Saturday, September 26, 2009

ISLAM AGAMA TERUNGGUL DI DUNIA (Disiarkan pada 26.09.09)

Islam adalah agama Allah yang menciptanya untuk manusia setelah Allah mewujudkan hambah-Nya (manusia) dan segala nikmat untuk kemanfaatan hidup di alam ini. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah al-Maidah ayat (5) 3 yang bermaksud:

….”Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama mu.”

Allah itu Zat yang maha sempurna. Segala ciptaan-Nya bersifat sempurna dan unggul tanpa cacat celanya. Allah mencipta Islam sebagai agama manusia maka itu keselamatan dunia dan akhirat wajar berlandaskan ke atas akidah Islam. Islam telah sempurna berisikan perkara-perkara yang fardhu dan sunnat. Ada batas-batas hukuman diterangkan perkara-perkara yang halal atau yang haram dan tidak ada satu hukum yang halal atau haram diturunkan lagi selepas itu. Syariatnya berkekalan hingga ke hari ini dan sampai ke hari kiamat.

Dengan sempurnanya Islam, menjadilah ia suatu nikmat dari Allah S.W.T.. Agama Islam telah diredhai oleh Allah; maka itu sesiapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat nanti.

Keunggulan agama Islam berpaksi kepada ukhuwah kemanusiaan yang dibalut dengan perasaan kasih sayang dan ditunjangi iman dan takwa kepada Allah S.W.T. Maka Allah men- yarankan kepada manusia supaya berpegang teguh kepada agama Allah untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Keunggulan Islam sebagai agama yang diredhai Allah terletak pada kewujudan manusia sebagai kahlifah. Manusia memimpin dan memakmurkan alam ini dengan kekuatan ilmu tauhid (al-Qur’an) yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibiril.

Kesempurnaan manusia sebagai kahlifah adalah atas dasar iman kepada Allah. Dimensi iman meliputi pembangunan jasmani dan pembangunan rohani. Manusia diwujudkan dalam dua unsur iaitu jasad dan roh maka itu Islam adalah asas binaan masyarakat manusia yang dimurni kan dengan kalimah tauhid: “La Ilahaillalah Muhammad Rasulullah.”

Keunggulan Islam terletak pada puncanya iaitu dokumen Illahi yang diturunkan dari langit dalam keadaan yang amat sempurna. Allah itu maha sempurna maka itu Islam sebagai agama Allah adalah dokumen tauhid yang amat unggul sekali. Tidak ada agama lain yang dapat menyaingi kesucian dokumen wahyu Illahi.

211

SAMUDERA KEHIDUPAN

Islam tidak memandang manusia sebagai satu individu, sebaliknya Islam memandang manusia sebagai satu masyarakat . Al-Qur;an tidak mendatangkan ungkapan “Wahai orang yang beriman.” Tetapi al-Qur’an mengajukan kepada manusia dalam bentuk kolektif, “Wahai orang-orang yang beriman.” Dalam perkara ini tiada bezanya antara ibadat dan muamalat.

Islam mengajar orang muslim berkata ketika bermunajat kepada Allah S.W.T. di dalam solatnya: “Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolo ngan.” Ia bertutur dengan peraturan sebuah masyarakat sekali pun ia solat sendirian. Bagitu juga apabila apabila ia berdoa kepada Allah, ia akan berdoa dengan ungkapan jamak ((banyak): “Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.”

Masyarakat Islam adalah masyarakat Rabbani (berteraskan nilai illahi). Umat Islam dituntut menegakkan masyarakat ini sehingga mereka dapat mendaulatkan agama mereka serta menjiwainya dan hidup di bawah naungan kehidupan Islam yang sempurna.

Kehidupan umat Islam dipandu oleh akidah Islam; disuci oleh ibadat Islam; dipimpin oleh pemikiran Islam; dihiasi dengan adab kesopanan Islam; dikuasai oleh nilai-nilai Islam; diperintah oleh perundngan Islam; dan dibimbing segala aktiviti ekonomi, kesenian dan politik

nya menurut ajaran-ajaran Islam

Sebelum kedatangan Islam, manusia di seluruh dunia mempunyai berbagai konsep menge nai agama mereka. Mereka membentuk agamanya berpandu kepada keadaan kehidupan mereka masing-masing. Oleh yang demikian orang yang berada atau yang kaya mempunyai tuhan yang disembahnya diperbuat daripada emas; orang setengan kaya membina tuhannya daripada perak lalu disembah. Mereka yang keadaan hidupnya sederhana sahaja membuat tuhannya daripada kayu jati dan dibentuk seperti manusia lalui disembah. Konsep ketuhanan mereka hanya di alam nyata.

Semua syariat dan agama yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul berjiwa Islam. ‘Islam’ ertinya menyerahkan diri kepada Allah, tunduk kepada-Nya serta mengikuti syariat yang diturun kan-Nya. Orang Islam (Muslim) yang sejati ialah orang yang bersih dari kotoran syirik, tulus dalam amalannya dengan beriman kepada apapun syariat yang diturunkan oleh Allah, dan pada apa zaman pun ia berada.

Dalam Islam nadi pembangunannya ialah persaudaraan atau ukhuwah kemansiaan. Ia mempunyai hubungan yang erat, saling bantu membantu dalam semua hal ehwal pembangunan

212

SAMUDERA KEHIDUPAN

kehidupan samada jasmani mahupun rohani dalam satu bumbung yang mentauhidkan Allah S.W.T.. Allah turunkan dokumen wahyu-Nya(al-Qur’an) sebagai satu mukzizat kepada kehidu pan manusia yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam perantaraan malaikat Jibril.

Kedatangan Islam adalah semata-mata membuat pembetulan serta menyinarkan cahaya kepada sinario kehidupan yang kondusif sebagai satu dasar dan mengarah persepsi manusia untuk mengenali dirinya sebagai hambah Allah. Konsep Islam adalah perdamaian dan bukan persengkitaan. Sebenarnya tidak ada musuh dalam kewujudan manusia. Musuh manusia sebenar ialah bangsa syaitan yang dilaknat oleh Allah kerana telah menunjukkan kesombongannya di hadapan Allah S.W.T.

Islam sebagai cara hidup kerana Allah telah memilihnya sebagai agama manusia di muka bumi ini (Surah Ali Imran ayat 19.) Nama-nama Allah atau sift-sifat Allah ada 99 kesemuanya merangkumi cakerawala alam kehidupan yang menjadi tunggak kepada keperibadian makluk manusia. Allah itu berkuasa terhadap kewujudan setiap makluk sama ada di alam dunia ini atau di alam akhirat. Maka itu sifat-sifat tersebut wajar ada pada makluk manusia.

Sifat Allah yang pertama ialah Ar-Rahman, yang bermaksud yang Maha Pemurah. Sifat ini diwariskan-Nya kepada semua makluk terutama sekali manusia. Hati yang pemurah harus menginap kepada setiap individu kerana hidup ini harus membudayakan tolong menolong antara satu sama lain untuk keperluan segala kebajikan dalam hidup bertamadun.

Sifat Allah yang kedua besarnya ialah al-Rahim yang bermaksud yang Maha Penyayang. Sumber kasih sayang yang tak terbatas, yang memberikan pahala abadi kepada orang-orang yang menggunakan rahmat dan kurnia-Nya bagi kebaikan. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 43 yang bermaksud: “……..Dan Dia Maha Penyayang (hanya) kepada orang yang beriman.”

Islam adalah agama yang suci kerana Allah memperakuinya. Walau apa pun anggapan dan pandangan manusia tentang Islam ia tetap suci dan sempurna kerana yang mencipta ialah zat yang Maha Suci. Apabila Allah tidak membuka mata hati manusia dan memberi hidayah, maka mereka tidaklah dapat melihat Islam sebagai agama suci.

Solat adalah tiang agama. Mengerjakan solat lima kali sehari semalam akan membentuk peribadi mulia insan yang tawadhu. Ia merasa kelezatan iman kepada Allah dalam hidupnya

213

SAMUDERA KEHIDUPAN

maka itu ia sentiasa merendahkan diri, tidak angkoh dan sombong apabila ia berjaya mencapai sesuatu kejayaan dalam bertawakal kepada Allah. Ia rajin berusaha untuk mengubah statusnya sebagai pemain dalam mentamadunkan kehidupan. Solat juga membentuk manusia ikhlas. Ia merasa cukup apa yang dia ada. Solat membentuk manusia jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kerana ia memahaminya sebagai ibadah.

Tidak dapat dinafikan bahawa keunggulan Islam sebagai agama Allah telah memboktikan kepada kita dalam berbagai dimensi kehidupan, termasuklah penyataan-penyataan yang bersan- darkan kepada dokumen wahyu Illahi iaitu al-Qur’anul Karim.

Dokumen wahyu (al-Qur’an) yang menjadi perlembagaan kehidupan makluk manusia serta berbagai fenomena kewujudan makluk lainnya, terpelihara keasliannya hingga ke hari ini. Para ulamak serta ahli-ahli kitab telah memberi berbagai tafsiran mengenai dokumen tersebut tetapi dokumen aslinya terpelihara. Keunggulan al-Qur’an adalah disebabkan tidak pernah berlaku perubahan dan hingga kepada pendokumentasiannya dalam bahasa Syurga (Arab) sekali pun masih kekal hingga ke hari ini.

Al-Qur’an sebagai roh bagi orang beriman. Sebagaimana manusia akan mati jika roh atau nyawanya telah keluar daripada jasadnya, bagitu juga seseorang akan mati hati dan jiwanya sekiranya tidak lagi menjadi al-Qur’an sebagai rohnya. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah As-Syura: 52 – 53 yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh (al-Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah kitab (al-Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Qur’an itu cahaya yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hambah-hambah Kami. Sesungguhnya kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, (iaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa ada di bumi. Ingatlah, bahawa kepada Allah-lah kebali semua urusan.”

Allah menjadikan al-Qur’an itu sebagai cahaya yang terang-benderang, dapat menyinari hambah-hambah-nya sehingga mereka terpimpin ke jalan agama yang benar. Kemudian Allah mengakui, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah pemimpin manusia dan pemandu ke jalan yang lurus dengan perantaraan cahaya al-Qur’an tersebut.

Iman memandu manusia menyelami lautan kehidupan yang dihiasi dengan nikmat Allah buat sementara waktu hidup di dunia. Melihat alam ghaib dengan iman kepada Allah yang

214

SAMUDERA KEHIDUPAN

menyempurnakan segala kewujudan makluk serta disiplin mataranti kehidupan masing-masing. Nikmat hidup yang dikurniakan Allah adalah antara terpenting dalam kehidupan manusia yang menyempurnakannya sebagai makluk yang termulia seperti nikmat berbagai deria iaitu mende- ngar, melihat, merasa, menghidu dan sentuhan.

Ibadat merupakan tanggungjawab setiap mukmin untuk menjauhkan diri dari buaian hawa nafsu yang akan merosakkan kekahlifahan manusia di bumi Allah. Iman dan Takwa kepada Allah menjadi perisai dalam memurnikan kehidupan sebagai hambah Allah.

Orang yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah ia adalah kafir, zalim atau fasik atau mempunyai semua sifat tersebut. Lebih parah lagi apabila menganggap apa yang telah diturunkan oleh Allah itu adalah jumud, ketinggalan zaman atau kuno! Apa yang disyariatkan oleh Allah sebenarnya adalah perkembangan dan kemajuan dan yang amat sesuai dengan keperluan masyarakat serta mampu meninggikan taraf kehidupan.

Keunggulan Islam terletak kepada peribadatan dan perlaksanaan solat tujuh belas rakaat. Solat di dalam Islam adalah tarbiah yang sempurna bagi individu dan binaan yang kukuh bagi umat Islam. Solat di dalam Islam telah mengambil nilai-nilai positifnya serta membuang segala kekurangan dan nilai-nilai negatifnya

Keunggulan Islam memelihara persaudaraan manusia sejagat dan menentang sebarang kerosakan kepada manusia sebagai bangsa pemakmur bumi. Tidak ada jalan lain melainkan

kembali kepada fungsi sebenar bertanggungjawab pada amanah Allah. Hormat menghormati serta saling kenal mengenali antara sesama umat di dalam satu bumbung (langit) yang dicipta oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment