Thursday, October 8, 2009

JANGAN GLOBALISASI MENGGUNAKAN ANDA (Disiarkan pada 10. 10, 2009)

Setiap kewujudan fenomena yang baru itu, mempunyai mesej yang tersendiri. Walau bagaimana pun ciri-ciri yang membentuk disiplin agenda yang baru boleh membawa kepada satu sinario pembangunan yang menjemput kepada kerosakan dan kemuderatan akhlak para penggunanya. Misi setiap agenda yang baru adalah menghidangkan tatacara kemudahan dari segi pengurusan pembanguan. Falsafah pengurusan berpaksi antara Akal dengan Berfikir.

Akal adalah salah satu tabi’at semula jadi dalam kejadian manusia, yang merupakan antara gejala-gejala daripada haqiqat kemanusiaan. Tidak sesiapa pun yang menafikan wujudnya gejala ini dalam kehidupan manusia melainkan mereka telah terkeluar dari golongan manusia. Gejala ini memboktikan adanya suatu alat anggota yang dapat melahirkan tugas berakal dan berfikir, seperti juga anggota lain yang terdapat dalam diri manusia.1

Manusia melalui kajian dan penyelidikan ilmiah hingga sekarang ini masih belum menge tahui rahsia dan haqiqat sebenarnya tentang akal, namun hal ini tidak boleh dijadikan bukti untuk menafikan wujudnya akal dan fungsinya dalam diri manusia. Penafian akal atas nama “Sains” atau kajian ilmiah adalah menyalahi prinsip ilmiah itu sendiri. Sains boleh menentukan hukuman pada suatu yang boleh dalam bidangnya tetapi sekali-kali tidak berhak untuk menafikan segala kemungkinan ilmiah yang masih belum diketahui. Sudah tentu apa yang belum ditemui lebih luas dari apa yang telah dan akan ditemui oleh sains.

Bagi orang yang beriman kepada kebenaran Allah dan kebenaran Kitab-Nya yang menjadi hidayat dan petunjuk, akan dapat merintis jalan lebih dekat, ringkas dan selamat untuk mengakui gejala-gejala dan haqiqat kemanusiaan kemudian mempergunakannya menurut yang dipertanggungjawabkan.

Kedudukan akal dalam al-Qur’an merupakan suatu yang budihi2 atau penjelasan semata. Kerana penjelasannya maka tidak perlu untuk dicari-cari dalil dan pemboktiannya. Kejelasan ini meyakinkan secara pasti bahawa Islam adalah agama akal dengan erti mengakui akal sebagai asasnya, dan sebagai alat untuk membela kebenarannya.

Berikut perhatikan maksud ayat-ayat Al-Qur’an di bawah:

Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah menjadi tanda-bukti kepada kaum yang

berfikir.

Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah menjadi tanda-tanda kepada kaum yang berakal-fikiran.

Dengan jelas ayat-ayat tersebut menegaskan bahawa akal merupakan jalan untuk beriman. Tanpa menggunakan akal telah menyebabkan kemurkaan, seksaan dan ‘azab neraka Allah S.W.T. Demikianlah kehinaan dan keburukan di sisi Allah bagi orang yang tidak meng- gunakan akal. “Tidak ada kehinaan yang lebih dari kehinaan di sisi Allah dan dari Allah”. Satu perhatian yang menarik dalam ayat-ayat tersebut ialah sifat orang yang tidak menggunakan akal dan akibatnya disamakan dengan orang yang tidak beriman.

Pernghayatan budaya globalisasi wajar ditemani dengan akal fikiran. Fungsi akal akan menimbulkan satu persepsi yang jitu kelak dapat memahami antara kebenaran dan kepalsun mengenai elemen-elemen yang dihidang oleh teknologi, sesuai dengan pembinaan akhlaq para pengguna. Memahami gejala sains dan teknologi akan mendekatkan kita kepada prinsip ilmiah yang dihidang oleh al-Qur’an.

Al-Qur’an ketika menyebutkan gejala berakal dan berfikir, bukanlah hanya setakat meng akui haqiqat dan gejala berakal dalam diri manusia dan peranannya dalam hidup manusia secara umum, juga bukan hanya setakat mengangung-agungkan dan menyanjung tinggi semata-mata tetapi lebih dari itu. Al-Qur’an ketika menyebutkannya bertujuan untuk meyakinkan bahawa manusia bertanggungjawab ke atas akalnya, dan berkewajipan untuk menggunakannya secara jujur dan amanah, mengikut kadar kemampuan individu masing-masing.

Al-Qur’an sebagai kitab suci yang menjadi panduan dan petunjuk kepada manusia, seba- gai kata pemutus dalam segala hal dan bicara. Dokumen ini tidak ada cecat celanya dari mana pun sudutnya, telah memberikan panduan, syarat-syarat atau metod-metod yang asasi yang dapat menyimpangkan akal dari fungsinya yang sebenar, yang mengakibatkan kegagalan dari mencapai kebenaran.

Dalam pembangunan manusia yang didominasikan oleh sains dan teknologi, akal fikiran memainkan peranan penting dalam menterjemahkan agenda yang dibawa oleh dunia Barat. Manusia sebagai pemain dalam arena globalisasi wajar menjadi pengguna yang bijaksana, berakal dan berketerampilan dalam menyelenggarakan isu-isu pembangunan sejagat. Dengan iman, akal dan pemikiran yang dominan manusia boleh menjadi pemain yang berwibawa.

Tanggungjawab sebagai pemain dalam arena pembangunan manusia wajar di landasan yang diredhai Allah S.W.T.. Kemajuan sains dan teknologi yang melahirkan dunia tanpa sempa- dan memerlukan kepekaan sosial menangani kerenah-kerenah globalisasi yang akan memporak-porandakan aqlaq manusia khususnya kumpulan para remaja yang masih mencari-cari ideniti diri yang tidak dapat membezakan antara yang kufur dengan yang wajib.

Kemudahan-kemudahan pembangunan yang dihidang oleh teknologi globalisasi mendo- minasikan pemikiran manusia kelak memesongkannya dari ajaran-ajaran tauhid yang memanusia kan manusia. Manusia diciptakan Allah S.W.T. sebagai makluk-Nya yang tertinggi disebabkan kehadiran fitrah pemikiran di dalam diri manusia itu sendiri. Segala usaha dalam perjuangan hidup, pemikiran memainkan peranan yang penting agar tindakan manusia sentiasa ada ketamadunannya.

Manusia wajib membudayakan pemikiran yang waras dalam menyelami samudera globalisasi agar tindakan itu berunsurkan pembangunan manusia dan tidak kepada kerosakan atau kemuderatan akhlaq masyarakat mukmin. Pergunakanlah kemudahan sains dan teknologi dalam mentamadunkan kehidupan manusia tetapi jangan sains dan teknologi menggunakan kita.

Menjadi pemain yang celik sains dan teknologi dapat memanfaatkannya dalam hubungan antara pencipta(Allah) dengan teknologi-Nya. Setiap kejayaan atau penemuan agenda yang baru wajar kita sandarkan kesyukuran kepada yang Maha Pencipta kerana tidak ada yang wujud tanpa kekuasaan-Nya. Manusia hanya sebagai alat atau pemain semata, kekuasaan adalah Allah S.W.T.

Kecangihan teknologi yang telah manusia wujudkan dalam mentamadunkan pembangun- nan sejagat wajar dilihat sebagai satu faktor di mana penciptanya adalah jauh lebih canggih.dan sempurna. Maka itu ilmu tauhid semestinya menjadi landasan pemikiran setiap insan sebelum membudayakan kemodenan dalam dunia sains dan teknologi.

Setiap hidangan alam kehidupan wajar melakarkan satu fenomena yang menyedarkan kita bahawa di sebalik kewujudan alam tersebut ada mesejnya yang wajar difahami dan diterjemahkan dalam landasan ketauhidan. Fatamorgana alam sentiasa mengusik keimanan kelak mengelincirkan anda di atas landasan yang diredhai Allah S.W.T.

Di zaman sains dan teknologi masa kini masyarakat remaja mahu pun retua yang beriman kepada dunia kemodenan atau globalisasi, menjadikan Islam sebagai jenama dalam hidupnya semata. Sinario yang kita persoalkan ialah masyarakat manusia telah kehilangan identiti diri apabila dibuai oleh penemuan-penemuan sains yang memukau fikiran manusia. Maka itu ibadah yang memurnikan Islam sebagai addin menjadi adat dan kebudayaan tanpa roh dalam perlaksanaannya.

Sebagai contoh, kecanggihan telefon bimbit sudah menjadi alat yang menggerunkan

manusia apabila ia dapat mempersembahkan kecanggihannya dalam memberi maklumat yang pantas dan bermanfaat kepada pengguna. Kecanggihan tersebut sebenar adalah ciptaan Allah S.W.T. maka itu iman kita kepada Allah sepatutnya semakin padu dan kukuh dan merasa syukur terhadap hidayah Allah bekalkan kepada hambah-Nya. Di sebalik kejayaan mencipta teknologi tersebut manusia menyanjung tinggi kecanggihn sains dan teknologi dan meminggirkan kekuasaan Allah sebagai pencipta.

Di mana saja mereka berada dan dalam keadaan apa sekali pun, alat elektronik tersebut menjadi kemestian berada di sisinya. Setiap detik masa dalam kesedaran diri, fokus pemikiran nya tertumpu kepada alat tersebut. Alat elektronik ini sudah berjaya menggunakan manusia dan bukan manusia menggunakannya.

Semasa mengerjakan solat; berada di kamar mandi; semasa makan; membeli belah di super market; semasa belajar atau membaca buku; semasa senang dan susah; alat eletronik tersebut menjadi teman setia anda. Kerja-kerja yang memerlukan masa untuk disiapkan terbeng- kalai kerana melayani pesanan rengkas dari teman-teman yang sahaja ingin berhubung dengan anda. Dalam sehari suntuk setiap pengguna alat eletronik tersebut menggunakannya lebih banyak masa ditumpukan kepada alat tersebut daripada ibadatnya.

Satu pengalaman yang menggerunkan hati penulis semasa solat Isak secara berjemaah di mesjid al-Taqwa Keningau, sebelum solat sunat terawikh yang baru lalu. Penulis telah berada dalam saf pertama atau saf hadapan bersama dengan seorang kakitangan kerajaan yang berpangkat tinggi. Solat Isak serta solat sunat terawikhnya sentiasa dihiasi dengan menyibukkan dirinya untuk melayani pesanan rengkas dalam telefon bimbitnya. Penulis turut sama terganggu kekusyukannya melaksanakan solat kerana menyaksikan gelagat demikian yang tidak memberi peluang kepada ibadatnya untuk khyusuk dan tawadhu demi mendapatkan keredhan Allah S.W.T.

Apakah matlamat hidup makluk manusia? Mengapakah Allah S.W.T. turunkan dokumen-Nya kepada manusia (Nabi Muhammad s.a.w.). Wajarkan pelembagaan dokumn tersebut dijadikan cara hidup manusia mukmin? Jawapan kepada semua persoalan tersebut wajar diperolehi oleh seorang muslim yang mengakui beriman kepada Allah S.W.T.

Manusia lahir di dunia ini dengan keadaan lemah maka itu perolehilah kekuatan dari orang tuamu.. Menjelang remaja, kelemahan masih menemani anda maka itu peolehilah ilmu dari gurumu. Apabila ilmu sudah berada dalam diri anda usahakanlah untuk mengagama dan memanusiakan ilmu tersebut agar ia menjadi kekuatan iman yang melahirkan takwa serta tawadhu kepada yang Maha Pencipta.

.Bagitu juga kemudahan-kemudahan lainnya seperti televisyen. Hidangan-hidangan di kaca televisyen sentiasa berjaya memikat hati para remaja tanpa membuat penelitian mengenai kebaikan dan keburukannya. Hidangan televisyen 24 jam sehari, ada di antara mereka berjaga di malam hari dan tidur di siang hari kerana melayani program yang disediakan oleh pehak kerajaan..

Kecanggihan sains dalam melahirkan dunia globalisasi telah mengubah sinario disiplin manusia bermasyarakat yang lebih mementingkan dunia tanpa sempadan daripada mendekatkan diri kepada zat yang Maha Berkuasa terhadap segala-galanya yang ada di alam kehidupan, tema- suklah kecanggihan sains dan tenologi.

Sedar atau tidak, makluk manusia khususnya yang beriman kepada kemodenan dunia, telah membina sempadan antara alam dunia dengan alam akhirat. Ini bermaksud bahawa manusia lebih dekat dengan pembangunaan dunia daripada pembangunan ukhrowi. Globalisasi dunia lebih diutamakan daripada globalisasi akhirat.

Jika dilihat dari segi pengurusan kewangan, dunia tanpa sempadan telah berjaya menarik pelaburan dari pengguna dengan meningkatkan bilangan pengguna untuk memperolehi sebuah alat elektronik tersebut. Mereka yang kurang kemampuan untuk memperolehinya akan mencari jalan lain untuk menyelesaikan kegairaannya untuk memperolehi telefon bimbit. Kerosakan moral para remaja yang tidak mengenali budaya malu akan terjebak dalam kanca perompakan dan penipuan berbagai cara, di gedung-gedung telefon bimbit untuk mendapkan alat tersebut.

Manusia sudah tertipu oleh alat elektronik tersebut yang mengakibatkan lalai memegang amanah Allah S.W.T. yang dipertanggungjawabkan kepada manusia mukmin. Maka itu gunakan kemoderan dunia dan jangan kemodenan tersebut menggunakan anda.

1 Mohd. Sulaiman Haji Yasin: Penghantar Falsafah Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajarn Malaysia Kuala Lumpur 1984. h. 49

2 Mohd. Sulaiman Haji Yasin: Penghantar Falsafah Islam Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 1984. h. .50

No comments:

Post a Comment