Saturday, December 12, 2009

PENGUASAAN KEMAHIRAN 3M MERUPAKAN IBADAH KERANA ALLAH (Disiarkan pada 12. 12. 2009)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menggantikan system yang lama (KLSR), menitik beratkan penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Tiga komponen pembelajaran ini merupakan kemahiran asas seorang insan dalam memahami fenomena kehidupan di alam dunia.
Firman Allah yang pertama yang diturukan kepada manusia yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam perantaraan malaikat Jibril, ialah “Iqra” iaitu bacalah, walaupun baginda tidak dapat berbuat demikian kerana beliau adalah dalam keadaan ummi. Oleh sebab membaca itu adalah seruan dari yang Maha Pencipta kepada hambah-Nya, maka ia menjadi ibadah kepada setiap manusia yang lahir di alam dunia ini untuk membolehkannya memurnikan kehidupan yang diredhai Allah S.W.T.
Membaca adalah satu kemahiran cara berkemunikasi antara diri anda dengan alam kehidupan demi mendapatkan satu kefahaman mengenai fenomena kehidupan yang akan di terjemahkan kepada amalan, kelak mewujudkan satu perubahan atau pembaharuan kepada keadaan hidup yang sesuai dengan fitrah manusia sebagai pengguna. Untuk membolehkan seseorang itu membaca, ia memerlukan beberapa fakulti dalaman yang dikenali sebagai fitrah Allah agar kelangsungan pembelajaran itu dapat berlaku.
Fakulti dalaman yang terlibat langsung dalam kemahiran membaca ialah mata, otak, dan hati yang melahirkan rasa keingian dan kemahuan. Jika ada di antara fakulti tersebut tidak ada atau cacat maka sukar bagi seseorang itu hendak melaksanakan kemahiran membaca kecuali fakulti mata yang boleh menggunakan deriah sentuhan dengan jari seperti halnya pembelajaran menggunakan system Braille. Kesemua fakulti tersebut adalah fitrah Allah yang dibekalkan kepada manusia sebagai kesempurnaan hidup yang membawa darjat dan kudrat kemanusiaan sebagai hambah Allah.
Teknologi Allah dalam membentuk manusia jauh lebih canggih berbanding ilmu manusia yang dikenali sebagai sains dan teknologi. Ilmu dunia tersebut juga adalah ilmunya Allah yang diberi kepada manusia tetapi hanya setakat mengenali sesuatu ilmu yang nyata walaupun ia dalam tahap yang amat terhad, tetapi tidak ada kemampuan membaca ilmu yang dalam keadaan ghaib, kecuali hanya sedikit sahaja yang melalui kehadiran iman seseorang itu.
Walau bagaimanapun untuk mengenali ilmu yang nyata setiap insan wajar menggunakan fitrah Allah yang ada pada dirinya seperti otak untuk berfikir dan memahami fenomena alam; mata untuk melihat dan mengenali antara yang sah dengan yang batil. Tetapi ilmu yang berupa ghaib atau tidak kelihatan, fungsi hati mengambil peranannya. Walau pada itu hati dapat mentafsir atau memahami sesuatu fenomen dengan bantuan otak.
Dengan fakulti hati kita boleh melihat secara ghaib iaitu melihat alam kehidupan yang pernah kita alami. Sebagai contoh, jika kita pernah mengalami melawat negara England maka kita boleh melihat dengan mata hati keadaannya walaupun kita sedang berada di tanah air di Malaysia. Dalam keadaan demikian fungsi otak bersepadu dengan mata hati menjadi alat untuk membaca fenomena tersebut.
Kemahiran asas 3M dalam pembelajaran merupakan muara dalam memahami fenomena alam kehidupan. Membaca adalah memahami mesej sesuatu fenomena alam. Manakala mengira adalah sebahagian daripada kemahiran membaca. Menulis pula adalah aktiviti untuk merekodkan apa yang telah dibaca. Dalam semua keadaan menangani kehidupan, Allah S.W.T. telah membentuk manusia dalam keadaan yang sempurna dan amat sofistikated. Mengapakah makluk manusia tidak terlintas dalam fikirannya untuk merasa syukur terhadap pemberian Zat yang maha agung itu?
Setiap kali kita memulakan aktiviti atau agenda kehidupan yang dikenali sebagai ibadah, wajar dihiasi dengan menyebut nama Allah atau ‘Bisimillah’ kerana Dialah yang menyempurna kan agenda yang kita laksanakan. Manusia adalah sebagai alat melaksanakan ibadah berkenaan sahaja. Membuat perubahan kepada keadaan agenda tersebut adalah kekuasaan Allah S.W.T. Kemanfaatannya balik kepada manusia jua.
Senang dan susah menjadi perjuangan hidup manusia sebagai pelaksana. Tetapi manusia kadangkala alfa tentang aktiviti atau ibadah yang dilaksanakan. Apabila manusia mendapati percaturan hidup itu mudah maka ia membelakangi kekuasaan Allah yang memudahkan ibadah berkenaan. Manusia hanya mengingati Allah apabila ia mendapati ibadahnya itu menyukarkan. Jangankan bersyukur terhadap hidangan Allah yang melahirkan kegembiraan kepada anda, mengingatkan Allah sahaja pun sukar bagi manusia melakukannya apabila ia dilamun kesero- nokkan dunia.
Sebagai seorang pelajar menjadi kemestian baginya untuk membudayakan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana memberi kekuatan menyelami kerenah-kerenah kehidupan yang menjadi faktor penghalang kepada pembangunan diri. Setiap pelajar harus mengenali dirinya sebagai hambah Allah dan segala kemanfaatan hidup wajar difahami sebagai pemberian dari Zat yang Maha Agung itu.
Dengan penguasaan kemahiran asas 3M, manusia mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hidupnya. Tanggungjawab tehadap dirinya sebagai pemain dalam kelangsungan pem- bangunan kehidupan; tanggungjawab terhadap hubungan anda dengan Zat yang Maha Berkuasa; tanggungjawab terhadap sesama umat dan tanggungjawab terhadap makluk-makluk Allah yang ada di alam ini sama ada yang hidup atau aktif mahupun yang mati atau tidak aktif.
Tanggugjawab terhadap diri sendiri adalah yang terpenting kerana setiap insan wajar dimuliakan dengan ilmu pengetahuan. Sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat(agama) kedua-duanya diperlukan dalam kelangsungan hidup sebagai hambah Allah. Manusia menjadi mulia dengan kehadiran ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu manusia akan mengenali maknanya hidup kelak menggapai keimanan kepada Zat yang Maha Berkuasa.
Tanggungjawab terhadap hubungan anda dengan Zat yang Maha Berkuasa menjadi agenda utama dalam memurnikan kehidupan. Tujuh belas rakaat sehari semalam menjadi ibadah unggul manusia sebagai kahlifah Allah. Manusia mukmin yang beriman kepada Allah S.W.T. wajar mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larang-larangan-Nya.
Tanggungjawab terhadap sesama umat serta makluk-makluk lain yang ada di alam ini menunjukkan kekuasaan anda sebagai kahlifah Allah S.W.T. Hubungan anda dengan sesama umat akan melahirkan ukhuwah kemanusiaan kelak bembentuk satu perasaan kasih sayang yang akan menjamin kesejahteraan hidup bertamadun. Sifat kasih sayang wajar ada dalam perasaan manusia kerana fitrah tersebut adalah sifat yang ada pada Allah S.W.T. yang membentuk manusia.
Menjadi pemain dalam kelansungan kehidupan, seseorang itu wajar melalui berbagai proses pembelajaran guna untuk mengaktifkan sel-sel dalam otak agar dapat berfungsi dalam mengolakan aktiviti kehidupan. Allah S.W.T. telah membentuk manusia dengan membekalkan lebih kurang tiga trillion sel-sel otak. Setiap sel otak wajar diaktifkan agar ia berfungsi dalam memahami percaturan hidup.
Walau bagaimanapun Allah telah memperuntukkan kepada setiap individu sebanyak satu per tiga sahaja sel yang dapat diaktifkan maka itulah kekuasaan dalam melaksanakan peranannya sebagai pemain dalam memurnikan hidupnya dan juga mengolah agenda dalam pembangunan hidup di alam dunia. Untuk mengaktifkan sel-sel tersebut adalah tanggungjawab utama ibubapa dalam usaha memanusiakan zuriatnya agar ia menjadi pemain yang berguna kepada bangsa dan negara.
Ada di antara manusia yang Allah memberi kemurnian hidup dengan mengaktifkan sel-sel dalam otaknya lebih daripada satu per tiga. Insan serupa ini dapat membaca fenomena kehidupan lebih cepat dan mendalam berbanding manusia biasa seperti halnya seorang pelajar di Johor, Malaysia. Anak itu berusia dua belas tahun dan sudah menguasai pelajaran di peringkat pra universiti. Kemampuan seorang insan serupa ini wajar di sandarkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.. Maka itu adalah menjadi kewajiban bagi manusia mensyukuri pemberian Allah dan memahami setiap amalan yang memurnikan kebajikan merupakan ibadah.
Allah telah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak mengubahnya.” Surah al-Ra’d ayat (13) 11.
Setiap manusia dibekalkan oleh Allah satu perasaan dalaman semulajadi untuk meng- inginkan pasangan hidup yang dikenali sebagai Isteri. Proses mendapatkan pasangan hidup tersebut wajar melalui pintu nikah seperti mana yang dicontohi oleh manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. Untuk melalui pintu nikah pehak lelaki wajar membayar maharnya sebelum dapat menyentuh pasangannya. Nabi Adam membayar maharnya dengan hanya mengucap salawat Nabi disebabkan kemampuannya amat terhad sekali. Orangnya belum lahir di dunia tetapi namanya sudah dijadikan sebagai mas kawin oleh manusia pertama. Bagitulah agama Islam, tidak menyusahkan umatnya.
Perkahwinan merupakan satu kebahagiaan hidup setiap manusia. Kebahagian itu akan melahirkan cinta kasih sayang kelak menginginkan zuriatnya. Di situlah bermulanya tangung jawab suami isteri untuk memanusiakan zuriatnya agar ia menjadi pemain yang diperlukan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Manusia perlukan ilmu dan ilmu adalah penting dalam hidup sebagai pemurni kehidupan
di dunia kelak menjadi persediaan untuk hidup yang kekal di dunia akhirat sebagai distinasi setiap insan yang lahir di dunia ini. Mengilmukan manusia bermula dari rahim ibu. Segala zat makanan yang dimakan oleh seorang ibu menjadi pembentuk akhlak yang mulia anak dalam kandungan. Di samping zat makanan tersebut pembentukan akhlak bayi juga mempunyai pengaruh daripada akhlak pembawaan kedua suami isteri sebagai ahli masyarakat di mana sahaja ia berada.
Dalam membentuk peribadi mulia seorang anak ia kena melalui empat fasa pembangunan insan. Pertama ialah semasa dalam kandungan ibu. Kedua ialah semasa kanak-kanak itu masih dalam pangkuan ibu. Ketiga ialah masa remajanya dan keempat ialah semasa menuntut ilmu secara rasmi samada di sekolah, maktab, dan pengajian tinggi di universiti.
Keempat-empat fasa tersebut, kedua ibubapa merupakan manusia terpenting dalam pembentukan insan yang berilmu dan mempunyai peradaban yang berlandaskan ajaran agama Islam yang dipilih oleh Allah sebagai agama manusia. Firman Allah yang bermaksud: …..”Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah-Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagi mu.” Surah al-Maidah ayat (5) 3.
Perwatakan sebagai pemain dalam pembagunan insan, kedua ibubapa mempunyai kesan kepada pembentukan insan yang kamil dan mulia. Walaupun bayi itu masih dalam rahim ibu Allah S.W.T. sudah sebatikan akhlak bayi dengan amalan kedua ibubapa. Kedua-dua mereka wajar melihat alam sekelilingnya sebagai pemangkin kepada pembangunan insan. Perlakuan atau akhlak ibubapa, sama ada secara langsung mahupun tidak, keberkesanannya pasti bayi dalam kandungan akan mempusakainya.
Allah S.W.T. telah membentuk keadaan seorang insan yang dilahirkan di alam dunia ini sama ada dalam keadaan sempurna sifatnya atau sebaliknya, maka itu tidak ada manfaatnya bagi sesiapa pun untuk tidak merestui dan bersyukur menyaksikan keadaan anak berkenaan kerana tidak melanda kepada diri dan keluarga anda. Anak yang cacat atau tidak sempurna keadaan kejadiannya tidak sewajarnya menjadi bahan yang menimbulkan perasaan jijik.
Jika demikian penerimaan anda kepada seorang hambah Allah maka Allah akan memberi yang serupa kepada anda atau selain daripadanya yang lebih berat lagi. Senang dan susah yang merangkumi segala kehidupan di alam dunia adalah ketentuan Allah S.W.T. Manusia hanya terima beres dan bersyukur terhadap pemberian-Nya. Kita dapat membaca keadaan alam semulajadi maka itu jadikanlah ia sebagai ibadah dalam semua keadaan sekali pun.

No comments:

Post a Comment