Friday, November 16, 2018

HIDUP SEMESTINYA BERSENDIKAN ISLAM


HIDUP SEMESTINYA BERSENDIKAN ISLAM
(Disiarkan pada 17. 11. 2018)
Kewujudan Islam membetulkan cara hidup manusia sebagai makhluk dan khalifah Allah S.W.T. di alam dunia sebelum meneruskan kehidupannya di alam akhirat.  Membetul kan cara hidup manusia sebenarnya adalah pembangunan yang mampan dan menyeluruh yang membabitkan  pembangunan jasmani dan rohani.
Pembangunan jasmani bersendikan kehidupan di alam dunia manakala pembangunan rohani adalah khusus kepada hubungan manusia dengan alam akhirat sebagai distinasi mutlak setiap umat iaitu untuk berjumpa dengan Zat yang mewujudkan manusia dan alam kehidupan.
Kehendak-kehendak Allah (s.w.t.) ke atas keagamaan adalah mengandungi kecintaan dan keredaan-Nya di dalam setiap perintah-Nya. Allah (s.w.t.) menjadikannya syariat dan agama-Nya di mana ianya khusus kepada keimanan dan amalan solih sebagaimana firman-Nya surah Al-An’am ayat 6:125 yang bermaksud: (terjemahan)
“Barang siapa yang Allah menghendaki untuk memberikannya petunjuk nescaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatan nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah ia sedang mendaki ke langit.”
Pada ayat yang berbunyi yang bermaksud: “Maka sesiapa dikehendaki Allah supaya terpimpin, nescaya dibukankan-Nya hatinya agar memeluk agama Islam.”
Di sini Allah memberi perbandingan pula antara orang-orang yang mempunyai persediaan  untuk beriman dengan yang tidak bersedia. Iaitu Allah menjelaskan, sesiapa ada kebolehan untuk beriman, disebabkan Allah menghendakinya supaya tersimpan ke jalan yang selamat dan sejahtera, nescaya orang itu akan dibukakan pintu hatinya dengan selebar-lebarnya untuk menerima nur dan cahaya  kebenaran dari Allah, akhirnya ia bersedia pula untuk menerima agama Islam sebagai pegangan hidupnya dengan hati yang tulus ikhlas – sedikit pun tidak ada halangan yang menahannya dari menerima bukti-bukti dan keterangan-keterangan Allah yang didatangkan kepadanya, malahan semuanya itu akan diterima-nya dengan penuh keimanan dan keyakinan.
Dan sesiapa dikehendaki Allah supaya tersesat, nescaya dijadikan-Nya dadanya sempit lagi sesak.
Sesiapa yang telah rosak keperibadiannya disebabkan syirik yang menyesatkannya, dan jiwanya telah bernoda disebabkan dosa yang dilakukannya, nescaya orang itu akan tertutup pintu hatinya dari menerima cahaya kebenaran, sempit pandangannya dari menerima petunjuk dan keterangan, dan amat berat menerima seruan Islam untuk menjadi pegangan hidup dan agamanya,
Orang yang tersesat tidak mendapat petunjuk itu telah diumpamakan oleh Allah, seperti orang yang naik ke atas langit. Semakin dia ke atas semakin tidak berdaya untuk bernafas – sesak dadanya dan senak, kerana kehabisan oksijen. Akhirnya kalau dia terus juga naik, tentulah akan mati tercekik.
Ayat ini selain merupakan perbandingan antara yang lapang dadanya dengan yang sempit untuk menerima Islam sebagai agama, juga merupakan rahsia  yang sangat berharga dalam bidang pengetahuan sains.
Allah yang Maha Bijaksana telah memperkatakan rahsia tersebut dalam kitab suci-Nya al-Quran sebelum bangsa manusia tahu dan memahami akan hakikat udara dan oksigen yang terkandung di dalamnya. Hanyalah setelah 14 abad kemudian, iaitu setelah berkembagnya ilmu penerbangan, dicubakan kepada para penerbang untuk menguji kebenaran rahsia yang tersembunyi dalam ayat ini, maka mereka dapati benar-benar telah menepati.
Dalam percubaan mereka, mereka telah mendapati dengan sah akan adanya tekanan-tekanan udara yang berbeza-beza, di berbagai-bagai lapisannya. Orang sekarang telah tahu, bahawa pada lapisan udara yang sebelah atas udaranya semakin tipis jika dibandingkan
dengan lapisan yang sebelah bawah. Dan orang yang hendak naik ke atas, semakin tinggi ia naik semakin kehabisan oksigen. Sedang oksigen itu pula merupakan gas, yang diperlukan oleh pernafasan. Kalau orang telah kehabisan oksigen, nescaya dadanya akan sesak dan perjalanan nafasnya akan terganggu. Itulah sebabnya, setiap penerbangan dan angkasawan perlu dibekali dengan oksigen yang secukup-cukupnya, supaya membolehkan mereka bernafas semasa berada di lapisan udara yang tipis  itu.
               Agama (Islam) dan ilmu pengetahuan adalah dua saudara sekandung, bukan dua musuh yang bertentangan.
               Maka manakala ilmu pengetahuan itu semakin maju, semakin jelaslah penerangan yang diberikan olehnya, yang dahulunya masih belum tersingkapkan oleh para ulama dan Mufassirin.
               Allah telah menciptakan manusia supaya mereka dapat menyempurnakan pengabdian kepada Allah (s.w.t,). Oleh kerana itu Allah (s.w.t.) tidak menyukai Dia dipersekutukan dengan barang apa juapun dan Dia menetapkan bahawa hak penyembahan hanyalah untuk-Nya sahaja sebagaimana firman-Nya surah Al-Isra’ ayat 17:23 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Dan Tuhanmu menetapkan supaya kamu jangan mnyembah selain Dia.”
 Maksudnya Allah (s.w.t.) memerintahkan manusia supaya hanya menyembah-Nya. Keteta pan ini adalah ketetapan ke atas perintah penyembahan di mana ianya jazam iaitu hak-hak (ubudiah) (perhambaan) milik Allah sahaja. Oleh yang demikian dosa yang paling besar adalah syirik selain dari pegangan puak dahriah (athies) yang tidak mempercayai adanya pencipta. Sehubungan dengan itu Allah (s.w.t.) telah menetapkan bahawa barang siapa ingin berjumpa dengan Allah (s.w.t.) hendaklah jangan mempersekutukan-Nya dengan sesiapa pun di dalam ibadatnya, sebagai firman Allah (s.w.t.) surah Al-Kahfi ayat 18:110 yang bermaksud (terjemahan)
               Barang siapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia melakukan amalan solih dan jangan ia mempersekutukan dalam ibadatnya dengan sesiapapun.”
               Allah menyuruh rasul-Nya mengatakan; Bahawasanya aku hanyalah manusia biasa seperti kamu juga. Aku tidak mengaku bahawa pengetahuanku meliputi perkataam-perkataan Tuhanku, bahkan tak ada langsung pengetahuanku kecuali apa yang diajarkan-Nya kepadaku. Dan sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku supaya kamu menyembah Allah sebagai Tuhan yang satu, sebab Tuhan yang sebenar tak ada duanya tak ada yang menyekutui-Nya.
               Siapa yang mengingini pahala daripada Allah hendaklah beribadat kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlasnya, jangan menyekutukan-Nya dengan yang lain seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak percaya kepada keterangan-keterangan Allah dan kepada pertemuan dengan-Nya.     
               Dakwah kepada kebaikan – amar makruf nahi mungkar itu adalah untuk mengajak seluruh umat Islam hidup di bawah lindungan syariat Allah (s.w.t.) supaya kehidupan mereka memperolehi rahmat dari-Nya dan dimuliakan di dunia dan di akhirat. Begitu juga supaya mereka berusaha untuk memantapkan keyakinan mereka terhadap janji-janji Allah (s.w.t.) sekiranya agama yang mulia diamalkan sepenuhnya.
               Keyakinan kepada janji-janji Allah ini adalah iman. Sebagaimana solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah di rumah-rumah Allah (s.w.t.) akan diganjari dua puluh lima kali ganda dari solat yang dikerjakan bersendirian.  
               Pemeliharaan perintah-perintah Allah (s.w.t.) wajar kerana Allah akan memelihara kita dalam segala urusan kehidupan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (r.a.) dia berkata yang bermaksud:
               Aku berada dibelakang Rasulullah (s.a.w.) di atas keinderaan pada suatu hari, maka Baginda telah bersabda, Wahai budak! Sesungguhnya ku mengajarkan kepadamu beberapa
kalimah (iaitu): “Peliharalah Allah, Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta sesuatu mintalah dari Allah dan apa bila kamu memohon pertologan maka mintalah dari Allah dan ketahuilah sesunguhnya seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu: mereka tidak dapat memberi apa-apapun melainkan dengan apa yang telah ditulis oleh Allah untukmu dan sekiranya mereka berkumpul untuk memuderatkanmu dengan sesuatu apapun: mereka tidak dapat memuderatkanmu melainkan dengan apa yang telah ditulis oleh Allah (s.w.t.)telah diangkat pena dan telah kering lembaran.”          
               Peliharalah Allah bermaksud melihara segala perintah-Nya dengan mematuhi-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Apabila  perintah Allah (s.w.t.) dipelihara dengan ketaatan tanpa berbelah bagi maka Allah (s.w.t.) akan memelihara si taat segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan hariannya, usaha-usaha dunia dan akhiratnya dan Allah (s.w.t.) akan memberinya kehidupan yang baik sebagaimana firman-Nya surah An-Nahl ayat 16:97 yang bermaksud: (terjemahan)     
               “Barang siapa yang mengerjakan amalan yang baik: lelaki dan wanita di dalam keadaan ia beriman maka sesungguhnya kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.”
               Adapun barang apa yang menimpa seorang hamba di dalam bentuk bala dan musibah maka ini adalah disebabkan kelalaiannya untuk memelihara perintah-perintah Allah (s.w.t.) dengan mentaatinya sebagaimana firman Allah surah As-Syura ayat 42:30 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu)”   
               Allah menetapkan peraturan-peraturan yang menjadi undang-undang alam bagi manusia, yang kalau mereka mengamat-amati pasti mereka tidak akan melakukan sebarang dosa.
               Iaitu Allah menyatakan: “Dan tiap-tiap musibah (kecelakaan) yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu.”
               Bermakna: Apa jua kemalangan yang menimpa manusia di dunia ini, tidak lain semua nya itu adalah hasil dari kerja tangan manusia itu sendiri – di dalam melakukan dosa-dosa, maksiat dan kejahatan – sebagai hukuman kepada mereka.
               Dibahaskan “kerja tangan” di sini, kerana kebanyakan hasil pekerjaan atau ciptaan sama ada primitif mahupun moden adalah dilakukan oleh tangan manusia.
               Dosa, maksiat dan kejahatan itu terbahagi dua: 1. Dosa yang disegerakan seksaannya di dunia dengan musibah, kecelakaam dan kemalangan. 2. Dosa yang dimaafkan oleh Allah, iaitu si pelakunya tidak ditimpakan musibah oleh Allah bahkan Allah maafkan sebahagian besarnya – hal ini dinyatakan-Nya dalam ayat ini seterusnya iaitu: Dan Allah memaafkan sebahagian besarnya (dan kesalahan kamu.)
               Allah tidak segera akan menyeksa atau menghukum dengan menimpakan kecelakaan di dunia. Dan Allah Taala maha pemurah dari  menghukum dua kali di dunia dan di akhirat.
               Adapun golongan orang-orang yang tidak mempunyai dosa seperti Para nabi, kanak-kanak yang belum baligh dan orang gila, kalau mereka ditimpa kemalangan juga di dunia ini, hal itu disebabkan Allah hendak menaikkan darjat mereka lebih tinggi lagi di akhirat.
               Musibah-musibah ini bukan sahaja di dalam bentuk penyakit, kehilangan harta benda, kebakaran, kebuluran dan sebagainya tetapi ia termasuklah kehilangan kemuliaan dan ketinggian sebagai orang-orang Islam di atas orang-orang kafir, kehilangan kekuatan, kesatuan, pemeliharaan dari ancaman musuh-musuh agama dan dihalau keluar dari negeri sendiri. Adapun kemanfaatan Allah (s.w.t.) ianya bergantung kepada taubat dan lstighfar (permohonan ampun).
               Ketaatan kepada perintah Allah (s.w.t.) akan mendatangkan keredaan-Nya dan menye
lesaikan masalah sebagaimana firman-Nya dalam surah At-Thalaq ayat 65:2 yang bermaksud:
(terjemahan)
               “Dan barang siapa bertakwa kepada (Allah) akan menjadikan untuknya jalan keluar dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang ia tidak sangka-sangka.”                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
                    Allah (s.w.t.) mempunyai kasih sayang yang istimewa kepada hamba-hamba-Nya yang beriman lantaran kasih sayang tersebut Allah (s.w.t.) telah berfirman megenai Nabi Yunus di dalam surah As-Shafat ayat 37:142, 143, dan 144 yang bermaksud:: (terjemahan)
                    “Maka dia (Yunus) ditelan oleh ikan besar akibat dia melakukan perbuatan yang tercela. Maka sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingati Allah nescaya ia akan tinggal di dalam perut ikan itu sampai hari kebangikatan.”
                    Allah menerangkan bagaimana Nabi Yunus (a.s.) itu telah diselamatkan-Nya. Iaitu kalaulah tidak kerana ia rajin berzikir mengingati Allah dengan bertasbih sepanjang hayatnya, pasti akan mati dan terkubur dalam perut ikan paus itu sampai hari kiamat – semata-mata menjadi mangsa makanan ikan. Tetapi untunglah tidak demikian halnya. Dia ditakdirkan hidup di dalam perut ikan itu disebabkan banyak berzikir dan bertasbih, yang diucapkannya berbunyi:
                    “Tidak ada Tuhan selain dari Engkau (Allah). Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang aniaya.
                    Tak lama kemudian Allah takdirkan ikan paus itu mati terdampar di atas sebuah pantai yang berpasir, tanahnya gersang tidak ada tumbuh-tumuhan di atasnya. Ikan itu terdampar selepas menelan Nabi Yunus (a.s.) selama satu hari, ada yang mengatakan selepas 3 hari, atau 7 hari, atau 20  harii atau 49 hari – ada pertelingkahan yang meriwayatkannya.
                    Lalu keluarlah Nabi Yunus (a.s.) dari perut ikan itu hal keadaannya sakit. Kerana badannya tersangat lemah, lagi susah bernafas, lebih-lebih lagi kerana amat sedih meningatkan kaunya yang telah menyakiti hatinya. Kaumnya telah diseru menyembah Allah dan supaya berpegang dengan agamanya, agar mereka berbahagian hidupnya di dunia dan akhirat. Tetapi mereka menolak seruanya, tidak percaya kepada kebenaran agama yang dibawanya.

Saturday, November 3, 2018

ILMU PENGETAHUAN DALAM ISLAM TERAS PEMBANGUNAN UMMAH


ILMU PENGETAHUAN DALAM ISLAM TERAS PEMBANGUNAN UMMAH.
(Disiarkan pada 03. 11.  2018)
               Hidup merupakan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada  manusia sebagai hamba-Nya dan juga sebagai kahlifah-Nya. Sebagai hamba Allah wajar sujud kepada-Nya atas kekuasaan-Nya mewujudkan makhluk manusia begitu sempurna yang dibalut dengan perasaan kasih sayang-Nya terhadap sesama manusia.
Sebagai khalifah Allah tanggungjawabnya ialah memakmurkan alam kehidupan dengan kefahaman bahawa melaksanakan amanah tersebut semestinya hidup ini diserikan dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dalam Islam memberi galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah dalam menggalakkan demikian seperti dalam surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
Orang yang mahu mengambil teladan mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripadanya itulah dikatakan berakal – bukanlah  orang yang jahil dan cuai – kerana orang yang berakal dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Sedang yang tidak berakal tidak pula dapat membezakan.
Kemudian kita lihat Al-Quran dalam ayat yang lain menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah. Surah Al-Mujadilah ayat 58:11 yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah akan meninggkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
Demikian juga Allah mengakui penyaksian ahli-ahli  ilmu tentang keEsaan-Nya. Firman Allah-Nya surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian itu”.
Allah menyamakan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang-orang berilmu dan penyaksian malaikat. Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu.
Dari segi lain kita lihat Allah tidak menyukai orang-orang tidak berilmu. Firman Allah surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bermaksud: (terjemahan)
“Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami”.
Allah juga menyatakan tidak ada bantasan dalam ilmu. Firman Allah surah Yusuf ayat 12:76 yang bermaksud: (terjemahan)
“Di atas tiap-tiap orang yang berpengatahuan itu ada lagi yangMaha Mengetahui”.
Kata Ibnu Abbas (r.a.): Di atas orang-orang alim ada lagi yang lebih alim, demikianlah seterusnya hingga terhenti ilmu itu kepada Allah Taala, maka Allah Taala di atas segala yang alim. Ayat ini mengingatkan kepada orang-orang yang berilmu, supaya jangan membangga-banggakan dirinya dengan menunjuk pandai, sebab masih ada lagi orang lain yang lebih, tetapi hendaklah semakin merendahkan diri kapada Tuhan yang mengurniakan ilmu itu kepadanya.
Ada ahli pujangga mengatakan bahawa “semakin saya tahu, semakin saya tidak tahu.” Bermakna semakin banyak ilmu yang dia dapat terokai semakin banyak lagi ilmu yang masih belum diketahuinya. Ini memberi kesedaran kepada manusia bahawa hakikat alam yang kita diami ini sentiasa ada sahaja yang menimbulkan sesuatu yang membawa kita ke dimensi yang masih memerlukan usaha kita untuk menyelaminya.
Allah wujudkan makhluk air yang kemanfaatannya kepada kehidupan amat luar biasa.
Kita ambil air sebagai satu analogi pembangunan kehidupan. Jika kita culupkan jari kita ke dalam air laut dan tarik; air yang membasahi jari kita boleh dianalogikan sebagai ilmu  yang dapat dikuasai manusia dalam hidup, berbanding dengan ilmu Allah  yang ada di alam ini bagikan air lautan yang tidak bertepi itu.
               Konotasi demikian tidakkah kita merasa kewujudan kita dengan segala ilmu yang kita ada amat minimal sekali berbanding dengan hakikat alam ini. Maka itu wajarkan manusia merasa rendah diri di sisi Allah S.W.T. sebagai hamba-Nya. Maka itu wajarkan kita memohon Allah untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita yang sudah sedia ada?
               Al-Quran menuntut orang-orang Islam supaya mencari ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka kehendaki tentang hakikat alam. Firman Allah Surah Taha ayat 20:114 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Maka Maha tinggi Allah Raja yang mempunyai kebenaran. Dan janganlah engkau tergesa-gesa membacanya sebelum selesai diwahyukan kepadamu. Dan katakan: Wahai Tuhan tambahkanlah ilmu kepadaku”.
               Adalah diriwayatkan, bahawasanya Nabi (s.a.) sangat mengambil berat apabila Malaikat Jibril turunkan membawa wahyu berupa ayat-ayat al-Quran yang dibacakan  kepada Baginda, lalu Baginda membacanya dengan tergesa-gesa sebelum habis Malaikat Jibril membacakannya. Hal tersebut dilakukan oleh Baginda kerana khuatir kalau terlupa. Perbuatan Baginda ini telah ditegur oleh Allah dengan menegahkannya janganlah sampai bergopoh gapah membacanya sebelum wahyu itu selesai dibacakan oleh Malaikat Jibril kepadanya, supaya pengambilan ayat-ayat al-Quran itu cukup teliti dengan mengikuti setiap huruf dan kalimat yang dibacakan kepada Baginda hendaklah diterima tenang.
               Nabi Muhammad (s.a.w.) diseru supaya diam apabila wahyu dibacakan oleh Malaikat Jibril, kemudian apabila selesai barulah membacanya.
               Dan katakan: Wahai Tuhan! Tambahkanlah ilmu kepadaku.
               Allah menyuruh rasul-Nya memohonkan tambahan ilmu pengetahuan dan fahaman kepadanya.
               Dalam hubungan ini, at-Tarmidzi telah meriwayakan daripada abu Hurairah katanya: Bahawasanya Rasulullah (s.a.w.) berdoa: (terjemahan)
               “Ya Allah, berilah saya kegunaan ilmu yang engkau ajarkan dan ajarkanlah saya ilmu yang berguna, tambahkanlah ilmu kepada, saya dan puji-pujian itu bagi Allah atas segala macam hal (yang berlaku) dan berlindung saya kepada Allah daripada hal-hal (yang dialami) oleh penduduk neraka.”
               Keistemewaan manusia terletak pada ilmu yang dipunyainya. Sendainya ilmu itu hilang, maka jatuhlah martabat manusia. Ilmu itu pula terletak dalam roh dan ia memainkan peranan yang penting dalam menentukan sifat kemanusiaan. Misalnya, manusia berilmu sahaja yang layak dipanggil manusia tulin kerana dicipta oleh Allah dengan potensi intelek untuk mengetahui, di samping ilmu serta hikmah yang merupakan santapan kalbu.
               Sekiranya kalbu tidak disajikan dengan ilmu dan hikmah untuk beberapa ketika, maka ia akan merana akibat kelaparan hidayah Illahi dan akhir mengalami kematin walaupun tuan punyai kalbu itu mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dalam rohnya. Menurut al-Ghazali (1990).
               “Ilmu boleh diibaratkan sebagai pakaian yang menutup tubuh manusia. Oleh itu manusia yang tidak berilmu boleh diibaratkan sebagai manusia yang tidak memakai sebarang pakaian.”
               Ilmu yang paling utama ialah pengetahuan tentang kewujudan Allah dan segala kehendak Allah. Darjah kemanfaatan ilmu bergantung pada sejauh mana ilmu itu diorientasi kan kepada penghampiran diri manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan ke akhiratan.
               Melalui kekuatan ilmu, manusia dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara maklumat yang benar dengan maklumat yang palsu dalam kemunikasi, antara iman dengan syirik dalam kepercayaan, dan antara baik dengan buruk dalam perbuatan. Sekirannya kekuatan ilmu dibentuk secara seimbang, sepadu, dan menyeluruh, maka terpancarlah hikmah dalam jiwa manusia.
               Istilah hikmah  (bijaksana) bermaksud keadaan jiwa yang berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran dengan kebatilan dalam segala pebuatan yang termasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia.
               Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah yang membolehkan seseorang untuk menge- tahui tentang kedudukan atau tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian.
               Hikmah yang bertapak dalam kalbu akan menghalang seseorang daripada bergelu mang dalam kelakuan yang jahat. Jadi, hikmah merupakan puncak segala perbuatan yang baik dan segala budi perkerti yang terpuji. Keadilan kemudiannya akan turut menjelma pada diri seseorang hasil perjalanan hidup di dunia yang berlandaskan hikmah.
               Menurut Naquib (1992), manifestasi luaran bagi keadilan dalam kehidupan manusia ialah apa yang berlaku dalam lingkungan adab. Oleh itu, kehilangan adab menggambarkan kehilangan keadilan dan tanpa adab, manusia akan mengalami kekeliruan dalam ilmu. Seterusnya, kehilangan adab juga adalah penyebab bagi kehilangan iman terhadap agama Allah.
               Kekuatan ilmu saling berkait dengan kekuatan akal kerana ilmu diperolehi melalu akal yang rasional. Akal itu pula merupakan inti bagi roh manusia. Istilah “inti  bagi sesuatu benda” bermaksud sesuatu paling istimewa yang dipunyai oleh benda tersebut. Dalam konteks ini, akal merupakan benda yang paling istimewa bagi manusia, manakala syahwat dan marah nya merupakan benda mendatang yang bersifat sekunder.
               Walaupun bersifat istimewa, akal manusia mempunyai kemungkinan untuk berkem bang secara tidak lurus. Apabila keadaan ini berlaku, manusia akan kehilangan hikmah. Misalnya, akal yang keterlaluan akan menerbitkan sifat-sifat negatif seperti pembujuk, penipu dan penghelah. Akal yang lalai pula akan menerbitkan sifat-sifat seperti degil, tolol, bebal, zalim, dan bodoh. Orang yang tolol mempunyai tujuan yang benar, tetapi cara dia mencapai tujuan itu adalah salah, iaitu dia tidak mempunyai pertimbangan yang benar dalam merancang dan melaksanakan sesuatu agenda untuk sampai kepada tujuan itu.
               Orang yang zalim pula mempunyai tujuan yang buruk, iaitu dia memilih sesuatu yang salah, jahat, dan tidak sesuai dipilih. Seterusnya, orang yang bodoh ialah orang yang mempu- nyai pengalaman atau pengetahuan yang amat sedikit dalam berbagai-bagai hal dan urusan, tetapi dia mempunyai fantasi yang benar. Konsep bodoh tidak sama dengan konsep lembap. Misalnya, orang yang lembab ialah orang yang gagal untuk mempelajari atau menguasai sesuatu ilmu dalam satu tempuh masa yang tertentu.
               Ilmu agama diperoleh daripada nabi dan rasul sahaja kerana ilmu tersebut tidak disampaikan oleh Allah kepada manusia lain melalui akal fikiran seperti aritmetik atau melalui uji kaji seperti perubatan, atau melalui interaksi sosial seperti norma dalam sesuatu majlis. Ilmu agama dikenali juga sebagai ilmu nakliyah, ilmu abadi, dan ilmu syariah.
Manakala ilmu akliyah pula ialah ilmu yang diproleh melalui hasil usaha pemikiran manusia yang juga dikenali sebagai ilmu sains, ilmu dicari, dan ilmu bukan agama (ghayr syariah). Ilmu akliyah tidak boleh didapati melalui taklid semata-mata. Pada umumnya, ilmu akliyah terbahagi kepada dua aspek.
1.            Ilmu dharuri: Ilmu yang manusia tidak tahu bagaimana dan  dari mana ilmu itu diper- oleh seperti kebolihan menghisap, memegang, menangis, dan  menggerakkan lengan yang dipunyai oleh  bayi yang baru lahir.
2.            Ilmu muktasabah, iaitu ilmu yang diperoleh melalui proses pembelajaran dan penaku- lan mantik. Ilmu muktasabah terdiri dari dua aspek, iaitu ilmu yang membabitkan hal keduniaan seperti matematik dan perubatan, dan ilmu yang membabitkan hal keakhiratan seperti mengenai perbuatan yang keji dan tanda kekuasaan Allah.
               Ilmu muktasabah boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu mulia (mahmudah), dibenarkan (mubah), dan  tercela (mazmumah). Ilmu muktasabah yang mulia ialah ilmu yang berfaedah dan tidak boleh diketepikan kerana aktiviti kehidupan manusia bergantung padanya. Sebaliknya, ilmu muktasabah yang tercela ialah ilmu yang membawa manusia kepada keburukan, kemusnahan, kekufuran, tidak berakhlak, menentang suuruhan Allah, rasuah, mensia-siakan masa, ketidakadilan sosial, dan ragu-ragu tentang kekuasaan Allah.
               Pembahagian ilmu kepada ilmu agama dan ilmu akliyah adalah berdasarkan sumber ilmu. Misalnya, ilmu agama bersumberkan wahyu, manakala ilmu sains bersumberkan akal, pemerhatian, penelitian, pengkajian, dan pembudayaan.
Wahyu Illahi dan akal manusia adalah dua sumber ilmu yang bersifat saling eksklusif. Namun begitu, ini bukanlah bermakna kedua-dua sumber itu bercanggah antara satu sama  lain, memandangkan, ilmu agama dan ilmu akliyah saling bantu membantu antara satu sama lain.
Tetapi keterbatasan akal manusia membuat ilmu akliyah mendapat   status    sekundur,
manakala ilmu agama mendapat status utama. Pada hakikatnya, kedua-dua ilmu ini merupa kan pengetahuan yang Allah beri kepada manusia.
                    Ilmu fardu ‘ain ialah yang menjadi asas bagi individu Muslim untuk terus hidup sebagai Muslim seperti ilmu pendidikan agama, etika sosial, akhlak , dan perundangan asas. Sebaliknya, ilmu fardu kifayah ialah ilmu yang menjadi teras bagi sesebuah masyarakat untuk terus berkembang dan membangun seperti ilmu perubatan, kejuruteraan,  perakaunan, ekono- mi, dan sains gunaan.
Pembahagian ilmu kepada fardu ‘ain dan fardu kifayah berasaskan perbezaan antara dua jenis kewajipan mempelajari ilmu. Fardu atau wajib ‘ain adalah kewajipan mempelajari ilmu ke atas setiap individu Muslim manakala fardu atau wajib kifayah adalah kewajipan mempelajari ilmu ke atas kelompok yang tertentu.