Saturday, December 12, 2009

PENGUASAAN KEMAHIRAN 3M MERUPAKAN IBADAH KERANA ALLAH (Disiarkan pada 12. 12. 2009)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menggantikan system yang lama (KLSR), menitik beratkan penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Tiga komponen pembelajaran ini merupakan kemahiran asas seorang insan dalam memahami fenomena kehidupan di alam dunia.
Firman Allah yang pertama yang diturukan kepada manusia yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam perantaraan malaikat Jibril, ialah “Iqra” iaitu bacalah, walaupun baginda tidak dapat berbuat demikian kerana beliau adalah dalam keadaan ummi. Oleh sebab membaca itu adalah seruan dari yang Maha Pencipta kepada hambah-Nya, maka ia menjadi ibadah kepada setiap manusia yang lahir di alam dunia ini untuk membolehkannya memurnikan kehidupan yang diredhai Allah S.W.T.
Membaca adalah satu kemahiran cara berkemunikasi antara diri anda dengan alam kehidupan demi mendapatkan satu kefahaman mengenai fenomena kehidupan yang akan di terjemahkan kepada amalan, kelak mewujudkan satu perubahan atau pembaharuan kepada keadaan hidup yang sesuai dengan fitrah manusia sebagai pengguna. Untuk membolehkan seseorang itu membaca, ia memerlukan beberapa fakulti dalaman yang dikenali sebagai fitrah Allah agar kelangsungan pembelajaran itu dapat berlaku.
Fakulti dalaman yang terlibat langsung dalam kemahiran membaca ialah mata, otak, dan hati yang melahirkan rasa keingian dan kemahuan. Jika ada di antara fakulti tersebut tidak ada atau cacat maka sukar bagi seseorang itu hendak melaksanakan kemahiran membaca kecuali fakulti mata yang boleh menggunakan deriah sentuhan dengan jari seperti halnya pembelajaran menggunakan system Braille. Kesemua fakulti tersebut adalah fitrah Allah yang dibekalkan kepada manusia sebagai kesempurnaan hidup yang membawa darjat dan kudrat kemanusiaan sebagai hambah Allah.
Teknologi Allah dalam membentuk manusia jauh lebih canggih berbanding ilmu manusia yang dikenali sebagai sains dan teknologi. Ilmu dunia tersebut juga adalah ilmunya Allah yang diberi kepada manusia tetapi hanya setakat mengenali sesuatu ilmu yang nyata walaupun ia dalam tahap yang amat terhad, tetapi tidak ada kemampuan membaca ilmu yang dalam keadaan ghaib, kecuali hanya sedikit sahaja yang melalui kehadiran iman seseorang itu.
Walau bagaimanapun untuk mengenali ilmu yang nyata setiap insan wajar menggunakan fitrah Allah yang ada pada dirinya seperti otak untuk berfikir dan memahami fenomena alam; mata untuk melihat dan mengenali antara yang sah dengan yang batil. Tetapi ilmu yang berupa ghaib atau tidak kelihatan, fungsi hati mengambil peranannya. Walau pada itu hati dapat mentafsir atau memahami sesuatu fenomen dengan bantuan otak.
Dengan fakulti hati kita boleh melihat secara ghaib iaitu melihat alam kehidupan yang pernah kita alami. Sebagai contoh, jika kita pernah mengalami melawat negara England maka kita boleh melihat dengan mata hati keadaannya walaupun kita sedang berada di tanah air di Malaysia. Dalam keadaan demikian fungsi otak bersepadu dengan mata hati menjadi alat untuk membaca fenomena tersebut.
Kemahiran asas 3M dalam pembelajaran merupakan muara dalam memahami fenomena alam kehidupan. Membaca adalah memahami mesej sesuatu fenomena alam. Manakala mengira adalah sebahagian daripada kemahiran membaca. Menulis pula adalah aktiviti untuk merekodkan apa yang telah dibaca. Dalam semua keadaan menangani kehidupan, Allah S.W.T. telah membentuk manusia dalam keadaan yang sempurna dan amat sofistikated. Mengapakah makluk manusia tidak terlintas dalam fikirannya untuk merasa syukur terhadap pemberian Zat yang maha agung itu?
Setiap kali kita memulakan aktiviti atau agenda kehidupan yang dikenali sebagai ibadah, wajar dihiasi dengan menyebut nama Allah atau ‘Bisimillah’ kerana Dialah yang menyempurna kan agenda yang kita laksanakan. Manusia adalah sebagai alat melaksanakan ibadah berkenaan sahaja. Membuat perubahan kepada keadaan agenda tersebut adalah kekuasaan Allah S.W.T. Kemanfaatannya balik kepada manusia jua.
Senang dan susah menjadi perjuangan hidup manusia sebagai pelaksana. Tetapi manusia kadangkala alfa tentang aktiviti atau ibadah yang dilaksanakan. Apabila manusia mendapati percaturan hidup itu mudah maka ia membelakangi kekuasaan Allah yang memudahkan ibadah berkenaan. Manusia hanya mengingati Allah apabila ia mendapati ibadahnya itu menyukarkan. Jangankan bersyukur terhadap hidangan Allah yang melahirkan kegembiraan kepada anda, mengingatkan Allah sahaja pun sukar bagi manusia melakukannya apabila ia dilamun kesero- nokkan dunia.
Sebagai seorang pelajar menjadi kemestian baginya untuk membudayakan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana memberi kekuatan menyelami kerenah-kerenah kehidupan yang menjadi faktor penghalang kepada pembangunan diri. Setiap pelajar harus mengenali dirinya sebagai hambah Allah dan segala kemanfaatan hidup wajar difahami sebagai pemberian dari Zat yang Maha Agung itu.
Dengan penguasaan kemahiran asas 3M, manusia mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hidupnya. Tanggungjawab tehadap dirinya sebagai pemain dalam kelangsungan pem- bangunan kehidupan; tanggungjawab terhadap hubungan anda dengan Zat yang Maha Berkuasa; tanggungjawab terhadap sesama umat dan tanggungjawab terhadap makluk-makluk Allah yang ada di alam ini sama ada yang hidup atau aktif mahupun yang mati atau tidak aktif.
Tanggugjawab terhadap diri sendiri adalah yang terpenting kerana setiap insan wajar dimuliakan dengan ilmu pengetahuan. Sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat(agama) kedua-duanya diperlukan dalam kelangsungan hidup sebagai hambah Allah. Manusia menjadi mulia dengan kehadiran ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu manusia akan mengenali maknanya hidup kelak menggapai keimanan kepada Zat yang Maha Berkuasa.
Tanggungjawab terhadap hubungan anda dengan Zat yang Maha Berkuasa menjadi agenda utama dalam memurnikan kehidupan. Tujuh belas rakaat sehari semalam menjadi ibadah unggul manusia sebagai kahlifah Allah. Manusia mukmin yang beriman kepada Allah S.W.T. wajar mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larang-larangan-Nya.
Tanggungjawab terhadap sesama umat serta makluk-makluk lain yang ada di alam ini menunjukkan kekuasaan anda sebagai kahlifah Allah S.W.T. Hubungan anda dengan sesama umat akan melahirkan ukhuwah kemanusiaan kelak bembentuk satu perasaan kasih sayang yang akan menjamin kesejahteraan hidup bertamadun. Sifat kasih sayang wajar ada dalam perasaan manusia kerana fitrah tersebut adalah sifat yang ada pada Allah S.W.T. yang membentuk manusia.
Menjadi pemain dalam kelansungan kehidupan, seseorang itu wajar melalui berbagai proses pembelajaran guna untuk mengaktifkan sel-sel dalam otak agar dapat berfungsi dalam mengolakan aktiviti kehidupan. Allah S.W.T. telah membentuk manusia dengan membekalkan lebih kurang tiga trillion sel-sel otak. Setiap sel otak wajar diaktifkan agar ia berfungsi dalam memahami percaturan hidup.
Walau bagaimanapun Allah telah memperuntukkan kepada setiap individu sebanyak satu per tiga sahaja sel yang dapat diaktifkan maka itulah kekuasaan dalam melaksanakan peranannya sebagai pemain dalam memurnikan hidupnya dan juga mengolah agenda dalam pembangunan hidup di alam dunia. Untuk mengaktifkan sel-sel tersebut adalah tanggungjawab utama ibubapa dalam usaha memanusiakan zuriatnya agar ia menjadi pemain yang berguna kepada bangsa dan negara.
Ada di antara manusia yang Allah memberi kemurnian hidup dengan mengaktifkan sel-sel dalam otaknya lebih daripada satu per tiga. Insan serupa ini dapat membaca fenomena kehidupan lebih cepat dan mendalam berbanding manusia biasa seperti halnya seorang pelajar di Johor, Malaysia. Anak itu berusia dua belas tahun dan sudah menguasai pelajaran di peringkat pra universiti. Kemampuan seorang insan serupa ini wajar di sandarkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.. Maka itu adalah menjadi kewajiban bagi manusia mensyukuri pemberian Allah dan memahami setiap amalan yang memurnikan kebajikan merupakan ibadah.
Allah telah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak mengubahnya.” Surah al-Ra’d ayat (13) 11.
Setiap manusia dibekalkan oleh Allah satu perasaan dalaman semulajadi untuk meng- inginkan pasangan hidup yang dikenali sebagai Isteri. Proses mendapatkan pasangan hidup tersebut wajar melalui pintu nikah seperti mana yang dicontohi oleh manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. Untuk melalui pintu nikah pehak lelaki wajar membayar maharnya sebelum dapat menyentuh pasangannya. Nabi Adam membayar maharnya dengan hanya mengucap salawat Nabi disebabkan kemampuannya amat terhad sekali. Orangnya belum lahir di dunia tetapi namanya sudah dijadikan sebagai mas kawin oleh manusia pertama. Bagitulah agama Islam, tidak menyusahkan umatnya.
Perkahwinan merupakan satu kebahagiaan hidup setiap manusia. Kebahagian itu akan melahirkan cinta kasih sayang kelak menginginkan zuriatnya. Di situlah bermulanya tangung jawab suami isteri untuk memanusiakan zuriatnya agar ia menjadi pemain yang diperlukan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Manusia perlukan ilmu dan ilmu adalah penting dalam hidup sebagai pemurni kehidupan
di dunia kelak menjadi persediaan untuk hidup yang kekal di dunia akhirat sebagai distinasi setiap insan yang lahir di dunia ini. Mengilmukan manusia bermula dari rahim ibu. Segala zat makanan yang dimakan oleh seorang ibu menjadi pembentuk akhlak yang mulia anak dalam kandungan. Di samping zat makanan tersebut pembentukan akhlak bayi juga mempunyai pengaruh daripada akhlak pembawaan kedua suami isteri sebagai ahli masyarakat di mana sahaja ia berada.
Dalam membentuk peribadi mulia seorang anak ia kena melalui empat fasa pembangunan insan. Pertama ialah semasa dalam kandungan ibu. Kedua ialah semasa kanak-kanak itu masih dalam pangkuan ibu. Ketiga ialah masa remajanya dan keempat ialah semasa menuntut ilmu secara rasmi samada di sekolah, maktab, dan pengajian tinggi di universiti.
Keempat-empat fasa tersebut, kedua ibubapa merupakan manusia terpenting dalam pembentukan insan yang berilmu dan mempunyai peradaban yang berlandaskan ajaran agama Islam yang dipilih oleh Allah sebagai agama manusia. Firman Allah yang bermaksud: …..”Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah-Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagi mu.” Surah al-Maidah ayat (5) 3.
Perwatakan sebagai pemain dalam pembagunan insan, kedua ibubapa mempunyai kesan kepada pembentukan insan yang kamil dan mulia. Walaupun bayi itu masih dalam rahim ibu Allah S.W.T. sudah sebatikan akhlak bayi dengan amalan kedua ibubapa. Kedua-dua mereka wajar melihat alam sekelilingnya sebagai pemangkin kepada pembangunan insan. Perlakuan atau akhlak ibubapa, sama ada secara langsung mahupun tidak, keberkesanannya pasti bayi dalam kandungan akan mempusakainya.
Allah S.W.T. telah membentuk keadaan seorang insan yang dilahirkan di alam dunia ini sama ada dalam keadaan sempurna sifatnya atau sebaliknya, maka itu tidak ada manfaatnya bagi sesiapa pun untuk tidak merestui dan bersyukur menyaksikan keadaan anak berkenaan kerana tidak melanda kepada diri dan keluarga anda. Anak yang cacat atau tidak sempurna keadaan kejadiannya tidak sewajarnya menjadi bahan yang menimbulkan perasaan jijik.
Jika demikian penerimaan anda kepada seorang hambah Allah maka Allah akan memberi yang serupa kepada anda atau selain daripadanya yang lebih berat lagi. Senang dan susah yang merangkumi segala kehidupan di alam dunia adalah ketentuan Allah S.W.T. Manusia hanya terima beres dan bersyukur terhadap pemberian-Nya. Kita dapat membaca keadaan alam semulajadi maka itu jadikanlah ia sebagai ibadah dalam semua keadaan sekali pun.

Sunday, November 29, 2009

WAWASAN ISLAM MENANGANI DUNIA TANPA SEMPADAN (Disiarkan pada 28. 11. 2009)

Pembanguan sains dan teknologi menghidangkan satu sinario kehidupan antara kemodenan dan keaslian dalam pandangan dari perspektif Islam. Jendila dunia menghimbau suatu cara hidup seolah-olah kehidupan itu wujud dengan sendirinya yang dikenali sebagai “nature”. Ramai manusia tidak mengenali dirinya sebagai hambah Allah dan mengkufurkan diri untuk memahami segala persembahan alam yang dikenali sebagai teguran Allah S.W.T.
Bencana alam di merata dunia tidak dijadikan sebagai satu iktibar demi kefahaman bahawa Zat yang Maha Pencipta tidak meredhai gelagat-gelagat makluk manusia di muka bumi ini. Manusia yang berselimutkan ilmu sains dan teknologi mengkaji secara ilmiah hidangan alam yang mengakibatkan berbagai jenis bencana dan bukan memahami fenomena tersebut sebagai teguran Allah S.WT. ke atas kekufuran manusia menangani kehidupan di bumi ini.
Antara memperbaiki akhlak manusia sebagai pemain di pentas dunia atau membuat penyelidikan secara ilmiah yang disandarkan kepada sains, untuk menemukan jawapan mengapa berlakunya bencana alam merupakan dua fenomena yang tidak dijadikan faktor untuk memahami mengapakah Allah wujudkan malapetaka tersebut.
Allah mengamanahkan alam dunia ini untuk dimanfaatkan oleh manusia agar ia dijadikan tempat pelaburan membina tamadun. Tamadun yang dimaksudkan ialah pembangunan kehidupan yang berasaskan taqwa dan keredhaan Allah S.W.T. menepati syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah sehingga terbentuk sebuah masyarakat yang hidup secara aman harmoni dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T..
Allah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Adakah mereka yang mengasaskan bangunannya atas dasar taqwa dan mardhati’Llah itu lebih baik ataukah mereka yang mengasas kannya di tepi jurang yang dalam lalu ia jatuh tersungkur bersama binaannya itu ke dalam neraka Jahanam (itu lebih baik)?....” (al-Tawbah 9:109.
“Demi sesungguhnya bagi penduduk Saba’ satu tanda (Kemurkaan Allah) terdapat di tempat tinggal mereka dua kebun (yang luas subur) di kiri kanan tempat tinggal mereka, (lalu dikatakan kepada mereka) makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya (atas kurniaan) sebuah negeri yang aman dan makmur serta mendapat keampunan Illahi)” (Saba’ 34 : 15).
Hidup yang dimurnikan dengan kemodenan sains dan teknologi seperti yang dihidangkan oleh dunia tanpa sempadan, telah merenggangkan alam dunia dengan alam akhirat. Allah telah turunkan dokumen wahyu sebagai risalah tauhid bagi membetulkan akhlak setiap insan demi mengenali dirinya sebagai hambah Allah. Dengan iman kepada Allah hidup itu mempunyai makna tetapi dunia kemodenan yang dibawa oleh sains mengkufurkan manusia sebagai hambah Allah.
Hidup bertamadun memelihara keaslian kehidupan yang dimurnikan oleh kesucian beragama. Apakah yang dimaksudkan dengan Tamadun Islam? Tamadun Islam boleh didefinisi kan sebagai sebuah Tamadun yang dibangunkan atas asas taqwa dan keredhaan Allah S.W.T. menepati syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah sehingga terbentuk sebuah masyarakat yang hidup secara aman harmoni dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.1
Seorang Islam perlu melengkapkan diri dengan beberapa kelayakan sebagai pra syarat untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akiharat. Antaranya ialah penguasaan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar; kedua, mempunyai iman yang teguh sebagai bekalan spiritual; ketiga, ialah peribadi salih sebagai bekalan moral dan keempat, menjadikan Islam sebagai tujuan dan matlamat hidup.
Penguasaan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar sebagai bekalan kepada mental. Mereka yang meletakkan diri sebagai pemegang amanah bagi menegakkan kebenaran dan keadilan, patutlah mengetahui dan memahami peraturan itu secara menyeluruh, sekurang-kurangnya membolehkan mereka membezakan antara ‘aqidah Islamiyah dan ciri-ciri jahiliyah, antara cara hidup Islam dan cara hidup jahiliyah. Dengan itu barulah seorang berupaya untuk mengetahui bagaimana Islam mampu membuat perubahan dalam masyarakat secara global.
Selain memiliki ilmu dan kefahaman, tenaga pengerak juga mestilah memunyai keimanan yang teguh terhadap ‘aqidah dan menjadi asas segala kegiatan mereka. Setiap perlaksanaan agenda pembangunan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam keadaan hati yang berbelah bagi dan fikiran yang tidak tenang dan mudah tertarik dengan pelbagai aliran pemikiran.
Tidak ada jalan lain untuk mengelakkan daripada gejala ini melainkan dengan iman yang teguh terhadap Allah S.W.T. yang Maha berkuasa atas segala makluk-Nya. Yakin dengan al-Qur’an sebagai kitab hidayah Yakin dengan petunjuk Rasulu’Llah SAW untuk menuju jalan selamat. Yakin dengan adanya hari perhitungan amal manusia di Yawm al-Hisab. Dan yakin juga dengan ketentuan buruk dan baik daripada Allah S.WT. Keyakinan kepada semua inilah yang boleh menjamin seseorang hilang kekusutan fikiran dan ragu-ragu dalam perjuangan untuk menegak peraturan dalam masyrakat Islam.
Antara kelayakan yang tidak kurang penting ialah memiliki peribadi salih sebagai bekalan kepada morality seseorang Islam. Dengan bekalan ilmu dan iman, seseorang akan muda untuk mendapat jaminan keredhaan Allah SWT. Gambaran peribadi salih akan dapat dicernakan dalam bentuk penghayatan tutur kata dan amal, apabila wujud sifat-sifat mahmudah yang memantapkan hubungannya dengan Allah S.W.T., seperti ikhlas, sabar, syukur , ridha, tawakkal, zuhud dan wara’.
Demikian juga yang menghubungkan seseorang dengan sesama manusia seperti adil, amanah, benar dan bertanggungjawab. Gambaran peribadi mulia bukan sahaja diperlukan untuk meyakinkan masyarakat kepada seruan dakwahnya, tetapi juga diperlukan untuk menangkis serangan budaya tidak salih yang berlaku dalam hidangan dunia globalisasi atau dunia tanpa sempadan.
Islam adalah agama yang diredhai Allah S.W.T. untuk makluk manusia. Menjadikan Islam sebagai tujuan dan matlamat hidup merupakan perjuangan dalam wawasan pembangunan ummah. Setiap muslim perlu memiliki wawasan tersebut terutama mereka yang melibatkan diri dengan usaha mengislahkan dan menegakkan peraturan serta system kehidupan bermuamalah secara Islam dalam masyarakat.
Sistem ekonomi, politik, pendidikan, perundangan dan system kehakiman harus menjadi fokus untuk ditegakkan peraturan dan syariat Islam di dalamnya. Namun apa yang menyedikan, terdapat sebahagian umat Islam yang memiliki ilmu dan pengalaman yang luas, tetapi digunakan untuk meraih kepentingan duniawi yang bersifat peribadi.
Walaupun peribadi begini tidak mendatangkan sebarang halangan kepada kehidupan masyarakat, namun untuk dipilih sebagai pekerja dan penegak tamadun Islam, mereka tidak akan mampu menghadapi dugaan dan tribulasi. Setiap muslim sepatutnya sentiasa bersedia mempergunakan seluruh kemampuan akal fikiran dan tenaga untuk mencapai matlamat tersebut.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang sebenar) di sisi Allah hanyalah Islam….(Ali- Imran 19)
Firman-Nya lagi:
“ Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama (pegangan hidup), maka tidak
sekali kali akan diterima (oleh Allah) daripadanya dan dia pada hari akhir tergolong dari
kalangan orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran 85)
Akibat budaya dunia tanpa sempadan, umat Islam dihinggapi penyakit terlalu cintakan dunia dan bencikan syahid. Syahid yang paling mudah dilaksanakan kerana agama Allah (Islam) ialah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam di mesjid. Fenomena ini wujud adalah diakibatkan oleh pengaruh Tamadun Barat yang mendominasikan dunia Timur. Rentetatan daripada itu, umat Islam kehilangan identiti dan jati diri, mudah hanyut, hidup tidak berprinsip. Para pemimpin pula hidup berpoya-poya, kekayaan negara berlegar di kalangan orang-orang kaya dan berkedudukan. 2
Umat Islam tidak pandai menggunakan potensi yang ada untuk bangun sebagai bangsa yang maju dan berdaulat akibat kejahilan. Sedangkan umat Islam punya kekuatan yang hebat seperti, bilangan penganut yang ramai , hasil bumi yang melimpah ruah dan agama yang terunggul .
Negara-negara Arab banyak yang berkiblat kepada Amereka dan sekutunya. Kekayaan negara daripada hasil minyak dilaburkan semula di negara-negara Barat bukan untuk membangunkan negara sendiri atau wilayah-wilayah Islam yang miskin dan sedang membangun. Apabila negara umat Islam ditimpa musibah, terpaksalah tenaga pakar dan jentera diimpot dari negara barat seperti Francis , German dan sebagainya, kerana tidak ada pakar dari negara-negara umat Islam.3
Kelemahan umat Islam telah memberi ruang yang luas kepada kuasa-kuasa Barat untuk menjajah dan menguasai dunia Islam dan dunia Timur. Sejak akhir-akhir ini saban hari kedapatan di dada-dada akbar dan majalah termasuk juga di kaca-kaca televisyen memaparkan peristiwa manusia yang tidak berdosa terbunuh akibat peperangan, seperti yang berlaku di Iraq, Palestin dan Afghanistan. Mereka bukan sahaja orang-orang tua tetyapi juga termasuk kanak-kanak.
Pada pembangunan akhlak generasi remaja juga sudah dipelopori oleh kebudayaan barat yang tidak mengenali agama dan jauh dari mengenali kekeluargaan. Lakunan-lakunan yang dibawah oleh pelakun-pelakun Barat banyak menitik beratkan kepada jenaya dan perompakan yang tidak mengenali keamanan dan persaudaraan.
Banduan-banduan yang ditempatkan dilokap khususnya di Amerika Syarikat tidak dapat dibendung lagi bagitu ramainya bertamabah setiap hari. Kebanyakan kesalahan mereka ialah merompak dan membunuh manusia yang tidak bersdosa. Lelaki dan wanita sejalan seiring menyelami keranah-keranah keganasan yang merunsingkan pehak pemerintah.
Undang-undang dunia sudah ditelapak tangan mereka yang tidak kenal kebahagiaan hidup. Adakah wawasan hidup serupa ini anda inginkan kepada generasi Islam yang kita cintai ini? Iman dan takwah nadi pembangunan ummah dan wajar dimurnikan dengan ilmu tauhid yang diturunkan Allah S.W.T. kepada umat manusia. Sedarkan diri bahawa di mana sahaja kita berada kita sentiasa diwarnai oleh budaya keganasan manusia sama ada secara halus mahupun secara kasar. Peliharlah agama yang

1 Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, Nik Kamaliah Nik Abdullah. “Kenalilah Tamadun (Al-
Hadharah) Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)2008. h 45
2 Ibid h 182.
3 Ibid h 183.

LAKUNAN PEMANGKIN MASYARAKAT ISLAM MEMBELAKANGI AKIDAH (Disiarkan pada 21. 11. 2009)

Lakunan merupakan satu hidangan moral kepada masyarakat umum untuk menggambar kan peristiwa sesuatu disiplin kehidupan yang pada kebiasaannya memfokoskan kepada kewiba- waan individu tertentu menangani tamadun pembangunan. Walau bagaimana pun dunia perfili- man lebih menekankan kepada hidangan-hidangan yang menggambarkan keterikatan kekeluar- gaan yang dimainkan melalui budaya bercinta.
Industri perfiliman kebanyakanya mempunyai sandaran kepada budaya pelakun-pelakun Barat yang kehadiran pelakun wanita mempunyai kepentingan sebagai pemangkin dalam usaha melahirkan perasaan cinta. Apakah yang menjadi katalis atau pemangkin dalam jiwa para pelakun, maka mereka menciburi diri dalam industri perfiliman? Manusia mempunyai naluri, suka dipuji dan disanjung tinggi kepada apa sahaja yang dilakukan. Faktor semulajadi manusia merasa seronok dan bangga menayangkan penampilannya kepada khalayak ramai dan memikir kan ingin menjadi idola kepada para peminatnya!
Jika dilihat dari sudut kemanfaatannya kepada pembangunan diri, adalah sukar nak dikategorokan sebagai cara yang terbaik untuk menampilkan diri sebagai idola. Setiap perlakuan yang mengiklankan kemegahan diri akan mengkufuri nikmat Allah yang dikurniakan kepada hambah-Nya. Apa yang wajar ada dalam pemikiran setiap individu adalah menghiasi diri dengan kesyukuran kerana dikurniakan wajah sedemikian rupa.
Kita berlakun untuk mendidik dan menyedarkan orang ramai cara bagaimana nak menyelesaikan sesuatu teka-teki kehidupan tetapi masalah berkenaan kurang ditekankan kepada pembangunan diri. Kita membimbing orang lain cara bagaimana hidup bermasyarakat tetapi bagaimana keadaan diri sendiri? Adakah agenda tersebut sudah diterjemahkan pada diri anda? Pepatah Melayu mengatakan seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul!”
Lakunan, pemangkin masyarakat Islam membelakangi ibadahnya. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan kepada umatnya untuk merebut yang lima sebelum yang lima datang. Visinya dalam pembangunan dunia ialah pergunakan masa dalam hidup sebaik mungkin dan jangan masa menggunakan kita. Masa dan usia, manusia seiring sejalan menuju distinasi mutlak yang ditentukan oleh Allah yang Maha Pencipta.
Hidup di dunia adalah peluang memperbaiki, serta mengumpul dana pahala sebagai bekalan hidup untuk menempuhi perjalanan seterunya menuju akhirat. Buaiyan dunia sudah sememangnya disediakan Allah untuk memberi kesempatan kepada hambah-Nya, memahami tanggungjawabnya sebagai kahlifah, di samping sebagai ujian Allah sejauh mana kefahaman dan kesukarannya menangani segala nikmat Allah berikan kepada hambahnya.
Segala bentuk hiburan, keseronokan, kebahagian dan keselesaan dalam menelusuri kehi- dupan di dunia adalah kekuasaan Allah mewujudkannya untuk menguji manusia tetang kecin- taannya terhadap dunia yang nyata berbanding dengan dunia akhirat yang berbentuk ghaib. Dengan pada itu manusia dibekalkan dengan segala fakulti dalaman pada diri setiap mukmin guna untuk menyedarkan diri tentang amalan-amalan yang berbentuk kufur atau bermanfaat kepada kehidupan manusia.
Faktor-faktor yang sentiasa mengelincirkan manusia dalam segala amalan pembangunan nya ialah kefasikan iblis yang telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan manusia dari keredhaan Allah atas segala amalannya. Dengan pada itu juga Allah bekalkan manusia dengan naluri instink yang berupa perasaan dalaman yang dikenali sebagai hawa nafsu terhadap sesuatu yang menggairahkan. Tetapi dengan pada itu manusia diberi jalan untuk mengelakkan diri dari terjebak dalam amalan yang megkufurkan akidah dengan kembali berpegang teguh kepada tali Allah (al-Qur’an) dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Hidup ini diibaratkan sepohon pokok.yang tinggi atau sepohon rumput yang merayap di atas tanah. Pokok yang tinggi menjulang ke langit mempunyai resiko tinggi ditumbang angin kencang
manakalah sepohon rumput pula tidak mempunyai masalah mengenai angin yang bertiup kencang tetapi bersedialah menerima najis yang dibuang oleh haiwan yang lalu lalang serta sentiasa dipijak-pijak oleh haiwan berbagai jenis.
Allah berfiman dalam al-Qur’an yang bermaksud “Baca (Iqra)” yang membawa maksud manusia wajar memahami mesej yang terucap oleh Allah iaitu al-Qur.an dan mesej yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini.
Kehadiran segala makluk yang ada dalam alam kehidupan mempunyai tamsil atau ajaran kepada manusia. Sepohon pokok itu memberi kefahaman kepada manusia bahawa jika anda inginkan pencapaian yang tinggi sebagai pemain dalam pembangunan umat, bersedialah mengalami kegagalan. Apa saja yang anda ceburi dalam mengolah kehidupan pasti ada sahaja yang menjadi masalah yang tidak menyenangkan anda.
Faktor-faktor yang membuat anda sentiasa dalam keadaan bermasalah mengolah agenda pembangunan disebabkan disiplin perlaksanaannya tidak dimurnikan dengan keredhaan Allah S.W.T. Allah itu Maha Kuasa dan Dialah bertanggunjawab terhadap segala-galanya dalam aktiviti kehidupan.
Seorang perniaga mendapat pulangan atau keuntungan yang lemayan dari aktiviti perniagaannya. Tetapi jika ibadah sembahyangnya menjadi asing baginya maka kebarakatan kepada hasil pendapatannya tidak menjadi manfaat dalam hidupnya. Walaupun pendapatannya lemayan tetapi penghasilan itu keluar seperti air yang mengalir keluar tidak diketahui ke mana hilangnya. Apa saja yang kita laksanakan, pemikiran anda wajar berkiblat kepada keredhaan Allah S.W.T. maka dengan cara demikian penampilan anda sebagai pemain dalam satu-satu aktiviti kehidupan sentiasa dilindungi Allah.
Aktiviti lakunan sentiasa mengambil sebahagian besar masa anda dalam sehari. Ini bermakna peruntukan masa untuk ibadah kepada yang Maha Pencipta menjadi mangsa dipinggir kan. Jika demikian keadaan hidup itu maka agenda pembangunan rohani terpaksa dikorbankan. Menjadikan pembangunan dunia sebagai keutamaan dalam kehidupan samalah dengan perinsip hidup seekor haiwan yang hidupnya hanya mencari makanan apabila perutnya merasa lapar.
Hidup ini memerlukan keikhlasan dalam perlaksanan pembangunan. Segalanya difikir kan sebagai sesuatu yang amat penting dalam melaksanakan perubahan. Tetapi dalam aktiviti lakunan ia dihidangkan sebagai satu budaya kehidupan yang direka sedemikian rupa seolah-olah ia telah berlaku atau belum berlaku dalam kehidupan sebenar.
Dalam memurnikan kehidupan di alam dunia, manusia diamanahkan sebagai pemain atau pelakun. Menjadi pemain atau pelakun yang terbaik dalam mentamadunkan kehidupan wajar dimurnikan dengan kesucian beragama kerana ia sebagai landasan menujuh redha Allah S.W.T. Apa yang seharusnya menjadi wawasan dalam pembangunan ummah ialah hubungan manusia dengan Allah yang dihiasi dengan hubungan anda dengan sesama insan.
Pelakun di pentas lakunan memerlukan kepekaan sosial sebagai nadi menghidupkan lakunan yang dipersembahkan. Sasaran kita ialah para penonton yang memerlukan suntikan ukhuwah kemanusiaan yang menjadi kekuatan menghidupkan lakunan yang di persembahkan. Di pehak pelakun pula wawasan yang mempengaruhi lakunannya ada empat. Pertama sebagai hiburan; kedua sebagai flatform pendidikan kepada masyarakat umum; ketiga sebagai kepuasan diri yang menimbulkan kegairahan dalam hidupnya; dan keempat ialah mendapat ganjaran berupa wang dari Pengarahnya.
Walau bagaimanapun pelakun atau pemain dalam alam kehidupan memerlukan kekuatan
iman kepada Allah S.W.T. Menjadi pemain yang terbaik dalam melahirkan tamadun kehidupan wajar dengan iman dan ketakwaan kepada yang Maha Pencipta. Sebagai pemain memurnikan alam kehidupan, wawasan yang mempengaruhi manusia untuk menjadi pemain yang baik ada empat:
Pertama memelihara hubungan manusia dengan Allah; kedua memurniakan hubungan anda dengan sesama insan; ketiga ialah mendapat dana pahala sebagai bekalan hidup di alam berikutnya (alam barzakh, dan alam akhirat, setelah selesai agenda di dunia); dan keempat ialah memelihara maruah diri di hadapan Allah S.W.T. yang menjadi pemangkin mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Jika dibandingkan kemanfaatan dalam kedua arena pembangunan, beberapa kesimpulan dapat kita perolehi. Menjadi pelakun di pentas perfiliman, tujuan utama pelakun ialah ganjaran dunia berupa wang dan menjadi idola kepada dunia perfiliman. Maka itu aktivitinya adalah pemangkin kepada membelakangi akidah.
Menjadi pemain atau pelakun dalam pembangunan ummah, kudrat kemanusiaan terpelihara di sisi Allah S.W.T. Kebajikan pembangunan rohani dan jasmani sentiasa mendapat jaminan dan keredhaan Allah S.W.T. Hubungan anda dengan alam akiharat (Allah) sentiasa terpelihara yang akan menjamin kemurnian hubungan anda dengan aktiviti keduniaan. Dengan memperolehi kemanfaatan tersebut manusia akan terdidik membudayakan hidup takwah dan tawadhu di hadapan Allah S.W.T.
Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam memurnikan kehidupannya. Tanggung jawab tersebut ialah mengenai kebajikan dunia dan tanggungjawab terhadap kebajikan akhirat. Kedua-dua alam tersebut kekuasaan mutlak ialah dari Allah S.W.T. Tanggungjawab anda di alam dunia ialah mengagamakan pembangunan atau dalam erti kata melaksanakan segala aktiviti kehidupan dengan kesucian beragama.
Semua aktiviti kehidupan merupakan ibadah kepada Allah maka itu setiap agenda yang kita laksaakan wajar dimurnikan dengan kesucian beragama. Dengan agama hidup menjadi terarah kerana kekuasaan Allah itu adalah menjadi mutlak dalam kehidupan. Kekuasaan kita terhadap diri sendiri sebenar tidak ada tanpa Allah S.W.T. Allah mewujudkan manusia dan Allahlah juga yang berwajar menyempurnakan kehidupan hambah-Nya dengan membekalkan segala fitrah sebagai fasiliti membina tamadun kehidupan.
Dalam diri setiap individu ada tiga fasiliti penting yang Allah telah bekalkan seperti otak untuk mengolah aktiviti kehidupan; hati untuk melihat fenomena alam yang gahib; dan kemahiran berfikir sebagai kekuatan diri mencari jawapan kepada segala permasalahan kehidu- pan. Fasiliti tersebut adalah kekuasaan Allah membekalkan kepada hambah-Nya. Mengapakah manusia mengkufuri ibadahnya apabila berhadapan dengan keseronokan dunia.
Lakunan adalah hiburan di pentas dunia maka itu mereka yang menceburi diri dalam dunia perfiliman sentiasa dihayalkan dengan keseronokan diri dibawa oleh adegan-adegan yang wajar diikuti seperti mana arahan dalam skrip yang telah disediakan. Harus faham bahawa lakunan adalah agenda yang memunikan pembangunan yang mendapat redha dari Allah S.W.T. Jika lakunan dikategorikan sebagai ibadah maka itu mengapakah manusia tergama membela- kangi akidah?
Penampilannya; pakaiannya; dan perwatakannya sebagai pelakun tidak memaparkan satu senario yang menggambarkan keislaman. Sebenarnya dunia perfiliman merupakan satu media yang amat sesuai untuk menyebarkan dakwa Islamiah kerana ia serupa dengan cara mengiklan kan komoditi yang mana penonton terpaksa mendengar dan melihat kesannya. Dekatkan diri mu kepada keredhaan Allah s.w.t. dalam apa sahaja anda laksanakan dan
jangan biarkan kesoronakan itu membawa anda ke lembah kehinaan. Hidup berpada-pada jangan sekali terdedah dengan mengkufuri kesucian beragama. Hidup tanpa kesucian beragama, siapalah kita!

Tuesday, November 17, 2009

KESAN GLOBALISASI KEPADA TAMADUN KEHIDUPAN (Disiarkan pada 14. 11. 2009)

Perkataan tamadun merangkumi tentang kebudayaan, kemajuaan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Tamadun berasal daripada perkataan Arab madana, madinah, madaniyyah bermaksud Bandar yang terbina melalui proses urbanisasi. Kemakmuran yang diambil daripada perkataan umran, dan istilah Peradaban yang merangkum maksud adab sopan dan tatasusila hidup yang baik serta keluhuran dan kehalusan budi.
Gabungan ketiga-tiga istilah iaitu tamadun, kemakmuran dan peradaban memberi makna sebuah masyarakat yang membangun melalui proses urbanisasi dengan nilai-nilai, adab-adab dan tatasusila hidup serta berbudi luhur. Jika istilah tamadun dilihat menurut perspektif Islam ia merangkumi pembangunn spiritual dan material secara serentak dan sepadu.1
Kehidupan beragama menjadi ciri terpenting masyarakat bertamadun. Kepercayan kepada wujudnya kuasa ghaib menjadi pemangkin kepada kawalan kehidupan manusia. Keperca yaan kepada kuasa ghaib juga menunjukkan manusia berfikir tentang keperluan spiritual mereka yang menjadi unsur terpenting wujud tamadun. Kemunculan rumah-rumah ibadah sebagai titik tolak kepada lahirnya sesebuah tamadun.
Urbanisasi sebagai salah satu ciri-ciri tamadun, kerana Bandar biasanya menjadi pusat berkumpulnya masyarakat. Di situ juga wujudnya rumah ibadah, institusi pendidikan, pusat upacara keagamaan, istana, golongan bangsawan, ahli-ahli perniagaan, bazaar, pusat membeli belah dan sebagainya. Kewujudan berbagai institusi dan golongan manusia di pelbagai peringakat menjadikan sesebuah masyarakat tersebut menjadi bertambah maju dan hidup secara harmoni. Keadaan ini memperlihatkan munculnya pengkhususan bidang-bidang perkerjaan dan system politik yang teratur dan perkembangan ekonomi yang pesat dan bertambah maju.
Perkembangan system teknologi maklumat juga memainkan peranan penting dalam usaha membawa kemajuan sesebuah tamadun. Sistem tersebut berkembang bagitu pesat selari dengan perkembangan kemajuan dunia hari ini menunjukkan bahawa, tamadun amat memerlu kan kecanggihan system komunikasi bagi menghadapi era globalisasi, dunia tanpa sempadan.2
Bagaimanapun kekuatan dan kestabilan politik dalam sesebuah negara amat berkait rapat dengan kebijaksanaan, kekuatan pertahanan dan keadilan para pemimpin dalam pemerintahan. Kewujudannyalah yang menentukan kelangsungan sesebuah tamadun.
Budaya globalisai atau dunia tanpa sempadan diperlukan dalam mengubah sinario pembangunan manusia sejagat demi meningkatkan tamadun kehidupan. Walau bagaimana pun kecanggihan sains dan teknologi akan melahirkan satu budaya yang akan bertententangan dengan pembangunan rohani para pengguna.
Sesuatu fenomena yang bercirikan kecanggihan teknologi mempunyai elemen-elemen yang melahirkan kesan negatif kepada pembangunan tamadun. Ini berlaku disebabkan hidangan-hidangan yang merosakkan system dan ciri-ciri tamadun kehidupan masyarakat mukmin yang sudah sedia ada. Masyarakat Malaysia terbentuk dalam berbagai suku bangsa, agama dan kepercayaan. Maka itu adalah menjadi kesukaran untuk mengawal dan mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dari dicemari oleh elemen-elemen yang meng- kufurkan kesucian beragama sebagai teras kehidupan bertamadun.
Globalisasi adalah satu peluang atau strategi masyarakat Barat untuk menjual teknologi nya kepada manusia sejagat sebagai usaha mengkeristiankan dunia Islam terutama sekali para remaja yang masih mencari-cari identiti diri mereka.
Agama yang memurnikan penampilan individu muslim sudah tidak bertahan lagi untuk
mengawal keinginan manusia menyertai dunia kekufuran. Amat merumitkan lagi ialah ibubapa
para remaja turut sama menjadi pelanggan kepada hidangan dunia tanpa sempadan.
Ramai masyarakat mukmin melihat pembangunan sosial yang dibawa oleh dunia tanpa sempadan, bercirikan kemurnian dunia lebih dominan berbanding dengan pembangunan ukhrowi. Maka itu ia menjadi keutamaan manusia dalam pembangunan hidup bahagia yang diserikan dengan kemunculan kecanggihan sains dan teknologi sebagai pemudaracara dalam semua urusan pembangunan. Fenomena tersebut mudah meresap dalam masyarakat manusia terutama sekali mereka yang imannya kepada Allah tidak menentu.
Dunia tanpa sempadan mempunyai mesej yang universal merangkumi ciri-ciri pembangu nan dunia dan ukhrowi serentak. Oleh sebab pembangunan dunia lebih menyerlah kerana dekat dengan amalan manusia yang jelas maka pembangunan ukhrowi yang berupa ghaib dan tidak dapat dilihat dan dirasi kesannya menjadi sempadan sahaja.
Ramai ibubapa memilih pembangunan material/fisikal daripada pembangunan spiritual atau kerohanian dalam mengilmukan anak-anak mereka. Akibat dari itu anaka-anak remaja adalah celek computer tetapi buta membaca al-Qur’an sebagai sumber ilmu dunia dan akhirat. Dokumen wahyu atau al-Qur’an tersebut merupakan perlembagaan pembangunan manusia sejagat. Allah turunkan dokumen itu ke dunia untuk memperbetulkan landasan kehidupan manusia yang memerlukan pembangunan dunia dan pembangunan akhirat.
Allah S.W.T. mengamanahkan manusia sebagai kahlifah di muka bumi ini, maka itu tanggungjawabnya ialah memakmurkan pembangunan kehidupan dunia dan akhrat sejajar dengan fitrah manusia sebagai hambah Allah. Kehidupan dunia diibaratkan sebagai satu ladang yang memerlukan usaha anda untuk diterokai supaya mendapat peghasilan demi kemanfatan kehidupan dunia.
Globalisasi menghalalkan dunia kekufuran jika ia disalahgunakan sehingga mengakibat kan kemiskinan sama ada dari segi ekonomi mahupun ilmu tauhid. Oleh sebab itu wajar mena- nganinya dengan berhati-hati dan mestilah sentiasa berwaspada terhadap akibat buruk dan seterusnya bersedia mengambil langkah pembetulannya.
Dr. Mahathir Muhamad, mantan Perdana Menteri Malaysia banyak menumpukan pemikirannya kepada globalisasi dan perkongsian pintar sebagaimana yang terpancar dalam beberapa ucapan beliau tentang perkara ini. Beliau merupakan penceramah tetap tentang globalisasi dan perkongsian pintar di forum kebangsaan dan juga antarabangsa.
Dr. Mahathir menggambarkan keadaan sebenar yang mungkin tentang natijah globalisasi ini jika tafsiran globalisasi yang ada pada hari ini diterima tanpa banyak soal jawab. Seperti agama besar dan ideology yang lain, globalisasi dapat mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik lagi. Tetapi beliau memberi amaran bahawa globalisasi juga boleh disalahgunakan mengakibat kan backlash atau tindakan balas yang ganas kepada pembangunan Sosial.3
Dari segi perkembangan pembangunan sosial dunia tanpa sempadan sentiasa terdedah dengan elemen-elemen yang membawa kekufuran kepada akidah tauhid yang dibawa oleh negara-negara Barat yang tidak seirama dengan akidah Islam. Akibatnya Islam menjadi jenama semata tanpa roh dalam tamadun masyarakat yang membangun.
Kehebatan sains dan teknologi masa kini mendominasikan agenda yang ditayangkan oleh media eletronik seperti televisyen yang menggemparkan masyarakat remaja untuk mencontohi tanpa memikirkan kemanfaatannya kepada pembangunan rohani. Para wanita berpakaian seperti
mana sewajarnya sebagai seorang Islam, malang ia kelihatan lebih daripada fesyen kerana membungkus badannya seperti membungkus buah nangka.
Ia kelihatan bentuk badanya lebih jelas seolah-olah tanpa penutupnya. Amat anih sekali ialah di bahagian kepala dibungkus juga menjadi kelihatan seperti patung terutama sekali apabila ia membuat persembahan di atas pentas dengan lenggang lengoknya menggerakkan punggung seolah-olah menaikkan syahwat para penonton.
Antara fesyen pakaian Barat yang menjadi fesyen masyarakat Islam masa kini ialah yang dikenali sebagai low cutting di bahagian dada. Apakah yang ditayangkan dengan fesyen tersebut? Ini bukanlah pakaian yang dihalal oleh Islam tetapi dihalakan oleh dunia tanpa sempadan.
Apabila manusia membuat sesuatu yang bertentangan dengan kebersihan beragama, ia merasa jijik pada mulanya tetapi apabila sudah terbiasa dengannya, kejijikan itu akan hilang dalam perasaanya kerana didorong oleh rakan lain yang berbuat serupa. Mengambil contoh yang rengan sahaja; semasa Nabi Adam disingkir oleh Allah dari syurga kerana telah mengkufuri arahan Allah supaya jangan mendekati buah terlarang itu, maka Nabi Adam turun ke bumi dan merasa amat seksa kerana mencium bau bumi yang amat menggerunkan perasaannya. Tetapi apa nak buat sudah nasi menjadi bubur terpaksa diharunginya. Tetapi lama kelemahan bau busuk tanah itu menjadi sebati dengan perasaan Nabi Adam dan tidak menjadi masalahnya lagi.
Demikanlah gejala-gejala sosial yang bertentangan dengan akidah Islam yang dibawa oleh dunia globalisasi. Masyarakat Islam terutama sekali para pemimpin menghalalkannya atas sebab disandarkan kepada dunia moden. Adakah dunia moden yang difahami itu mempamirkan ciri-ciri tamadun kehidupan masyarakat mukmin?
Untuk mendapatkan jawapan yang benar, harus kembali kepada tali Allah iaitu al-Qur’an nul Karim. Dokumen wahyu tersebut diturunkan oleh Allah sebagai lambang kemakmuran hidup manusia. Maka itu tidak ada kekuasan manusia untuk mengubahnya dalam hidup bertamadun di alam dunia.
Apabila kita mengkufuri kuderat kemanusiaan dengan mengetegankan alasan kemodenan dunia maka tungguh sahajalah balak yang diturunkan oleh Allah. Bencana Allah seri berganti di seluruh dunia terutama sekali negara-negara yang mengamalakan kemodenan dan membelakangi kemurnian beragama. Gempa bumi, tsunami, banjir, api, putting beliung yang dasyat yang boleh mencabut dan mengangkat sebuah rumah seperti yang berlaku di negara Amerika Syarikat, kelaparan dan sebagainya adalah antara bencana yang Allah turunkan kepada manusia.
Globalisai mementingkan perkembangan politik dalam sinaro pembangunan dunia sejagat. Bagitu juga kerenah-karenah yang mendominasikan politik tanah air. Menghalakan cara atas alasan kemodenan dunia menjadi strategi pemimpin untuk mendapatkan simpati dari rakyat jelata. Akibatnya ialah kemusnahan pembangunan rohani akan diterima oleh rakyat.
Kepentingan dunia hanya sebatas umur dan yang paling parah sekali ialah apabila pembangunan yang megkufuri dunia Islam yang diamalkan oleh pemimpin tertentu maka ia akan dipusakai oleh generasi pelapis yang akan menjadi pemimpin negara.

1 Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad; Nik Kamaliah Nik Abdullah: KENALI TAMADUN (AL-HADARAH) h. 1
2 Ibid h 6 – 7
3 Dr. Mahathir Muhammad. Globalisasi Perkonsian Pintar dan Kerajaan. UiTM 2003 h. Prakata.

DUNIA TANPA SEMPADAN MENGKUFURKAN KESUCIAN BERAGAMA (Disiarkan pada 7. 11. 2009)

Islam adalah agama Allah yang dicipta-Nya untuk makluk manusia.(Al-Maaidah ayat (5) 3. Dokumen wahyu yang diturunkan Allah kepada manusia (Muhammad) merupakan resalah tauhid dan perlembagaan pembangunan Islam sebagai cara hidup manusia. Maka itu Al-Qur’an (dokumen wahyu) adalah sebagai roh bagi orang beriman kepada Allah S.W.T..

Roh atau nyawa adalah sesuatu yang bersifat abstrak atau maknawi. Ia tidak boleh di sentuh oleh deria atau pancaindera. Tetapi ia boleh dikesan dengan rasa ataupun dirasakan dengan hati.

Sebagaimana manusia akan mati jika roh atau nyawanya telah keluar daripada jasad, bagitu juga seseorang akan mati hati dan jiwanya sekiranya tidak lagi menjadikan al-Qur,an sebagai roh. Berkaitan dengan al-Qur’an yang menjadi roh bagi orang-orang yang beriman ini, Allah S.W.T. berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepada mu roh (al-Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah kitab (al-Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Qur’an itu cahayanya, yang kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hambah-hambah Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus,(iaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah bahawa kepada Allah-lah kembali semua urusan.” (As-Syura: 52 – 53.

Kewujudan globalisasi atau dunia tanpa sempadan menghalalkan kebebasan menyalurkan pembangunan sosial ala Barat sebagai satu agenda yang mengkufurkan kesucian beragama. Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi mempunyai kemanfaatan kepada pembangunan ekonomi sejagat kerana mewujudkan unsur kerjasama, iaitu falsafah menang-menang yang mendasari konsep perkongsian pintar.

Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Muhammad, “system ekonomi global hari ini bukan lagi suatu rantaian ringkas kesan sehala, tetapi suatu jaringan perhubungan timbal-balas yang kompleks.” Perkongsian pintar adalah tentang perkonsian secara adil dan saksama. Dengan berasaskan idea menang-menang dan memakmurkan jiran anda, ia berteraskan nilai sejagat seperti perasaan percaya-mempercayi, hormat-menghormati, faham memahami, niat baik dan jujur. Satu contoh yang baik ialah konsep Persyarikatan Malaysia dan Barisan Nasional telah menunjukkan kejayaan perkongsian pintar itu.

Walau bagaimana pun setiap yang baik itu tidak semuanya menelurkan kemanfaatan kepada pembangunan manusia seutuhnya. Dalam satu pehak mempunyai agendanya yang berunsur positif tetapi di pehak lain pula mengambil kesempatan untuk turut sama melakarkan satu senario pembangunan kehidupan yang mengkufurkan kesucian beragama.

Pembanguan dunia yang berupa sementara itu wajar seirama dengan pembangunan akhirat yang kekal dan abadi. Maka dengan itu menjadi tanggungjawab setiap individu memeli- hara kebajikan rohani lebih diutamakan daripada kebajikan jasmani. Dengan berbuat demikian akan menjamin kebahagiaan hidup di kedua-dua alam dunia dan akhirat.

Jika pembangunan akhirat diutamakan maka jaminan pembangunan dunia turut sama terbela dan terpelihara. Tetapi jika pembangunan dunia diutamakan maka buayan dunia akan memesongkan manusia dari landasan hidup yang diredhai Allah S.W.T. kelak mengkufurkan kesucian beragama.

Pembangunan sosial menjadi agenda utama dalam era globalisasi agar manusia dapat mengenali dirinya sebagai pemain dalam dunia sains dan teknologi. Sains dan teknologi itu, adalah satu alat sebagai pemudacara manusia memahami ciri-ciri pembanguan tamadun sejajar dengan keadaan semasa. Manakalah ilmu agama merupakan satu disiplin tamadun untuk mengenali diri sebagai pemain dalam arena memurnikan kehidupan dan juga mendekatkan diri kepada zat yang Maha Pencipta. Keunggulan manusia dalam memahami dan mentafsirkan agenda yang mendominasikan pembangunan akhlak manusia, disebabkan kehadiran akal dan fikiran.

Jika fakulti akal dan kemahiran berfikir yang dimurnikan dengan iman kepada Allah, tidak dijadikan kekuatan diri dalam melaksanakan ibadah yang berunsurkan pembangunan rohani maka segala hidangan dunia menjadi pemangkin kepada kekufuran kesucian beragama. Tugas utama setiap insan demi memelihara keutuhan hidup bermasyarakat ialah mencapai keredhaan Allah S.W.T. pada setiap agenda yang diselenggarakan. Pemikiran yang hanya memfokoskan kepada kesoronokan hidup dunia semata akan menghalalkan segala aktiviti yang bertentangan dengan kemurnian Islam sebagai cara hidup.

Kecanggihan sains dan teknologi memaksa manusia mewujudkan dunia tanpa sempadan. Pada hakikatnya kewujudan fenomena tersebut sudah menjadi kewajaran dalam memurnikan pembangunan tamadun. Walau bagaimanapun, apa yang menjadi keutamaan dalam hidup ialah kemurnian hubungan manusia dengan sang Pencipta, kelak menyebabkan jiwa manusia terbina dengan sifat-sifat ikhlas dalam semua aktiviti ibadah, sabar dalam menempuh halangan, berpada dengan apa yang ada, tahu bersyukur dan berterima kasih atas segala pemberian yang diterima.

Apakah elemen-elemen yang dihidangkan oleh globaisasi atau dunia tanpa sempadan yang mengkufurkan umat mukmin memelihara kesucian beragama? Melihat kepada beberapa dasar penting yang diletakkan sebagai asas-asas kepada binaan sesebuah tamadun Islamdapat dirasakan bahawa ciri-ciri dan sifat-sifat tamadun Islamitu suatu yang boleh memberi gambaran yang jelas mengenainya. Antara ciri-cirinya ialah keagamaan, bersumber ajaran wahyu, menepati kehendak fitrah manusia, dan sejagat, mutlak dan tetap. Mengkufuri ciri-ciri tersebut merupakan hidangan dunia tanpa sempadan yang dibawa oleh dunia Barat.

Ciri-ciri keagamaan dapat dilihat kepada penekanan yang diberi oleh tamadun Islam terhadap asas utamanya ialah ajaran tauhid (mengimani dan meyakini keEsaan Allah S.W.T. sebagai Tuhan yang maha berkuasa Mencipta, Menguasai, Mentadbir, dan mengatur perjalanan seluruhnya. Umat manusia sebagai sebahagian komponen alam saghir (kecil) yang diciptakan dikehendaki menerima ketentuan serta kewajipan untuk tunduk patuh kepada segala arahan wahyu yang disampaikan melalui Rasul-Nya S.A.W.

Bersumber kepada ajaran wahyu dapat diperhatikan kepada sumber mutlaknya ialah al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan kepada pemikiran manusia atau berasaskan mana-mana keper- cayaan dan pengalaman tamadun dunia. Manakala ijtihad dan pengalaman tamadun asing hanyalah sebagai sumber tafsiran yang tidak boleh lari daripada garis panduan asal yang termak- tub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Jestru semua bentuk pencapaian dan kemajuan dalam Tamadun Islam, bernaung di bawah kesatuan ‘aqidah, keyakinan dan kefahaman yang sama melalui ajaran tauhid, (keesaan Allah S.W.T.)

Menepati kehendaki fitrah manusia memperlihatkan bahawa tuntutan pembangunan dan kemajuan tamadun Islam adalah bertepatan dengan kehendak naluri manusia yang menitik beratkan spiritual, emosional dan moral berbanding fisikal dan material. Tamdun yang dibangunkan secara pincang dan menitikberatkan aspek material berbanding spiritual hanya dapat memenuhi tuntutan hawa nafsu dan tidak berlandaskan ilmu dan ilham. Oleh itu tamadun Islammeletakkan tujuan pembinaannya adalah taqwa dan keredhaan Allah S.W.T bukan keingi- nan hawa nafsu manusia.

Ciri sejagat, mutlak dan tetap menjelaskan bahawa Tamadun Islamtidak mungkin berlaku perubahan dari sudut garis panduannya. Pertukaran zaman, perubahan geografi dan sebagainya tidak mungkin mengubah haluan matlamat dan paradigmanya. Ini disebabkan mutlaknya bukan pemikiran manusia yang sering mengalami kebuntuhan dan kecelaruan, tetapi sentiasa segar dan

bertenaga walaupun mengalami perubahan masa dan geografi. Inilah rahsia di sebalik kenyataan tegas yang terkandung dalam firman Allah yang bermksud:

“(Setelah jelas kesesatan dan syrik itu), maka hadapkanlah dirimu (dan pengikut-pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) “agama Allah” iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dengan keadaan yang bersedia dari mula jadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah S.W.T. itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”. (al-Rum 30)

Hadapkan dirimu kepada agama, dalam keadaan lurus bermaksud berjalanlah tetap di atas jalan agama yang telah dijadikan syariat oleh Allah untuk engkau. Agama itu adalah agama yang disebut Hanif, yang sama ertinya dengan al-Mustaqim, iaitu LURUS. Dijelaskan bahawa yang ditegakkan oleh Muhammad sekarang ini ialah agama Hanif itu, atau Ash-Shirathal Mustaqim itu, yang sudah banyak diselewingkan atau dbelokkan dari tujuan semula oleh anak cucunya Nabi Adam iaitu manusia masa kini.

Kecanggihan sains dan teknologi yang melahirkan dunia tanpa sempadan telah membawa budaya kehidupan yang membelakangi kesucian beragama. Pencemaran kesucian beragama umat Islam dapat kita saksikan dalam berbagai sudut kelak melahirkan masyarakat yang berjenama Islam tetapi telah menyeliweng dari dari landasan tauhid yang sebenar.

Mengagamakan ilmu yang menjadi bahan pembangunan insan bercelaru dengan keseronokan pebangunan dunia tanpa sempadan. Anak-anak yang masih rebung dihiasi dengan keadaan pembangunan dunia yang membawa manusia berjalan di atas landasan yang bengkok kononnya hendak menguji bakat. Menghiasi hidup ini dengan galak ketawa dan tempik sorak sehingga mengeluarkan urat lehir, yang tidak ada sandaranya kepada pembangunan rohani akan membentuk insan yang kiblat pemikirannya hanya kepada dunia tanpa sempadan kepada segala kekufuran.

Generasi masa kini, kita dapat saksikan budaya MALU itu sudah menjadi pinggiran. Manusia terbentuk tanpa perasaan malu disebabkan dalam kandungan ibu sudah disebatikan dengan unsur-unsur keganasan; hakisan dari film atau lakunan dalam televisyen yang bercirikan keganasan atau keruntuhan moral yang secara kebetulan menjadi program kegemaran ibu mengandung.

Mementingkan dunia tanpa sempadan, ramai ibubapa inginkan anaknya celek computer tetapi buta membaca al-Qur.an. Komputer, sains dan teknologi diibaratkan sebagai menanam rumput yang bagaimanapun padi tidak akan tumbuh sama. Tetapi mendidik anak dengan agama atau ilmu akaidah, adalah seperti kita menanam padi, tanpa diundang rumput akan turut tumbuh sama. Maksud di situ ialah mendidik anak dengan kemurnian beragama (ilmu akhirat) akan dengan sendirnnya memurnikan pembangunan dunia tanpa sempadan kerana sudah mempunyai saringan atau filternya untuk memahami antara yang kufur dengan wajib.

Budaya globalisasi atau dunia tanpa sempadan membina kehidupan dunia bagikan syurga dan penggunanya tidak bersedia menghadapi kehidupan akhirat maka itu sangat takut berpisah dengan dunia. Generasi mukmin melihat pembangunan dunia itu bagikan neraka kerana ciri-ciri kemodenannya tidak menunjukkan kemanfaatan hidup di akhirat nanti.

Allah berfirman: “Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian.”Al-Ashr, (103) 1 – 2. Hidangan-hidangan televisyen yang membawa kesonokan kepada penonton yang setia mengikuti program yang diminatinya, sentiasa mengalami pembaziran masa kelak membelakangi ibadah nya untuk menunaikan solat wijab lima waktu sehari semalam.

Baginda Rasul Nabi Muhammad saw menyarankan supaya buatlah yang lima sebelum yang lima datang. Kemanfaatan menggunakan masa membina insan yang sentiasa tahu diri dan tanggungjawabnya di hadapan Allah S.W.T. Saranan demikian mendidik kita mengenai tang gungjawab sebagai kahlifah di muka bumi ini. Ambillah kesempatan atau masa yang ada dalam hidup untuk meningkatkan amal jariah yang menjadi jaminan syurga nanti. Insallah!

Thursday, November 5, 2009

TANGGUGJAWAB SEBAGAI PENGGUNA GLOBALISASI (Diterbitkan pada 31. 10.2009)


Dunia tanpa sempadan merupakan satu sinario perubahan tamadun kehidupan manusia sejagat. Dalam usaha membawa perubahan sesebuah masyarakat  menurut perspektif Islam, lebih-lebih lagi di peringkat negara dan ummah, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran sama ada cabaran dalaman atau cabaran luaran.

                Cabaran dalaman adalah merupakan cabaran yang paling utama dalam usaha merealisasi kan Tamdun Islam dalam sesebuah masyarakat dan negara. Antara cabaran dalaman yang dimak- sudkan ialah Islam tidak difahami secara menyeluruh. Penghayatan umat Islam terhadap  ajaran agama mereka telah banyak menyimpang dari landasan. Kebanyakan mereka yang menganut Islam adalah disebabkan oleh agama keturunan.1

                Sinario tersebut  menjadikan mereka penganut agama warisan peninggalan datuk-nenek, bukan atas dasar kesedaran dan pilihan sendiri. Gejala ini berlaku disebabkan kesan penjajahan Barat yang disalurkan melalui sains dan teknologi, di mana asimilisasi budaya antara tuntutan ‘aqidah Islamiyya dan idelogi moden Barat; antara tuntutan syari’at Islam dan budaya hidup jahiliah dan juga antara tuntutan akhlak Islamiah dan moral jahiliah. Kehidupan seperti ini  sudah tentu mengelirukan. Barangkali inilah suasana yang disifatkan oleh Rasululah s.a.w. sebagai zaman fitnah dalam suatu sabda yang bermaksud:

                “Segaralah kamu mengerjakan amal-amal kebajikan, sesungguhnya fitnah akan datang menimpa kamu seperti kedatangan potongan malam yang gelap, di mana pada waktu itu kamu akan dapati seseorang beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang,  beriman pada waktu petang dan kufur kembali pada waktu pagi, mereka sanggup menjual agama dengan kebendaan dunia. (al-Hadith)

                Demikian jug sabda baginda s.a.w. yang bermaksud:

                “Akan datang kepada manusia suatu zaman, di mana al-Qur’an hanya tinggal tulisan, Islam hanya tinggal nama, masjid-masjid dihiasi indah tetapi jauh daripada hidayah Allah, sementara ulama mereka pula banyak yang  jahat menjadi  makluk perosak yang berada di bawah langit”

                Adakah zaman yang dimaksudkan Baginda Rasul s.a.w. itu, telah  sampai tiba sekarang atau masih belum? Barangkali ada yang sanggup mengatakan  masih belum, kerana masih ramai yang suka membaca al-Qur’an mala ada juga yang menghafalnya. Namun Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan seterusnya:

                “Sesungguhnya ikatan Islam akan  terungkai daripada diri seseorang  muslim satu demi satu. Setiap kali berlakunya ungkaian  itu, dia akan berpegang kepada ikatan yang masih ada sehingga tidak ada lagi ikatan yang tinggal. Ikatan yang paling awal terungkai ialah al-hukum (hukum-akam/halal-haram) dan yang paling akhirnya ialah solat”

                Kalau solat yang paling akhir terungkai dari diri seseorang muslim, bukankan ini bererti orang yang meningglkan solat dengan segaja itu telah terpisah  antara dirinya  dengan Islam yang didakwa sebagai  agamanya? Kalau situasi ini wujud dalam masyarakat Islam hari ini, bukankah ia telah menyamai dengan maksud sabdaan baginda di atas? Suatu penyataan yang jelas daripada baginda s.a.w:

                “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia  telah melakukan kekufuran dengan nyata”

                Kalau inilah landasan  yang mesti dipegang, bermakna zaman kita  hari ini memang betul-betul zaman fitnah yang menyukarkan seseorang yang celek ilmu agama, jauh dari al-Qur’an dan tidak kuat berpegang kepada perintah agama untuk melihat  Islam dalam erti yang seumpamanya.

Di zaman sains dan teknologi ini yang diterajui oleh masyarakat Barat tidak banyak yang kita boleh buat untuk menyesuaikan keadaan selain hanya sebagai penonton dan pengguna budaya globalisasi. Ramai orang lebih suka sebagai penonton kepada hidangan-hidangan sains dan teknologi dan hanya segelintir sahaja yang menjadi pengguna bijaksana dan celek teknologi.

                Hal demikian berlaku disebabkan kedatangan fenomena tersebut secara mendadak maka itu masyarakat Islam mengalami kujutan budaya teknologi. Selain dari paparan sains dan teknologi dalam kaca televisyen budaya Barat turut sama mengiurkan penonton dan mengikuti apa yang kebudayaan Barat semaikan kepada masyrakat dunia. Sebagai contoh yang mudah sahaja, budaya Melayu (Islam) apabila besua hendaklah bersalaman tangan tetapi kini sudah berubah kepada menampar tapak tangan yang difahami sebagai menanda kesyukurannya terhadap sesuatu kejayan yang diperolehinya.

                Satu jenis sukan yang dikenali sebagai teli matcah, sukan gelak ketawa yang diperkenal kan dunia Barat, masyarakat Malaysia sedang asik meniru yang membuat anak remaja dan anak-anak yang masih rebung lupakan diri apabila menontonnya. Program macam-macam Asnil sebagai contoh, tidak ada yang boleh membina akhlak anak-anak yang masih rebung selain dari ketawa dan bertempik sorak menandakan keasikannya menyaksikan gelagat-gelagat yang dipersembahkan oleh pelakun.

                Tahukah anda semasa Allah singkirkan iblis dari syurga kerana gara-gara tidak meng-hormati manusia (Adam) sebagai makluk Allah yang berilmu. Iblis bertepuk tangan dan ketawa kerana merasa kelucun terhadap Adam yang Allah pimpin menjadi makluk yang pintar. Orang yang bertepuk tangan atas kelucuan terhadap sesuatu perlakuan adalah sahabat iblis. Lakunan-lakunan yang dipaparkan dalam kaca televisyen tidak banyak mendidik anak selain dari ketawa dan berteriak, yang memungkin lupa dirinya sebagai seorang muslim.

                Dalam lakunan tersebut tidak ada kata-kata yang diucapkan dengan nada yang perlahan selain berteriak sampai keluar urat lehirnya maka itu yang mendengar membalasnya dengan ketawa berterikan juga entah kelucuan atau hanya mengikuti orang lain berbuat demikian. Apakah akibatnya nanti apabila anak itu terdidik dengan budaya berteriak setiap kali menyaksikan sesuatu perlakuan?

                Satu perkara yang sangat mengaibkan kepada pembangunan insan ialah penonton mahu pun pelakunnya yang sedang hamil turut sama menyertai lakunan yang penuh dengan gelak ketawa. Anda harus faham bahawa pembangunan insan bermula dari rahim ibu. Apa yang ibubapa buat  akan menjadi bahan untuk bayi itu membesar apabila lehir kelak. Sebagai contoh yang mudah sahaja, apabila si ibu atau suaminya mengatakan atau mentertawa kepada kelucuan perwatakan orang yang kurang upaya, maka apabila anak itu lahir sifatnya seperti orang yang menjadi bahan kelucual kedua ibubapa tadi. 

Islam tidak mendidik insan untuk menggunakan kemahiran berteriak apabila ketawa. Malah Islam mahukan anak itu terdidik dengan sopan santun dan berakhlak mulia dengan perwatakan sesuai dalam pandangan Islam. Jika anak itu terdidik dengan cara yang kasar dan tidak didedahkan kepada penampilan yang mulia, maka tungguh sahajalah sehingga menjadi remaja atau dewasa bagaimana penampilannya nanti!

Umat Islam dalam menangani dunia yang diwarnai oleh sains, melihat agama terbatas kepada aspek-aspek Ibadah Khusus semata-mata. Sebahagian lain pula hanya sekadar menampil kannya dalam bentuk slogan dan retorik semata-mata. Sedangkan Islam perlu diketengahkan sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh  meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia. Islam berkemampuan menyelesaikan bukan hanya  permasalahan peringkat peribadi, tetapi juga menggarap persoalan keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Oleh itu, agenda pembangunan ummah, peradaban bangsa dan keutuhan bangsa perlu digarap dalam agenda perjuangan.

Islam hari ini suduah dilihat sebagai faktor pencetus kemunduran dan keganasan. Islam sudah dipejabtkan. Seolah-olahnaya Islam hanya bergelar di sekitar masjid yang menjurus dalam soal sembahyang. kematian, puasa, haji, zikir, dam seumpamanya. Persoalan teknologi, keilmuan, sosial, ekonomi, politik malah seluruh urusan keduniaan sudah dianggap tidak ada perkaitan dengan urusan Islam.

Penjajah barat telah berjaya melahirkan sebahagian masyarakat Malaysia yang mema- hami Islam  dalam bentuk yang terpisah antara persoalan dunia dan akhirat. Orintalis baru ala barat  digunakan sebagai jalan pendek kepada perubahan sosial dan menjadi alat utama bagi melemahkan perasaan kegamaan dan memperkuatkan sikap-sikap sekularis.2

Keadaan demikian berlaku disebabkan pendidikan yang tidak bersepadu antara pem- bangunan dunia dengan pembangunan akhirat, kebanyakan tidak menghormati nilai-nilai agama dan tradisi bangsa. Malah mereka  merasa bangga dengan mengikuti  jejak langkah  dan cara hidup barat. Sedangkan golongan yang menerima pendidikan agama masih cintakan agama dan tradisi bangsa. Perbezaan ini melahirkn pertembungan yang berpanjangan dalam kehidupan.  Demikianlah ciri-ciri pembangunan manusia yang dipelopori oleh budaya globalisasi.

Dunia seni difahami sebagai faktor mengindahkan kehidupan. Tetapi keindahan hidup dan kehidupan tidak menjelma tanpa kemurnian beragama kerana hidup beragama menjadikan pembangunan itu terarah kepada landasan yang diredhai Allah S.W.T. Agama merupakan satu faktor yang  menjadi elemen untuk memahami kesesuai fenomena berkenaan kepada pembangu- nan ummah. Dalam erti kata lain agama adalah alat untuk menyaring atau filter kepada pembangunan yang berunsukan sekular.

Dalam era globalisasi masa kini generasi mudah terdedah sangat kepada fenomena tersebut maka itu menjadi tanggungjawab ibubapa sebagai pemimpin dalam keluarga untuk mengagamakan budaya-budaya barat yang datang  melalui pintu tanpa sempadan. Oleh yang demikian adalah menjadi agenda utama ibubapa dalam membangunkan zuriatnya bermura dari diri sendiri. Jangan menjadi falsafah hidup ketam mengajar anaknya berjalan betul!   

Sinario dunia Islam masa kini, menjelang zaman moden  menguasai  dunia, iaitu akhir abad 13H dan awal abad 14H/19 dan 20M. Dunia Islam dicabar oleh kebangkitan  kuasa Eropah. Umat Islam terpaksa menghadapi cabaran baru yang bersifat luaran dan dalaman secara serentak. Cabaran-cabaran inilah  yang menggambarkan  reality sebenar sinario Dunia Islam menjelang zaman moden.

Pembangunan yang dibawa oleh dunia tanpa sempadan, umat Islam dihinggapai penyakit terlalu cintakan dunia dan bencikan syahid. Fenomena ini wujud adalah diakibatkan oleh pengaruh Tamadun Barat yang mendominasi dunia Timur. Rentetan daripada itu, umat Islam kehilangan identiti dan jati diri, mudah hanyut, hidup tidak berprinsip. Para pemimpin pula hidup berpoya-poya, kekayaan negara berlegar di kalangan orang-orang kaya dan berkedudukan. Golongan inilah yang mempengaruhi  keidupan, menyebabkan dunia hiburan dan hedonism semakin berkembang sehingga lupa saat perpisahan dengan dunia. 3

 

1   Nik Mohd Rosdi Nik  Ahmad, Nik Kamaliah.  KENALILAH TAMADUN (AL-HADHARAH) Pusat Penerbitan

     Universiti (UPENA)) Universiti Teknoogi MARA * SHAH ALAM * 2008.

2    Prof. Mohd Kamal Hasan 1987:3

3  Nik Mohd Rosdi Nik  Ahmad, Nik Kamaliah Nik Abdullah: KENALILAH TAMADUN(Al-Hadharah) Universiti   

   Teknologi MARA* SHAH ALAM* 2008 h. 182