Saturday, April 25, 2015

SISTEM PENGURUSAN MASA MENGIKUT ISLAM

 (Disirkan pada25. 4. 2015)
Islam mementingkan faktor masa dalam kelangsungan hidup di dunia. Kehidupan di dunia mengutamakan penggunaan masa yang sempurna yang diwujudkan oleh putaran bumi di atas paksinya menghadap mata hari sekali dalam 24 jam. Mana-mana bahagian permukaan bumi menghadap matahari mendapat siang dan yang membelakanginya  adalah dalam keadaan malam.
Bumi berputar di atas paksinya sambil mengelilingi mata hari sekali dalam masa 360 hari yang dikenali dalam kalinder dunia sebagai setahun. Manakalah bumi berputar di atas paksinya sendiri menghadap mata hari berlakunya siang dan malam yang dikenali sebagai satu hari. Itulah kejadian alam yang dicipta Allah S.W.T..
Begitu agungnya ciptaan Allah dalam mewujudkan kehidupan berbagai macam makhluk di dunia. Cahaya matahari memancar ke bumi menerangkan permukaan yang menghadapnya kelak memberi kemanfaatan kepada semua makhluk yang hidup.  Makhluk haiwan bermacam jenis berkeliaran di bumi untuk mencari makanan manakala tumbuh-tumbuhan pula menggunakan cahaya mata hari untuk memproses makanannya sendiri yang dikenali sebagai fotosintesis. Masa itulah tumbuh-tumbuhan mengeluarkan gas oksigen untuk menambahkan gas berkenaan yang sudah sedia ada di permukaan bumi.
Pergerakan bumi sedemikian rupa mengajukan satu fenomena alam kehidupan yang dikenali sebagai masa hadapan dan masa yang lalu. Islam mengajurkan manusia untuk memanfaatankan masa hadapan kerana banyak pembangunan yang boleh kita lahirkan. Manakala masa yang lalu kurang memberi impak kepada agenda pembangunan kerana itu adalah masa yang telah berlalu dan tidak dapat dikembalikan lagi.
Maka itu Allah mengingatkan manusia dalam Al-Qur’an Surah Al-Ashr, ayat (103:1-3) yang bermaksud:
“Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali orang-orang  yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”
Allah bersumpah dengan nama masa. Kerana di dalam masa itu ada mengandungi teladan yang pelik-pelik dan pengajaran yang ajaib. Adapun masa atau waktu itu selalu bertukar-tukar. Ada masa yang telah lalu, sekarang dan akan datang. Ada masa kaya atau miskin. Ada masa senang atau susah. Dan begitu juga seterusnya masa itu selalu berubah-ubah.
Perubahan tersebut menjadi bukti, bahawa alam ini ada yang mentadbirkannya, iaitu Allah. Maka kepada-Nya sajalah semua makhluk mesti menyembah. Tujuan Allah bersumpah, kerana hendak menguatkan firman-Nya; bahawa manusia itu sentiasa di dalam kerugian.
Dikatakan rugi, kerana manusia itu setiap masa telah menghabiskan umurnya. Lebih-lebih lagi rugi apabila umurnya dihabiskan untuk berbuat maksiat dan derhaka kepada Allah, bukan untuk mentaati-Nya. Maka janganlah menyalahkan masa, tetapi hendaklah menyalah kan dirinya sendiri yang telah berdosa dan menyebabkan celaka.
Kecuali yang tidak rugi, ialah orang yang mempunyai empat sifat seperti: Orang yang beriman (percaya) dengan berikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya, bahawa semua pengajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah betul.
Kedua beramal salih (baik). Selain beriman, dia mengerjakan apa yang diimankannya, dan mengerjakan amal kebajikan yang baik-baik dan mendatangkan manfaat kepada umum, serta membawa orang yang beramal itu mentaati Allah S.W.T.
Berpesan-pesan dengan yang hak (benar), iaitu ingat mengingatkan sesama orang mukmin, supaya berpegang dengan pengajaran Al-Qur’an, keimanan, dan  tauhid, kerana semuanya itu benar dan tidak dapat dimungkiri.
Berpesan-pesan dengan bersabar (dengan hati), iaitu jangan mudah tergoda oleh puju
kan  syaitan untuk berbuat maksiat. Bahkan mestilah tabah dan tahan menghadapi segala macam ujian, penderitaan dan kesusahan. Jika ditakdirkan juga mendapat kesusahan terimalah dengan hati yang rela dan bersyukur kepada Tuhan.
Adapun perbuatan ingat-mengingatkan itu tidak akan berkesan atau memberi faedah kecuali orang yang mengingatkan itu ada mengerjakannya. Maka orang yang disebutkan sifat-sifatnya di atas akan mendapat keuntungan, iaitu hidupnya akan berbahagia di dunia dan akhirat, sedang orang-orang yang menghabiskan masa dan umurnya dengan sia-sia dan di dalam maksiat akan rugi, iaitu hidupnya akan celaka dan menyesal di belakang hari.
Setiap orang yang cuba mengkaji dan meneliti Al-Qur’anul Karim semenjak zaman Mekkah, akan didapatinya bahawa Al-Qur’anul Karim sentiasa mengarah pandangan kaum Muslimin ke masa hadapan yang penuh cita-cita dan harapan. Al-Qur’anul Karim menjelaskan bahawa alam raya ini terus berputar, dunia sentiasa berubah dan keadaan manusia selalu berganti-ganti.
Pihak yang tadinya kalah, boleh kemudian menjadi pemenang, dan yang pada mulanya menang berubah menjadi ‘kecundang’; yang lemah menjadi kuat, dan yang kuat pula beransur-ansur menjadi lemah. Pendek kata, seluruh gugusan alam raya ini terus mengamali perubahan, perputaran dan pergantian.
Oleh sebab itu, kaum muslimin diperintahkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan mempersiapkan diri bagi menghadapi setiap kemungkinan yang akan datang di hari esok. Mereka tidak boleh bergantung kepada keadaan semasa dan leka daripada mengambil setiap sebab dan perbuatan yang menambah kekuatan, kebaikan dan kemajuan di masa-masa mendatang.
Malah mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku boleh menjadi agenda sokongan untuk memperbaiki masa muka. Mengambil contoh satu keadaan apabila kita telah tersilap langkah maka berlaku keberhasilan yang mendatang, kerana kata orang “Experiance is the best teacher” atau pengalaman adalah guru yang paling bijaksana.
Islam amat mementingkan masa dalam mewujudkan pembangunan. Lahirnya pemba- ngunan adalah disebabkan kepekaan manusia menggunakan masa dan tidak membiarkanya berlalu begitu sahaja tanpa amal yang membuahkan perubahan pada keadaan hidup. Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. telah meninggalkan satu “Mutiara Hidup” berhubung dengan memanfaatkan masa dalam hidup.
Baginda menyarankan bahawa “Manfaatkan yang lima sebelum yang lima datang”. Konotasi demikian membawa maksud berbuatlah sesuatu yang bermanfaat sebelum datangnya yang lima yang bersifat bencana atau kemuderatan kepada kehidupan. Orang yang memahami masa sebagai nadi pembangunan ummah tidak tergiur berpatisipasi dalam buaian dunia yang fana ini.
Memanfaatkan yang lima sebelum yang lima datang sebenar satu gambaran pembangunan kehidupan yang wajar dilaksanakan oleh setiap insan untuk dirinya berlandas kan faktor yang dimainkan oleh masa. Hidup ini merupakan perjuangan dan untuk berjuang wajar bersedia berkorban demi masa. Tanpa berkorban, masa akan mengorbankan kebahagian hidup kita di dunia  dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Memanfaatkan yang lima pertama ialah masa mudamu, masa lapangmu, masa sihatmu, masa kayamu dan masa hidupmu. Keadaan hidup di dunia akan mengalami lima perkara yang akan menyusul kemudian setelah yang lima pertama berlalu iaitu masa tuamu, masa sibukmu, masa sakitmu, masa miskinmu, dan masa matimu.
Setiap insan mesti melalui berbagai peringkat usia dalam hidupnya bermula dari kanak-kanak, beralih kepada remaja, kemudian peringkat dewasa lalu ke usia tua sebelum maut menjeput nyawa. Dalam menelusuri hidup berbagai peringkat, manusia pasti mengalami berbagai kerenah yang mesti ditangani. Keutamaan dalam hidup ialah melaksanakan ibadah kerana Allah. Jika agenda tersebut telah dilaksanakan maka faktor kedua yang menyusul
kemudian tidak memberi masalah kepada kehidupan di dunia.  
Masa mudamu adalah yang terpenting dimanfaatkan sebelum masa tuamu datang. Menuntut ilmu merupakan ibadah yang terpenting dilaksanakan kerana orang yang berilmu Allah lebih suka berbanding dengan orang yang tidak punya ilmu. Wahyu pertama Allah turun kepada manusia ialah “Baca”. Ini bermakna melalui pembacaan seseorang itu akan mendapat ilmu untuk memahami teka teki kehidupan.
Usia muda amat sesuai untuk diisi jiwanya dengan ilmu kerana belum banyak tanggungngan mengenai pembangunan keluarga. Pada lazimnya seorang insan dalam usia mudanya masih ada orang tuanya untuk menyarah kebajikannya. Maka itu tumpuan kepada mengilmukan diri dapat diselenggarakan dengan disiplin yang saksama, baik dan teratur. Setelah ilmu sudah bersama kita maka apabila masa tuanya datang tidak ada masalah yang berat akan dialami lagi.  
Dalam melaksanakan ibadah jangan amalkan budaya menunda masa kerana setiap kewajipan datang semestinya dilaksanakan segera kerana menangguhkan masa akan mengalami masalah kesibukan. Pepatah Inggeris mengatakan “Stich in time save nine” yang membawa maksud jika kita mengalami kain baju kita koyak sedikit sahaja hendaklah dijahit serta merta kerana kalau ditangguh masanya lagi koyak itu akan membesar dan memerlukan bukan satu jahitan tetapi sembilan jahitan.
Jangan membiarkan usia itu meningkat tanpa diisikan dengan aktiviti pembangunan. Budaya sentiasa mengingatkan Allah dan mendekati-Nya setiap detik masa dituntut oleh agama Islam. Dengan amalan sedemikian kita sentiasa sedar peredaran masa dan mesti dipergunakan tanpa membiarkan ia berlalu. Apabila masa mengizinkan untuk kita melaksanakan ibadah maka tunaikan serta merta tanpa menangguhnya kerana kelapangan masa datang hanya sekejap sahaja. Kerja menjadi sibuk apabila banyak kerja-kerja yang tertangguh tidak dibereskan pada masa yang sepetutnya.
Melaksanakan ibadah semestinya kita dalam keadaan sihat kerana masa itulah tenaga kita mengizinkan kita. Hidup ini tidak sentiasanya mengalami sihat dan sewajarnya kita juga akan mengalami sakit kerana fenomena itu merupakan ujian dari Allah S.W.T.. Suasana keadaan hidup sememangnya mempunyai pasangan seperti mempunyai positif dan juga negatif. Apabila sihat itu ada maka sakitnya pun pasti ada.
Begitu juga keadaan ekonomi kita, ada masa kita kaya dan pada masa yang lain kita menjadi susah atau miskin. Dalam semua pencaturan hidup kekayaan pada ekonomi menjadi keutamaan dalam semua bentuk pembangunan. Kekayaan itu sebenar merupakan pakaian manusia yang diredhakan Allah S.W.T. kepada individu tertentu. Ia adalah fenomena yang hanya berada di dunia sahaja yang berupa sementara. Kekayaan adalah peluang bagi setiap insan yang dikurniakan untuk berbuat persediaan diri semasa di dunia untuk mendapatkan seberapa banyak pahala sebagai bekalan hidup di akhirat nanti.
Ramai orang yang mendapat kekayaan di dunia menjadi papa kedana kerana gagal memanfaatkan kekayaan yang dianugerahkan Allah kepadaanya. Allah tarik balik kemewahan hidupnya. Maka itu mempuyai kekuatan ekonomi pergunakanlah sebaik mungkin dan janganlah laburkan kekayaan itu kepada  amalan-amalan yang mengundang kemurkaan Allah S.W.T..
Kekayaan itu tidak mengikuti kita ke liang lahad. Manusia hidup di dunia dibezakan dengan keadaan ekonominya. Mereka yang dikurniakan kekayaan harus bersyukur dan menghiasi dirinya dengan takwa kepada Allah S.W.T.. Manusia dilahir di duia ini tidak punya apa-apa malah ia dalam keadaan tidak berpakaian (bogel) dan tidak punyai ilmu pengetahuan. Tetapi apabila ia menjadi  orang kaya wajar difahami itu sebagai kurnian dari Allah. Dan harus kita bersyukur kerana dipilih oleh Allah hidup sebagai hamba-Nya yang kaya.
Kekayaan itu wajar dilihat sebagai amanah untuk  berbakti kepada masyarakat bangsa
dan negara kerana ketakwan kita kepada Allah merupakan barometer untuk hidup mulia di
sisi Allah S.W.T.
           Manusia hidup di dunia harus  melaksanakan amanah Allah S.W.T. Jika amanah itu diabaikan atau tidak dijaga atau dipelihara maka akibatnya amat buruk kepada kehidupan itu sendiri lebih lebih lagi apabila hidup itu beralih ke alam-alam berikutnya. Memanfaatkan hidup mu di dunia sebelum datangnya maut menjadi agenda utama setiap makhluk manusia.
         Penutup sejarah hidup anda harus dihiasi dengan catatan-catatan kemuliaan dan bukan mencorakkan satu perlakuan yang tidak ada tempatnya dalam masyarakat yang anda bakal tinggalkan. Biarlah bakti anda itu dikenang sepanjang zaman seperti mana pepatah Melayu mengatakan: Gajah mati meninggalkan gadingnya, harimau mati meninggalkan belangnya, dan manusia masti meninggalkan nama. Insya-Allah!

         Orang yang termulia di sisi Allah S.W.T. bukan kerana kekayaannya tetapi kemuliaan manusia dalam pandangan agama ialah orang yang lebih bertakwa kepada Allah S.W.T.. Maka itu pergunakanlah masa hidupmu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah kerana matlamat hidup adalah kebahagian hidup di akhirat yang disediakan Allah yang Maha Pengasih dan Maha pengampun itu. 

Sunday, April 19, 2015

MEMUSATKAN PEMIKIRAN KEPADA ZAT YANG MAHA BERKUASA

 (Disiakan 18. 4. 2015)
Hidup ini merupakan aktiviti minda melihat di jendela iman tentang kewujudan alam dengan segala makhluknya memusatkan pemikiran betapa agungnya kekuasaan Allah S.W.T.. Tanggungjawab manusia sebagai hamba-Nya adalah mentafsir kewujudan berbagai jenis makhluk yang ada di alam kehidupan dan memahami kemanfaatannya kepada kehidupan. Allah mewujudkan berbagai makhluk semestinya ada tujuan kepada kehidupan manusia. Maka itu memakmurkan alam kehidupan menjadi tanggungjawab setiap insan sebagai khalifah Allah S.W.T..
Membaca alam kehidupan menjadi agenda utama dalam pembangunan tamadun manusia di samping membaca kalam Allah yang terucap-Nya beriringan dengan hadis  baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W., kekasih Allah yang teragung, dalam mentarbiahkan Islam sebagai ‘addin’ atau cara hidup kepada umatnya.
Apakah misi dan visi manusia diwujudkan Allah S.W.T. di dunia? Di alam dunia ini sama ada di permukaannya mahu pun di perut bumi, di angkasa, di dalam lautan, seluruhnya  Allah telah isikan dengan berbagai jenis makhluk, tujuan untuk diterokai oleh manusia  serta memahami kemanfaatannya kepada pembangunan kehidupan di dunia mahu pun di alam akhirat nanti.
Allah, bekalkan berbagai jenis makhluk, termasuklah manusia di alam kehidupan, bahkan Dia juga mengamanahkan kepada hamba-Nya untuk menyeleggarakan pembangunan kehidupan berpandukan Al Qur’an dan Hadis Rasululah S.A.W.. Al-Qur’an ini adalah dokumen wahyu yang diturunkan (Allah) dari langit melalui malaikat Jibril, dan dipertanggungjawabkan kepada kekasih Allah, baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. untuk mentarbiahkan kepada umatnya, tentang falsafah hidup yang betul yang diredhai Allah S.W.T.  
Demi kemanfaatan kepada ilmu yang ditarbiahkan Rasul kepada umatnya, manusia wajar mengilmukan dirinya terlebih dahulu melalui proses pendidikan. Dalam usaha mengilmukan diri, setiap individu wajar melalui pendidikan di gedung-gedung ilmu sejak usia lima tahun untuk membetulkan persepsi ufuk pemikiran manusia sebagai khalifah Allah.
Allah bekalkan manusia dengan jiwa (roh) untuk hidup; akal sebagai rasul dalam dirinya; otak untuk kemahiran berfikir mengolah ibadah kepada Allah; hati untuk memurni kan kehidupan, dan perasaan kasih sayang sebagai zat yang memupuk hubungan ukhuwah kemanusiaan. Semua fitrah tersebut hanya dapat berfungsi  dalam pembangunan insan dengan kehadiran ilmu dalam diri setiap individu.
Manusia harus merasa syukur kepada Allah S.W.T. atas kurnian-Nya yang amat agung itu maka wajar diimbali dengan kegigihan individu dalam mengilmukan diri agar kita tidak mengkufuri segala fitrah tersebut dalam menelusuri kehidupan. Menuntut ilmu merupakan agenda kehidupan semasa berada di dunia. Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W.  dalam mentarbiahkan umatnya supaya menuntut ilmu itu mulai dari buayan hingga ke liang lahad. Ini bermaksud tidak ada pension atau persaraan dalam usaha mengilmukan diri terutama sekali ilmu yang berkaitan dengan ilmu akidah.
Mengkufuri fitrah yang Allah telah bekalkan kepada seorang insan membawa kedosaan dan amalan demikian akan mengheretkan manusia ke neraka jahanam. Melaksanakan ibadah yang diperintahkan Allah secara istiqamah dalam hidup akan menjadi calun masuk ke syurga. Kedua-dua distinasi  manusia tersebut, syurga atau neraka, Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang telah dipetanggugjawapkan untuk melaksanakan amanah sebagai pemakmur alam kehidupan. Dunia ini disediakan Allah  adalah untuk manusia melaksanakan pembangunan selaras dengan kerdhaan Allah S.W.T..
Maka itu janganlah abaikan hidup di dunia ini dengan hanya  menghabiskan usia hanya untuk berpartisipasi dalam sandiwara dunia yang disediakan Allah. Kehidupan dunia hanya sementara sahaja maka akhirat juga ditujui oleh setiap makhluk manusia dalam
perjalanan hidup setelah agenda dunia yang fana ini selesai.                     
Beriman kepada Allah adalah sifat semulajadi dalam jiwa manusia. Pengajian-pengajian agama yang moden telah banyak menemukan perkara-perkara yang perlu diperhatikan secara mendalam iaitu  bahawa agama adalah  menjadi  sifat umum seluruh manusia baik yang lama ataupun yang baru. Sejarah menunjukkan bahawa tidak ada satu bangsa yang tidak beragama.
                Ramai ahli bijak pandai mengatakan bahawa pemikiran tentang Allah ataupun agama, secara umumnya adalah merupakan pemikiran semulajadi yang ada pada akal manusia. Ia dilengkapkan kepada  kita oleh Pencipta yang agung iaitu Allah S.W.T..
                Setip manusia membawa dalam dirinya “fikiran tinggi” dan fikiran itu adalah memadai untuk membentuk akidah. Tuhan adalah pencipta alam dan manusia mempunyai fikiran tentang kejadian sesuatu; ia yakin kepada adanya pencipta yang membuat sesuatu itu dan ia yakin bahawa ia sendiri tidak berdaya membuatnya.
                Allah berfirman dalam Surah  Ar-Rum ayat 30:30 -31 yang bermaksud:
                “Luruskanlah muka engkau menghadap agama (Islam) serta condong kepadanya, itulah agama Allah yang menciptakan manusia sesuai dengan kejadian (agama tersebut). Tidak boleh ditukar-ganti ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.Hendaklah kamu kembali (bertaubat) kepada-Nya, dirikanlah sembahyang dan jangan kamu menjadi orang-orang yang menyekutukan-Nya.”
                Allah menyuruh rasul-Nya dan umat Islam yang menjadi pengikutnya, supaya meluruskan muka, yakni supaya menumpukan tujuan hidup mereka lurus-lurus  ke arah agama Islam. Iaitu ke arah mentaati Allah atau agama Islam yang juga merupakan agama yang lurus tidak bengkok dan tidak membawa kepada kesesatan. Bahkan dia merupakan agama fitrah, yang sesuai dengan kejadian manusia. Dan Allah juga menyuruh supaya mereka condong atau cenderung selama-lamanya kepada agama tersebut, jangan sampai menyelewing dari kebenaran.
                Hendaklah benar-benar menumpukan perhatian kamu kepada agama Allah itu, kerana agama tersebut telah diciptakan sesuai dengan kehidupan manusia. Dan manusia itu dari asal mulanya telah diciptakan dengan mempunyai pembawaan dan tabiat semulajadi, untuk mentauhidkan Allah dan percaya akan adanya Allah, kerana kepercayaan dan keyakinannya selaras dan bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan oleh akal fikirannya yang waras.
                Mengubah-ubah ciptaan Allah dan menukar-nukar agama-Nya dengan agama yang lain itu adalah dilarang. Jelasnya janganlah  kamu menukarkan agama Allah dengan menye- kutukan-Nya. Kesan dari ayat ini menunjukkan: Bahawa akal manusia itu ibarat sehelai kain putih yang akan menerima apa sahaja corak yang dicorengkan ke atasnya.
                Hal ini samalah juga seperti bumi, yang bersedia menerima segala macam benih yang ditanam orang di atasnya. Dia akan menumbuhkan hasil tanam-tanaman dan buah-buahan sama ada yang berguna kepada manusia dan haiwan, mahupun yang mengandung racun dan mendatangkan bahaya kepada mereka.
                Setelah Allah menyuruh Baginda S.A.W. bersama pengikutnya supaya menumpukan perhatian mereka kepada agama Allah yang lurus – semata-mata cenderung kepada Allah – maka disuruhnya supaya mereka kembali yakin bertaubat kepada-Nya dan supaya takut kepada-Nya iaitu dengan berhati-hati dalam mentaati Allah tanpa mencuai-cuaikan agama tersebut, jangan melakukan perbuatan maksiat atau derhaka kepada Allah.
                Mereka juga disuruh melazimkan kewajipan sembahyang yang dikerjakan tepat pada waktnya. Kerana sembahyang itu tiang agama, dia dapat mengingatkan orang yang beriman mengenang Tuhannya. Dan dalam sembahyang itulah seseorang berpeluang untuk bercakap-cakap, merayu dan memohon kepada Tuhannya, sekurang-kurang lima kali dalam sehari semalam. Di samping itu  dapat melarang orang dari melakukan dosa, kekejian serta perbuatan mungkar. Kerana  dengan sembahyang, diri manusia dapat dilatih menjadi khusyuk
dan patuh serta tunduk kepada perintah Allah sama ada dalam berterang-terangan atau sembungi-sebunyi.
                Hal ini sebgaimana tersebut dalam hadis yang berbunyi:
                “Hendaklah engkau sembah Allah seolah-olahnya engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat engkau.”
                Alam dan segala kandungannya yang terdiri daripada benda-benda hidup dan benda-benda mati merupakan susuatu kesan dari kesan-kesan kekuasaan Allah yang  menciptakannya dari bentuk tiada kepada ada. Ianya  kekuasaan yang sempurna yang tidak  dapat dilemahklan oleh sesuatu apapun. Al-Qur’an menyebutkan:
                “Maha berkat Allah yang (ditangan-Nyalah) menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat), dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.” Surah Al-Mulk ayat 67:
Allah yang Maha Tinggi lagi Agung telah memuji diri-Nya Maha Berkat. Yakni mempunyai kebaikan yang banyak dan dapat dirasakan atau difikirkan oleh makhluk-Nya. Keberakatan-Nya melimpah-ruah kepada seluruh makhluk-Nya dalam bentuk kebaikan yang beraneka.
Allah mengkhabarkan bahawa di tangan-Nyalah terletak kekuasaan untuk memerintah kerajaan di dunia dan di akhirat. Mengatur kerajaan yang ada di langit dan di bumi mengikut sekehendak-Nya.
Kata Ibnu Abbas: Di tangan-Nyalah terletak pemerintahan, memuliakan sesiapa yang disukai-Nya dan menghinakan siapa yang disukai-Nya, menghidup dan mematikan, mengikutnya dan memiskinkan, memberi dan menahan, kerana Dia berkuasa di atas segala sesuatu, tiada siapa yang dapat menegah dan menghalang kekuasaan-Nya.
Dan firman-Nya lagi dalam surah Al-Hajj ayat 22:6 yang bermaksud:
“”Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dialah yang hak dan sesungguhnya Dialah yng menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
Allah memiliki kuasa penciptaan, tetapi penciptaan-Nya paling tinggi dan paling banyak dari keseluruhan jumlah penciptaan manusia. Manusia mempunyai akal dan fikiran yang terbantas ketika mencipta sesuatu. Ini berlainan dengan kekuasaan atau qudrat Allah yang sama sekali tidak terbatas.
Jenis-jenis  serangga umpamanya tidak dapat dicipta oleh manusia. Walaupun sebenarnya binatang itu  paling mudah kejadiannya  jika dibandingkan dengan kejadian makhluk Tuhan yang lain. Inilah perbezaan yang besar di antara kekuasaan manusia dengan kekuaaan Allah yang tidak mempunyai kesudahan.
Kesan-kesan kekuasaan Allah yang dapat kita perhatikan di alam ini, menunjukkan kepada keupayaan atau daya yang tidak terbatas. Adalah diketahui bahawa semua daya di atas bumi bergantung kepada cahaya matahari. Sedangkan matahari ialah sebuah bintang sama seperti bintang-bintang lain di langit yang tidak dapat dibilang kecuali Allah. Jadi, berapakah jumlah daya yang besar itu yang dikeluarkan oleh cahaya dari bintang-bintang di alam ini.
Allah mengetahui perkara-perkara seni dan rahsia alam. Pandangan Islam tentang Allah bukan semata-mata teori falsafah metafizika seperti mana yang dipercayai oleh kebanyakan orang-orang barat yang mempercayai bahawa Allah menjadikan alam, kemudian Dia naik ke langit dan tidak ada tugas lagi. Tetapi Allah bekerja dalam alam secara berterusan. Setiap perkara yang berlaku bergantung kepada pekerjaan Allah yang berterusan itu. Firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 6:59 yang bermaksud:
“Dia pada sisi Allah terdapat segala kunci perkara yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Allah. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur kecuali Allah mengetahuinya. Tidak ada sebiji benih di dalam bumi yang gelap dan tiada pula benda yang basah dan kering, melaikan semua itu tertulis di dalam kitab yang terang.”
Allah ialah punca kehidupan. Dialah yang memberi kehidupan bagi setiap sesuatu yang hidup. Oleh demikian akal dapat nenerima bahawa Allah adalah bersifat dengan sifat hidup dengan bentuk yang sempurna. Hidup Allah adalah kekal, tidak bergantung kepada kebinasaan, tidak mengantuk dan tidak tidur. Tersebut dalam al-Quran surah Al-Baqrah ayat 2:255 yang bermaksud
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur”.

Ayat tersebut menerangkan bahawa, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja, dia bersifat hidup yakni kekal selama-lamanya – tidak akan mati atau binasa, bersifat amat menjaga yakni bertanggugjawab mengurus dan mentadbir semua makhluk-Nya.  Tidak pernah mengantuk, apa lagi tidur. Maka pusatkan pemikian mengenai fenomena tersebut. Ia akan membawa kita khyusuk dan tawadhu memikirkan kekuasaan Allah yang Maha Agung dan maha sempurna itu.

Friday, April 10, 2015

ISTIQAMAH MELANCARKAN KESEMPURNAAN IBADAH KEPADA ALLAH

 (Disiarkan pada 11. 4. 2015)
               Kejadian alam semesta ini seperti pergerakan bumi mengelilingi matahari mengakibat kan wujudnya siang dan malam. Mata hari menyinarkan cahayanya ke bumi untuk membantu makhluk-makhluk yang hidup mencari makanan; termasuklam manusia untuk melaksanakan pembangunan; serta  tumbuh-tumbuhan membantu proses fotosyntesisi. Bulan yang menyinar kan cahayanya yang lunak di waktu malam, ombak di laut mengalun dan memukul ke pantai menandakan pergerakan udara, burung-burung dan segala haiwan keluar berkeliaran di waktu siang mencari makanan untuk meneruskan hidup. Fenomena alam sedemikian rupa berjalan secara istiqamah. Demikianlah kekuasaan Allah yang mencipta alam kehidupan.
               Setiap pergerakan kehidupan itu mempunyai disiplin tersendiri dan itulah yang difahami sebagai istiqamah atau ketakalan alam kehidupan. Pergerakan secara istiqamah itu diatur oleh masa yang bergerak mengikut putaran alam yang diwujudkan oleh Allah S.W.T.. Tidak ada yang bakal bergerak tanpa kekuasaan Allah atau teknologi Zat yang Maha Pencipta.
               Allah membentuk alam kehidupan lengkap dengan disiplin ketakalan. Setiap fenomena alam kehidupan itu harus dijadikan iktibar dalam pembangunan seperti mana Allah berfirman supaya membaca alam yang tercipta oleh Allah dan juga alam yang terusap oleh-Nya supaya dijadikan satu disilin mengolah ibadah pembangunan.
               Sebagai contoh, Allah S.W.T. membentuk mekanisme dalam jasmani manusia sedemikian canggih yang semuanya mempunyai disiplin istiqamah. Pergerakan jantung mengepum darah ke seluruh anggota badan sentiasa dalam disiplin istiqamah bermuala pada usia bayi mencapai 120 hari dalam rahim ibu, kemudian lahir ke dunia menjadi bayi yang memerlukan kasih sayang seorang ibu. Kemudian anak itu membesar hinggalah usia tua semuanya mekanisme dalam badan sentiasa bergerak secara istiqamah. Ia hanya berhenti apabila datangnya kematian sebagai penghujung kehidupan di dunia.
Budaya intiqamah dalam melaksanakan ibadah sentiasa menghasilkan sesuatu yang membahagiakan. Allah sentiasa meredhai amal ibadah yang kiblatnya kepada kesempurnaan   ibadah hasil dari budaya istiqamah. Amalan istiqamah membentuk disiplin individu sentiasa memelihara kasih sayang dengan Allah serta mentaati ibadah yang diperintah Allah dan menjauhi segala larangannya.
Manusia melakukan sesuatu dalam hidup ini sama ada kebaikan ataupun keburukan adalah disebabkan oleh dorongan dari dalam atau pengaruh dari luar. Jika ia melakukan cara hidup yang bersifat kebaikan secara istiqamah akan mengubah hidupnya serasi dengan pembangunan masyarakat yang diinginkan, tetapi jika ia melakukan sesuatu yang bersifat keburukan secara istiqamah maka ia menjadi duri dalam pembangunan masyarakat.
Antara tujuan agama yang terpenting ialah mengawasi manusia dari melakukan kejahatan dan cara pengawasannya ialah dengan memberi amaran, menyatakan tentang bahaya dan menyeruh manusia supaya menurut rencana yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi langkah “pemulihan” (al-Islah) adalah menjadi sebab paling utama ke arah peningkatan akhlak, memperbaiki keadaan manusia serta memperkenalkan kebahagian di kalangan manusia itu.
Jika manusia tidak mempunyai keinginan hendak meneguhkan pendirian (Istiqamah) maka ia akan lemah untuk menerima kebaikan dan sesuatu objektif yang hendak dicapainya akan mudah terjerumus ke dalam dosa. Dengan sebab itu kita dapati Islam sangat mementingkan istiqamah dan menyuruh manusia supaya mempunyai sifat itu. Cara yang digunakan adalah menarik dan memberi kesan. Ini kerana suruhan atau ajakan itu disertakan dengan janji pahala di dunia dan di akhirat.
Allah berfirman dalam Surah Fusilat ayat 41:30-31 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka meneguhkan pendiran mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) didalamnya apa yang kamu minta sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”.
Orang-orang yang beriman itu sifatnya selalu berikrar dengan mengucapkan (Tuhan kami ialah Allah). Jelasnya mereka mengaku bertuhankan Allah dan mengesahkan-Nya – tiada menyekutukan-Nya dengan yang lain. Apabila ikrar itu mereka ucapkan, kemudian dengan serta merta mereka beristiqomah yakni menetapkan pendirian mereka dengan berdiri tegap di atas keimanan, mereka tidak berganjak walau setapak untuk meninggalkan keimanan, termasuk di sini segala perkara ibadat dan iktikad, mereka memegangnya teguh-teguh’
Kata Abu Bakar as-Siddiq: Istiqamah itu ialah tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu. Dalam hubungan ini  ada beberapa Hadis, yang diriwayat dari Sufyan bin  Abdullah at-Thaqofi: Ada seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah! Perintahkanlah kepada saya suatu kewajipan di dalam Islam, tak akan saya tanyakan kepada seseorang yang selepas tuan.
Sabda Baginda: (Katakanlah: Tuhan kami ialah Allah. Kemudian mereka berpendidiran tetap). Tanya saya lagi: Apakah yang patut saya pelihara? Baginda pun mengisyaratkan kepada lidahnya. Yakni berpesan supaya memelihara lidah.
Beristiqamah itu, ialah sentiasa berlaku taat di dalam iktikad, perkataan dan perbuatan. Keteguhan dalam melaksanakan perbuatan kebaikan akan membuahkan kegembiraan di sisi Allah S.W.T.. Maka itu manusia mukmin dianjurkan oleh Islam agar membudayakan semangat istiqamah dalam melaksanakan ibadah kerana Allah.
Kemudian Allah berikan kegembiraan yang paling besar dari segala kegembiraan – yang maksudnya: Kamilah Tuhan yang menjadi pelindung. Yakni menolong, untuk membantu kamu dalam urusan keduniaan. Kami tunjukkan kamu perkara yang hak dan kebenaran. Kami pimpin kamu ke arah yang mendatangkan keuntungan dan kebaikan dalam urusan keduniaan. Dan Kami bakal bersama kamu pula di akhirat. Kami turunkan rasa aman
dan tenteram semasa kamu gelisah. Kami turunkan rasa aman dan tenteram semasa kamu gelisah., keseorangan dan kesunyiaan di dalam kubur. Begitu pula semasa ditiupkan serunai sangkakala, semasa dibangkitkan dari kubur, semasa menyebarang titian (as-Sirotol Mustaqim) dan semasa Kami menghantar kamu masuk ke dalam syurga Jannatun Na’im.
Allah juga menjanjikan kepada mereka dengan firman-Nya dalam Surah Al-Ahqaf ayat 46:13 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah
maka tidak ada kukuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita”.
Orang-orang mukmin iaitu yang melengkapkan pendirinya dengan keimanan, mentauhidkan Allah dan istiqomah yakni berpendirian tetap di dalam menjalankan syariat Allah – tidak mencampur syirik dan tidak menyalahi perintah dan tegahan Allah, maka Allah jauhkan mereka dari rasa takut melihat kegemparan kiamat di akhirat, dan tidak merasakan sedih dan berduka atas apa yang ditinggalkan di dunia. Malahan mereka bakal menjadi penghuni syurga, yang akan kekal hidup di sana. Itulah balasan dari amal salih yang  telah mereka kerjakan di dunia dahulu.
Ayat ini memberi jaminan yang mereka tidak perlu takut kepada seksaan pada Hari Kiamat. Pada hari itu mereka tidak akan berdukacita terhadap apa yang telah mereka lakukan.
Seorang lelaki telah datang kepada baginda: “Berilah nasihat kepada saya wahai Rasulullah”, maka Rasulullah menjawab dengan satu ayat yang pendik lagi menarik:
“Katakanlah, saya beriman dengan Allah kemudian saya istiqamah”.  
Memperbaiki jiwa atau islah-annafs adalah sesuai dengan makna istiqamah, kerana jika seseorang itu sentiasa berada dalam kejahatan ia akan mengakibatkan keburukan kepada seseorang atau kepada masyarakat. Dengan sebab itu Allah menjanjikan kepada orang yang memperbaiki dirinya dengan janji mendapat keredhaan dan keampunan. Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah ayat 5:39 yang bermaksud:
“Maka barang siapa bertaubat di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Membersih jiwa juga selari dengan istiqamah. Pengertian membersih jiwa ialah
mensucikan diri dari kekotoran, menjauhkan dari kekurangan, meletakkan jiwa pada tempatnya yang bernilai tinggi hanya semata-mata melalui angan-angan, tetapi sebaliknya hendaklah melalui latihan jiwa. Sesungguhnya al-Quran memberi galakan supaya membersih jiwa dengan menjanjikan kejayaan kepada orang-orang yang berbuat demikian. Firman Allah Surah Al’A’laa ayat 87:14 yang bermaksud
               “Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan”
               Orang yang beruntung dengan mendapat kejayaan ialah orang yang telah dapat membersihkan jiwanya dari kekufuran dengan adanya iman serta tulus ikhlas di dalam segala amalannya, yang semata-mata  dipersembahkan kepada Allah. Dan dia mengingati nama Allah yang Maha Agung, lalu didirikannya ibadat sembahyang dengan khusyuk kerana mematuhi perintah-Nya.
               Dan firman Allah lagi dalam Surah As-Syams ayat 91:9 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu”.
Para Muffassirin mengatakan; Allah bersumpah dengan menyebutkan tujuh macam makhluk iaitu matahari, bulan, siang,, malam, langit, bumi dan jiwa manusia, untuk menunjukkan keagungan kudrat-Nya dan ketunggalan-Nya sebagai Tuhan. Disamping itu ditunjukkan-Nya besar faedah yang ditimbulkan oleh makhluk-makhluk itu untuk kepentingan hidup manusia. Adapun makhluk-makhluk tersebut pasti ada yang mencipta, mentadbikan peredaran dan perjalanannya sama ada bergerak mahupun berhenti.
Semuanya ini untuk menarik akal manusia supaya memikirkan keagungan Allah
S.W.T.. Sumpah-Nya ini bertujuan untuk menguatkan bahawa sesungguhnya manusia akan beruntung kalau dia dapat mensucikan jiwanya dengan mentaati Allah dari dicemari oleh perbuatan maksiat dan dosa.
Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 35:18 yang bermaksud:
               “Dan barang siapa yang membersihkan diri mereka sesungguhnya ia membersihkan diri untuk kebaikan dirinya sendiri dan kepada Allahlah kembali(mu)”.
               Barang siapa berusaha untuk menjadikan hatinya dan kepercayaannya bersih dari pengaruh syirik dan kekotoran jiwa, begitu juga menjadikan dirinya bersih dari dosa dan maksiat, maka keuntungannya akan kembali kepada dirinya sendiri bukan orang lain. Manusia diperingatkan agar jangan lupa tujuan hidupnya agar tidak membuang-buang masa pada yang tidak berfaedah.
               Istiqamah, membersihkan dan memperbaiki jiwa merupakan sifat-sifat yang membuka harapan kepada orang-orang yang banyak membuat dosa untuk mereka menukarkan cara hidup yang lebih baik. Sifat-sifat ini juga dapat menghapuskan sifat putus asa yang tidak berfaedah itu.
               Ajaran-ajaran ini adalah merangkumi semua penemuan ilmu jiwa moden yang menga takan bahawa kita tidak mudah mencapai keperibadin yang berjaya atau menjadi makhluk yang bernilai tinggi hanya semata-mata melalui angan-angan; tetapi sebaliknya hendaklah melalui latihan jiwa.          
               Istikamah dalam memikirkan pembangunan yang conducive serta diikuti dengan amalan yang teguh merupakan satu ibadah yang mudah mendapat keredaan Allah S.W.T.. Hidup ini adalah perjuangan kerana Allah menjadikan manusia sentiasa dalam perjuangan mengharungi hidup bersusah payah.
Firman Allah dalam Surah Al-Balad ayat 90:4 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam kehidupan bersusah payah.”   
               Setelah berturut-turut mengemukan tiga macam sumpah peringatan, (1) Mekkah sebagai kota terpenting tempat Ka’bah berdiri, (2) Muhammad yang begitu berat dan mulia tugsnya berdiam di Makkah itu, namun darahnya dipandang halal saja oleh kaumnya, (3) bersumpah lagi demi pentingnya, kedudukan seorang ayah dan pentingnya pula anak-anak yang diturunkannya, masuklah Tuhan kepada yang dimaksudnya, memperingkatkan bahawa Dia telah menciptakan manusia tidak terlepas daripada susah-payah. Susah-payah itulah
bahagian yang tidak berpisah dari hidup itu. 
               Berkata al-Yaman: ‘Tak ada Allah menciptakan makhluk yang telah banyak susah- payah dalam hidup ini, melebihi Anak Adam, padahal dia adalah makhluk yang paling lemah. pula”. Sejarah hidup manusia sejak dari dalam rahim ibu dari lahir, hingga besar remaja dan hingga tua bangka adalah penuh dengan perjuangan-perjuangan melawan berbagai-bagai cabaran, halangan, godaan, malapetka, bencana, penyakit dan maut. Inilah bentuk kehidupan yang telah ditakdir oleh Allah S.W.T. supaya diharungi oleh manusia.
Termidzi menyimpulkan usia habis dalam kepayahan itu dalam mengatakan dua patah kata. “Susah-payah, tidak

memperhatikan apa yang perlu, menghabiskan masa pada yang tidak perlu.”    

Friday, April 3, 2015

IBADAH MERUPAKAN TAWAKAL KEPADA ALLAH

 (Disiarkan pada 4. 4. 2015)
Segala amal ibadah yang berpusat kepada hati yang khuysuk merupakan aktiviti pembangunan dalam hidup dan semestinya merupa tawakal kepada Allah kerana tidak ada kewujudan sesuatu fenomena alam kehidupan tanpa kekuasaan Allah S.W.T.. Kita berdoa bermunajat kepada Allah dengan hati yang ikhlas semoga doa kita itu dapat keredhaan-Nya.
               Tawakal merupakan salah satu ibadah hati yang paling utama dan salah satu dari berbagai akhlak iman yang agung. Sebagaimana yang dikatakan Al-Imam Al-Ghazaly, tawwakal merupa kan salah satu manzilah agama dan kedudukan orang-orang yang beriman. Malahan tawakal termasuk darjat muqarrbin yang paling tinggi. Sehingga menurut Ibnul-Qayyim, tawakkal adalah separuh daripada agama dan separuh lainnya adalah inabah, kembali kepada Allah, seperti yang diisyaratkan Allah yang bermaksud:
               “Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku kembali.” Hud 11:88
               Di samping itu, agama adalah ibadah dan memohon pertolongan sebagai firman-Nya yang bermaksud:
         “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.” Surah Al-Fatihah1:5.
           Bertawakal kepada Allah sebenar berserah diri memohon pertolongan kepada-Nya lewat usaha yang gigih serta sentiasa dalam keadaan sabar, tabah dan tetap hati, dan tetap pula di dalam mengerjakan solat, pengabdian atau ibadat terhadap Allah.
               Dalam Surah Ali-Imran ayat 3:200, Allah berfirman yang maksudnya:
               “ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah, dan sabarkanlah kamu (dalam ketaatan), bersabarlah (menghadapi musuh) bersiap-sedialah (menentang mereka), dan takutlah kamu kepada Allah, semoga kamu mendapat kemenangan.”
               Dalam Surah An-Nahl ayat 16:127, Allah berfirman yang bermaksud:
               Bersabarlah engkau hai Muhammad, dan  kesabaranmu itu disertai selalu oleh Allah, janganlah engkau berduka cita atas mereka, dan jangan engkau merasa sempit dada lantaran tipu muslihat mereka.”
               Selama kita bersabar, selama itu Allah bersama kita. Tetapi bila kesabaran itu telah lenyap dan hilang, itulah tandanya Allah tidak  berserta kita lagi. Sebab itu rasa kesabaran itu harus kita pertahankan selalu agar Allah selalu pula berserta kita di dalam perjuangan kita menegakkan kebenaran, menghadapi segala halangan, rintangan, tantangan  permusuhan dan intimidasi-intimidasi dari musuh-musuh kita. Jangan merasa sempit dada menghadapi tupu muslihat musuh dalam perjuangan.
               Tawakkal merujuk penyerahan nasib diri dan nasib usaha kita kepada Allah setelah kita berikhtiar dengan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sesuatu tugas dan kita berdoa dengan ikhlas kepada Allah untuk mendapat kebaikan daripada usaha yang kita telah lakukan. Semangat tawakal yang sebenar mengimplikasikan bahawa kita sedar dan yakin bahawa penentuan terakhir berada pada kekuasaan Allah.
               Sesungguhnya Allahlah yang menentukan kebaikan, kejayaan, dan kebahagian hidup manusia. Bagaimanapun, Allah menetapkan sesuatu ketentuan di atas diri manusia dengan adil. Allah berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 3:18 yang bermaksud:            
               “Allah telah menyatakan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-Malaikat serta orang-orang yang berpengetahun pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha perkasa lagi bijaksana.”
               Allah menerangkan keesaan-Nya dan Malaikat serta orang-orang yang berilmu pengeta-
huan naik saksi – berikrar dengan lisan dan membenarkan di dalam hati – bahawa Allah itu berdiri sendiri dengan adil.
               Maksud berdiri dengan adil iaitu; berkuasa mentadbirkan semua makhluk-Nya dengan adil, Yakni melalui jalan tengah di dalam iktikad, ibadat, akhlak dan amalan. Adil atau jalan tengah di dalam istikad itu ialah, mentauhidkan Allah atau mengesakan-Nya. Maka tauhid atau pengesahan itu adalah terletak di tengah-tengah pengingkaran dan penyekutuan. Mengengingkari adanya Allah tidak adil, menyekutukan-Nya juga tidak adil.Yang adil ialah memilih jalan tengah iaitu, mengsahkan-Nya – tidak mengingkarinya dan tidak pula menyekutukannya.
               Pada akhir ayat disebut “Tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pekasa lagi Bijaksana.”
               Ayat ini diulang sebut, untuk memberitahukan bahawa dialah kalimat yang maha agung
dan termulia membacanya terhitung semulia-mulia ibadat.
               Al-Kalbi menceritakan; Ayat ini diturunkan, kerana telah datang 2 orang pendeta dari negeri Syam ke Medinah. Manakala kelihatan negeri Medinah, salah seorang dari keduanya berkata: “Alangkah serupanya negeri ini dengan negeri Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibangkitkan pada akhir-zaman.”
               Bila keduanya memasuki kota tersebut, mereka pun mengenali sifat-sifat Nabi dan berkata kepada Nabi s.a.w.. “Adakah tuan ini Muhammad?”
               Nabi menjawab: “Ya”
               Keduanya berkata pula: “Dan tuan ini Ahmad?”
               Nabi menjawab: “Saya Muhammad dan Ahmad.”
               Keduanya berkata pula: “Kami akan menanyakan kepada tuan sesuatu. Sekiranya tuan khabarkan, kami akan beriman kepada tuan.”
               Nabi menjawab: “Bertanyalah!”
               Keduanya pun bertanya: “Khabarkanlah kepada kami tentang sebesar-besarnya syahadat di dalam kitab Allah Azza Wajalah.”
               Maka Allah turunkan ayat 18 ini, yang kemudian Nabi s.a.w. sampaikan kepada kedua nya. Mendengarkanlah ayat ini, keduanya pun masuk Islam.
               Tawakkal bukan merujuk perbuatan menyerah untung nasib diri kepada Allah dengan tidak perlu berusaha dan berikhtiar. Sebaliknya, tawakkal membabitkan dua proses yang saling berkait, iaitu penyerahan nasib diri kepada Allah dari satu sudut, dan  penggunaan  seluruh tenaga fizikal, mental, dan rohani untuk mengubah keadaan diri sendiri dari sudut yang lain.
               Berkait dengan Nasib Diri tiga konsep asas yang wajar difahami iaitu bertawakkal, berikhtiar dan takdir. Usaha kita ialah berikhtiar dan kalau tidak dapat mengatasi masalah maka tidaklah terkeluar dari garis tawakal, jika kita berusaha menghindarkan diri dari kemalaratan.
               Kalau bahaya yang mengancam itu akan datang sesama manusia, sekiranya ada jalan sabar, atau jalan untuk mengelakkan diri, pilihlah lebih dahulu yang pertama, iaitu sabar. Kalau tak dapat lagi, pilihan yang kedua, iaitu mengelakkan diri. Kalau tak dapat juga, barulah menangkis. Kalau satu-satunya jalan ialah menangkis, tidak juga ditangkis, tidaklah bernama tawakal lagi, tetapi sia-sia.
               Firman Allah Surah Al-Muzzammil ayat 73:9 – 10  yang bermaksud:
               “(Dialah) Tuhan (yang menguasai) timur dan barat dan tiada Tuhan melainkan Dia., maka ambilah Dia sebagai pelindung.”
               “Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.”
               Adapun kesabaran atau tawakkal menghadapi ular yang mematuk, binatang besar yang
hendak menerkam, kala jangking yang mengejar kaki, anjing gila yang kehausan, maka jika sabar jua menuggu, tidak berusaha menangkis, tidak bernama tawakkal lagi, tetapi sia-sia.
               Tidaklah keluar dari garis tawakkal jika dikuncikan pintu terlebih dahulu sebelum keluar rumah, ditutupkan kandang ayam sebelum hari malam, dimasukkan kerbau ke kandang sebelum senja. Kerana menurut Sunatullah, dikuncikan rumah dahulu baru pencuri tertahan masuk, ditutupkan pintu kandang baru musang tak mencuri ayam.
               Ingatlah ketika Rasulullah S.A.W. meninggalkan negeri Mekkah hendak pegi ke Medinah, bersembunyi di dalam gua di atas bukit Jabal Tsur ketika dikejar oleh Kafir Quraisy, berdua dengan sahabatnya Abu Bakar. Setelah bersembunyi dan tidak kelihatan oleh musuh lagi, barulah dia berkata kepada sahabatnya itu!
               “Jangan takut, Allah ada bersama kita.”
               Iaitu berserta mereka setelah mereka bersembunyi. Cuba kalau Rasulullah menampakkan dirinya, pada hal musuh sebanyak itu, tentu menurut sunatullah dia akan tertangkap atau binasa lantaran sia-sianya, dan Allah tidaklah bersertanya lagi!
               Akidah Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah “Ikatlah dan kemudian baru bertawakkal. Kerjakanlah dan kemudian baru bertawakkal kepada Allah Ta’ala dalam segala keadaan dan perbuatannya setelah terlebih dahulu mengerjakan segala upaya dalam berusaha.
Dia mencela orang-orang malas yang mendakwa diri mereka bertawakkal dan menyuruh mereka supaya berusaha dan bekerja. Segala sesuatu akan menjadi mudah sesuai dengan apa yang diciptakan Allah.
               Al-Jurjani mentafsirkan tawakkal iaitu yakin terhadap apa yang ada di sisi Allah dan tidak mengharapkan terhadap apa yang ada di sisi manusia.
               Syeikh Abdul Qadir al-Jailani berkata: “Hendaklah kamu bekerja dan gunakan strategi hingga iman mu menjadi kuat. Kemudian berpindahlah setelah melakukan usaha keras dan strategi yang mantap kepada Allah. Para nabi bekerja, berjual beli dan melakukan strategi yang kukuh pada permulaan urusan mereka dan barulah bertawakkal setelah itu. Mereka menggabungkan antara usaha dengan tawakkal pada permulaan dan penghujung sebagai bukti mengamalkan syari’at dan hakikat.
               Beliau menyuruh supaya berusaha dan berkerja dengan berkata: “Sembahlah Allah ‘Azza wa Jalla dan mintalah pertolongan untuk dapat menyembahNya sengan usaha yang halal. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla amat mencintai seorang hamba mukmin yang taat dan memakan dari usaha yang halal. Dia mencintai orang yang makan dan mahu bekerja, namun Dia amat membenci orang yang hanya mahu makan namun tidak mahu bekerja.”
                    “Saya ingin mengatakan kepada kamu bahawa berusahalah dan janganlah kamu berpasrah diri kepada taqdir dan kisah masa lalu. Ia merupakan alasan yang selalu diperkatakan oleh orang-orang malas. Kami menyokong sifat kesederhanaan. Kami bersarah dan bekerja dan tidak mengatakan: “Dia telah berkata, maka kami pun berkata” dan “kenapa dan bagaimana”. Kami tidak memasuki ilmu Allah ‘Azza wa Jalla. Kami hanya mampu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan Dia akan melakukan apa yang Dia kehendaki.”
                    Tawakal bagi orang Islam yang meniti jalan kepada Allah merupakan keperluan pokok, terutama dalam masalah rezeki; masalah ini biasanya menyesakkan fikiran dan hati manusia, membuat badan menjadi letih, jiwa menjadi kusut, gelisah pada waktu malam dan bertungkus-lumus pada waktu siang.
                    Malahan adakalanya di antara mereka sanggup mengorbankan jiwa, menjual kehormatan
dan  menganggukkan kepala, hanya untuk mendapatkan sesuap kehidupan, yang dianggap ada di tangan makhluk lain seperti dirinya, sehingga kalau berkenan dia akan memberinya suapan
kehidupan itu dan jika tidak berkenan dia boleh menahannya.
                    Al-Imam Ibnul-Mubarak berkata, “Barang siapa memakan harta yang haram, maka dia bukan orang yang bertawakal.”
                    Cara untuk melepaskan diri dari semua itu adalah dengan bertawakal kepada Allah. Orang Islam yang jauh lebih memerlukan tawakal ini adalah jika dia seorang da’i, penyampai risalah dan orang yang biasa memberi nasihat. Dia melihat tawakal itu seperti  sendi yang kukuh dan benteng yang teguh. Dia bersandar kepadanya dalam mengadapi taghut (suaitan), orang kafir, penguasa-penguasa zalim dan pemimpin-pemimpin yang tidak adil.
                    Dan memohon pertolongan dan perlindungan kepada Allah. Barang siapa mendapat pertolongan dari Allah, maka sekali kali musuhnya pasti dikalahkan. Barang siapa dicukupkan Allah, maka sekali-kali dia tidak akan merasa fakir dan barang siapa yang dimulikan Allah, maka sekali-kali dia tidak akan merasa hina.
                    Firman Allah  Surah Ali Imran ayat 3:160 yang bermaksud

                    “Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu, dan jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang Mukmin bertawakal.”