Thursday, November 5, 2009

IMPAK GLOBALISASI KEPADA PEMBANGUNAN MORAL (Disiarkan pada 24. 10. 2009)

Moral adalah ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan, kelakuan, akhlak, kewajipan dan sebagainya yang berkaitan dengan betul atau adil. Orang yang bermoral tinggi akan disegani oleh orang yang kaya dan berharta. Moral yang baik melihat kehidupan itu sebagai amanah Allah maka itu ia sentiasa memelihara kesempurnaan disiplin bermasyarakat. Menjauhi larangan Allah dan melaksanakan yang diperintah. 

                Hidup bermoral sentiasa dalam keadaan bersih dari segi jasmani dan juga rohaninya. Ia sentiasa dekat dengan Allah S.W.T. dan bertawakal kepada-Nya dalam melaksanakan Ibadat. Jiwanya bersih serta penampilannya sentiasa diwarnai oleh akhlak yang sempurna. Ukhuwah kemanusiaan menjadi pegangan hidupnya yang dimurnikan dengan perasaan kasih sayang antara sesama.

Pendidikan moral adalah satu-satunya daripada mata pelajaran penting yang diajar di sekolah khusus kepada pelajar-pelajar yang tidak beragama Islam. Pelajar Islam mengikuti mata pelajaran agama Islam yang telah pun menjadi mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah di Malaysia kerana Islam adalah agama rasmi negara.. Manusia dibekalkan Allah dengan fitrah berfikir maka itu orang yang bermoral tinggi sentiasa melihat agenda ibadatnya menjadi tanggunjawab sebagai pemain dalam memakmurkan pembangunan.

                Masyarakat yang bermoral membina kesejahteraan ummah dan mendukung cita-cita murni yang digarisbawahkan oleh Islam sebagai agama benar. Manusia yang bermoral sentiasa memelihara penampilannya di khlayak ramai dan mempersembahkan akhlak yang membina tamadun kehidupan. Memurnikan moral anak-anak adalah ciri-ciri penting dalam membina pembangunan sosial masyarakat manusia. 

                Pembangunan sosial bukan hanya tertumpu kepada mengilmukan manusia tetapi juga mewujudkan manusia yang seimbang dan harmoni dari segi (jeri) jasmani, emosi, rohani dan  intelek. Elemen-elemen ini membina model insan yang berketarampilan dan berwawasan. Dengan ilmu urusan pembangunan manusia menjadi mudah dan dengan agama hidup menjadi terarah. Menjadi pemain yang berwibawa dan berilmu pengetahuan dalam membina tamadun boleh menyumbangkan kepakarannya untuk berbakti dan berjasa kepada nusa dan bangsa.

                Dalam era pembangunan moral kerjasama semua pihak termasuklah para pendidik, ibubapa, barisan pendakwah agama Islam seperti ustaz dan ustazah, pendakwah bebas dan masya rakat umum. Membina insan yang bermoral harus bermula daripada kecil agar akhlak anak itu tidak dicemari oleh pembawaan-pembawaan masyarakat yang menyunsangkan keperibadian pembangunan tamadun kehidupan.

                Membentuk moral manusia wajar diwarnai oleh kesempurnaan beragama. Agama yang benar memimpin manusia untuk melihat alam kehidupan sebagai amanah Allah SW.T. Konsep Islam sebagai addin atau cara hidup berlandaskan kapada ilmu  tauhid yang diturunkan dari langit (Allah) melalui malaikat Jibril yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. Islam wujud di alam dunia untuk mengoreksi atau memperbetulkan perwatakan manusia sebagai kahlifah Allah S.W.T.

                Manusia disarankan untuk berpegang teguh kepada tali Allah atau agama Allah agar ia tidak terjebak dalam amalan-amalan yang mengkufurkan manusia dari  nikmat Allah S.W.T. Manusia adalah makluk bersosial maka itu kehadiran orang lain menjadi prasyarat dalam membina tamadun. Keselesaan hidup dapat dirasai apabila hubungan kemanusiaan atau budaya ukhuwah itu menjadi nadi membina kesetuan dan persatuan hidup bertamadun.

                Dunia tanpa sempadan atau globalisasi yang diwujudkan oleh manusia sejagat sebenar mempunyai misi dalam melahirkan ukhuwah kemanusiaan. Walau bagaimanapun, oleh sebab pemain dalam perlaksanaan agenda tersebut terdiri daripada manusia sejagat yang mempunyai kepentingan diri masing-masing sesuai dengan pembangunan negaranya sendiri, maka amatlah penting kepada pehak-pehak pengguna di belahan bumi yang lain, mempunyai disiplin diri untuk memahami faktor-faktor yang dihindangkan oleh budaya tersebut, ada kesuaian kepada pemba- ngunan manusia.

                Kemajuan sains dan teknologi telah mengubah selera pembanguan moral yang ditetapkan oleh agama. Manusia telah memusatkan pemikirannya kepada keunggulam sais dan teknologi dan membelakangi ketakwaan kepada Allah S.W.T.. Misi pemikiran manusia berkiblat  kepada tamadun yang menghidangkan ilmu materialistik

                Ciri-ciri istemewa tamadun tersebut ialah perkembangannya tidak pernah beku atau jumud. Ia beralih dari satu perkembangan ke perkembangan lain; beralih  dari zaman wap ke era elektik kemudian berkembang ke abad atom, nuclear dan elektron. Inilah sudut-sudut yang baik dan positif dalam tamadun Barat.

                Semuanya bergantung kepada pendekatan mesin dan peralatan yang digunakan  oleh manusia. Sebenarnya ia merupakan senjata bermata dua. Ia boleh digunakan untuk perkara yang baik dan juga dapat digunakan untuk perkara yang buruk. Kesan yang amat membahayakan daripada tamadun hari ini ialah terungkainya ikatan akhlak yang dibawa oleh agama.

                Pemain dalam globalisasi atau dunia tanpa sempadan hanya melihat agendanya diterima pakai oleh manusia sejagat tanpa memikirkan mengenai kemanfaatnya  kepada pembangunan dunia dan akhirat. Kepentingan pembangunan kedua-dua alam kehidupan menjadi misi setiap insan maka itu pembangunan moral menjadi keutamaan dalam semua lapisan masyarakat asalkan ia dikategorikan sebagai manusia.

                Manusia yang bermoral memahami unsur-unsur kudrat kemanusiaannya, seperti jasmani dan rohani. Jasmaninya yang ada kaitan dengan alam kehidupan yang nyata dan jelas manakala rohani adalah yang bersifat ghaib, tidak dapat disentuh dan dilihat dengan mata kasar. Kedua-dua unsur tersebut menjadi tanggungjawab setiap insan untuk menjaga dan memelihara kebajikan nya.

                Agenda yang dibawa oleh budaya globalisai ada yang mempunyai ciri-ciri yang merosak kan pembangunan rohani atau dalam erti kata lain meruntuhkan pembangnan moral manusia mukmin. Dalam hal demikian menjadi tanggungjawab setiap insan untuk menjaga dan meme- lihara kepentingan bermoral yang akan membina masyarakat manusia yang berdisiplin dan berakhlak mulia yang wajar ada kepada makluk  manusia.

                Kata-kata pujangga: “Ones man’s meet is another man’s poison” yang bermaksud sesuatu perkara itu adalah keuntungan atau bermanfaat kepada satu pehak tetapi tidak semestinya  bermanfaat kepada pehak lain. Hidangan televisyen dalam era sains dan teknologi mendapat pengikhtirafan dan sanjungan daripada masyarakat remaja tetapi tidak dapat diterima oleh masyarakat mukmin kerana agenda dalam hidangan tersebut  membentuk manusia yang meng- anggap dunia adalah syurga  bagi mereka..  

Tidak semua faktor yang kita fikirkan itu yang memurnikan pembangunan dunia semata menjadi agen perubahan kepada pembangunan manusia. Maka itu setiap insan wajar memurni kan hidupnya kepada faktor-faktor yang mendapat keredhaan Allah S.W.T.  Mendapat keredhaan Allah S.WT. sahaja yang mempunyai jaminan kebahagian hidup di dunia akhirat.

Moral masyarakat remaja sudah di ambang kerosakan.dan kemuderatan. Kemudahan internet telah mendidik para remaja sukar menerima hakikat kemanusiaan sebagai hambah Allah. Hidangan-hidangan tersebut memaparkan satu sinario kehidupan yang menggairahkan menusia kelak melayani nafsu sahwatnya yang akan mengkufuri kudrat kemanusiaannya. Akibatnya telah

meruntuhkan moral yang telah sedia ada dan mewarnainya dengan sifat kehaiwanan.

Pembuangan anak yang dilahir tanpa melalui pintu nikah sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia yang dianggap sebagai negara Islam. Kemurnian beragama sudah menjadi adat semata dan bukan sebagai ibadat. Mengerjakan berbagai ibadat sudah menjadi adat dan kebudayaan. Roh Islam dalam ibadatnya sudah tidak ada lagi dan ia dilaksanakan setakat melepaskan kewajipan.

Sebagai contoh budaya kebersihan dalam Islam tidak dianggap penting. Mengerjakan solat berpakaian comot dan kotor yang menggangu orang lain yang berjemaah dengannya kerana terusik dengan bau badannya yang amat menyusahkan untuk bernafas. Islam itu bersifat bersih dari segi amal ibadahnya, pertuturan, pemikiran, pergaulan, penampilannya dan segala-galanya adalah bersih. Bersih dari segala jenis kotoran sama ada dari segi bahasa yang diguna mahupun perwatakan dalam ukhuwah kemanusiaan.

Hidangan-hidangan dalam televisyen sama ada yang bersifat komersial mahupun lakunan 

sentiasa memujuk jiwa para penuntun khususnya masyarakat remaja mengikutinya dan melahirkan budaya penonton yang setia mengakibatkan agenda pembangunan yang belum selesai dibiarkan tergendala. Amalan-amalan yang wajib dilaksanakan seperti solat sudah dijadikan sempadan kerana hidangan dalam televysen dianggap lebih menyeronokan.

                Lakonan-lakonan yang bersifat keganasan terutama sekali yang dihidang oleh pelakun-pelakun dari Amerika Syarikat mendidik masyarakat remaja tidak mengenali sifat kasih sayang antara sesama. Akibat dari itu manusia tidak lagi  menghormati budaya kejiranan. Pembunuhan dalam berbagai cara telah berlaku saban hari kita saksikan seperti yang dimuatkan dalam program 360. Manusia tidak menampilkan lagi kudrat kemanusiaan. Apa yang muncul ialah pendedahan keruntuhan moral para remaja.

                Jika kita teliti gejala keganasan dan budaya tidak ada peri kemnusiaan itu dalam Malaysia, semua peringkat masyarakat manusia telah pun menunjukkan kerenah masing-masing termasuklah kumpulan professional, ahli perniagaan, ahli politik, orang awam, masyarakat remaja dan sebagainya. Penipuan dalam berbagai kategori sentiasa menyibukkan muka hadapan setiap jenis surat khabar.

                Budaya yang menyonsangkan pembangunan semakin hebat dilakukan seperti mana yang ditayangkan dalam program 999, saluran 3 televisysen Malaysia. Inilah akibat masyarakat yang telah runtuh moralnya dan tidak lagi wajar dikategorikan sebagai manusia. Nak hidup mewah dengan cara merompak dan melakukan jenayah adalah masyarakat yang menjadi duri dalam pembanguunan manusia.

                Karenah budaya globalisasi, bukan hanya masyarakat bandar sahaja yang diwarnai oleh elemen yang merosakkan akhlak serta penampilan manusia sebagai pemain dalam memurnikan kehidupan tetapi juga masyrakat kampung turut sama tergoda untuk memikirkan bahawa adat budaya kehidupan satu-satu kaum sudah ketinggalan zaman maka itu wajar mengikuti apa dunia moden sarankan.

                Seperti juga dalam akidah Islam soal perkahwinan wajarlah mengikuti peraturan yang termaktub dalam ikatan atau undang-undang kekeluargaan yang menghalang sesiapa pun untuk meramal wanita yang ada kaitan kelurga sendiri. Sinario pembangunan masyarakat kampung dalam era sains dan teknologi masa kini pemimpin masyarakat yang ditauliahkan oleh kerajaan menghalalkan perkahwinan adik sepupunya.

Keadaan demikian akan mendidik generasi akan datang bahawa adik sekandungnya sendiri, seperti halnya anak-anak Nabi Adam a.s., boleh dijadikan isteri. Persepsi demikian tidaklah boleh disamakan dengan masyarakat masa kini  disebabkan manusia sudah membiak, berbagai bangsa, dan keturunan. Demikian impak globalisasi kepada pembangunan moral manusia sejagat. Walau apa pun manusia wajar balik ke pangkal jalan iaitu mendekati serta mengamalkan ajaran Islam, agama yang diredhi Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment