Thursday, October 17, 2019

HENDAK SERIBU DAYA TA' HENDAK SERIBU DALI


HENDAK SERIBU DAYA TA’ HENDAK SERIBU DALI
(Di siarkan pada 12. 10 20)
               Hidup ini merupakan perjuangan. Allah sediakan segala agenda pembangunan maka manusia perlu berkorban tenaga, masa dan semangat, untuk merealisasikan pembangunan itu menjadi kenyataan. Setiap agenda pembangunan semestinya dilandasan yang positif yang dikategorikan sebagai semangat hendak seribu daya. Tidak ada agenda pembangunan yang tidak  dilandaskan kepada semangat ingin berjaya dengan sedaya tenaga kerana Allah wujud kan manusia semestinya beribadah kepada-Nya. Firman-Nya dalam surah Az-Zariyaat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepadaku.”
               Di samping kejadian manusia sebagai Makhluk Tuhan dan mesti melaksanakan tugas utama dalam hidup iaitu  beribadat kepada Allah SWT, ia juga diamanahkan sebagai Khalifah Allah untuk memakmurkan alam kehidupan. Kedua-dua amanah tersebut menjadi tanggung jawab setiap insan hidup di dunia; sama ada ia suka atau sebaliknya.
               Dalam semua perjuangan hidup di dunia agenda yang amat rumit dan berat dilaksana kan ialah ibadah yang dipertanggungjawabkan kepada baginda Rasul Nabi Muhammad SAW, iaitu menyebarkan dan mentarbiahkan agama Islam iaitu agama Allah SWT kepada semua manusia di alam dunia ini.
               Kalau kita telusuri kembali para Nabi dan Rasul yang diamanahkan Allah SWT untuk menyempurnakan akidah Islam sebagai agama benar manusia (Deen Al-haq) yang meliputi Islam sebagai agama Allah atau sebagai Addin sejak kewujudan manusia di alam jagat ini, semua para Rasul sebanyak 25 orang itu tidak sunyi dengan masalah. Ada Rasul yang tidak tahan  meneruskan  dakwah Islamiahnya dan diakhiri dengan permohonan azab dari Allah SWT agar manusia yang keras hati tidak megikuti dakwahnya ditimpa balak bencana sahaja.
               Nabi Nur a.s. menjalankan dakwah akidah Islam kepada umatnya selama 900 tahun tetapi yang berjaya mengikuti beliau hanya 9 orang sahaja. Dan kebanyakan mereka dari kumpulan masayarakat yang miskin. Mengambil purata yang berjaya ditarbiahkan ialah hanya seorang sahaja mengikuti dakwahnya dalam tiap seratus tahun. Anak Nabi Nuh sendiripun tidak mengikuti ayahnya masuk Islam sehingga dia lemas dibawa arus air  yang mengganas menenggalamkan manusia yang kufur kepada ajaran Nabi Nuh.
               Nabi Musa a.s berjaya membawa umatnya lari dari kekuasan kuku besi Raja Firaun. Apabila Raja Firaun bersama tenternya menelusuri jejak perjalanan Nabi Musa bersama umatnya menyeberangi lautan merah yang telah berbelah atas kuasa Allah SWT untuk memberi laluan kepada Nabi Musa bersama umatnya, Allah SWT kemudian menutup kembali laluan tersebut mengakibatkan Raja Firaun bersama tenteranya lemas  di tengah lautan.
               Nabi Ibrahim telah menghancurkan  berhala-berhala sembahan umatnya mengakibat kan beliau dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud tetapi Allah selamatkan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan  api supaya menjadi dingin  untuk keselamatan Ibrahim. Nabi Ibrahim terpaksa berpindah ke Palestin kerana menyelamatkan diri dari bahaya raja Namrud yang keras hati tidak mengikuti dakwah Nabi Ibrahim a.s..
               Demikian beberapa contoh-contoh yang telah berlaku kepada para Nabi dan Rasul semasa mereka melaksanakan dakwah Islamiah kepada umat mereka. Berlaku juga peristiwa di mana umat yang mukmin pun setelah beberapa lama dalam akidah Islam berpaling tadah menjadi murtad. Demikianlah umat manusia yang tidak berpegangkan kepada akal yang tulin sebagai rasul dalam dirinya.
               Walaubagaimana pun setelah 24 orang Rasul memimpin manusia dan mentarbiahkan  agama Allah SWT, Allah wujudkan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai penutup para Rasul di alam jagat ini. Akhlak Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW amat sempurna dan memunyai daya tahan mental untuk menangani sebarang ujian dihadapinya dalam usaha membawa Islam sebagai agama benar manusia.  Kalau para Rasul dan Nabi sebelum in memohon azab Allah untuk dijatuhkan kepada umatnya tetapi Muhammad tidak permah berbuat demikian. Beliau sabar menghadapi sebarang ijian dan dugaan. Sama ada kawan atau lawan semuanya adalah sahabat beliau.
               Siti Aminah binti Wahab daripada keturunan suku Abdul Manaf. Abdul Muttalib mengawinkan anaknya Abdullah dengan Siti Aminah. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kiab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun Muhammad bin Abdullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan.
               Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Medinah. Abdul Mutalaib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan lagi.
               Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. SitiAminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.”
               Kelahiran Muhammad adalah pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 5 hari selepas peristiwa tentera gajah yang dirancang untuk merobohkan Kaabah.
               Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri Syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini becerita kepada mereka akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu apabila pulang, keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menaamakan cucunya lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad.
               Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung  istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-beribu  tahun yang  tidak pernah padam sebelum ini terpadam.  Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu tertimbus.
               Apabila  kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik itu dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendita-penditanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhamamd boleh naik ke langit dan mendengar berita di langit apa yang akan belaku di dunia. Tetapi sekarang barang siapa mencuri mendengar akan dipanah. Ada antara pendeta menyebutkan pada kisra, peristiwa berlaku kerana kelahiran seorang nabi,
               Allah berfirman surah al-Jin ayat 72:9 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan sesungguhnya kami dahulunya dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengar (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuri) mendengar-dengar (seperti itu) tentu akan menemui panahan  api yang mengintai (untuk membakarnya)
               Kata rombongan jin lagi: “Sesungguhnya sebelum ini kami selalu dapat menduduki beberapa tempat di langit – sebabnya, tidak ada pengawal dan panah-panah api – untuk mendengar berita-beritanya. Tetapi sekarang kami telah dihalau dari mendekati langit untuk mencuri-curi  berita dari Quran yang bakal kami sampaikan kepada tukang tenung dan ahli nujum. Barang siapa yang cuba hendak mencuri-curi pendengaran seperti itu pasti akan menemui panahan api.
               Selepas kematian kisra iaitu Raja Farsi anak-anaknya berebut kuasa. Dalam masa
empat tahun sahaja 10 orang kisra memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan
Farsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempana kelahiran Muhammad.
               Siti Aminah menawarkan kepada Halimah anaknya Muhammad. Halimah Saadiah dan keluarganya pada masa itu sangat miskin. Oleh kerana terlalu miskin dan  kurang makan, Halimah  hampir kehilangan susu. Apabila Halimah mengetahui Muhammad seorang anak yatim Halimah pada mulanya menolak penawaran Siti Aminah anaknya untuk disusukan kepada Halimah. Oleh sebab tidak ada orang lain datang menawarkan anaknya kepada Halimah maka terpaksa, atas persetuan Suaminya, menerima Muhammad..
               Setelah Halimah menyusukan Muhammad, keberkatan demi keberakatan berlaku dalam hidup keluarga Halimah yang miskin. Keberakatan pertama, keldainya Halimah yang tidak larat hendak berjalan menjadi keldai yang paling pantas dan sentiasa berada di hadapan rombongan.
               Keberakatan kedua, susu Halimah yang hampir kering menjadi semakin banyak. Cukup untuk anaknya dan cukup untuk Muhammad sampai kenyang. Unta ternakan Halimah yang sudah tua menjadi sihat dan mengeluarkan susu pula. Kambing-kambing Halimah pun menjadi sihat dan gemuk dan membiak dengan cepat.
               Kehidupan Halimah menjadi semakin baik. Apabila Muhammad bin Abdullah berumur dua tahun, Halimah mendapati proses pembesaran Muhammad tidak seperti anak-anak lain, Muhammad, semasa umur dua tahun kematangannya seperti kanak-kanak yang berumur enam tahun. Ia sudah fasih bercakap.
               Semasa Siti Aminah  mengandung, ayah Muhammad meninggal  dunia sebelum beliau dilahirkan. Semasa Muhammad berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah meninggal dunia, oleh itu Muhammad dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib ketua penduduk Mekah. Walaupun Abdul Mutalib ketua penduduk Mekah, tetapi hidupnya miskin kerana hartanya dihabiskan memberi khidmat dan melayan tetamu-tetamu Kaaba. Maka sejak kecil Muham- mad belajar kehidupan fakir miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak. Muhammad juga menjadi orang yang benar-benar tahu bagaimana kehidupan fakir miskin. Muhammad setiasa menemani datuknya Abdul Mutalib selama dua tahun dalam majlis-majlis menerima kunjungan demi kunjungan daripada semua pembesar Arab.
Selepas Muhammad berusia lapan tahun Abdul Mutalib meninggal dunia. Muhammad dibela pula oleh bapa  saudaranya Abu Talib yang juga Ketua Mekah menggantikan  ayahnya Abdul Mutalaib. Abu Talib lebih miskin daripada Abdul Mutalib. Anak-anaknya semua berkerja membantu kerja-kerja Abu Talib. Muhamad juga  mula bekerja dengan sepupunya membantu meringankan tanggjawab Abu Talib.
Muhammad betugas membela kambing. Dengan itu Muhammad selalu berada di padang pasir, di luar daripada kesibukan Kota Mekah. Kadang-kadang berhari-hari dan bermalam-malam Muhammad tidak balik ke Mekah. Muhammad mula hidup berdikari. Hidup di atas  hasil usaha tangannya sendiri.
Tempuh Muhammad mengembala kambing agak lama iaitu daripada beliau berumur lapan tahun sehinggalah beliau berumur 21 tahun. Menggembala kambung selalu berada di padang pasir. Ini menyebabkan dia selalu bersendirian. Orang yang selalu bersedirian mempunyai banyak masa berfikir, meneliti dan melihat kebesaran Tuhan di langit, matahari, bulan, bintang, awan dan alam sekelilingnya. Begitu juga akan selalu dapat menilai dirinya. Keadaan ini menjadikan jiwanya bersih dan jernih.
Semasa remaja Muhammad bin Abdullah juga pernah menyertai keluarga dan kaumnya bagi mempertahankan Mekah.. Pernah suatu masa, suku Hawazin menyerang Mekah. Muhammad membantu bapa-bapa sudaranya menyediakan panah panah. Dari situ Muhammad dapat belajar strategi peperangan dengan labih dekat.
Muhammad juga adalah salah seorang anggota membela orang-orang dizalimi di Mekah. Siapa sahaja yang dizalimi, pakatan ini satang membantu. Begitulah keterlibatan Muhammad dengan masyarakat pada masa itu. Dengan itu Muhammad terkenal di kalangan
semua lapisan masyarakat sebagai seorang yang berperibadi mulia dan dihormati.
Ada seorang wanita kaya benama Siti Khadijah bibti Khuwailid. Kekayaannya menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Apabila dia mendengar berkenaan Muhammad bin Abdullah, kejujuran beliau dan peribadi beliau yang mulia, Siti Khadijah menawarkan kepada Muhammad menguruskan perniagaan di Syam. Muhammad bersetuju. Muhammad keluar ke Syam membawa barang dagangan Siti Khadijah. Muhammad juga ditemani oleh Maaisarah, salah seorang pekerja Siti Khadijah. Sepanjang perjalaan mereka ke Syam Maaisarah kelihatan awan melindungi mereka daripada cahaya matahari. Sebelum sampai ke Syam  mereka berhenti di tempat yang  biasa rombongan lain berhenti tetapi Muhammad tidak berhenti disitu. Ia berhenti di bawah se batang pokok. Padri itu melihat dahan dan ranting-ranting pokok itu bergerak menaungu Muhammad daripada cahaya matahari.
                    Muhammad bin Abdullah berhadapan dengan pelbagai suasana dengan orang muskin, dengan pembesar, dalam peperangan, mengembala kambing, interaksi dengan alam, dan sekarang kita melihat bagaimana Muhammad berhadapan dengan perniagaan iaitu dengan harta.
                    Perniagaan  Siti Khadijah bertambah untung (berlipat ganda); ditambah pula cerita-cerita  dari Maaisarah yang pelik-pelik. Maka Khadijah ingin menjadi isteri Muhammad bin Abdullah. Muhammad berumur 25 tahun manakala Siti Khatijah 40 tahun (janda yang sudah kematian dia orang suami). Siti Khadijah adalah perempuan yang baik, cantik, kaya dan bangsawan pula.(1)   (Bersambung)
(1) Zulkifli Mohd, Yueuf, Nor Naemah And. Rahman. BIOGRAFI  MUHAMMAD ABDULLAH - PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI. PTS ISLAMIK SDN. BHD. BATU CAVES, SELANGUR 2013..       

Friday, October 4, 2019

PEMBANGUNAN DIRI MENGIKUT KONSEP ILMUMPENGETAHUAN


PEMBANGUNAN DIRI MENGIKUT KONSEP ILMU PENGETAHUAN.
(Disiarkan pada 5. 10. 2019)
Ilmu pengetahuan dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu ilmu pengetahuan mengenai Fardhu Ain dan ke dua ilmu pengetahuan mengenai Fardhu Kifayah. Fardu Ain, taat kepada perintah Allah. Berilmu dan fikiran yang positif dan rasional. Meliputi ibadah secara langsung (direct). Fardu Kifayah mempunyai pertalian dengan masyarakat dan sesama manusia.
Tujuan ilmu ialah supaya ia menghakimi akal pada setiap perkara yang terbentang kepada seseorang. Maksud akal ialah akal yang mencukupi syarat fahaman yang memboleh  kannya mengetahui apa sahaja yang dibentangkan kepadanya.
Al-Qur’an menerangkan bahawa akal merupakan ni’mat besar dan mesti diguna dan dijadikan sebagai hakim. Dalam banyak ayat, Allah berfirman:
“ Kami telah nyatakan tanda-tanda bagi kaum yang berakal.”
Kepada orang-orang yang tidak menggunakan akal Allah berfirman surah Al-Furqan ayat 25:44 yang bermaksud: (terjemahan)
“Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami (kebenaran)? Mereka itu tidak lain, hanya seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat dijalannya dari binatang ternak itu.”
Demikian juga meninggal penggunaan akal menjadi sebab kepada keseksaan di akhirat seperti firman Allah mengenai orang-orang kafir dalam surah Al-Mulk ayat 67:10 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan mereka berkata:: Sekiranya Kami mendengarkan dan memahami (peringatan itu) nescaya tidaklah kami bersama-sama dengan penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”.
Inilah suatu galakan besar bagi pengguna akal yang diberikan oleh Islam. Perkara seperti ini tidak  dapat ditandingi oleh agama-agama lain.
Apakah maksud ilmu yang diserukan Islam? Ilmu menghapuskan kejahilan, sama ada dalam perkara dunia ataupun urusan kebendaan. Ilmu-ilmu sains, ilmu jiwa, sejarah, ilmu alam, ilmu masyarakat dan lain-lain juga dimaksudkan oleh Al-Qur’an di samping ilmu agama.
Allah memberi galakan kepada orang-orang Islam mempelajari ilmu-ilmu ini supaya mereka lebih mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah seperti firman-Nya surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hamba-Nya ialah ulama’-ulama’ (orang-orang yang berpengetahuan).”
Orang yang takutkan Allah (menghindarkan diri dari seksa-Nya) dengan mentaati-Nya, tidak lain hanyalah para ulama yang mengetahui kekuasaan Allah di atas segala sesuatu di samping meyakini adanya seksa yang dikenakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat.
Ilmu adalah antara nilai yang tertinggi yang dibawa oleh Islam serta dibangunkan kehidupan manusia di atasnya sama ada kehidupan maknawi atau kebendaan, kehidupan akhirat atau dunia, menjadikannya sebagai jalan keimanan dan peransang kepada amalan. Ia juga merupakan faktor pertama yang menjadikan manusia sebagai khalifah; kerana mereka paling kuat beribadat kepada Allah sedangkan mereka dijangka (oleh Malaikat) akan melakukan kemusnahan dan  menumpahkan darah di ataspermukaan bumi.  Lalu Allah telah menolak sangkaan para Malaikat dengan firman-Nya surah Al-Baqarah ayat 2:30-33 yang bermaksud: (terjemahan)
Sesungguhnya aku Maha mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Allah mengajarkan Adam nama-nama keseluruhannya.”
Islam adalah agama ilmu, al-Qur’an al-Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang pertama
diturunkan kepada Rasulullah SAW, ialah berkenaan dengan ilmu iaitu: “Bacalah dengan
Nama Tuhanmu yang telah menciptakan.”
Membaca adalah pintu keilmuan semantara al-Qur’an merupakan: “Kitab yang diperjelaskan ayat-ayatnya, iaitu bacaan di dalam bahasa Arab, untuk kaum yang berilmu.”(Fusilat ayat 41:3)
Beberapa seruan supaya mempelajari ilmu-ilmu tabi’e. Banyak terdapat ayat-ayat yang memberi galakan untuk mempelajari ilmu sains tabi’e. Antaranya ialah Firman Allah SWT surah Ar-Rum ayat 30:22 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan  berlain-lainan dan warna kulitmu, sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
Di antara tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah itu ialah, terciptanya langit yang penuh terhias dengan bintang-bintang yang bergemerlapan cahayanya dari jenis bintang- bintang tetap dan beredar, yang kelihatannya begitu kecil kerana terlalu jauh letaknya, begitu jua terciptanya bumi yang bergunung, berlurah, berlaut, berpadang-pasir , ditumbuhi pohon-pohonan dan didiami binatang-binatang dan haiwan-haiwan yang berselerak di mana-mana.
               Seterusnya terciptanya bahasa-bahasa manusia yang berlain-lainan pertuturannya, satu dengan yang lain tidak sama dan ada yang hanya sedikit perbezaannya. Di antara bahasa itu seperti: bahasa Melayu, bahasa Arab, Cina, India, Perancis, Jerman, Inggeris dan lain-lainnya lagi dengan segala macam suku dan pecahaan yang tidak terkira banyaknya, kecuali Tuhan pencipta bahasa itu sendiri yang mengetahuinya.
               Di samping  itu terdapat bentuk, rupa, potongan dan warna kulit manusia yang bermacam-macam serta bunyi dan suaranya yang berlain-lainan. Hal ini tidak syak lagi menunjukkan adanya cara hidup mereka yang berlain-lainan pula, sehingga dapat dibezakan siapakah pula yang dianggap menjadi lawan, masing-masing dapat dibezakan bahasanya dan diketahui dari bangsa apakah dia.
               Kesemua yang disebutkan ini adalah menunjukkan tentang kekuasaan Allah. Ciptaanya yang mengandung hikmat yang halus ini akan difahami oleh orang-orang yang berpengetahuan. Tahukah mereka bahawa semua ini diciptakan bukan sia-sia, bahkan menjadi teladan bagi orang-orang yang mahu mencontohinya.
               Ilmu pengetahuan yang berasaskan kepada konsep keadilah menjadi keutamaan dalam pembangunan diri. Islam telah memerintah umatnya supaya melaksanakan keadilan di kalangan manusia. Firman Allah SWT surah An-Nisa ayat 4:135 yang bermaksud: (terjema-
han)
               “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibubapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemasalahatanya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) atau menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.”
               Al-Quran tidak memadai dengan ini sahaja  malah ia menyuruh umat Islam supaya menjaga keadilan walaupun terhadap pihak musuh. Allah menyeru umat Islam supaya berlaku adil di dalam semua lapangan, serta diseru supaya memberikan penyaksian yang benar kerana Allah semata-mata. Sebabnya ialah, sekiranya di dalam sesuatu masyarakat tidak ada seorang yang berlaku adil dan tidak ada orang yang suka memberi penyaksian yang benar dan jujur semasa berlaku sesuatu perbicaraan, nescaya timbullah kekacauan dalam masyarakat itu, sehingga tidak ada keamanan dan ketentaraman. dan masyarakat itu tidak akan teratur.
               Kejujuran sewaktu menjadi saksi itu adalah perlu dan sangat-sangat dituntut, walaupun, umpamanya akan melibatkan atau merugikan diri sendiri, atau orang yang dikasihi,
seperti  ibu bapa dan kaum kerabat.
               Bila syari’at Islam dijadikan alternatif, maka ia mengikat semua warga. Juga kepada
mereka yang non-Muslim. Syari’at Islam tidak menzalimi dan tidak berat sebelah, serta tidak memihak kepada sesiapapun.
               Itu semuanya kerana keadilan Islam adalah keadilan Allah. Dan ia tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya, baik orang perseorangan mahupun kelompok. Dia hakim yang adil. Ini dapat dilihat di zaman Rasulullah SAW terdapat sebuah kes, di mana seorang Yahudi dituduh melakukan jenayah, padahal ia sama sekali tidak melakukannya. Melalui firman-Nya, Allah membela Yahudi itu surah A-Nisa’ ayat4:105-113 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadanya (wahai Muhammad) Kitab (al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepada kepadamu (melalui wahi-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”
               “Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Mengampun, lagi Maha Mengesihani.”
               “Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang menghianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.”
               “Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembuyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa meliputi Pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan.”
               “Sedarlah!  Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi perlindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?”
               “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.”
               “Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk  (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
               “Dan sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyat.”
               “Dan kalaulah tidak kerana lipah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepadamu (wahai Muuhammad), nescaya berhasillah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkan mu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak akan dapat mendatankan muderat kepadmu sedikit pun; dan  (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (al-Qur’an) serta hikmah ((pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya, Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkan-Nya kepadamu amatlah besar.”
               Peradilan Islam memang tidak ada yang menyamainya. Ia menetapkan; berlaku adil pada semua orang. Oleh itu, jangan merasa hairan apabila suatu ketika terjadi seorang Yahudi yang diadili oleh hakim telah memenagi kes tersebut ke atas Amirul Mukminin Ali  bin Thalib r.s.misalnya, Dan itulah keuggulan Islam.(1)
               Antara nilai-nilai utama kemanusiaan yang dibawa oleh Islam, yang menjadikannya sebagai pengukuh kehidupan individu, rumahtangga, masyarakat dan politik ialah: keadilan. 
Hinggakan al-Qur’an telah menjadikan penegakkan keadilan di antara manusia sebagai matlamat semua risalah samawi. Allah SWT telah berfirman surah Al-Hadid ayat 57:25 yang
bermaksud: (terjemahan)
               Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca keadilan supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.”
               Tidak ada yang lebih besar bagi nilai keadilan dari menjadikannya sebagai matlamat utama dalam pengutusan para Rasul Allah SWT serta penurunan kitab-Nya.
               Lantaran keadilanlah diturunkan al-Kitab serta diutuskan para Rasul dan lantaran keadilanlah dibangunkan langit serta bumi. Allah berfirman surah al-Rahman ayat 55:7-9 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan. Agar kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkan lah timbangan dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.” (2)
(1) Yusuff Al-Qardhawi, Prof. Dr.: ISLAM SEPANJANG ZAMAN DAN SEMUA  TEMPAT Al-Hidayah Publishers Kuala lumpurt. 2001
(2) Yusuf Aal-Qardhawi, Ptof. Dr.. CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KITA IDAMKAN. Penerbitan Seribu Dinar KL 2000.