Friday, November 24, 2017

HIDUP, TANPA ISLAM AMAT MERUGIKAN

 (Disiarkan pada 25. 11. 2017)
               Hidup ialah masa antara kita dilahirkan dari perut ibu sampai kita mati dimasukan ke dalam liang lahad. Lamanya masa hidup itu tidak sama, ada yang pendek dan ada yang panjang, tetapi rata-rata atau kebanyakan adalah antara 60 dan 70 tahun lamanya. Berbagai-bagai keadaan manusia dalam masa hidupnya itu.
               Ada orang yang dilahirkan dari keluarga yang kaya, dan hidup dalam keadaan senang, tidak mengalami kesusahan dan kesulitan apa-apa. Ada pula yang dilahirkan yang miskin, hidupnya ditimpa kesusahan demi kesusahan, kesulitan demi kesulitan, tidak pernah senang dan tenang, mandi peluh dan berkuah air mata, akhirnya mati dimasukkan ke liang lahad dengan tidak meninggalkan apa-apa bagi anak dan isteri yang ditinggalkan.
               Ada yang hidup memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, hidup terpandang dan ternama, dengan kekuasaan besar dan dihormati. Tetapi ada pula yang tidak punya ilmu apa-apa selain pengalaman-pengalaman yang  diberikan alam kepadanya, tidak terkenal dan tak dikenali selain oleh sanak keluarga dan orang kampung saja.
               Satu perkara yang harus kita ingat dan sedar dalam hidup ini ialah bahawa semua manusia yang hidup itu, dianggap oleh Allah dalam keadaan merugi, baik ia dalam keadaan kaya raya, apa lagi yang dalam keadaan susah, melarat dan miskin; baik dalam keadaan pintar, berkuasa dan ternama, apa lagi yang bodoh, semuanya disifat dalam kerugian jika dilihat mengenai faktor masa. Allah berfiman  dalam surah Al-‘Asri ayat 103:1-3 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, dan beramal salih, dan orang-orang yang berwasiat-wasiat tentang yang hak, dan berwasiat-wasiat tentang sabar,”
               Kecuali yang tidak rugi, ialah orang yang mempunyai empat sifat iaitu:
Pertama: Manusia yang hidupnya memiliki kesedaran tertinggi yang dinamakan “iman”, iaitu orang yang yakin, bahawa di balik alam angkasa  raya yang besar dan luas ini, ada “Zat”  yang maha besar dan Maha kuasa, yang menciptakan dan mengendalikan alam ini seluruhnya. Dan  bahawa di sana di balik alam kehidupan yang nyata sekarang ini, ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah, iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia.
               Siapa saja manusia yang meninggalkan dunia ini tanpa keimaan terhadap Allah dan kehidupan akhirat itu, akan sentiasa diombang-ambingkan oleh kesusahan dan menemui sesuatu alam yang tak dikenalnya, akhirnya ia akan terjerumus masuk jurang api neraka.
               Iman adalah keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata dan dilaksanakan dengan amalan. Ketetapan hati, kekuatan batin. Beriman, mempunyai iman, patuh kepada larangan dan suruhan Allah, berpegang kuat kepada ajaran agama. Keimanan adalah keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati.   
               Kedua: Orang yang meninggalkan dunia ini tanpa amal yang salih, tanpa kebaikan, adalah orang yang amat merugikan, sebab kehidupan di alam akirat itu tidak ditentukan oleh harta kekayaan atau pengetahuan dan pangkat, tetapi ditentukan oleh amal salihnya. Sebab itu pergunakan kehidupan yang tidak lama di dunia ini untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik sebanyak-banyaknya.
               Semua kesenangan, kebahagian dan kemewawahan yang kita kecapi semasa hidup di dunia merupakan suatu hiburan yang bersifat sementara. Apabila kita meninggalkan dunia dan beralih ke alam barzakh semua kesenangan tersebut akan berpisah dengan kita dan kita pergi meninggalkan alam dunia dengan berbekalkan amal-amal kebajikan yang pernah kita laksanakan semasa hidup di dunia, tanpanya, kita pergi seorang diri.
               Semua apa yang ada di dunia akan terputus dengan kita 100 peratus kecuali amal-amal kebajikan,  jika kita pernah lakukan. Orang yang paling sayang kepada kita dengan cinta dan seluruh jiwanya seperti keluarga kita, isteri atau suami dan anak-anak sekalian pun tidak dapat menenami kita. Mereka hanya mampu menemani kita hanya sampai ke liang lahad sahaja di mana kita diletakkan buat selama-lamanya. Begitu juga harta kita seperti kereta yang mewah hanya setakat dapat menghantar kita ke liang lahad tempat kita beristerihat buat selamanya.   
               Antara amal salih yang wajar disumbangkan dalam hidup di dunia ialah yang bersifat amal jariah seperti membina masjid, surau atau rumah-rumah ibadat, mendirikan sekolah madrasah. Amalan demikian sangat berfaedah kepada masyarakat, sekalipun kita yang membinanya tidak ada lagi di dunia, khidmat kita masih bersama mereka yang hidup di dunia.
               Ketiga: Mengajar dan menyampaikan kebenaran yang berupakan wahyu-wahyu Allah yang bernama Al-Quran kepada siapa saja, membela dan mempertahankannya dengan segala kemampuan yang ada, adalah perbuatan terpenting dalam hidup. Tanpa ini di dunia hidupnya menjadi satu kehidupan yang merugi, penghidupan yang hampa  belak.
               Firman Allah surah Al-Dikhruf ayat 44:1-6 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Ha,mim (Allah yang mengetahui maksudnya). Demi kitab (Al-Quran) yang menjelas
kan. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya pada suatu malam yang diberkati, sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang rapi. Iaitu urusan yang (ditakdirkan) datangnya dari kami, sesungguhnya Kamilah yang mengutus(para rasul). Untuk menjadi rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha mende
 ngar lagi Maha Mengetahui.”
               Orang yang hidup di permukaan bumi ini, sekadar makan dan minum, dan bersenang-senang saja, tidak turut mendukung kebenaran ini, mengajarkan dan membelanjanya, adalah orang yang merugi, satu macam hidup yang kurang nilai dan ertinya dalam pandangan Allah s.w.t..
               Hidup itu merupakan ibadah maka tunjukkanlah kesyukuran kepada Allah s.w.t. ibadat-ibadat yang mengimbali rasa syukur kerana kita hidup. Harus faham bahawa hidup ini wajar ditangani dengan kefahaman bahawa kita hidup untuk dunia seperti mana jasmani kehendaki dan juga akhirat untuk pembangunan ke atas rohani kita. Pembangunan dunia atau jasmani bersifat sementara saja manakala pembangunan akhirat untuk rohani kita yang bersifat kekal abadi.
               Kehidupan yang merugi adalah kehidupan tanpa menyediakan bekalan kehidupan akhirat. Setiap manusia mempunyi dua sifat iaitu jasmani yang Allah wujudkan daripada saripati tanah dan akan kembali kepada tanah setelah mati. Mati itu jasmani berpisah dengan roh. Sifat kedua ialah roh dari Allah s.w.t. dan akan kembali kepada Allah setelah berpisah dengan jasad.
               Keempat: Manusia yang mempergunakan hidupnya untuk menyempaikan nasihat dan wasiat kepada orang lain tentang kesabaran. Mempergunakan hidup yang tak lama di dunia ini untuk menyampaikan nasihat atau anjuran agar manusia tetap menjalankan segala perintah Allah yang merupakan ibadat-ibadat: solat, zakat, puasa, bertolong-tolangan dan lain-lain dan tetap di atas keimanan atas apa yang diajakan Allah dengan perantaraan Kitab Suci-Nya al-Quran, menjadikan yang tak lama ini menjadi satu macam hidup yang berharga.
               Satu hidup yang amat berharga kepada masyarakat terutama sekali kepada orang yang cintakan ilmu pengetahuan, ialah meninggalkan amal-amal ibadah yang berbentuk amal jariah seperti menghasilkan buku yang mengandungi ilmu yang bermanfaat kepada semua kumpulan masyarakat sama ada remaja mahupun yang kumpulan warga emas.
Buku-buku yang berbentuk dakwa Islamiah, terutama sekali yang memimpin masya- rakat mengenai kefahaman tentang makna Islam sebagai “Addin” atau cara hidup sangat bermanfaatan kepada pembanguan masyarakat. Walaupun penulisnya sudah tidak ada di dunia  lagi tetapi namanya masih segar  dalam ingatan apabila mereka dihidangkan dengan ilmu yang ada dalam buku hasil karyanya, tetap menjadi santunan jiwa terutama sekali kaum muslimin dan muslimat yang cintakan ilmu akidah.
Umat Islam harus ingat bahawa hidup di dunia wajar disulami dengan ilmu pengeta- huan kerana dengan ilmu akan mendewasakan manusia, kelak memahami dirinya sebagai khalifah Allah s.w.t. Allah menurunkan Al-Quran ke bumi dalam perantaraan Malaikat Jibril yang dipetanggungjawabkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk mentarbiahkan kepada umat manusia.
Wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada manusia ialah lafaz “iqra” yang bermaksud “baca”, maka itu menjadi tanggungjawab dalam hidup seorang insan untuk menimba ilmu melalui pembacaan dari buku-buku hasil karya orang-orang terdahulu. Membaca buku merupakan satu strateji untuk mendapatkan ilmu selain dari membaca ilmu Allah yang telah tercipta seperti membaca alam ini. Maka itu muliakan hidup mu dengan membaca kedua-dua kalam Allah yang terucap oleh Allah iaitu al-Quran dan yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini. 
Harus kita ingat bahawa kematian itu kita tidak ada lagi hubungan dengan aktiviti dunia. Semua aktiviti kehidupan akan terputus setelah roh meninggalkan jasad kita. Walau bagaimana pun jika kita telah melaksanakan ibadat semasa hidup di dunia  seperti amal jariah terutama sekali yang bersangkutan dengan pembangunan agama Islam, hubungan kita dengan dunia akan berkekalan kerana segala hasil yang telah kita tinggalkan di dunia akan dipusakai oleh masyarakat Islam yang masih hidup dan sebagainya.
Segala amal-amal kebajikan yang telah kita tinggalkan kerana Allah, akan memurni kan pembangunan rohani masyarakat dunia, kelak mengeratkan ukhuwah kemanusiaan serta melahirkan kasih sayang yang akan mendekatkan mereka kepada Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu.
Kekayaan dan kemewahan dunia tidak ada jaminan kebahagian hidup di akhirat kerana Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Az-Zaariyat ayat 51:56 yang bermaksud: (Terjemahan)
“ Dan tidaklah Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaku.”
Tujuan Allah menjadikan makhluk  dari bangsa jin dan manusia tidak ada maksud yang lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya; bukan supaya mereka mencari kepenti- ngan hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya. Kerana mereka tidak memiliki manfaat atau muderat bagi diri mereka, bahkan tunduk kepada qadak-Nya.
Kata Ibnu Abbas: Supaya mereka tetap beribadat kepada Allah dengan patuh atau terpaksa. Dan kata Mujahid: Supaya mengenal Allah. Mengenal Allah merupakan satu akhlaq yang amat mulia dan wajar menjadi perjuangan hidup setiap insan. Allah mewujudkan manusia berserta dengan berbagai fitrah sebagai kekuatan manusia untuk menelusuri kehidupan.
               Beriman kepada Allah, akan menghasilkan jiwa yang tenang dan tenteram, sebab dalam meyakini adanya Allah kita akan memahami akan sifat-sifat Allah S.W.T. yang Maha Agung. Akhirnya jiwa kita aman merasa damai dan hidup dalam suasana yang dicita-citakan.
               Islam tidak sukar diterima oleh setiap manusia, kerana ianya sesuai dengan kemanusiaan itu sendiri. Allah S.W.T.  dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa Dia-lah yang mengatur dan memiliki segala yang ada di alam ini. Firman Allah Surah Al-Hasyr ayat 59:22 yang bermaksud:(Terjemahan)
               “Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dia-lah Allah Pemurah lagi Maha Penyayang.”
               Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah-lah yang menguasai dan memiliki seluruh alam ini. Hanya Dia-lah Tuhan, tiada Tuhan selain dia, kerana Dia mempunyai kekuasaan mutlak terhadap sesuatu. Semua yang ada di alam ini ciptaan-Nya, lemah dan kecil di hadapan-Nya. Maka akan resahlah jiwa seorang jika mencari kebenaran itu selain Dia.
               Allah mengetahui segala yang ghaib dan segala yang nyata, semua yang dilakukan-Nya sesuai dengan pengetahuan-Nya yang luas meliputi segala sesatu. Dengan sifat-Nya itu membuktikan bahawa segala sesuatu itu berada dalam pengawasan Allah S.W.T.. Begitu juga pimpinan Allah terhadap alam semesta, berlaku menurut sunatullah dan dalam menempuhi kehidupan, manusia harus menurut hukum syariatullah.
               Sistem kehidupan yang diatur oleh Allah S.W.T. merupakan corak yang mutlak kebenaranya. Bukan seperti sistem yang dibuat oleh manusia yang selalu saja berubah,  kerana dianggap tidak sesuai perkembangan zaman. Jika manusia masih memegang pemimpin selain daripada Allah, maka akan bertambahlah keresahan jiwanya. Firman Allah S.W.T. Suarah At-Taubah ayat 9:32-33 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Mereka berkeinginan memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut atau ucapan-ucapan mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk Al-Quran dan agama yang benar untuk menenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.”

               Jika Allah mengetahui segala yang nyata dan ghaib, maka kita umat manusia hendaklah mengkaji segala sesuatu ciptaan Allah S.W. T. Ini untuk mencapai matlamat hidup bahagia. Jadikan benda yang nyata pada alam semesta ini sebagai pengetahuan dan keperluan hidup, serta jadikan pula sesuatu yang ghaib yakni Allah S.W.T. pegangan hidup dan tempat mengabdi.

Sunday, November 19, 2017

ISLAM MENDASARKAN KESEMPURNAAN HIDUP MANUSIA

 (Disiarkan pada 17. 11. 2017)
Islam adalah agama Allah. Allah menyempurnakannya  untuk manusia sebagai addin atau cara hidup. Dalam Al-Quran  surah Al-Maidah ayat 5:3, Allah berfirman yang bermaksud: (terjemahan).
               “......... Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama mu.”.
               Dengan turunnya ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang fardu dan sunat, ada batas-batas hukuman, diterangkan perkara-perkara yang halal dan harm, sehingga tidak ada satu hukum yang halal dan haram, lagi selepas itu. Syariatnya berkekalan hingga hari kiamat.
               Dengan sempurnanya Islam menjadilah ia suatu nikmat dari Allah, di antaranya orang-orang mumin dapat menger- jakan haji dengan aman, tidak ada orang-orang kafir atau musyrik yang mengganggu mereka, dan ada pula yang turut mengerjakan haji semenjak itu. Agama Islam telah diredai oleh Allah. Sehingga menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat.
               Baginda  Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah dipilih Allah sebagai Rasul-Nya untuk menerima dokumen wahyu dari-Nya iaitu Al-Quranul Karim dalam perantaraan malaikat Jibril selama 21 tahun yang mempunyai 6,666 ayat. Dokumen tersebut Allah bekalkan kepada manusia sebagai satu pegangan hidup untuk mencapai kesempurnaan hidup di alam  dunia dan sebagai bekalan hidup di alam akhirat kelak sebagai distinasi mutlak kehidupan manusia.  
               Allah telah berfirman dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah (agama) Allah dan jangan kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya kepada mu) ketika  kamu telah bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hati mu, sehingga kamu  menjadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan adalah kamu di atas pinggir neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.”
               Islam bukanlah merupakan ikatan yang hanya menghimpunkan jumlah manusia sahaja tetapi juga menghimpunkan segala kebenaran yang menetapkan berbagai hubungan yang baik antara manusia dengan Tuhan yang Maha Pencipta dan antara manusia dengan sesamanya.
               Mansia tidak dapat hidup berdikari tanpa tunjang menunjang antara satu sama lain. Oleh kerana itu terhindarlah rasa dan sikap yang hanya mementingkan diri untuk memperolehi keuntungan sendiri. Apabila manusia dihinggapi oleh perasaan ingin untung sendiri maka hilanglah sifat keutamaan manusia. Apabila sifat tersebut menguasai manusia maka hilanglah sifat kebaikan manusia dan tumbuhlah dengan suburnya kerakusan yang terkandung dalam hidupnya sehingga membuat manusia itu terkepung dalam ruang linkup yang sempit. Apabila perasaan demikian menguasai manusia maka dia tidak lagi dapat melihat orang lain kecuali dirinya sendiri.
               Islam mendasarkan kesempurnaan hidup manusia dengan kehadiran fitrah akal sebagai hikmah dan sarang ilmu pengetahuan. Semakin bannyak ilmu yang dikuasai semakin tinggi pula potensinya. Namun walaupun demikian ia tidak mungkin mampu menjangkau hakikat akal itu sendiri.
               Akal fikiran manusia merupakan sesuatu yang mengagumkan. Akal disimpulkan sebagai pusat analisa dan disiplin ilmu pengetahuan, tempat  bersarangnya hikmah yang membedakan antara kebajikan dan keburukan.
               Akal itu adalah sebagai pemimpin yang  harus ditaati, sarana berfikir dan perekam yang boleh mendeteksi segala sesuatu yang misterius. Apa yang terasa sempit oleh mata dan jiwa akan terasa luas bagi akal.
               Allah telah memuliakan dan membedakan manusia dari makhluk-makhluk yang lain. Di antara perbedaan dan kemuliaan yang sangat menonjol pada manusia adalah akal fikiran. Dengan akal fikiran ini manusia mencapai alam malaikat, mengenal Dzat yang Maha Pencipta, mengeban dan menjalankan amanah, beradaptasi dengan lingkungan, menguasai berbagai disiplin ilmu dan boleh membedakan antara kebajikan dan keburukan.
               Dengan akal manusia menganalisa dan mengadakan introspeksi diri, lalu dia mengenal Tuhannya. Akal manusia adalah salah satu bukti kebesaran Allah; Dzat yang Maha Pencipta.
               Sebagaimana halnya akal, kata Al-Qalbu dalam Al-Quran mempunyai berbagai demensi. Ada yang mengacu kepada fungsi akal, dan kebanyakan berkisar di seputar dimensi  instinktif. Akal itu sendiri berfungsi sebagai dasar dari instink dan naluri yang normal, baik itu ketika mencintai sesuatu atau membencinya. Akal juga sebagai tempat petunjuk, iman, pengertian, kemahuan dan keputusan.
               Firman Allah surah Al-Hujurat ayat 49:7 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “....Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu dan menjadikan kamu benci kepada kekufuran, dan kefasiqan dan kederhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus (terpandu)”
               Dengan kurnian Allah, disinarkan-Nya cahaya keimanan ke dalam hati kamu sehingga kamu amat mencantai iman tersebut.
               Dan menjadikan iman itu indah di dalam hati kamu.
               Serta diperindahkan dan dipercantik iman di dalam hati kamu, yang menyebabkan sangat besar harganya melebihi daripada segala barang yang berharga, menyebabkan kamu tidak mahu berpisah daripadanya.
               Dan menjadikan kamu benci kepada kekufuran, kefasiqan dan kederhakaan.
Sebaliknya Allah menimbulkan kebencian di dalam hati kamu terhadap segala macam kesesatan, yang berpunca dari perbuatan kufur, dosa-dosa besar dan maksiat, yakni perbuatan yang terkeluar dari mentaati Allah.                                                                                                                                                                                                                                                                                    
Allah menjadikan iman itu kurnia yang paling berharga, menyebabkan ia sangat-sangat dicintai. Dan lawan iman itu kekufuran, kefasikan,dan maksiat, yang merupakan gejala-gejala yang paling dibenci.
Sesungguhnya iman yang sempurna itu ialah, berikrar dengan lidah, percaya dalam hati dan beramal dengan rukun-rukunnya. Maka bencikan kekufuran lawannya cintakan iman, keindahan iman dalam hati ialah percaya dalam hati, dan kefasiqan, iaitu berdusta lawannya berikrar dengan lidah, dan seterusnya maksiat, iaitu derhaka lawannya beramal dengan rukun-rukunnya.
Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.
Orang-orang yang mempunyai sifat tersebut akan ter pandu ke jalan yang selamat, dan tidak akan menyimpang dari jalan istiqoma, yakni yang lurus.
Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat  49:8 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sebagai kurnia dari Allah dan nikmatnya. Dan Allah Maha mengetahui lagi bijaksana.”
Inilah  merupakan kurnia Allah dan juga nikmat-Nya ke atas kamu, sedangkan Allah lebih tahu siapa yang layak diberinya hidayat dan siapa yang patut dibiarkan-Nya sesat. Lagi bijaksana Allah mengatur urusan makhluk-Nya dengan mentakdirkan apa yang dikehendaki-Nya mengikut ketetapan-Nya.
Menurut perspektif bersepadu sejagat, akal merupakan satu fungsi roh manusia. Oleh itu, akal adalah satu entiti kerohanian. Dalam kehidupan duniawi, akal mempunyai dua aspek atau dimensi yang berbeza. Dari aspek fizikal, akal merujuk organ otak, manakala dari aspek kerohanian pula akal merujuk kebolehan manusia untuk memahami, membeza, membanding, menimbang, menakul, dan membina skim ilmu.
Otak (entiti fizikal) dan akal (entiti kerohanian) saling berinteraksi antara satu sama lain. Misalnya, akal memperolehi maklumat tentang benda-benda dalam persekitaran melalu pancaindera; keperluan asas tubuh ditafsirkan oleh akal; sementara akal pula mengkin mengarah tingkah laku yang tertentu. Melalui akal manusia berkemampuan membaca, memerhati, mengkaji, menganalisis, menterjemah, mentafsir dan memahami tanda-tanda kekuasaan Allah dalam alam semesta.
Al-Quran menjelaskan bahawa akal itu tidak selamanya berfungsi sebagai tempat kebenaran dan iman, bahkan terkadang sebagai wadah dosa dan kejahatan. Allah berfirman dalam surah Al-Hijir ayat 15:12 yang bermaksud: (Terjemahan)
‘ Demikianlah Kami memasukkan (rasa ingkar dan memperolok-olok itu) ke dalam hati orang-oramg yang berdosa (orang-orang yang kafir).”
Adapun sebabnya perasaan yang membawa kesesatan dan sikap kufur itu dapat tumbuh di dalam hati orang-orang yang bersalah itu dengan suburnya, kerana jiwa mereka sudah tidak lagi untuk beriman dan tidak bersedia untuk menerima perkara yang hak dan benar. Hati mereka tidak bersedia menerima pengajaran Al-Quran dan tidak dapat menerima sinaran pertujuk dan hidayat.
Di dalam akal manusia itu terdapat bermacam-macam perasaan. Jadi bukan saja ada dalam hatinya. Allah berfirman dalam surah  Al-Hadid ayat 57:27 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang.
Dan Allah menjadikan hati orang-orang yang menjadi pengikut Nabi Isa (a.s.) itu, iaitu kaum Hawariyin rasa santun dan kasih sayang dalam hati mereka – sebagai isyarat tentang adanya perasaan kasih sayang yang seperti itu juga di dalam hati sahabat-sahabat Nabi  Muhammad (s.a.w.) yang mana mereka mempunyai rasa kasih sayang sesama  mereka.
Begitu pula Allah tidak menjadikan dalam hati pengikut-pengikut Nabi Isa (a.s.) mengada-adakan Rahbaniyah (bertapa dan anti kahwin) pada hal Kami (Allah) tidak mewajibkan Rahbaniyah ke atas mereka. Yakni perbuatan Rahbaniyah itu telah mengada-adakan oleh ketua-ketua  agama Nasrani dan paderi-paderi mereka  mengikut kemahuan nafsu mereka sendiri.
Allah tidak pernah mensyariatkan Rahbaniyah atau memerintahkan orang-orang Nasrani menjadi Rohban, iaitu menjadi paderi yang anti kahwin dan menyekat nafsu syahwat keduniaan dan tidak pula menjadi orang pertapaan. Melainkan mereka sendiri mengada-adakan Rahbaniyah, kononnya hendak mencari keredaan Allah – sebenarnya bukan cara demikian untuk mencari keredaan Allah. Dan mereka tidak memelihara perintahAllah dengan pemeliharaan yang selayaknya.
Dalam ayat ini terdapat dua celaan:
1. Mereka mengada-adakan sesuatu amalan yang tidak ada diperintahkan oleh Allah,  
    dan
2.Tidak menjalankan kewajipan yang dimestikan kepada mereka-dengan menyangka
   kan perbuatan mereka itu semata-mata untuk mencari keredaan Allah.
Dalam Hadis riwayat Ahmad disebut: (Terjemahan)
Tiap-tiap umat mempunyai Rahbaniyah,(jalan untuk bertapa) dan jalan pertapaan umatku ialah berjuang pada jalan Allah.
Maka Allah berikan kepada orang-orang yang beriman di antara pahalanya. Yakni orang-orang yang salih daripada para pengikut-pengikut Nabi Isa (a.s.) yang menepati dengan perjanjian Allah dan  percaya kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) dengan mengimaninya itu, Allah berikan kepada mereka pahala yang berganda-ganda. Tetapi kebanyakan daripada mereka adalah fasiq. Yakni terkeluar daripada batas-batas ketaatan, dan berterusan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah. Ini, sebagaimana  Firman Allah dalam surah at-Tawbah ayat 9:34. Yang bermaksud: (Terjemahan)
               “...........Sesungguhnya kebanyakan dari pendita-pendita dan paderi-paderi itu memakan harta manusia dengan jalan yang tidak halal dan  menghalang (orang) dari jalan Allah.
               Allah memberitahukan kepada orang-orang Mukmin bahawa pendita-pendita dan paderi-paderi daripada orang-orang  Yahudi dan Nasrani itu kebanyakan mereka hatinya telah diresapi oleh cintakan harta dan kemegahan. Kedua-dua pengaruh ini, iaitu pertama  pengaruh  cinta kepada  menyebabkan mereka tergemak memakan harta orang dengan jalan yang salah atau haram, kedua, pengaruh cinta kepada kemegahan menyebabkan mereka bermati-matian untuk menyekat dan menghalang orang-orang yang hendak menganut agama Islam, kerana mereka tidak mengakui kenabian  Muhammad (s.a.w.) dan agama Islam yang  dibawanya.
               Allah berfirman dalam surah Ar-Rahman ayat 55:1-4 yang bermaksud: (Terjemahan)
                    “(Tuhan) Yang Maha Pemurah. Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dan menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara,”

                    Berbicara adalah merupakan media berfikir logis di mana manusia boleh merealisasi keinginan dan  kehendaknya. Faktor inilah yang  membedakan  manusia dengan makhluk-makhluk yang lain. Dengan pembicaraan ini manusia boleh mengutarakan semua yang terdetik di hati dan di otaknya. Kemampuan berbicara dan ilmu yang dimiliki oleh manusia sebagai bukti kongkrit dari wujud Allah s.w.t.

Friday, November 3, 2017

SYUKUR SAYA ISLAM

 (Disiarkan pada 20.10. 2017)
Dalam hidup setiap manusia menginginkan sesuatu yang melegakan perasaan dan menggamit rasa kesyukuran kepada zat yang Maha Penyayang dan Maha mengasihani itu. Tiada yang lebih mengembirakan dalam hidup ini selain dari mendapat ilmu yang membawa kita ke deminsi  memahamai apa dia itu hidup sebenar. Bermuara dari fenomena memahami diri sebagai makhluk Tuhan yang diciptakan sebagai hamba-Nya, untuk beribadat dan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala laranganNya, kita harus mengutama kan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah Allah s.w.t. demi memakmur alam kehidupan di alam dunia.
Manusia diwujudkan Allah di alam dunia tujuan  menjadi khalifah-Nya. Memakmur kan alam kehidupan, satu amanah yang paling berat sehingga semua makhluk di alam kehidupan seperti bukit, gunung, bulan, tidak sanggup memegangnya. Walaubagaimana pun makhluk manusia  bersedia menerima amanah tersebut.
Oleh Allah dipersiapkan manusia berbagai fitrah seperti kemahiran berfikir serta akal yang memandunya dalam kehidupan. Ilmu dan kasih sayang wajar demi menangani kerenah-kerenah hidup yang akan menghalang dalam melaksanakan perintah Allah untuk memakmur kan alam kehidupan. Tiada yang mudah dalam hidup ini, tetapi dengan akal dan ilmu serta kemahiran berfikir, manusia dengan pertolongan Allah dapat melaksanakan amanah dengan mudah dan sempurna.
Maka itu hidup ini wajar sentiasa bertemankan rasa syukur kepada Allah atas kurniaan
Nya segala fitrah yang melengkapkan kehidupan manusia sebagai khalifah Allah. Hidup manusia di alam dunia tidak ada maknanya jika kita ketepikan rasa kesyukuran kepada nikmat dan rahmat Allah yang disediakan sebagai hidangan-Nya dalam pembangunan kehidupan.
               Hidup sebagai manusia wajar diwarnai oleh akidah Islam sebagai cara hidup. Dunia menjadi gelap jika jiwa kita diselubungi oleh kekafiraan terhadap fenomena alam kehidupan yang diciptakan Allah serta segala nikmat dan kesengsaraan hidup. Untuk memahami hidup wajar kita melalui berbagai kesulitan dan kesengsaraan.
               Dua fenomena hidup tersebut, akan mendewasakan pemikiran kita sebagai hamba Allah. Kelegaan hidup akan mendidik kita untuk mengenali fitrah syukur apabila kita telah  mengalami segala kemuskilan dalam pembangunan hidup. Bermuara dari hidup susah maka akan membawa kita ke dimensi mengenali Allah  sebagai Zat Maha sempurna.
               Orang-orang musrikin tentu sekali jauh dari memahami segala kenikmatan hidup maka itu sentiasa mengetepikan rasa syukur terhadap Allah dalam hidup. Setelah melafazkan dua khalimah sahadat, rasa syukur akan membangunkan falsafah kehidupannya dan mendidik jiwanya untuk mengucap “Syukur saya sudah Islam.”
               Kesyukuran hidup yang disempuranakan oleh akidah Islam telah meniti jalan yang diredahai Allah s.w.t. Disiplin pembangunan hidup telah dimudahkan oleh Allah kelak mema- hami diri sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya untuk memakmurkan alam kehidupan, menuju ke alam akhirat sebagai distinasi mutlak manusia. 
               Kesyukuran terhadap kesempurnaan hidup yang dibimbing oleh akidah Islam mempu- nyai hikmah kerana Allah telah membentuk manusia berdasarkan fatwa kesempurnaan hidup yang digarisbawahkan oleh Islam sebagai cara hidup.
               Pengertian Islam ialah nama yang dikenali bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Nama ini bukanlah hasil dari Ijtihad Baginda tetapi  dari Allah (s.w.t.) sepertimana yang difirman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 5:3 yang bermaksud: (Terjemahan).
               “Dan telah-Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” 
               Ahli-ahli bahasa, ahli tafsir dan para Orientalis melihat pengertian ‘Islam’ dari segi  bahasanya. Cara yang dibuat oleh mereka banyak menimbulkan perbincangan. Sebenarnya jika kita meneliti perkataan ‘salam’ dari segi bahasa kita dapati ia membawa pengertian berikut:
               1.  Terlepas dan bebas dari keburukan-keburukan atau kekurangan-kekurangan yang
                   lahir atau yang batin.
               2.   Aman dan damai.
               3.   Taat dan patuh.
Dari segi syarak pengertian Islam ialah mentauhidkan Allah, tunduk, patuh dan ikhlas kepada-Nya serta beriman dengan dasar-dasar agama yang diturunkan dari Allah.
               Al-Quran menganggap ‘Islam’ sebagai bertentangan dengan ‘Syrik’. Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 6:14 yang bermaksud: (Terjemahan)
               Katakanlah;”Adakah patut selain Allah akan saya jadikan pelindung? Sedang Allah itu pencipta langit dan bumi,Dia yang memberi makan dan bukan diberi makan.”Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkan-Nya supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah kan dirinya (kepada Allah dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang musyrik. (menyekutukan Allah.”
               Muqatil mengatakan: “Tatkala Rasulullah (s.a.w.) diseruh oleh orang-orang musrikin supaya mengikuti agama nenek moyang mereka, maka Allah turunkan ayat ini, yang maksud nya “Katakanlah Muhammad kepada mereka: Adakah patut selain Allah akan saya jadikan Tuhan yang disembah dan akan saya jadikan pelindung tempat meminta pertolongan?” Perbuatan ini tentulah tidak layak. Tak mungkin selain Allah hendak dijadikan pelindung. Sedang Allah itu pecipta langit dan bumi.
               Terjadinya langit dan bumi ini, yang tercipta tanpa memakai model yang ditiru terlebih dahulu, adalah bukti tentang kemahiran sang penciptanya, iaitu Allah. Mengapakan hendak dicari juga pelindung selain Allah?
               Allah itu Maha Kaya. Dialah yang memberi rezeki makan minum kepada hamba-Nya, dan memberikan segala yang mereka hajati, sedang Allah tiada berhajat kepada sesuatu apapun. Maka Tuhan yang demikian sifatnya sahajalah yang layak dijadikan pelindung tempat meminta pertolongan.
               Setelah alasan-alasan tadi diberikan yang menetapkan wajipnya Allah itu dipertuhan- bukan yang lain – katakanlah pula ya Muhammad kepada orang-orang Musyrikin itu: “Sesung guhnya aku diperintahkan oleh Allah supaya menjadi orang yang pertama sekali dari golo- ngan umat Islam kerana bersedia menyerahkan diriku kepada Allah untuk mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Dan janganlah kamu memilih pelindung orang-orang yang menyekutukan Allah disebabkan memilih pelindung kepada yang lain.
               Demikian juga al-Quran menganggap ‘Islam’ sebagai bertentangan dengan ‘kufur’. Firman Allah (s.w.t.) surah Ali Imran ayat 3:80 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan (tidak wajar pula baginya) meyuruh mu menjadi malaikat dan para nabi sebagai Tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu berbuat kekafiran pada waktu kamu sudah (menganut agama) Islam?”
               Al-Quran juga mengatakan ‘Islam’ sebagai bermakna “Ikhlas” kepada Allah. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 4:125 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan.”
               Jadi ayat ini adalah memuji orang-orang yang menyatahkan diri semata-mata kepada Allah.
               Al-Quran seterusnya menyatakan ‘Islam’ sebagai bermakna “tunduk dan patuh kepada Allah”, seperti firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 39:53 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya.”
Lafaz atau sebutan Islam disebut oleh Al-Quran dengan makna ini kadang-kadang dibuat
kepada orang-orang mukmin dan kadang-kadang kepada orang-orang kafir, sebab orang-orang kafir itu juga tunduk kepada hukum kejadian mereka. Sama ada mereka rela atau tidak maka undang-undang alam tetap berlaku ke atas mereka. Dengan sebab itu terdapat di dalam al-Quran firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 3:83 yang bermaksud: (Terjemahan))
               “Apakah mereka mencari agama lain dari agama Allah, pada hal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahaupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”.
               Erti Islam di sini ialah tunduk kepada kuasa Allah dan tunduk kepada undang-undang alam-Nya. Pada mereka terdapat dua ketaatan iaitu ketaatan tabie dan ketaatan kehendak. Dengan sebab itulah kalimah ‘muslim’ disebut/digelar kepada setiap orang yang tunduk kepada Allah dan mentaati nabi-nabi yang diutuskan.
               Nabi Nuh seperti yang disebutkan dalam al-Quran telah berkata dalam surah Yunus ayat 10:72 yang bermaksud (Terjemahan)
               “Dan aku disuruh supaya termasuk dalam golongan orang-orang yang berserah diri (muslim).
               Allah menyebut tentang Nabi Ibrahim seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 2:130-131 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang  solih. Ketika Tuhannya berfirman kepadanya ‘tunduk patuhlah!’. Ibrahim berkata: Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam”.
               Nabi Yusuf berdoa kepada Allah seperti dalam surah Yusuf ayat 12:101 yang bermaksud: (Terjemaan)
               “Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan
Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang Solih”.
               Demikian juga NabiMusa berkata kepada kaumnya seperti dalam surah Yunus ayat 10:84 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertaqwalah kepada-Nya sahaja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri (Muslim)”.
               Tentang Nabi Isa al-Quran mengatakan seperti dalam surah Ali Imran ayat 3:52 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran dari mereka (bani Israel) berkatlah dia: Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Para Hawariyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah, dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menyerah diri”.
               Kemudian Allah megutuskan Rasul-Nya Muhammad (s.a.w.) untuk menyempurnakan syariat nabi-nabi yang telah lalu. Allah mengatakan pepada Nabi Muhammad: dalam surah An-Nisa’ ayat 4:163-165 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberi wahyu kepada Nuh dan Nabi-Nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaacob dan anak cucunya, Isa, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan kami datangkan Zabur kepada Daud, Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan secara langsung, (mereka kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutuskan rasul-rasu itu. Dan adalah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”.
               Ayat ini merupakan jawapan kepada orang-orang Ahli Kitab yang meminta kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) supaya mereka dituruni kitab dari langit dengan sekaligus. Allah menjawab permintaan mereka itu dengan firman-Nya yang berkamsud: (Terjemahan)
                    Sesungguhnya kamu telah mewahyukan kepada engkau ya Muhammad sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya.
                    Maksudnya: Sesungguhnya kamu wahai orang-orang Yahudi telah pun mengakui kerasulan Nabi Nuh dan nabi-nabi lain yang telah diutus oleh Allah selepasnya (mereka itu
disebutkan dalam ayat ini berjumlah 12 orang). Allah telah mewahyulan kepada para nabi tersebut, sedang kamu ada mengakui yang demikian itu. Tidak seorang pun dari  mereka yang diturunkan kitab dari langit dengan sekaligus.
Kalau para nabi yang lain tidak diturun kitab dengan sekaligus, hal itu tidak menjadi kecacatan bagi mereka, maka tidaklah ada kecacatannya akan kenabian Muhammad (s.a.w.)  yang diturunkan kitab al-Quran dengan beransur, bahkan nabi-nabi yang lain jua diturunkan kitab beransur-ansur.
Kesyukuran sebagai umat Islam berdasarkan Islam sebagai ilmu pembangunan sesuai dengan sifat Allah s.w.t. yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui, maka sudah sewajarnya jika al-Quran itu penuh dengan perinsip atau asas ilmu pengetahuan.
Al-Quran menyarankan kepada manusia agar menuntut ilmu dan memperdalamkan pengetahuan dengan menggunakan akal yang sihat dan pemikiran yang yang logik. Firman Allah suah Al-Mujadalah ayat 58:11. Al-Quran sendiri telah manyanjung orang yang mempunai ilmu dan menjamin akan diangkat darjatnya.