Saturday, August 15, 2009

KELEMAHAN MANUSIA HIASAN PUJUK RAYU HAWA NAFSU (Disiarkan pada 15. 08. 2009)

Mengikut kamus bahasa Melayu yang ditulis oleh Arbak Othman, konotasi nafsu boleh di bahagikan pengunaannya kepada tiga kategori. Pertama mengenai keinginan yang kuat terhadap sesuatu fenomena kehidupan. Kedua ialah dorongan perasaan terhadap perbuatan yang biasanya kurang baik terhadap perempuan. Dan ketiga ialah mengenai keinginan atau nafsu menjamu selera atau makanan.

Fenomena kehidupan yang dimaksudkan pada kategori pertama ialah mengenai pemba- ngunan manusia. Setiap manusia mempunyai keinginan atau nafsu untuk membangun. Manusia inginkan perubahan kepada yang lebih bermanfaat kepada tamadun kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak mengubah nasip sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak mengubah nya.” Surah Al-Ra’d ayat (13) 11.

Allah tidak sekali-kali akan mengubah apa yang dipunyai oleh sesuatu kaum, sama ada berupa nikmat, kesenangan dan kesejahteraan dengan menghilangkan dari sisinya atau melenyap kannya sama sekali, sehingga kaum itu sendiri yang mengubah apa yang dimilikinya itu dengan perbuatan yang zalim, membuat permusuhan, melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang merosakkan peraturan yang akibatnya segala nikmat dan kesenangan itu hilang dari sisinya.

Makluk manusia mempunyai wawasan dalam hidupnya tidak seperti haiwan lain yang hanya bergerak untuk mencari makanan apabila perutnya merasa lapar. Hidupnya seorang insan sentiasa inginkan perubahan mengikut peningkatan usianya dan perubahan itulah yang dikenali sebagai pembangunan.

Jika keadaan kehidupannya pada hari ini, bulan ini, dan tahun ini adalah lebih baik berbanding kelmarin, bulan lalu, dan tahun lalu, orang itu meraih kuntungan, tetapi jika keadaan hidupnya pada masa kini sama dengan hari-hari yang lalu, orang itu mengalami kerugian. Ia rugi sebab usianya telah bertambah tetapi ibadahnya atau amal perbuatannya tidak bertambah. Manusia sewajarnya mengalami perubahan kepada yang lebih baik yang diharapkan mendapat pahala sebagai teman hidup di akhirat kelak.

Keinginan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Muhammad hendak mendiri kan satu menara yang menjadi lambang keagungan negara Malaysia dan dikenali di seluruh dunia, amat kuat sekali sehingga terdirinya bangunan Petronas berkembar yang begitu terseragam indah dan mempunyai bentuk binaan akitek yang unik sekali di dunia. Keinginan yang kuat dalam pemikiran beliau membolehkan bangunan yang diimpikan itu menjadi kenyataan.

Pada kategori kedua mengenai dorongan perasaan terhadap sesuatu yang biasanya kurang baik terhadap perempuan. Inilah yang dikenali sebagai hiasan pujuk rayu hawa nafsu yang melemahkan kudrat kemanusiaan. Walaubagaimanapun dorongan perasaan atau hawa nafsu seperti ini tidak ada pada masyarakat malaikat maka itu mereka tidak membiak atau budaya membangun tidak ada dalam kamus kehidupannya. Dorongan perasaan serupa ini jika tidak ditangani dengan kekuatan iman maka kelemahan manusia akan mempengaruhi tingkah lakunya kelak penampilannya serupa dengan haiwan yang tidak ada kemahiran berfikir.

Persoalan timbul mengapakah dorongan perasaan manusia meluap apabila bersua dengan pehak perempuan atau sebaliknya. Untuk mendapatkan jawapannya harus kita kembali kepada kejadian manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. Dalam sejarah kejadian manusia Allah S.W.T. hanya wujudkan seorang lelaki iaitu Nabi Adam a.s. di syurga Allah. Tetapi Adam tidak seronok tinggal seorangan tanpa pasangan sejenisnya. Maka itu Allah S.W.T. wujudkan Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam semasa ia dalam keadaan tidur. Apabila Adam tersedar dari tidurnya ia mempunyai teman sejenisnya yang telah mengubah sinario suasana kehidupan Adam.

Siti Hawa wujud dari sebahagian jasad Adam maka itu Adam secara semulajadinya mempunyai perasaan terhadap Siti Hawa kerana ia sebenarnya adalah sebahagian diri Adam sendiri. Siti Hawa sebagai individu juga mempunyai perasaan terhadap Adam kerana asalnya adalah dari sebahagian Adam sendiri. Maka itu Adam mempunyai kenginan terhadap Hawa dan Hawa juga mempunyai keinginan yang sama terhadap Adam atas sebab dari property yang sama atau berasal dari bahan yang sama.

Tarikan perasaan yang ada dalam diri kedua-dua pehak, Adam dan Hawa, Allah telah wujudkan maka jadilah satu perasaan yang dikenali sebagai hawa nafsu. Allah bekalkan manusia dengan akal untuk mengawal perasaan dan dimurnikan dengan kehadiran iman kepada Allah, tetapi manusia sentiasa dihiasi dengan kelemahan manusia maka hawa nafsu sering memporak porandakan tindakan manusia sebagai makaluk yang berfikiran.

Selain dari dorongan perasaan, Allah bekalkan juga satu perasaan keseronokan pada makluk manusia apabila berlaku hubungan kelamin. Perasaan demikian sebenar adalah kemuncak kepada kasih sayang manusia terhadap pasangannya yang Allah telah bekalkan. Coba fikirkan apa yang akan terjadi jika perasaan keseronokan demikian tidak wujud pada manusia. Tentu sekali pembiakan manusia tidak akan berlaku. Walaubagaimanapun setiap perlakuan manusia yang mengundang kepada keseronokan dalam hidupnya wajar ditangani dengan akal dan iman kerana dengan cara itu sahajalah kawalan supaya tindakan manusia mengikut peraturan yang disediakan oleh agama untuk memurnikan tamadun kehidupan.

Allah wujudkan Rasul ke dunia ini sebagai wakil-Nya untuk memimpin manusia di jalan yang benar dan mematuhi fitrah kehidupan manusia sebagai kahlifah Allah. Manusia dibekalkan Allah dengan akal fikiran yang dimurnikan dengan agama (iman) untuk mengenali antara yang kufur dan yang wajib demi kemartabatan manusia sebagai hambah Allah. Membangun manusia harus berlandaskan kepada keredhaan Allah S.W.T. dan kiblatnya adalah meraih pahala yang akan menemaninya di akhirat kelak.

Manusia inginkan kebahagiaan maka itu perasaan demikian hanya dapat diraih dengan keberadaan orang lain terutama sekali pasangan suami isteri. Isteri adalah pakaian untuk suami dan suami adalah pakaian untuk isteri. Bermuara dari kehidupan berkeluarga maka terbinalah masyarakat yang berdisiplin dan berakhlak mulia yang dimurnikan oleh akidah Islam. Matlamatnya ialah membina masyarakat yang cintakan keamanan dan membenci permusuhan. Murninya keluarga maka murnilah masyarakat yang membentuk ukhuwah kemanusiaan sebagai benih-benih tamadun kehidupan.

Ukhuwah kemanusiaan merupakan hasil dari terbinanya keluarga bahagia. Masyarakat ibarat lima jari pada tangan manusia. Kelima-lima jari itu dapat memegang begitu kuat sehingga sukar hendak terlepas. Tetapi jika satu daripada jari itu cedara atau tidak dapat bersama yang lain untuk memegang maka kekuatan pada pegangan itu tidak sebaik dengan apabila kelima-limanya bersama memegang.

Bagitulah keadaan bermasyarakat yang ditunjangi oleh kehadiran orang lain yang sealiran dalam membina kekompakan dan kesatuan demi melahirkan solidaritas sosial. Tetapi jika ada seorang yang menyimpang atau tidak sehaluan dari landasan kekeluargaan kerana melayani hawa nafsunya maka kepincangan berlaku yang akan melahirkan pergeseran antara sesama. Apabila keadaan demikian berlaku maka sukar bagi semua pehak hendak melihat kemurnian dalam bermasyarakat.

Apakah matlamat hidup di alam dunia ini? Adakah kehidupan ini berakhir setelah ajal menjemput nyawa? Kehidupan manusia adalah satu perjalanan jauh menuju alam akhirat di mana setiap mukmin akan bertemu dengan Zat yang Maha Pencipta. Jasad kita akan musnah, dan kembali kepada asalnya tanah tetapi roh akan meneruskan perjalanan ke alam barzakh buat sementara waktu. Apabila dunia hancur-hancuran (kiamat) berlaku maka bertemu kembali kedua unsur manusia (jasad dan roh) untuk menghadapi penghisaban di padang mashyar sebelum ke akhirat atau ke neraka berpandu kepada amalan yang setiap manusia laksanakan semasa hidup

di alam dunia.

Matlamat hidup di dunia ialah beribadat dan menyembah kepada Allah dan dalam suasana demikian kita memakmurkan alam kehidupan demi meraih pahala dari Allah S.W.T.. Manusia adalah makluk bersosial maka itu memelihara ukhuwah kemanusiaa menjadi kemestian dalam hidup kerana kehadiran orang lain menjadikan hidup ini bermakna.

Setiap manusia membuntuhi peranan orang lain dalam kelangsungan hidup. Adalah menjadi kesukaran bagi seseorang untuk meneruskan hidupnya tanpa kehadiran orang lain. Dalam segala keperluan hidup tidak ada yang boleh kita sediakan secara sendirian. Semua kebuntuhan hidup kita mengharapkan khidmat orang lain.

Mendapatkan sehelai baju sahaja pun kita memerlukan berbagai kepakaran orang dalam melaksanakan berbagai tugas. Kita memerlukan orang berkebun menanam kepas; memintal kepas menjadi benang; membuat benang menjadi kain; kain itu akan dibuat menjadi baju oleh orang yang tahu selok-belok membuat baju. Bukan setakat itu tetapi baju harus dipasarkan sebelum pelanggannya mendapat sehelai baju. Maka itu mata rantai kepakaran manusia diperlu kan dalam membina tamadun.

Nafsu dalam kategori ketiga ialah mengenai tabiat makan yang setiap manusia wajar melakukannya untuk meneruskan kehidupan. Walaubagaimanapun berlebihan melayani fitrah ini juga akan mengakibatkan kemuderatan pada kesihatan individu berkenaan. Nafsu makan adalah satu dorongan dalam diri setiap individu untuk melayani perasaan lapar. Perbuatan demikian adalah satu fitrah Allah untuk mengekalkan kelangsungan hidup setiap makluk yang hidup.

Setiap benda (makanan) yang dimasukan ke dalam mulut wajar dalam keadaan yang bersih dari segi segala kotoran termasuklah benda-benda yang haram. Makanan yang tidak wajar dimakan adalah makanan yang tidak bersih yang akan memuderatkan kesihatan. Memakan benda yang haram menghasilkan ganjaran kedosaan yang akan menjauhkan anda dari Allah S.W.T.

Melayani nafsu anda untuk melibatkan diri dalam majlis minum minuman keras akan menjatuhkan martabat kemanusiaan anda yang mempunyai akal fikiran. Akibat dari melayani nafsu akan mengheret anda kepada perlakuan yang menyunsangkan peraturan hidup berdisiplin. Perlakuan demikian adalah satu jenis penyakit rohani yang hanya orang lain dapat menilai tingkahlakunya. Individu yang telah diserang penyakit rohani sentiasa menilai perlakuannya baik dan betul.

Nafsu makan tanpa ditemani dengan iman dan takwa akan melemahkan kudrat kemanu- siaan kelak akan merosakkan kesepaduan pembangunan jasmani dan rohai. Pembanguna jasmani melayani dunia semata yang merupakan sementara sahaja, manakala pembangunan rohani adalah memelihara akhirat yang kekal abadi dan menjadi matlamat hidup di dunia ini. Maka itu peliharalah pembangunan rohani agar kehidupan dunia dan akhirat dapat dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment