Sunday, July 30, 2017

PEMBANGUNAN NEGARA BERSENDIKAN PEMBANGUNAN kELUARGA

 (Disiarkan pada 28. 7. 2017)
               Adalah menjadi dasar kepada pembangunan sesebuah negara, sememangnya bersendi kan kepada memurnian pembangunan keluarga yang menjadi penduduknya. Setiap negara yang berdaulat mempunyai kerajaannya yang dipilih oleh rakyatnya melalui pelambagaan pilihan raya, bertanggungjawab menyediakan segala fasiliti pembangunan kepada rakyatnya.
               Kerajaan menyediakan infrastruktur pembangunan kepada generasi pelapis yang akan menarajui pemerintahan negara seutuhnya. Para belia dan beliwanis menjadi tunggak pemba- ngunan negara yang akan menentukan agenda setiap lapisan masyarakat berjalan dengan baik dan teratur.
               Dalam semua jenis pembangunan manusia wajar bersendikan kepada pembangunan sosial masyarakat terlebih dahulu kerana disiplin setiap ibadah ditentukan oleh akidah Islam yang telah membentuk disiplin perlaksanaan setiap individu sebagai pemain dalam pemba ngunan insan.
               Peneraju kepada setiap jenis pembanguanan seharusnya dilaksanakan oleh manusia yang berpengetahuan tentang disiplin satu-satu jenis pembangunan. Kita pastikan untuk menentukan halatuju pembangunan mengikuti kepakaran. The right man on the right job and the right job on the right place.
Misalnya pembangunan mengenai infrastruktur komunikasi jalan raya diberi kepada ahli jurutera yang mempunyai kepakaran dalam disiplin membina jalan raya. Begitu juga  mengenai pembangunan tentang perumahan, wajar diberi kepada manusia yang mempunyai kepakaran dalam jurusan seni bina bangunan. Pembangunan sosial adalah tanggungjawab kepada kumpulan profesional keguruan dalam satu-satu jurusan.
               Disiplin demikian wajar diikuti disebabkan semua jenis pembangunan menggunakan biayaan yang besar yang ditanggung oleh kerajaan. Adalah tidak munasabah jika seorang mempunyai kepakaran dalam jurusan jurubina perumahan dipertanggungjawab kepada orang yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan sosial seperti profesion keguruan yang kepakarannya adalah mendidik generasii pelapis. Kepakaran seorang juru terbang pesawat tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada ahli pembangunan kesihatan seperti bidang kedoktoran.
               Walaubagaimana pun segala ibadat dan amal perbuatan manusia adalah bersendikan kepada kekuasaan Allah s.w.t. yang menentukan setiap ibadat itu berjalan dengan betul kerana Allahlah yang berkuasa mutlak kepada segala kewujudan pembangunan. Khidmat manusia sebagai perlaksana agenda pembangunan adalah merupakan tawakal semata dan Allahlah yang menentukannya.
               Manusia melaksanakan ibadat semestinya bersendikan kepada akal yang bersifat malaikat tetapi jika akal manusia yang lemah dan ilmu mereka yang terhad tidak dapat memahami hikmah disebalik perintah Allah s.w.t. Yang  Maha Bijaksana dan kejayaan yang akan diperolehi oleh mereka di dunia dan di akhirat sekiranya perintah-perintah ini ditaati.
               Kaum Bani Israil yang amat terkenal dengan kedegilan dan bodoh sombong mereka itu tidak pernah menyangka bahawa Tongkat Nabi Musa (a.s.) yang dipukulkan ke atas air laut boleh membelah lautan tersebut menjadi dua belas lorong di mana kedua-dua belas golongan Bani Israil tersebut melalui lorong-lorong itu untuk menyelamatkan diri mereka dari buruan Firaun dan tentera-tenteranya.
               Allah telah memerintahkan Musa (a.s.) supaya memukul  laut dengan tongkatnya apabila beliau dan kaumnya terjebak di antara gerombolan tentera-tentera Firaun yang datang dari arah belakang mereka dan lautan yang terdampar luas di hadapan. Berundur bererti maut di tangan Firaun dan tentera-tenteranya begitu juga jika maju ke depan sudah pasti tenggelam kelemasan di dalam lautan yang dalam itu.
               Di sini terdapat ujian yang berat ke atas keimanan dan keyakinan Musa (a.s.) kepada
kekuatan Allah (s.w.t.) dan keyakinan kepada kejayaan yang bakal diperolehi apabila perintah memukul laut yang telah diwahyukan kepadanya ditaati tanpa  mempersoalkan kelojikannya. Berlakulah pertembungan di antara kolojikan perintah Allah (s.w.t.) dan keyakinan kepada perintah Allah (s.w.t.) itu sendiri dan kejayaan yang diperolehi apabila ianya ditati.
               Akal yang lemah sudah pasti tidak mengharga perintah Allah (s.w.t.) ini, lantaran ia
amat bertentangan dengan lojik akal fikiran manusia. Apakah yang mampu dilakukan oleh sebatang tingkat terhadap lautan yang dalam. Tetapi Musa (a.s.) memahami bahawa perintah ini adalah datang dari Allah (s.w.t.), Tuhan yang menciptakan lautan, kayu yang membentuk tongkat, Firaun dan tentera-tenteranya. Oleh itu semua makhluk adalah tertakluk kepada kehendak Allah (s.w.t.)sesuatu perkara tidak akan terjadi tanpa keizinan Allah (s.w.t.. Perintah ini telah dijalankan oleh Musa (a.s.) dengan keyakinan kepada pertolongan Allah (s.w.t.) dan kegagalan yang bakal menipa sekiranya perintah ini dipersenda-sedakan.
               Begitu juga perintah Allah (s.w.t.) kepada Nabi Noh (a.s.) supaya membuat bahtera di atas  bukit. Sememangnya telah menjadi lumrah peradaban manusa, apabila mereka membuat bahtera ia akan dilakukan di kawasan yang berhampiran dengan air tetapi perintah ini bertentangan dengan adat kebiasaan dan akal  fikiran manusia.
               Lantaran itu Noh (a.s.) telah dipersendakan dan diketawakan sehinggakan kaumnya menganggapnya seorang yang gila. Apabila datang hukum dan ketetapan Allah (s.w.t.) dengan berlakunya banjir yang besar, Nor (a.s.) dan kaumnya yang beriman telah menaiki bahtera tersebut setelah diperintahkan  oleh Allah (s.w.t.) dan tiada seorangpun yang selamat melainkan mereka yang dikasihi olehnya akibat ketaatan mereka kepada perintah Allah s.w.t.
dari awal seruan dakwah Noh (a.s.).
               Begitu juga Nabi Ibrahim apabila pemerintah Namrud bin Kan’aan menghukumnya supaya dibunuh  dengan mencampakkannya ke dalam kejolak api atas kesalahannya merosak kan sembahan tuhan mereka yang berbentuk patong-patong masyarakat jahilian. Apabila Ibrahim dilemparkan ke dalam gojolak api itu dengan iringan  firman Allah:
               “Hai api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan bagi Ibrahim.”
               Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit  api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunukkan sikap tenang dan tawakkal, kerana iman dan keyakinannya bahawa Allah tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi makanan api dan kurban keganasan orang-orang kafir, musuh Allah.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
               Hidup di dunia menuju akhirat semestinya dengan ilmu. Baginda Rasul Nabi Muhamad s.a.w. menyarankan kepada umatnya bahawa jika ingin hidup bahagia di dunia semestinya dengan ilmu dan jika ingin hidup bahagia di akhirat semestinya dengan ilmu dan jika ingin hidup bahagia dalam kedua-duanya, dunia dan akhirat semestinya dengan ilmu.
               Maka itu hidup ini semestinya beribadah kepada Allah s.w.t. menuntut ilmu dunia dan juga ilmu ukhrawi. Membangunkan negara bersendikan pembangunan keluarga dan pemba- ngunan keluarga demi mencapai kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat. Walaubagai mana pun segala amal ibadat demi mencapai kebahagian hidup semestinya menuju keredaan Allah s.w.a.
               Mempercayai bahawa alam ini  ada yang menjadikan, berkuasa dan berkudrat iradat, luas ilmu-Nya di atas tiap-tiap sesuatu besar dan kecil, berlaku hukum-Nya, tidak memandang rendah dan tinggi, kaya dan miskin, hina dan mulia.
               “Sesiapa yang mengamalkan kebaikan, walaupun sebesar zarrah akan  diperlihatkan juga kepadanya, barang siapa yang beramal kejahatan walaupun sebesar zarrah, akan diperlihatkan juga kepadanya.”
               Membalas baik dengan kebaikan, membalas jahat dengan kejahatan pada kehidupan di balik kehidupan yang sekarang ini.
               Masalah umum orang-orang Islam ialah keyakinan mereka terhadap perintah-perintah Allah (s.w.t.) telah pudar dan sebaliknya mereka hanya mempermain-mainkan perintah-perintah-Nya dengan perkataan dan perbuatan mereka. Keyakinan kepada kejayaan yang pasti diperolehi apabila perintah-perintah ini ditaati tidak lagi bertapak kukuh dihati adalah berpunca dari kelemahan iman.
               Garakan besar-besaran dan usaha yang bersungguh-sungguh perlu dijalankan ke atas orang-orang Islam supaya mereka didorong dan digesa untuk berusaha memperbaiki keimanan mereka.
               Orang-orang Islam perlu diberikan kesedaran tentang agama dan mereka adalah berbeza dari orang-orang kafir berbeza di mana amalan-amalan mereka sama ada yang jahat mahupun yang baik adalah penentu keadaan kestabilan alam ini.
               Ini adalah sebagaimana firman Allah (s.w.t.) dalam surah Ar-rum ayat 30:41  yang bermaksud: (terjemahan)
               “Telah lahir kerosakan di lautan dan di atas daratan akibat (perbuatan) tangan-tangan mereka.”
               Secara umumnya terdapat empat permasalahan umat ini iaitu: Pertama, mereka tidak menyedari akan nilai agama yang langsung memadamkan api kecintaan mereka terhadap agama itu. Kedua, mereka tidak menyedari akan kemuliaan sebagai orang Islam. Ketiga, mereka tidak mengetahui kelebihan sebagai Umat Nabi Muhammad (s.a.w.). Keempat mereka jahil tentang faktor-faktor yang telah diisyaratkan oleh Allah (s.w.t.) yang menjadikan mereka mulia di dunia dan di akhirat. Adapun penyumbang yang besar kepada permasalahan ini adalah kekeliruan mereka mengenai maksud hidup mereka sebagai orang-orang Islam dan hamba Allah  (s.w.t.)
               Perkara yang menjadi asas kepada agama ini adalah dakwah (menyeru) kepada Allah (s.w.t.) mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran. Dakwah pada amnya selalu dihubungkaitkan dengan “Amar Makruf Nahi Mungkar” dan hakikatnya, kedua-duanya adalah amalan yang sama seperti kemanisan yang tidak dapat dipisahkan dari gula.              
               Cuma perbezaannya adalah di dalam pemahaman orang  ramai mengenainya dan peng hayatan. Setelah sekian lama orang-orang Islam bermalas-malasan bahkan telah tidur dari melakukan amanah Allah (s.w.t.) ini, ianya telah dilakukan dan dipandang ringan oleh orang-oramg Islam.
               Dakwah kepada Allah, mengajak kepada kebaikan adalah satu tugas yang mulia, sumber pengabdian yang tulin kepada Allah (s.w.t.) dan tunggak kekuatan agama. Sumber
Kemuliaan umat ini adalah di dalam tugas yang mulia ini. Ia tidaklah harus dipandang sebagai satu fadilat ataupun kelebihan umat ini sahaja tetapi untuk umat menjadi mulia mereka mestilah menjalankan tugas tersebut.
               Sehubungan itu Allah (s.w.t.) telah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 3:110 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Kamulah sebaik-baik umat yang dikekuarkan untuk manusia: kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.”
               Saiyidina umar Al-Khatab (r.a.) telah berkata di dalam menafsirkan ayat ini: “Barang siapa yang mengembirakannya untuk menjadi sebahagian daripada ayat ini (menjadi umat yang terbaik), hendaklah dia menunaikan syarat-syaratnya iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.” Tegasnya menghidupkan kembali roh dakwah di dalam jasad-jasad orang muslim. (Daripada Ibnu Jarir daripada Qatadah r.s. sebagaimana di dalam kitab Kanzul Ummal dan Hayatus Sahabah oleh Sheikh Yusof Al-Kandahlavi)
               Pembangunan keluarga ditafsir sebagai satu tanggungjawab yang amat berat kerana  pembangunan negara berpaksi kepada kejayaan dalam pembangunan keluarga. Boleh dikatakan bahawa demi untuk agama para ibubapa mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk memanusiakan insan agar mereka menjadi pemain kepada pembangunan yang berwibawa serta bertanggungjawab.
                    Rasulullah (s.a.w.) telah mengalami kesusahan dalam berdakwa. Begitu juga sahabat (r.anhum) dan para salafussaalihin dari kalangan umat ini semata-mata untuk tujuan penyebaran agama atas maksud mengeluarkan manusia daripada kegelapan, kekufuran,syirik dan kemaksiatan.
                    Rasulullah (s.a.w.) telah menghabiskan masa berkhalwat di dalam gua Hira’ beribadat kepada Tuhannya. Adapun ibadatnya ketika itu adalah berfikir (tafakkur) tentang keadaan manusia ketika itu  yang sesat di dalam kegelapan jahiliah. Amalan mereka yang munafikan akal dan yang bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia, termasuk membunuh anak-anak perempuan hidup-hidup, bertawaf di dalam keadaan bogel di keliling Ka’bah, zina, minum arak, berjudi dan lain-lain lagi. Baginda (s.a.w.) telah  berfikir risau tentang bagaimanakah untuk menyelamatkan mereka daripada taklid (pegangan hidup) yang sesat tersebut dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan menyembuhkan mereka daripada segala penyakit yang bahaya itu.
                    Pengasingan Rasulullah (s.a.w.) daripada segala amalan kaumnya dan ketidakredaan terhadap cara hidup kaumnya adalah sebagai diriwayatkan oleh Firman Allah (s.w.t.) dalam surah Ad-Dhuha ayat 93:7 maksudnya: (Terjemahan)
                    “Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu dia memberikan petunjuk.”
                    Bukankah semasa dewasa engkau bingung memikirkan masyarakat kaummu yang sesat, menyebabkan engkau kerap ke gua Hira mengasingkan diri, lalu engkau ditujuki-Nya perkara mentauhidkan Allah, memahami syariat-Nya dan dilantik menjadi UtusanNya? Semasa itu umurmu empat pulu tahun.
                    Pokok pembangunan manusia ialah dengan ilmu maka itu setiap insan dalam keluarga kita mestilah mengilmukan mereka agar mereka dapat memahami ciri-ciri pembangunan manusia sejagat.

                    Manusia diwajibkan membaca dan memahami kalimat Allah yang terucap oleh-Nya iaitu wahyunya, Al-Qur’an nul Karim dan kalimah yang tercipta-Nya iaitu alam ini dan segala makhluk yang menjadi asas pembangunan manusia sebagai khalifah Allah (s.w.t.). Demikanlah inti pati pembangunan keluarga yang akan menarajui pembangunan negara.

Friday, July 21, 2017

PEMBANGUNAN KELUARGA DALAM PERSEPSI ISLAM

 (Disiarkan pada 21. 07. 2017)
               Sebagai sebuah institusi sosial yang asas, keluarga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan potensi intelek seseorang individu semenjak peringkat awal kehidu- pannya. Begitu juga sistem kepercayaan dan corak tingkah laku seseorang individu terbentuk dalam lingkungan keluarga yang tertentu semasa dia masih bayi lagi.
               Walaubagaimana pun pembangunan keluarga sewajarnya bermula sejak anak itu dalam rahim ibu. Tabiat serta akhlaq anak setelah lahir terbina semasa pembentukan bayi dalam rahim ibu. Ini bermakna anak itu sudah terdidik sejak ia berada dalam kehidupan alam rahim.
               Islam sangat mementingkan amal-amal ibadat sepasang suami isteri dalam pemba- ngunan keluarga misali. Pembentukan bayi dalam rahim ibu wajar dijaga kebersihannya. Bayi itu adalah terbentuk dalam dua jenis air mani iaitu air mani seorang suami dan air mani seorang isteri. Makanan serta amal-amal ibadat kedua suami isteri wajar dijaga supaya ia bebas dari sebarang pencemaran dari sebarang kekotoran yang mengundang kedosaan.
Sebuah keluarga dari kampung Baginda, Keningau, telah melaksanakan satu amalan suci semasa isterinya mengandung. Biasanya seorang isteri apabila ia mengandung meng- alami keadaan hidup yang suka membuat sesuatu atau ingin memakan sesuatu jenis makanan yang biasa dikenali oleh masyarakat umum sebagai mengidam. Masyarakat kampung memahaminya bahawa anak dalam kandunan itu sebenar, yang menginginkannya.  
Keluarga kampung Baginda berkenaan semasa mengandung, tiba-tiba ia ingin betul mengaji dan membaca surah Yasin setiap hari. Waktu malamnya diisinya dengan ibadat mengaji setiap malam. Inilah amalannya yang sentiasa dilakukan terutama sekali dalam empat bulan pertama semasa mengandung.
               Apabila ia melahirkan anaknya, anak itu sentiasa suka mendengar ayat al-Qur’an yang diibaca sama ada secara langsung atau disiarkan dalam televisyen. Meningkat umur tiga tahun ia sudah pandai membaca ayat Al-Qur’an yang diterbiahkan oleh ibunya. Dalam umur empat tahun ia sudah hafiz surah Yassin.
Semasa perayaan menyambut Maal Hijrah peringkat negeri Sabah, anak itu  dijemput datang ke Kota Kinabalu untuk mempersembahkan bacaan surah Yassinnya kepada para jemaah Maal Hijrah di padang bandaran Kota Kinabalu. Dia berjaya mempersembahkan bacaannya dengan sempurna tanpa menggunakan teks, walaupun tajwidnya  tidak berapa jelas sebutannya.
               Ini menunjukkan bahawa anak yang dikandung oleh si ibu sudah menerima pemba- ngunan rohani semasa dalam rahim ibunya. Amalan ibunya sudah dipusakainya, maka demikian juga jika amalan kedua suami isteri akan diturunkan kepada pembentukkan akhlaq bayi semasa dalam rahim ibunya. Maka itu apabila hendak mendirikan rumah tangga pastikan kedua pasangan suami isteri telah bersedia memasuki gerbang perkahwinan.
               Makanan yang dimasukkan ke dalam mulut suami isteri seharusnya bersifat bersih. Bersih dari sifat haram. Makanan yang tidak bersih zatnya, akan mengundang pembangunan yang memuderatkan kesihatan. Jika zat makanan tersebut akan menjadi air mani dan jika ianya terpencar ke dalam rahim  seorang isteri semasa hubungan kelamin maka anak yang dilahir nanti adalah hasil dari zat yang kurang bersih atau haram. Disitu akan mempengaruhi otak anak yang bakal dilahir itu.
               Begitu juga jika akhlak seorang suami suka membazirkan masa tanpa alasan yang hak maka akhlaq anak yang akan dilahir kelak akan terbentuk sedemikian rupa. Kualiti pengalaman dalam keluarga banyak bergantung pada suasana yang wujud dalam keluarga tersebut. Suasana itu pula dipengaruhi oleh peraturan dan norma yang diwujudkan oleh ibubapa yang berfungsi sebagai pemimpin bagi keluarga itu.
               Pada asasnya, suasana dalam keluarga menjadi positif sekiranya hubungan dan interaksi yang baik dapat dikekalkan oleh ahli keluarga. Jadi perkembangan potensi intelek dalam konteks keluarga banyak bergantung pada sistem nilai dan budaya yang wujud dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang bahagia merupakan satu faktor pendorong yang penting bagi perkembangan intelek.
               Keluarga bermasalah terdiri daripada keluarga yang gagal untuk mengatasi konflik, lantas wujudnya ketegangan dalam keluarga tersebut. Punca utama yang menimbulkan konflik dan ketegangan dalam keluarga termasuklah suami isteri kurang beriman dan kurang berakhlak mulia, kemiskinan yang berterusan, penyakit fisikal, kematian ahli kelurga, penyakit jiwa, ruang yang terlalu kecil, kesemaran  peraturan dalam keluarga, pembahagian tugas keluarga yang tidak adil, harapan ibu bapa yang tidak munasabah, kepimpinan ibu bapa yang  terlalu ketat, ibu bapa yang boros dalam perbelanjaan, dan ibu bapa yang kurang ber pengetahuan tentang keibubapaan.
Ringkasnya, kekacauan dalam keluarga adalah hasil daripada  pelangaran prinsip kedamaian seperti kejahilan, kecerewitan tingkalaku, ketidakadilan, kezaliman, keborosan, dan kelalaian. Sebaliknya, kebahagian dalam keluarga pula adalah hasil daripada pengembangan amalan yang selaras dengan prinsip kedamaian seperti  kasih sayang, hormat menghormati, bertimbangrasa, bersopan santun, berpengatahuan luas, dan bersifat tidak mementingkan diri sendiri.
               Untuk memastikan potensi intelek anak-anak berkembang dengan baik, ibu bapa perlu berusaha untuk membina keluarga yang bahagia. Sikap dan amalan negatif yang boleh menim bulkan konflik dan ketegangan dalam keluarga hendaklah digantikan dengan sikap dan amalan yang positif.
               Menurut Islam, kedamaian tidak akan bertapak dalam sesebuah keluarga melainkan setiap ahli keluarga berjaya mendamaikan keadaan diri masing-masing dengan menjauhkan diri dari sifat-sifat kejahilan dan kelalaian. Dengan lain perkataan, keluarga yang damai ialah keluarga yang disinari oleh cahaya keimanan dan budaya keilmuan. Di samping itu, ahli keluarga mengamalkan cara hidup yang melambangkan ketakwaan dan keilmuan dengan menyebarkan kebaikan, sentiasa bijaksana dalam pergaulan, sentasa bersikap profesional, tidak sombong diri, dan kemas dalam tindakan.
               Sikap profesional membabitkan sikap yang mementingkan kualiti dan menolak tabiat pengotor atau selekeh dalam pembawaan.  Profesionalisme yang berlandaskan syari’ah Islam akan menimbulkan keadaan yang bersih, kemas, selesa, tenang, dan harmoni. Dalam kehidu- pan berkeluarga, sikap profesional dalam komuniksi, memberi bimbingan, bergaul, berpakai an, menguruskan sistem kewangan keluarga, mendidik anak-anak, dan lain-lain adalah sangat penting bagi meningkatkan tahap kedamaian dalam keluarga tersebut.
               Ringkasnya, pembinaan  kebahagiaan dan kedamaian dalam keluarga merupakan satu proses yang memerlukan daya ketekunan yang tinggi. Walaupun proses ini bersifat kompleks, ia perlu dilaksanakan sekiranya kita mahu menjadikan keluarga sebagai satu faktor pendorong yang penting kepada perkembangan potensi intelek anak-anak ke tahap yang optimum. Ibubapa yang tanpa ragu-ragu mempercayai terhadap kepentingan untuk membina keluarga yang bahagia merupakan agen perubahan yang dinamik dalam pendidikan kanak-kanak pintar, cerdas. Satu persoalan asas yang timbul ialah, “Apakah yang harus dilakukan untuk membina kebahagiaan dan keintiman dalam keluarga?”
               Institusi keluarga sentiasa berubah menurut peredaran zaman dan keperluan yang wujud pada sesuatu masa. Bagaimanapun, kadar perubahan dalam sesebuah institusi keluarga tidak semestinya sama dengan kadar perubahan dalam sesebuah masyarakat. Apabila sesebuah keluarga tidak segera belajar menguasai tingkat perubahan dalam masyarakat maka ahli keluarga itu akan terjerumus ke dalam kelumpuhan proses penyesuian diri yang teruk.
               Misalnya, ahli keluarga itu akan mengalami tekanan jiwa dan konflik kognatif yang
hebat kerana mereka terlalu banyak dibebani keperluan membuat peruahan yang mendadak dalam waktu yang singkat.
               Alvin Tofler (1991) menggunakan istilah kejutan masa depan untuk menggambarkan fenomena kelumpuhan proses penyesuian diri. Secara kasar, kejutan masa depan dalam sesebuah keluarga membabitkan krisis biologi dan psikologi yang dialami oleh ahli keluarga sebagai akibat daripada kelebihan beban pada sistem penyesuian diri, mekanisme penyele-saian masalah, dan proses membuat keputusan. Kejutan masa depan dalam institusi keluarga bukan lagi merupakan kemungkinan bahaya yang masih jauh, tetapi suatu penyakit nyata yang dideritai oleh semakin ramai manusia.
               Penderitaan biologi dan psikologi ini dikenali sebagai penyakit perubahan. Di negara kita, gejala fizikal dari psikologi yang sering kali diperlihatkan oleh keluarga yang mengalami penyakit perubahan termasuklah tiada keharmonian dalam keluarga, penderaan kanak-kanak, penganiayaan isteri atau suami, perbuatan berzina oleh suami atau isteri, keciciran persekolahan anak, pengabaian tanggugjawab keluarga kerana ibubapa terlalu leka dengan kerjaya masing-masing, kemerosotan dalam prestasi sekolah, tingka laku disruptif yang ditunjukkan oleh anak-anak, kegiatan melepak di kalangan remaja, derhaka terhadap ibubapa, penagihan dadah dan tekanan yang teruk.
               Penyelesaian terhadap penyakit perubahan menuntut sesebuah kelurga mengubah sikap, membentuk wawasan yang membayangkan kehidupan berkeluarga yang dinamik dan berkembang secara profesional, membina pandangan baru terhadap masa depan, dan membentuk kesedaran baru yang peka terhadap pengaruh pembangunan kebendaan yang cepat pada masa kini.
               Kebolihan sesebuah keluarga untuk membentuk wawasan hidup yang dinamik atau memenuhi tuntutan abad baru banyak bergantung pada kemampuan setiap ahli keluarga berkenaan. Khususnya suami dan isteri untuk berubah  secara berfungsi dan menjadi agen penyesuaian diri. Dalam konteks pembangunan keluarga, perubahan berfungsi membabitkan tiga mekanisme utama:
               1.  Penyesuaian diri (adaptation: Proses pengubasuaian corak timgkah laku atau skim pemikiran bagi memenuhi tuntutan persekitaran. Penyesuaian diri ini dibuat berlandaskan prinsip yang murni.
               2.  Pemilihan (selection): Apabila penyesuaian diri tidak dapat atau tidak sesuai dilakukan, individu boleh memilih persekitaran alternatif apabila dia dapat menyesuaikan diri dengan baik. Dengan lain perkataan, sesebuah keluarga boleh memilih untuk berhijrah ke tempat baru yang lebih sesuai.
               3.  Pembentukan (shaping): Sekiranya individu tidak dapat memilih persekitaran baru, dia mungkin boleh berusaha mengubah persekitaran yang sedia ada. Jadi, pembentukan membabitkan proses langkah demi langkah untuk mengubah sesuatu persekitaran.
               Peradaban keluarga yang dianjurkan oleh syari’ah Islam mempunyai dua aspek, iaitu aspek dalaman dan aspek luaran. Secara dalaman, prinsip kehidupan berkeluarga yang tetap dan tidak tertakluk kepada pemodenan memastikan bahawa peradaban keluarga pada zaman yang berbeza sentiasa  berusaha untuk mencapai matlamat nilai dan etika yang sama.
               Aspek luaran bagi peradaban keluarga pula bergantung pada keadaan sains, teknologi, dan ekonomi yang wujud pada zaman sesuatu zaman. Aspek atau bentuk luaran ini berbeza dari zaman ke zaman dan perbezaan itu menggambarkan sifat dinamik peradaban keluarga yang dianjurkan oleh syari’ah Islam.
               Ringkasnya, pembangunan keluarga yang berlandaskan syari’ah Islam bersifat tetap dalam prinsip, nilai, dan doktrin asas, tetapi tertakluk kepada perubahan dalam pelbagai aspek lain adakan perubahan itu tidak bertentangan dengan prinsip, nilai, dan doktrin asas. Jadi, unsur yang boleh berubah dan tidak berubah mempunyai hubungan yang penting dalam menentukan haluan dan corak pembangunan keluarga.
               Menurut paradigma bersepadu, matlamat asas pembangunan keluarga ialah untuk memaksimumkan nilai akhlak dan nilai etika Islam. Antara nilai yang perlu di maksimumkan ialah kesejahteraan rohani dan ketenangan jiwa setiap ahli keluarga. Menurut paradigma bersepadu, mendirikan rumah tangga dan kehidupan berkeluarga adalah cara dan bukannya berakhir di situ sahaja.
               Hidup dalam suasana keislaman adalah tujuan utama bagi pasangan suami interi yang sejati. Dorongan untuk menjadikan kewajipan kepada Allah seterusnya akan menggalakan individu untuk menunaikan tanggungjawab terhadap manusia, alam sekitar dan diri sendiri. Secara langsung, individu memperolehi kesejahteraan rohani dan ketenangan jiwa. Ringkas nya, pembangunan keluarga menggambarkan dinamisme budaya tentang kinginan ahli sesebuah keluarga untuk berada dalam keadaan Islam secara  berterusan.
               Menurut paradigma bersepadu, keluarga yang berakar umbi dalam tradisi al-Qur’an dan sunnah Rasululah sahaja yang akan menikmati kebahagian dan keintiman dalam keluarga. Konsep kebahagiaan bukan sekadar merujuk keadaan kesihatan fizikal atau keselamatan jasad, tetapi merujuk keadaan kedamaian, keselamatan, dan kesejahteraan jiwa, akal dan kalbu hasil daripada kepastian tentang kebenaran muktamad dan perlaksanaan aktiviti hidup yang selaras dengan kepastian tersebut.

               Jadi, kehidupan berkeluarga mestilah bermula dengan iman yang kukuh (kekuatan akidah), ilmu yang canggih (kekuatan ilmu), dan amal yang soleh (kekuatan ibadah). Segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli keluarga mestilah menjurus kepada pelaksanaan tugas asas sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

Friday, July 7, 2017

,MANUSIA MEMPUNYAI HATI YANG IKHLAS DAN JUJUR

 (Disiarkan pada 07. 07. 2017)
Amal ibadat kita adalah buah kepada keimanan kepada Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kemanfaatannya, adalah kesempurnaan hidup di sisi Allah S.W.T. di samping keutuhan kekhalifaannya sebagai satu tanggungjawab dan amanat Allah S.W.T. Kewujudan segala makhluk di alam kehidupan adalah atas kekuasaan Allah untuk keman- faatan hidup kita sebagai hamba Allah.
Walaubagaimana pun semua makhluk adalah dalam kekuasaan Allah S.W.T. untuk menyesuaikan keadaan kehadirannya sesucuk dengan kemanfaatan hidup makhluk lainnya. Sebagai contoh, kekuasaan api untuk memakan (membakar) makhluk lainnya dapat diperintah kan Allah agar ia menjadi sejuk untuk keselamatan bagi Nabi Ibrahim apabila raja Namrud mencampakkan Nabi Ibrahim ke dalam ungun api untuk membunuhnya atas kesalahan mero- sakkan sembahan mereka yang direka oleh mereka sendiri.
Keikhlasan dan kejujuran manusia untuk mentarbiahkan umat ke jalan kehidupan yang diredai Allah membuahkan keselamatan bagi Nabi Ibrahim kelak memboktikan kepada makhluk manusia yang menduakan Allah agar balik ke pangkal jalan. Tetapi jika manusia tidak menggunakan hati yang ikhlas dan jujur terhadap kekuasaan Allah maka Allah tidak berkompromi dengan manusia yang jahil tanpa berpandu kepada kekuasaan Illahi.
 Di dalam melakukan kebenaran, lebih-lebih lagi di dalam menyebarkan kebenaran, manusia akan selalu mendapat halangan dan rintangan. Bahkan rintangan dan halangan itu memuncak atau meningkat menjadi tentangan-tentangan atau tindakan-tindakan permusuhan. Tentangan dan permusuhan sering meningkat dan memuncak lagi menjadi  ancaman-ancaman (intimidasi) sehingga menimbulkan perkelahian yang mengakibatkan pembunuhan.
Seorang yang telah mengabdikan dirinya untuk menyebarkan kebenaran di atas permukaan bumi, di tengah-tengah masyarakat manusia yang berbagai corak dan ragamnya itu, harus sabar, tetap hati dan tabah menghadapi segala macam halangan dan rintangan. Sabar menghadapi segala tentangan dan permusuhan, bahkan menghadapi setiap ancaman atau intimidasi dari pihak yang menentang kebenaran itu.
Jadi sabar itu ertinya bukanlah menyerah kalah terhadap musuh kebenaran, tetapi tetap hati dan tabah menghadapi musuh sehingga kita mencapai kemenangan dan musuh-musuh itu dapat dikalahkan sekalah-kalahnya.
Kalau yang membela dan menyebarkan kebenaran itu lemah hati dan semangat, dengan sedikit halangan dan rintangan saja sudah mundur ke belakang dan  berhenti membela dan menyebarkan kebenaran itu, maka akhirnya kebenaran itu akan lenyap dari permukaan bumi ini. Maka kekeliruan dan kebatilan akan bersimaharajelalela di permukaan bumi ini,  sehingga permukaan bumi ini akan menjadi hutan belantara, di mana berkeliaran binatang-binatang lair dan buas.
Firman Allah Surah  Al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud: (terjemahan)
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:Sesungguh Aku hendak menciptakan Khalifah di bumi.”
Yang bermaksud bahawa Allah menciptakan kita manusia di atas permukaan bumi ini menjadi khalifah, menjadi pengatur yang bertanggungjawab, agar di permukaan bumi ini ada kehidupan yang teratur, jangan permukaan bumi ini jangan menjadi hutan belantara saja. Bila kita manusia hidup dipermukaan bumi ini hanya sekadar makan dan minum saja, seperti kehidupan binatang-binatang, maka  kita  sudah menyelewing dari tugas hidup kita sebenar nya.
Dan dengan penyelewengan ini derjat hidup manusia akan jatuh menjadi setaraf dengan derajat kehidupan binatang-bintang. Hidupnya merugi, itu bererti bahawa ia lebih baik tidak hidup sama sekali. Seperti bila seorang dagang merugi, maka dia lebih baik tidak berdagang sama sekali.

               Agar kehidupan kita manusia di permukaan bumi ini jangan sampai merugi, maka seluruh kehidupan kita harus berisi empat perkara yang diterangkan dalam Surah Al-Ashr, iaitu: Iman, melakukan kebajikan, membela dan menyebarkan kebenaran, dan sabar atau tetap hati dan tabah atas kebenaran itu.
               Sebab itu marilah kita perdalamkan erti sabar ini, agar kita dapat memetik buahnya untuk memberi nilai hidup dan kehidupan kita di alam ini.
               Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud: (terjemahan)
“Keimanan itu 2 bahagian, satu bahagian terletak dalam kesabaran dan  sebahagian lagi terletak dalam perasaan syukur.”
               Sabar ialah tetap hati dan tabah menghadapi halangan dan rintangan berbagai-bagai atau musibah. Sedang syukur ialah perasaan gembira dan terima kasih terhadap Allah bila menerima nikmat dan pemberian-pemberian-Nya. Jadi bila seorang hanya pandai bersyukur saja ketika menerima nikmat dan rahmat Allah, tetapi bila menghadapi bahaya-bahaya dan kesusahan tidak berhati sabar, maka  orang itu baru memiliki seperdua keimanan. Ertinya belum dia beriman 100%.
               Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 2:45 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Minta tolonglah kamu kepada Tuhan dengan sabar dan mengerjakan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu amat berat, kecuali di atas orang-orang yang khusyuk (taat).”
               Allah telah menyuruh hamba-Nya, agar sentiasa memohonkan pertolongan-Nya, dan dengan mengurniakan sifat kesabaran di dalam melaksanakan sebarang kerjanya, dan mengurniakan keteguhan hati di dalam menunaikan ibadat sembahyang, serta menahan diri dari perkara-perkara yang tidak disukai oleh kehendak hati.
               Dengan kesabaran akan tercapai kejayaan. Pekerjaan sembahyang pun hanya dapat disempurnakan dengan banyak menggunakan sifat  kesabaran. Itulah sebabnya di dalam ayat ini didahulukan kalimat sabar dari kalimat asolat kerana pentingnya kedudukan sifat itu, dan amat mustahak dipunyai oleh setiap individu.
Ibadat sembahyang pula, adalah satu-satunya ibadat yang paling utama, kerana ia mengandungi segala jenis ibadat, baik mengenai rohani mahupun mengenai jasmani. Setiap petugasnya mestilah bersiap diri dalam waktu-waktunya. Hendaklah menyucikan dirinya  terlebih dahulu, bersih badan, pakaian dan tempat, tertutup aurat dengan pakaian yang sopan, mengeluarkan wang kerana keperluan yang dihajati dalam menunaikan sembahyang.
Menghadapi kepada yang satu, ke arah yang satu dengan tujuan yang satu. Waktu mengerjakannya benar-benar dilakukan dengan sepenuh tugas, khusyuk dan ikhlas sepenuh hati, semata-mata hanya untuk Allah.  
Berjuang bersungguh-sungguh melawan godaan syaitan yang sentiasa hendak memalingkan hati manusia. Merayu dan munajat kepada Allah memohon yang hak. Memohon dan meminta, bebas berkata-kata dengan tiada payah memakai pengatara. Kalimat suci Al-Quran dibaca, dua kalimah syahadah sebagai penyaksian diucapkan, dan banyak lain-lain lagi.
Sesungguhnya ibadat sembahyang itu amat berat untuk dipikul, berat untuk dijalankan, kerana banyak syarat-syaratnya, banyak rukun-rukunnya dan banyak pula pantang larangnya. Kecuali bagi orang-orang yang khusyuk yakni taat dan takut kepada Allah. Sembahyang itu merupakan ibadat yang ringan dan mudah, apabila telah merasakan kelezatannya akan berasa katigih.
Betapa tidak, kerana dengan sembahyang ia telah berasa dirinya benar-benar di hadapan Allah, terasa aman dan tenteram jiwanya. Meskipun Tuhan itu tiada dapat dilihatnya, tetapi ia percaya Tuhan ada melihatnya. Ia yakin di akhirat kelak dapat berjumpa Allah – sebagaimana yang difirmankan dalam Surah al-Baqarah ayat ke 2:46 yang bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang yakin – mengetahui mereka akan berjumpa dengan Tuhan
mereka,dan mereka akan kembali kepada-Nya.”
Ayat ini menunjukkan bahawa di akhirat, manusia akan dapat melihat Tuhannya. Orang-orang yang khusyuk, yakni taat dan takut kepada Allah sembahyang itu merupakan ibadat yang ringan dan mudah terutama sekali apabila telah merasakan kelezatan iman kepada
Allah.
               Untuk menambahkan khusyu’ hendaklah kita ingat, sampai menjadi keyakinan,  bahawasanya kita ini datang ke dunia atas kehendak Tuhan dan akan kembali ke akhirat dan akan bertemu dengan Tuhan. Di hadapan Tuhan akan kita pertanggungjawabkan semua amal dan usaha kita selama di dunia. Maka dari sekarang hendaklah kita latih diri mendekati Tuhan.
               Imam Ghazali mengatakan bahawa jika kamu berdiri sembahyang hendaklah sebelum  kamu takbir kamu ingat seakan-akan itulah sembahyang yang terakhir. Mungkin nanti engkau akan mati, sebab itu engkau khusyu’kan hatimu menghadap Tuhan.
               Inilah beberapa seruan kepada Bani Israil, untuk mengembalikan mereka kepada pangkal agama yang sejati. Sebab itu agama yang mereka peluk selama ini itulah dia inti Islam dan marilah menjadi Islam. Kamulah yang lebih patut mula-mula menyambutnya.
               Kesempurnaan ibadat kita berpangkal kepada keimanan dan kekhusyu’kan kita dalam melaksanakan ibadat sembahyang. Kita mempunyai keyakinan bahawa kita diwujudkan di dunia oleh Allah dan setelah agenda dunia selesai kita akan kembali menemui Allah. Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 10: 7-8  yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharap menemui Kami (Allah) dan reda dengan kehidupan dunia dan mereka merasa tenteram dengannya, dan orang-orang yang cuai terhadap keterangan Kami. Mereka itu tempatnya dalam neraka disebabkan oleh apa yang telah mereka usahakan.
               Setelah Allah menyebutkan bukti-bukti tentang adanya Allah yang menciptakan langit, bumi, peredaran malam dan siang, dengan menetapkan pula tentang adanya hari kebangkitan untuk membalas semua amalan manusia, maka  disebutkan-Nya pula keadaan orang-orang yang ingkar dan kufur begitu pula keadaan orang-orang Mukmin dan beramal salih.
               Mula-mula disebutkan di sini orang-orang yang kufur itu dan pembalasan yang akan mereka terima iaitu: “Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharap menemui Kami (Allah), yakni tidak menyangka akan berjumpa Tuhan di akhirat, kerana tidak takut mendusta kan adanya pahala dan dosa. “Dan reda dengan kehidupan dunia,” yakni mereka  lebih suka memilih dunia dengan berusaha mencari kemewahannya daripada memilih akhirat. “Dan mereka  merasa tenteram dengannya,” Yakni hati mereka tenteram, kerana dapat memuaskan kehendak hawa nafsu mereka dalam menikmati kemewahan dunia.
Maka dengan adanya ketenteraman seperti ini – bagi orang-orang kafir – menyebabkan “hilangnya” dari hati mereka “rasa takut kepada Allah dan harapan menemui-Nya”, meski pun mereka  dengan amaran dan ancaman namun tidak juga masuk ke dalam hati mereka.  
“Dan orang-orang yang cuai terhadap keterangan Kami”, yakni begitu pula orang-orang yang tidak mengindahkan tanda-tanda keesaan Allah serta Al-Quran yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad (s.a.w.) dan tidak meneladani pengajarannya. Malah, mereka itu tidak mempedulikannya sama sekali. Mereka itu yang telah disebutkan perkertinya tadi.
“Tempatnya di dalam neraka disebabkan oleh apa yang telah mereka usahakan”, yakni balasannya di akhirat ialah akan  tinggal di dalam neraka selama-lamanya. Kerana mereka telah mengotori  diri dengan  perkara pekerti syrik dan  menyelebungi jiwa mereka dengan kegelapan pengaruh hawa nafsu kehaiwanan, sehingga hati mereka tidak dapat lagi disinari oleh cahaya kebenaran dan kebaikan. Maka tidak ada tempat bagi mereka, hanyalah neraka yang penuh seksaan.
Perasaan ikhlas itu puncanya daripada hati yang sihat. Ciri-ciri hati yang sihat ialah Satu:  Apabila hati meninggal dunia ini menuju alam akhirat, sehingga seakan ia termasuk penduduknya. Ia datang ke negeri yang fana’ sebagai orang asing yang singga sebentar sebelum meneruskan perjalanannya menuju alam akhirat. Sebagaimana telah diwasiatkan Nabi s.a.w. kepada Abdullah bin Umar r.a.
                    “Jadikan dirimu di dunia ini seakan-akan kamu orang asing atau orang yang sedang menyebarangi suatu jalan.”  (HR. Bukhari)
                    Semakin teruk penyakit yang ada di dalam hati seseorang akan semakin sibuk mengejar dunia. Dunia ini dijadikan kehidupan yang kekal.
                    Kedua, jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Qur’an atau zikrulah, atau suatu periba- datan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakitnya orang yang tamak dan bakhir saat kehilangan barang barang kesayangannya.
                    Ketiga, ia sentiasa rindu untuk mengabdikan diri di jalan Allah (berkhidmat), seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayanginya. Yahya bin Mu’az berkata: Barang siapa merasa seronok dan damai bekhidmat kepada Allah, maka segala sesuatupun akan mudah keinginannya berkhidmat kepadanya, dan barangsiapa yang tenteram pandangannya (mata hatinya) kerana Allah, maka tenteram pula yang lainnya ketika melihat orang seperti ini.
                    Kempat, Apabila tujuanya hanya satu, iaitu taat kepada Allah S.W.T.
                    Kelima, bila sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dia yang semua itu. Di dalam solat ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.
                    Keenam, sangat menghargai waktu dan tidak menyia-nyiakannya melebihi rasa kekuatiran orang bakhil dalam menjagi hartanya.
                    Ketujuh, tidak pernah terputus dan malas (future) untuk mengingat Allah.
                    Kelapan, lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti diri suatu amal perbuatan daripada kuantitinya. Ia lebih condong pada
keikhlasan dalam beramal, mengikut petunjuk syariat Rasul SAW (Mutaaa’ah dan ikhlas dalam beribadat), disamping ia selalu merenungkan

segala bentuk kurnia yang diberikan Allah kepadanya, dan selalu muhasabah diri.