Friday, September 27, 2019

KEHIDUPAN YANG MAMPAN SEMESTINYA DNGAN ILMU


KEHIDUPAN YANG MAMPAN SEMESTINYA DENGAN ILMU
(Disiarkan pada 28. 9. 2019)
Islam memberi galakan khas untuk mendapatkaN ilmu, sebab seseorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah dalam menggalak kan demikian dalam surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”
Hanyasanya yang mengambil pengejaran itulah orang-orang yang berakal. Orang yang mengambil teladan menberi bukti-bukti yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripa danya itulah dikatakan berakal – bukanlah orang yang cuai – kerana orang yang berakal dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Sedang orang yang tidak berakal tidak pula dapat membezakan.
Kemudian kita lihat al-Qur’an ayat yang lain menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah. Firman Allah surah Al-Mujadalah ayat 58:11 yang bermak- sud: (terjemahan)
“Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antaramu dan  orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang ber ilmu pengetahuan itu beberapa darjat. Sebenarnya orang berilmu pengetahuan itu tinggi benar darajat, bukan saja di kampung akhirat, malahan juga atas dunia ini dalam pandangan manusia orang yang mempunyai pengetahun dipandang tinggi. Tentu saja bukan ilmu pengetahan yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, malahan juga semua ilmu yang berfaedah untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Sebab itu kaum Muslimin digesa supaya kuat menuntut ilmu biar di mana saja ilmu itu berada.
Demikian juga Allah mengakui penyaksian ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. Allah berfirman surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilamu juga menyatakan yang demikian itu”.
Allah menyamakan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang-orang berilmu dan penyaksian malaikat. Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu.
Dari segi lain kita lihat Al-Qur’an tidak menyukai  orang-orang yang tidak berilmu. Allah berfirman surah Ar-Rum: ayat 30:59 yang bemaksud: (terjemahan)
“ Begitulah Allah mencapkan (menutup) mata hati mereka yang tidak berilmu.”
Allah menutupkan pintu hati mereka rapat-rapat dan dipatrinya, sehingga tidak dapat lagi menerima pengetahuan, pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan yang jelas bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak dapat memahami sebarang ayat dan keterangan yang dibaca dari kitab Allah, disebabkan buruknya persediaan mereka, buruknya tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan kezaliman.”
Ada juga  menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu. Firman Allah surah Yusof ayat 12:76 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dia atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui”.
Kata Ibnu Abas (r.a): Di atas orang alim ada lagi yang lebih alim, demikianlah seterusnya hingga terhenti ilmu itu kepada Allah Taala, maka Allah Taala di atas segala yang alim. Ayat ini mengingatkan kepada orang-orang yang berilmu, supaya jangan membangga- banggakan dirinya dengan menunjuk pandai, sebab masih ada lagi orang lain yang lebih pandai, tetapi hendaklah semakin merendah diri kepada Tuhan yang mengurniakan ilmu itu
kepadanya.


               Ini bermakna supaya orang-orang yang berilamu tidak merasa besar diri dan  mereka akan berusaha menambahkan ilmu, serta mereka akan menganggapkan  diri mereka boleh dikritik oleh orang lain
               Nabi Musa (a.s.) apabila ditanya oleh pengikutnya: “Siapakah yang paling pandai di dunia?” Nabi Musa tidak menjawab tetapi hanya bercakap dalam hati bahawa tidakkah tahu orang ini bahawa saya telah menjatuhkan Raja Firaun yang amat zalim itu; dan mengaku dirinya sebagai tuhan! Oleh kerana Nabi Musa telah menunjukkan kepintarannya  dan merasa megah dalam hati di hadapan Allah, maka Allah perintahkannya untuk menuntut imu daripada Nabi Khijir. Maka Nabi Musa mendapatkan nabi Khijir dan mengikutinya untuk menimba ilmu darinya.
               Nabi Khijir memberinya peluang mengikutinya dengan satu syarat: Iaitu jangan bertanya kepadanya jika ia melakukan sesuatu ibadah. Semasa mereka pergi satu tempat di tepi pantai kemudian Nabi Khijir melihat seorang kanak-kanak bermain di tepi pantai. Nabi Khijir melihat anak itu  kemudian ia membunuhnya. Nabi Musa melihat keadaan demikian lalu ia betanya kepada Nabi Khijir mengapa ia membunuh budak itu? Nabi Khijir tidak menjawab lalu mereka pergi ke satu perkampungan di pulau.
Mereka menaiki perahu kepunyaan kampung tersebut. Perahu itu cantik baru dibelih. Apabila mereka mengikutinya, kemudian Nabi Khijir membocorkan perahu itu pada satu  tempat. Melihat gelagat Nabi Khijir itu, Nabi Musa tidak dapat menahan hatinya tidak bertanya mengapa ia mencacatkan perahu yang cantik itu. Nabi Khir juga tidak menjawabnya.
Kemudian mereka sampai di kampung tersebut dan memohon kalau mereka dapat menginap semalan sahaja. Masyarakat kampung tidak memberi galakan kepada mereka, lalu  mereka tidur di satu sulap yang tidak ada penghuninya. Setelah keesokan harinya mereka balik pulang, tetapi Nabi Khijir membaiki sulap yang mereka tempat menginap semalam kerana sulap itu sudah mereng dan dibaiki oleh Nabi Khijir. Nabi Musa mengatakan bahawa buat apa kita baiki sulap ini, sedang mereka tidak memberi izin kepada kita bermalam di kampung mereka!
Nabi Khijir kali ini ia menjawab kepada ketiga-kita pertanyaan Nabi Musa. Nabi Khijir membunuh budak yang kecil itu kerana apabila dia besar nanti dia akan membunuh bapanya. Maka itu elok lenyamkan budak itu sebelum ia besar. Nabi Khijir mencacatkan perahu yang mereka naiki kerana perompak-perompak akan mengambil perahu yang cantik itu. Jika ada kecacatannya maka perompak tidak ingin mencurinya kerana sudah cacat.
Nabi Khijir membaiki sulap yang tidak mempunyai penghuni itu yang tempat mereka bermalam. kerana di dalamnya ada harta karun. Bapa budak yang tinggal di kampung itu sudah meninggal dunia maka Nabi Khijir baiki sulap itu takut orang mendapati harta karun itu sebelum budak itu sempat mengambilnya. Maka Nabi Musa telah melanggar perjanjian yang diberi oleh Nabi Khijir maka Nabi Musa tidak dibenarkan mengikuti Nabi Khijir lagi.
               Al-Qur’an menuntut orang-orang Islam supaya mencari Ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka kehendaki tentang hakikat alam.
               Allah berfirman surah Taha ayat 20:114 yag bermaksud: (terjemahan)
               “Dan katakanlah: Ya Tuhanku, Tambahkan ilmu kepada ku ilmu pengetahuan.”
Setelah menyebutkan keagungan Kitab-Nya maka di sisi Allah menyebutkan keagungan Diri-Nya dengan mengatakan: Bahawa diri-Nya adalah Maha tinggi dengan segala sifat kesempurnaan dan maha suci daripada sifat kekurangan. Dialah sebagai raja yang berkuasa memerintah dan juga mencegah. Sungguh benarlah janji-Nya akan ditepati, ancaman-Nya ditakuti, dan Dia tetap  ada dengan tidak berubah-ubah – apa lagi hilang atau lenyap jauh sekali’ Janji-Nya benar, ancaman-Nya juga benar – sedikit pun tidak akan berselesi.
Islam tidak menghadkan setakat menyeruh manusia supaya mendari ilmu maka ia
mengakui perinsip yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga fikiran dari menjadi
batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:

ISLAM, AGAMA MUJJAH DAN BUKTI.
               Ilmu pengetahua tidak mengatakan sesuatu kecuali apabila ada bukti yang kukuh lagi yakin. Al-Qur’an juga nenyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia  sesuatu sebagai benar kecuali apabila diperteguhkan dengan dalil.
               Firman Allah SWT suah Al-Baqarah ayat 2:111 yang bermaksud (terjemahan)
               “Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi dan Nasrani. Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah:Tunjukanlah bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar.”
               Orang Yahudi mendakwa, tidak ada orang yang masuk syurga melainkan orang yang beragama Yahudi. Begitu juga orang Nasrani mendakwa, tidak ada orang yang masuk syurga melainkan orang yang beragana Nasrani. Semua mereka itu mengangan-angankan perkara yang batil (salah) kerana Tuhan telah menyuruh tanyakan kebenaran hujah-hujah mereka dengan firman-Nya yang berbunyi:“Katakaanlah ya Muhammad, tunjukkan alasan kamu sekiranya kamu orang-orang yang benar.”
               Tidak harus mempunyai sesuatu kecuali dengan bukti. Orang-orang yang syirik secara bertaklid kepada orang lain akan dihisab oleh Allah.
               Firman Allah SWT surah Al-Mu’minun ayat 23:117 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan barang siapa menyembah bersama Allah Tuhan yang lain – tanpa mempunyai bukti – sesungguhnya perhitungannya di sisi Allah. sesungguhnya tiadalah beruntung orang yang kafir itu.”
               Barang siapa yang menyembah Tuhan yang lain – padahal dia tidak layak untuk disembah kerana tidak ada keterangan dan dalil yang menunjukkan benarnya sekutu Allah itu sebagai Tuhan – maka balasannya ada di sisi Allah, dan  Dia nanti akan melaksanakan pembalasan itu kepada  orang yang layak untuk diberi pembalasan dan seksaan
               Ini menunjukkan sebagai suatu cacian dan celaan kepada mereka yang menyembah berhala.
               “Sesungguhnya tidaklah beruntung orang-orang yang jufur itu”
Orang yang syirik tidak akan bahagia hidupnya, dan tidak akan terselamat daripada seksa.
Demikian Allah mengakhiri ayat ini. Dan bayangan yang digambarkan oleh surah “al-Mu’minun” ini begitu halus yang mana surah al-Mu’minun ini dibuka dengan menyebutkan  tentang kerjayaan dan kemenangan yang didapati oleh orang-orang Mukmin, kemudian ditutup pula dengan menyebutkan tentang kekecewaan orang-orang yang kufur dan kegagalan mereka dari memperolehi apa yang mereka harap-harapkan.
Setelah menyebutkan keadaan orang-orang kafir dan kebodohan mereka di dunia begitu pula seksaan yang akan mereka terima di akhirat, maka diperintahkan Rasul-Nya, Muhammad SAW jangan hiraukan mereka, bahkan supaya menumpukan perhatiannya terhadap Allah SWT, iaitu dengan memohonkan pengampunan, begitu juga belas kasihan-Nya – dengan firman-Nya surah Al-Mu’minun ayat 23:118 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan katakan Wahai Tuhanku! Ampun dan kasihanlah, kerana Engkau sebaik-baik Tuhan yang mengasihani.”
Katakanlah wahai Rasul: Tuhanku tutupilah dosa saya dengan pegampunan yang Engkau berikan kepada saya, dan kasihanilah saya dengan menerima taubat saya dan tidak mengenakan seksaan kepada saya di atas dosa dan kesalahan yang telah saya lakukan, kerana Engkaulah Tuhan kami – sebaik-baik Tuhan yang bersifat belas kasihan kepada orang yang berdosa, lalu diterima taubatnya dan memaafkannya daripada dikena hukuman. Engkaulah yang mengetahui niat dan rahsia hati seseoang, yang diharapkan dapat memperbaiki apa yang disembunyikan  dalam hatinya.
Dalam hubungan ini al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan juga Ibnu Hibban besama
sekumpulan para Muhaddithin telah meriwayatkan – daripada Sayidina Abu Bakar – bahawsanya Sayidina Abu Bakar telah berkata kepada saya suatu doa, yang akan saya bacakan dalam sembahyang”. Jawab Baginda, bacalah (terjemahan)
“Ya Allah! Sesungguhnya saya telah  menganiaya diri saya dengan  aniyaya yang banyak. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa, melainkan Engkau. Oleh itu ampunkanlah dosa saya dari sisiMu, dan kasihanilah saya, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Pengampun lagi Penyayang.”


Thursday, September 12, 2019

ILMU KESEJAHTERAAN HIDUP MANUSIA


ILMU KESEJAHTERAAN HIDUP MANUSIA
(Disiarkan pada 14. 9. 2019)
               Islam memberi galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju kecuali dengan ilmu. Allah berfirman dalam menegakkan demkian dalam surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”
               Adakah orang yang tahu tentang berbuat ibadat kepada Allah diberi pahala dan yang derhaka lantaran berbuat maksiat akan diseksa samakah keadaannya dengan yang tidak tahu akan hal itu. Tentulah tidak sama. Ayat ini sebagai melengkapkan kenyataan Allah yang dimuali dengan amal dan diakhiri dengan ilmu. Adakah amal itu merupakan (perjuangan) dan ilmu merupakan penyingkapan. Kalau manusia beramal dengan berilmu menunjukan kesempurnaan dan kelebihan dirinya.
               (“Hanyasanya yang mengambil pengejaran itu ialah orang-orang yang berakal.”
               Orang yang mengambil teladan mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripadanya itulah dikatakan berakal – bukanlah orang yang jahil dan cuai – kerana yang berakal dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Sedang orang yang tidak berakal tidak pula dapat membezakan.
               Kemudian kita lihat ayat lain dalam Al-Qur’an menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah. Firman Allah dalam surah Al-Mujadilah ayat 58:11 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darajat”.
               Allah akan meninggikan darjat orang-orang Mukmin lantaran mereka mematuhi perintah Allah dan perintah rasul-Nya. Begitu pula orang-orang yag berilmu pengetahuan. Sebenarnya orang yang berilmu pengetahuan itu tinggi benar darjatnya, bukan saja di kampung akhirat, malahan juga di atas dunia ini dalam pandangan manusia orang yang mempunyai pengetahuan dipandang tinggi.
               Dan biasanya pula pandangan itu ditumpukan kepada ijazah-ijazah. Sesiapa yang memiliki ijazah pengajian, maka mudahlah mendapat kedudukan dan senanglah mendapat pekerjaan. Tentu saja bukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, malahan juga semua ilmu pengetahuan yang berfaedah untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Sebab itu kaum Muslimin digesa supaya kuat menuntut ilmu, biar di bumi mana saja ilmu itu berada.
               Demikian juga Allah mengakui penyaksian ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. Allah berfirman surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian itu.”
               Allah menyamakan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang-orang yang berilmu dan penyaksian malaikat Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberi kepada orang-orang yang berilmu.
               Dari segi lain kita lihat, Al-Qur’an tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami”.
               Begitulah Allah menutup pintu hati mereka rapat-rapat dan dipatrinya, sehingga tidak dapat lagi menerima pengetahuan, pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan yang jelas mengenai bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak  dapat memahami sebarang ayat dan keterngan yang dibacakan dari Kitab Allah, disebab buruknya persediaan mereka, buruknya tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan kezaliman.
               Allah juga menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu. Kata-kata pengkaji ilmu, “The more I know the more I don’t know” “Semakin saya tahu semakin saya tidak tahu!” maknanya bahawa tidak ada batasan dalam ilmu. Semakin kita mengkaji sesuatu ilmu kita akan menemukan diri kita bahawa semakin banyak lagi ilmu yang wajar diterokai.
Allah itu Maha Bijaksana dan Maha sempurna. Segala ilmu yang Allah wujudkan dalam hidup ini semestinya ada manfaatnya. Allah tidak menciptakan ilmu dengan sia-sia.  Maka itu manusia diciptakan Allah untuk menuntut ilmu dalam kehidupan. Sayugia juga bahawa amanah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia ialah menjadi khalifah-Nya di atas muka bumi ini. Maka itu wajar mempunai ilmu yang luas demi kesejahteraan pembangu nan kehidupan.
Kita berkhidmat dengan kerajaan, kita akhiri khidmat kita dengan persarahan mengikut usia yang  ditentukan oleh kerajaan tetapi menuntut ilmu tidak ada batasan dalam ilmu. Semakin banyak ilmu kita perolehi dalam hidup semakin mulia darjat kehidupan kita dalam masyarakat
               Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW menyarankan bahawa menuntut ilmu adalah sepanjang zaman. Beliau mengatakan bahawa tuntutilah ilmu mulai dari buaiyan hingga ke liang lahad. Maksudnya menuntut ilmu adalah sepanjang hayat.
               Nabi Musa a.s telah ditegur oleh Allah SWT supaya beliau mengikuti Nabi Khijir untuk menuntut ilmu darinya, kerana Nabi Musa merasa gagah dengan ilmunya kerana ia berjaya menjatuhkan empayar Raja Firaun yang mengakui dirinya sebagai Tuhan.  Nabi Musa gagal memelihara syarat yang diberi oleh Nabi Khijir jika Nabi Musa hendak menuntut ilmu darinya ia mesti tahan melihat perlakuan yang dilakukan oleh Nabi Khijir.
               Ilmu Nabi Khijir jauh lebih banyak berbanding dengan ilmu Nabi Musa. Nabi Khijir boleh melihat keadaan kehidupan seseorang lebih jauh sebelum ia berlaku. Allah SWT memberinya (hidayah) iaitu satu kekuatan untuk mengetahui disiplin pembangunan insan tertentu.
               Firman Allah surah Yusuf ayat 12:78 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui.”
                Ayat ini mengingatkan kepada orang-orang yang berilmu, supaya jangan  membangga banggakan dirinya dengan kenunjuk pandai, sebab masih ada lagi orang yang lebih pandai, Tetap hendaklah semakin merendah diri kepada Tuhan yang mengurniakan ilmu itu kepadanya. Bahawa saudara-saudara Yusuf adalah orang-orang yang alim, tetapi Yusuf lebih alim daripada mereka.
               Ayat ini bertujuan supaya orang-orang yang berilmu tidak merasa besar diri dan mereka akan berusaha menambahkan ilmu, serta mereka akan menganggapkan diri mereka boleh dikeritik oleh orang lain
 Al-Qur’an menuntut orang-orang Islam supaya mencari ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka kehendaki tentang hakikat alam.
Firman Allah surah Taha ayat 20:114 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahlah kepadaku ilmu pengetahuan”.
Islam tidak menghadkan setakat menyeruh manusia supaya mencari ilmu malah ia mengakui prinsip yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga fikiran dari menjadi batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:
Islam agama hujjah dan bukti. llmu pegetahuan tidak mengatakan sesuatu kecuali apabila ada bukti yang kukuh lagi yakin. Al-Qur’an juga menyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu sebagai benar kecuali apabila diperteguhksn dengan dalil: Firman Allah  surah Al-Baqarah ayat 2:111 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan mereka  (Yahudi dan Nasrani) berkata: Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi dan Nasrani. Demikian itu (hanya) angan-
angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaran jika kamu
orang yang benar.”
               Tidak harus mempercayai sesuatu kecuali dengan bukti: Orang-orang yang syirik secara bertaklid kepada orang lain akan dihisab oleh Allah.
               Firman Allah surah Al-Mu’minun ayat 23:117 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan barangsiapa menyembah bersama Allah Tuhan yang lain–tanpa mempunyai bukti - sesungguhnya perhitungannya di sisi Allah. Sesungguhnya tiadalah beruntung orang-orang yang kufur itu.”
               Dalam ayat lain Allah meminta bukti dari orang-orang musyrikin tentang patong-patong yang mereka jadikan sebagai Tuhan, untuk memperlihatkan kelemahan mereka.
               Firman Allah surah An-Naml ayat 27:64 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Bahkan siapakah (lagi kalau bukan Allah) yang mula-mula menjadikan makhluk kemudian mengulanginya sekali lagi, dan siapakah yang memberikan kamu rezeki dari langit dan bumi? Masih adakah Tuhan yang lain bersama Allah? Katakanlah: “Bawakan keterangan-keterangan kamu (sebagai bukti) sekiranya kamu orang yang benar.”
               Ayat-ayat Al-Qur’an yang kita sebutkan adalah jelas menyatakan bahawa setiap perkataan hendaklah diberi bukti kebenarannya. Orang yang mendengar hendaklah meminta bukti, jika tidak ada bukti maka jangan didengar perkataan atau percakapan itu.
               Islam, agama keyakinan. Ilmu pengetahuan sentiasa pengawasi sesuatu yang tidak yakin (sebenar) daripada menjadi yakin. Ia juga menjaga dari bertukarnya dan (persangkaan) menduduki tempat yakin. Ia mengkiaskan kadar hampirnya masalah kepada kebenaran dengan kadar kukuhnya hujjah yang membuktikan masalah. Jika hujjah kukuh maka masalah adalah benar, jika tidak maka ianya dhan sahaja.
               Perbezaan yang dibuat oleh ilmu pengetahuan terhadap kedudukan hak dan dhan adalah bersesuaian dengan ajaran Al-Qur’an yang menyuruh berawas dari dhan atau waham. Alasannya ialah kerana kedua-dua itu menjadi sebab menyesatkan manusia dan merosakkan akidah mereka.
               Firman Allah surah Al-An’am: ayat 6:116 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah; mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)
               Allah berfirman lagi dalam maksud yang sama  surah  Yunus ayat 10:36 (terjemahan)
               “Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti persangkaan sahaja. Sesungguhnya per- sangkaan itu tidak dapat menggantikan  kebenaran sedikit jua pun. Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang mereka kerjakan”,
               Al-Qur’an menyuruh berpegang kepada ilmu yang yakin. Ia mengingkari orang-orang yang  menurut waham dan dhan. Sesungguhnya kebanyakan orang musyrik itu hanya mengi- kut sesuatu perkara yang mereka semdiri tidak mengetahui hakikatnya dengan pasti, hanya persngkaan atau ragu dan sebagai Pa turut. Umpamanya menyembah berhala yang diamalkan oleh nenek moyang mereka, mereka sangkakan baik dan dapat menolong, lalu mereka mengikut pula menyembah berhala. Atau  adanya hari kebangkitan itu mereka sangka mustahil berlaku, dan diutusnya Muhammad SAW sebagai Rasul, mereka ragu lalu mendustakannya.
               Sedikit benar daripada mereka yang mengakui bahawa apa yang telah dibawa oleh Nabi SAW itu adalah perkara yang hak lagi benar. Malah kebanyakan mereka mendustakanya kerana takut pengaruh mereka hilang, selama itu mereka sebagai ketua yang diikuti enggan bertukar menjadi pengikut.
               Allah kemudian menjelaskan: Sesungguhnya persangkaan itu tidak  dapat mengganti kan kebenaran sedikit jua pun.
               Setiap yang hak atau kebenaran, pasti akan berdiri tetap dan tidak akan dapat dirobohkan oleh syak atau persangkaan, apalagi hendak menggantikan tempat keyakinan
walau sedikit pun.
               “Seungguhnya Allah itu tahu apa yang mereka kerjakan”.
Allah mengetahui tentang kepercayaan orang yang didasarkan di atas persangkaan dan meniru secara buta yang tentunya Allah akan memberi balasan di atas perbuatan mereka itu.(1)
(1)Alif Abd.Al-FattahTabbarah: Nadi Ajaran Islam:Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdanan Menter , Kuala Lumpur 1993

Friday, September 6, 2019

MANUSIA MEMBANGUN SEMESTINYA DENGAN ILMU


MANUSIA MEMBANGUN SEMESTINYA DENGAN ILMU
(Disiarkan pada 7. 9. 2019)
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan pesan kepada umatnya, bahawa jika kita ingin bahagia hidup di dunia, maka perolehilah ilmu; dan jika kita inginkan kebahagian hidup di akhirat perolehilah ilmu dan jika kita inginkan kebahagian hidup di kedua-duanya, dunia dan akhirat maka perolehilah ilmu.   
Wahyu pertama yang diterima oleh baginda dari Allah SWT dalam perantaraan Malaikat Jibril ialah memerintahkan manusia supaya membaca (iqra) iaitu menimba ilmu melalui membaca. Dokumen yang Allah SWT telah sediakan di alam jagat ini untuk makhluk manusia ialah  ilmu pengetahuan. Ilmu yang dimaksudkan adalah dalam dua kategori, seperti ilmu yang terucap oleh Allah SWT seperti Al-Qur’an. Inilah ilmu yang ditarbiahkan kepada Baginda Rasul Nabi Muihammad SAW melalui Malaikat Jibril selama 23 tahun. Ilmu kedua ialah ilmu yang tercipta oleh Allah SWT iaitu alam ini dengan segala isinya.
Maka itu ilmu adalah segala jenis pengetahuan atau kepandaian manusia, baik yang mengenai kebatinan mahupun mengenai keadaan alam ini. Berilmu adalah orang yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan bijak pandai. Luas ilmu bermakna manusia yang berpengetahuan dalam segala bidang sama ada ilmu akhirat, ilmu duniawi mahupun ilmu kerohanian.
Manusia dijadikan Allah SWT khalifah di muka bumi ini seharusnya mempunyai ilmu yang luas.  Mereka  mempunyai ilmu yang luas adalah orang yang membudayakan kemahiran berfikir yang menjadi tonggak kepada pembangunan manusia seutuhnya. Allah SWT membe- kalkan manusia fitrah berfikir yang membolehkannya menyelami berbagai dimensi alam di mana setiap insan telah, sedang dan akan melaluinya.
Ilmu yang boleh menerokai alam metafizik dapat melihat dengan mata hatinya. Mata hati dapat melihat berbagai alam lebih luas lagi jika dibandingkan dengan mata kepala sendiri. Mata hati itu dapat melihat segala pengalaman yang telah kita lalui dalam hidup sejak kecil lagi.
Alam ghaib agak sukar sedikit mata hati melihat tetapi ia boleh  mentafsirkan satu-satu keadaan dengan bantuan kekuatan iman dalam diri manusia. Dengan iman dapat kita memperolehi ilmu yang luas sehingga dapat melihat keadaan alam yang lain.
Untuk menerokai alam berkenaan memerlukan ilmu yang luas serta iman yang kuat kerana iman sahajalah dapat membawa manusia melihat kewujudan alam ghaib.
Manusia  tidak mempunyai insang seperti ikan tetapi dengan ilmu yang luas ia dapat menyelami air lautan  yang lebih dalam daripada ikan dengan penggunaan oxigen serta alat pernafaan dan kelengkapan-kelengakpan lain yang perlu untuk menyelam di dalam air, manusia dapat menerokai keadaan alam di dasar lautan yang dalam.
Manusia tidak mempunyai sayap seperti burung tetapi dengan ilmu yang luas ia boleh terbang lebih tinggi dan pantas di angkasa daripada burung. Dengan ilmu yang luas segalanya boleh dilakukan.
Manusia berilmu boleh menerokai angkasa lepas seperti planet bulan dan memanfaat kan dalam hubungan pembangunan manusia dengan menggunakan teknologi koputer yang dapat menerima gambar di layar televisyen di alam bumi. Kcanggihan ilmu sains dan teknologi, manusia dapat meletakkan setelit di angkasa lepas untuk memudahan komunikasi antara bangsa seluruh dunia.
Penerimaan pancara televisyen dari seluruh dunia dapat dimanfaatkan, kelak memberi kemudahan pada para pemberita untuk mendapatkan berita apa yang berlaku di belahan dunia yang lain.
Oleh sebab itu, ilmu pengetahuan teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam usaha mentamadunkan manusia. Dunia sudah menjadi satu perkampungan kecil. Jika kita berkomunakasi dengan orang, di belahan bumi yang mana masanya berbeza sehari iaitu 24 jam, dengan masa di mana kita berada masa bercakap, tidak ada masalah kita dengar suarahnya dengan jelas. Kita ambil satu contoh semasa  penulis menuntut di Universiti Southern Illonois at Carbondale, Amerika Syarikat. Semasa ibunya sedang sakit tenat dan tidak ada jaminan akan selamat, adik penulis, Aling Linggi dengan bantuan pihak polis (Insp. Thomas Anggan) boleh bercakap melalui telefon dengan abangnya cukup jelas. Maka masa abangnya bercakap di Amerika Syarikat ialah pada jam 2.00 pagi pada 31.1. 1979 dan beliau bertanya kepada Insp. Thomas Anggan di Sabah ialah pada jam 9.00 pagi pada 1. 2. 1979. Inilah yang dimaksudkan dengan ungkapan “Dunia sudah menjadi satu perkampungan kecil.”
Keistemewaan manusia terletak pada ilmu yang dipunyainya. Seandainya ilmu itu hilang, maka jatuhlah martabat manusia. Ilmu itu pula terletak dalam roh dan ia memainkan peranan yang penting dalam menentkan  sifat kemanusiaan.. Misalnya manusia berilmu sahaja yang layak dipanggil manusia tulin kerana manusia dicipta oleh Allah dengan potensi imtelek untuk mengetahui, di samping ilmu serta hikmah yang merupakan santapan kalbu. Sekirannya kalbu tidak disajikan dengan ilmu dan hikmah untuk beberapa ketika, maka ia akan merana akibat kelaparan hidayah Illahi dan akhirnya mengalami kematian walaupun tuan punya kalbu itu mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dalam rohnya.
Menurut Al-Ghazali (1990). “Ilmu boleh diibaratkan sebagai pakaian dan menutip tubuh manusia. Oleh itu, manausia yang tidak berilmu boleh diiberatkan sebagai manusia yang tidak memakai sebarang pakaian”.
Ilmu yang paling utama ialah pengetahuan tentang kewujadan Allah dan segala kehendak Allah. Darjah kemanfaatan ilmu pula bergantung pada sejauh mana ilmu itu diorientasikan kepada penghampiran diri manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan keakhiratan. Melalui kekuatan ilmu, manusia dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara maklumat yang benar dengan maklumat yang palsu dalam komunikasi, antara iman dengan syirik dalam dalam kepercayaan, dan antara baik dengan buruk dalam perbuatan.
Sekirannya kekuatan ilmu dibentuk secara simbang, sepadu, dan menyeluruh, maka terpancarlah hikmah dalam jiwa manusia. Istilah hikmah (bijaksana) bermaksud keadaan jiwa yng berkeupayaan mengetahui dan membezakan antar kebenaran denga kebatilan dalam segala perbuatan yangtermasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia.
Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah yang membolehkan seserang untuk mengetahui tentang kedudukan atau tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian. Hikmah yang bertapak dalam kalbu akan menhalang seseorang daripada bergelumang dalam kelakuan yang jahat. Jadi, hikmah merupakan puncak segala perbuatan yang baik dan segala budi perkerti yang terpuji. Kedilan kemudiannya akan turut menjelma pada diri seseoran hasil perjalanan hidup di dunia yang berlandaskan hikmah.
Kekuatan ilmu saling berkait dengan kekuatan akal kerana ilmu diperolehi melalui akal yang rasional. Akalm itu pula merupakan inti bagi sesuatu benda” bermaksud sesuatu paling istemewa yang dipunyai oleh benda tersebut. Dalam kontek ini, akal merupakan benda yang paling istemewa bagi manusia manakala syahwat dan mara hanya merupakan benda mendatang yang besifat sekunder.
Walaupun bersifat istemewa, akal manusia mempunyai kemungkinan untuk berkembang secara tidak lurus. Apabila keadaan ini berlaku, manusia akan kehilangan hikmah. Misalnya, akal yang keterlaluan akan  menerbitkan sifat-difat negatif seperti pembu- juuk, penipu dan pembelah. Kalau yang lalai pula akan menerbitkan sifat-sifat seperti degil, tolol, bebal, zalim dan bodoh. Orang tolol mempunyai tujuan yang benar, tetapi cara dia mencapai tujuan itu adalah salah, iaitu tidak mempunyai pertimbangan yang benar dalam merancang dan melaksanakan suatu agenda untuk sampai kepada tujuan itu.
Orang zalim pula mempunyai tujuan yang buruk, iaitu memilih sesuatu yang salah, jahat, dan tidak sesuai dipilih. Seharusnya orang yang bodoh ialah orang yang mempunyai pengalam atau pengetahuan yang amat sedikit dalam berbagai-bagai hal dan urusan, tetapi dia mempunyai fantasi yang benar. Konsep bodoh tidak sama dengan konsep lembab. Misalnya orang yang lembab ialah gagal untuk mempelajari atau menguasai sesuatu ilmu dalam satu tempoh masa yang tertentu.
Daya intelek merupaakan nikmat yangdiberi oleh Allah kepada manusia sebagai amanah. Manusia disuruh menggunakan amanah itu untuk beribadat kepada Allah. Ibadat dalam pengertian yang luas merupakan mekanisme bagi mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
Menurut ajaran Islam, manusia akan mencapai kebahagian hidup sekiranya berjaya menghadapi ujian Allah. Firman-Nya surah Al-Ankabut ayat 29: 2-3 yang bermaksud: (terjemahan)
“Adakah manusia itu menyangkah akan dibiarkan (begitu sahaja) lantaran mereka mengatakan: Kami telah beriman –tanpa  mereka diuji?”
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang dahuu sebelum mereka. Dan sesungguhnya Allah itu mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia  juga mengetahui para pendusta,”
Dalam ujian tersebut, Allah menjadi penguji, manusia menjadi pengambil ujian, kehidupan di dunia menjadi medan ujian, umur manusia menjadi tempoh masa ujian, dan setiap tindakan atau operasi yang dijalankan oleh manusia menjadi butir atau soalan ujian. Semakin tinggi keimanan dan keilmuan manusia, maka semakin hebat ujian Allah terhadap mereka. Manusia yang berjaya menghadapi ujian Allah akan diberi ganjaran syurga.
Firman Allah surah  al-Baqarah ayat 2:214: (yang bermaksud)
“ Adakah kamu menyangkah bahawa kamu  (mudah sahaja) memasuki surga dengan tidak kamu didatangi (cubaan)........ “Ketahuilah bahawasanya pertolongan Allah hampir akan tiba.”
Ayat ini diturunkan pada masa orang-orang Islam menghadapi peperangan Ahzab setengan ulamak mengatakan peperangan Uhud. Peperangan Ahzab itu ialah peperangan di antara orang-orang Islam di Medinah dengan persatuan suku-siku banagsa Arab, bangsa Yahudi dan orang-orang munafik Medina sendiri yang telah berikat menjadi satu. Pada waktu itu orang mukmin sedang menhadapi sebesar-besar bahaya yang belum pernah mereka hadapi pada masa yang sudah-sudah. Musuh yang terdiri dari beberapa Ahzab atau gulungan itu telah mengepunga kota Medinah sehingga terpaksa mereka membuat khandak (longkang besar) di sekeliling  kota Medina untk bertahan rempuhan musuh.
Ujian Allah kepada manusia bukanlahbertujuan untuk merendahkan martabat mereka. Sebaliknya, ujian tersebut diadakan semata-mata  untuk meningkatkan tahap penghakikian dan  pengembangan potensi kekuatan samulajadi manusia. Jesteru, manusia yang berjaya menghadapi ujian Allah ialah manusia yang pintar erdas dalam erti kata yang sebenar.
Islam menegaskan bahawa hanya dua golongan manusia yang mendapat kebaikan, iaitu pengajar bagi manusia yang berilmu (pintar cergas) dan pelajar bagi manusia yang tidak berilmu (pintar cergas). Dengan lain perkataan, orang yang berilmu wajib menyibarkan ilmunya dengan mengajar, manakala orang yang tidak berilmu wajib menghidupkan kalbu, jiwa, dan akal nya dengan menuntut ilmu.
Daya intelek bukanlah milik manusia secara mutlak, tetapi daya itu diberi kepada manusia sebagai suatu amanah. Oleh itu. setiap manusia erlu menggunakan daya inteek dengan sewajarnya. Mala daya intelek boleh dianggap sebagai satu bentuk ujian yangdiadakan oleh Tuhan untuk menentukan tahap keimanan dan ketakwaan manusia.
Pintar cergas merupakan suatu kebolehan yang membabibitkan berbaga-ibagai dimensi. Sebagai contoh, manusia pintar cedas ialah manusia yang poduktif dan konstruktif, mempunyai tingkah laku yang fleksibel dan terbuka, serta cemerlang dalam bidang intelektual dan kreativiti. Al-Qur’an memerihalkan individu ulul-albab sebagai contoh manusia pintar cergas. Firman Allah surah Ali Imran ayat 3:190-191 yangbermaksud; (terjemahan)
“ Bahawasanya dalam kejadian langit dan bumi, dalam penggantian malam dan siang itu terdapat bukti tentang kekuasaan Allah bagi orang yang ulul-albab. Mereka itu ialah orang-orang yang mengingati Allah, baik di waktu berdiri, duduk dan ketika baring; dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi sambil mengatakan: Wahai Tuhan kami, tiadalah engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka lindungilah kami daipada seksa api neraka.”
Untuk mencapai tahap ulul-albab, setiap individu perlu nmelaksanakan empat aktiviti utama, iaitu  mengingati Allah (berzikir) dalam semua situasi, bertafakur (membuat  refleksi dan pengabstrakan) terhadap berbagai benda dan peristiwa dalam kehidupan seharian seperti ciptaan Allah, perkara ketaatan, perkara kemaksiatan, sifat yang membinasakan. Dan sifat yang menyelamatkan, membina kesedaran kesedaran rohani tentang kemanfaatan semua ciptaan Allah dan berusaha dengan tekun untuk memperoleh kemanfaatan itu secara maksimum da n menjadikan kehidpan seharian sebagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi ini.(1)
(1)Nik Azis Nik Pa:Potensi Intelek.Dewan Bahasa dan Pustaka 1999