Saturday, August 1, 2009

KEGAGALAN PEMANGKIN KEJAYAAN TERTUNDA (Diterit Pada 11. 07. 2009)

Perjuangan dalam hidup menggamit dua fenomena alam yang masing-masingnya mempunyai ikhtibar mengenai disiplin kehidupan. Kegagalan dan kejayaan adalah dua fenomena yang wajar manusia mengalami dalam perjuangan memurnikan tamadun kehidupan. Allah S.W.T. telah bentukkan disiplin kehidupan sedemikian rupa agar menjadi ikhtibar kepada pembanguan kehidupan manusia sebagai kahlifah Allah. Allah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa (mudah sahaja) memasuki syurga dengan tidak akamu didatangai (cobaan). Seperti orang-orang dahulu sebelum kamu?.....” Surah al-Baqarah ayat (2):214.
Ujian kegagalan menyemarakkan semangat juang demi mencapai cita-cita untuk memurnikan tamadun. Mengalami kegagalan akan mendekatkan kita kepada Allah S.W.T. yang bijaksana dan Zat yang Maha berkuasa. Kegagalan akan mematul keikhlasan dan kejujuran hati dalam melaksanakan agenda pembangunan. Faktor ini juga akan mewujudkan benih-benih kesetiakawanan sosial kelak membentuk sahsia diri yang menjauhkan budaya mementingkan diri.
Kegagalan bukan berakhirnya perjuangan malah faktor tersebut hanya bermulanya semagat juang yang menjadi pemangkin kepada kejayaan yang setia menunggu pencapaian kita dalam mengorak langkah ke destiasi hidup bertamadun. Faktor tersebut menggamit pengorbanan yang wajar diterjemahkan dalam usaha memurnikan kehidupan. Ia juga menjemput semangat berganda untuk meningkatkan tawakal demi mendapatkan redha dari Allah S.W.T.
Dalam berurusan dengan pembangunan manusia, setiap pemain wajar bersedia untuk menerima ujian dari yang Maha Berkuasa. Sebagai contoh seorang pelajar yang dalam usaha mengilmukan diri pasti mengalami berbagai rintangan yang wajar ditangani dengan hati yang tabah dan semangat yang kuat dengan budaya kesabaran sebagai satu kekuatan iman. Allah menguji hambah-Nya atas dasar sesuatu sebab. Maka itu setiap individu/pemain wajar mentas dikkan dalam hati untuk memahami mengapa ujian itu menimpa anda.
Seorang pelajar wajar memahami perjuangannya dalam mengilmukan diri. Usaha tersebut mempunyai hubungan dengan orang tuanya atau ibubapa. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menjelaskan kepada kita bahawa manusia yang wajar kita hormati dalam hidup ini ialah kedua orang tua kita, di mana pemberatan wajar terletak kepada ibu berbanding kepada bapa. Baginda menjelaskan bahawa kehormatan harus dalam rasio tiga kepada ibu dan satu kepada bapa, dengan kefahaman bahawa kedua-dua mereka adalah ahli ibadah.
Menyakiti hati mereka akan menjemput musibah yang akan melemahkan agenda perjuangan dalam mengilmukan diri, kerana kedua orang tua tersebut membawa berkat dalam mendoakan kejayaan anak-anak. Budaya kasih sayang kepada kedua orang tua akan menjadi pemangkin kepada keredhaan Allah S.W.T. melimpahkan kejayaan kepada perjuangan anak yang soleh.
Adalah menjadi tanggungjawab anak-anak memurnikan hubungannya dengan kedua ibubapa kerana tanpa mereka siapalah anda? Anak yang derhaka atau menaruh dendam kepada salah seorang daripada mereka, tidak akan mengalami kemudahan menelesuri kehidupan di dunia. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana mengatur keadilan kepada hambah-Nya sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti.
Kehidupan seorang anak yang memilih untuk menjauhkan diri daripada mendekati atau berjumpa dengan orang tuanya akan sentiasa diselubungi dengan kegagalan dalam memurnikan kehidupannya. Kegagalan kategori tersebut tidak menjadi pemangkin untuk mencapai kejayaan dalam hidup kerana hatinya dihiasi dengan sakwasangka yang mengerohkan hubungan kasih sayang dengan orang tuanya. Allah S.W.T. sama sekali tidak redha terhadap perbuatan demikian. Manusia hidup wajar bermasyarakat dan budaya tersebut harus bermuara daripada orang tua atau keluarga sendiri. Apakah makna Allah wujudkan manusia di alam dunia ini? Apakah tanggungjawab seorang insan terhadap dirinya dan kepada mereka yang membentuk masyarakat khususnya kepada kedua ibubapa? Tepuk dada tanyalah iman!
Kehidupan di dunia wajar dihiasi dengan kesetiakawanan sosial yang menggamit perasaan kasih sayang antara sesama. Kehidupan yang dihiasi dengan suasana kasih sayang akan menguatkan disiplin tolong menolong, kelak menghidupkan ukhuwah kemanusiaan yang menjamin keredhaan Allah S.W.T. Mereka yang rengan tangannya menolong orang yang memerlukkan pertolongan akan dimudahkan Allah hidupnya di dunia ini.
Kegagalan untuk mencapai kejayaan dalam agenda pembangunan akan menjadi pemangkin kepada semangat untuk mencapai cita-cita kerana mereka yang mengenali budi perkerti anda yang telah hidangkan kepada mereka sentiasa memberi galakan dan semangat kepada anda untuk terus berjuang. Kita bersemangat dalam melaksanakan berbagai ibadah kerana ada orang lain yang menjadi pemangkin untuk mencapai kejayaan yang dicita-citakan.
Pencapaian orang lain akan menjadi ikhtibar kepada kegagalan yang anda lalui dan akan mewajibkan anda untuk melihat kejayaan itu sebagai satu matlamat hidup. Kegagalan itu wajar dilihat sebagai pemangkin kejayaan tertunda, kerana setiap perjuangan itu mempu- nyai objektif dan itulah kejayaan yang setia menanti pencapai anda.
Kegagalan memangkin diri untuk berfikir lebih mendalam yang landasannya kepada kekuasaan Allah S,.W.T. kerana segala usaha yang telah anda curahkan untuk mencapai cita-cita berupa tawakal semata dan kejayaan atau kegagalan adalah prirogatif Allah S.W.T. Kita hanya sebagai pemain untuk mencapai kejayaan demi kemurnian hidup bertamadun.
Ramai orang dalam menangani hidup bermuara dengan keperitan dan kesedihan kerana ia mendidik anda untuk lebih dewasa dalam pencaturan hidup. Pengalaman adalah guru yang paling bijaksana. Kata-kata pujangga sebagai faktor kefahaman mengenai perjuangan dalam pembangunan seperti, saya dengar saya tahu, saya lihat saya ingat dan saya buat saya faham. Perbuatan adalah pengalaman dan apabila mengalami bermakna kita memahami teka-teki kehidupan itu.
Kegagalan adalah satu bentuk pengalaman dan pengalaman itulah yang mendidik anda untuk lebih dewasa menangani kerenah-kerenah pembangunan. Kejayaan dan kegagalan seolah-olah saling berkerjasama untuk menguji manusia menangani kehidupan, maka itu antara satu daripadanya harus kita mengalami dalam pencaturuan hidup. Ia tidak memilih manusia samada gulungan cerdik pandai atau sebaliknya; orang yang berada atau orang miskin semuanya akan disingahi oleh kedua-dua fenomena hidup pada bila-bila masa apabila kesepatan itu ada.
Untuk membolehkan kita lebih peka memahami kerenah-kerenah hidup adalah dianjurkan untuk menyalami lautan ilmu kerana faktor ini sahajalah yang mendewasakan kita memahami agenda pembangunan yang sesuai dengan fitrah kehidupan manusia. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu dari Allah yang pertama menyeruh manusia menuntut ilmu supaya dapat membaca kalam Allah sama ada yang terucap iaitu al-Qur’an mahupun yang tercipta iaitu alam ini.
Allah S.W.T. telah melengkapkan alam kehidupan dengan berbagai ilmu sehingga sukar hendak dikira banyaknya. Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap insan mempelajari dan memahami kalam Allah sebagai iktibar hidup sepertimana yang Allah kehendaki. Kalam Allah merupakan tamsil hidup yang wajar manusia medapatkan jawapannya. Untuk membolehkan manusia lebih memahami tamsil kehidupan tersebut Allah wajibkan manusia melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan. Maka itu ilmu menjadi perisai dalam hidup untuk diguna apabila ujian Allah menimpa kepada kehidupan kita.
Ujian itu datang dalam berbagai peringkat kesukarannya. Maka itu tanganilah dengan lebih dewasa agak ia menjadi satu pendidikan bagi kita untuk mempeolehi kejayaan. Ujian itu
memberi satu kekuatan bagi kita untuk lebih mendekati Allah S.W.T. kerana Dialah menjadi inspirasi bagi anda meningkatkan semangat untuk membina tamadun kehidupan. Adalah menjadi kewajipan manusia sebagai pemain dalam arena pembangunan untuk memrnikan kehidupan sejajar dengan fitrah kehidupan.
Dalam melaksanakan berbagai agenda pembangunan sebagai ibadat wajar melengkap kan diri dengan kemurnian ilmu dari Allah S.W.T. kerana dalam hidup ini manusia merujuk kepada yang Maha Pencipta mengenai segala keperluan hidup dan manusia juga meminta pertolongan dari Allah untuk mendapatkan keperluan tersebut. Surah al-Fathiha Allah berfirman: “Iyyaka nak budhu wa iyyaaka nasta’in” yang bermaksud “Hanya kepada Engkaulah satu-satunya Dzat yang patut kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah (pula) satu-satunya Dzat yang patut kami minta pertolongan.”
Di satu pehak bagi hamba Allah, iaitu melakukan ibadah kepada Allah dan memohon pertolongan-Nya, dan di pehak lainya Allah s.w.t. yang berhak menerima ibadah dan memberikan pertolongan. Melakukan ibadah adalah satu kewajiban bagi hambah Allah. Apabila ia tidak melakukan ibadah, bererti ia bukan hamba Allah, dan bukan pula bani Adam. Natijahnya apabila ia bukan hambah Allah dan bukan bani Adam, maka siapa? Oleh kerana itu, kalau ingin diakui sebagai hambah Allah s.w.t. dan sebagai bani Adam, wajib melakukan ibadah itu.
Ibadah itu hanya wajib dilakukan kepada Allah s.w.t. semata. Kalau dilakukan selain Allah, maka perbuatan itu dinggap suatu persekutuan (syirik) terhadap Allah, sedang Allah Maha Esa dalam menerima ibadah. Hanya Allah sahajalah yang berhak menerima ibadah. Dialah satu-satunya yang patut (harus) diibadahi.
Ibadah bererti segala perbuatan manusia yang disukai dan diredhai Allah baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan, baik yang kelihatan maupun yang tidak kelihatan. Mulai dari ucapan kalimah syahadat sampai kepada iman dan akhlak, menggunakan lidah, melaku kan tugas-tugas hidup peribadi dan keluarga, perkerjaan kemasyarakatan dan Negara. Semua itu bagi seorang muslim adalah ibadah apabila sesuai dengan ketentuan Allah.
Bertawakal demi memperbaiki kegagalan adalah ibadah kerana ia adalah pekerjaan kemasyarakatan untuk memurnikan tamadun kehidupan. Tamadun merupakan istilah yang menceritaan tentang kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab madana, madinah, madaniyyah bermaksud masyarakat Bandar yang terbina melalui proses urbanisasi. Jika istila tamadun dilihat menurut perspektif Islam ia merangkumi pembangunan spiritual dan material secara serentak dan padu.
Kegagalan pemangkin kejayaan tertunda membawa maksud produk dari usaha yang anda laksanakan belum dapat diperolehi atas sebab dua perkara iaitu usaha yang dilaksanakan belum sampai ke peringkat tawakal kepada Allah S.W.T. dan kedua ialah mengkufuri pemberian nikmat Allah mengerohkan hubungan anda dengan Yang Maha Berkuasa terhadap segala pemberian kejayaan. Maka kejayaan itu Allah belum dapat redhakan untuk diperolehi buat seketika.
Dalam melaksanakan agenda kehidupan, kita menggunakan nikmat berfikir sebagai pemain dalam arena pembangunan kerana Allah maka itu disiplin perlaksanaannya berlandas kan tawakal kepada Allah. Nikmat berfikir adalah fitrah Allah wajar diwarnai dengan rasa syukur kepada Allah maka itu kekuatan dan semangat bertawakal akan mendapat redha Allah S.W.T. untuk mencapai matlamat perjuangan sebagai agenda kehidupan.
Tidak ada yang mustahil bagi Allah kerana segala kewujudan dalam cekerawala alam kehidupan adalah kekuasaan Allah S.W.T. maka itu manusia wajar sentiasa memurnikan perlaksanaan agenda kehidupan dengan niat beribadat kepada Allah. Tahukah anda bahawa segala kejayaan yang anda perolehi dalam alam kehidupan hanya bersama dengan anda sebatas umur mu.
Apabilah kehidupan ini beralih kepada alam yang berikutnya iaitu alam barzakh maka segala hubungan anda dengan alam dunia akan terputus sama sekali. Dan jika kejayaan yang diperolehi semasa hidup di dunia adalah kemanfaatan kepada orang lain maka itulah yang dikategorikan sebagai amal jariah yang Allah redhakan kepada hambahnya sebagai kahlifah di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment