Friday, January 31, 2020

MUDAHKAN HIDUP DENGAN ILMU


MUDAHKAN HIDUP DENGAN ILMU
Disiarkan pada 18.01. 2020)
          Apakah ilmu yang diserukan oleh Islam? Maksud ilmu di sini ialah setiap ilmu yang menghapuskan kejahilan, sama ada dalam perkara dunia ataupun  urusan  kebendaan.  Ilmu-ilmu sains, ilmu jiwa, sejarah, Ilmu alam, ilmu masyarakat  dan  lain-lain juga dimaksudkan oleh Al-quran di samping  ilmu-ilmu agama.
          Allah memberi galakan kepada orang-orang Islam mempelajari ilmu-ilmu ini supaya mereka lebih mengetahui kebesaran dan keEsaan Allah, seperti firman Allah dalam surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud: (terjemahan
         “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hamba-Nya ialah ulama’-ulama’ (orang yang berpengetahuan)”.
          Orang-orang yang takutkan Allah (menghindarkan dari seksaan-Nya) dengan mentaati-Nya, tidak lain hanyalah para ulama yang mengetahui kekuasaan Allah di atas segala sesuatu di samping meyakini adanya seksa yang dikenakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat.
          Di samping hikmat ini, ada hikmat lain lagi sekiranya diketahui ilmu-ilmu yang disebutkan, hikmat atau faedah yang dimaksudkan ialah faedah-faedah kebendaan dunia jika ilmu itu digunakan dalam urusan-urusan hidup.
       Masyarakat Islam tertegak di atas dasar  “akidah” yang menentukan falsafahnya secara menyeluruh sama ada berkenaan dengan tempat bermula, tempat kembali dan matlamat hidup. Masyarakat Islam juga tertegak di atas syiar-syiar yang mengukuh lagi hubungannya dengan Allah SWT melalui amalan-amalan lahiriah. Jestru itu, maka wujudlah “masyarakat yang beribadah” yang mana tugas utamanya ialah beribadat kepada Allah SWT.
          Masyarakat Islam terbina di atas pemikiran dan pemahaman yang jelas yang menjadikan ia mampu menilai amalan, pendirian, individu dan ideologi berdasarkan pertimbangannya yang khusus yang tidak cendrung ke arah kanan dan kiri. Ia adalah “masyarakat intelektual” yang unik.
          Masyarakat Islam terbina di atas akhlak dan nilai-nilai luhur yang diyakini keimanan nya kepada agamanya serta syiariatnya. Akhlak adalah sebahagian dari agama memandang kannya ia adalah perintah atau larangan yang datang dari Allah SWT. Lantaran itu ia adalah “masyarakat berakhlak”.
          Masyarakat Islam terbina di atas adab kesopanan dan budaya tertentu yang menjadikannya  unik, yang bukan diciplak dari masyarakat lain sama ada yang jauh atau yang lama.
          Selain dari terbinanya masyarakat Islam di atas dasar-dasar tersebut keseluruhannya, ia juga terbina di atas dasar perikemanusiaan (humanity) yang tinggi sebagaimana yang sentiasa dicari-cari oleh manusia yang bertamadun.
          Ilmu adalah antara nilai yang tertinggi yang dibawa oleh Islam serta dibangunkan kehidupan manusia di atasnya sama ada kehidupan maknawi atau kebendaan, kehidupan Akhirat atau dunia, menjadikannya sebagai jalan keimanan dan peransang kepada amalan. Ia juga merupakan faktor pertama yang menjadikan manusia sebagai khalifah; kerana mereka paling kuat beribadat kepada Allah sedangkan mereka dijangka (oleh Malaikat) akan melakukan kemusnahan dan menumpahkan darah di atas permukaan bumi. Lalu Allah telah menolak sangkaan para Malaikat dengan firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 2:30-33 yang bermaksud: (terjemahan)
          Sesungguhnya aku Maha Mengetahi apa yang kamu tidak ketahui dan Allah mengajarkan Adam nama-nama keseluruhannya.”  
          Islam adalah agama ilmu, Al-Quran al-Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah berkenaan dengan Ilmu iaitu
          “Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang telah menciptakan.”
        Membaca adalah pintu keilmuan sementara al-Quran merupakan:
          “Kitab yang diperjelaskan ayat-ayatnya,iaitu bacaan di dalam bahasa Arab untuk kaum yang berilmu: Fussilatt ayat41:3
          Al-Quran ialah menjadikan ilmu sebagai asas perbezaan antara manusia. Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
       “Katakanlah: adakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu.”
          Selain itu, Al-Quran juga telah menjadikan orang-orang yang berilmu sebagai orang-orang yang bersaksi kepada Allah dengan ketauhidan bersama para Malaikat. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan melaikan-Nya, yang menegakkan keadilan.Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tiada Tuhan melainkan-Nya, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
          Orang  yang  berilmu adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah serta bertakwa kepada-Nya. Allah SWT berfirman dalam Surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Seungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.”
          Tidak ada orang yang takut kepada Allah kecuali orang  yang mengenali Allah SWT. hanya dapat dikenali berdasarkan kepada kesan-kesan kekuasaan dan rahmat-Nya terhadap makhluk. Lantaran itu, kenyataan bahawa manusia berilmu sahajalah yang takut kepada Allah telah disebutkan di dalam konteks ayat yang membicarakan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap alam semesta:
          Firman Allah SWT Surah Fathir ayat 35:27-28 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Tidakkah kamu melihat Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dari hujan tersebut buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis putih dan merah yang beraneka macam warnaya dan ada yang hitam pekat. Dan demikian di antara manusia, binatang-binatang yang melata dan binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (serta jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.”
          Keistemewaan manusia terletak pada ilmu yang dipunyainya. Seandainya ilmu  itu hilang, maka jatuhlah martabat manusia. Ilmu itu pula terletak dalam roh dan ia  memainkan peranan yang penting dalam menentukan sifat kemanusiaan. Misalnya, manusia berilmu sahaja yang layak dipanggil manusia tulin kerana manusia diciptakan oleh Allah dengan potensi intelek untuk mengetahui, di samping ilmu serta hikmah yang merupakan santapan kalbu
          Sekiranya kalbu (hati) tidak disajikan dengan ilmu dan hikmah untuk beberapa ketika, maka ia akan merana akibat kelaparan hidayah Ilahi dan akhirnya mengalamai kematian walaupun  tuan punya kalbu itu mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dalam rohnya. Menurut Al-Ghazali (1990).
           “Ilmu boleh diibaratkan sebagai pakaian yangmenutup tubuh manusia. Oleh itu manusia yang tidak berilmu boleh diiberatkan sebagai manusia yang tidak memakai sebarang pakaian.”
          Ilmu yang paling utama ialah pengetahuan tentang kewujudan Allah dan segala kehendak Allah. Darjah kemanfaatan ilmu pula bergantung pada sejauh mana ilmu itu diorientasikan kepada penghampiran  diri manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan keakhiratan.. Melalui kekuatan ilmu, manusia dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara maklumat yang benar dengan maklumat yang palsu dalam kemunikasi, antara iman dengan syirik dalam kepercayaan, dan antara baik dengan buruk dalam perbuatan.
         Sekiranya  kekuatan ilmu dibentuk secara seimbang, sepadu, dan  menyeluruh, maka terpancar lah hikmah  dalam jjiwa manusia. Istilah hikmah  (bijaksanaan) bermaksud keadaan jiwa yang berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran dengan kebatilan dalam segala perbuatan yang termasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia.
          Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah yang membolehkan seseorang untuk mengetahui tentang kedudukan atau tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian. Hikmah yang bertapak dalam kalbu akan menghalang seseorang daripada bergelumang dalam kelakuan yang jahat. Jadi hikmah merupakan puncak segala perbuatan yang baik dan segala budi perkerti yang terpuji. Keadilan kemudiannya akan turut menjelma pada diri seseorang hasil perjalanan hidup di dunia yang berlandaskan hikmah.
          Menurut Naquib (1992), manifestasi luaran bagi keadilan dalam kehidupan ialah apa yang berlaku dalam lingkungan adab. Oleh itu, kehilangan adab menggambarkan kehilangan keadilan dan
tanpa keadilan, manusia akan mengalami kekeliruan dalam ilmu. Seterusnya, kehilangn adab juga adalah penyebab bagi kehilangan iman terhadap agama Allah.
          Kekuatan ilmu saling berkait dengan kekuatan akal kerana ilmu dipeolehi melalui akal yang rasional. Akal itu pula merupakan inti bagi roh manusia. Istilah “Inti bagi suatu benda” bermaksud sesuatu paling istemewa yang dipunyai oleh benda tesebut.
          Ilmu pengetahuan dalam Islam memberi galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seseorang manusia  tidak akan  bernilai dan tidak  menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan  orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
          Tentu tidak sama. Orang yang mahu mengambil teladan mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripadanya itulah dikatakan berakal – bukanlah orang yang jahil dan cuai – kerana orang yang berakal dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, Sedang orang yang tidak berakal tidak pula dapat membezakan.
          Kemudian kita lihat Al-Quran dalam ayat yang lain menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah. Firman Allah SWT. dalam Surah  Al-Mujadilah ayat 58:11 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
          Allah akan meningkatkan darjat orang-orang Mukmin lantaran mereka mematuhi Allah dan perintah rasul-Nya. Begitu pula orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sebenarnya orang yaag berilmu pengetahuan itu tinggi benar darjatnya, bukan sahaja di kampung akhirat, Malahan juga di atas dunia ini dalam pandangan manusia orang yang mempunyai pengetahuan dipandang tinggi. Dan biasanya pula pandangan itu ditumpukan kepada ijazah-ijazah.Siapa yang memiliki ijazah pengajian, maka mudahlah mendapat kedudukan dan  senanglah mendapat pekerjaan.
          Demikian juga Allah SWT. mengakui penyaksian ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian itu”.
          Allah menyamakan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang-orang berilmu dan penyaksia malaikat. Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu.
          Dari segi lain kita lihat Al-Quran tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami”.
          Begitulah Allah menutup pinat hati mereka rapat-rapat dan dipatrinya, sehinga tidak dapat lagi menerima pengetahuan, pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan yang jelas mengenai bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak dapat memahami sebarang ayat dan keterangan yang dibacakan dari Kitab Allah, disebabkan buruknya persediaan mereka, buruknya tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan kezaliman.(1)
          Fitrah ilmu ialah kewajiban manusia memperolehinya. Allah telah memerintahkan Malaikat dan iblis untuk menyembah (menghormati) Nabi Adam kerana kehadiran ilmu dalam diri beliau, dan apabila iblis menentang Allah kerana ia fikir tidak sesuai baginya untuk berbuat demikian atas sebab iblis diperbuat daripada api yang ada cahayanya seperti yang ada pada Malaikat.
          Allah SWT murkah dan dengan serta merta menyingkirkan iblis keluar dari syurganya dan segala kelezatan hidup yang telah ia perolehi sebelum ini. Ini menunjukkan begitu tinggi nilai ilmu dan jikalau ia dipunyai oleh seseorang maka ia akan disegani dan dihormati oleh orang lain. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhamma melalui Malaikat Jibrail ialah “Iqra”, yang membawa makna bnaca; dan membaca itu adalah wajib bagi semua insan tidak kir apa bangsa ataau keturunan mahupun kepercayaan, wajar membudayakan membaca untuk menimba ilmu untuk kemanfaatan hidup di dunia dan di sebagai alat atau cara untuk mendapatkan keedhaan Allah yang merupakan bekalan untuk dunia akhirat kelak.
          Ilmu dan amal adalah sesuatu yang wajar bagi semua memnbudayakannya kerana ia kelak mengundang keimanan yang akan menanam ketakwaan insan kepada Allah SWT. Kehadiran iman dalam diri manusia akan menjauhinya dari pencemaran penyakit sendi-sendi sosial yanga membawa 
manusia mengkufuri segala nikmat hidup yang disediakan Allah kepada hamba-Nya.
          Kufur nikmat merupakan satu bentuk tabiat manusia menyalagunakan kebahaagian hidup dan kelak akan menjauhkan diri dari Allah. Budaa samseng menjadi landasan hidup dan tabiat mementnkan diri menjadi prinsip di pentas dunia. Segaala kejayaan yang diperolehinya difikirka menjadi hak mutlaknya kerana itulah hasil dari peringatanmya dan tidak ada kena mengena dengan hidayah dri yang Maha Pencipta.
          Manusia yang berilmu sentiasa memikirkan dirinya kekurangan kerana semakin ia tahu  ia  merasakan semakin ia tidak tahu. Dalam erti kata lain bahawa jika manusia hendak menerokai dunia keimuan ia  mendapati ilmu itu tidak ada sempadan atau ia tidak mengenal ketandusan ilmu. Menjelajahi alam ilmu serupa dengan melihat permukaan lautan yang luas.
          Manusia tidak punya kekuatan untuk melihat sempadan lautan, hanya ia boleh difahami melalui penglihatan matanya ialah lautan itu bertemu dengan langit. Budaya orang yang berilmu  tidak mengenal penat lelah dan merasa ilmu itu cukup baginya. Ia sentiasa mempunyai motivasi dalaman yang secara automatik menggekkan minatnya untuk mengetahui legih banyak ilmu.
          Kemuliaan Nabi Mhammad SAW disisi Allah begitu smat tinggi disebabkan ilmu yang ada pada dirinya, sehingga mengalahakan keucian Malaikat. Semasa Isra’ dan Mi’raj apabila Allah membenarkan Nabi Muhammad memasuki aras-Nya (Sidratul Muntaha) tetapi Malaikat Jibrail tidak dibenarkan.
          Ilmu itu adalah daya tahan mental yang memimpin manusia menjadi manusia dan kekuatan iman semestinyalah kehadiran ilmu dalam diri manusia.(2)
(1)     Nik Azis Nik Pa: POTENSI INTELEK – Dawan Bahasa dan Pustaka 1999.   
(2)     Mohd  Farid Linggi, Datuk Haji: KEHIDUPAN DALAM TIGA DIMENSI – Pustaka Syuhada Kuala Lumpur 1998.

Friday, January 17, 2020

KENALI MASA SEBELUM MASA MENINGGALKAN KAMU


                                             KENALI MASA SEBELUM MASA MENINGGALKAN KAMU
(Disiarkan pada 18. 01 2020)

                Masa bergerak secara istiqamah iaitu 60 saat dalam satu minit; 60 minit dalam satu jam, 24 jam dalam satu hari; 30 hari dalam satu bulan; 12 bulan dalam satu tahun dan seterusnya; masa itu terus bergerak tidak meninggu sesiapa pun! Satu kata-kata yang ditimbulkan oleh disiplin pembangunan mengingatkan manusia untuk menangani masa sebaik mungkin sebelum masa meninggalkan kita; yang berbunyi dalam bahasa Inggerisnya: Don’t pastpone things until tomorrow.” Maksudnya lebih kurang; “Jangan tangguhkan masa hingga ke hari esok!”  
                Setiap ibadat yang kita laksanakan wajib mengikuti disiplin istiqamah iaitu laksanakan terus menerus jika keadaan mengizinkan. Sebagai contoh, jika sesuatu ibadat itu dapat dilakukan pada hari ini, janganlah tangguh ibadatnya sehingga kepada hari esok dan sebagainya sebab hari esoknya ada agenda yang menanti khidmat kita. Dan jika kerja pada hari ini ditangguhkan pada hari esok, ini bermakna kita menyulitkan kerja kita kerana sudah menjadi banyak yang kita laksanakan pada masa yang sama.
                Janganlah budayakan khidmat melaksanakan agenda tertentu dengan mengatakan “nanti”, kerana menagguhkan kerja  kepada masa berikut tidak membuahkan sebarang manfaat kepada pembangunan kerana kita telah membuang masa yang terluang untuk kerja tertentu. Maka itu hargailah masa yang Allah untukkan kepada kita melaksanakan ibadat tertentu. 
                Sekali masa bergerak dia tidak akan kembali lagi, atau tidak akan mengulangi atau kembali pada masa ia bermula. Inilah teknologi Allah SWT bina untuk hamba-Nya dalam menangani pembanguunan. Setiap amal ibadat yang kita telah laksanakan kita dapat semak semula dan boleh membuat pembetulan  mana-mana yang perlu untuk memperbaiki disiplin amal ibadat sesuai dengan keserasian kepada pemikiran kita. Tetapi masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan amal berkenaan tidak dapat dikembalikan lagi.
                Dalam semua amal ibadat termasuklah fenomena pembangunan kehidupan seme- mangnya mengambil faktor masa yang Allah SWT telah redai terhadap satu-satu disiplin ibadat yang Allah telah peruntukkan. Dalam menangani  pembanunan kehidupan setiap insan memerlukan kepekaan menangani masa dalam melaksanakan ibadat yang menjurus kepada pembangunan diri sebagai pemain dalam melaksanakan kehidupan.
                Satu faktor yang setiap individu mukmin wajar memainkan peranan menangani masa, terutama sekali masa mudamu. Faktor usia sering menjadi teka-teki dalam disiplin pembangunan kehidupan. Manusia dibina Allah lengkap dengan ciri-ciri pembangunan yang mampan; tetapi apabila faktor masa menjadi urusan dalam kehidupan, ia menjadi agenda menentukan derajat individu yang membawa kepada satu perasaan bahawa masyarakat adalah lebih mulia berbanding dengan kita sendiri. Maka timbullah satu nuansa bahawa pembangu nan yang kita kecapi telah mengalami ketinggalan zaman.  Maka timbullah satu perasaan yang membawa diri lebih rendah berbanding dengan orang lain.
                Melihat sinario pembangunan manusia secara keseluruhan, sering ditemani dengan rasa rendah diri kelak ia sering mengoda diri dengan perasaan malu. Penyakit malulah yang sering menggoda masyarakat manusia terutama sekali mereka yang masih dalam peiringkat menerokai pembangunan.  
                Harus faham bahawa setiap individu, Allah bekalkan dengan kekuatan mental berbeza-beza. Ada individu yang cepat mendapat kefahaman terhadap sesuatu ilmu manakala orang lain ada yang sederhana cepat dan kumpulan yang lemah atau lambat menerima kefahamanlah yang ramai dalam satu-satu kumpulan. Individu kumpulan lemah atau lambat menerima  kefahaman harus faham,  Allahlah yang membentuk kita individu yang berilmu maka jangan jauhi ibadat mendekati Allah kerana Dialah yang membantu kita meringankan masalah yang
kita hadapi terhadap pembelajaran berkenaan.  
                Maka itu untuk mengetepikan peasaan malu harus kita besedia untuk melaksanakan ibadat yang difahami sebagai budaya bertanya. Ahli fikir mengatakan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud: “If you ask you will be a fool for one minute. But if you don’t ask you will be  a fool for the rest of you life,” Lebih kurang makna-nya: “Kalau kita tanya  kita menjadi bodoh selama seminit sahaja, tetapi jika kita tidak tanya, kita menjadi bodoh seumur hidup.”  
                Dalam usaha menimba ilmu pengetahuan, kita letakkan diri kita dalam profile yang rendah kerana ilmu yang kita akan dapat dari usaha kita merupakan ilmu yang baru. Mengikut mantan Ketua Pengarah Malaysia Datuk Wirah Abdul Rahman, mengatakan bahawa  ilmu itu adalah kedatangan sesuatu makna. Maka ilmu yang kita perolehi adalah ilmu pengetahuan yang baru dalam sinarai ilmu yang sedia ada pada diri kita. Maka itu sebelum kedatangan ilmu yang baru tersebut kita dalam keadaan kurang berilmu. Maka itu setiap usaha yang kita lakukan dalam mencari ilmu telah memenuhi kekurangan-kekurangan  pada diri kita. Budaya mencari ilmu tidak boleh kita merasa malu kepada orang lain.
                Satu contoh yang ditayangkan dalam film pembelajaan yang dilakunkan oleh Allahyarham P. Ramli atau Ramli bin Putih bersama rakan-rakannya. Lakunan itu menunjukkan satu sinario bahawa  P. Ramli bersama rakan-rakannya adalah kumpulan retua yang buta huruf, tidak pandai membaca. Maka mereka ikut sama dengan murid-murid lain belajar  dalam sebuah sekolah dewasa, yang dikenali sebagai sekolah “menyesal”. Apabila kumpulan murid yang baru masuk ditanya oleh che’Gu tentang sesuatu masalah seperti mengeja satu perkataan, murid yang ditanya itu tidak dapat mengeja. Maka murid-murid yang lama mentertawakannya.
 Apabila giliran murid yang lama diminta mengeja perkataan yang sama, murid itu juga tidak dapat mengejanya, maka murid yang baru masuk belajar berlumpatan mentertawa kannya. Maka itu jangan fikirkan bahawa orang yang sudah lama besekolah atau murid yang mentartawakan itu lebih pandai daripada kita.  
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan satu hadis untuk diamalkan dalam kehidupan umatnya yang berbunyi “IGHTANIM KHOMSAN QOBLA KHOMSIN, yang bermaksud:  Pergunakanlah yang Lima  sebelum yang Lima Datang.
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa manusia tidak dapat dipisahkan dengan alam kehidupan sekitarnya, bahkan alam sekitar itu juga  banyak mempengaruhi  kepada kehidupan seseorang. Pada dewasa ini khusunya di negara kita Malaysia, dikejutkan dengan budaya moden dan teknologi terkini semuanya dapat mempengaruhi kehidupan jenerasi muda khususnya dan kepada masyarakat amnya, sehingga mereka terlalai untuk menjalankan tugas-tugas pokok mereka sebagai khalifah Allah SWT.
Ketahuilah bahaw Allah SWT telah mengingatkn kepada manusia dengan sumpah-Nya melalui Firman-Nya dalam surah Al-Ashri ayat 103:1-3 yang bermaksud: (terjemahan)
“Demi masa sesuungguhnya semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan orang-orang yang saling nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.”
Buat yang lima  sebelum yang lima datang memberi satu peringatan yang amat jelas kepada manusia bahawa setiap detik masa berlalu, usia manusia telah berkurangan dan masa itu tidak menungguh sesiapa pun. Dengan peringatan tersebut setiap insan faham masa itu sebenar adalah menguji manusia bagaimana ia memanfaatkan masa dalam pembangunan kehidupan. 
Perubahan pada diri manusia harus diselaraskan dengan perubahan pembangunan kehidupan, kerana fitrah manusia sentiasa menginginkan sesuattu yang baharu. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah mengenai ilmu pegengetahuan kerana tanpa ilmu pengeta- huan, sesuatu perubahan tidak akan menjelma.
Nabi Muhammad SAW telah menyarankan kepada umatnya bahawa menuntut ilmu
bermula dari buaian hinggahlah ke liang lahad. Konotasi demikian membawa makna bahawa ilmu adalah sepanjang hayat, A long life learning atau belajar itu sepanjang hayat; merupakan ibadat kerana Allah.
                 Pergunakan yang lima sebelum yang lima datang; konotasi ini merupakan nasihat Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW kepada umatnya supaya mengenali pergerakan masa dan pergunakankannya sebaik mungkin sebelum ia meninggalkan kita. Pergerakan masa itu memperkenalkan manusia supaya jangan amalkan budaya hidup membuang masa. Membuang masa merupakan satu amalan yang menyunsangkan pembangunan manusia.
                Disiplin pembangunan kehidupan sentiasa memanfaatkan masa untuk membuat perubahan pada kehidupan  itu. Kita harus sedar bahawa kehidupan itu sentiasa berubah. Sejak kita dilahirkan di alam dunia ini, sentiasa mengalami perubahan. Perubahan terhadap fisikal kita; Perubahan mengenai Kesihatan kita; Perubahan mengenai Keadaan hidup kita; Perubahan mengenai Faktor masa sesuaikan dengan perlaksanaan pembangunan dan Perubahan mengenai Usia kita.
                Kita hidup semestinya mengalami dua keadaan iaitu keadaan masa mudamu dan keadaan masa tuamu. Hidup masa mudamu penuh dengan berbagai  aktiviti pembangunan seperti menimba ilmu pengetahuan dengan cara mendaftarkan diri sebagai pelajar di institusi pendikan.
                Mengilmukan diri menjadi kewajiban setiap insan kerana ilmu pengetahuan  akan menjadi aset dalam pembangunan manusia. Al-Quran menyarankan bahawa  hanya orang yang berilmu pengetahuan, dikategorikan sebagai manusia kerana dengan ilmu manusia boleh mengenali mana yang benar dan mana yang palsu. Masa muda juga merupakan masa yang sesuai untuk membina semangat ukhuwah kemanusiaan. Fenomen ini amat penting ada pada setiap insan kerana ia akan melahirkan suasana perasaan kasih sayang yang menjadi teras perpaduan ummat kerana Allah SWT.
                Masa mudalah yang amat sesuai untuk membina disiplin diri agar menjadi agen perubahan dalam pembangunan tamadun kehidupan. Menuntut ilmu serta beramal salih demi membina pembangunan diri sejajar dengan kelahiran tamadun kehidupan yang mampan. Generasi mudalah menjadi catalist atau pemangkin dalam semua disiplin pembangunan termasuklah membina keluarga yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
Mengolah pembangunan manusia semestinya dalam keadaan yang sihat kerana tidak ada agenda yang dapat kita lakukan jika jasmani kita dilanda kemurungan kerana mengalami kesihatan yang terganggu. Jika masalah kesihatan  sentiasa menemani kehidupan kita maka pemikiran kita juga turut sama terbantut tidak dapat memimpin kita ke arah kehidupan yang sewajarnya.
Maka itu  manusia yang tidak dapat mengubah keadaan hidupnya, Allah SWT tidak akan mengubahnya.  Allah SWT berfirman dalam surah  Al-Ra’d ayat 13:11 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Allah tidak  mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak mengubag nya.”     
Manusia harus berusaha untuk mempebaiki hidupnya daripada kesengsaraan dan kesusahan kepada kesenangan dan kesejahteraan barulah Allah SWT mengubahnya selaras dengan usaha kita. Perubahan tersebut yang diredai Allah SWT merupakan pembangunan insan. Inilah sepatutunya agenda kehidupan setiap manusia hendak jayakan agar dapat melaksanakannya sesuai dengan tahap pencapaian dan kejayaan orang lain yang telah membina taadun kehidupannya.
Memahami diri sendiri bahawa kita telah mengubah keadaan hidup kita harus berpandu kepada falsafah pembangunan yang menetapkan suatu misi bahawa pencapaian atau kejayaan kita pada hari ini haruslah lebih elok daripada pencapaian dan kejayaan hari kelmarin dan rancangkan stratigi untuk hari esok agar ia lebih sempurna lagi berbanding
pencapaian atau kejayaan hari ini dan seterusnya.
                Dalam hidup  kutamaan kita pelihara dan jaga ialah tentang keadaan ekonomi kita. Allah sentiasa memperbaiki keadaan hidup kita sejajar dengan khidmat tawakal kita kepada Allah SWT.  Macam manapun kesulitan  kita dalam memelihara kebijakan keluarga, tetapi Allah pasti mudahkan urusan kita sebagai pemimpin keluarga. Maka itu berpada-padalah dalam mengurus kewangan demi pembangunan keluagra. Maka itu masa kita mempunyai kemampuan untuk mengurus keluarga, perhatikanlah kesedarhanaan dalam mengurus perbelanjaan kita, Ikutlah pepatah Melayu mengatakan “ukurlah baju di badan sendiri.
                        Hidup ini sentiasa berteman dengan masa maka itu ada keadaan hidup kita mengalami kesibukan dan pada masa lainnya kita mempunyai kelapangan. Maka itu pergunakah masa lapangmu sebelum masa sibuk mu  datang menjelma. Mengolah pembangunan apabila masa tidak mengizinkan, kemanfaatannya agak kurang dan kadangkala produknya tidak mencapai kepada kejayaan yang kita ingini.
                Allah wujudkan siang dan malam mempunya berbagai fenomena di dalamnaya. Siang memberi banyak manfaatnya kepada kehidupa manakala malam kemanaatannya agak kurang kerana Allah wujudkan malam untuk memberi kelegaan kepada manusia untuk tidur dan rehat.
                Tanggungjawab manusia dalam hidupnya sebelum ajal menjemput nyawa ada beberapa kategori seperti berikut: Untuk memanusiakan manusia harus ada ilmu sebagai zat mentamadunkan ummah. Dengan ilmu pengtahuan manusia mempunyai kekuatan beribadat kepada Allah SWT.  Kemuliaan manusia dalam hidup ini adalah berpandu kepada perlaksanaan ibadat yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT yang berupa pemangkin manusia dalam menangani hidup. Hiasi dirimu dengan Ibadat kepada Allah SWT.  

Saturday, January 11, 2020

BERSAMA MASA MUDAMU AGENDA PEMBANGUNAN YANG MAMPAN


                           BERSAMA MASA MUDAMU AGENDA PEMBANGUNAN YANG MAMPAN
                                                                              (Disiarkan pada 11.01. 2020)               
               Allah berfirman dalam surah Al-Ra’d ayat 13:11 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak mengubah nya.”
          Pembangunan insan bermuara daripada pembentukan manusia  dalam Rahim ibu. Segala amal ibadat kedua ibubapa menjadi catalyst atau pemangkin kepada keadaan insan yang dibena dalam Rahim ibu.
          Semangat juang anak dalam menelusuri pembangunan kehidupan berpangkal kepada fitrah Allah SWT berikan kepada insan itu. Menggunakan fitrah yang ada padanya harus disulami dengan ibadah tawakal kerana Allah. Segala usaha atau tawakal yang kita laksana kan, kejayaannya merupakan prerogative Allah SWT untuk meredainya. Maka itu wajar diimbali dengan rasa syukur kerana kita menemukan kejayaan dalam kehidupan.
          Allah SWT amat suka melihat hamba-Nya yang sentiasa ingin mengubah keadaan hidupnya kepada yang lebih baik berbanding sebelumnya, kerana inilah menjadi perjuangan setiap insan  dalam menangani pembangunan diri serta keluarga jika ia telah mendirikan rukun hidup berkeluarga.
          Setiap individu muslim wajar bina semangat juang dalam menelusuri pembangunan di alam dunia sebagai persediaannya untuk mengumpul dana pahala sebagai bekalan hidup untuk pembangunan kehidupan di akhirat nanti. Manusia yang hidup berwawasan seharusnya mempunyai krateria yang diungkapkan oleh disiplin pembangunan yang mengatakan bahawa “Pembangunan hari ini adalah lebih mulia dan baik berbanding dengan keadaan pembangunan  hari kelmarin. Dan harus niatkan untuk pembangungan hari esok adalah lebih baik berbanding hari ini dan seterusnya.    
          Semangat harus bina dalam diri setiap insan yang sentiasa memikirkan bahawa hidup ini  merupakan perjuangan. Maka itu wajar membina diri  untuk meletakan wawasan hidup di atas landasan yang bersemangat “Saya mesti berubah kepada kebaikan.”
        Dalam disiplin pembangunan, masalah tidak ada yang mustahil tidak dapat ditemukan dengan penyelesaianya jika kita sandarkan usaha kita kepada tawakal kepada Allah SWT. Allah itu Maha Kuasa serta bijaksana dalam segala pembangunan. Pembangunan semestinya mengikuti disiplin masa bergerak secara intiqamah. Maka itu tidak ada faktor masa yang bergerak tanpa mengikut disiplin istiqamah.
          Fenomena masa merupakan teknologi alam kehidupan yang diwujudkan Allah SWT untuk menguji kepekaan segala makhluk-Nya yang hidup terutama sekali manusia, untuk menanganinya. Kehidupan itu merupakan teknologi Allah juga yang dipinjamkan  kepada  manusia untuk menggunakannya dalam mewujudkan kehidupan yang mampan.
          Khidmat manusia menangani masa ialah melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. sebanyak yang boleh dan jangan biarkan masa itu berlalu tanpa sebarang amal ibadat. Ibadat yang kita laksanakan semestinya memperolehi keuntungan dalam bentuk pahala dari Allah SWT. Pahala merupakan sesuatu yang bersifat ghaib yang amat penting kepada individu mukmin sebagai teman hidup di akhirat kelak.
          Antara ibadat yang kita laksanakan dengan faktor masa yang bergerak secara intiqamah merupakan satu disiplin yang bersifat perlumbaan. Oleh kerana ia merupakan satu finomena yang bersifat perlumbaan maka kita memahami bahawa ia merupakan ujian Allah SWT; maka itu apabila dua faktor bergerak secara simultinous atau serentak maka semestinya ada yang menang dan ada yang kalah.
          Jika masa berlalu tanpa apa-apa ibadat yang kita amalkan demi menghasilkan pahala dari Allah SWT, ini bermakna masa itu telah menang dalam perlumbaan tersebut. Maka itu masa telah melaknatkan manusia kerana kegagalannya memperolehi pahala. Dalam erti kata lain, manusia  telah mengalami kerugian dalam hidupnya kerana usianya telah mendekati
liang lahad tanpa membawa apa bekalan.
          Tetapi jika manusia menang daripada masa maka itulah yang dinamakan  manusia telah membangun. Masa mudanyalah sentiasa mengawasi masa bergerak maka itu ia sentiasa mendapat hidayah dari Allah SWT. Umat mukmin yang sentiasa dalam perlindungan Allah akan selamat dunia dan akhirat dan bukan itu sahaja tetapi keluarganya juga akan turut sama terbela dan  terdidik bagaimana menggunakan masa sebaik mungkin dalam menangani kehidu pan di alam dunia yang fana ini.
           Masyarakat mukmin wajar melaksanakan amal ibadah, zikirullahnya menjadi kemestian dalam hidupnya secara istiqamah. Zikir mempunyai peranannya dalam membentukkan saksiah individu.  Masyarakat mukmin yang sentiasa dalam pelindungan Allah SWT adalah mereka yang sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hidupnya  sering dihiasi dengan kalimah-kalimah suci yang diamalkan dalam zikirullah. Bibirnya sentiasa basah kerana amal ibadah yang menjadi teman hidupnya yang membawa jiwanya dekat dengan Allah SWT melalui ibadah zikirullah secara istiqamah. Setiap hari Ahad, siang dan malam tidak sunyi dengan zikirullah terutama sekali kalimah “Ya Hayu Ya Qayyum.”yang maksudnya  “Sentiasa hidup di dalam peliharaan Allah.”
         Kedua-dua fenomena alam  iaitu pergerakan masa dan pergerakan atau peningkatan hidup mempunyai peranannya masing-masing, Allah telah wujudkan fenomena tersebut dengan satu tujuan. Jika kita melihat dengan mata hati kita, keadaan kedua fenomena tersebut mempunyai perbezaan; antaranya iaitu masa adalah dalam keadaan ghaib, tidak boleh dilihat dan hanya boleh dirasai kesannya, tetapi hidup itu adalah dalam keadaan  spara ghaib dan spara maujud. Hidup itu sedemikian sifatnya kerana ia mempunyai dua unsur -  jasmani yang bersifat nyata dan unsur rohani pula bersifat ghaib. Kedua-duanya wajar dipelihara kebajikannya demi kelangsungan hidup di alam dunia.
          Perubahan dalam hidup itu juga mepunyai dua faktor, iaitu pembesaran atau perubahan fisikal yang jelas kelihatan dan arus atau kuasa yang menjadikannya berubah adalah bersifat ghaib. Ada teka-teki orang tua-tua yang mengatakan: “Semua kewujudan makhluk dalam alam ini boleh kita ingat tetapi satu fenomena dalam kehidupan kita tidak boleh kita ingat, iaitu fenomena membesar.”
         Membesar itu adalah dimainkan oleh faktor masa yang besifat ghaib. Oleh yang demikian Allah bersumpah dalam Al-Quran mengingatkan manusia seperti dalam surah Al-Asr ayat 103:1-3 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Demi masa manusia adalah sentiasa dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”
         Surah ini menerangkan bahawa manusia yang tidak dapat menggunakan masa dengan sewajarnya, termasuk golongan yang merugikan. Semua manusia berada dalam keadaan merugi apabila dia tidak mengisi waktunya dengan pebuatan-perbuatan yang mengundang kebaikkan hidup. Masa muda adalah masa diberi oleh Allah untuk manusia mengisi dengan ibadat kepada Allah dan berbuat kebajikan sesama insan.
          Menangguhkan usaha melaksanakan agenda manusia untuk memurnikan dirinya seperti menimba ilmu pengetahuan sama ada ilmu fardhu Ain mahupun fardhu Kifaya semasa usia persekolahan akan pengalami kemuskilan nanti dalam menelusuri kehidupan kerana tidak ada masa lagi sebaik mungkin seperti keadaannya semasa muda.
          Pepatah bahasa Inggeris mengatakan bahawa: “Strike the iron while it is red hot”. Lebih kurang maknanya, ketuklah besi itu apabila ia panas merah, kerana apabila besi itu dalam keadaan demikian ia mudah dibentuk macam mana kita perlukan. Peribahasa ini memberi makna bahawa, buatlah sesuatu ibadah apabila masa itu bersesuaian. Menuntut ilmu sewajarnya semasa muda, kerana masa itulah tidak ada sebarang resiko yang akan meng- ganggu disiplin pembelajaran.
          Masa mudanya jiwa masih dalam keadaan lapang. Maka masa mudalah sesuai untuk mengisi dengan ilmu pembangunan. Imam Al-Ghazali orang yang mempunyai keyakinan
Bahawa jiwa manusia itu dapat dilatih, dididik, dikuasai, diubah kepada mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji. Tiap sifat itu tumbuh dari hati manusia dan melahirkan perbuatannya kepada anggota. Sebaliknya tiap gerak anggota badan ada hubungannya dengan jiwa manusia.
          Al-Ghazali berkesimpulan bahawa mendidik budi perkerti seseorang itu bukan perkara yang mustahil, oleh sebab itlah Rasulullah pernah berpesan “Perbaiklah akhlaq atau kelakuan.” Atau “Aku diuntukan ke dunia ini untuk menyempurnakan akhlak.” Sabda Rasulullah itu menunjukkan bahawa jiwa manusia itu memang boleh dididik. Kalau tidak tentu tidak berguna perintah yang menyuruh memberi nasihat yang baik, pengajaran yang sesuai dan baik, dan diperintahkan supaya mengerjakan yang makruf dan mencegah yang mungkar kepada manusia.
          Sedang binatang  liar dan buas dapat dijinakkan, apakah lagi manusia tentu dapat dididik dari yang jahat menjadi manusia yang baik berbudi pekerti yang luhur dan lemah lembut. Manusia adalah satu-satunya makhluk ciptaan Allah yang amat sempurna berbanding makhluk lainnya. Kehadiran akal serta kemahiran berfikir pada diri manusia itu memboleh kannya menyelami lautan ilmu yang menjadi prasyarat dalam hidup manusia sebagai pemain dalam dunia pembangunan. Ilmu pengetahuan merupakan nadi pembangunan insan dan juga menjadi agen perubahan dalam usaha memunikan kehidupan. (1)
          Membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan semasa muda, adalah kewajipan setiap individu mukmin. Ilmu itu merupakan arkitek atau jurubena pembangunan ummah, pemangkin diri menyelami dan menentang kesukaran-kesukaran yang dipasang oleh musuh-musuh pembangunan  manusia.
          Perjuangan Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW dalam membebaskan manusia  dari kejahilan hidup di dunia ini merupakan satu petunjuk serta kekuatan ilmu yang diturunkan Allah SWT kepada banginda demi memperbetulkan  umat manusia hidup berpedomankan ilmu tauhid yang Allah SWT telah turunkan kepada kekasih-Nya Muhammad.
          Masa mudamu harus ditangani dengan sebaik mungkin. Landasan-landasan pemikiran yang membina harus seirama dengan kehendak agama Islam agar ia tidak terpisong ke lembah kehinaan dari kaca mata iman. Tegur menegur, ingat mengingati terhadap kesilapan orang lain seharusnya menjadi budaya hidup bermasyarakat mukmin. Menangani kelemahan diri harus menjadi perjuangan setiap insan untuk mengelakkan diri dari terheret ke pengadilan Kadi Rabul Jalil di padang masyar nanti.
          Konsep agama adalah adeen atau cara hidup. Maka itu agama merupakan santapan rohani manusia. Setiap  ciptaan Allah SWT mempunyai fitrahnya sendiri-sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah, maka segala makanan yang diperlukan oleh fisikal itu berasal dari zat-zat tanah. Begitu juga jiwa yang datangnya dari Allah selalu merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi keperluannya. Agama Islam merupakan makanan jiwa yang paling sesuai. Kerana Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 10:57 yang bemaksud:(terjemahan)
          “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
          Firman Allah SWT dalam surah Ar –Rum ayat 30:30 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah tetapkanlah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”  
          Menerusi ayat ini Allah menyuruh rasul-Nya dan umat Islam yang menjadi pengikutnya, supaya meluruskan muka, yakni supaya menumpukan tujuan hidup mereka lurus-lurus ke ara agama Islam. Ayat ini menggunakan lafaz “muka” sebab muka itulah anggota tubuh manusia yang semulia-mulianya. Jika muka telah menghadap kepada sesuatu arah yang ditentukan oleh Allah itu maka seluruh anggota badan akan terbawa menuju ke sana dan turut menumpukan perhatian kepadanya. Iaitu ke arah mentaati Allah atau agama Islam yang juga merupakan agama yang lurus tidak bengkok dan tidak membawa kepada kesesatan. Bahkan dia merupakan agama fitrah, yang sesuai dengan kejadian manusia. Dan Allah juga menyuruh supaya mereka condong atau cenderung selama-lamanya kepada agama tersebut, jangan sampai menyeleweng dari kebenaran.
          Itulah agama Allah yang menciptakan manusia sesuai dengan kejadian (agama tersebut).   
          Hendaklah benar-benar menumpukan perhatian kamu kepada agama Allah itu, kerana agama tersebut telah diciptakan sesuai dengan kehidupan manusia. Dan manusia itu dari asal mulanya telah diciptakan dengan mempunyai pembawaan dan tabiat semulajadi, untuk mentauhidkan Allah dan percaya akan adanya Allah, kerana kepercayaan dan keyakinannya selaras dan bersesuaian dengan apa yang ditujukkan oleh akal fikirannya yang waras.
(1)Muhammad Isa Selamat: PENAWAR JIWA – PSIKOLOGI KETENANGAN MINDA.  DARUL NUMAN, KUALA LUMPUR1998.