Monday, September 14, 2009

DUNIA MODEN HIDANGAN KEKUFURAN

Sebuah pertanyaan besar yang selalu singgah di kepala kita apabila memikirkan kewujudan sains dan teknologi dalam pembangunan manusia sejagat di mana Dunia Barat yang dahulunya pernah belajar dari kita di Universiti-universiti Islam di mana karya-karya tulisan para sarjana Muslim menjadi bahan bacaan dan rujukan utama mereka.

Pada masa kini tiba-tiba mereka muncul mendahului dan mengungguli kita dalam teknologi ketenteraan dan pertahanan; menguasai Negara-negara umat Islam secara politik; dan berada di hadapan dalam bindang kemajuan pembangunan. Persoalannya sekarang ialah bagaimana kita mengimbangi antara “Keaslian Kita” dan Kekinian Mereka”.

Bolehkah kita menjaga dan mempertahankan “Keaslian Kita”, dan mengambil unsur-unsur “Kekinian” dalam waktu yang sama? Mampukah kita mempertahankan jatidiri kita dalam kehidupan alam moden ini? Atau mesti kita memilih antara dua perkara iaitu “mempertahankan keaslian kita dan mengorbankan tuntutan kekinian, atau menjadi moden dan melemparkan keaslian jatidiri kita?

Dengan perkataan lain hubungan antara Warisan Lama dan Aliran Moden adalah hubungan yang saling bercanggah dan paradox. Persoalan ini sangat kritikal dan jawapannya pun tersangatlah penting terutamanya pada masa sekarang di mana umat sedang mencari dan membentuk jatidirinya sendiri yang telah hilang beberapa tahun yang silam.1

Masalah tersebut menjadi delima kepada dunia sejagat terutama sekali dunia Timur (Islam) kerana budaya Globalisasi telah pun menjadikan dunia ini tanpa sempadan dan menjadi satu perkampungan yang kecil. Apa yang berlaku di belahan bumi yang lain kita dapat saksikan di tempat kita serta merta disebabkan kewujudan kecangihan ilmu Sains dan Teknologi.

Jika satu keputusan dibuat di mana semestinya ada mengadakan pilihan antara keaslian dengan kemodenan maka bagaimana pula memurnikan tamadun pembangunan manusia sejagat yang diselenggarakan oleh ilmu pengetahuan sebagai syarat mendekatkan manusia kepada Tuhan yang Maha Pencipta? Jika faktor jawapannya adalah memilih antara dua fenomena kehidupan sekarang ini maka berlakulah keadaan seperti berikut:

Ada sesetengah kalangan memberi jawapan bahawa semestinya ada pemisahan yang jelas antara “Keaslian” dan “Tuntutan Alam Moden” akibatnya mereka kini harus hidup dalam keter- asingan dari lingkungan alam sekitarnya.

Klompok lain pula telah memilih gaya hidup kekinian dan mengikuti tuntutan alam moden, sehingga mereka menjalani kehidupan secara terasing dari lingkungan masyarakat dan alam lamanya. Tuntutan dunia moden menjadi agenda utama mencorakkan tamadun yang diyakini menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat tanpa berlandaskan dokumen wahyu (Al-Qur’an)

Manakala gulungan ketiga dalam kebengungan dan tidak mengerti mana yang harus mereka jadikan pilihan, bertahan dengan gaya lama atau terjun ke alam moden? Sikap yang benar dalam menghadapi delima seperti ini adalah dengan cara melakukan pengkajian secara teliti dan mendasar terhadap kedua aliran pemikiran. Bersikap terburu-buru dan gopoh dalam menentukan pilihan dalam keadaan seperti ini boleh menyebabkan seseorang terjatuh ke lembah jurang yang paling dalam dan tidak akan dapat lagi menyelematkan diri melainkan dengan pertolongan Allah Ta’ala semata.

Dunia tanpa sempadan masa kini, sains dan teknologi mendominasikan peranan mentad- biran dunia dalam pembangunan manusia sejagat. Umat Islam sudah di ambang kehancuran jika ciri-ciri kemodenan menjadi pilihan dan mengetepikan jati diri yang diwarnai oleh dokumen tauhid. Dunia Timur (Islam) memerlukan filter untuk mendapatkan kesesuaian faktor pembangu- nan yang berlandaskan kepada akidah Islam. Ini bermaksud Tuntutan Alam Moden wajar juga dengan syarat mempunyai filternya untuk kesesuaian kepada fitrah manusia sebagai hambah Allah.

Salah seorang pemikir Arab Dr. Zaki Najib Mahmud di dalam bukunya bertajuk “Pembaharuan Pemikiran Arab” menggambarkan bahawa sikap gopoh dan tergesa-gesa tanpa pengetahuan yang cukup dalam mencari jawapan terhadap persoalan ini menyebabkan seseorang itu terjatuh ke dalam kesalahan yang teruk.

Mengikut Dr. Zaki apabila aliran itu memang benar-benar berasal dari Arab, ianya mesti ikut menyelam dalam warisan intelektual Arab lama. Namun jika memang benar-benar mengi- kuti aliran moden, maka ia mesti menenggalamkan dirinya dalam lautan dan arus kekinian untuk meminum semua bentuk kemodenan termasuk ilmu, tingkah laku, seni dan cara hidupnya, sehingga tidak ada lagi ruang baginya untuk menempatkan sisa-sisa aliran lama Arab dalam hidupnya.

Walau bagaimanapun pandangan tersebut termasuk dalam pemikiran yang tergesa-gesa

mendapatkan jawapan. Beliau mengakui bahawa tidak mungkin bagi kita untuk menjadikan pemikiran moden sebagai cara hidup, kecuali jika kita singkirkan dan lupakan warisan pemikiran lama dan hidup sepenuhnya mengikut cara dan gaya moden dari segi wawasan dan kebudayaan, perspektif kita terhadap hakikat kehidupan dan alam.

Prasyarat utama untuk menuju kepada “Keaslian” ialah melalui pengetahuan dan pemaha man. Mengetahui dan memahami hakikat, karakteristik dan komposisi dasar Wawasan Pemikiran Islam secara benar dari sumber-sumber aslinya, bukan dari sumber-sumber pingiran, tiruan dan pemalsuan.

Pemikiran kita wajar bermuara dari asal bagaimana Dunia Barat dapat menampilkan teknologinya sehingga mendominasikan ketenteraan Dunia Islam? Jelasnya ialah mereka belajar dari pemikiran ahli falsafah Islam yang diambil dari dokumen wahyu sebelum mencul yang dikenali masa kini sebagai gergasi teknologi pertahanan.

Apakah dia itu falsafah Islam? Falsafah adalah sebagai jiwa tamadun.2 Setiap tamadun mempunyai teras dan asas pemikiran atau idologinya yang asli dan tersendiri. Itulah falsafahnya, itulah jiwa dan itulah roh tamadunnya.

Falsafah Islam bukan hanya untuk mendapatkan maklumat dan mengisi pengetahuan tetapi lebih dari itu khususnya untuk menyeledik dan mengkaji, menganalisa dan menilai secara kritis tentang fungsi dan peranannya dalam perkembangan umat Islam dan perkembangan tamadunya. Mempelajari sejauhmana kesilapan dan kesalahan, penyelewingan dan pengeliruan yang telah berlaku kepada falsafah Islam dan kesannya kepada perkembangan umat dan tamadunnya.

Apabila kita mengatakan Islam atau suatu yang berhubung dengan sumber Islam yang sudah semestinya menjadi rujukan asasinya ialah Kitab Al-Qur’an. Kitab Al-Qur’an seperti yang ditegaskan oleh Al-Qur’an sendiri ialah Kitab Al-Hidayah. Kesimpulan dari itu Al-Qur’an itu Kitab Ar-Rahman kepada seluruh alam sebagaimana Muhammad saw yang menjadi penyam- pai Hidayat itu adalah Rahmat kepada seluruh alam.

Kedatangan ajaran Islam di dunia ini yang dipertanggungjawabkan kepada Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. adalah semata-mata membentuk manusia takwa dan menjadi pemakmur alam kehidupan. Amanah utamanya ialah membasmi kejahilan manusia yang tidak kenal kehidu- pan sama ada menyunsangkan fitrah manusia atau sebaliknya.

Dunia tanpa sempadan sebenar mempunyai misi yang tersendiri jika dilihat dari perspek- tif Islam. Membina ukhuwah kemanusiaan menjadi lambang perjuangannya. Walau bagaimana pun wajar ada filternya untuk mengenali faktor-faktor yang mengkufurkan pemikiran manusia sejagat kelak membelakangi kemuliaan pebangunan tamadun.

Sistem berkomunikasi memudahkan urusan antarbangsa. Apa yang berlaku di Amerika Syarikat kita boleh saksikan di kaca televisyen di rumah pada masa yang sama. Apa keadaan di negara Eropah dapat ditonton pada saat yang sama di kaca televisyen di tempat masing-masing. Semuanya ini adalah satu pencapain sains dan teknologi atas hidayah Allah s.w.t. tetapi manusia wajar jangan disalagunakan ilmu. Untuk mengungguli hidup bertamadun harus ada penyaringnya agar tidak disalahgunakan kemanfaatannya kepada pembangunan manusia.

Allah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud “Aku tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika ia sendiri tidak mengubahnya.” Al-Ra’ad ayat 11. Ini bermaksud jika manusia tidak mengubah tingkah lakunya Allah tidak akan mengubahnya dan terpulanglah kepada si pulan untuk memilih yang mana dia rasa sesuai dalam hidupnya.

Apa yang ditayangkan dari dunia Barat, sama ada bermanfaat kepada pembangunan tama dun manusia atau sebaliknya, dunia Timur (Islam) semuanya dapat mempelajari. Oleh yang demi kian seharusnya kita mempunyai filter demi mengelakkan pergisiran nilai berlaku yang akan merosakkan pembanguna rohani untuk memurnikan tamadun kehidupan manusia.

Kemudahan internet merupakan satu alat yang sering menayangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditonton oleh generasi remaja. Di negara Malaysia sebagai Negara Islam wajar ada kawalan kepada internet agar remaja atau retua tidak terperangkap untuk mengkufuri akidahnya. Budaya baru yang kian menular dalam masyarakat remaja di Malaysia ialah wujud nya kumpulan kaum “gay” yang menyunsangkan fitrah kehidupan manusia. Perkara ini telah wujud masa zamanNabi Luth dan kini hidup kembali melayani nafsu syaitan yang bertopengkan manusia.

Kaum lelaki dengan kaum lelaki memuaskan nafsu syawatnya dengan hubungan sex! Masyarakat serupa ini telah direstui oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Great Britain, malah gerejanya pun telah mewujudkan undang-undang untuk melindungi aktiviti kaum tersebut. Ramai mereka yang telah berumah tangga dengan cara demikian. Adakan ini yang kita inginkan dalam masyarakat remaja kita di Negara Malaysia yang tercinta ini?

Lakunan-lakunan dalam televisyen juga turut sama terpalit dengan memaparkan budaya yang tidak menunjukkan budaya malu menayangkan bentuk badannya yang tidak menutup aurat. Di samping itu diperhebatkan lagi dengan pergerakan dalam berbagai tarian moden yang menyema- rakkan mata memandang mengusik nafsu syhawat tergiur untuk mendekati budaya sex.

Selain dari lakunan bermacam kategori, industri pengiklanan juga menambah kehebatan nya dalam menayangkan pergerakan badan demi melariskan pasaran komodetinya. Tidak kesah sesuai atau tidak ditonton oleh semua masyarakat tidak menjadi masalah asalkan mengaut keuntu ngan pasaran dunia.

Mengambil contoh yang amat rengan sahaja mengenai pengikalan tuala wanita wajar dilakukan sesederhana yang boleh mengikut bahasa yang sopan dengan pergerakan yang sesuai. Pemakaian untuk menutup aurat mereka yang terlibat dalam pengikalanan sahajapun sudah memadahi menggiurkan remaja untuk menonton dan melihat dengan mata hatinya apa yang dimaksudkan dalam iklan tersebut. Yang amat menggerunkan ialah wanita yang memakai tudung pun melibatkan diri dalam aktiviti serupa. Dunia sekarang tudung sudah menjadi perhiasan semata dan bukan satu alat kesopanan.

Kalau dahulunya mengiklan pewangi bahagia ketiak wanita, hanya ditunjukkan sahaja alatnya seperti ‘deodrono’ dan tidak ditunjukkan cara pengunaannya tetapi masa kini sudah melampaui batas sifat malunya. Adalah lebih bersesuaian jika hanya dilaksanakan iklan tersebut oleh pehak lelaki sahaja. Semua pehak akan terdidik olehnya. Pehak-pehak yang berwajar yang diberi tauliah melihat agenda tersebut meneliti dengan hati yang ikhlas sebelum ia ditayangkan di halayak ramai.

Gejala remaja masa kini sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Setiap insan harus terdidik dengan budaya sifat malu. Jangan memikirkan kehebatan diri yang hanya mendatangkan keseronokan dunia semata dan mengkufuri akidah yang diperintahkan oleh Allah melalui dokumen wahyuNya iaitu Al-Qur’an nul Karim. Inilah bahayanya mengikuti arus “kemodenan” dan menjadikan “keaslian” sebagai sempadan sahaja.

1 Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi: Wawasan Islam antara Keaslian dan kemodenan. Thinker’s Library 1996, h 43

2 Prof. Madya Mohd. Sulaiman bin Haji Yasin: “Penghantar Falsafah Islam.”Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1884. h2

No comments:

Post a Comment