Sunday, July 30, 2017

PEMBANGUNAN NEGARA BERSENDIKAN PEMBANGUNAN kELUARGA

 (Disiarkan pada 28. 7. 2017)
               Adalah menjadi dasar kepada pembangunan sesebuah negara, sememangnya bersendi kan kepada memurnian pembangunan keluarga yang menjadi penduduknya. Setiap negara yang berdaulat mempunyai kerajaannya yang dipilih oleh rakyatnya melalui pelambagaan pilihan raya, bertanggungjawab menyediakan segala fasiliti pembangunan kepada rakyatnya.
               Kerajaan menyediakan infrastruktur pembangunan kepada generasi pelapis yang akan menarajui pemerintahan negara seutuhnya. Para belia dan beliwanis menjadi tunggak pemba- ngunan negara yang akan menentukan agenda setiap lapisan masyarakat berjalan dengan baik dan teratur.
               Dalam semua jenis pembangunan manusia wajar bersendikan kepada pembangunan sosial masyarakat terlebih dahulu kerana disiplin setiap ibadah ditentukan oleh akidah Islam yang telah membentuk disiplin perlaksanaan setiap individu sebagai pemain dalam pemba ngunan insan.
               Peneraju kepada setiap jenis pembanguanan seharusnya dilaksanakan oleh manusia yang berpengetahuan tentang disiplin satu-satu jenis pembangunan. Kita pastikan untuk menentukan halatuju pembangunan mengikuti kepakaran. The right man on the right job and the right job on the right place.
Misalnya pembangunan mengenai infrastruktur komunikasi jalan raya diberi kepada ahli jurutera yang mempunyai kepakaran dalam disiplin membina jalan raya. Begitu juga  mengenai pembangunan tentang perumahan, wajar diberi kepada manusia yang mempunyai kepakaran dalam jurusan seni bina bangunan. Pembangunan sosial adalah tanggungjawab kepada kumpulan profesional keguruan dalam satu-satu jurusan.
               Disiplin demikian wajar diikuti disebabkan semua jenis pembangunan menggunakan biayaan yang besar yang ditanggung oleh kerajaan. Adalah tidak munasabah jika seorang mempunyai kepakaran dalam jurusan jurubina perumahan dipertanggungjawab kepada orang yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan sosial seperti profesion keguruan yang kepakarannya adalah mendidik generasii pelapis. Kepakaran seorang juru terbang pesawat tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada ahli pembangunan kesihatan seperti bidang kedoktoran.
               Walaubagaimana pun segala ibadat dan amal perbuatan manusia adalah bersendikan kepada kekuasaan Allah s.w.t. yang menentukan setiap ibadat itu berjalan dengan betul kerana Allahlah yang berkuasa mutlak kepada segala kewujudan pembangunan. Khidmat manusia sebagai perlaksana agenda pembangunan adalah merupakan tawakal semata dan Allahlah yang menentukannya.
               Manusia melaksanakan ibadat semestinya bersendikan kepada akal yang bersifat malaikat tetapi jika akal manusia yang lemah dan ilmu mereka yang terhad tidak dapat memahami hikmah disebalik perintah Allah s.w.t. Yang  Maha Bijaksana dan kejayaan yang akan diperolehi oleh mereka di dunia dan di akhirat sekiranya perintah-perintah ini ditaati.
               Kaum Bani Israil yang amat terkenal dengan kedegilan dan bodoh sombong mereka itu tidak pernah menyangka bahawa Tongkat Nabi Musa (a.s.) yang dipukulkan ke atas air laut boleh membelah lautan tersebut menjadi dua belas lorong di mana kedua-dua belas golongan Bani Israil tersebut melalui lorong-lorong itu untuk menyelamatkan diri mereka dari buruan Firaun dan tentera-tenteranya.
               Allah telah memerintahkan Musa (a.s.) supaya memukul  laut dengan tongkatnya apabila beliau dan kaumnya terjebak di antara gerombolan tentera-tentera Firaun yang datang dari arah belakang mereka dan lautan yang terdampar luas di hadapan. Berundur bererti maut di tangan Firaun dan tentera-tenteranya begitu juga jika maju ke depan sudah pasti tenggelam kelemasan di dalam lautan yang dalam itu.
               Di sini terdapat ujian yang berat ke atas keimanan dan keyakinan Musa (a.s.) kepada
kekuatan Allah (s.w.t.) dan keyakinan kepada kejayaan yang bakal diperolehi apabila perintah memukul laut yang telah diwahyukan kepadanya ditaati tanpa  mempersoalkan kelojikannya. Berlakulah pertembungan di antara kolojikan perintah Allah (s.w.t.) dan keyakinan kepada perintah Allah (s.w.t.) itu sendiri dan kejayaan yang diperolehi apabila ianya ditati.
               Akal yang lemah sudah pasti tidak mengharga perintah Allah (s.w.t.) ini, lantaran ia
amat bertentangan dengan lojik akal fikiran manusia. Apakah yang mampu dilakukan oleh sebatang tingkat terhadap lautan yang dalam. Tetapi Musa (a.s.) memahami bahawa perintah ini adalah datang dari Allah (s.w.t.), Tuhan yang menciptakan lautan, kayu yang membentuk tongkat, Firaun dan tentera-tenteranya. Oleh itu semua makhluk adalah tertakluk kepada kehendak Allah (s.w.t.)sesuatu perkara tidak akan terjadi tanpa keizinan Allah (s.w.t.. Perintah ini telah dijalankan oleh Musa (a.s.) dengan keyakinan kepada pertolongan Allah (s.w.t.) dan kegagalan yang bakal menipa sekiranya perintah ini dipersenda-sedakan.
               Begitu juga perintah Allah (s.w.t.) kepada Nabi Noh (a.s.) supaya membuat bahtera di atas  bukit. Sememangnya telah menjadi lumrah peradaban manusa, apabila mereka membuat bahtera ia akan dilakukan di kawasan yang berhampiran dengan air tetapi perintah ini bertentangan dengan adat kebiasaan dan akal  fikiran manusia.
               Lantaran itu Noh (a.s.) telah dipersendakan dan diketawakan sehinggakan kaumnya menganggapnya seorang yang gila. Apabila datang hukum dan ketetapan Allah (s.w.t.) dengan berlakunya banjir yang besar, Nor (a.s.) dan kaumnya yang beriman telah menaiki bahtera tersebut setelah diperintahkan  oleh Allah (s.w.t.) dan tiada seorangpun yang selamat melainkan mereka yang dikasihi olehnya akibat ketaatan mereka kepada perintah Allah s.w.t.
dari awal seruan dakwah Noh (a.s.).
               Begitu juga Nabi Ibrahim apabila pemerintah Namrud bin Kan’aan menghukumnya supaya dibunuh  dengan mencampakkannya ke dalam kejolak api atas kesalahannya merosak kan sembahan tuhan mereka yang berbentuk patong-patong masyarakat jahilian. Apabila Ibrahim dilemparkan ke dalam gojolak api itu dengan iringan  firman Allah:
               “Hai api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan bagi Ibrahim.”
               Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit  api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunukkan sikap tenang dan tawakkal, kerana iman dan keyakinannya bahawa Allah tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi makanan api dan kurban keganasan orang-orang kafir, musuh Allah.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
               Hidup di dunia menuju akhirat semestinya dengan ilmu. Baginda Rasul Nabi Muhamad s.a.w. menyarankan kepada umatnya bahawa jika ingin hidup bahagia di dunia semestinya dengan ilmu dan jika ingin hidup bahagia di akhirat semestinya dengan ilmu dan jika ingin hidup bahagia dalam kedua-duanya, dunia dan akhirat semestinya dengan ilmu.
               Maka itu hidup ini semestinya beribadah kepada Allah s.w.t. menuntut ilmu dunia dan juga ilmu ukhrawi. Membangunkan negara bersendikan pembangunan keluarga dan pemba- ngunan keluarga demi mencapai kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat. Walaubagai mana pun segala amal ibadat demi mencapai kebahagian hidup semestinya menuju keredaan Allah s.w.a.
               Mempercayai bahawa alam ini  ada yang menjadikan, berkuasa dan berkudrat iradat, luas ilmu-Nya di atas tiap-tiap sesuatu besar dan kecil, berlaku hukum-Nya, tidak memandang rendah dan tinggi, kaya dan miskin, hina dan mulia.
               “Sesiapa yang mengamalkan kebaikan, walaupun sebesar zarrah akan  diperlihatkan juga kepadanya, barang siapa yang beramal kejahatan walaupun sebesar zarrah, akan diperlihatkan juga kepadanya.”
               Membalas baik dengan kebaikan, membalas jahat dengan kejahatan pada kehidupan di balik kehidupan yang sekarang ini.
               Masalah umum orang-orang Islam ialah keyakinan mereka terhadap perintah-perintah Allah (s.w.t.) telah pudar dan sebaliknya mereka hanya mempermain-mainkan perintah-perintah-Nya dengan perkataan dan perbuatan mereka. Keyakinan kepada kejayaan yang pasti diperolehi apabila perintah-perintah ini ditaati tidak lagi bertapak kukuh dihati adalah berpunca dari kelemahan iman.
               Garakan besar-besaran dan usaha yang bersungguh-sungguh perlu dijalankan ke atas orang-orang Islam supaya mereka didorong dan digesa untuk berusaha memperbaiki keimanan mereka.
               Orang-orang Islam perlu diberikan kesedaran tentang agama dan mereka adalah berbeza dari orang-orang kafir berbeza di mana amalan-amalan mereka sama ada yang jahat mahupun yang baik adalah penentu keadaan kestabilan alam ini.
               Ini adalah sebagaimana firman Allah (s.w.t.) dalam surah Ar-rum ayat 30:41  yang bermaksud: (terjemahan)
               “Telah lahir kerosakan di lautan dan di atas daratan akibat (perbuatan) tangan-tangan mereka.”
               Secara umumnya terdapat empat permasalahan umat ini iaitu: Pertama, mereka tidak menyedari akan nilai agama yang langsung memadamkan api kecintaan mereka terhadap agama itu. Kedua, mereka tidak menyedari akan kemuliaan sebagai orang Islam. Ketiga, mereka tidak mengetahui kelebihan sebagai Umat Nabi Muhammad (s.a.w.). Keempat mereka jahil tentang faktor-faktor yang telah diisyaratkan oleh Allah (s.w.t.) yang menjadikan mereka mulia di dunia dan di akhirat. Adapun penyumbang yang besar kepada permasalahan ini adalah kekeliruan mereka mengenai maksud hidup mereka sebagai orang-orang Islam dan hamba Allah  (s.w.t.)
               Perkara yang menjadi asas kepada agama ini adalah dakwah (menyeru) kepada Allah (s.w.t.) mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran. Dakwah pada amnya selalu dihubungkaitkan dengan “Amar Makruf Nahi Mungkar” dan hakikatnya, kedua-duanya adalah amalan yang sama seperti kemanisan yang tidak dapat dipisahkan dari gula.              
               Cuma perbezaannya adalah di dalam pemahaman orang  ramai mengenainya dan peng hayatan. Setelah sekian lama orang-orang Islam bermalas-malasan bahkan telah tidur dari melakukan amanah Allah (s.w.t.) ini, ianya telah dilakukan dan dipandang ringan oleh orang-oramg Islam.
               Dakwah kepada Allah, mengajak kepada kebaikan adalah satu tugas yang mulia, sumber pengabdian yang tulin kepada Allah (s.w.t.) dan tunggak kekuatan agama. Sumber
Kemuliaan umat ini adalah di dalam tugas yang mulia ini. Ia tidaklah harus dipandang sebagai satu fadilat ataupun kelebihan umat ini sahaja tetapi untuk umat menjadi mulia mereka mestilah menjalankan tugas tersebut.
               Sehubungan itu Allah (s.w.t.) telah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 3:110 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Kamulah sebaik-baik umat yang dikekuarkan untuk manusia: kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.”
               Saiyidina umar Al-Khatab (r.a.) telah berkata di dalam menafsirkan ayat ini: “Barang siapa yang mengembirakannya untuk menjadi sebahagian daripada ayat ini (menjadi umat yang terbaik), hendaklah dia menunaikan syarat-syaratnya iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.” Tegasnya menghidupkan kembali roh dakwah di dalam jasad-jasad orang muslim. (Daripada Ibnu Jarir daripada Qatadah r.s. sebagaimana di dalam kitab Kanzul Ummal dan Hayatus Sahabah oleh Sheikh Yusof Al-Kandahlavi)
               Pembangunan keluarga ditafsir sebagai satu tanggungjawab yang amat berat kerana  pembangunan negara berpaksi kepada kejayaan dalam pembangunan keluarga. Boleh dikatakan bahawa demi untuk agama para ibubapa mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk memanusiakan insan agar mereka menjadi pemain kepada pembangunan yang berwibawa serta bertanggungjawab.
                    Rasulullah (s.a.w.) telah mengalami kesusahan dalam berdakwa. Begitu juga sahabat (r.anhum) dan para salafussaalihin dari kalangan umat ini semata-mata untuk tujuan penyebaran agama atas maksud mengeluarkan manusia daripada kegelapan, kekufuran,syirik dan kemaksiatan.
                    Rasulullah (s.a.w.) telah menghabiskan masa berkhalwat di dalam gua Hira’ beribadat kepada Tuhannya. Adapun ibadatnya ketika itu adalah berfikir (tafakkur) tentang keadaan manusia ketika itu  yang sesat di dalam kegelapan jahiliah. Amalan mereka yang munafikan akal dan yang bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia, termasuk membunuh anak-anak perempuan hidup-hidup, bertawaf di dalam keadaan bogel di keliling Ka’bah, zina, minum arak, berjudi dan lain-lain lagi. Baginda (s.a.w.) telah  berfikir risau tentang bagaimanakah untuk menyelamatkan mereka daripada taklid (pegangan hidup) yang sesat tersebut dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan menyembuhkan mereka daripada segala penyakit yang bahaya itu.
                    Pengasingan Rasulullah (s.a.w.) daripada segala amalan kaumnya dan ketidakredaan terhadap cara hidup kaumnya adalah sebagai diriwayatkan oleh Firman Allah (s.w.t.) dalam surah Ad-Dhuha ayat 93:7 maksudnya: (Terjemahan)
                    “Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu dia memberikan petunjuk.”
                    Bukankah semasa dewasa engkau bingung memikirkan masyarakat kaummu yang sesat, menyebabkan engkau kerap ke gua Hira mengasingkan diri, lalu engkau ditujuki-Nya perkara mentauhidkan Allah, memahami syariat-Nya dan dilantik menjadi UtusanNya? Semasa itu umurmu empat pulu tahun.
                    Pokok pembangunan manusia ialah dengan ilmu maka itu setiap insan dalam keluarga kita mestilah mengilmukan mereka agar mereka dapat memahami ciri-ciri pembangunan manusia sejagat.

                    Manusia diwajibkan membaca dan memahami kalimat Allah yang terucap oleh-Nya iaitu wahyunya, Al-Qur’an nul Karim dan kalimah yang tercipta-Nya iaitu alam ini dan segala makhluk yang menjadi asas pembangunan manusia sebagai khalifah Allah (s.w.t.). Demikanlah inti pati pembangunan keluarga yang akan menarajui pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment