Sunday, November 29, 2009

WAWASAN ISLAM MENANGANI DUNIA TANPA SEMPADAN (Disiarkan pada 28. 11. 2009)

Pembanguan sains dan teknologi menghidangkan satu sinario kehidupan antara kemodenan dan keaslian dalam pandangan dari perspektif Islam. Jendila dunia menghimbau suatu cara hidup seolah-olah kehidupan itu wujud dengan sendirinya yang dikenali sebagai “nature”. Ramai manusia tidak mengenali dirinya sebagai hambah Allah dan mengkufurkan diri untuk memahami segala persembahan alam yang dikenali sebagai teguran Allah S.W.T.
Bencana alam di merata dunia tidak dijadikan sebagai satu iktibar demi kefahaman bahawa Zat yang Maha Pencipta tidak meredhai gelagat-gelagat makluk manusia di muka bumi ini. Manusia yang berselimutkan ilmu sains dan teknologi mengkaji secara ilmiah hidangan alam yang mengakibatkan berbagai jenis bencana dan bukan memahami fenomena tersebut sebagai teguran Allah S.WT. ke atas kekufuran manusia menangani kehidupan di bumi ini.
Antara memperbaiki akhlak manusia sebagai pemain di pentas dunia atau membuat penyelidikan secara ilmiah yang disandarkan kepada sains, untuk menemukan jawapan mengapa berlakunya bencana alam merupakan dua fenomena yang tidak dijadikan faktor untuk memahami mengapakah Allah wujudkan malapetaka tersebut.
Allah mengamanahkan alam dunia ini untuk dimanfaatkan oleh manusia agar ia dijadikan tempat pelaburan membina tamadun. Tamadun yang dimaksudkan ialah pembangunan kehidupan yang berasaskan taqwa dan keredhaan Allah S.W.T. menepati syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah sehingga terbentuk sebuah masyarakat yang hidup secara aman harmoni dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T..
Allah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Adakah mereka yang mengasaskan bangunannya atas dasar taqwa dan mardhati’Llah itu lebih baik ataukah mereka yang mengasas kannya di tepi jurang yang dalam lalu ia jatuh tersungkur bersama binaannya itu ke dalam neraka Jahanam (itu lebih baik)?....” (al-Tawbah 9:109.
“Demi sesungguhnya bagi penduduk Saba’ satu tanda (Kemurkaan Allah) terdapat di tempat tinggal mereka dua kebun (yang luas subur) di kiri kanan tempat tinggal mereka, (lalu dikatakan kepada mereka) makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya (atas kurniaan) sebuah negeri yang aman dan makmur serta mendapat keampunan Illahi)” (Saba’ 34 : 15).
Hidup yang dimurnikan dengan kemodenan sains dan teknologi seperti yang dihidangkan oleh dunia tanpa sempadan, telah merenggangkan alam dunia dengan alam akhirat. Allah telah turunkan dokumen wahyu sebagai risalah tauhid bagi membetulkan akhlak setiap insan demi mengenali dirinya sebagai hambah Allah. Dengan iman kepada Allah hidup itu mempunyai makna tetapi dunia kemodenan yang dibawa oleh sains mengkufurkan manusia sebagai hambah Allah.
Hidup bertamadun memelihara keaslian kehidupan yang dimurnikan oleh kesucian beragama. Apakah yang dimaksudkan dengan Tamadun Islam? Tamadun Islam boleh didefinisi kan sebagai sebuah Tamadun yang dibangunkan atas asas taqwa dan keredhaan Allah S.W.T. menepati syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah sehingga terbentuk sebuah masyarakat yang hidup secara aman harmoni dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.1
Seorang Islam perlu melengkapkan diri dengan beberapa kelayakan sebagai pra syarat untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akiharat. Antaranya ialah penguasaan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar; kedua, mempunyai iman yang teguh sebagai bekalan spiritual; ketiga, ialah peribadi salih sebagai bekalan moral dan keempat, menjadikan Islam sebagai tujuan dan matlamat hidup.
Penguasaan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar sebagai bekalan kepada mental. Mereka yang meletakkan diri sebagai pemegang amanah bagi menegakkan kebenaran dan keadilan, patutlah mengetahui dan memahami peraturan itu secara menyeluruh, sekurang-kurangnya membolehkan mereka membezakan antara ‘aqidah Islamiyah dan ciri-ciri jahiliyah, antara cara hidup Islam dan cara hidup jahiliyah. Dengan itu barulah seorang berupaya untuk mengetahui bagaimana Islam mampu membuat perubahan dalam masyarakat secara global.
Selain memiliki ilmu dan kefahaman, tenaga pengerak juga mestilah memunyai keimanan yang teguh terhadap ‘aqidah dan menjadi asas segala kegiatan mereka. Setiap perlaksanaan agenda pembangunan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam keadaan hati yang berbelah bagi dan fikiran yang tidak tenang dan mudah tertarik dengan pelbagai aliran pemikiran.
Tidak ada jalan lain untuk mengelakkan daripada gejala ini melainkan dengan iman yang teguh terhadap Allah S.W.T. yang Maha berkuasa atas segala makluk-Nya. Yakin dengan al-Qur’an sebagai kitab hidayah Yakin dengan petunjuk Rasulu’Llah SAW untuk menuju jalan selamat. Yakin dengan adanya hari perhitungan amal manusia di Yawm al-Hisab. Dan yakin juga dengan ketentuan buruk dan baik daripada Allah S.WT. Keyakinan kepada semua inilah yang boleh menjamin seseorang hilang kekusutan fikiran dan ragu-ragu dalam perjuangan untuk menegak peraturan dalam masyrakat Islam.
Antara kelayakan yang tidak kurang penting ialah memiliki peribadi salih sebagai bekalan kepada morality seseorang Islam. Dengan bekalan ilmu dan iman, seseorang akan muda untuk mendapat jaminan keredhaan Allah SWT. Gambaran peribadi salih akan dapat dicernakan dalam bentuk penghayatan tutur kata dan amal, apabila wujud sifat-sifat mahmudah yang memantapkan hubungannya dengan Allah S.W.T., seperti ikhlas, sabar, syukur , ridha, tawakkal, zuhud dan wara’.
Demikian juga yang menghubungkan seseorang dengan sesama manusia seperti adil, amanah, benar dan bertanggungjawab. Gambaran peribadi mulia bukan sahaja diperlukan untuk meyakinkan masyarakat kepada seruan dakwahnya, tetapi juga diperlukan untuk menangkis serangan budaya tidak salih yang berlaku dalam hidangan dunia globalisasi atau dunia tanpa sempadan.
Islam adalah agama yang diredhai Allah S.W.T. untuk makluk manusia. Menjadikan Islam sebagai tujuan dan matlamat hidup merupakan perjuangan dalam wawasan pembangunan ummah. Setiap muslim perlu memiliki wawasan tersebut terutama mereka yang melibatkan diri dengan usaha mengislahkan dan menegakkan peraturan serta system kehidupan bermuamalah secara Islam dalam masyarakat.
Sistem ekonomi, politik, pendidikan, perundangan dan system kehakiman harus menjadi fokus untuk ditegakkan peraturan dan syariat Islam di dalamnya. Namun apa yang menyedikan, terdapat sebahagian umat Islam yang memiliki ilmu dan pengalaman yang luas, tetapi digunakan untuk meraih kepentingan duniawi yang bersifat peribadi.
Walaupun peribadi begini tidak mendatangkan sebarang halangan kepada kehidupan masyarakat, namun untuk dipilih sebagai pekerja dan penegak tamadun Islam, mereka tidak akan mampu menghadapi dugaan dan tribulasi. Setiap muslim sepatutnya sentiasa bersedia mempergunakan seluruh kemampuan akal fikiran dan tenaga untuk mencapai matlamat tersebut.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang sebenar) di sisi Allah hanyalah Islam….(Ali- Imran 19)
Firman-Nya lagi:
“ Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama (pegangan hidup), maka tidak
sekali kali akan diterima (oleh Allah) daripadanya dan dia pada hari akhir tergolong dari
kalangan orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran 85)
Akibat budaya dunia tanpa sempadan, umat Islam dihinggapi penyakit terlalu cintakan dunia dan bencikan syahid. Syahid yang paling mudah dilaksanakan kerana agama Allah (Islam) ialah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam di mesjid. Fenomena ini wujud adalah diakibatkan oleh pengaruh Tamadun Barat yang mendominasikan dunia Timur. Rentetatan daripada itu, umat Islam kehilangan identiti dan jati diri, mudah hanyut, hidup tidak berprinsip. Para pemimpin pula hidup berpoya-poya, kekayaan negara berlegar di kalangan orang-orang kaya dan berkedudukan. 2
Umat Islam tidak pandai menggunakan potensi yang ada untuk bangun sebagai bangsa yang maju dan berdaulat akibat kejahilan. Sedangkan umat Islam punya kekuatan yang hebat seperti, bilangan penganut yang ramai , hasil bumi yang melimpah ruah dan agama yang terunggul .
Negara-negara Arab banyak yang berkiblat kepada Amereka dan sekutunya. Kekayaan negara daripada hasil minyak dilaburkan semula di negara-negara Barat bukan untuk membangunkan negara sendiri atau wilayah-wilayah Islam yang miskin dan sedang membangun. Apabila negara umat Islam ditimpa musibah, terpaksalah tenaga pakar dan jentera diimpot dari negara barat seperti Francis , German dan sebagainya, kerana tidak ada pakar dari negara-negara umat Islam.3
Kelemahan umat Islam telah memberi ruang yang luas kepada kuasa-kuasa Barat untuk menjajah dan menguasai dunia Islam dan dunia Timur. Sejak akhir-akhir ini saban hari kedapatan di dada-dada akbar dan majalah termasuk juga di kaca-kaca televisyen memaparkan peristiwa manusia yang tidak berdosa terbunuh akibat peperangan, seperti yang berlaku di Iraq, Palestin dan Afghanistan. Mereka bukan sahaja orang-orang tua tetyapi juga termasuk kanak-kanak.
Pada pembangunan akhlak generasi remaja juga sudah dipelopori oleh kebudayaan barat yang tidak mengenali agama dan jauh dari mengenali kekeluargaan. Lakunan-lakunan yang dibawah oleh pelakun-pelakun Barat banyak menitik beratkan kepada jenaya dan perompakan yang tidak mengenali keamanan dan persaudaraan.
Banduan-banduan yang ditempatkan dilokap khususnya di Amerika Syarikat tidak dapat dibendung lagi bagitu ramainya bertamabah setiap hari. Kebanyakan kesalahan mereka ialah merompak dan membunuh manusia yang tidak bersdosa. Lelaki dan wanita sejalan seiring menyelami keranah-keranah keganasan yang merunsingkan pehak pemerintah.
Undang-undang dunia sudah ditelapak tangan mereka yang tidak kenal kebahagiaan hidup. Adakah wawasan hidup serupa ini anda inginkan kepada generasi Islam yang kita cintai ini? Iman dan takwah nadi pembangunan ummah dan wajar dimurnikan dengan ilmu tauhid yang diturunkan Allah S.W.T. kepada umat manusia. Sedarkan diri bahawa di mana sahaja kita berada kita sentiasa diwarnai oleh budaya keganasan manusia sama ada secara halus mahupun secara kasar. Peliharlah agama yang

1 Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, Nik Kamaliah Nik Abdullah. “Kenalilah Tamadun (Al-
Hadharah) Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)2008. h 45
2 Ibid h 182.
3 Ibid h 183.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Era zaman kini hakikatnya mendominasikan ledakan pengaruh media hiburan yang menjalar diseluruh perusuk dunia merentasi gegunung, ceruk-ceruk kampung sehingga hambatan populariti meransang salah satu nadi fitrah manusia dan kita kini menyaksikan gelombangnya tentunya salah satu petanda akhir zaman... sama-samalah kita renunginya dan mengambil iktibar

    ReplyDelete