Thursday, August 27, 2009

TANPA IMAN KEPADA ALLAH KESENIAN LANDASAN KEKUFURAN (Disiarkan pada 22.08.2009)

Dengan ilmu hidup menjadi mudah; dengan agama hidup menjadi terarah; dan dengan seni hidup menjadi indah.(i) Allah wujudkan fenomena kehidupan sedemikian rupa agar ia tidak menjadi monoton dan membosankan. Setiap manusia inginkan kebahagiaan dalam menangani hidupnya dan tidak ada seorang pun yang inginkan kesengsaraan dalam hidup. Maka itu untuk meraih kebahagiaan, ketiga-tiga fenomena kehidupan tersebut wajar ada sebagai pelengkap dalam kelangsungan hidup bertamadun.

Hidup bahagian kita memerlukan ilmu, tetapi ilmu semata tidak menjamin seseorang itu memperolehi kebahagiaan hakiki. Menghiasi hidup anda dengan ilmu agama akan menjamin kesejahteraan dan kebahagian hidup di alam dunia dan juga di alam akhirat. Dunia seni adalah satu-satunya faktor kehidupan yang menghidangkan kebahagian dan keindahan hidup di dunia. Walaubagaimanapun dunia seni sahaja tanpa ilmu dan agama akan mengheret anda kepada kekufuran.

Tetapi jika seni digunakan dalam menyenggarakan dakwa seperti ‘nada dan dakwah’ maka seni itu merupakan amal jariah yang menggamit kegairahan manusia untuk mempelajari agama Islam melalui seni lagu. Kumpulan Raihan yang telah membuka keinginan manusia mempelajari Islam melalui sendikata dan lerek lagu amat memberansangkan. Dengan kekusyu kan mengikuti lagu-lagu yang dibawa oleh kumpulan tersebut membuat hati seseorang itu bergema memikirkan keindahan Islam sebagai agama Allah.

Kesenian ada bermacam kategori seperti seni lakunan perfiliman; seni suara; seni tarian; seni bahasa; seni lukisan; seni jahit menjahit; seni kata-kata dan sebagainya. Agenda seni yang hendak kita ketengahkan ialah mengenai seni lakunan dalam perfiliman termasuklah seni lagu yang tidak bersandarkan kepada dakwah. Seni lakunan dalam industri perfiliman banyak menceritakan mengenai alam percintaan dan kebanyakannya menayangkan satu kerenah birokrasi yang didominasikan oleh pehak perempuan.

Dalam industri perfiliman atau seni nyanyian banyak masa digunakan dalam latihan sebelum ditayangkan untuk ditonton oleh masyarakat umum. Permasalahannya ialah dalam latihan memurnikan lakunan, pergaulan yang rapat sentiasa menghiasi lakunan, tidak kira lelaki atau perempuan, segan silu sudah tidak menjadi masalah lagi dalam kefahaman bahawa semua nya itu adalah perbuatan lakunan semata.

Dari segi pakaian yang sepatutnya menutup aurat, juga amat menjijikkan dalam pandangan masyarakat mukmin terutama sekali pehak wanita yang gemar menayangkan kemolekan potongan badan yang amat terdedah sekali, kelak menjemput kegairahan masyarakat remaja menonton filem berkenaan. Menutup aurat bukan menjadi agenda lagi. Motif dalam lakunan berkenaan adalah mengkisahkan satu budaya yang sukar diterima oleh masyarakat dalam pembangunan manusia. Tetapi bagaimana pula keadaan kehidupan sebenar pada pelakun-pelakun berkenaan? Adakah unsur pembaikan kepada akhlak yang tercela kepada kehidupan keluarga sendiri?

Jika ditinjau mengenai kehidupan masyarakat yang melibatkan diri dalam industri perfiliman, kebanyakan keluarga mereka mengalami keretakan disebabkan iman tidak serasih dengan agenda dalam lakunan. Apa sahaja yang kita lakunkan dalam kehidupan di alam dunia ini semestinya dimurnikan dengan keimanan kepada Allah S.W.T. kerana lakunan adalah hidangan dunia semata untuk menyeronokan perasaan orang yang menonton. Tetapi jika lakunan itu bercirikan dakwah seperti menayangkan satu penganiayaan kepada kanak-kanak atau orang miskin, tentu sekali bermanfaat kepada penonton.

Bagaimana pula ganjaran dari pengarahnya yang diterima oleh pelakun yang tidak berunsurkan dakwah? Adakah ia dikategorikan sebagai ganjaran yang halal dalam pandangan Agama. Tepuk dada tanyalah iman! Allah bekalkan anda dengan bermacam fitrah kehidupan seperti kemahiran berfikir, kecantikan tubuh badan, kemerduan suara, kepitaan bercakap dan sebagainya, maka itu wajar digunakan sebaik mungkin untuk kemanfaatan hidup di akhirat nanti.

Walaubagaimanapun penolakan kepada dunia secara mutlak adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran al-Qur’an. Sebagaimana telah dijelaskan oleh al-Qur’an bahawa menghayati hidup secara melarat serta menolak dunia atau penghayatan hidup secara monk atau kerahiban monastic life adalah sesuatu yang direka-reka dan tidak berasaskan ajaran Islam.

Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Hadid ayat 57:27 yang bermaksud: “………Dan mereka mengada-adakan Rahbaniyah (anti-kahwin) pada hal Kami tidak mewajib kannya ke atas mereka. Melainkan (mereka sendiri mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang selayaknya……”

Allah tidak menjadikan dalam hati pengikut-pengikut Nabi Isa a.s. itu mengada-adakan Rahbaniyah (betapa dan anti kahwin) pada hal Kami (Allah) tidak mewajibkan Rahbaniyah ke atas mereka. Perbuatan Rahbaniyah itu telah mengada-adakan oleh ketua-ketua agama Nasrani dan paderi-paderi mereka mengikut kemahuan nafsu mereka sendiri. Allah tidak pernah mensyariatkan Rahbaniyah atau memerintahkan orang-orang Nasrani menjadi Rohban, iaitu menjadi paderi yang anti kahwin. (ii)

Sekali pun ajaran al-Qur’an mengenai alam dunia begitu jelas iaitu menerima dunia dan alam benda sebagai sesuatu yang baik tetapi dalam pengalaman sejarah, umat Islam tidak ter lepas daripada terpengaruh dengan etika hidup dan sosial yang di luar tradisi Islam. Dasar hidup melarat dan menolak kehidupan dunia telah sedia ada dalam tradisi dan budaya serta pemikiran

di luar Islam secara praktis.(iii)

Dengan ilmu hidup menjadi mudah, membawa maksud manusia mudah memahami faktor-faktor pembangunan yang membina tamadun kehidupan sesuai dengan fitrah kehidupan manusia sebagai hambah Allah. Allah S.W.T. mengamanahkan kepada makluk manusia untuk memakmurkan dunia agar ia sesuai dihuni dan dimanfatkankan oleh semua makluk Allah S.W.T. Ukhuwah kemanusiaan menjadi faktor penentu kepada keamanan dan kemakmuran dunia dan ini dapat realisasikan dengan kehadiran ilmu dan iman.

Wahyu Allah S.W.T. pertama yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. ialah mewajibkan manusia untuk membaca. Dalam erti kata lain seolah-olah Tuhan mengatakan “Hai manusia, hidup jangan menjadi bodoh.” Ini bermaksud untuk memurnikan kehidupan wajar mengetahui faktor-faktor kehidupan seperti mana yang diterangkan dalam kalam Allah yang terucap iaitu al-Qur’an. Ilmu itu mendewasakan manusia agar dapat memahami antara yang kufur dengan yang wajib.

Perbahasan tentang apa dan siapa manusia menjadi agenda utama untuk membawa kepada pengetahuan tentang hakikat manusia dan fungsinya dalam kehidupan. Aristotles, ahli falsafah Greek yang terkenal mendifinasikan manusia sebagai haiwan yang berfikir (thinking

animal).

Ahli sosiologi melihat makluk manusia tidak mampu untuk hidup sendirian. Ia harus mempunyai hubungan antara satu sama lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dengan orang atau pehak lain, bahkan ia menjadi sedar akan dirinya kerana adanya orang lain. Oleh itu manusia adalah makluk sosial.(iv) Maka itu ukhuwah kemanusiaan adalah amat penting dalam mengeratkan siraturahim.

Ilmu yang dihiasi dengan agama yang benar, manusia mendapat kemanfaatan dalam

membina tamadun kehidupan tetapi ilmu tanpa agama akan mengelincirkan manusia dari landasan dan amalan yang diredhai Allah S.W.T.. Hidup ini Allah telah bekalkan dengan perhiasan nikmat Allah yang amat sempurna.

Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Maaidah ayat (5) : 3 yang bermaksud: “……Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagi mu.”

Orang yang berilmu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak berilmu. Masyarakat Jahiliah adalah manusia yang hidup tanpa pedoman ilmu (al-Qur’an) maka itu hidupnya mengikut selerah hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “……..adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pengajaran.” Surah al-Zumar ayat 9.

Dengan agama hidup menjadi terarah, membawa maksud agama membetulkan cara hidup yang bertamadun. Disiplin kehidupan wajar dibudayakan dalam kelangsungan hidup demi membina pembangunan manusia. Agama membentuk kehidupan yang mulia dan bertanggung jawab terhadap peradaban antara sesama dan juga dengan makluk lain di alam dunia ini.

Allah S.W.T. telah mewajibkan kepada orang-orang yang beriman agar menjadi saudara dan saling mencintai, saling mengasihi satu sama lain, saling berhubungan dan menyebarkan kasih sayang. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Belum beriman salah satu dari kalian sampai mencintai saudaranya sebagaimana ia mencitai dirinya sendiri.”

Seorang muslim tidak akan sempurna keimanannya dan tidak akan terlepas dari tanggung jawabnya sampai dia mencintai saudara-saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Makluk manusia dianugerahkan dengan potensi akal fikiran serta panca indera (Al-Mulk:23), dan kekuatan positif untuk mengubah corak kehidupan dunia ini (Ar-Raad:11). Potensi-potensi inilah yang mempunyai peranan penting dalam perlaksanaan tugas kekhalifahan manusia di alam ini. Di samping potensi-potensi yang bersifat positif tersebut, masih ada lagi potensi manusia yang bersifat negatif dan merupakan kelemahan makluk ini.

Kelemahan pertama adalah berpotensi untuk terjerumus ke dalam godaan hawa nafsu dan syaitan, seperti yang digambarkan oleh godaan syaitan kepada manusia pertama, Adam dan Hawa, sehingga kedunya melupakan peringatan Allah S.W.T. untuk tidak mendekati pokok terlarang. (Thaha: 115.

Godaan iblis kepada manusia adalah satu janjinya yang mendapat persetujuan dari Allah dengan peringatan-Nya bahawa hanya orang yang jauh dari agama Allah sahaja yang mampu digoda oleh iblis. Dalam erti kata lain iman seseorang itu adalah penentu sama ada sehaluan dengan hawa nafsunya atau sebaliknya. Iman dan akal fikiran yang berpunca kepada hati seseorang merupakan gandingan kekuatan untuk menolak pujuk rayu hawa nafsu.

Hati manusia boleh dibahagikan kepada tiga macam iaitu: Hati yang hidup sehat; hati yang mati dan hati yang sakit. Pembahagian ini berdasarkan fungsi dan kepekaan hati tersebut terhadap peranan dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Hati yang sehat adalah hati yang akan berjaya menemukan pemikinya dengan Allah S.W.T. di hari kiamat nanti dengan penuh kebahagian dan kegemilangan. (As-Syu’ara: 88-89)

Hati yang mati adalah sama sekali tidak mempunyai jiwa dan roh. Ia tidak mengetahui siapa Tuhannya apalagi menyembahnya, bahkan sekiranya ia mengetahui nescaya tidak menyukaiNya dan tidak tidak redha terhadap Allah sebagai Tuhan. Hati yang mati hanya tenggelam bersama syahwatnya di dalam arus kemaksiatan dan keseronokannya.

Hati yang sakit di dalamnya terdapat dua potensi yang saling berebut dan berlawan bagi

mendapat tempat dalam bagi mendominasi hati berkenaan. Pada masa iman, ikhlas, tawakal dan rasa mahabbah (cinta) kepada Allah mampu memainkan peranan serta menguasinya, maka itu lah hati tersebut menjadi sehat, hidup dan mempunyai roh. Sebaliknya ia akan menderita sakit dan bahkan menjadi mati sebaik sahaja sifat mahabbah dapat diatasi oleh syahwat dan nafsu.

(i) Ustaz M. Zainuddin pendakwa bebas Indonesia dalam kasetnya yang mejudul Mencari bahagia.

(ii)Tafsir al-Qur’an oleh Ahmad Sonhadji Mohamad.

(iii)Faisal Othman: Islam dan Perkembangan Masyarakat – Utusan Publicatioan & Distributioan Sdn. Bhd. 1997.

(iv) Abu Mazaya Al-Hafiz: Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepanjang Zaman.

No comments:

Post a Comment