Saturday, August 26, 2017

UKHUWAH DAN KASIH SAYANG GAMIT KELUARGA BAHAGIA

UKHUWAH DAN KASIH SAYANG GAMIT KELUARGA BAHAGIA
(Disiarkan pada 25. 8. 2017)
               Manusia (Adam) diciptakan olah Allah dari saripati tanah di dalam Syurga. Kemudian Allah memerintahkan kepada semua Malaikat supaya sujud kepada Adam, maka sujudlah para semua Malaikat kecuali yang sombong dan tergolong kafir, iaitu Iblis laknatullah.
Tinggallah Adam sendiri kesepian di dalam syurga. Namun Allah mengetahui bahawa Adam merasa kesepian. Setelah Adam tertidur lena kemudian Allah menciptakan seorang wanita bernama Hawa dari tulang rusuk Adam.
Setelah Adam sedar dari tidurnya ia kelihatan seorang perempuan duduk dekat dengan nya. Kehadirian Hawa disisinya, menimbulkan satu perasaan dalam hati Adam dan ingin menyentuhnya. Tetapi Allah mengharamkannya sebelum Adam menunaikan maharnya. Allah memerintahkan Adam supaya melafazkan kalimah salawat Nabi: “Allahuma salih Allah saidina Muhammad.” Sebagai maharnya untuk menghalalkan Adam menyentuk Hawa. Orangnya belum wujud tetapi namanya sudah dijadikan mas kahwin antara Adam dan hawa di syurga.
Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat 2:35 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Hai Adam diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai dan jangan kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”
 Sifat Allah ialah pengasih dan penyayang maka antara sifat yang ada pada manusia ialah pengasih dan penyayang. Allah tiupkan roh-Nya ke dalam jasad Adam maka jadilah Adam  dalam dua unsur iaitu Jasad daripada tanah dan rohnya  daripada Allah. Sifat inilah yang tumbuh dalam perasaan Adam yang dikenali sebagai rasa cinta terhadap Hawa. Sebenarnya sifat cinta itu wujud kerana hawa adalah asal dari sebahagian diri Adam iaitu tulang rusuknya. Dan Hawa pun rasa minat atau kasih pada Adam kerana asalnya Hawa dari Adam.  
Perasaan keinginan hendak bersatu itu yang dikenali sebagai cinta membolehkan manusia membiak dan mewujudkan satu disiplin kehidupan yang dikenali sebagai rumah tangga. Maka itu mewujudkan masyarakat manusia semestinya bermuara daripada keluarga yang dipimpin oleh kedua suami isteri yang telah melalu akad pernikahan.
Keluarga bahagia sememangnya lahir dari hubungan antara suami isteri yang diikat dengan kasih sayang. Maka suasana demikian akan menerunkan kepada zuriatnya kelak mem bina masyarakat yang mempunyai hubungan ukhuwah kemanusiaan. Memelihara hubungan baik dengan Allah wajar dengan menjaga ibadah kepadaNya untuk melaksanakan 17 rakaat atau solat lima waktu sehari semalam.
Keluarga bahagia akan mewujudkan keluarga penyayang yang sentiasa rindu kepada kebenaran, yang diselimuti dengan kerinduan kepada Allah s.w.t. atas rahmat dan nikmat hidup yang diberi-Nya kepada hamba-hamba yang sentiasa bertakwa kepada Allah. Keluarga bahagia sentiasa merindui kebenaran, antara ciri-ciri yang ada dalam ketakwaan kepada Allah s.w.t.
               Ukhuwah dan kasih sayang antara ciri-ciri yang melahirkan keluarga bahagia. Kasih sayang merupakan satu elemen dalam diri individu yang Allah telah bekalkan kepada naluri manusia yang akan mewujudkan suasana bahagia sesama umat. Islam menganjurkan pemeluknya mengatakan “keluargaku adalah syurgaku” yang membawa makna kebahagian dalam keluarga menggamit ukhuwah dan kasih sayang kerana Alla s.w.t.
               Kehidupan rumah tangga adalah sebuah tanggungjawab yang sangat besar dan cukup berat yang memerlukan kesabaran dan kerja keras. Keikhlasan dan kejujuran melaksanakan tanggungjawab bersama dalam mendidik anak-anak untuk mempersiapkan mereka dengan baik agar menjadi pemain yang berwibawa dalam pembangunan kehidupan kelak.
               Cinta, mawaddah, rahmah dan amanah Allah, itulah ikatan rohani pengikat perkah
winan, sehingga kalau cinta pupus dan mawaddah putus, masih ada rahmat, dan walaupun ini tidak ada lagi, masih ada amanah, dan selagi pasangan itu beragama, maka amanahnya sentiasa akan terjaga, kerana Allah memerintahkan dalam surah An-Nisa ayat 4:19 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Pergaulilah isteri-isterimu dengan baik dan apabila kamu tidaklagi menyukainya (mencintai) mereka (jangan putuskan tali perkahwinan), kerana boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetap Allah menjadikan kepadanya (disebalik itu) kebaikan yang banyak.”
               Mawaddah maknanya berkisar kepada kelapangan dan kokosongan. Mawaddah adalah kelapangan dada dan kosongan jiwa daripada kehendak buruk. Ianya adalah cinta yang tulus. Apabila bersemai dalam hati mawaddah, tidak lagi akan memutuskan hubungan, seperti yang boleh terjadi kepada orang yang bercinta.
               Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat 2:167 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Isteri-isteri kamu (para suami) adalah pakaian untuk kamu, dan kamu adalah pakai an untuk mereka.”
               Ayat ini tidak hanya mengisyaratkan bahawa suami-isteri saling memerlukan manusia kepada pakaian, tetapi juga bererti bahawa suami isteri yang masing-masing sifat semulajadi memiliki kekurangan maka dengan demikian harus dapat berfungsi “menutup kekurangan- kekurangannya,” sebagaimana pakaian menutup aurat (kekurangan) pemakian.
               Pernikahan ini adalah amanah, hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:
               “Kamu sekalian menerima isteri berdasarkan amanah Allah.”
               Amanah adalah sesuatu yang diserahkan kepada pihak lain disertai dengan rasa aman daripada pemberinya kerana kepercayaannya bahawa apa yang  diamanahkannya itu, akan terpelihara dan terjaga dengan baik serta kewujudannya aman di tangan yang memberi amanah itu.
               Isteri adalah amanah kepada suami, suami pun amanah kepada isteri. Tidak mungkin orang tua dan keluarga masing-masing akan merestui perkahwinan tanpa adanya rasa percaya dan aman itu. Suami, demikian juga isteri tidak akan menjadi hubungan tanpa merasa aman dan percaya kepada pasangan.
               Keluarga atau  unit terpenting dalam satu institusi rumahtangga adalah suami. Isteri atau ibu dan anak-anak yang bernaung di bawah satu bumbung rumah tangga. Institusi ini memerlukan kepimpinan yang berwibawa  daripada seorang suami. Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 4:34 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Kaum Lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum perempuan (isteri).”
               Satu perkara yang sangat peting dan mesti disampaikan daripada peringkat awal adalah memberi pendidikan dan
pelajaran tauhid kepada anak-anak. Perkara-perkara yang berkait rapat dengan ketuhanan hendaklah dijelaskan dan didedahkan sebaik sahaja kanak-kanak itu mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Bahkan Islam telah mengesyur untuk mengumandangkan azan dan iqamah kepada setiap bayi yang baru dilahirkan
               Hal ini sebenarnya bermaksud agar seorang bayi sebelum mendengar dan mengesan sesuatu terlebih dahaulu dapat mendengarkan kenyataan-kenyataan yang mentauhidkan Allah s.w.t. menerusi azan dan iqamah. Ajaran tauhid ini mengajar kita supaya tidak menduakan atau menyekutukan Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan ketika seorang hamba Allah yang sangat soleh bernama Luqman menasihati anaknya di dalam firman allah s.w.t. surah Luqman ayat 31:13 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya seraya menasihatinya. “Wahai anakku janganlah engkau menyekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan Allah s.w.t. itu merupakan perbuatan zalim (dosa) yang besar.    
               Ayat ini menggambarkan betapa cinta dan kasihnya seorang bapa kepada anaknya, sehingga dia tidak rela sekiranya anak kesayangannya itu jatuh ke dalam perangkap perbuatan zalim iaitu syirik yang merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampuni oleh Allah s.w.t.
               Ukhuwah dan kasih sayang berpangkal daripada hati. Qalbun shahih iaitu yang sihat, suci dan bersih daripada gangguan yang menentang perintah dan larangan Allah SWT. sehingga ia selamat daripada mengabdikan dan mempercayi selain daripada Allah. Hati yang suci ini juga terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Kerana hati ini murni ubudiyahnya atau pengabdian kepada Allah SWT. Baik ubudiyah dalam iradat, cinta, tawakal bertaubat, tunduk dan patuh, mahupun mengharapkan kurnia daripada Allah swt.
               Orang yang mempunyai hati yang suci bersih ini menjadikan Rasulullah sebagai model atau contoh dalam kehidupannya. Dalam kehidupan sehari-hari ia berusaha untuk menuju ke arah kemuliaan hati Rasululah SAW. Pada dasarnya, setiap tingkah laku serta akhlaknya sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 49:1) yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Menge tahui.”
               Semua jenis kebaikan dan ketaatan merupakan makanan bagi hati. Makanan yang baik dan halal untuk hati iaitu zikrullah kepada Rasulullah SAW. Qiyamullail dan lain-lain.
               Menurut Imam Ibnu Qayyim “Sesungguhnya zikir adalah makanan bagi hati dan roh, apabila hamba Allah kering dari siraman zikir, maka jadilah baginya tubuh yang terhalang daripada memperolehi makanan.” Menurut Ibnu Taimiyah bahawa zikir itu begitu penting bagi kita, kerana ia bagikan perlunya ikan terhadap air.
               Di antara faedah zikrulah iaitu dapat mengusir dan menundukkan syaitan. Sehingga Allah SWT menghilangkan kesukaran dan kesedihan di dalam hati. Allah memberikan keutamaan bagi orang yang berzikir dengan cahaya yang bersinar dari wajah, serta memberi kan pakaian kemuliaan, dan sentiasa bertaubat dan bertakwa.
Kerana mereka sentiasa menghayati firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:152 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku, nescaya Aku ingat kepadamu, dan bersyukur lah kepada Ku, dan janganlah kamu  mengingkari nikmat Ku”. (Al-Baqarah ayat 2:152)
Ayat ini menyuruh kita mengingati Tuhan, nescaya Tuhan kelak mengingati kita, dan menyuruh kita mensyukuri-Nya tetapi jangan sekali-kali kufur atau derhaka kepada-Nya. Suruhan zikir (mengingat Allah) di sini, oleh para mufassirin dibahagikannya kepada tiga bahagian:
1.  Mengingat Allah dengan lisan – bertasbih, tahmid dan tamjid – yakni mensucikan-Nya, memuji-Nya dan menyanjung-Nya - yang merupakan bacaan-bacaan yang diucapkan dengan lisan.
2.   Mengingat Allah dengan hati – memikirkan kebesaran dan kekuasaan Allah yang terdapat pada tanda-tanda ciptaan-Nya dan alam yang diciptakan-Nya – yang dapat difikirkan dengan mengambil contoh dan iktibar daripadanya.
3.  Mengingat Allah dengan anggota tubuh – dengan amalan dan kerja-kerja yang diperintahkan oleh-Nya – seperti; sembahyang, puasa, berbuat baik, berusaha dalam  segala rupa khidmat yang memerlukan kepada gerak anggota tubuh badan.
Maka tiap-tiap manusia yang mengingat Allah dengan cara yang disebutkan tadi, pasti Allah akan mengingat pula kepadanya.
Orang yang mengingat Allah dengan mentaati-Nya, Allah akan mengingatinya dengan bantuan-Nya. Orang yang mengingat Allah pada masa lapang hidupnya dan  sedang menikmati rezeki-Nya, Allah mengingatinya pada masa  kesusahan dan kemalangannya.
Orang yang mengingati Allah dengan beriman dan mentauhidkan-Nya, Allah akan mengingati
nya dengan menjanjikan syurga dan keredaan-Nya. Orang yang mengingati Allah dengan berhati ikhlas, Allah akan mengingatinya dengan melapangkannya pada waktu kesempitan. Seterusnya mengingati Allah dengan sepenuh hati, dosanya akan Allah ampuni, dan  mengingat Allah dengan berdoa, Allah kurniakan apa-apa yang dipinta.
               Ukhuwah, kasih sayang dan keluarga bahagia merupakan satu rangkaian dalam membina hidup yang bertamadun. Ciri-ciri yang ada pada falsafah kehidupan tersebut melandaskan satu pembangunan yang sentiasa kiblatnya kepada kerinduan kepada Allah SWT. Maka itu untuk mengukuhkan disiplin berkenaan wajar dimurnikan dengan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. demi kesejahteraan, kebahagian, keselamatan dan kerukunan hidup kerana Alla SWT.
               Maha suci Allah, Zat Yang Maha Agung, yang memiliki kemurahan dan melimpahkan nikmat Nya. Dia menjadikan permohonan hamba-Nya untuk segala hajat dan keperluannya sebagai ibadah kepada-Nya. Allah SWT memerintahkan kepada umat manusia untuk berdoa kepada-Nya dan Allah akan mencela orang yang mengabaikan doa. Firman Allah SWT. dalam surah Al-Mukmin ayat 23:60 yang maksdunya: (Terjemahan)

               “Dan Tuhan mu berfirman: “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang  menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”  

Friday, August 18, 2017

HIDUP ITU INDAH BERLANDASKAN KELUARGA BAHAGIA

 (Disiarkan pada 18. 8. 2017)
               Hidup seorang insan sewajarnya mewarnai ciri-ciri pembangunan yang didukung oleh orang tuanya iaitu kedua suami isteri. Pepatah melayu mengatakan: “Melentur buluh biar dari rebungnya.”. Konotasi ini menghimbau pembangunan seorang insan yang telah dibuntuk oleh keluarganya berlandaskan norma-norma yang menepati ciri-ciri kudrat kemanusiaan yang bertemadun. Keluarga bahagia semajarnya bermuara dari pembangunan keluarga yang mapan. Anak itu dididik dan diasuh berlandaskan akidah Islam sebagai agama hanif.
               Agama Islam disebut dengan agama hanif, kerana di dalamnya terdapat segala nilai-nilai kesempurnaan, yang mulia, suci dan agung, indah baik dan adil. Salah satu makna hanif ialah kerinduan pada yang benar. Islam sesuai dengan fitrah manusia, dengan demikian maka manusia pada fitrahnya rindu kepada kebenaran itu.
               Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:147 yang bermaksud: (Terjemahan)
         “Kebenaran itu adalah dari Tuhan-Mu, sebab itu  janganlah sekali-kali kamu termasuk  orang-orang yang rugi.”
          Firman Allah SWT juga dalam surah Al-Hajj ayat 22:6 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Demikianlah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Benar, dan sesung guhnya Dialah yang menghidupkan yang mati, dan Maha kuasa segala sesuatu.”
               Di samping dalam diri manusia itu merindui kebenaran, ia juga  dipersiapkan oleh Allah SWT, untuk menyampaikan kebenaran, yang diperolehi nya itu.
               Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 3:110 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyu ruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepa da Allah SWT.”
               Kerinduan kepada kebenaran dan menyampaikan kebenaran, merupakan keistimewaan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Enam asas keimanan dalam  Islam itu, semuanya mempunyai peranan dalam membuntuk kesihatan jiwa seseorang. Asas keimanan tersebut adalah, Iman kepada Allah, Iman kepada Malaikat, Iman kepada Rasul-rusul, Iman kepada kitab-kitab suci, Iman kepada hari akhirat, dan Iman kepada takdir.
               Kerinduan akan kebenaran adanya Allah SWT. Secara fitrah, setiap orang memerlukan sesuatu yang lebih berkuasa dan mempunnyai kekuatan tertentu sebagai tempat mengadu nasib. Siapapun orangnya pasti merindukan kekuatan dan kekuasaan di luar dirinya sendiri. Tidak semua pekerjaan dapat diselesaikan oleh manusia. Pada saat-saat tertentu ia akan menemukan kegagalan, ketika itulah semakin terasa bahawa jiwa memerlukan sesuatu untuk berlindung.
               Bagi orang Hindu dan Budha, sanggup mengeluarkan biaya yang banyak untuk membuat tempat ibadah dan patung-patung kerana mengharapkan sesuatu di luar dirinya sendiri. Begitu juga dalam agama Kristian, Yahudi dan Nasrani serta kepercayaan animisme dan dinamisme, semuanya mencari suatu kekuatan diluar dirinya untuk mengadukan nasib mereka.
               Umat Islam juga demikian, mencari kekuatan Yang Maha Agung yakni Allah SWT. Yang paling asas dalam Islam adalah beriman kepada Allah SWT.. Begitu banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menyebut tentang  Iman kepada Allah SWT. Sehingga akhirnya sampai kepada suatu kesimpulan bahawa kepercayaan adanya Allah SWT akan memperoleh kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
               Kebahagian hidup di dunia dan di akhirat inilah merupakan cita-cita semua umat manu sia terutama umat Islam. Maka yang dapat menjawab dan memberikan bimbingan ke arah itu hanyalah Islam.
               Beriman kepada Allah ialah meyakini dengan sesungguhnya melalui proses kejiwaan yang meliputi perasaan, fikiran, sekaligus sikap dan perbuatan untuk membuktikan iman tesebut.
               Beriman kepada Allah, akan menghasilkan jiwa yang tenang dan tenteram, sebab dalam meyakini adanya Allah kita akan memahami akan sifat-sifat Allah SWT Yang Maha Agung. Akhirnya jiwa kita akan merasa damai dan hidup  dalam suasana yang dicita-citakan.
               Allah Tuhan semesta alam yang Maha bijaksana menjadikan manusia bertabi’at saling memerlukan satu sama lain, yakni masing-masing mereka memelukan orang lain, guna bertu kar menukar, ganti mengganti manfaat dalam  dalam segala urusannya.
               Islam datang untuk mengantarkan manusia ke jenjang kehidupan yang gemilang dan bahagia sejahtera, melalui berbagai segi keutamaan dan akhlak yang luhur.
               Akhlak bukanlah merupakan barang-barang mewah yang mungkin tidak terlalu diperlu kan, tetapi akhlak adalah pokok-pokok kehidupan yang mustahak, yang diharuskan agama menghormati orang yang memiliknya.
               Islam menjelaskan faktor-faktor keutamaan itu dan menganjurkan pemeluknya untuk berpegang teguh kepadanya secara kesatuan yang uthuh.
               Usama bin Syarik berkata: “Sewaktu kami duduk bersama Nabi SAW semua tunduk, seola-ola bagikan ada burung di atas kepala kami. Tidak ada seorang pun yang bercakap. Tiba-tiba datanglah orang-orang seraya berkata: “Adakah ya rasulullah hamba Allah yang paling dicintai Allah?” Nabi SAW bersabda: “orang-orang yang paling baik akhlaknya.” (H.R. Thahrani).
               Dalam membina akhlak yang baik tidak didasarkan kepada ajaran yang besifat perintah dan larangan semata, seperti seorang guru berkata; “Berbuatlah begini – jangan berbuat begitu.” Tetapi pendidikan akhlak dalam membentuk jiwa diatas aspek-aspek keutamaan yang biasa membawa hasil sangat memerlukan waktu yang cukup dan pengelo- laannya yang terus menerus.
               Oleh itu seorang pendidik harus mampu memberi tauladan yang baik, kerana orang jahat dan buruk laku tidak bisa memberi pengaruh yang baik pada jiwa orang-orang disekitar nya.
               Pengaruh yang baik hanya  bisa diharapkan dari orang-orang yang memperhatikan peribadinya,  hingga orang-orang disekitarnya bisa jatuh hati dan tertarik pada perilakunya dan tertawan dengan kemuliaannya. Dengan demikian mereka mengambil difat-difat baiknya dan mengikuti jejaknya, kerana terpikat dan cinta sejati kepadanya.
               Bahkan agar pengikutnya bisa mencapai hasil atau mengutamaan yang maksimal, hendaknya pendidik atau orang yang diteladani memiliki kadar keutamaan yang lebih besar, sebagaiman pebadi Raslullah SAW menjadi teladan yang baik bagai sahabat-sahabatnya. Dan beliau selalu menyeru para sahabatnya agar memiliki akhlak yang luhur dan mulia dengan jalan menanamkan pada jiwa mereka melalui contoh perbuatan terpuji dan biografinya yang “semerbak” sebelum melaku kata-kata hikmah dan nasihat yang disabdakannya.
               Kesihatan, keidahan dan kesegaran, baik rohani mahupun jasmani ialah rahmat Allah yang setinggi-tingginya, yang dianugerahkan Allah SWT kepada hambaNya. Harta benda dan jabatan tidak ada gunanya, apabila jasmani dan rohaninya tidak sihat. Badan dan rohani yang yang sihat ialah segala pangkal kebahagian dan kesenangan.
               Orang yang jasmaninya sihat, hatinya riang dan perkiraan segar ia rajin bekerja dengan gembira. Orang yang jasmaninya sakit, hatinya sebal dan susah, pikirannya kusut dan kacau, badannya letih dan lesu, sedangkan nafsu bekerja tidak ada. Orang yang sakit tidak dapat melaksanakan kewajipan terhadap masyarakatnya, terhadap pergaulan dan tehadap Allah Tuhan Yang Maha Pencipta.
               Sungguh kesihatan lebih celaka daripada kehilangan harta benda dan pangkat. Kalau kita telah berusaha mencari harta benda dan lain sebagainya, maka bagaimanakah halnya kita mempertahankan kesihatan yang telah kita milik. Kesihatan yang ada  pada kita sering kita abaikan dan sering kita sia-siakan, seolah-olah ia tidak ada harganya. Setelah kita sakit, barulah insyaf tetapi besar harga kesihatan itu bagi diri kita dan menyesallah kita yang 
mengabaikan kesihatan  itu. Tetapi sesal kemudian apalah gunanya?
               Kita sedar bahawa lebih mudah dan lebih baik kita menjauhi penyakit dari pada kita mengobatinya. Berhubung dengan itu sangatlah beruntung kita kaum muslimin, kerana agama Islam memberi tuntunan kepada kita, mewajibkan kepada kita melaksanakan kesucian yang dalam istilah syara’ thaharah. Setiap muslim wajib melakukan taharah lebih dahulu sebelum melakukan ibadat-ibadat yang telah ditentukan.
Firman Allah surah Al-Ahzab ayat 33:71 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “”Barang siapa yang selalu menta’ati perintah-perintah Allah dan Rasulnya, maka ia memperolehi kebahagian yang besar.”
               Kebahagian yang besar di dunia ialah kesihatan jasmani dan rohani. Tiap-tiap muslim dan muslimat diwajibkan mengerjakan segala aturan dan syarat-syarat itu menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan lagi. Dan sebahagian yang hakiki ialah nanti di akhirat yang kita perolehi dari Allah SWT.
               Beriman kepada adanya atau wujud Allah membuktikan manusia memerlukan perlin dungan diri dan jiwanya kepada yang lain. Allah SWT  sebagai tempat mengadu segala hal kehidupan. Allah tempat umat Islam bersandar dan mengabdi. Jiwa akan sentiasa tenteram dan bahagia jika segala masalah hidup ini disampaikan kepada  Yang taat menolong kita. Hanya Allah-lah yang dapat menolong manusia dari keluh kesah dan penderitaan hidup di dunia ini. Sebab segala apa yang ada di alam ini kepunyaan Allah SWT. Firman surah Az-Zumar ayat 39:4 yang  bermaksud: (Terjemahan)
               “Maha Suci Allah. Dialah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Gagah.”
               Kemudian Allah berfirman lagi surah Al-Mujadalah ayat ayat 58:7 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi?Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tiada pula pembicaraan antara lima orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiada pula pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”           
               Allah menguatkan pernyataan-Nya mengenai pengetahuan-Nya itu sungguh luas, meliputi apa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Tidak ada kumpulan yang terdiri dari tiga orang berbisik untuk mengadakan perbicaraan rahsia melainkan Allah termasuk di dalamnya pihak yang ke-4 yang mengetahui tutur kata dan rancangan mereka. Dan tidak pula 5 orang melainkan Allah ada menyertainya, tahu bila masanya dan di mana tempat perbicaraan rahsia tersebut diadakan. Kemudian Allah akan memberi tahu pada hari kiamat apa yang sudah mereka kerjakan sama ada baik mahupun buruk, lalu memberi pembalasan dengan balasan yang sewajarnya, kerana Allah itu Maha Tahu akan segala sesuatu. Sudah tentu berita yang dikhabarkan menambahkan si pendengar kesal dan  menyesal, lebih-lebih lagi jika pemberita itu merupakan cacian dan celaan sedangkan hal itu didedahkan dikhalayak ramai yang menyaksikan dan mendengarnya menyebabkan hatinya merasa semakin pedih.
               Keamanan hidup adalah di antara kelebihan manusia dari makhluk-makhluk lain, ianya lahir dari keluhuran budi keutamaan pekerti dan perangai yang baik menghasilkan rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka serta rasa suka dan menghormati terhadap hak milik orang lain.
               Terjaminnya keamanan di kalangan manusia adalah hasil daripada didikan agama, di mana manusia disuruh bermaaf-maafan di antara satu sesama lain, andainya terdapat kesala han dan kesilapan dalam pergaulan harian. Adalah wajar menghargai jasa dan kebolehan orang lain, dianjurkan supaya mengorbankan sebahagian hak miliknya untuk untuk kepentingan umum, digesa supaya sentiasa mengamalkan sikap bantu membantu, tolong menolong, pesan-mmemesan ke arah bersifat sabar dan berlaku adil terhadap dirinya sendiri
dan kepada orang lain.
               Tegasnya manusia disuruh berperangai baik terhadap semua makhluk sama ada kawannya sendiri mahupun orang lain atau makhluk-makhluk binatang dan sebagainya, di samping itu manusia seharusnya bersikap sabar dalam menghadapi perjuangan hidup ini baik berupa senang atau pun susah serta sentiasa menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia yang tidak terdapat di kalangan binatang.
               Banyak ayat-ayat suci Al-Quranul-karim menganjurkan supaya manusia berperangai baik dan kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah membuktikan ajaran-ajaran ini, seperti sabdanya yang berbunyi: (Terjemahan)
               “Diutuskan aku ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
               Memang tujuan utama kedatangan Nabi Muhammad SAW ialah untuk mengembali kan manusia supaya tetap berada di atas keperibadiannya yang asal iaitu tetap di dalam keutamaan budi pekertinya.

               Jika segala ajaran dan bimbingan agama Islam ke atas keperibadian manusia hidup di dunia, diterjemah dan diamalkan demi membantuk keluruhan hidup bertamadun, maka manusia akan dikurniakan Allah SWT kehidupan yang indah kelak akan melahirkan keluarga yang bahagia, InsaAllah!

Friday, August 11, 2017

PEMBANGUNAN INSAN BERMUARA DARI KELUARGA BAHAGIA

(Disiarkan pada 11, 8. 2017)
Keluarga bahagia akan mewujudkan ciri-ciri kehidupan yang kondusif. Hidup seorang insan sewajarnya diwarnai oleh disiplin pembangunan keluarga yang ditelusuri oleh sepasang suami isteri, berlandaskan prinsip-prinsip rukun Islam yang telah ditarbiahkan oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. berpandukan dokumen wahyu, al-Qurannul Karim yang diterimanya.  
Pembangunan insan wajar dengan belaian kasih sayang dari seorang ibu dan daripada setiap ahli dalam institusi keluarga. “Kasih sayang, ialah: Perasaan halus dan balas kasihan di dalam hati yang membawa kepada berbuat amalan utama, memberi maaf dan berlaku baik”. Kasih sayang adalah sifat keutamaan dan ketinggian budi yang menjadikan hati mencurahkan belas kasihan kepada  segala hamba Allah.
Islam tidak menentukan bahawa untuk bersikap dan berbuat kasih sayang itu hanya kepada segolongan manusia saja, atau kepada kaum muslimin saja, melainkan kasih sayang itu harus diberikan kepada semua makhluk, baik manusia mahupun binatang sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang ertinya:
Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, supaya engkau disayangi oleh orang yang di langit (yakni para malaikat.” (H.R. Thabrani)
Kasih sayang itu sifat dan perbuatan yang menambah kesempurnaan watak yang membuat seseorang merasa iba bila melihat penderitaan melanda kehidupan makhluk, sebagai membangkitkan rasa ingin turut berusaha menanggungulangi baik sebatas meringankan beban si penderita mahupun sampai ke batas kesempurnaannya.
Sayang menyayangi, bermanis muka, kebaikan, kebajikan dan mencintai, adalah pantulan rahmat Allah yang disampaikan kepada hati dari sebahagian makhlukNya.
Orang yang bersikap lemah lembut dan orang yang mempunyai sifat tenggang rasa terhadap orang yang lemah di antara rakyat jelata, adalah orang yang paling banyak mendapat bahagian dari rahmat Allah. Sedabgkan orang-oran ang zalim penjahat, sombong, mereka adalah peghuni nera neraka, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Bahawasanya sejauh-jauh manusia dengan Allah, ialah orang-orang yang keras hatinya.”
Rahmat Allah yang dicurahkan kepada makhlukNya, melalui anugerahNya yang diberikan kepada seorang laki-laki atau perempuan, yang suka membebaskan penderitaan, meringankan kesedihan, memberitahukan kesalahan, dan dengan berbagai pengorbanan dalam bentuk apapun. Ia membimbing orang-orang lemah; ia melemahkan keganasan orang kuat, sehingga jinak. Oleh itu Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW dengan dibekali ilmu dan kesabaran hatinya untuk mengisi akhlaqnya dengan kegembiraan dan kebajikan.
Beliau, tetapberlapang dada, bermuka manis dengan senyum simpatinya yang sentias menhiasi tiap langkah dalam perjalanan hidupnya. Beliau seorang yang berpantang keras kepala; beliau seorang yang lemah lembut dalam sikap, tutur bahasa dan perbuatanya.
Sikap yang demikian sesuai dengan firman Allah surah Ali Imran ayat 3:159 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Maka disebabkan rahmat Allah, kamu berlaku lemah lembut tehadap mereka.  Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan diri sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka.”
Pembangunan insan bermuara daripada hati sebagai raja dalam diri seseorang. Segala perintah wajib dilaksanankan dan semua menerima segala keputusannya. Setiap perbuatan mereka tidak akan lurus dan benar sebelum ada tujuan dan niat yang dikehendakinya. Hati ibarat pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabnya atas yang dipimpinnya
Nabi s.a.w. bersabda  bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam  tubuh ini ada sepotong daging. Apbila ia baik maka baik pula seluruh tubuh, dan bila  ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuh. Ketahuilah sepotong daging itu ialah hati. (HR. Bukhari & Muslim.)
Kerana kedudukan hati yang tinggi inilah, sehingga ia menjadi sentral perhatian para solehhan (sufi; yang menggunakan tarikat, pergi memperolehi kebenaran hakikat dan kesucian jiwa), untuk melembutkan dan meluruskannya serta menyiasati beberapa penyakit. Mengubati penyakit hati ialah, yang merupakan ibadah paling utama bagi mereka.
Hati manusia mempunyai komponen sifat hidup dan mati. Dalam konteks ini, ada  tiga klasifikasi hati manusia; pertama, Qalbun Sahih (hati yang suci). Kedua, Qalbun Mayat (hati yang mati), dan ketiga, Qalbun maridh (hati yang sakit).
Qalbun sahih atau hati yang sihat dan bersih (hati yang suci) dari setiap nafsu yang menentang perintah dan larangan Allah, dan setiap penyimpangan yang menyalahi keutamaan  Nya. Sehingga ia selamat dari pengabdian kepada selain Allah SWT, dan mengambil hukum (bertahkim) pada selain Rasul-Nya.
Kerana hati ini mahu pengabdiannya (ubudiyahnya) kepada Allah, baik pengabdian nya rasa (iradah), cinta (mahabbah), berserah (bertawakkal), kembali kepada ajaran-Nya dengan bertaubat (inabah), tunduk menyerahkan diri (iqiyaad), takut akan seksanya (khauf) dan mengharap kurnia-Nya (raja’).
Bahkan seluruh aktiviti hanya untuk Allah semata, jika mencintai, maka cintanya itu hanya kerana Allah, jika membenci, membencipun hanya kerana Allah, jika memberi, atau bersedekah, hal itu kerana Allah. Tidak hanya itu sahaja, tetapi diiringi kepatuhan syariatNya. Ia mempunyai landasan yang kuat dan prinsip tersendiri dalam menjadikan Muhammad SAW sebagai penghulu para Rasul dan teladan bagi seluruh ummat manusia, baik dalam tutur kata atau budi perkertinya. Pada prinsipnya, setiap perilaku mereka selalu mengacu berdasarkan pada sunnah Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT  dalam surah Al-Hujarat ayat 49:1 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertawakkallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Allah menyeru kepada mereka yang mengaku beriman  dan percayakan kitab Allah, supaya jangan terburu-buru di dalam tindakan mereka – sama ada dengan perkataan mahupun perbuatan – untuk mendahului perintah Allah dan rasul-Nya. Misalnya: Kalau dikemukakan sesuatu masalah dalam majlis Rasulullah SAW janganlah lekas terburu-buru mendahului menjawabnya sebelum Baginda menjawab. Kalau dihidang makanan janganlah mereka mendahuluinya makan  sebelum dipersilakan. Kalau berperigian bersama Baginda ke suatu tempat, janganlah mendahuluinya berjalan di depannya dan janganlah terburu-buru menjatuh kan hukum-hukum dalam suatu perkara sebelum Allah dan rasul-Nya memberikan hukum kepada mereka.
Qalbun mayat, ini adalah kebalikan dari qalbun sahih. Hati yang mati tidak pernah mengenal Tuhan-Nya: tidak menyembahNya, tidak mencintai atau redha kepada-Nya. Akan tetapi ia berdiri dengan syahwatnya dan memperturutkan keinginannya, walaupun hal ini
menjadikan Allah SWT redha atau murka terhadap apa yang dikerjakan, sebab ia telah mengabdi kepada selain Allah.
               Jika mencintai didasarkan atas nafsu, jika membenci memberi atau bakhil, itu semua disebakan oleh hawa nafsunya. Hawa nafsu didewa-dewakan daripada rasa  muhabbah kepada Allah SWT.
               Hawa nafsu dan syhawat serta kebodohannya, yang menjadi pembimbingnya. Ia selalu dibuat susah oleh fikirannya sendiri dan selalu melakukan berbagai hal agar tujuan duniawi nya tercapai. Ia seakan-akan tidak mendengar panggilan Allah, untuk mendapatkan kebaha- gian dan kenikmatan abadi di akhirat, seruan Allah SWT bagikan datang dari tempat yang jauh dan susah dilakukannya. Akan tetapi malangnya seruan syaitan malah justeru diikutinya.
               Menjalin hati dengan orang yang berhati demikian, adalah cukup membahayakan, di mana kita mungkin akan ikut terikut, dan bersahabat dengannya merupakan racun yang akan mematikan hati kita.
Qalbun maridh, iaitu hati yang sebenarnya mempunyai kehidupan, namun di dalamnya tersimpan benih-benih penyakit. Kadang ia berpenyakit dan kadang pula hidup secara normal, tertakluk ketabahan hatinya.
Maahbatulllah, beriman kepada-Nya, ikhlas dan tawakal adalah makanan yang akan menghidupkan hati. Lebih megutamakan dunia, cinta pada syahwat, tamak, hasad, takabbur dan ujub adalah dapat menghancurkan kekebalan hati bahkan mungkin akan dapat mematikan hati. Hati seperti ini mempunyai dua  macam penggerak: Penggerak yang mengajak menuju Allah, Rasul dan kebahagian abadi di akhirat, dan penggerak yang mengajaknya menuju kenikmatan semua yang sesat. Hati  demikian ini akan mengikuti, mana yang lebih kuat dan dekat pintu masuknya.
Jadi hati yang pertama adalah hati yang hidup, merendahkan diri (tawadhu) lemah lembut dan memiliki dasar pemahaman yang dakam. Hati yang kedua adalah hati yang telah baku dan mati. Dan jenis hati yang ketiga ia lebih dekat pada jalan keselamatan atau mungkin juga pada kehancuran dan kerosakan
Islam mengajarkan kepada pemeluknya untuk membuat kebajikan yang tidak ada putus-putusnya kepada sesamanya, dalam bentuk pengorbanan harta benda, berderma dan bersedekah kepada siapa pun. Islam ditegakkan dan berkembang buka atas dasar atas kikir dan menahan harta benda.
Oleh kerana itu Islam menasihatkan kepada setiap muslim agar menyambut dorongan berderma dan segi-segi kebajikan yang tidak ada putus-putusnya, baik yang dilakukan secara terang-terangan mahupun yang tersembunyi. Itulah sendi ajaran Islam yang didaarkan pada pengorbanan membelanjakan sebahagian harta yang dimilikiny, untuk berderma dan bersedekah, sebagai perwujudan tanda syukur kepada Allah yang telah memberi kurniaanNya.
Allah berfirman dalam sueah Al- Baqarah, ayat 2:274 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tiada ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (Pula) mereka bersedih hati.”
Allah menerangkan bahawa orang yang bersedekah, sama ada waktu malam mahupun siang dengan cara sebunyi ataupun terang-terangan – asalkan baik masa dan caranya – maka Allah sediakan pahala yang terbit dari amalan mereka. Dan mereka tidak merasa takut rugi di dunia dan tidak pula berdukacita di akhirat, kerana beruntung mendapat pahala.
Rasulullah SAW besabda yang bermaksud: (Terjemahan)
“Hai anak Adam, kalau engkau mendermakan kelebihanmu, itu lebih baik agi mu, dan apabila engkau tahan saja, itu berbahaya bagimu. Dan engkau tidak tercela atas kesedehana an. Dan dahulukan  orang-orang yang menjadi tanggungan mu. Dan tangan yang di atas (yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).” H.R. Muslim.
Allah melarang memboroskan harta dan memerintakan agar memberikan harta kepada
kaum kerabat da fskir miskin. Kerana orang yang membazir (tidak mengeluarkan harta yang berguna) adalah perusak yang bodoh. Tidak punya perhitungan, menyia-nyiakan harta pada keinginan nafsu tertentu.  Bagaimana orang-orang yang semacam ini bisa membayarkan hak yang telah menjadi kewajibannya?
               Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 17:26-27 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin da orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghamburkan-hamburkan (hartamu) secara boros.”
               “Sesunggunya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
               Demikianlah perintah Allah dalam Al-Qur’an. Tetapi bagi seorang muslim yang tidak mampu menolong dan membantu dengan hartanya kerana ketiadaannya, Allah memberi petunjuk agar berbuat baik dengan sedakah ucapan dan perkataan-perkataan yang pantas dan menyenangkan bagi mereka.
               Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 17:28 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhanmu yang kamu harapkan,.maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas.”
               Ajakan Islam untuk bermurah hati dan berderma cukup banyak, baik dalam Al-Qur’an maupun dalam hadits, demikian pula larangan-larangan berlaku kikir, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermakud: (Terjemahan)

                “Orang-orang yang bermurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada syurga.. Dan orang yang bermurah hati jauh dari neraka. Sedangkan orang yang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia, pun jauh dari syurga, dan dekat kepada mereka. Orang yang jahil/bodoh yang bersifat pemurah, lebih disukai Allah dari pada ahli ibadah  tetapi kikir.” (H.R. Tarmudzi)

Friday, August 4, 2017

KELUARGA BAHAGIA MENGGAMIT KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT.

 (Disiarkan pada 4. 8. 2017)
               Mengikut pandangan masyarakat Cina, menyatakan bahawa hidup seorang manusia harus melalui tiga macam kebahagiaan. Pertama ialah kebahagiaan semasa mendapat jodoh dan melangsungkan perkahwinan. Kedua kebahagiaan dalam hidup ialah mendapat anak keturunannya pertama dan ketiga ialah mendapat cucu pertama.
               Mengikut pandangan keluarga Islam pula kebahagiaan dalam hidup ialah apabila dapat melahirkan suasana kegembiraan dalam jiwa keluarga Muslim yang diikat dengan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Ketakwaan kepada Allah akan membina keluarga bahagia. Semua ahli keluarga sentiasa mengawasi pergerakan masa dan menjaga masa solat yang dijadikan sebagai amalan secara istiqamah mengingatakan diri bahawa Allah S.W.T.sentiasa mengetuk hati manusia supaya sentiasa bersama-Nya.
               Orang yang sentiasa menjaga ketakwaannya kepada Allah S.W.T.sebenar adalah mereka yang sangat takut kepada Allah.  Manusia wajib takut kepada Allah kerana tidak ada dalam diri manusia itu menjadi hak mutlaknya. Semuanya dipinjam daripada Allah dan Allah meredainya. Keredaan Allah terhadap hidup inilah yang membuat manusia sentiasa takut kerana kita tidak tahu Allah akan bila-bila masa, Dia mengambil balik nikmat tersebut.
               Allah meredai hidup kita ini yang dipinjamkan kepada kita dengan syarat kita melaksanakan ibadah kepada-Nya sebagai satu bentuk kesyukuran. Kesyukuran kepada Allah atas segala pemberiannya wajar diimbali dengan rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah s.w.t. Merasa kecintaan kepada Allah dengan cara sentiasa mengingati masa berjalan dan melaksanakan ibadah tepat pada masanya.
               Apabila kelezatan hidup dirasai dengan sentiasa menangani masa bergerak maka kecintaan serta kasih sayang kepada Allah S.W.T. menjadi pemangkin jiwa menyempurnakan ketakwaan diri kepada Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sungguh orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”
               Manusia hidup di dunia ini sentiasa berlumba-lumba di antara satu dengan yang lain, untuk mencari kemuliaan. Dalam hubungan ini, Ibnu Abbas(r.a.) ada mengatakan: bahawa kemuliaan di dunia ialah kekayaan, sedangkan kemuliaan di akhirat pula ialah takwa (kebaktian kepada Allah.)
               Allah mencela manusia yang membangga-banggakan keturunannya, atau apa sahaja yang dengannya dia menganggap lebih mullia. Maka Bagi Allah, orang yang paling mulia di sisi-Nya ialah yang banyak kebaktiannya kepada Allah, atau yang paling berbakti kepada-Nya. Dan caranya berbakti kepada Allah itu hendaklah menjalankan segala apa yang diperin- tahkan-Nya dan meninggalkan semua yang ditegah-Nya.
               Makna dan hakikat takwa mengikut para ulama berbeza pendapat mengenai orang yang benar-benar bertakwa. Nabi S.A.W. pernah bersabda bahawa  seluruh makna takwa tercakup dalam firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 16:90 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnynya Allah menyeruh kamu berlaku adil, berbuat kebaikan, dan memberi kepada kaum kerabat. Dan Allah melarang keji, mungkar dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pengajaran.”
               Ibnu ‘Abbas r.a. berkata: Orang bertakwa adalah orang yang takut terjerumus dalam syirik, dosa besar, perbuatan keji.”
               Ibnu Umar r.a. mengemukakan bahawa takwa adalah melihat diri sendiri tidak lebih baik daripada orang lain.
               Dan Hassan mendefinasikan orang yang bertakwa sebagai orang yang mengatakan kepada setiap orang yang dia lihat. “Dia lebih baik dariku.”
               Sedangkan Umar bin Khattab r.a. pernah berkata kepada Ka’ab: “Beritahu kepadaku
tentang takwa. “Dia berkata, apakah engkau melintasi jalan yang berduri? Jawab Umar
kemudian apa yang engkau lakukan? Tanya Ka’ab, Umar menjawab: Aku menghindari dan menjauhinya.” Ka’ab pun  berkata. “Itulah takwa.”
               Ada orang yang mengungkapkan takwa melalui syairnya:
               “Tinggalkan seluruh dosa kecil,
               Mahupun besar, dan itulah takwa,
               Berbuatlah seperti orang yang berjalan,
               Atas tanah berduri,
               Dia akan menghindari duri yang dilihatnya,
               Jangan menghina orang kecil, kerana,
               Sesungguhnya gunung terbuat dari kerikil.
Umar bin Abdul ‘Azzi mengemukakan: “Takwa bukanlah puasa di siang hari dan solat di malam seperti perpaduaan keduanya. Tetapi Takwa adalah meninggalkan apa yang  diharam  kan Allah dan mengerjakan apa yang diperintahkan.”
               Pernah dikatakan kepada Thalaq bin Habib, terangkan makna takwa kepada kami. Dia menjawab: “Takwa adalah mentaati Allah berdasarkan  pancaran cahaya dari Allah dengan mengharapkan pahala dari-Nya sekaligus merasa malu kepada-Nya.”
               Ada juga yang mengemukakan: “Takwa adalah tidak berbuat maksiat kepada Allah berdasarkan pancaran cahaya dari Allah kerana takut akan seksaan Allah.”
               Bakar bin Ubaidillah berkata: “Seseorang tidak disebut bertakwa sampai dia benar-benar Taqiyyah (bercakap hati-hati) dalam makanan dan taqiyyah dalam kemarahan.”
                    Syahr bin Husyaib berkata: Bertakwa adalah meninggalkan yang mubah agar terhindar dari terjerumus ke dalam hal-hal haram.”
                    Muhammad Ali al-Tarmizi mengatakan: “Orang yang bertakwa adalah orang yang tidak  mempunyai musuh sama sekali.”
                    Sari-Saqati berkata: “Orang bertakwa adalah orang yang membenci diri sendiri.” Dan al-Syibli mengemukakan: “Orang bertakwa adalah orang yang tidak takut selain Allah, Rasulullah seorang yang sangat  jujur berkata, “ketahuilah, sesuatu yang selain Allah  adalah bathil.”
                    Muhammad bin Kafif berkata: “Takwa adalah menghindari segala sesuatu yang dapat menjauhkan mu dari Allah.”
                    Al-Sauri mengatakan: “Bertakwa adalah takut kepada dunia dan segala bahayanya.”
                    Abu Yazid berkata: Orang yang bertakwa adalah orang yang menjauhi segala yang syubhat.”
                    Al-Fudhail bin Iyad berkata: “Seseorang tidak disebut bertakwa sehingga musuhnya merasa aman  darinya seperti temannya merasa aman darinya.”
                    Malik bercerita, Wahab bin  Munabih memberi tahuku bahawa sebahagian ahli fiqh dari Medina mengirim surat kepada ‘Abdullah bin Zubair. Isi surat ini mernyatakan bahawa orang yang bertakwa mempunyai beberapa tanda: “Sabar ketika ditimpa musibah, redha pada takdir, syukur saat menerima nikmat, dan tunduk kepada hukum-hukum al-Qur’an.”
                    Maimun bin Mahran berkata: “Tidak seorang disebut bertakwa sehingga dia lebih bermuhasabah diri daripada seorang  sekutu yang kikir dan penguasa zalim.”
                    Dari Abu Harmuz Nafi’ bin Hamuz, dia bercerita, ada pernah mendengar Anas bin Malik berkata ada seorang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Muhammad siapakah keluarga Muhammad itu? Beliau menjawab, “Setiap orang yang bertakwa.” Dengan demikian
takwa merupakan tempat berkumpul segala macam kebaikan. Dan takwa yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.”
                    Dalam firman Allah, “Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.” Ada yang mengatakan bahawa ayat ini bererti Allah harus ditaati dan tidak boleh menderhakai’ Allah harus diingat dan tidak dilupakan, dan Dia harus disyukuri dan tidak diingkari.”
                    Sahal bin ‘Abdullah berkata: “Tidak ada penolong selain Allah, tidak ada petunjuk
jalan selain Rasulullah S.A.W. dan tidak ada bekal selain takwa.”
                    Selanjutnya dia berkata, “Barangsiapa ingin takwanya benar, maka tinggalkanlah seluruh perbuatan dosa.”
                    An-Nasradhi mengemukan: “Barang siapa yang benar-benar bertakwa, maka dia akan sangat rindu untuk meninggal dunia, kerana Allah telah berfirman yang bermaksud:
                    “Dan alam akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.”
                    Ibnu ‘Athiyyah berkata: Orang yang bertakwa boleh diketahui dari keadaan zahiriah dan batiniyah. Keadaan zahiriyah dengan selalu memelihara hukum-hukum Allah, dan batiniah selalu berniat dan melakukan segala hal dengan tulus dan ikhlas.”
                    Ada yang mengemukakan bahawa takwa terdiri dari beberapa macam: “Takwa umum, iaitu tidak berbuat syirik kepada Si Pencipta. Takwa khusus, iaitu melawan hawa nafsu dengan meninggalkan maksiat dan menahan hawa nafsu dalam segala keadaan. Kemudian takwa khusus, iaitu meninggalkan maksiat dan menahan hawa nafsu dalam semua keadaan. Kemudian takwa khusus, iaitu meninggalkan kehendak atas segala sesuatu dan memusatkan diri hanya untuk menjalankan ibadah wajib dan sunat, serta menjalankan semua perintah dengan berpegang teguh pada hukum yang berlaku.”  
                    Ada beberapa jalan menuju takwa:
1. Melepaskan diri dari tindakan zalim kepada orang lain dan hak-hak mereka.
2. Menjauhi kemaksiatan dan segala dosa besar mahupun kecil.
3. Menyibukkan dengan mengusir dosa-dosa dalam hati yang merupakan induk dosa. Dari hati muncul dosa-dosa  anggota badan, misalnya, munafiq, hasad, sombong, tamak. Mencari kedudukan dan sebagainya.
4. Menyibukkan diri dengan meninggalkan hasrat, sehingga dia tidak lagi memilih hal lain selain Allah. Dia menyerahkan segala sesuatu kepada Allah S.W.T. tunduk dan patuh serta merendahkan di hadapan-Nya. Di hadapan Allah S.W.T. seorang manusia hanyalah seorang anak bayi dalam dukungan ibunya, atau seperti mayat di tangan orang memandikan nya.
Para ulama’ berbeza pendapat mengenai pengertian selamat. Al-Junaidi mengatakan bahawa seseorang hanya boleh selamat dengan kejujuran hati dan sentiasa berlindung kepada Allah Yang Maha perkasa lagi Maha mengetahui. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 9:118 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka padahal bumi itu luas dan  merasa jiwa merekapun sempit. Mereka mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari seksa Allah melainkan hanya kepada-Nya. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
Selain Allah menerima taubat Nabi, kaum Muhjirin dan Ansar, juga menerima taubat tiga orang yang dahulunya telah tertinggal tidak mahu melaporkan diri kepada Nabi (s.a.w.) untuk bertaubkat. Mereka bertiga yang disebut itu ialah: 1. Ka’ab bin Malik, 2. Halal bin Abi Umaiyah da 3. Mararah bin ar-Rabi’.
Rawaim berpendapat bahawa seseorang akan selamat dengan kejujuran bertakwa. Firman Allah S.W.T. dalam surah Az-zumar ayat 39:61 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan Allah S.W.T. menyelamatkan orang-orang bertakwa kerana kemenangan mereka. Mereka tiada disentuh oleh Azab neraka dan tidak pula mereka berdukacita.”
Orang-orang yang takwa kerana menjauhi perbuatan syirik dan maksiat, mereka itu akan diselamatkan oleh Allah dari seksaan neraka Jahanam, dan dikurniakan pula tempat kemenangan yang lebih dari apa yang mereka harapkan. Mereka tidak akan disentuh oleh seksa neraka Jahanam, dan tidak  akan merasa dukacita disebabkan luput dari memperolehi kesenangan di dalam dunia.
Hasan al-Bari mengemukakan bahawa seseorang akan selamat dengan menghindari
Dunia dan penghuninya. Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 6:32 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain permainan dan senda gurau. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya.”
Dan Nabi S.A.W. telah bersabda: “Sesungguhnya kecintaan kepada  dunia merupakan satu kesalahan. Dan cara untuk medekatkan diri kepada Allah adalah dengan melaksanakan apa yang Dia wajib.”
Sesuai dengan hal tersebut di atas, Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia menyuruh makhluk-Nya untuk sentiasa mengesakan dan mentaati-Nya. Di bawah ini dikemu- kakan beberapa ayat yang kerkenaan dengan hal itu.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 2:223 yang bermaksud: (terjemahan)
“Ketahuilah bahawa Allah, Maha mengetahui segala sesuatu. Dan bertakwalah kepada-Ku, hai orang-orang yang berakal. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada  orang-orang yang beriman.”
Firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 59:18 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan terhadap apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yan kamu kerjakan.”
Firman Allah S.W.T. dlam surah At-Tahrin ayat 66:6 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai orang-orang beriman peliharalah diri dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakaranya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras tidak menderhaki Allah atas apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerja kan apa yang Dia perintah.”

Hawa nafsu  yang akan menyebabkan dirimu dibakar api neraka.Sesungguhnya azab neraka setiap hari terus menerus diganti dengan azab yang baru yang lebih menyakitkan Engkau akan ditemani oleh Firaun, Haman, Qarun dan syaita.