Saturday, August 15, 2009

MANIS JANGAN TERUS DITELAN PAHIT JANGAN TERUS DIBUANG (Disiarkan pada 08. 08. 2009)

Analogi hidup sering ditamsilkan dengan rasa makanan. Rasa yang paling orang suka termasuk semua peringkat umur ialah rasa manis. Oleh sebab rasa manis ini adalah kegemaran semua orang maka ia sering digunakan sebagai kiasan kepada kecantikan, kemurnian berbahasa dan penampilan yang sempurna. Manusia sememangnya Allah S.W.T telah mewujudkan dalam keadaan yang sempurna. Bentuknya serta rupanya juga sempurna berbanding dengan kejadian makluk lain.

Firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” Surah At Tiin 30:4.

Allah bersumpah untuk menguatkan kata-kata-Nya bahawa manusia itu benar-benar telah diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya, tidak seperti haiwan dengan bersusah payah menunyuhkan muka ketika makan dengan mulutnya. Tetapi manusia diciptakan bertubuh tinggi dan lampai, perwatakannya cantik. Kalau makan dengan menggunakan tangan. Ia juga dileng- kapi dengan ilmu pengetahuan, kefahaman, akal fikiran dan daya membezakan serta dapat pula bercakap-cakap, selain mempunyai adab dan kesopanan.1

Tetapi kehadiran fitrah nafsu pada diri manusia itu kadangkala tergelincir juga di landasan yang diredai Allah s.w.t. Firman Allah surah yang sama ayat 5. Yang bermaksud: “Kemudian Kami (Allah) kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya (neraka)”

Kemudian Allah telah mengembalikan manusia itu ke tempat yang serendah-rendahnya di dalam neraka.2 Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal solih tidak akan dikembalikan ke dalam neraka atau ketempat yang serendahnya.3 Firman Allah yang bermaksud: “Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solih, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.” Surah sama ayat 6.

Fenomena manis sering membuat manusia tergiur mendengar dan mengetahuinya kerana konotasi tersebut mengiklankan sesuatu yang menggembirakan. Walaubagaimanapun manusia wajar waspada kerana manis itu boleh menjadikan anda bengung dan serbasalah. Anda bengung kerana terpedaya dengan sifat manisnya. Apabila manis berkawan dengan makanan, manusia terdorong untuk mengambilnya melebih daripada yang wajar maka akan memuderatkan kesihatan anda. Penyakit kencing manis akan sentiasa bersama anda tanpa disedari.

Mengalami penyakit tersebut, bermakna manusia telah mengkufuri nikmat sihat yang Allah telah kurniakan kepada setiap insan. Apabila masalah ini telah bersama dengan anda maka mahu atau tidak kita kena berpantang atau mengawal diri dari mengambil makanan yang mengandungi gula termasuklah nasi.

Allah bentukkan manusia dengan segala fitrah hidup dalam keadaan yang sempurna tetapi apabila manusia melayani buaian dan keseronokan hidup di dunia maka terpaksalah kita mengubah cara hidup yang lebih terarah untuk menjaga kesihatan apabila faktor tersebut tidak bersama dengan kita lagi.

Anda merasa serbasalah bagaimana menangani kehidupan tanpa mendekati yang bersifat manis. Di sebalik fenomena kemanisan itu semestinya ada yang tersirat yang akan menggugat kemesraan bermasyarakat. Walau apapun hidangan yang murni dan manis sama ada dari kawan mahupun dari alam semulajadi, anda wajar waspada kerana ada udang disebalik batu. Penampilan yang manis membawa setiap individu terpegun melihat kerenahnya. Oleh itu adalah menjadi kewajipan setiap mukmin untuk waspada apabila menerima undangan.

Wanita yang raut wajahnya yang manis difahami sebagai orang yang cantik dan molek dan sentiasa memikat hati orang yang melihatnya. Kecantikannya memukau orang sehingga

hilang fikirannya terutama sekali mereka yang imannya tidak menentu. Bukan sahaja wanita yang memaparkan kualiti tersebut tetapi lelaki juga tidak kurang hibatnya.

Nabi Yusof a.s. merupakan Nabi yang tercantik Allah beri kepada hambah-Nya. Beliau mempunyai paras muka yang manis, cantik dan menawan yang sering memikat hati orang yang melihatnya. Sejarah telah menunjukkan bahawa isteri raja Mesir pun jatuh cinta kepada Nabi Yusof semasa Nabi berkhidmat dengan raja tersebut sehingga tergamak melakukan sesuatu yang terkutuk tetapi iman Nabi Yusof memeliharanya dari sebarang perlakuan yang bertentangan dengan Islam, mengakibatnya dimasuk penjara oleh raja Mesir kerana difitnah oleh isterinya.

Dayang-dayang istana raja Mesir juga turut sama melakarkan sejarah apabila terpikat hati kepada Nabi Yusof yang tumpang lalu semasa mereka sedang memotong sayur di dapur untuk dimasak, tidak disedari bahawa mereka terputung jari mereka bersama sayurnya apabila melihat wajah Nabi Yusof yang bagitu manis dan amat memikat sekali. Kalaulah makluk Tuhan bagitu manis maka tidak boleh bayangkan betapa cantiknya zat yang mewujudkan kecantikan dan kemanisan yang ada di alam ini.

Manusia adalah makluk berbudaya, menyukai kecantikan kebersamaan dan persaudaraan. Allah berfirman yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin bersaudara” (Hujurat:10) Orang mukmin hanya bersaudara dengan orang mukmin dan persaudaraan yang hakiki adalah persaudaraan atas dasar kesamaan iman. Persaudaraan dan keimanan adalah dua hal yang tidak dapat dipisahkan.

Menyayangi orang-orang mukmin adalah tanda benarnya keimanan, hal ini merupakan perekat kecintaan Allah S.W.T.. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman sebagai penolongnya maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang.” (Al-Maidah:55 – 56)

Orang yang melaksanakan kewajipan iman, ia adalah saudara bagi setiap Mukmin, wajib bagi setiap Mukmin untuk melaksanakan hak-haknya, walaupun tidak terjalin akad dan pertalian yang khusus antara keduanya, kerana Allah S.W.T. dan Rasul-Nya telah menjalin persaudaraan antara mereka berdua. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (Al-Hujurat: 10)

Kemanisan iman wajar menginap pada setiap mukmin. Manisnya iman manjadi faktor keselamatan dunia dan akhirat. Dengan iman segala perlaksaan ibadah menampilkan kemanisan pada mata memandang dan perasaan untuk memurnikan ukhuwah kemanusiaannya. Manisnya iman wajar diperolehi tanpa ragu demi kesejahteraan kehidupan. Dunia tanpa iman akan menyun sangkan kehidupan yang bertamadun kelak memporak-porandakan pembangunan dan melahir kan suasana kepahitan menelusuri pembangunan kehidupan

Orang yang menolong kebaikan dan memusuhi kejahatan, diperlukan dalam hidup. Firman Allah yang bermaksud: “Orang yang melakukan kebaikan sebasar zarrah ia akan meihatnya. Dan orang yang melakukan keburukan sebesar zarrah ia akan melihatnya.” (Az-Zalzalah:7-8)

Barang siapa yang mengerjakan setimbang atom pun dari kebaikan, nescaya dia akan melihatnya. Jadi bukti bahawa tidak ada satu pun yang tersembunyi di sisi Tuhan dari hal amalan manusia dan kegiatan hidupnya, supaya dibalas dan diganjari setimpal dengan perbuatannya.4 Syaikh Muhammad Abduh dalam tafsirnya menegaskan ayat ini telah menyatakan bahawa segala amalan dan usaha, baiknya dan buruknya, besarnya dan kecilnya akan dinilai oleh Tuhan. Baik yang berbuatnya itu orang beriman atau pun orang kafir. Amal kebaikan orang yang kafir dihargai Tuhan, meskipun dia dengan demikian tidak terlepas daripada hukuman kekafirannya.

Rasa pahit itu dianalogikan kepada keadaan yang tidak semua orang menyukainya. Walaubagaimanapun rasa pahit itu ada kemanfaatannya kepada kesihatan. Bagitu juga keadaan dalam pembangunan. Kegagalan dan kejatuhan satu-satunya agenda pembangunan adalah faktor yang sering membuat manusia tidak tergalak hendak meneruskan ibadahnya.

Jika difahami bahawa yang pahit itu ada kemanfaatannya kepada kesihatan maka bagitu jugalah kepada segala agenda pembangunan. Kegagalan merupakan satu dorongan atau motivasi dalaman pada diri orang yang mengalamai kerenah tesebut. Faktor kegagalan mendidik kita lebih dewasa dan waspada supaya masalah yang telah berlaku tidak berulang lagi.

Pepatah mengata kan “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.” Konotasi ini membawa maksud jika kita menghendaki sesuatu, bermacam cara kita hendak lakukan untuk mengatasi kesukaran-kesukaran untuk mendapatkannya tetapi jika perkara itu tidak bagitu diperlukan kepada kita maka berbagai alasan yang kita berikan untuk tidak berusaha mendapat- kannya. Apa yang penting dalam menangani karenah kegagalan ialah semangat juang yang kental, tidak kenal kegagalan.

Tidak menerima dan mempercayai kenyataan kadang-kadang memberi impak untuk meraih kejayaan. Dalam erti kata lain pahit itu bukan penyudah kepada segala kemahuan. Mengalami kepahitan dalam hidup akan meraih kemanisan di hari kemudian kelak. Allah S.W.T. sentiasa menguji hambah-Nya dalam berbagai cara untuk menduga kekuatan imannya dalam memurnikan kelangsungan hidup. Manusia melaksanakan agenda kehidupan sebagai pemain semata. Segala penghasilan dan kejayaan merupakan prerogatif Tuhan setimpal dengan usaha dan keimanan yang telah kita usahakan untuk menangani kerenah-kerenah kehidupan.

Jika kita telusuri pengalaman hidup kebanyakan pemimpin dunia, mereka tidak sunyi dengan kepahitan dalam mengilmukan diri disebabkan masalah dalam keluarga yang mereka lalui. Pepatah mengatakan ‘bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian’, membawa maksud pengalaman yang pahit dalam menelusuri kehidupan akan mendapat kemanisan di hari kemudian kelak.

Allah befirman yang bermaksud: “Adakah kamu menyangkah bahawa (mudah sahaja) memasuki surga dengan tidak kamu didatangi (cobaan). Seperti orang-orang dahulu sebelum kamu?...” Al-Baqarah ayat (2) 214. Ujian itu memantapkan keimanan seseorang menangani kehidupan. Sebagai contoh yang paling manis dan mulia ialah kehidupan yang dilalui oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda menjadi anak yatim semasa beliau berusia enam bulan dalam kandungan ibu. Dan apabila lahir di dunia dan menjangkau usia enam tahun menjadi anak yatim piatu setelah ibunya meninggal dunia pula.

Diasuh oleh neneknya Pa’ Man Abu Talip yang sudah tua kemudian tidak beberapa lama kemudian meninggal dunia pula. Hidup Baginda sentiasa diwarnai oleh kepahitan dan kesusahan dan tidak pernah kenal kemanisan dan kesenangan dalam hidup dikecuali kemanisan imannya melihat alam yang sentiasa menghidangkan berbagai kebahagiaan. Kebahagian melihat kekuasaan Allah S.W.T. yang mewujudkan siang dan malam serta menghidangkan berbagai kemanfaatan hidup.

Ia membesar tidak seperti anak rumaja lain pergi ke sekolah mengilmukan diri tetapi kerumajaannya dihabiskan untuk mengambala kambing kepunyaan orang-orang Mekkah. Penampilan baginda Rasul amat luar biasa sehingga masyarakat Qurais menamakannya al-Amin. Mengalami berbagai kekurangan dalam hidup tidak menjadi soal bagi baginda malah ia menerimanya dengan penuh ikhlas dan rasa tawadhu.

Melihat telatah-telatah masyarakat jahiliah5 zaman itu membuat hati baginda lebih

khusyuk dan tawadhu memikirkan bahawa semestinya ada penyelesaian berlandaskan kebenaran hidup yang akan mengubah penampilan manusia yang menghidangkan kemurnian, kebahagiaan dan kemuliaan hidup bermasyarakat.

Baginda sentiasa mengasingkan diri dari melibatkan dalam amalan masyarakat yang menyunsangkan, pada pendapat baginda, tamadun kehidupan yang berpedoman kepada kebenaran. Pemikiran baginda sentiasa menginginkan kebenaran yang boleh membetulkan felosofi kehidupan keturunannya. Dengan keinginan demikian maka baginda dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menerima wahyu dari Allah sebagai dokumen yang membetulkan persepsi kehidupan manusia. Baginda diutus oleh Allah sebagai Rasul untuk menyampaikan risalah dari langit kepada masyarakat dunia hingga akhir zaman.

1 Tafsir Al-Qur’an: Surah At Tiin ayat 4. 2 Ibid. 3 Ibid. 4 Prof. MAMKA: Tafsir Al-Azhar h.249

5 Keluarga baginda sendiri juga termasuk dalam gulungan mereka yang menyembah berhala

No comments:

Post a Comment