Monday, November 23, 2020

KEMULIAAN HIDUP LAHIR ISTIQAMAH DALAM SEMUA AMAL IBADAH

 

KEMULIAAN HIDUP LAHIR ISTIQAMAH DALAM SEMUA AMAL IBADAH

(Disiarkan pada 21. 11. 2020)

Hikmah merupakan satu fenomena, Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang sentiasa membudayakan amanah Allah secara intiqamah. Manusia yang sentiasa budayakan ibadah mereka secara istiqamah akan melahirkan satu suasana pembangunan yang Allah redhakan. Kita ambil satu ibadah seperti membaca Al-Qur’an; jika pada mulanya kita mengaji sentiasa mengalami kemuskilan dalam pembacaan kita tetapi jika ibadah  berkenaan diteruskan secara istiqamah maka kita akan menjumpai kelemahan kita dalam pembacaan tersebut, maka pembaikan dalam membaca Al-Qur’an dapat dilaksanakan secara spontan.

                Pepatah Melayu mengatakan bahawa: “Alah bisa taggal biasa”. Orang yang sentiasa membiasakan dirinya untuk melaksanakkan latihan berterusan akan mendapat kemahiran yang sempurna terhadap amalan tertentu dan akan mengalahkan orang lain yang belum terbiasa  dengan ibadah berkenaan. Allah memang sentiasa gemar melihat amalan yang berte- rusan dengan syarat amalan itu menunjukan kepada kebaikan kerana Allah. Jika kita biasakan diri kita dengan amalan yang bersifat kebajikan maka naluri kita akan terbiasa dengan budaya melaksanakan ibadah yang bersifat kesempurnaan akal.

                Para Nabi dan Rasul adalah manusia yang tidak pernah bosan atau mengalahkan diri melaksanakan ibadahnya membawa manusia ke jalan yang benar secara istiqamah. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim berdakwah kepada umatnya agar mereka menyembah Allah dan bukan menyembah berhala-berhala yang mereka reka sendiri. Amalannya secara istiqamah menye- ruh umatnya temasuklah ayahnya sendiri agar mereka menyembah Allah yang menciptakan manusia tetapi mereka tidak mengindahkan dakwahnya sehinggalah Ibrahim memusnahkan patung-patung sembahan mereka semasa mereka berpesta diluar kota dan meninggalkan kepak yang digunanya memusnahkan patung-patung sembahan mereka kepada patung yang besar yang tidak dimusnahkannya.

                Akibat perbuatan Ibrahim sedemikian dasyatnya memusnahkan sembahan mereka dan kepak yang digunakan,  digantung ke lehir patung yang besar. Setelah ditangkap dan disiasat oleh raja Namrud siapa yang memusnahkan tuhan-tuhan mereka. Ibahim mengatakan  Patung yang besar melakukannya dan menunjukkan kepak sedang bersamanya. Alasan Ibrahim tidak diterima dan dihukum bunuh dengan membakar Ibrahim hidup-hidup.

                Satu unggun api diadakan. Setelah kayu bakar yang menggunung tingginya dibakar dan apinya pun menganas begitu dahsyat memakan kayu bakar. Kemudian dalam keadaan terbelenggu, Nabi Ibrahim didatangkan dan dari atas sebuah bangunan yang tinggi dilemparkanlah ia ke dalam longgokkan kayu yang menyala-nyala dengan iringan firman Allah:

                “Hai api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan bagi Ibrahim.”

    Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan tawakkal kerana iman dan keyakinannya bahawa Allah tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi makanan api dan kurban keganasan orang-orang kafir, musuh Allah.

                Setiap kemungkaran itu akan berakhir dan yang akan menang tetap di pihak kebenaran, meskipun kadangkala untuk terwujudnya kebenaran itu harus menempuhi jalan berduri. Kerana jalan berduri itu dendiri merupakan perjuangan. Akhirnya Raja Namrud berserta pengikutnya yang ingkar itu mendapat seksaan dari Allah dengan didatangkan nyamuk-nyamuk yang sangat luar biasa banyaknya dengan membawa penyakit untuk mereka. Namrud berserta pengikutnya mati dalam menanggung seksaan Allah tersebut.

                Begitu berat perjuangan Nabi Ibrahim dalam menegakkan kebenaran. Allah akan tetap menguji keimanan seseorang, untuk melihat sejauh mana keimanannya yang dimilikinya itu telah berakar di dalam sanuberi Ibrahim a.s. Tidak hanya sekadar itu saja. Nabi Ibrahim juga harus menerima cubaan yang lebih berat lagi iaitu agar mengorbankan putra kersayang

anaknya, Ismail a.s. Namun kerana  keimanan yang ada di lubuk hati Ibrahim a.s. telah kuat dan kukuh, maka perintah dan cubaan  itu dengan senang hati dilaksanakannya. Allah men- cintai orang-orang yang beriman maka keselamatan-Nya Ismail dari peristiwa pengorbanan itu. Maka terlepaslah  Nabi Ibrahim dari perjuangan yang amat berat itu dan ia termasuk golongan orang-orang yang beruntung di sisi Allah SWT.

                Istiqamah dalam kehidupan Nabi Isa a.s. dalam menegakkan kebenaran juga mendapat tentangan-tentangan yang sangat hebat daripada kaumnya. Kesulitan menyebarkan dakwah kebenaran disebabkan kaumnya Bani Israel tidak percaya dengan kerasulan Nabi Isa a.s. Nabi Isa putra Maryam dilahirkan tidak mempunyai bapa maka itu ibunya mendapat tuduhan yang tidak baik dari masyarakat sekitarnya ketika diketahui bahawa dia dalam keadaan hamil.

                Firman Allah dalam surah Maryam ayat 19-21 yang maksudnya: (terjemahan)

                “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu (kata Jibril), untuk memberi mu seorang anak lelaki yang suci. Maryam berkata:” Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedangkan tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukanlah seorang penzina. Jibril berkata: Demikianlah Tuhan mu berfirman; hal itu adalah mudah bagi Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”

                Sebarang pertanyaan dari orang yang datang berjumpa Maryam, ia tidak menjawab, ia hanya menunjukkan kepada anaknya. Mereka menjawab bagaimana kami dapat berbicara dengan bayi yang masih dalam ayunan ini. Atas izin Allah Isa yang masih bayi itu berkata Firman Allah Maryam (30-32) makudnya: (terjemahan)

                “Berkata Isa: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberiku Al-kitab (Injil)dan Dia nenjadikan seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan menunaikan zakat selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.”

                Dalam usia 30 tahun barulah Nabi Isa diutuskan Allah SWT untuk menyeru agama yang benar kepada kaumnya Bani Israel dengan diberi Allah berbagai mukjizat kepada Nabi Isa  sebagai suatu petanda  kenabiannya.sekaligus untuk memboktikan tentang kerasulannya itu kepada kaum atau umatnya.

                Nabi Isa a.s. dalam menyebarkan kebenaran memiliki 12 orang sahabat yang disebut dengan kaum Hawariyyin yang telah beriman. Namun di antara sahabat-sahabat itu ada seorang yang murtad iaitu Yahuza (Iskarius). Pengikut Nabi Isa dinamakan orang Nasrani. Di dalam menyiarkan agama Allah tersebut, Nabi Isa mendapat tentangan dari kafir Yahudi, mereka memburuh Nabi Isa dan sahabat-sagabatnya untuk ditangkap dan dibunuh. Mereka terus memburu setiap langkah Nabi Isa a.s. dan pengikut-pengikutnya itu adalah sahabanya sendiri yang telah murtad iaitu Yahuza (Yudas Iscariot).

                Atas perintah raja kafir “Hirdaus’ supaya Nabi Isa a.s. ditangkap kemudian akan dibunuh (disalipkan) kemudian mereka mengepng tempat persembunyian Nabi Isa a.s. dan berusaha menangkapnya namun atas kekuasaan Allah, murid nabi Isa yang murtad tadi diserupakan oleh Allah dengan bentuk Nabi Isa. Kemudian mereka membunuhnya di atas tiang salip. Firman Allah SWT durah  An-Nisa ayat ayat 4:157 yang bermaksud: (terjemahan)

                ‘Dan kerana ucapan mereka, sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Mariam, Rasul Allah pada hal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalipnya, tetapi yang mereka bunuh ialah seorang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang yang berselisih faham tentang pembunuhan Isa benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang yang dibunuh itu, kecuali mengikut persangkaan belaka, mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa.”

Allah telah menyelamatkan Isa a.s. dengan mengangkat Nabi Isa kepada-Nya. Sesungguh Nabi Isa itu tidak mati terbunuh diatas  tiang salip sebagaimana anggapan mereka.

begitu besar perjuangan yang dialami oleh Nabi Isa as dalam menegakkan kebenaran di tengah umatnya. Tetapi dalam, keadaan Istiqamah walau selalu diburu-buru dan ingin disalib. Tetapi akan mengatakan bahawa yang hak itu benar dan yang bathil itu salah, meski pun harus mengorbankan segala yang dia miliki termasuk nyawanya sendiri.

                Sebagai bahan renungan untuk umat Islam di zaman moden sekarang ini bahawa sikap intiqamah, teguh pendirian dalam menghadapi berbagai cuban dan ujian, penderitaan perlu dimiliki dan  hendaknya terjunam jauh ke dasar relung hati yang paling dalam. Sehingga walau datang berbagai rintangan dari luar tidak akan mempengaruhi kehidupan kita.

                Sebaliknya itu perlu berwaspas dalam diri ketika menetap setiap persoalan dan fenomena-fenomena yang timbul. Jangan terlalu cepat mengambil kesimpulan sebelum menemukan konsep kebenaran yang sesungguhnya. Begitu juga sebaliknya jangan terlalu terburu nafsu menyalahkan pihak lain terhadap sesuatu perkara.

                Dalam melihat sesuatu persoalan sangat diperlukan Azma, yang bererti menetap atau melihat suatu permasalahan dengan mantap dan menyeluruh, bukan sebahagian saja, kemu- dian kita telah membuat semacam kesimpulan. Untuk sampai kepada azma diperlukan tabayyunn ertinya penyeledikan atau penelitian yang  mantap terhadap sesuatu hal, sebelum kita memutuskan sesuatu atau sebelum kita mengambil kesimpulan. Dalam hal ini Allah berfirman surah Al-Hujurat ayat 49:6 yang bermaksud: (terjemahan)

                Hai orang-orang yang beriman jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbua- tanmu itu.”

                Disebabkan tidak ada azma makanya Nabi Adam tertipu dengan rayuan syaitan akhirnya melakukan yang dilarang Allah. sebagaimana firman Allah dalam surah Thahaa ayat 20:115 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Dan sesungguhnya telah kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka dia lupa akan  perintah itu dan tidak Kami lihat padanya azma.”

                Begitulah halnya dalam kehidupan zaman moden sekarang ini dituntut agar dapat memiliki azma dan tabayyun tadi dalam melihat, meneliti sekaligus menetap setiap persoalan yang datang. Dengan sendirinya jiwa istiqamah akan tetap bertahan di relung sanuberi setiap mukmin yang memiliki keimanan dan ketakwaan yang kukuh. Tidak mudah diumbang-ambingkan oleh gelombang kehidupan yang penuh dengan cobaan dan godaan ini. Akhirnya  mental dan jiwa kita akan menjadi tenteram dengan mengamalkan nilai-nilai Istiqamah dalam diri.

                Liku-liku perjuangan Nabi Musa as. cukup berat dan panjang. Semenjak kecil lagi harus menepuhi penderitaan dan cubaan. Ketika bayi, ia harus mengharungi alunan ombak sungai Nil, belayar sendiri mencari kehidupan yang lebih aman dari cengkaman undang-undang  Firaun yang kejam itu. Walaupun pada akhirnya Musa tinggal bersama dengan Firaun.

                Setelah dewasa ketika harus menerima tanggungjawab sebagai seorang rasul, Musa dihadapi dengan dua masalah, dari satu sisi ia harus melawan kekejaman Firaun disisi lain ia dihadapi masalah di mana umatnya Bani Israel semakin ingkar.

                Melihat kekejaman Fir’aun, Nabi Musa as. bersama dengan pengikut-pengikutnya yang beriman lari keluar dari Kota Mesir. Kemudian Fir’aun bersama dengan tenteranya mengejar dari belakang. Ketika sampai di laut Merah Nabi Musa as. berserta pengikutnya menjadi bingong. Kedaan mereka dalam tersepit, sementara musuh sudah dekat dengan mereka.

                Tuhan memerintahkan kepada Nabi Musa supaya memukul laut itu dengan tingkatnya. Perintah itu dilakukan oleh Nabi Musa hingga terbelahlah laut itu dan terbentang jalan di tengah-tengannya. Kemudian Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya melalui jalan itu hingga sampai keseberang. Sedang Fir’aun bersama dengan pengikut-pengikut juga melalui

jalan yang sama, tetapi ketika mereka sedang di tengah-tengah laut, kembalilah laut itu sebagaimana biasa, menyatu kembali, lalu tenggelamlah Fir’aun berserta mereka yang ingkar.

                Begitu berat ujian dan penderitaan Nabi Musa as. dalam meneggakkan kebenaran dan  menghancurkan kekufuran serta kemusrikan, agar yang hak itu tetap benar dan yang batil itu tetap salah.

Walaupun demikian sukarnya melawan kemunkaran itu, lalu tetap istiqamah, teguh pendirian dan sanggup menerima risiko apapun.  Kerana sesungguhnya kebatilan dan kemung karan itu pasti akan hancur dan musnah. Kejahatan tidak akan mampu bertahan lama, begitu juga tamak dan haloba juga tidak akan dapat menjamin kebahagian untuk kita.

Sunday, November 8, 2020

ILMU DAN AMAL MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH SWT.

 

ILMU DAN AMAL MENDEKATKAN KITA KEPADA  ALLAH SWT.

((Disiarkan pada 07. 11. 2020)

Manusia hidup semestinya dengan ilmu. Ilmu merupakan kermartabatan manusia sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya. Sekiranya ilmu itu hilang dalam dirinya  maka manusia hilang kemartabatannya sebagai manusia. Oleh itu manusia yang berilmu sahaja yang dipanggil sebagai manusia tulin.

Wahyu Allah yang pertama diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW  adalah mengenai ilmu; iaitu “Iqra” yang bermaksud “Baca”. Ibadah membaca merupakan pintu  untuk masuk ke dalam arena ilmu pengetahuan. Apabila kita sudah di dalamnya maka kita mempunyai kekuatan untuk memahami  sesuatu ilmu. Kadangkala kita mendengar kono- tasi yang berbunyi; Ilmu adalah zat memanusiakan manusia. Orang yang berilmu sahaja yang wajar dipanggil sebagai manusia tulin.

Masyarakat Jahiliah dikategorikan sebagai masyarakat yang tidak berilmu atau masyarakat yang jahil. Mereka tidak memahami  makna kemanusiaan. Sebagai contoh masya- rakatnya menganggap Jahil kerana tidak memahami apa dia itu ciri-ciri kemansiaan. Akibat kejahilan mereka untuk memahami dirinya sebagai manusia, maka mereka tidak mendekati budaya kasih sayang antara sesama insan. Malah anak perempuan yang baru lahir dianggap mereka sebagai pembawa kesialan dan keruntuhan kepada pembangunan keluarga. Makhluk manusia memegang ciri-ciri kemanusiaannya kerana ia mumpunyai naluru berkasih sayang.  

Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW dilahirkan sebagai anak yatim dan setelah Baginda  berusia enam tahun ia menjadi anak yatim piatu pula kerana ibunya balik ke rahmatullah. Allah bina beliau sejak kecil lagi kerana kita setiasa melihat awan yang tebal melindunginya di mana  sahaja ia pergi. Apabila cahaya mata hari memancar ke bumi begitu panas kadang-kadang Allah jatuhkan titisan air ke atas bagina untuk menyejukkan keadaan.

Maka Allah SWT  pilih beliau sebagai manusia yang menerima wahyu-Nya dalam perantaraan Malaikat Jibril. Allah S.W.T. perintahkannya melalui Malaikat Jibril supaya membaca, tetapi Baginda menolaknya kerana beliau tidak pandai membaca. Perintah berkenaan disampaikan Allah kepada Baginda kerana memberi kefahaman bahawa melalui pembacaan akan terbuka ufuk pemikirannya tentang kewujudan Allah S.W.T. melalui fitrah ilmu yang diterimanya dari Wahyu Allah S.W.T..

Seringkali kita mendengar ungkapan orang-orang berilmu mengatakan bahawa dengan ilmu ia memanusiakan manusia. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW mengalami kemuskilan yang amat para sekali apabila baginda menyampaikan ilmu yang diterimanya dari Al-Quran kepada masyarakat Quraisy, kerana tidak memahami ilmu berkenaan mendekatkan mereka kepada kebaikan kelak akan mengenali diri mereka sebagai hamba Allah S.W.T..

Hati masyarakat quraisy berdegil tidak menerima ilmu yang Baginda sampaikan kepada mereka  atas dasar bahawa beliau difahami sebagai umi, tidak pandai membaca dan menulis maka apa saja ilmu datang dari pemikiran Baginda menjadi duri dalam jiwa mereka maka mereka berkeras hati untuk menentang menerima ibadah Baginda.

Manusia yang berilmu dan menggunakan ilmu untuk kepentingan pembangunan manusia adalah insan yang dikategorikan sebagai orang yang hidup dan membangunan. Cintanya kepada ilmu membentuk dirinya sebagai manusia yang bertanggungjawab untuk membuat perubahan kepada masyarakat agar lebih peka untuk memahami peranannya sebagai ahli masyarakat yang membudayakan kemuafakatan demi  kestabilan ukhuwah kemanusiaan.

Kita hidup harus berpegang kepada satu ideologi bahawa dengan kehadiran ilmu dalam seorang insan memberikan satu tanggungjawab untuk membudayakan pemikiran yang proaktif. Dengan amalan demikian kehadiran ilmu dalam diri kita dapat dimanfaatkan untuk membangunkan manusia.

Tetapi apabila manusia tidak mempunyai ilmu dan tidak pula membuat sebarang amalan, dikategorikan sebagai bangkai bernyawa. Kumpulan manusia ini adalah sampah masyarakat atau dalam erti kata lain manusia yang tidak melihat pembangunan itu sebagai satu ketamadunan hidup. Manusia sedemikian rupa dengan segala kecantikan bentuk dan sifatnya tetapi tidak mensyukurinya kerana tidak memahami siapa yang memberi kemanfaatan hidup demikian canggihnya.

Memperolehi ilmu pengetahuan mempunyai banyak kelebihan dan ini dapat dibukti kan oleh Al-Ghazali memetik ayat Al-Qur’an seperti berikut:

1                     Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia yang menegakkan keadilan. Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga yang menyatakan yang demikian itu) tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Surah Ali Imran ayat 3:18.

2                     Dan perumpamaan-perumpamaan ini kami buatkan untuk manusia dan tiada yang memahami kecuali orang yang berilmu. Surah Al-Ankabut ayat 29:43.

Kelebihan ilmu telah meletakkan manusia pada martabat yang ketiga selepas Allah SWT.

ini menunukkan ilmu mempunyai suatu daya untuk mengamati alam ini, hakikat dan permasalahan. Ilmu diiberatkan pakaian yang menutup tubuh badan. Oleh itu manusia yang tidak berilmu laksana seorang manusia yang berbogel. Allah berfirman surah Al-A’raaf ayat 7:26, yang bermaksud: (terjemahan)

                Kata  Ibnu Abbas: Pakaian takwa itu ialah, beriman dan beramal salih. Kerana kedua nya merupakan sebaik-baik perhiasan dan sebaik-baik pakaian.

                Beberapa hadis Rasulullah menyentuh tentang kelebihan ilmu pengetahuan. Antaranya ialah:

1         Apa yang terdapat dilangit dan dibumi disediakan untuk manusia yang berilmu.

2         Manusia yang terbaik ialah seorang yang beriman dan bijaksana, Jika dia dikehendaki, dia akan menjadi seorang yang berguna. Jika sekiaranya dia tidak dikehendaki dia boleh berdikari.

3         Manusia yang hampir kepada kenabian adalah mereka yang berilmu pengatahuan dan berjuang ke jalan Allah (jihad). Orang yang berilmu akan memimpin manusia ke jalan yang disuruh oleh para Nabi dan Allah.

4         Kematian seluruh anggota masyarakat untuk sesuatu kaum atau suku kaum dapat diterima tetapi kematian seorang yang berilmu adalah sukar dicari ganti.

5         Manusia yang berpengetahuan merupakan pemegang amanah Allah di muka bumi ini.

6         Martabat yang tertinggi iaitu orang yang berilmu  menguasai orang yang rajin beribadat adalah sama dengan kelebihan bulan dengan menguasai bintang-bintang lain apabila bulan itu menjadi penuh,

7         Orang yang berilmu dan berpengetahuan berada 70 darjah lebih tinggi dari orang yang beriman biasa.

         Kupulan hadis tersebut menghuraikan keistemewaan orang yang berilmu. Al-Ghazali berpendapat bahawa ilmu pengetahuan membentuk manusia. Manusia yang berilmu sahajalah dapat dianggap manusia sejati kerana manusia dijadikan mempunyai potensi untuk mengeta- hui. Menurut beliau sajian hati ialah ilmu dan hikmah sebagaimana makanan untuk keperluan jasad.

                Oleh itu hati akan kelaparan sekiranya tidak disajikan dengan ilmu pengetahuan dan hikmah selama tiga hari. Hati yang kekurangan ilmu pengetahuan akan merana dan akibatnya kematian merupakan sesuatu pasti walaupun ia mungkin tidak menyedari.

                Penggunaan ilmu yang sempurna akan melahirkan akal  kemalaikatan. Ia akan mengua sai keinginan manusia melayani nafsu dan kiblatkan fikiran kepada kebaikan dan kemuafakatan dalam hidup. Selain daripada menguasai ilmu pengetahuan yang dipusakai dari ahli-ahli fikir yang lain atau wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w., para ilmuan atau ahli fikir dapat mempunyai hikmahnya kepada manusia.

                Allah telah menaburkan hikmah-hikmahnya diseluruh alam, di langit, di angkasa

lepas, bintang-bintang, bulan dan mata hari, di lautan, di perut bumi di alam kehidupan manusia samada di duniawi mahupun ukhrowi dalam alam rohani semuanya mempunyai Hikmah Allah SWT. Manusia tidak akan dapat menemukan hikmah-hikmah itu jika penguasaan ilmu pengetahuan tidak dijadikan budaya kehidupan manusia.

                Kewajipan hidup ialah mendekati Allah dan ini dapat dimanfaatkan melalui amalan yang sentiasa ditemani dengan kesyukuran terhadap kurniaan Allah sama ada hidayah mahupun musibah atau teguran, Ilmu pengetahuan memberi pelita kepada kesempurnaan  kehidupan mansia dan memahami diri bahawa segala apa yang diperolehi adalah hidangan Allah kepada hamba-Nya yang membudaya kesyukuran. Hati yang bersih dengan sajian ilmu pengetahuan yang tinggi dapat melandaskan segala amalan manusia jauh dari kekufuran kepada nikmat-nikmat Allah.

Wahyu pertama Allah sampaikan kepada kekasihnya Muhammad ialah “Iqra” iaitu baca. Melalui ibadah pembacaan manusia dapat mendewasakan pemikiran dan dapat mengolah ilmu yang baru diperolehi. Ibadah demikian merupakan satu amalan untuk mencapai pembangunan kehidupan kelak akan mendekatkan kita kepada Zat yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Segala kewujudan makhluk di alam ini sama ada yang bersifat nyata mahupun yang ghaib adalah kerana Allah dan Allah tidak wujudkan sesuatu  tanpa kemanfaatannya. Menerima ilmu melalui pembacaan, manusia diberi satu fitrah dalam diri setiap insan yang dikenali sebagai kemahiran berfikir. Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu dari Allah dalam perantaraan Malaikat Jibril, masih bersifat original dan kebanyakannya merupakan tamsilan bahasa. Setelah Baginda menerima  satu ilmu atau wahyu dari Allah yang masih memerlukan satu kekuatan intelek untuk mendapatkan makna sebenar wahyu berkenaan dalam erti kata pembangunan kehidupan. Baginda mempunyai kekuatan intelek dari Allah s.w.t. maka baginda dapat mentafsirkan makna ilmu atau wahyu yang diterimannya apabila baginda mentarbiahkannya kepada umat Baginda.

Nabi Muhammad s.a.w. langsung sampaikan ilmu yang baru diterimanya dari Allah melalui Malaikat Jibril kepada sahabat-sahabat Baginda dan seterusnya kepada umat manusia dalam bentuk tafsirannya untuk memudahkan umat manusia apa sebenar yang Allah maksud kan dalam wahyunya sebenar. Walaupun  Baginda tidak pernah memasuki institusi pendidi kan yang formal untuk mengilmukan dirinya tetapi Allah bekalkan Baginda  satu kekuatan dalam jiwanya potensi tulin itu terletak dalam unsur ketuhanan, iaitu satu daripada empat unsur semula jadi manusia yang boleh dikembangkan menjadi daya intelek yang tertentu. Ringkasnya, daya intelek yang dipunyai oleh individu adalah saling berkait dengan sifat-difat Allah yang diberi kepada manusia dalam bentuk yang amat terbatas.

Dari sudut perkembangan daya intelek boleh dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu potensi intelek, skim ilmu dan amal yang salih. Setiap manusia mempunyai potensi semula jadi (fitrah) untuk tumbuh dan berkembang menjadi insan yang baik. Pada hakikatnya, daya intelek bukanlah hak milik individu secara mutlak, tetapi ia adalah hak milik Allah. Setiap individu diamanahkan dengan daya intelek sebagai ujian daripada Allah. Oleh itu, individu yang berjaya menggunakan daya tersebut mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah akan mendapat kebahagian, manakala individu yang gagal pula akan mendapat penderitaan.

Ilmu itu terletak dalam roh dan  ia memainkan peranan yang penting dalam menentu kan sifat kemanusiaan. Ilmu dan hikmah merupakan santapan kalbu. Ilmu yang paling utama ialah pengetahuan tentang kewujudan Allah dan segala kehendak Allah. Darjah kemanfaatan ilmu berganung pada sejauh mana ilmu itu di oriantasikan kepada peghampiran diri manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan keakhiratan

Istilah hikmah (bijaksana) bermaksud keadaan jiwa yang berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran dengan kebatilan dalam segala  perbuatan yang termasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia. Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah yang memboleh

kan seseorang untuk mengetahui tentang kedudukan atau tempat yang sebenar bagai sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian. Hikmah yang bertapak dalam kalbu akan mengha- lang seseorang daripada bergelimang dalam kelakuan yang jahat. Jadi, hikmah merupakan puncak segala perbuatan yang baik dan segala budi pekerti yang terpuji.

                Potensi ilmu dapat menempatkan manusia di istana kemuliaan jika digunakan berlandaskan kepada kesyukuran terhadap yang Maha Pencipta. Tetapi mengkufuri nikmat Allah itu menampatkan manusia yang berilmu lebih hina daripada haiwan. Maka muliakan hidupmu bersendikan  ilmu yang bersifat ukhrowi.

Monday, November 2, 2020

ILMU TANPA AGAMA MENJADI BUTA

 

ILMU TANPA AGAMA MENJADI BUTA

(Disiarkan pada 31. 10. 2020)

                Ilmu pengetahuan yang tinggi jika tidak disajikan dengan keyakinan beragama akan gagal memberikan kebahagian kepada orang yang memilikinya. Dalam kehidupan sehari-hari dapat kita saksikan bahawa ramai di antara para ilmuan tidak mampu memanfaatkan pengetahuan tersebut untuk membuat dirinya menjadi bahagia

                Ahli-ahli pengetahuan yang tidak percaya kepada Tuhan atau yang telah meninggalkan ajaran agamanya, akan menggunakan pengetahuan yang dimilikinya itu untuk memenuhi keperluan-keperluan saja, kadangkala berlawanan dengan dasar-dasar moral dan hukum agama. Bahkan mungkin membahayakan masyarakat.

                Hakikat dari kegunaan ilmu yang sebenarnya kadangkala tidak dimiliki oleh mereka yang berpengetahuan, sehingga mereka menyalahgunakan ilmu tersebut. Kita lihat para  ahli pendidik yang tidak memiliki keimanan yang kukuh, daripada hasil yang diberikannya, seakan-akan tidak memberi bekas terhadap anak didik. Kadang kala moral remaja menjadi semakin buruk. Ilmu fardu ‘ain ialah ilmu yang menjadi asas bagi individu Muslim untuk terus hidup sebagai Muslim seperti ilmu pendidikan agama, etika sosial, akhlak, dan perunda- ngan asas.

                Ilmu adalah satu alat penting bagi pembangunan diri dan masyarakat. Ilmu yang mengandungi kebenaran dan keyakian membawa manusia mengenali Allah dan membolehkan manusia mentafsir ciptaan Allah dengan betul. Dari sudut keilmuan, Islam hanya mengiktiraf dua gologan manusia sebagai golongan yang produktif, iaitu orang pintar cergas yang berfungsi sebagai pengajar dan orang kurang pintar cerdas yang berfungsi sebagai  pelajar.

                Manusia akan menjadi jahil dan mundur sekiranya mereka mengabaikan poses keilmuan serta memandang rendah kepada proses  pembudayaan dan pengislaman ilmu. Ilmu merupakan faktor utama bagi perlaksanaan amal (kerja, tugas, tindakan, gerak balas, atau usaha) yang salih. Manakala amal salih bukanlah sebarang perbuatan, tetapi merupakan sejenis perbuatan diredai Allah yang batasnya ditentukan oleh iman dan ilmu. Perbuatan tersebut membabitkan penyempurnaan dua tugas insan, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Terkandung dalam pengertian hamba Allah semua perkara yang terdapat pada diri manusia adalah menjadi hak milik Allah dan seharusnya digunakan mengikut kehendak Allah  yang menciptakannya, Jadi tanggngjawab asas setiap hamba Allah ialah melakukan sujud dan menyerah diri kepada Allah dengan mematuhi suruhan dan larangan-Nya. Al-Qur’an menjelaskan hal ini dalam surah an-Nisa’ ayat 4:125 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Dan tiadakah orang yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah.”

                Seterusnya, terkandung dalam pengertian khalifah Allah pula ialah menguasai dan mentadbir, ataupun sifat ketuanan. Sebagai khalifah atau pewaris Allah di muka bumi, manusia diberi mandat dalam bentuk amanah untuk menjadi “tuan” ke atas segala ciptaan Allah di dunia. Bagaimanapun sifat ketuanan hanya terpakai dalam konteks pelaksanaan tugas khalifah mengikut petunjuk Allah. Untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi, seseorang wajib mengabdikan diri kepada Allah semoga tugas tersebut dapat dilaksankan dengan sebaik mungkin.

                Sesiapa yang gagal berbuat demikian, dan semata-mata menurut kehendak hawa nafsu akan hilang sifat ketuanan yang dianugerahkan Allah secara automatik. Sebagai khalifah Allah di dunia, manusia perlu hidup menurut peraturan dan adab yang ditetapkan oleh Allah demi kebahagian diri dan kesejahteraan makhluk lain dibumi.

                Tugas sebagai hamba dan khalifah Allah membabitkan empat tanggungjawab asas, iaitu tanggunjawab kepada Allah, tanggungjawab kepada manusia tanggungjawab kepada alam, tanggungjawab kepada diri sendiri. Tanggungjawab kepada Allah merupakan kewajipan

yang utama. Manusia yang melaksanakan keempat-empat tanggungjawab ini dengan sempur-

na dianggap manusia yang bertakwa kepada Allah. Al-Qur’an menjelaskan hal ini dalam surah Al-Hujurat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)

                :Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”

                Sesungguhnya manusia yang hidup di  dunia ini sentiasa berlumba-lumba di antara  satu dengan yang lain, untuk mencari kemuliaan. Dalam hubungan ini Ibnu Abbas (r.a.) ada mengatakan bahawa kemuliaan di dunia ialah kekayaan, sedangkan kemuliaan di akhirat pula ialah takwa (kebaktian kepada Allah).

                Allah mencela manusia yang membangga-banggakan keturunannya, atau apa sahaja yang dengan dia menganggap lebih mulia. Maka bagi Allah, orang yang paling mulia di sisi-Nya  ialah yang banyak kebaktiannya kepada Allah. atau yang paling berbakti kepada-Nya. Dan caranya berbakti kepada Allah itu hendaklah menjalankan segala yang diperintahkan-Nya , dan meninggalkan semua yang ditegah-Nya.

                Manusia yang pintar cerdas ialah manusia yang berjaya melaksanakan tugas keinsanan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Perlaksanaan kedua-dua tugas itu adalah berlandaskan kekuatan iman dan kekuatan ilmu. Apabila kalbu dihidupkan dengan cahaya keimanan, akal disuburkan dengan cahaya keilmuan, dan daya syahwat serta daya marah dikawal oleh kekuatan  keadilan, maka barulah segala perbuatan manusia dianggap sebagai amal Salih.

                Keistemewaan manusia terletak pada ilmu yang dipunyainya. Seandainya ilmu itu hilang, maka jatuhlah martabat manusia. Ilmu pula terletak dalam roh dan ia memainkan peranan yang penting dalam menentukan sifat kemanusiaan. Misalnya, manusia berilmu sahaja yang layak dipanggil manusia tulin kerana manusia dicipta oleh Allah dengan potensi intelek untuk mengetahui, di samping ilmu serta hikmah yang merupakan santapan kalbu. Sekiranya kalbu tidak disajikan dengan ilmu dan hikmah untuk beberapa ketika, maka ia akan merana akibat kelaparan hidayah Illahi dan akhirnya mengalami kematian walaupun tuan punya kalbu itu mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dalam rohnya.

                Ilmu yang paling utama ialah pengetahuan tentang kewujudan Allah dan segala kehendak Allah. Darjah kemanfaatan ilmu pula bergantung pada sejauh mana ilmu itu dioriantasikan kepada penghampiran diri manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan ke akhiratan. Melalui kekuatan ilmu, manusia dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara maklumat yang benar dengan maklumat yang palsu dalam komunikasi, antara iman dengan syirik dalam kepercayaan, dan antara baik dengan buruk dalam perbuatan.

                Sekiranya kekuatan ilmu dibentuk secara seimbang, sepadu, dan menyeluruh, maka terpancarlah hikmah dalam jiwa manusia. Istilah hikmah (bijaksana) bermaksud keadaan jiwa yang berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran dengan kebatilan dalam segala perbuatan yang termasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia. Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah yang membolehkan seseorang untuk mengetahui tentang kedudukan atau tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadiaan.

Hikmah yang bertapak dalam kalbu akan menghalang seseorang daripada  bergelu- mang dalam kelakuan yang jahat. Jadi hikmah merupakan puncak segala perbutan yang baik dan segala budi pekerti yang terpuji. Keadilan kemudiannya akan turut menjelma pada diri seseorang hasil perjalanan hidup di dunia yang berlandaskan hikmah.(1)

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai fitrahnya sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah, maka segala makanan yang diperlukan oleh fisikal itu berasal dari zat tanah begitu juga jiwa yang datangnya dari Allah selalu merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi keperluannya. Agama Islam merupakan makanan jiwa yang paling sesuai; kerana  Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Sebagaimana firman Allah SWT surah Yunus ayat 10:57 yang bermaksud: (terjemahan)

“Hai sekalian manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran dari Tuhanmu, Ubat bagi hatimu, pimpinan dan rahmat  bagi orang yang beriman.”

Setelah menyebutkan  tiga macam keterangan atau bukti yang menjadi dasar agama, iaitu tentang keesaan Allah, perutusan rasul-Nya dan hari kebangkitan. Maka disini Allah menyebutkan pula tentang pengaruh yang terdapat di dalam kitab suci al-Quran.

Allah menyatakan kepada golongan kaum Quraisy Makkah yang pada masa itu mendapat perhatian Allah secara khusus dan kepada sekalian umat manusia secara umum: Bahawasanya kamu telah didatangi sebuah kitab al-Quran yang lengkap dengan pelbagai perkara yang kamu hajati, kerana ia mempuyai empat macam pengaruh untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, iaitu:

(i)Merupakan pengajaran yang baik. Semua pengajarannya mengandungi pengaruh yang menggemarkan orang untuk berbuat kebajikan serta kebaikan, dan mengandungi pengaruh yang menakutkan orang untuk berbuat dosa atau maksiat. Pengajaran yang dapat melunakkan hati untuk membuat atau meninggalkanya, kalau baik segera dibuatnya kalau jahat segera pula ditinggalkannya. Demikianlah pengajara yang ada di dalam al-Quran.

(ii)  Sebagai ubat atau penyembuh bagi penyakit hati. Al-Quran boleh menjadi penawar dan penyembuh hati manusia yang dihinggapi berbagai penyakit seperti, syirik terhadap Allah dan kufur terhadap nikmat-Nya sikapnya yang nifak dan riyak, sombong dan takbur, iktikadnya yang sesat dan salah.

(iii) Merupakan pimpinan ke jalan yang hak, memudahkan seseorang menjadi yakin dan menjauhi daripada kesesatan di dalam iktikad dan amalan.

(iv)   Menjadi rahmat bagi orang yang beriman. Kerana orang yang beriman sahaja yang akan mendapat faedah daripada pengajaran al-Quran itu, sedang yang lain tidak

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 30:30 yang bermaksud: Iterjemahan)

                “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada  agama Allah tetaplah atas fitrah Allah yang telah mencpta manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

                Jiwa manusia perlu diisi dengan nilai kebenaram atau agama, supaya ia tetap sihat dan memperolehi limpahan kurnia dari Allah SWT. Jika ianya tidak diberi makanan atau bimbi- ngan rohani maka akan timbullah berbagai masalah dan  gangguan kejiwaan.

                Islam membimbing umat ke arah kebenaran dan menjanjikan kebahagian jika manusia meninggalkan segala kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. Sifat-sifat yang tercela yang dilakukan oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resah dan rohaninya menjadi lapar. Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.

Maksud dan tujuan agama itu ada dua macam. Pertama meninggalkan yang dilarang dan kedua, menyeruh melakukan yang dianjurkan. Perkerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar bagi manusia daripada mengerjakan sesuatu ketaatan. Nabi SAW pernah bersabda, “Bahhwa orang yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang dapat berperang atau menentang hawa nafsu.”

Setiap perbuatan manusia akan ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat dan setiap anggota badan menjadi saksi atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah berfirman  dalam surah Yaa Siin ayat 36:65 yang bermaksud: (terjemahan)

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”

Prof Mahmud Yunus menambahkan tafsiran tentang ayat ini,, bahawa pada hari kiamat Allah menutup mulut orang-orang yang kafir, dan melarang mereka bercakap-cakap, untuk membela dirinya. Waktu itu bercakaplah tangan mereka menjadi saksi atas apa-apa yang telah diusahakannya di dunia.

Jika jiwa lapar daripada bimbingan agama maka akan menjadi orang yang tidak

penyayang. Akhirnya akan timbul dari jiwa yang tidak penyayang itu tadi berbagai

kemaksiatan lahirlah seperti, mencuri, merompak, menyiksa, menganiaya, membunuh penyiksaan terhadap seks dan sebagainya. Kecelaruan tingkah laku masyarakat terutama para remaja itu. Tinbul disebabkan oleh jiwa mereka tidak diisi dengan ilmu agama secara mendalam.

                Di samping itu kurang kefahaman ilmu agama juga akan menyebabkan berbagai kemaksiatan yang disebabkan oleh jiwa manusia. Maksiat yang bersumber dari jiwa ini lebih merbahaya, ia lebih sukar untuk menghilangkannya. Selama maksiat yang disebabkan oleh jiwa ini belum dihilangkan,  maka maksiatyang bersifat lahiriah sukar dihindarkan(2). Maka itu ilmu tanpa agama menjadi buta; iaitu buta hati kerana hidup diselubungi dengan kekafiran terhadap kewujudan Allah SWT yang menciptakan manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya di alam dunia ini.

(1)Nik Azis Nik Pa : POTENSI INTELEK. Dewan Bahasa dan Pustaka  Kuala Lumpur 1999.

(2)Muhammad Isa Selamat: PENAWAR JIWA Psikologi Ketenangan Minda. Darul Nu’man. Wisma Yakin Kuala Lumpur1998.