Friday, July 21, 2017

PEMBANGUNAN KELUARGA DALAM PERSEPSI ISLAM

 (Disiarkan pada 21. 07. 2017)
               Sebagai sebuah institusi sosial yang asas, keluarga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan potensi intelek seseorang individu semenjak peringkat awal kehidu- pannya. Begitu juga sistem kepercayaan dan corak tingkah laku seseorang individu terbentuk dalam lingkungan keluarga yang tertentu semasa dia masih bayi lagi.
               Walaubagaimana pun pembangunan keluarga sewajarnya bermula sejak anak itu dalam rahim ibu. Tabiat serta akhlaq anak setelah lahir terbina semasa pembentukan bayi dalam rahim ibu. Ini bermakna anak itu sudah terdidik sejak ia berada dalam kehidupan alam rahim.
               Islam sangat mementingkan amal-amal ibadat sepasang suami isteri dalam pemba- ngunan keluarga misali. Pembentukan bayi dalam rahim ibu wajar dijaga kebersihannya. Bayi itu adalah terbentuk dalam dua jenis air mani iaitu air mani seorang suami dan air mani seorang isteri. Makanan serta amal-amal ibadat kedua suami isteri wajar dijaga supaya ia bebas dari sebarang pencemaran dari sebarang kekotoran yang mengundang kedosaan.
Sebuah keluarga dari kampung Baginda, Keningau, telah melaksanakan satu amalan suci semasa isterinya mengandung. Biasanya seorang isteri apabila ia mengandung meng- alami keadaan hidup yang suka membuat sesuatu atau ingin memakan sesuatu jenis makanan yang biasa dikenali oleh masyarakat umum sebagai mengidam. Masyarakat kampung memahaminya bahawa anak dalam kandunan itu sebenar, yang menginginkannya.  
Keluarga kampung Baginda berkenaan semasa mengandung, tiba-tiba ia ingin betul mengaji dan membaca surah Yasin setiap hari. Waktu malamnya diisinya dengan ibadat mengaji setiap malam. Inilah amalannya yang sentiasa dilakukan terutama sekali dalam empat bulan pertama semasa mengandung.
               Apabila ia melahirkan anaknya, anak itu sentiasa suka mendengar ayat al-Qur’an yang diibaca sama ada secara langsung atau disiarkan dalam televisyen. Meningkat umur tiga tahun ia sudah pandai membaca ayat Al-Qur’an yang diterbiahkan oleh ibunya. Dalam umur empat tahun ia sudah hafiz surah Yassin.
Semasa perayaan menyambut Maal Hijrah peringkat negeri Sabah, anak itu  dijemput datang ke Kota Kinabalu untuk mempersembahkan bacaan surah Yassinnya kepada para jemaah Maal Hijrah di padang bandaran Kota Kinabalu. Dia berjaya mempersembahkan bacaannya dengan sempurna tanpa menggunakan teks, walaupun tajwidnya  tidak berapa jelas sebutannya.
               Ini menunjukkan bahawa anak yang dikandung oleh si ibu sudah menerima pemba- ngunan rohani semasa dalam rahim ibunya. Amalan ibunya sudah dipusakainya, maka demikian juga jika amalan kedua suami isteri akan diturunkan kepada pembentukkan akhlaq bayi semasa dalam rahim ibunya. Maka itu apabila hendak mendirikan rumah tangga pastikan kedua pasangan suami isteri telah bersedia memasuki gerbang perkahwinan.
               Makanan yang dimasukkan ke dalam mulut suami isteri seharusnya bersifat bersih. Bersih dari sifat haram. Makanan yang tidak bersih zatnya, akan mengundang pembangunan yang memuderatkan kesihatan. Jika zat makanan tersebut akan menjadi air mani dan jika ianya terpencar ke dalam rahim  seorang isteri semasa hubungan kelamin maka anak yang dilahir nanti adalah hasil dari zat yang kurang bersih atau haram. Disitu akan mempengaruhi otak anak yang bakal dilahir itu.
               Begitu juga jika akhlak seorang suami suka membazirkan masa tanpa alasan yang hak maka akhlaq anak yang akan dilahir kelak akan terbentuk sedemikian rupa. Kualiti pengalaman dalam keluarga banyak bergantung pada suasana yang wujud dalam keluarga tersebut. Suasana itu pula dipengaruhi oleh peraturan dan norma yang diwujudkan oleh ibubapa yang berfungsi sebagai pemimpin bagi keluarga itu.
               Pada asasnya, suasana dalam keluarga menjadi positif sekiranya hubungan dan interaksi yang baik dapat dikekalkan oleh ahli keluarga. Jadi perkembangan potensi intelek dalam konteks keluarga banyak bergantung pada sistem nilai dan budaya yang wujud dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang bahagia merupakan satu faktor pendorong yang penting bagi perkembangan intelek.
               Keluarga bermasalah terdiri daripada keluarga yang gagal untuk mengatasi konflik, lantas wujudnya ketegangan dalam keluarga tersebut. Punca utama yang menimbulkan konflik dan ketegangan dalam keluarga termasuklah suami isteri kurang beriman dan kurang berakhlak mulia, kemiskinan yang berterusan, penyakit fisikal, kematian ahli kelurga, penyakit jiwa, ruang yang terlalu kecil, kesemaran  peraturan dalam keluarga, pembahagian tugas keluarga yang tidak adil, harapan ibu bapa yang tidak munasabah, kepimpinan ibu bapa yang  terlalu ketat, ibu bapa yang boros dalam perbelanjaan, dan ibu bapa yang kurang ber pengetahuan tentang keibubapaan.
Ringkasnya, kekacauan dalam keluarga adalah hasil daripada  pelangaran prinsip kedamaian seperti kejahilan, kecerewitan tingkalaku, ketidakadilan, kezaliman, keborosan, dan kelalaian. Sebaliknya, kebahagian dalam keluarga pula adalah hasil daripada pengembangan amalan yang selaras dengan prinsip kedamaian seperti  kasih sayang, hormat menghormati, bertimbangrasa, bersopan santun, berpengatahuan luas, dan bersifat tidak mementingkan diri sendiri.
               Untuk memastikan potensi intelek anak-anak berkembang dengan baik, ibu bapa perlu berusaha untuk membina keluarga yang bahagia. Sikap dan amalan negatif yang boleh menim bulkan konflik dan ketegangan dalam keluarga hendaklah digantikan dengan sikap dan amalan yang positif.
               Menurut Islam, kedamaian tidak akan bertapak dalam sesebuah keluarga melainkan setiap ahli keluarga berjaya mendamaikan keadaan diri masing-masing dengan menjauhkan diri dari sifat-sifat kejahilan dan kelalaian. Dengan lain perkataan, keluarga yang damai ialah keluarga yang disinari oleh cahaya keimanan dan budaya keilmuan. Di samping itu, ahli keluarga mengamalkan cara hidup yang melambangkan ketakwaan dan keilmuan dengan menyebarkan kebaikan, sentiasa bijaksana dalam pergaulan, sentasa bersikap profesional, tidak sombong diri, dan kemas dalam tindakan.
               Sikap profesional membabitkan sikap yang mementingkan kualiti dan menolak tabiat pengotor atau selekeh dalam pembawaan.  Profesionalisme yang berlandaskan syari’ah Islam akan menimbulkan keadaan yang bersih, kemas, selesa, tenang, dan harmoni. Dalam kehidu- pan berkeluarga, sikap profesional dalam komuniksi, memberi bimbingan, bergaul, berpakai an, menguruskan sistem kewangan keluarga, mendidik anak-anak, dan lain-lain adalah sangat penting bagi meningkatkan tahap kedamaian dalam keluarga tersebut.
               Ringkasnya, pembinaan  kebahagiaan dan kedamaian dalam keluarga merupakan satu proses yang memerlukan daya ketekunan yang tinggi. Walaupun proses ini bersifat kompleks, ia perlu dilaksanakan sekiranya kita mahu menjadikan keluarga sebagai satu faktor pendorong yang penting kepada perkembangan potensi intelek anak-anak ke tahap yang optimum. Ibubapa yang tanpa ragu-ragu mempercayai terhadap kepentingan untuk membina keluarga yang bahagia merupakan agen perubahan yang dinamik dalam pendidikan kanak-kanak pintar, cerdas. Satu persoalan asas yang timbul ialah, “Apakah yang harus dilakukan untuk membina kebahagiaan dan keintiman dalam keluarga?”
               Institusi keluarga sentiasa berubah menurut peredaran zaman dan keperluan yang wujud pada sesuatu masa. Bagaimanapun, kadar perubahan dalam sesebuah institusi keluarga tidak semestinya sama dengan kadar perubahan dalam sesebuah masyarakat. Apabila sesebuah keluarga tidak segera belajar menguasai tingkat perubahan dalam masyarakat maka ahli keluarga itu akan terjerumus ke dalam kelumpuhan proses penyesuian diri yang teruk.
               Misalnya, ahli keluarga itu akan mengalami tekanan jiwa dan konflik kognatif yang
hebat kerana mereka terlalu banyak dibebani keperluan membuat peruahan yang mendadak dalam waktu yang singkat.
               Alvin Tofler (1991) menggunakan istilah kejutan masa depan untuk menggambarkan fenomena kelumpuhan proses penyesuian diri. Secara kasar, kejutan masa depan dalam sesebuah keluarga membabitkan krisis biologi dan psikologi yang dialami oleh ahli keluarga sebagai akibat daripada kelebihan beban pada sistem penyesuian diri, mekanisme penyele-saian masalah, dan proses membuat keputusan. Kejutan masa depan dalam institusi keluarga bukan lagi merupakan kemungkinan bahaya yang masih jauh, tetapi suatu penyakit nyata yang dideritai oleh semakin ramai manusia.
               Penderitaan biologi dan psikologi ini dikenali sebagai penyakit perubahan. Di negara kita, gejala fizikal dari psikologi yang sering kali diperlihatkan oleh keluarga yang mengalami penyakit perubahan termasuklah tiada keharmonian dalam keluarga, penderaan kanak-kanak, penganiayaan isteri atau suami, perbuatan berzina oleh suami atau isteri, keciciran persekolahan anak, pengabaian tanggugjawab keluarga kerana ibubapa terlalu leka dengan kerjaya masing-masing, kemerosotan dalam prestasi sekolah, tingka laku disruptif yang ditunjukkan oleh anak-anak, kegiatan melepak di kalangan remaja, derhaka terhadap ibubapa, penagihan dadah dan tekanan yang teruk.
               Penyelesaian terhadap penyakit perubahan menuntut sesebuah kelurga mengubah sikap, membentuk wawasan yang membayangkan kehidupan berkeluarga yang dinamik dan berkembang secara profesional, membina pandangan baru terhadap masa depan, dan membentuk kesedaran baru yang peka terhadap pengaruh pembangunan kebendaan yang cepat pada masa kini.
               Kebolihan sesebuah keluarga untuk membentuk wawasan hidup yang dinamik atau memenuhi tuntutan abad baru banyak bergantung pada kemampuan setiap ahli keluarga berkenaan. Khususnya suami dan isteri untuk berubah  secara berfungsi dan menjadi agen penyesuaian diri. Dalam konteks pembangunan keluarga, perubahan berfungsi membabitkan tiga mekanisme utama:
               1.  Penyesuaian diri (adaptation: Proses pengubasuaian corak timgkah laku atau skim pemikiran bagi memenuhi tuntutan persekitaran. Penyesuaian diri ini dibuat berlandaskan prinsip yang murni.
               2.  Pemilihan (selection): Apabila penyesuaian diri tidak dapat atau tidak sesuai dilakukan, individu boleh memilih persekitaran alternatif apabila dia dapat menyesuaikan diri dengan baik. Dengan lain perkataan, sesebuah keluarga boleh memilih untuk berhijrah ke tempat baru yang lebih sesuai.
               3.  Pembentukan (shaping): Sekiranya individu tidak dapat memilih persekitaran baru, dia mungkin boleh berusaha mengubah persekitaran yang sedia ada. Jadi, pembentukan membabitkan proses langkah demi langkah untuk mengubah sesuatu persekitaran.
               Peradaban keluarga yang dianjurkan oleh syari’ah Islam mempunyai dua aspek, iaitu aspek dalaman dan aspek luaran. Secara dalaman, prinsip kehidupan berkeluarga yang tetap dan tidak tertakluk kepada pemodenan memastikan bahawa peradaban keluarga pada zaman yang berbeza sentiasa  berusaha untuk mencapai matlamat nilai dan etika yang sama.
               Aspek luaran bagi peradaban keluarga pula bergantung pada keadaan sains, teknologi, dan ekonomi yang wujud pada zaman sesuatu zaman. Aspek atau bentuk luaran ini berbeza dari zaman ke zaman dan perbezaan itu menggambarkan sifat dinamik peradaban keluarga yang dianjurkan oleh syari’ah Islam.
               Ringkasnya, pembangunan keluarga yang berlandaskan syari’ah Islam bersifat tetap dalam prinsip, nilai, dan doktrin asas, tetapi tertakluk kepada perubahan dalam pelbagai aspek lain adakan perubahan itu tidak bertentangan dengan prinsip, nilai, dan doktrin asas. Jadi, unsur yang boleh berubah dan tidak berubah mempunyai hubungan yang penting dalam menentukan haluan dan corak pembangunan keluarga.
               Menurut paradigma bersepadu, matlamat asas pembangunan keluarga ialah untuk memaksimumkan nilai akhlak dan nilai etika Islam. Antara nilai yang perlu di maksimumkan ialah kesejahteraan rohani dan ketenangan jiwa setiap ahli keluarga. Menurut paradigma bersepadu, mendirikan rumah tangga dan kehidupan berkeluarga adalah cara dan bukannya berakhir di situ sahaja.
               Hidup dalam suasana keislaman adalah tujuan utama bagi pasangan suami interi yang sejati. Dorongan untuk menjadikan kewajipan kepada Allah seterusnya akan menggalakan individu untuk menunaikan tanggungjawab terhadap manusia, alam sekitar dan diri sendiri. Secara langsung, individu memperolehi kesejahteraan rohani dan ketenangan jiwa. Ringkas nya, pembangunan keluarga menggambarkan dinamisme budaya tentang kinginan ahli sesebuah keluarga untuk berada dalam keadaan Islam secara  berterusan.
               Menurut paradigma bersepadu, keluarga yang berakar umbi dalam tradisi al-Qur’an dan sunnah Rasululah sahaja yang akan menikmati kebahagian dan keintiman dalam keluarga. Konsep kebahagiaan bukan sekadar merujuk keadaan kesihatan fizikal atau keselamatan jasad, tetapi merujuk keadaan kedamaian, keselamatan, dan kesejahteraan jiwa, akal dan kalbu hasil daripada kepastian tentang kebenaran muktamad dan perlaksanaan aktiviti hidup yang selaras dengan kepastian tersebut.

               Jadi, kehidupan berkeluarga mestilah bermula dengan iman yang kukuh (kekuatan akidah), ilmu yang canggih (kekuatan ilmu), dan amal yang soleh (kekuatan ibadah). Segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli keluarga mestilah menjurus kepada pelaksanaan tugas asas sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

No comments:

Post a Comment