Sunday, October 4, 2009

IBADAT SOLAT MENGHALALKAN PERSEMPADANAN (Disiarkan pada 03.10.2009)

Agama Islam adalah agama antarabangsa yang diturunkan di tanah Arab dari langit yang di- terima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.. Islam adalah wahyu Illahi yang disampaikan Allah S.W.T. dalam perantaran Malaikat Jibril dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an, atau bahasa syurga yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda sendiri adalah berketurunan Arab yang telah dipilih oleh Allah untuk dipertang gungjawab menyampaikan dan mendidik manusia sejagat mengenai dokumen tersebut iaitu agama Allah yang dipilih-Nya sebagai agama manusia.

Islam membentuk sahsiah manusia yang sempurna untuk membolehkannya menjalankan ibadah sebagai pemakmur alam kehidupan, satu amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dokumen wahyu adalah perlembagaan pembangunan kehidupan di alam dunia mahupun di alam akhirat demi mentamadunkan kehidupan manusia sebagai hambah Allah.

Mengerjakan ibadat solat wajar mengikuti kiblat yang sama di mana sahaja anda berada di muka bumi ini. Ini bermaksud Islam adalah agama yang menghalalkan persempadanan dunia kerana semua manusia adalah berasal dari keturunan yang sama iaitu Nabi Adam a.s. dengan isterinya Siti Hawa. Jika solat menghalakan persempadanan maka itu ukhuwah kemanusiaan menjadi agenda di seluruh dunia sebagai nadi pembangunan ummah.

Solat adalah satu disiplin hidup menangani kehadiran masa dalam menentukan kewi bawaan manusia sebagai kahlifah dalam melaksanakan ibadah lima waktu sehari semalam. Mengerjakan ibadah solat wajar mengikuti faktor masa di mana sahaja anda berada. Dalam erti kata lain dalam masa 24 jam sehari semalam, manusia diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sahaja. Masa tersebut adalah diuntukkan kepada masyarakat mukmin bermuasabah kepada Allah S.W.T. Masa tersebut urusan dunia diketepikan untuk mendapatkan kekusyukan dalam ibadah solat.

Allah berfirman dalam al-Qur’an surah al-Hujerat ayat (49) 13, yang bermaksud: “Hai manusia sesunguhnya Kami menjadikan kamu laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa), dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat), dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa, sungguh Allah Maha mengetahui lagi maha mengetahui.”

Allah berfirman dengan berkata ‘Hai manusia’ dan bukan ‘Hai orang-orang Arab’. Islam diturunkan di tanah Arab tetapi agama tersebut bukan untuk masyarakat Arab sahaja tetapi kepada makluk manusia di seluruh dunia. Tidak kira apa keturunannya asalkan ia seorang manusia maka wajar menerima Islam sebagai agamanya.

Allah satukan manusia dengan akidah yang sama iaitu Islam. Dan Allah wujudkan manusia dalam berbagai mangsa dan warna kulit dari seluruh pelusuk dunia; tidak ada perbezaan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain kecuali satu, iaitu orang yang lebih bertakwa dan beriman kepada Allah; memelihara agamanya(Islam), tawadhu dan menyembah Allah, mengerja kan atau melaksanakan yang fardu (yang diperintahkan) dan menjauhi segala larangan-Nya adalah orang yang termulia di sisi Allah S.W.T.

Manusia adalah dalam berbagai warna kulit atas sebab insan pertama iaitu Nabi Adam a.s. adalah asalnya oleh Allah terbentuk daripada tanah. Dan tanah ada berbagai warna seperti hitam, putih, kemerah-merahan, kuning langsat; kuning telur dan sebagainya. Warna kulit juga disesuaikan dengan keadaan alam sekeliling di mana individu berkenaan bermastautin seperti orang yang putih kilitnya tinggal di kawasan yang cuacanya sejuk manakala orang yang hitam di kawasan yang panas.

Nadi kesempurnaan hidup ialah ketakwaan kepada Allah. Maka itu tidak ada persem- padanan dari segi ibadat kepada Allah. Dunia globlisasi difahami dari konsep ibadat adalah membina ukhuwah kemanusiaan seperti mana konsep hidup dalam satu perkampungan yang kecil. Apa yang berlaku di belahan bumi yang lain boleh dilihat dan dicontohi oleh masyarakat dalam negara sendiri. Walau bagaimana pun setiap budaya yang dihidang dari satu negara wajar melalui filter untuk menentukan ciri-ciri kemanfaatannya kepada masyarakat.

Penerimaannya harus dilihat dari perspektif kemanfaatan kepada pembangunan kehidu- pan manusia. Jika unsur-unsurnya mewarnai kebajikan maka jadikanlah ia sebagai pemangkin kepada perubahan pembangunan atau paradigm shift tetapi jika ia merosakkan akhlak dan peribadi mulia yang sudah sedia ada, maka jadikanlah ia sebagai sempadan sahaja. Ilmu, adalah kedatangan sesuatu makna maka itu sajikankanlah ia dalam diri anda jika berunsur pembangu nan.

Kehadiran ilmu dalam diri individu akan menjamin kemampuannya menyingkap rahsia
alam yang penuh dengan nikmat Allah S.W.T. Potensi insan sama ada dari segi jasmani mahu pun rohani merupakan fakulti yang bakal diterjemahkan dalam kehidupan untuk mengundang kualiti dan kecemerlangan dalam segala bidang aktiviti kehidupan.

Manusia pelukan ilmu untuk hidup dan ilmu itu wajar digunakan berlandaskan watak-watak kemanusiaan yang sentiasa memelihara ketamadunan berfikir demi keutuhan bermasyara- kat. Dengan ilmu kita perlu beramal untuk memanfaatankan fitrah Allah yang ditaburkan-Nya di seluruh alam. Hakikat berilmu menjemput kesepaduan segala bentuk kehidupan di alam nyata, malah di seluruh dunia sekalipun. Ilmu mempunyai kesejagatan dan ketamadunan hidup manusia. Seperti juga solat, ia menghalalkan persempadanan antara benua.

Allah amanahkan kepada manusia sebagai kahlifah untuk memakmurkan alam kehidupan sejagat. Maka itu jadikanlah pemain yang berwibawa dan bertanggungjawab. Dalam suasana melaksanakan amal ibadah harus waspada menangani ranjau-ranjau perjalanan yang sentiasa mengusik keimanan anda yang dihiasi oleh iblis laknatullah.

Solat menghalalkan persempadanan membawa maksud bahawa tidak ada perbezaan dalam melaksanakan ibadat di seluruh dunia, sama ada yang bersifat wajib atau yang sunat. Hanya yang membawa perbezaan ialah faktor masa untuk melaksanakan solat yang wajib iaitu sembahyang lima waktu sehari semalam. Faktor masa mengikut kedudukan negara tertentu di dalam peta dunia, kerana tidak semua negara di dunia mempunyai masa yang sama. Perbezaan masa adalah disebabkan kedudukan mata hari memancar ke bumi maka itu ada tempat yang membelakangi mata hari dan ada yang berhadapan dengan cahaya mata hari.

Solat merupakan satu disiplin hidup yang berlandaskan kepada peraturan yang direka bentuk oleh Allah S.W.T. demi menyatukan umat manusia di seluruh alam. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Ali Imran (3) ayat 103 yang bermaksud:
”Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepada mu, ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hati kamu, sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan adalah kamu di atas pinggir lobang neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.”

Berpegang tuguh kepada tali Allah membawa maksud sinarilah hidup anda dengan cahaya solat dan amal-amal ibadat agar sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Hidup yang sentiasa mendapat perlindungan dari Allah akan selamat dari sebarang godaan dunia yang akan membawa kepada kekufuran kelak menjauhi diri untuk mendapat perlindungan dan keredhaan dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Amal ibadah memerlukan ilmu pengetahuan agar wawasan ibadat itu memusatkan kepada keredhaan Allah S.W.T.. Ilmu pengetahuan juga adalah wajib untuk menentukan kesihatan jasmani dan rohani kelak membentuk kewibawaan manusia mengolah pembangunan. Tetapi kita harus faham bahawa kesihatan itu juga dapat memanusiakan ilmu, dan yang amat penting sekali ialah mengislamkan ilmu untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Jika ilmu pengetahuan semata-mata tanpa landasan kesucian seperti yang ditetapkan oleh Islam akan dapatlah kita temui tindakan-tindakan manusia yang berunsurkan keganasan dan kezaliman. Allah wujudkan para Nabi dan Rasul membawa kitab-Nya mengajak dan mengingatkan manusia untuk kembali berpegang kepada tali Allah (agama) dan menghidupkan kesatuan dan penyatun serta mencegah daripada perpecahan seperti mana dalam firman-Nya Surah Ali Imran: 103.

Kecanggihan sains dan teknologi telah melahirkan budaya globalisasi yang bersifat tanpa sempadan. Dalam erti kata lain globalisasi telah menghalalkan persempadanan. Walau bagai mana pun globalisasi yang dibawa oleh sains dan teknologi menghalalkan cara hidup tanpa resiko kepada kesucian, kewibawaan dan kesempurnaan beragama. Ia menghalalkan cara yang dilarang oleh agama. Kelahiran globalisasi menyempitkan sinario pemikiran para remaja untuk mendekatkan kekuasaan Illahi dan membesarkan sinario pemikiran mengenai kecanggihan sain dan teknologi.

Sebagai contoh, semasa mengerjakan ibadat solat, telefon bimbit sentiasa dilayaninya apabila ada orang yang memanggil semasa solat. Ini bermaksud solat itu sudah menjadi adat dan bukan ibadat kepada Allah. Alat elektronik itu, dalam pemikiran para remaja, adalah lebih penting daripada solat menyembah Allah.

Jika difikirkan dengan hati yang khusyuk dan tawadhu, globalisasi telah mengkeristian kan Islam kerana manusia(Islam) telah mengubah prinsip hidup kepada yang lebih sophisticated atau canggih yang dipelopori oleh sains dan teknologi. Individu Islam remaja lebih tergalak untuk memperolehi telefon bimbit yang terkini yang dilengkapi dengan teknologii yang mengasikkan hati para remaja dengan harga yang cukup menggiurkan daripada membelih buku-buku agama yang akan menjamin keselamatan dunia dan akhirat.

Mengerjakan solat lima waktu tepat pada waktunya di mana sahaja anda berada akan membentuk sasiah individu kelak mengenali diri anda sebagai hambah Allah. Mengenali diri sebagai hambah Allah telah mendekatkan anda kepada kesempurnaan hidup beragama. Kecanggihan sains dan teknologi yang telah mewujudkan dunia tanpa sempadan(globalisasi), tidak menjadi penghalang kepada masyarakat mukmin untuk melaksanakan ibadat solat di mana sahaja ia berada di belahan bumi ini.

Suasana demikian memberi satu kefahaman bahawa Allah itu berada di mana sahaja; di angkasa lepas, di perut bumi, di belahan bumi yang lain, di dalam air lautan, di udara dan sebagai nya. Manusia wajar beriman kepada kekuasaan Allah S.W.T. Kecanggihan sains dan teknologi sebenar adalah ilmu dari Allah S.W.T. Manusia hanya tumpang memanfaatkannya. Oleh yang demikian jangan sampai kecintaan anda kepada teknologi moden mengalahi kecintaan anda kepada zat yang mewujudkan ilmu teknologi tersebut.

Sebarang permasalahan menangani kehidupan yang serbah moden ini harus anda balik ke pangkal jalan iaitu berpegang teguh kepada tali (Islam) Allah. Inilah satu-satunya saringan untuk menjauhi diri dari budaya kekufuran hidup dalam era globalisasi kelak selamat di dunia dan di akhirat kelak. Buayan teknologi jangan menjadi pemangkin kepada kekufuran tetapi jadikanlah ia sebagai paradigm shift atau perubahan paradigma di landasan yang dihalakan oleh agama.

No comments:

Post a Comment