Thursday, August 27, 2009

IRAMA DAN LAGU DUNIA HAYALAN (Disiarkan pada 29. 08. 2009)

Setiap bentuk kehidupan memerlukan santunan sebagai hiburan dan sentuhan kasih sayang terutama sekali semasa usia masih rebung. Felosofi di sebalik budaya tersebut merupakan benih-benih kesetiakawanan sosial atau kewujudan satu perasaan yang membentuk muhibah terutama sekali kehidupan makaluk manusia kerana ia adalah makluk bersosial. Dengan seni hidup menjadi indah membawa maksud kehidupan memerlukan santunan dan belaian kasih sayang antara sesama.

Dengan wujudnya fenomina tesebut akan melahirkan motivasi dalaman sebagai pemang- kin jiwa untuk mengenali ciri-ciri pembangunan untuk membina tamadun kehidupan. Manusia adalah makluk bersosial maka itu memerlukan keberadaan orang lain atau ukhuwah kemanusiaan seharusnya dipelihara dalam kelangsungan hidup berdisiplin. Benih-benih kasih sayang wajar memurnikan tatacara kehidupan kelak melahirkan akhlak yang luhur dan mulia sebagai identiti kemanusiaan.

Irama dan lagu bagikan nada dan dakwah dalam usaha memujuk jiwa mengenali diri sebagai hambah Allah. Apakah wawasan yang terkandung dalam kehidupan sebagai hambah Allah? Kehidupan di dunia merupakan satu agenda yang wajar dihiasi dengan iman dan takwah sebagai kekuatan untuk memakmurkan alam kehidupan yang berupa sementara itu untuk mengumpul dana pahala sebagai bekalan hidup di alam yang berikutnya.

Gunakan serta muliakan kehidupan di dunia semahumu dan sehebat yang boleh bagi mu tetapi jangan lupa ajal akan menjemput nyawa dan akan berpisah dengan semua kelezatan dan kemuliaan yang anda cintai. Tidak ada yang kekal dalam kehidupan anda di dunia selain amal perbuatan yang dipimpin oleh iman dan takwa. Maka itu murnikan dunia mu dengan amalan yang menjanjikan kebahagiaan di akhirat.

Kekayaan dan kemiskinan tidak ada perbezaan dalam menghadapi sakaratul maut. Orang yang kaya dengan segala kemulian dalam hidupnya, serta dayang-dayang yang ramai untuk mengurus segala keperluan domistik akan mengalami kematian dengan segala belaian kasih saying yang terakhir.

Bagitu juga si miskin yang mengalami hidup yang susah, sentiasa menderita tidak pernah mengalami hidup yang senang, tersungkur di tepian jalan tidak ada membantunya apabila maut menjemput nyawa. Kedua-duanya bernama mati. Maka itu kemewahan dunia menemani anda buat seketika sahaja dan akan berpisah dengan anda apabila kita meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Dunia hayalan akan hanya mengosongkan jiwa untuk mendekati Allah S.W.T. kelak mengkufuri diri dari segala kemanfaatan hidup di akhirat nanti.

Irama dan lagu bagikan iman dan takwa yang tidak boleh dipisah untuk kelangsungan hidup yang diredhai Allah S.W.T. Jika iramanya hilang maka rosaklah lagu bagitu jugalah iman dan takwa; hidup tanpa iman kepada Allah maka sukar menghiasi diri dengan ketakwaan kepada Tuhan. Keimanan dan ketakwaan merupakan pemakmur alam kehidupan dunia dan akhirat. Tetapi irama dan lagu semata tanpa iman menjadi pemangkin dunia hayalan yang akan meng kufurkan diri dari keredhaan Allah S.W.T.

Hidup ini ibarat irama yang memerlukan keberadaan lagu untuk melengkapkan felosofi budaya tersebut. Maka itu kelangsungan hidup di dunia memerlukan keberadaan orang lain untuk memurnikan kehidupan yang bertamadun. Hidup ini sukar dimanfaatkan tanpa kehadiran orang lain kerana hampir semua keperluan hidup, kita berkehendakkan khidmat orang lain. Tidak ada yang mampu hidup secara sendirian yang dapat menyediakan segala keperluan hidup.

Sebagai contoh yang paling rengan sahaja ialah untuk melaksanakan ibadah senyum. Melaksanakan ibadah tersebut kita memerlukan keberadaan orang lain kerana jika kita mampu senyum sendirian maka hati-hatilah dalam hidup kerana anda sudah di ambang mengalami masalah pemikiran yang tidak sesuai dengan fitrah kehidupan!

Mencapai kebahagiaan hidup di dunia kita memerlukan ilmu. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Tetapi dengan ilmu semata sukar menjadi faktor kebahagiaan. Maka itu amal wajar bersertanya sebagai pelengkap untuk memurnikan kehidupan. Setiap insan yang menghiasi hidupnya dengan ilmu dan amal, Allah sentiasa sayangkan, tetapi Allah lebih sayang lagi kepada hambahNya yang melaksanakan ibadah secara istikamah. Ilmu itu wajar dimanfaatkan atau diterjemahkan dalam pembangunan agar ia menjadi faktor pemurni tamadun.

Setiap amalan jika dilaksanakan dengan hati yang khusyuk dan tawadhu dan dimuliakan dengan budaya istikamah akan sentiasa mendapat perhatian dari Allah S.W.T.. Dengan berbuat demikian akan menghiasi hidup ini dengan satu disiplin yang murni yang mendapat jaminan keredhaan dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah Pengasih kepada semua hambahNya tetapi Allah hanya sayang kepada hambaNya yang melaksanakan ibadah secara istikamah.

Irama dan lagu menggamit dunia hayalan tetapi ilmu dan amal membentuk peribadi mulia. Manusia hidup dengan perhiasan ilmu yang menjadi elemen pemurni kehidupan. Wahyu Allah yang pertama yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril ialah “baca.” Seolah-olah Allah mengatakan: ‘Hai manusia jangan hidup menjadi bodoh’.Murnikan hidupmu dengan ilmu dan amal.

Ilmu itu adalah kedatangan sesuatu makna maka itu terjemahkanlah dalam hidup mu makna kehidupan tersebut. Manusia menjadi kahlifah untuk memakmurkan alam kehidupan maka dengan itu, hiasi diri mu dengan ilmu yang memudahkan dalam melaksanakan agenda kehidupan. Irama dan lagu, hidup menjadi indah dengan syarat ia diterjemahkan dalam pembangunan manusia.

Setiap perlaksanaan pembangunan wajar bermuara dari budaya berfikir membina peta minda bagaimana bentuk dan rupa pembangunan yang sesuai dengan fitrah manusia. Ia wajar serasih dengan keadaan hidup semasa. Membina peta minda atau menggunakan kemahiran berfikir dalam merangka pembangunan adalah satu fitrah yang Allah S.W.T. telah bekalkan kepada makluk manusia. Maka itu menggunakan kemahiran tersebut akan mendekatkan kita kepada Allah kerana segalanya adalah kepunyaanNya.

Kemahiran berfikir menggunakan mata hati untuk melihat secara ghaib bagaimana membina tamadun kehidupan. Setelah dapat melakarkan keadaan pembangunan yang sesuai dengan fitrah manusia maka kita mula membinanya mengikut tatacara yang telah ditentukan dalam minda kita. Membina bangunan memerlukan mata kepala dengan otak mengikut disiplin pembangunan. Demikianlah felosofi kehidupan yang memainkan peranannya dalam kelansungan hidup.

Pepatah mengatakan ‘two heads are better than one’, bermaksud dua kepala berfikir lebih bermanfaat berbanding dengan satu. Melaksanakan pembangunan wajar melibatkan ramai orang yang mempunyai kemahiran mengenai selok-belok kepakaran dalam agenda yang hendak di bina. Maka dengan itu disiplin kerjasama wajar dimanfaatkan dalam segala bentuk pembangu- nan dalam memurnikan tamadun kehidupan.

Allah mewujudkan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa tetapi mereka yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. ialah mereka yang lebih bertakwah.(Hujerat ayat 13). Ayat tersebut memberi makna bahawa semua bangsa di seluruh dunia adalah asalnya dari keturunan Adam dan Hawa. Pebezaan warna kulit dan bahasa serta tempat kelahiran bukanlah halangan untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain untuk menuju ke arah persaudaraan.

Persaudaraan mempunyai ikatan yang kuat yang seharusnya tidak boleh dipisahkan seperti halnya dengan irama dan lagu. Jika berlaku perpisahan dalam persaudaraan maka timbullah budaya mementingkan diri seperti yang berlaku di dunia masa kini yang mengalami kerosakan dan kehancuran tamadun kehidupan. Masing-masing menegakkan kebenaran. Segala perselisihan faham semestinya diselesaikan melalui persengkitaan dan peperangan. Jiwa menjadi taruhan dalam semua agenda penyelesaian.

Persaudaraan merupakan aset negara. Ia membantu pertumbuhan ekonomi dalam bidang industri pelancungan. Selain daripada aset negara persaudaraan juga memurnikan ukhuwah kemanusian berbagai ethnik, keturunan dan keyakinan di seluruh dunia. Ia juga menjadi landasan antarabangsa untuk ziarah menziarahi dan berkenal kenalan antara sesama umat. Melalui persaudaraan negara akan dapat menarik pelaburan dari luar dalam berbagai bidang pembangu- nan kelak akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Budaya kenal mengenali antara sesama umat akan menjadi pemagkin melahirkan budaya

tolong menolong dalam berbagai kemahiran yang diperolehi oleh berbagai pehak. Dalam memur nikan pembangunan suasana ‘give and take’ menjadi alternatif dalam berbagai peringkat. Kemahiran teknologi mungkin pehak lain ada tetapi ia tidak mempunyai bahan mentah untuk membangunkan teknologinya. Maka itu adalah bermanfaat jika kedua-duanya saling berkerja sama demi meningkatkan pembangunan negara masing-masing.

Dunia ini merupakan pinjaman semata. Setelah selesai masa hidup di dunia segalanya yang menjadi aset kehidupan akan berpisah dengan anda. Kita pergi seorangan diri membawa bersama ganjaran malapetaka yang telah kita lakukan semasa hidup di dunia. Hidup di dunia boleh kita lakukan semahumu tetapi kehidupan selepas di dunia ini pasti kita mengenali diri siapa kita sebenar.

Kekuasaan dan kezaliman yang pernah anda lalui masa hidup di dunia akan kembali kepada anda untuk menanggungjawabkan resikonya semasa hidup di alam barzakh dan seterus nya di alam akhirat yang kekal itu. Hidup di alam dunia anda mengalami kemuderatan dan kecedraan yang kadangkala diakhiri dengan kematian tetapi kecedraan dan kesengsaraan sebagai ganjaran anda terhadap salahlaku semasa di dunia, yang bakal dialami di akirat kelak tidak ada penyudahnya. Kesangsaraannya berterusan tanpa henti.

Sebagai contoh jika kepala kita peca dan bertaburna otak, Allah akan kembali keadaan kepala seperti sediakala tetapi sakitnya dalam menanggung pecahnya kepala akan pasti dialami. Tidak ada lagi penyudahnya seperti halnya hidup di dunia yang di akhiri dengan kematian. Keadaan demikian berterusan tanpa henti. Inilah satu-satunya contoh kezaliman manusia yang telah dilakukannya semasa hidup di dunia.

Mengambil contoh kezaliman dunia yang telah dilakukan oleh manusia seperti Hitler di German dan Polpot di Thailand pasti mendapat pembalasan di akhirat yang setimpal dengannya. Hitler memuaskan keganasan hatinya dengan menjadikan bangkai manusia yang dibunuhnya disusun sebagai jalanannya dan polpot menjadikan tengkorak manusia yang dibunuhnya disusun untuk membina sebuah bangunan. Kehebatan manusia di dunia hanya sebatas umurnya dan pasti mengalami kematian iaitu penyudah kepada kehebatannya hidup di dunia. Maka itu kenalilah diri siapakah anda. Kekuasaan mu sebenar tidak ada hanya Allah memberikannya tetapi anda salahgunakan kekuasaan mu.

Murnikan kehidupan mu dalam dunia yang nyata (real) dan jangan membuaikan hidup mu di alam fantasi dan hayalan. Hidup ini adalah satu perjalanan jauh menuju akhirat. Maka itu gunakan masa hidup mu sesempurna yang boleh agar firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Demi masa manusia sentiasa kerugian”, tidak menuju kepada anda. Insallah!

Kaum Muslimin dan muslimat SELAMAT MEGERJAKAN IBADAH PUASA SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR”

No comments:

Post a Comment