alam, iaitu dunia dan akhirat, juga perolehi ilmu.
          Pada umumnya setiap insan memperolehi ilmu dari ibubapanya yang akan meghantar kan mereka ke sekolah atau ke institute pendidikan untuk menerima ilmu dari guru yang bertauliah. Keadaan demikian berlaku dengan syarat orang tuanya iaitu ibubapa atau satu daripada mereka masih ada, boleh berbuat demikian. Keadaan demikian juga dilihat dari perseptif  ekonomi keluarga kerana semua faktor tersebut menjadi penentu kepada suasana mengilmukan seorang insan.
          Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menelusuri satu bentuk kehidupan yang amat getir sekali. Ia dilahirkan sebagai anak yatim kerana ayahnya, Abdullah telah balik ke rahmatullah  semasa Baginda  masih di perut ibunya. Ibunya bernama Siti Aminah binti Wahab, sebelum beliau melahirkan Muhammad, ia telah bermimpi  melihat dirinya melahir kan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada  Tuhan: Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak  ini daripada semua orang yang dengki.” Kelahiran Muhammad pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut Ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.
          Menurut sejarah. Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan dia sudah berkhatan. Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu Raja  Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebab kan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam sebelum ini, terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan Istana Raja Farsi itu tertimbus
          Apabila Kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik itu dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendita-penditanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit dan mendengar berita di langit apa yang akan berlaku di dunia.Merekalah yang memberi tahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendita dan ahli nujum membuat ramalan mereka.
          Allah berfirman dalam Surah al-Jin ayat 72:9 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah.”
          Ini bermaksud setelah Muhammad lahir para  jin tidak dibenarkan lagi naik ke langit untuk mencuri mendengar berita apa yang akan berlaku di bumi sekiranya ada berlaku sesuatu kejadian yang pelik. Ada antara pendita ini yang menyebutkan pada Kisra. Peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi. Tidak lama kemudian kerajaan Farsi pun jatuh.
          Setelah lahir, Muhammad dihantar kepada Suwaibah, seorang  hamba, sebelum di hantar kepada suku Saad kerana sudah menjadi tradisi orang-orang Arab Qurasy anak-anak  kecil mereka tidak dibesarkan di Mekkah. Antara sebabnya adalah  supaya anak-anak mereka dapat menguasai bahasa Arab yang tulin. Sudah menjadi trasisi mereka menghatar anak-anak mereka menyusu dengan suku-suku Badwi di luar Mekka.
          Semasa Muhammad  berusia dua tahun di bawah susuan Halimah mendapati proses pembesaran Muhammad tidak seperti anak-anak yang lain.  Kematangannya seperti kanak-kanak yang berumur enam tahun. Semasa umurnya dua tahun sudah fasih bercakap. Halimah mengembalikan Muhamad kepada Siti Aminah, ibu Muhammad.
           Setelah dua bulan Siti Aminah mengambil balik anaknya dari Halimah, berlaku satu
peristiwa. Sedang Muhammad bermain-main bersama anak-anak yang lain datang dua Malaikat mengambil Muhammad, lalu dibaringkan dan dibelah dada Muhammad. Kemudian dikeluarkan hatinya dan dibasuh dengan air Zam-Zam lalu dibuang tempat syaitan daripada hatinya. Kemudian hati Muhammad dipenuhkan dengan kebijaksanaan. Orang yang menyaksi kan keadaan itu merasa takut kemudian melapurkan kepada Halimah. Halimah datang melihat Muhammad yang masih dalam ketakutan. Halimah melihat bekas di dadanya yang dibelah. Halimah takut sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada Muhammad lalu melapurkan kepada Siti Aminah. Siti Aminah menasihati mereka supaya jangan takut.
          Siti Aminah berkata:“Semasa aku  hampir melahirkan Muhammad, saya  bermimpi ada orang datang menyuruh aku berdoa, ‘Aku berlindung dengan Allah yang Esa ke atas anak ini daripada kejahatan semua orang yang hasad dengki’”.
          Anas bin Malik yang melaporkan hadis itu berkata “Aku pernah melihat jahitan di dada Muhamma.” (i)
          Muhammad tidak pernah merasakan hidup mempunyai ayah kerana ayahnya meninggal dunia sebelum beliau dilairkan. Dan apabila lahir di tengah usia 6 tahun yang memerlukan belaian kasih sayang dari seorang ibu, beliau(ibu) pula meninggal dunia.
          Maka tepaksalah Muhammad diasuh oleh neneknya Abdul Mutalip yang sudah juga lanjut usianya. Pembangunan hidup Muhammad sentiasa di luar kota kerana memelihara kambing kepunyaan masyarakat Quraisy. Keadaan demikian terpaksa dilakukan Muhammad untuk menolong neneknya meringankan tanggungjawab sebagai ketua penduduk Mekkah kerana Adul Mutalaip sentiasa kesempitan kerana sering melayani tetamu dari luar Mekkah.
           Selepas Muhammad berusia 8 tahun neneknya meninggal dunia pula. Muhammad dibela pula oleh bapa saudaanya Abu Talib yang juga Ketua Mekkah mengganti ayahnya Abdul Mutalaib. Abu Talib lebih miskin daripada Abdul Mutalib.Semua anak-anaknya berkerja membantu kerja-kerja Abu Talib. Muhamma juga  berkerja bersama sepupunya membantu meringankan tanggungan Abu Talib.
          Hidup di padang pasir jauh daripada kesibukan orang ramai. Ia juga adalah proses pendidikan. Dengan itu, Muhammad belajar mengasihi binatang-binatang ternakan. Begitulah peribadi Muhammad. Ia juga menjadikan Muhammad  mula hidup berdikari, hidup di atas hasil usaha tangannya sendiri. Tempoh  Muhammad mengembala kambing agak lama iaitu daripada beliau berumur 8 tahun sehingga beliau berusia 21 tahun.
          Pengembala kambing selalu berada di padang pasir. Dia selalu bersendirian maka banyak masa berfikir, meneliti dan melihat kebesaran Tuhan di langit matahari dan bulan bintang awan dan alam sekelilingnya. Keadaan ini menjadikan jiwanya bersih dan jernih.
          Muhammad selalu berfikir bahawa semestinya ada kebenaran dalam hidup ini. Maka Beliau sering menyendirikan jauh
dari masyarakatnya. Pemikirannya sedemikian keadaan kerana atas didikan yang diperolehnya semasa mengembala kambing selama 13 tahun.
         Akhlaq beliau amat digeruni oleh semua masyarakat Mekka sehingga beliau dikenali sebagai Al-Amin iaitu orang yang dipercayai. Kerana kejujurannya maka beliau diperlawakan oleh seorang perniaga terkenal di Mekka bernama Siti Khadijah. Akibat kejujurannya melaksanakan perniagaan kepunyaan  Siti Khadijah, yang semakin berkembang maju, maka Siti Khadijah  jatuh cinta kepada beliau dan akhirnya dinobatkan sebagai suami isteri. Pada masa itu umur beliau adalah 25 tahun dan Siti Khadijah 40 tahun.
          Dalam usia 40 tahun Muhammad sentiasa menyendirikan di tempat-tempat yang sunyi untuk menenangkan fikiranya jauh dari masyarakat Quraisy yang giat menyembah patung-patung yang direka mereka sendiri. Beliau sentiasa berada di goa Hira sehingga pada satu ketika beliau didatangi oleh Malaikat Jibril. Mulai dari itu Baginda sering bersama Malaikat Jibril membawa wahyu dari Allah s.w.t. memerintahkan Muhammad supaya membaca dengan nama Allah s.w.t. sebagai pencipta alam ini serta segala isinya.
          Muhammad hidup dalam keadaan buta huruf tetapi Allah s.w.t. kurniakan beliau satu
kekuatan mental yang memudahkan beliau memahai wahyu yang diterimanya dari Allah s.w.t. dalam perantaraan Malaikat Jibril. Dengan wahyu yang diterimanya selama lebih kurang 21 tahun itu  sambil diterjemahakan dalam diri beliau maka jadilah ia orang yang berilmu pengetahuan. Wahyu yang diterimanya dari Allah s.w.t. dalam perantaraan Malaikat Jibril adalah ilmu Islam iaitu Ad-din atau cara Hidup.        
         Muhammad dipelihara Allah s.w.t. sejak dalam rahim ibunya. Kelahirannya mepunyai berbagai perkara pelik dan ini menunjukkan bahawa Muhammad sentiasa dipimpin Allah s.w.t.. Ia mendapat didikan dari Allah dalam perantaraan Malaikat Jibril seperti Wahyu-Nya yang diterimanya selama 21 tahun.
          Hati Muhammad dipenuhi Allah dengan kebijaksanaan semasa usianya meningkat dua
Tahun. Semasa usianya 40 tahun segala ilmu yang diterimanya dari wahyu Allah diterjemah nya dalam dirinya sebelum disampaikan kepada para sahabatnya. Tetapi keadaan demikian disangah oleh masyarakat Qurasy mengatakan bahawa Muhammad bercakap bohong kerana mereka tidak yakin bahawa Muhammad tidak mungkin boleh berbuat demikian kerana beliau  tidak mempunyai ilmu kerana tidak pernah menjejaki kaki di sekolah untuk menuntutut ilmu.
          Maka itu mereka sedaya upaya menghalang Muhammad meyampaikan dakwahnya. Kalau para rasul dahulu seperti Nabi Nuh dan lain, apabila ia tidak dapat menyampaikan dakwahnya kepada  umatnya  ia berdoa kepada Allah supaya menjatuhkan bala kepada umatnya yang keras kepala tidak beriman kepadanya maka berlakulah banjir yang membenamkan dunia. Tetapi Muhammad tidak  berbuat demikian. Kesabaran hati Muham- mad adalah kesabaran yang indah. Muhammad boleh menerima ijikan umatnya sehingga dibubuh najis unta di kepada semasa  Muhammad solat, tetapi Muhammad terima sahaja dengan hati yang sabar. Jika para sahabat menegurnya mengapa tidak bertindak. Muhammad mengatakan bahawa mereka tidak tahu apa yang dibuatnya itu salah. Sekirannya mereka  faham perbuatannya itu salah maka mereka tidak akan melakukannya. 
          Muhammad  mempunyai  kesukaran  hendak menyampaikan ilmu dakwah kepada kaumnya kerana tidak percaya bahawa Muhammad sudah mendapat didikan dari langit (Allah). Walaubagaimana pun Muhammad hanya bersabar dan sentiasa menerima halangan serta ijikan dari masyarakat Quraisy.  Mereka yang telah menganiaya beliau dan Muhammad tidak membalas apabila ada kesempatannya berbuat demikian. Mereka menganut Islam pula setelah mengetahui akhlaq Muhammad sedemikian mulia.
          Ilmu yang disampaikan Muhammad kepada umatnya merupakan lanjutan ilmu wahyu yang diterimanya dari Allah dalam perantran Malaikat Jibril. Ilmu demikian dikenal sebagai (Hadith Rasulullah s.a.w.)
          Antara Hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: Ightanim  Khomsan  Kobla Khomsin- (Pergunakan yang Lima sebelum yang lima datang). Hadith yang paling penting, satu daripada lima hadith tersebut dianggap sebagai “Mutiara Hidup” yang berbunyi: “Pergunakan masa hidupmu sebelum masa matimu datang;” menepati peristiwa pembangunan kehidupan umat Nabi Nuh. Semasa mereka hidup di dunia tidak dimanfaatakan sebaik mungkin seperti mana Nabi Nuh dakwahkan kepada mereka supaya meninggalkan sebahan mereka kepada patung-patung yang mereka reka sendiri.  
          Kita mengambil satu peristiwa lagi yang  berlaku kepada umat Nabi Luth. Umat Nabi Luth yang tinggal di Kota  Sadum mengamal perbuatan homoseks (lewat) di kalangan
lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya.
          Kedua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehingga merupakan kebudayaan. Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sudah sedemikian parah penyakit sosialnya, diutuskah Nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan, kejahilan dan kesesatan dan membawanya ke alam yang bersih, bermoral dan berakhlak luhur. Nabi mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah, meninggalkan kebiasaan-kebiasaan mungkar, menjauhkan diri dari pebuatan maksiat dan kejahatan yang diilhami oleh iblis dan syaitan. Nabi Luth berseru kepada mereka agar meninggalkan adat dan kebiasaan melakukan homoseks dan lesbian, kerana perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung di dalam penciptaan manusia menjadi dua jenis lelaki dan wanita.
          Demikianlah Nabi Luth melaksanakan dakwahnya. Ia tidak henti-hentinya mengguna kan setiap kesempatan dan tiap  pertemuan dengan kaumnya. Akhirnya kaum Luth merasa jemu dan sakit hati mendengar dakwah dan nasihat Nabi Luth yang tidak putus-putus itu dan meminta agar ia menghentikan  aksi dakwahnya atau  menghadapi pengusiran dirinya dari Kota Sadum bersama semua keluarganya.
          Nabi Luth sudah tidak ada harapan lagi kepada masyarakat Sadum boleh dipulih akhlak mereka. Satu ubat sahaja menurut Nabi Luth ialah dengan membasmi mereka dari atas bumi. Nabi Luth memohon Azab Allah ditimpakan kepada umatnya. Maka berlakulah hujan batu ais menimpa mereka sehingga semua masyarakat kota Sadum lenyap  sama sekali.
          Demikianlah bagaimana  masa lapang itu dimanfaatakan  sebaik mungkin sebelum masa sempit itu datang menjelma. Apabila hujan batu berlaku kepada Kota Sadum maka tidak ada masa lagi hendak menyelamatakan diri mereka yang kufur kepada Dakwah Nabi Luth.

(i)Zulkifli Mohd Yusof, Noor Naemah Abdl Rahman :Biografi Muhammad bin Abdullah.PTS Islamika SDN.BHD. 2004 Selangor Malaysia