Friday, May 19, 2017

IKHLAS DAN KEJUJURAN TANDA CINTA KEPADA ALLAH SWT.

 .(Disiarkan pada 18. 5. 2017)
               Sifat-sifat kesempurnaan dalam hidup manusia memaparkan budaya ikhlas dan kejuruan kepada Allah s.w.t. Manusia diciptakan Allah dengan segala sifat kesempurnaannya berbanding dengan ciptaan-Nya yang lain maka Allah cintakan manusia lebih besar daripada cinta manusia kepada Allah. Malangnya sebahagian besar manusia di dunia tidak mencintai Allah malah ada yang tidak menaruh minat kepada keilmuan untuk mengenali Allah!
               Ada manusia yang ikhlas dan jujur serta cinta kepada Allah seperti halnya keluarga  ‘Imran bapa Mariam. ‘Imran ialah seorang ulama’ besar di kalangan ulama’-ulama’ Bani Israil. Isterinya bernama Hasnna binti Faqud, adalah seorang yang mandul; oleh itu dia berdoa kepada Allah dan bernazar jika ia diberi seorang anak lelaki maka dia akan menyerahkan anak itu kepada Baitul Muqaddis untuk berkhidmat di situ.
               Allah telah memakbulkan doa isteri ‘Imran. Beliau kemudian mengandung  dan melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Maryam. Sungguhpun Maryam perempuan pada kebiasaannya tidak sesuai berkhidmat di tempat-tempat sembahyang tetapi nazar yang dibuatnya itu terus ditunaikan. Ia ikhlas dan jujur terhadap nazaranya adalah kekuasaan Allah s.w.t.
               ‘Imran meninggal dunia pada masa Maryam masih kecil. Ibu Maryam membawa Maryam kepada penjaga-penjaga Haikal. Mereka bertelingkah tentang siapa yang patut menjaga Maryam dan akhirnya dibuat undi. Undi telah jatuh kepada Zakaria dan Zakaria mengajarkan Maryam cara ibadat yang sebenar.
               Pada suatu hari iaitu setiap kali Zakaria berjumpa Maryam di tempat sembahyang dia mendapati makanan yang tidak dihantar oleh sesiapa dan makanan itu memang tidak  ada pada musim itu. Oleh itu Zakaria bertanya dari manakah datangnya makanan ini? Maryam menjawab bahawa ianya datang dari sisi Allah.
               Inilah yang diceritakan oleh Al-Quran kepada kita. Surah Ali ‘Imran ayat 4:35 -37) yang bermaksud: (terjemaahan).
               “(Ingatlah),ketika isteri Imran berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang salih dan berkhidmat (di Baitul Maqdis), Kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Bahawasanya, Engkau adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maka manakala isteri ‘Imran melahirkan anaknya dia pun berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkan seorang anak perempuan dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkan itu, dan anak laki-laki (yang dinazarkan itu) tidaklah seperti anak perempuan yang dilahirkan ini sesungguhnya aku telah menamainya dia Maryam dan aku melindungkannya dari syaitan yang terkutuk”. Maka Tuhan menerima ia (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikannya Zakaria pemeliharanya. Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata: “Hai Maryam dari mana kamu memperolehi (makanan ini).” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah”. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.”
Itulah kisah kandungan, kelahiran dan pendidikan Maryam. Pembaca dapat melihat bahawa suasana peribadatan telah melingkungi Maryam sejak ia dalam kandungan ibunya  sehingga mencapai umur dewasa. Sesungguhnya pembesarannya dalam suasana yang suci seperti ini adalah menjadi mukaddimah kepada sesuatu perkara  yang mulia iaitu dia dipilih oleh Allah atas segala wanita di dunia. Allah berfirman Surah Ali ‘Imran ayat 4:42-43 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata: “Hai Maryam susungguhnya Allah
telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu). Hai Mariyam taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan rukuklah
bersama-sama orang yang rukuk.”
Pemilihan tersebut ialah pemilihan untuk menjadi seorang ibu yang melahirkan anak   bukan melalui sebab-sebab biasa. Tujuannya ialah untuk menjadi dalil (ayat) Allah. Kehidupan Maryam yang suci itu menyangkal segala keraguan yang timbul. 
Apabila Maryam dewasa, pada suatu hari ia telah melihat seorang pemuda kacak menghampirinya di tempat khalwatnya. Maryam merasa takut sebab ia menyangka  sesuatu yang buruk. Dengan hati yang ikhlas dan jujur, dia memohon perlindungan dari Allah dan menyebutkan kepada pemuda itu tentang  takwa supaya pemuda itu takut  kepada Allah. Tetapi pemuda itu menyatakan bahawa dia ialah Malaikat Jibril yang diutus oleh Allah kepadanya untuk diberikan seorang anak lelaki yang suci. Maryam dengan perasaan ikhlas dan jujur merasa hairan bagimana dia akan memperolehi anak sedangkan dia tidak mempunyai suami dan bukan pula seorang perempuan jahat (pelacur). Jibril memberi tahu bahawa Allah adalah berkuasa atas semua perkara dan anaknya yang akan lahir nanti menjadi tanda (ayat) dari tanda-tanda kekuasaan Allah.
Firman Allah dalam Al-Qur’an Surah Maryam ayat 19:16 – 21 yang bermaksud: (terjemahan).                                     
“Dan ceritakanlah (kisah) Maryam yang tersebut dalam al-Qur’an, ketika ia  menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat disebelah Timur. Maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka, lalu Kami mengutus ruh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sebenarnya.  Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan yang Maha Pemurah (janganlah kamu mengganggu aku) jika kamu seorang yang bertakwa.” Ia (Jibril) berkata: Sesungguh nya aku ini hanya utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak lelaki, sedangkan tidak pernah seorang manusiapun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang penzin”. Jibril berkata: “demikianlah Tuhanmu berfirman: “Hal ini adalah mudah bagi-Ku dan Kami berbuat demikian agar dapat Kami menjadikannya sebagai suatu tanda  bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah  suatu perkara yang sudah diputuskan”.  
Jibril memberi tahu Maryam bahawa anaknya bernama ‘Isa bin Maryam. Dia adalah seorang yang termasyhur di dunia dan di akhirat serta merupakan salah seorang dari orang-orang yang hampir kepada Allah. ‘Isa boleh bercakap sejak dari mula lahir. Allah mengajar kannya Al-Kitab, hikmah, Taurat serta memberikannya kitab Injil.
Allah berfirman dalam Al-Qur’an Surah  Ali-Imran ayat 3:45 – 48 yang bermaksud: (terjemahan)
“(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: Hai Maryam, sesunguhnya Allah menggembira kan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al-Masih Isa putra Mariam. Seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan salah seorang yang saleh. Maryam berkata: Ya Tuhanku betapa mungkin aku mempunyai  anak, pada hal aku belum disentuh oleh seorang manusia (lelaki). Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): “Demikianlah Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya; apabila Allah hanya cukup berkata kepadanya:”Jadilah”, lalu jadilah dia. Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al-Kita Hikmah Taurat dan Injil”.
Maksud “kalimat” di sini ialah seorang anak. Sebabnya disebutkan kalimat di sini sebagai mana firman Tuhan yang berbunyi “Kun Payakun” yang ertinya “jadilah engkau! Maka jadilah ia”. Tiap-tiap makhluk dijadikan Tuhan dengan perantaraan kalimat-Nya – baik manusia mahupun malaikat, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda-benda dan lain-lain seterusnya – jika Tuhan menghendaki sesuatu difirmankan-Nya “jadilah engkau!” Maka apa yang dikehendaki-Nya itu pun terjadi dan berlaku.
Seterusnya malaikat menyatakan kepada Maryam, bahawa Tuhan akan mengurniakan kepadanya seorang anak lelaki yang bernama  “Al-Masih Isa Ibnu Maryam”. Gelarannya Al-Masih, namanya Isa, dan dipanggil anak Maryam.
Adapun perkataan “Al-Masih” itu, telah diarabkan dari bahasa Ibrani (Hibro) yang
asalnya “Masih” ertinya “orang yang berkat” – gelaran kepada orang berpangkat. Dan sebab nya ia dipanggil anak Maryam, kerana Nabi Isa itu tidak berayah yang boleh dibangsakan kepadanya, maka ia dibangsakan kepada ibunya.  
               Kata Ibnu Abbas, dinamakan Isa itu Al-Masih, kerana siapa saja orang yang sakit jika disapu dengan tangannya maka sembuhlah ia. Adapula yang mengatakan, dinamakan Al-Masih – Melayunya “menyapu” – kerana bila dia menyapu orang, orang itu pun mendapat berkat. Atau menyapu kerana membersihkan dari kotoran dosa. Atau ketika dilahirkan dari kandungan ibunya, tubuhnya bersapu minyak. Atau Malaikat menyapu tubuhnya dengan sayapnya sehingga tidak dapat syaitan hendak menggodanya. Atau lain-lain qaul lagi yang menyatakan sebab Isa dinamakan Al-Masih.
               Manakala Maryam mendengar kata-kata malaikat yang memberitahu dirinya bakal dikurniakan oleh Tuhan seorang anak, ia berkata: “Ya Tuhan! Bagaimana saya akan mendapat seorang anak sedang diri saya belum pernah disentuh lelaki?”
               Maryam bertanya, bagaimana dia dapat melahirkan seorang anak dengan tidak bersuami? Ia bertanya bukan disebabkan ragu-ragu tentang kekuasaan Tuhan, hanya sahaja tidak menjadi kebiasaan bahawa anak dapat dilahirkan dengan tidak berbapa. Ia hanya kehairan di atas  kebesaran kuasa Tuhan.
               “Demikianlah Allah menjadikan apa-apa yang dikehendaki-Nya.”
Yakni: Allah akan mnegurniakan kepada mu anak dengan tidak paya manusia menyentuhmu – gunanya untuk menjadi tanda dan iktibar kepada manusia – kerana Tuhan berkuasa menjadikan  apa saja yang dikehendaki-Nya.
               “Apabila Ia berkehendak memperlakukan sesuatu perkara maka ia berkata: Jadilah engkau! Maka jadilah ia.”
               Ini membuktikan tentang kesempurnaan kudrat Tuhan dan adanya kuasa penuh mengikut  apa yang dikehendaki-Nya serta menjadikan gambaran betapa cepat berlakunya segala yang dikehendaki – dengan tidak tertangguh-tangguh lagi.
               “Allah mengajarkan Isa kitab, ilmu pengetahuan, Taurat dan Injil”
Allah  telah mengajarkan Isa kandungan kitab Taurat, dan menyampaikan serta mengajarkan pula kepada kaumnya sebagai petunjuk kepada mereka. Kemudian Allah telah mengajarkan kitab Injil yang diwahyukan kepadanya.
               Siti Maryam mengandung ketika Malaikat menghebahkan anak kepadanya. Ianya suatu kandungan yang luar biasa. Allah menghendaki demikian untuk menjadi bukti kekuasaan-Nya
               Firman Allah Surah Ali-Imran ayat 3:59 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya bandingan (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti pencitaan Adam. Allah menjadikan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah ia.”
               Sebabnya ayat ini diturunkan kerana telah berlaku perdebatan antara rombongan kaum Nasrani dengan Nabi s.a.w. Rombongan  marah kepada Nabi mengatakan Nabi Isa itu hamba Allah!” Mereka bertanya: “Adakah pernah melihat seorang yang dilahirkan dengan tidak berayah? Kalau tuan orang yang benar tunjukanlah satu misalan kepada kami.”
               Maka Allah turunkan ayat ini, bahawa sesungguhnya misalan Isa yang dijadikan oleh Allah dengan cara yang mereka anggap pelik – kerana terjadi dalam tidak berayah itu – tidaklah kurang peliknya dengan misalan, Adam dijadikan daripada tanah. Kalaulah mereka sudah mengakui tentang kejadian Adam itu  tidak pelik, maka tidaklah sepetutnya mereka mengingkari tentang kejadian Nabi Isa pula. Kerana jika Tuhan menghendaki terjadinya sesuatu, Ia akan mengatakan: jadilah engkau!” maka jadilah ia.
               Maryam hairan memikirkan kata-kata Jibril. Ia memikirkan juga apa yang akan dikatakan kepadanya oleh manusia kerana mengandung tanpa suami. Oleh itu ia merasa takut
dan ingin berseorangan supaya manusia tidak mengetahui yang ia melahirkan anak.
               Apabila sudah hampir masa kelahiran dia pun pergi ke sebatang pohon kurma dan ketika itu ia merasakan lebih baik mati sahaja. Jibril cuba menenangkannya dan menyurunya mengoyang pokok kurma itu. Apa bila berbuat demikian maka gugurlah buah-buah kurma itu. Ia memakan  buahnya dan meminum air yang mengalir di bawahnya. Fikirannya yang runsing itu mula tenang dan tenteram. Jibril memberitahunya bahawa jika ada orang bertnya tentang kandungannya maka janganlah  dijawab tetapi berikan isyarat yang ia  berpuasa nazar.
               Allah berfirman Surah Maryam ayat 19:22-26 yang bermaksud: (terjemahan)
“Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisikan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh, maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksanya ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma seraya berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan”. Maka Jibril menyeruhnya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu, dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, (maka)  pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah “Sesungguh nya aku telah bernazarkan berpuasa kerana Tuhan Yang Maha pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.”

               Pada dasar peristiwa ini, ibu Maryam adalah orang yang mandul maka dengan hati yang ikhlas dan jujur ia bernazar kepada Allah bahawa jika dikurniakan seorang anak lelaki maka ia akan beri kepada Baitul Muqaddis untuk berkhidmat di situ. Keikhlasan dan kejujuran hati ibu Mariam dalam nazarnya membuahkan satu peristiwa besar dan unggul mengenai pembangunan manusia atas kudrat Allah s.w.t. (bersambung)

Friday, May 12, 2017

IBADAH SYUKUR MEMBERSIHKAN DIRI DARI KEANGKUHAN

 (Disiarkan pada 12. 5. 2017)
Falsafah sains dan teknologi mempunyai kesamaran dalam hubungan dengan falsafah pendidikan yang bersifat holistik. Ilmu yang bersifat holistik  menempatkan naluri manusia memahami hidup ini sebagai kekuasaan Allah s.w.t. maka itu falsafah kewujudnya semesti dalam kekuasaan Allah. Berbeza dengan falsafah sains dan teknologi yang kefamana terhadap fenomena alam benda berpandu kepada kajian yang mendasari teknologi bagaimana kewuju dannya. 
Ibadah syukur mendasari fenomena kerohanian atau spritual lebih pemberatannya berbanding dengan fenomena jasmani atau alam benda semata. Oleh itu ilmu yang bersifat skular tidak menitiberatkan kepada kekuasaan Allah s.w.t. Maka itu ilmu yang didatangkan daripada Allah yang bersifat wahyu atau divine revelatioan kurang dimanfatkan dalam pembangunan kehidupan.
Mendasari fenomena inilah maka iblis tidak setuju dengan Tuhan untuk mengakui manusia adalah lebih mulia daripada makhluk-makhluk lain. Iblis memikirkan kejadiannya adalah daripada api maka diyakininya adalah jauh lebih mulia daripada manusia yang dijadikan daripada tanah. Keangkuhan iblis di hadapan Allah mengakibatkan nikmat dan rahmat hidupnya ditarik balik oleh Allah, menjadikanlah iblis terkeluar hidupnya dari perlindungan Allah s.w.t..
Ibadah syukur membersihkan diri dari sifat keangkuhan dan memesungkan perasaan bahawa Allah itu  berkuasa tentang kewujudan segala makhluk di alam kehidupan sama ada di alam jasmani mahupun di alam rohani. Allah tidak sama sekali menyukai makhluk-Nya yang sumbong dan angkuh yang mengkategorikan dirinya lebih mulia dan hebat daripada zat yang menciptakannya iaitu Allah s.w.t..
Manusia apabila ada kelebihan sedikit penampilannya daripada orang lain sama ada dari segi ilmu, kekuasaan, kekayaan, kedudukan, pangkat, keturunan dan sebagainya maka timbullah rasa kebesaran dan kebanggaan diri yang melahirkan perasaan keangkuhan dan kemegahan di khalayak orang. Perasaan seperti itu akan membawanya ke dimensi mengkufuri rasa kesyukuran kepada nikmat dan rahmat Allah berikan kepadanya.
Nabi Musa a.s. telah tergelincir dari pemikirannya sebagai Rasul apabila ia telah menjatuhkan kerajaan Firaun yang ganas itu, melebalkan dirinya lebih pintar dan mempunyai ilmu jauh lebih hebat dari orang lain di dunia, apabila salah seorang dari umatnya bertanya kepadanya: “Siapkan orang yang lebih pintar di dunia?” Nabi Musa tidak menjawabnya tetapi hanya terfikir dalam hati bahawa umatnya tidak memahaminya sebagai manusia yang lebih hebat kerana menjatuhkan Firaun yang menganggap dirinya  sebagaiTuhan!
Walaupun Nabi Musa a.s. tidak mengeluarkan kata-kata dari mulutnya sifat keangkuhan dan hanya terfikir dalam hatinya sahaja tetapi Allah s.w.t. telah  mengetahuinya. Maka Allah perintahkan Nabi Musa a.s. untuk berguru dengan Nabi Khidir. Nabi Khidir diberi Allah s.w.t. kelebihan ilmu jauh lebih hebat berbanding manusia yang ada di permukaan bumi.  
Setelah Nabi Musa a.s. mengikuti Nabi Khidir buat seketika untuk menuntut ilmu, maka Nabi Musa gagal mematuhi syarat yang diberi oleh Nabi Khidir. Maka Nabi Musa tidak dapat meneruskan usahanya untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidir. Maka terjawab dalam pemikirannya untuk menganggap dirinya mempunyai ilmu yang lebih hebat daripada orang lain di dunia.
Semua ilmu yang ada di alam kehidupan di dunia mahu pun di alam akhirat tidak boleh dikuasai oleh seorang diri. Sebagai mana kepintaran yang kita perolehi dalam pemba- ngunan kehidupan, semestinya ada lagi orang lain yang lebih pintar daripada kita. Maka itu mempunyai ilmu sebanyak mana pun wajar kita merasa syukur kepada Allah kerana Allahlah yang  membekalkan segala ilmu yang ada pada diri kita.
Merasa syukur dalam hati adalah menunjukkan kerendahan hati terhadap apa yang kita
perolehi. Maka itu wajar kita berterima kasih kepada Allah  kerana menambahkan ilmu yang sudah sedia ada. Begitu juga kemudahan yang dapat kita perolehi lewat tawakal kita, kerana Allah suka melihat hamba-Nya yang berikhtiar.
Ahli pujangga mengatakan bahawa “semakin saya tahu semakin saya tidak tahu”. Ini membawa kefahaman bahawa menuntut ilmu itu tidak ada sempadannya, bagikan tamsilan menyulupkan jari ke laut dan angkat; air yang membasahi jari itu  ibaratnya ilmu manusia dapat perolehi dalam pembangunan kehidupan berbanding ilmunya Allah seluas air lautan yang tidak bertepi itu.
Manusia diciptakan Allah semesti dengan tujuannya maka itu carilah dan fahamilah
tujuan Allah tersebut supaya dapat mendidik diri peranannya sebagai khalifah di hadapan Allah s.w.t.. Segala nikmat dan rahmat Allah berikan apabila berhubung dengan manusia wajar dimurnikan dengan rasa kesyukuran kerana disiplin pembangunan sedemikian rupa menjauhkan kita dari sifat  rasa keangkuhan dan kemegahan di hadapan Allah s.w.t..
Megucap syukur wajar dijadikan ibadah pada setiap detik masa dalam hidup ini kerana budaya ini akan mengingatkan dan mencintai Allah  tentang kecintaan-Nya kepada manusia, makhluk yang diciptakan dengan segala kesempurnaan kewujudannya berbanding dengan ciptaan makhluk lainnya yang ada di alam kehidupan ini.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sering berdoa kepada Allah agar Baginda di hidupkan sebagai orang yang miskin, dimatikan dalam keadaan miskin dan dikumpulkan di akhirat nanti bersama-sama orang yang miskin. Ini bermaksud bahawa hidup dalam keadaan miskin tidak ada yang dibanggakan dan orang miskin hidupnya sentiasa beribadah dan dekat dengan Allah memohon segala keredaan-Nya.
Wajib menjadi dasar dalam hidup untuk memahami bahawa manusia tidak ada kemampuan dalam menangani hidupnya tanpa pertolongan Allah s.w.t. Selain dari nikmat dan rahmat hidup Allah berikan kepada manusia, Allah juga sentiasa berhubung dengan manusia
setiap detik masa dalam hidup seorang insan lewat  hidayat dan petunjuk Allah dalam menelusuri pembangunan rohani dan jasmani di alam dunia ini. Oleh yang demikian hubungan manusia dengan Allah semestnya menjadi dasar seratus persen dalam hidup seorang mukmin yang wajar diimbali dengan rasa kesyukuran.
               Memperbanyak melakukan kebajikan dalam hidup dan mengurangi melakukan kejahatan dan kerusakan adalah corak hidup bagi orang yang beriman dan bertakwa. Iman dan takwa terhadap Allah adalah pancing untuk mendapat petunjuk dari Allah. Dan orang yang mendapat petunjuk dari Allah, adalah orang yang paling beruntung dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih di akhirat nanti.
               Firman Allah surah Taha ayat 30:47 yang bermaksud: (terjemahan)
      “Selamat sejahteralah orang-orang yang mendapat petunjuk dan mengikuti petunjuk itu.”
               Ini sebagai satu ingatan bahawa orang yang mahu mengikuti petunjuk nescaya akan mendapat kesejahteraan serta terselamat dari seksaan dunia dan akhirat.
               Bandingan peristiwa ini samalah dengan apa yang terdapat dalam sepucuk surat Rasulullah s.a.w. yang dikirimkan kepada Hiraql raja Rom berbunyai: (terjemahan)
               “Dengan nama Allah  yang pengasih lagi penyayang. Daripada Muhammad Utusan Allah. Kapada Hiraql pembesar negeri Rom. Kesejahteraan atas orang yang mengikuti petunjuk. Sesungguhnya aku menyeru engkau dengan penyiaran Islam. Masuklah Islam engkau akan selamat, nescaya Allah berikan engkau upah dua kali ganda.”
               Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:38 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Siapa yang mengikuti petunjuk-Ku maka tak ada kekhawatiran dan tak ada kesedihan bagi mereka dalam kehidupan dunia ini dan di akhirat nanti.”
               Jadi, terjauh  dari rasa takut (khawatir) dan sedih, adalah tanda-tanda orang yang mendapat petunjuk dari Allah.
Selain mendapat rezeki dan jalan keluar, orang yang beriman dan takwa terhadap Allah, iaitu orang yang tak ragu sedikit pun tentang Allah dan kekuasaan-Nya, serta patuh taat dengan menjalankan segala perintah dan menghentikan segala larangan Allah, akan mendapat petunjuk (hidayah) dan pengetahuan dari Allah.
               Firman Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 8:29 yang bermaksdu: (terjemahan)
               “Hai orang yang beriman, takwalah kamu terhadap Allah, maka Allah akan memberikan kamu pengetahuan.”
               Allah menjamin kepada orang-orang yang beriman, iaitu sekiranya mereka bertakwa, yakni takut kepada Allah dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat, nescaya Allah akan menjadikan mereka orang-orang yang berbakti dengan
ilmu pengetahuan yang dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah. Bakat ilmu pengetahuan itulah yang membezakan mana yang mendatangkan manfaat bagi seseorang mana pula yang mendatangkan muderat. Bakat yang membezakan antara kufur dengan iman. Bakat yang dapat memperlihatkan kebenaran agama dan ketinggiannya, dapat menyingkap kan kesalahan pihak yang kufur dan kerendahannya. Selanjutnya bakat ilmu pengetahuan itu dapat menyelamatkan seseorang dari kesengsaraan di dunia dan akhirat.
               Seterusnya dengan sebab takutkan Allah, seseorang itu akan dimaafkan kesalahannya yang telah lalu dengan dihapuskan dosanya, dan diampunkan pula, iaitu kesalahannya akan ditutup daripada penglihtan manusia, baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Kerana Allah mempunyai kelebihan yang besar. Ini adalah merupakan janji Allah kepada orang-orang yang takwa, iaitu akan memberikan pahala yang besar tanpa mengharapkan sebarang balasan.
               Orang yang memberisikan hatinya lewat amalan kesyukuran terhadap nikmat dan rahmat Allah akan diselamatkan dari sebarang bahaya. Firman Allah dalam Surah At-Tagaabun ayat 64:11 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesuatu bahaya tidak akan mengenai kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa beriman dengan Allah, nescaya Allah  tunjuki (pimpin) hatinya, kerana Allah itu berkuasa atas sesuatu.”
               Mendapat petunjuk dan pengetahuan dari Allah merupakan satu kesempurnaan dalam melaksanakan ibadat. Pengetahuan dan petunjuk itu kadang-kadang dikirim Tuhan kepada manusia dengan perantaraan manusia seperti  guru, orang tua yang telah berpengalaman, atau dengan perantaraan sekolah, taman pendidikan dan buku-buku. Tetapi semua pengetahuan dan petunjuk itu adalah pengetahuan dan petunjuk kecil, yang ringan, kerana dapat kita tangkap dengan pancaindera kita. Dapat kita tangkap dengan mata, dengan telinga dan dengan perasaan kita.
               Tetapi ada pengetahuan dan petunjuk yang besar, yang penting atau maha penting yang dikirim Tuhan pada kita tidak dengan perantaraan tetapi langsung dikirim Tuhan ke hati kita, tanpa perantaraan apa-apa. Hidayat atau petunjuk itu hanya Allah yang punya, maka hanya  Allahlah dapat membagi-baginya kepada siapa-siapa yang Ia suka, kehendaki dan cintai saja. Maka kalau manusia ingin mendapat petunjuk itu, ingin keluar dari kesesatan, ia harus lebih dahulu iman dengan Allah lalu berusaha menjadi orang yang dicintai oleh Allah.
               Ketahuilah bahawa Tuhan sekali-kali tidak akan suka memberikan hidayat-Nya kepada manusia-manusia yang jahat, yang khianat, tidak jujur, diselubungi oleh dosa dan noda. Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 12:52 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya Allah tidak akan menunjuki akan orang yang khianat,”
Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 2:264 yang bermaksud: (terjemahan)
                “Allah tidak akan memberilan petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”
Sifat riak, membangkit-bangkit dan menyakiti di dalam membelanjakan harta itu, adalah menjadi keistemewaan orang-orang yang kufur – hendaklah dijauhi oleh orang-ornag Mukmin.
               Adalah diriwayatkan oleh Al-Baghawi menerusi sanadnya yang berpangkal dari
Mahmud bin Labid, bahawa Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda yang bermaksud: (terjemahan)
               “Hanyasanya perkara yang sangat-sangat kutakuti atas kamu ialah syrik kecil. Orang pun bertanya: Ya Rasulullah! Apa syirik kecil itu? Jawab Baginda: Riak. Dikatakan kepada orang-orang yang berbuat riak – nanti pada hari pembalasan kepada hamba-hamba Allah atas amalannya; pergilah kamu kepada orang-orang yang kamu tunjuk-tunjukkan amalan kamu kepadanya sewaktu kamu di dunia! Maka lihatlah, adakah akan kamu akan dapati balasan nya dari mereka? (tentu tidak).
               Firman Allah Suah Al-Baqarah ayat 2:258 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang aniya.”
Orang yang aniaya walau bagaimana bijaknya berhujah nescaya Allah tidak memberikannya
jalan kemenangan perkara yang hak.

               Maka itu muliakan hidupmu dengan sentiasa bersyukur kerana dengan demikian akan memberisihkan jiwa kita dari keangkuhan dan kebanggaan. Dengan amalan demikian  kita sebagai hamba Allah sentiasa mengigati Allah s.w.t. Ingat Orang yang sentiasa mengingati Allah, kita sebagai hamba-Nya sentiasa disisi-Nya.

Friday, May 5, 2017

FENOMENA SYUKUR, KESEDARAN KEPADA KELEMAHAN DIRI

 (Disiarkan pada 5.5 2017)
Hidup di dunia ini kita tidak keseorangan samada di alam ghaib mahu pun di alam nyata. Di alam nyata kita bermasyarakat dan berkasih sayang antara sesama manusia demi melahirkan suasana ukhuwah kemanusiaan. Fenomen bermasyarakat mendidik kita saling hormat menghormati, tolong menolong dan membina hubungan kemanusiaan kelak  melahir- kan suasana kesepaduan yang berprinsipkan hidup satu haluan dan sehaluan.
Di alam ghaib pula kita bersama dengan Allah s.w.t. yang membimbing kita dalam melaksanakan pembangunan rohani atau spiritual, lewat hidayah atau ilham yang diberi kepada pemikiran kita. Maka di situlah kita merasa kesedaran kepada kelemahan diri kita sebagai hamba Allah maka itu wajar diimbali dengan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t.
Orang-orang yang jalan pemikirannya benar, sehingga tindak perbuatannya benar dan baik, orang itu dikatakan mendapat hidayat (petunjuk) dari Allah. Sedang orang yang jalan pemikirannya salah, sehingga tindak dan perbuatannya salah dan jahat, bererti tidak  menda- pat hidayat (petunjuk) dari Allah, tetapi mendapat petunjuk atau pengaruh dari syaitan atau iblis.
Dengan keterangan yang ringkas ini, dapatlah kita mengetahui betapa tinggi nilai petunjuk atau hidayat dari Allah itu. Nikmat pemberian Allah yang paling penting, yang paling tinggi nilainya, yang diberikan Allah kepada kita manusia, bukanlah nikmat  atau pemberian yang berupa makanan atau minuman, harta kekayaan atau pangkat yang tinggi, bukan berupakan benda-benda, tetapi adalah nikmat atau pemberian yang berupakan hidayat dan petunjuk.
Sebab itu, hidayat atau petunjuk dari Allah inilah yang harus selalu kita cari dalam hidup kita di dunia ini, di samping kita mencari harta kekayaan atau pangkat. Apa erti kekayaan atau pangkat kalau hidup kita tersesat, hidup kita bergelumang dengan kesesatan dan kejahatan.
Kerana itu Rasulullah s.a.w. dan orang beriman setiap saat dari kehidupan mereka selalu bermunajat dan memohon kepada  Allah, agar Allah memberikan petunjuk-petunjuk-Nya, dan agar jangan membelokkan hati  mereka dari petunjuk-petunjuk Allah itu. Mereka tidak takut kehilangan harta dan jiwa, tetapi takut bila kehilangan hidayat Allah.
Do’a mereka ialah:
“Rabbana la tuzigh qulubana ba’da izh haditana, wa hablana min landunka rahmatin innaka antal wahab.”
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau belokkan hati kami sesudah Engkau  beri petunjuk dan berilah kami rahmat dari sisiMu kerana hanya Engkau yang suka memberi.”
Do’a tersebut menunjukkan, bahawa kita bila sudah merasa mendapat petunjuk dari Allah, kita harus selalu berdo’a agar hati kita jangan sampai membelok dari petunjuk Allah itu, kerana tidak sedikit manusia yang sebenarnya sudah mendapat petunjuk dari Allah tetapi hatinya lalu membelok dari hidayat itu.
Sering kali Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. meminta petunjuk kepada Allah sebelum Baginda melaksanakan sesuatu ibadah dengan mengatakan:  “Ya Allah berilah  aku kekuatan untuk melihat yang hitam itu adalah hitam dan yang putih itu  adalah putih.” Doa ini mengelakkan pemandangan dan hati kita diselubungi oleh fatamorgana alam.
Setiap orang Islam diwajibkan oleh Allah untuk memohon minta petunjuk 17 kali dalam sehari, iaitu dalam tiap-tiap rakaat solat yang berbunyi:
Ihdina sh shirathal l mustaqim, shiratal la zhina an’am ta ‘alaihim, ghairil magdhuubi ‘alaihim wala dh dhallin.
Yang ertinya: Ya Allah tunjukilah kami jalan yang benar, iaitu jalan yang sudah
ditempuhi oleh orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka, jangan jalan orang-orang yang dimarahi, tidak pula jalan orang-orang yang sesat.”
Kita boleh juga berdo’a minta kaya, pangkat yang tinggi atau lain-lain pemintaan-permintaan yang kecil, yang tidak penting. Sebab itu do’a untuk itu semua, tidak  payah terus menerus, cukup diucapkan sekali-sekali saja. Tetapi do’a meminta hidayat atau petunjuk, adalah permintaan yang amat besar dan penting, sebab dia bukan saja akan membawa keberuntungan di dunia, tetapi akan membawa kebahagian yang kekal abadi di alam akirat nanti.
Al-Qur’an atau agama Islam yang kita anut ini adalah ajaran semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang pernah diutus Allah ke permukaan bumi ini. Iaitu ajaran Nabi-nabi, dan Rasul-rasul baik Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang Allah ceritakan dalam Al-Qur’an atau tidak.
Dalam sejarah perjuangan pada Nabi dan Rasul, dapat diambil kesimpulan-kesimpulan bahawa orang Badwi yang hidupnya sederhana sekali, dengan bertani dan berternak, dan kebanyakan mereka masih buta huruf, begitu juga  golongan fakir miskin yang saban saat menderita, lebih gampang mendapatkan hidayat Allah daripada golongan lainnya.
Dan yang paling sukar dan sulit mendapatkan hidayat Allah menurut pengalaman para Nabi dan Rasul ialah golongan-golongan manusia yang hidupnya kaya raya, senang dan mewah, golongan-golongan yang mempunyai kedudukan tinggi-tinggi. Sebab kebanyakan manusia yang kaya raya dan berkedudukan itu, menerima atau menolak satu ajaran bukan semata-mata berdasarkan salah atau benarnya ajaran itu, melainkan lebih banyak mendasar kan penerimaan dan penolakan mereka kepada untung atau rugi semata.
Suatu ajaran sekali pun benar tidak akan mereka terima bila dengan penerimaan itu akan membawa kerugian bagi mereka. Sebalikannya, satu ajaran yang nyata sekali buruk dan salahnya, akan mereka terima, bila terbukti dapat keuntungan bagi mereka.
Dalam hal ini dikecualikan beberapa orang kaya raya atau berkedudukan tinggi yang memang berjiwa suci dan murni. Mereka tetap menerima kebenaran sekalipun akan membawa kerugian bagi harta dan kedudukan mereka. Bahkan tidak sedikit terdapat dalam sejarah dunia, orang sampai mengorbankan semua harta kekayaan dan kedudukannya yang tinggi, untuk menerima suatu ajaran yang benar. Mereka dengan gampang sekali dapat menerima hidayat Allah dan mempertahankan hidayat Allah itu dengan segala harta kekayaan dan  kekuasaan  yang ada di tangan mereka.
Allah bekalkan kita dengan berbagai fitrah seperti kekuatan mental, kemahiran berfikir, kesempurnaan akal, merasa kesesuaian dalam jiwa, merenung dan  mentafsir akibatnya pada satu-satu fenomena pembangunan rohani, demi kesesuaian dalam batin kita. Islam menggalakkan kita untuk menggunakan semua fitrah tersebut demi mengasingkan kita dari amalan mengkufuri nikmat dan rahmat Allah s.w.t. Ini wajar kerana Islam itu adalah cara hidup yang mesti  diterjemahkan dalam
jiwa kita sebagai pengguna.  
Di alam nyata kita memerlukan pembangunan jasmani sebagai agenda utama membina tamadun kehidupan yang mampan. Untuk merealisasikan agenda ini berjalan di landasan yang mendapat keredaan Allah s.w.t. kita memerlukan kekuatan ilmu sebagai acuan dalam merancang pembangunan.
Perancangan untuk hidup di dunia baik dalam jangka pendik mahupun jangka panjang atau sana ada soal-soal material atau pun spritual, ahli falsafah Islam Ibnu Sina dalam buku nya:  “Al-Siasah”menyebutkan bahawa perbezaan manusia dengan segala binatang lain ialah manusia  berfikir untuk  hari esoknya. Selain daripada keperluan hidupnya  untuk hari ini, dia juga memikirkan untuk  esoknya dan hari-hari selanjutnya di samping memerlukan rumah-rumah kediaman dan juga memerlukan bangunan perniagaan.   
Pemikiran ini bukan sahaja mengenai keperluan jasmaninya tetapi juga meliputi keperluan untuk hari esoknya iaitu keperluan rohani dan pemikiran inilah yang namakan nazara yang mempunyai lanjutan daripada kata Nazariah yang bererti teori. Ini adalah tujuan
demi untuk menyusun rencana yang mana manusia harus mempunyai teori.
Perancangan untuk hidup di akhirat, kebanyakan mufassirin (ahli tafsir) mentafsikan “hari esok” dan “hari akhirat” seperti mana dijelaskan oleh Abdullah Yusof “Hereafter.” (Dalam The Holy Quran 1527)
Termasuk dalam kata ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: (terjemahan)
“Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung (di akhirat).”
Begitu juga kata-kata Saidina Omar bin Al-Khatab: “Buatlah perhitungan terhadap dirimu tentang amal yang kamu kerjakan dan lakukanlah nilai (timbangannya) sebelum kamu dinilai nanti di akhirat).” Kedua-dua perancangan ini hendaklah dilakukan oleh setiap muslim iaitu perancangan hidup di dunia dan perancangan untuk hidup di akhirat.
Berpandukan kenyataan di atas jelaslah  kepada kita bahawa hidup di dunia ini manusia harus mengharungi berbagai ujian dan cobaan, makin besar kedudukan hidup kita besar pula ujian  yang terpaksa ditempuhinya. Ini kerana Allah ingin meyakinkan amalan seseorang dan kebenaran tauhid kepadanya sejak  dari kecil  hingga akhir hayat adalah penuh dengan percubaan dan ujian.
Setiap manusia harus menghadapi alunan hidup yang bergelora ini dengan perlahan-lahan, program dan rencana-rencana tertentu agar hidup ini akan melahirkan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Kebahagian hidup yang akan kita perolehi itu nanti akan meng- gamit kesyukuran kepada Allah atas karunia-Nya yang tidak putus-putus itu. 
Setiap mukmin tidak akan melepaskan berlalunya sesuatu masa itu kecuali sentiasa dalam beribadat kepada Allah s.w.t. kerana masa adalah penting kepada manusia bagi menen- tukan nasibnya untuk hidup di dunia seperti menumpukan sepenuh masa bagi menyudahkan sesuatu ibadah di samping berusaha dan tekun dalam bidang-bidang tertentu atau pun untuk kesenangan di akhirat dengan menentukan masa dalam zikir dan sentiasa mengingati Allah s.w.t. di mana mereka berada.
Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, dapat disaksikan dalam al-Qur’an yang menyatakan bahawa  ayat-ayat yang menjunjung sifat-sifat akhlak yang  mulia kerana orang yang mempunyai sifat-sifat itu akan dikasihi Allah. Firman-Nya  dalam Surah al-Ma’idah ayat 5:42 yang bermaksud: (terjemahan)  
“Dan jika kamu memutuskan mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang adil.”      
Jika  engkau mahu menjadi pengadil, maka jadilah seorang hakim yang benar-benar adil dan jujur, kerana Tuhan menyukai orang-orang yang berlaku adil – sebagaimana yang dinyatakan di akhir ayat tersebut. 
Firman Allah Surah  Ali Imran ayat 3:76 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sebenarnya siapa yang menepati janjinya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.”
Dua macam janji dalam ayat ini: 1. Janji kepada sesama manusia yang merupakan sebarang perjanjian atau amanat yang dipertaruhkan. 2.  Janji kepada Allah Taala; iaitu perkara yang mesti ditunaikan oleh orang mukmin – kepada Allah – dengan mengikuti perintah-Nya dan mengamalkan syariat yang disampaikan oleh Rasul-Nya.  
Firman Allah yang menunjukkan kasih sayang-Nya kepada hamba-Nya seperti dalam Surah Al-Baqarah ayat 2:222 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyuakai orang-orang yang menyucikan diri.”
Allah tidak akan mengasihi orang-orang yang mempunai sifat-sifat yang menjadi punca kesengsaraan manusia. Sepertimana firman-Nya dalam Surah Al-Qasas ayat 28:77 yang bermaksud: (terjemahan)
“Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berbuat kerosakan.”
Firman-Nya  dalam Surah Ali Imran ayat 3:57 yanng bermaksud: (terjemahan)
“Dan Allah tidak  menyukai orang-orang yang zalim”.
Surah Al-Baqarah ayat 2:190 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan perangilah pada jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak  suka orang-orang yang 
melampau batas.”
Jadi, kasih sayang Allah kepada manusia menjadi punca kepada kebahagian seseorang, sebab kasih sayang itu diakui dengan pengawasan, pertolongan dan perlindungan Allah kepada orang tersebut. Sebaliknya kemarahan Allah kepada manusia menjadi sebab kepada sengsaranya manusia. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud: (tejemahan)
“Apabila Allah kasihkan seseorang Dia memanggil Jibril  dan berkata kepadanya ’Aku kasihkan si anu maka hendaklah kamu kasihannya’, maka Jibril pun kasih orang-orang itu dan Jibril menyeru penduduk-penduduk langit dengan katanya; “Sesungguhnya Allah kasihkan si anu, maka hendaklah kamu semua kasihkannya”, maka ahli langit pun kasihkan dia. Kemudian diletakkan baginya penerimaan dibumi. Apabila Allah membenci seseorang maka Dia memanggil Jibril dan berkata kepadanya. ‘Aku benci si anu maka hendaklah kamu bencikan dia’, maka Jibril pun membenci orang itu, kemudian menyeru ahli langit, ‘sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu semua bencikan dia’. Kemudian diletakkan

baginya kemarahan di bumi.”  (Riwayat Muslim)    

Friday, April 28, 2017

MEMBUDAYAKAN KESUKURAN , IBADAH YANG PALING SEMPURNA

 (Disiarkan pada 28. 4. 2017)
               Hidup dengan ilmu kemestian pada setiap insan. Ilmu akan mendekatkan kita kepada Allah kelak akan membawa kita ke satu sinario untuk mengenali diri demi menuju kepada kesempurnaan  hidup bertamadun. “Kenali diri mu maka anda akan mengnali Zat Yang  Maha Pencipta.” Ini penting kerana itulah tujuan hidup di dunia ini sebenar.
               Allah mencipta manusia adalah dengan tujuan maka itu menjadi tanggungjawab setiap insan mencari kefahaman kepada tujuan tersebut agar ia menjadi pemangkin jiwa untuk mendekati serta mengenali Allah s.w.t.. Membudayakan kesyukuran dalam hidup merupakan ibadah yang paling sempurna di sisi Allah s.w.t..
               Ibadah kesyukuran sebenarnya mendekatkan kita kepada Allah kerana Allah sentiasa berhubung dengan manusia setiap detik masa dalam hidup ini, melalui rahmat dan nikmat-Nya samada di dalam diri kita sebagai pengguna mahupun di luar badan kita. Rahmat  dan nikmat Allah tidak pernah putus-putus walau sedetik masa pun sejak kita lahir hinggalah ajal menjemput nyawa. 
               Tidak ada dalam hidup ini yang  boleh perolehi tanpa kekuasaan Allah s.w.t. Segala keperluan hidup adalah ganjaran dari Allah lewat usaha bertawakal memohon keredaan-Nya. Maka itu setiap apa yang kita laksanakan dalam pembangunan kehidupan, Allah bersama kita untuk menilai ibadah berkenaan samada mematuhi kehendak pembangunan  atau sebaliknya. Maka itu wajib kita membudayakan rasa kesyukuran sebagai rasa terima kasih kepada Allah yang Maha pengasih dan Maha pemberi itu.
               Sejak kita lahir di dunia ini ribuan rahmat dan nikmat Tuhan datang dari semua penjuruh alam saban detik atau saban waktu dengan tak putusnya, sejak kita lahir sampai  kita mati. Tuhan berikan kepada kita segala rupa keperluan hidup. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 14:34 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sekiranya kamu coba meghitung nikmat Allah, sungguh kamu tidak akan sanggup menghitung kerana terlalu banyak, tetapi sayang masih banyak manusia yang zalim, tidak  pandai berterimakasih atau bersyukur atas nikmat Allah itu.
               Allah bukan hanya menciptakan manusia, tetapi saban detik dari kehidupan kita Allah selalu menghubungi kita dengan bermacam rahmat dan nikmat. Allah tak pernah putus hubungannya dengan kita.
Nikmat Allah yang berupa bumi dengan segala isinya, matahari, bulan dan bintang dengan sinarannya, hawa, udara, air, buah-buahan yang menjadi keperluan hidup yang amat penting, adalah sebahagian kecil dari rahmat dan nikmat Allah itu.
Apa lagi nikmat yang berupa kaki, tangan, paru-paru, jantung dan semua bahagian dari badan kita, yang berupakan mata, hidung, otak dan fikiran, jiwa atau roh yang menghidupkan kita, adalah nikmat yang tidak dapat dinilai dengan emas dan perak sekalipun berapa saja banyaknya.
Semua itu saban waktu dan ketika kita terima dan kita peroleh dari Allah yang menciptakannya,  yang kita harus mengingatnya dan mensyukuri, jangan sampai dilupai begitu saja.
Coba kita renungkan dan khayalkan agak sejenak, alangkah susah dan sengsaranya seorang manusia yang tak mempunyai kaki atau tangan. Kalau kita dapat satu orang manusia tak mempunyai kaki atau tangan, itu adalah sebagai contoh dan peringatan kepada semua manusia, agar manusia ingat selalu dan bersyukur akan hebat dan pentingnya nikmat Tuhan yang bernama kaki dan tangan itu.
Coba  pada renungkan bagaimana sangsaranya manusia kalau tidak punya mata atau telinga, manusia yang buta dan tuli. Tuhan jadikan manusia ada yang buta dan tuli agar kita jadikan contoh, agar kita mengertilah faedahnya mata dan telinga, agar kita dapat merasakan hebatya nikmat Allah yang bernama mata dan dan telinga itu.
Pendek kata, tidak ada satu nikmat dan rahmat Allah yang kecil ertinya, tidak ada pemberian Allah yang rendah nilainya. Semuanya pemberian Allah mempunyai erti yang penting bagi hidup, mempunyai nilai yang amat tinggi dalam hidup manusia.
Kalau nikmat dan pemberian Allah begitu besar erti dan nilainya, maka sudah selayaknya semua manusia itu jauh lebih besar erti dan jauh lebih tinggi nilainya.
Tetapi mengapa masih ada manusia yang berakal, yang begitu tinggi memberikan erti dan penilaian terhadap nikmat dan pemberian Allah, tetapi mereka tak sedikit juga memberi nilai terhadap Tuhan yang menciptakan semua nikmat dan pemberian itu.
Manusia berakal yang semacam inilah yang dicap oleh Allah dalam ayat Al-Qur’an sebagai manusia zalim. Iaitu manusia yang ganas dan aniaya pula sebagai manusia-manusia kaffar, yang ingkar, ta’ tahu budi dan tak tahu membalasbudi, iaitu manusia yang hanya terbuka mata, telinga dan mulutnya, tetapi tertutup pintu hati dan kalbunya.
Manusia semacam ini dapat jugalah merasa sebahagian kecil kebahagian di dunia ini, tetapi tertutup baginya segala macam nikmat dan kebahagian di akhirat nanti.
Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita semua manusia-manusia yang dapat mengingati nikmat dan pemberian Allah, yang menciptakan semua nikmat dan pemberian itu.
Begitulah Allah menghubungi kita dengan rahmat dan nikmat-Nya terus menerus dengan tidak putus-putusnya. Sekarang mari kita meninjau pula bagaimana kita manusia mengadakan hubungan atau kontak dengan Allah.
Dengan sedih dan perasaan menyesal sehebat-hebatnya harus kita akui, bahawa di samping ada manusia yang sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, tetapi lebih banyak manusia yang putus sama sekali hubungannya dengan Allah. Mereka lupa seratus persen terhadap Allah. Allah tidak menjadi perhatian dalam hidup mereka. Allah adalah suatu yang tak menarik dalam hidup dan kehidupan mereka. Bahkan ada di antara manusia sampai benci dan tak suka mendengar, membaca dan memperkatakan Allah. Na’uuzu billahi min zalik. Mudah-mudahan Allah melindungi diriku dan saudara sekalian dari sifat yang demikian terhadap Allah.
Kita manusia harus dapat menginsafkan akan diri kita secara peribadi agar jangan kita terpersona dengan segala macam rahmat dan nikmat Allah saja, sehingga lupa kepada  Allah yang memberi rahmat dan nikmat itu. Bagaimana pun kita harus mendidik diri untuk selalu ingat terhadap Allah. Harus memelihara hubungan yang baik dengan Allah.
Kita jangan terpesona dengan harta kekayaan yang terdiri atas emas dan perak atau wang yang bagaimana pun banyaknya. Jangan terpesona dengan sawah ladang dan tambak yang bagaimana pun luasnya. Jangan terpesona dengan pangkat dan kedudukan yang bagaimana pun tingginya. Jangan terpesona dengan manusia-manusia ayu bagaimana pun
ayunya. Jangan terpesona dengan berbagai permainan dan tontonan.
Allah berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 6:32 yang bermaksud: (terjemahan)
“Ta’ lain kehidupan di dunia ini, hanyalah permainan dan gurau senda, dan  seme- mangnya akhirat jugalah terlebih baik bagi mereka yang takwa. Tiadakah kamu berakal.
Maksudnya: Kesenangan dan kelazatan hidup yang dinikmati oleh manusia di dunia ini hanyalah dalam masa yang  singkat dan sedikit sahaja. Tempohnya sangat terbatas, ibarat bermain dan bergurau tentulah akan habis tempohnya, kerana dia bukanlah  kekal. Kehidupan dunia ini  diibaratkan sebagai bermain dan begurau kerana  permainan dan pergurauan itu sangat cepat habisnya dan sangat pendik waktunya. Sedang hidup di akhirat pula (di syurga) adalah terlebih baik dan lebih utama daripada hidup di dunia. Dan ini disediakan bagi orang-orang yang takwa, iaitu yang takut berbuat syirik dan maksiat. Maka hal yang seperti ini tidakkah kamu fikirkan walhal kamu ada mempunyai akal.
Carilah kekayaan sebanyak-banyaknya, tetapi jangan lupa kepada Allah. Jangan batas tertentu  dalam mendapatkan wang atau kekayaan itu, dan kalau sudah  dapat, pergunakanlah wang atau harta itu untuk hal-hal yang diperbolehkan Allah.
Jangan mendapatkan wang dan kekayaan dengan sewenangnya, dengan jalan haram, dengan jalan penipuan, korupsi, penggelapan dan sebagainya. Semua wang kekayaan yang didapat dengan cara tidak halal. Apa lagi dengan mencelakakan pihak lain, dengan jalan merugikan orang lain, adalah wang dan kekayaan yang tidak  memberi berkat, wang dan kekayaan yang bukan membawa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, tetapi akan mem- bawa kesengsaraan dan kecelakaan dunia, juga kesangsaraan dan kecelakaan akhirat. Kalbu atau jiwa manusia itu  adalah suatu yang suci. Harta yang tidak halal tidak mungkin dapat memberi kebaikan terhadap kalbu dan jiwa kita itu.
               Harta yang ta’ halal dan harta yang didapati dengan merugikan orang lain ta’ mungkin dapat membawa kebahagian batin, tetapi hanya dapat muaskan nafsu sendiri yang pasti akan mengakibatkan kesengsaraan batin.
               Kelupaan manusia terhadap Allah, telah menjadikan wang dan harta bukan menjadi sumber kebahagiaan, tetapi akan menjadikan wang dan harta itu  sumber sebagai keseng- saraan dan kecelakaan.
               Kelupaan manusia terhadap Tuhan, meskipun akan menjadikan pangkat, kedudukan yang tinggi dan kaya raya, tetapi itu kesemuanya bukan menjadi  sumber kebahagiaan dan kesenangan, sebaliknya menjadi  sebab berbagai kegelisahan dan kesengsaraan batin.
               Bila di antara anda yang kaya dan berpangkat tinggi terasa kegelisahan, itu adalah disebabkan kerana saudara ta’ berhubungan  baik dengan Allah.
               Maka dianjurkan, kembali dan perbaikilah hubungan saudara dengan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.
               Kalau kita biarkan semua manusia lupa kepada Tuhan, akhirnya seluruh rahmat dan nikmat akan diganti Tuhan dengan laknat dan bahaya yang akut. Kerana begitulah sunnah Allah yang berlaku dalam kehidupan manusia.
               Semua harta kekayaan, semua ilmu pengetahuan, semua alat dan teknik akan dijadikan manusia menjadi sumber kecelakaan dan kesengsaraan manusia.
               Manusia selalu ingatkan terhadap Allah agar mereka takut berbuat kejahatan. Kalau manusia tidak ingatkan kepada Allah, bererti tidak ada yang mereka takut dalam hidup ini. Itulah sebabnya mereka berbuat sekehendak hatinya di muka bumi ini.
               Dunia yang kita diami ini pernah  mengalami penuh kebahagian dan kesenangan, iaitu dikala manusianya sama insaf dan sedar, sama ingat kepada Allah.
Tetapi dunia yang kita diami ini pernah pula mengalami penuh dengan kacau bilau, berbagai kerusuhan dan ketidak-amanan, iaitu manusianya sudah  sama lupa kepada Tuhan, sudah sama tidak takut dan gentar terhadap Tuhan.
Di saat sekarang ini, dunia yang kita diami ini sedang ditimpa berbagai kesulitan dan kerusuhan. Hampir segenap manusia berakal sekarang ini menghadapi kekhawaitaran dalam  hidup. Kekhawatiran ekonomi, rumah tangga, kekhawatiran nasional dan internasional.
Kekhawatiran Yang paling menakutkan ialah yang merupakan kelupaan manusia tehadap Allah. Sebab itu di saat yang bagaimana pun modernnya janganlah manusia dibiarkan lupa terhadap Allah. Dengan lain perkataan, manusia harus selalu berhubungan dengan Allah.
Firman Allah Surah Ali Imran ayat 3:112 yang bermaksud: (terjemahan)
“Mereka itu ditimpa kehinaan di mana mereka berada kecuali (Kalau berperang) dengan tali Allah (janji-Nya) dan tali manusia (perdamaian). Mereka itu kembali dengan mendapat kemurkaan daripada Allah dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu kerana mereka kufur dengan ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi dengan tidak berhak, yang demikian itu disebabkan mereka derhaka  dan berkeadaan melampaui batas.”
Mengikut al-Khazim: Tiadalah orang-orang Yahudi itu didapati mempunyai kerajaan yang pekasa dan ketua yang muktabar, bahkan sentiasa mendapat tekanan di mana-mana negeri.
Ayat ini menjelaskan bahawa penghinaan tersebut tidak akan lenyap selagi mereka
belum berpegang dengan tali Allah iaitu  janji-Nya yang juga janji mereka dahulu dengan Allah untuk memasuki  Islam, dan berpegang pula dengan tali perdamaian di antara mereka dengan manusia iaitu menjadi Ahli Zimmah (orang yang dilindungi dengan pembayaran jizyah).
Digunakan perkataan “tali Allah” ganti perkataan “perjanjian Allah” dalam ayat ini – kerana  tali itu kegunaannya untuk pengikat, adalah digunakan untuk pengikat perdamaian yang mendatangkan keamanan dan menghindarkan ketakutan.
“Mereka itu kembali dengan mendapat kemurkaan daripada Allah dan mereka ditimpa kemiskinan.”
Mereka akan tinggal hidup di dalam kemurkaan Allah dan ditimpa kemiskinan. Dimaksudkan kemiskinan di sini; iaitu orang-orang Yahudi itu memperlihatkan dirinya papa dan mempertunjukkan kemiskinannya walaupun dia kaya dan mewah
Semua perkara yang disebutkan tadi, ialah disebabkan kederhakaan mereka, kekeja- man mereka dan pencerobohan mereka terhadap batas-batas agama.

Orang-orang Yahudi adalah manusia yang tidak mengenangkan pemberian Allah kepada mereka. Membudayakan rasa kesyukuran terhadap nikmat dan rahmat Allah amat asing dalam kehidupan mereka. Ini disebabkan bahawa dunialah menjadi syurga bagi mereka.