Monday, June 29, 2009

Kejayaan Menguji Keimanan (diterbitkan 27.06.09)

Saidina Ali telah ditanya oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. mengenai pilihan nya antara ilmu dan kekayaan dunia. Ali dengan jelas menjawab ia memilih ilmu. Ilmu adalah sumber ilham yang sentiasa bertambah dan menjadi kukuh apabila dimanfaatkan. Manakala kekayaan akan berkurangan apabila kita menggunakannya. Ilmu menjaga kita tetapi harta, kita yang menjaganya. Demikianlah persoalan dalam menangani kehidupan di alam dunia ini, kalau kita tersilap memilih kerana buayan keseronokan dunia maka pembangunan akhirat akan terjejas.
Lambang kejayaan dunia biasanya berkiblat kepada kekayaan manakala keimanan melandaskan pemikiran kepada keagungan Yang Maha Pencipta. Menempuhi kejayaan sering ditemani dengan keimanan kerana kejayaan itu adalah kuasa Allah menghalalkan kepada si pemain. Kadangkala kita menyaksikan telatah individu apabila berhasil menda- patkan kejayaan, akan lupa diri dan mengangkatnya benjadi megah dan sombong. Ia memikirkan bahawa kejayaannya adalah hak mutlaknya dan tidak ada kena mengena dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Dalam hidup manusia wajar dihiasi dengan iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. kerana segala kewujudan makluk samada yang hidup mahupun yang mati adalah kekuasaan Tuhan. Manusia harus pandai membaca kalimah Allah atau alam ini dan mentafsirnya kepada pembangunan kehidupan. Memahami kalimah Allah yang tercipta akan mendekatkan kita kepada Zat yang Maha Agung. Tidak ada faktor atau ruang dalam hidup ini yang membolehkan kita menjauhi kekuasaan Allah S.W.T.
Manusia hanya dapat bertawakal dan Allahlah yang memurnikan usaha serta ikhtiar kita dengan kejayaan sebagai pemain dalam hidup ini. Kehidupan yang sentiasa disirami dengan kesyukuran kepada Allah terhadap segala perolehan menjadi perjuangan dalam memertabatkan kemanusiaannya sebagai hambah Allah. Manusia sebagai pemudahcara serta pemakmur alam kehidupan agar makluk lainnya dapat kemanfaatan nya.
Kejayaan menguji keimanan membawa maksud kehidupan dunia merupakan pemangkin kepada kekufuran untuk mengenali dana pahala yang Allah redhakan sebagai ganjaran untuk menamani anda di akhirat kelak. Apabila manusia bertemankan dengan kejayaan dunia, fitrah semulajadi seorang insan mula menampilkan kelemahannya. Dalam erti kata lain kejayaan dunia akan membuaikan manusia menjadi leka, kelak menjauhi ibadat kepada Allah disebabkan budaya mensyukuri kejayaan sukar menyedar kan keimanannya.
Ramai orang mengenali rumah-rumah ibadat dan menjadikannya tempat memurni kan ukhuwah kemanusiaan terutama sekali pada hari Jumaat. Tetapi giliran kesibukan dunia kerana melayani perusahaan yang semakin maju dan membersar, rumah-rumah Allah tersebut menjadi sepi baginya. Salam dari rakan-rakan mesjid yang dijumpainya setiap kali berkunjung ke situ sudah tidak kedengaran lagi. Luar biasanya ialah hari(Jumaat) yang mulia itu tidak berteman lagi dengan jiwanya. Hanya yang menyibuk kan pemikirannya ialah melayani deringan telefon bimbit dari pelanggan-pelanggan atau rakan kogsi dalam perniagaannya.
Manusia sememangnya sedemikian keadaan apabila kejayaan dunia mempenga- ruhi kehidupannya. Sebelum mendapat kerusi rajin beribadat tetapi apabila sudah mendapat kerusi dilupakan ayatnya! Sebelum mendapat kejayaan rajin melaksanakan ibadat kerana Allah tetapi apabila kejayaan itu sudah bertemankan anda, ibadat pun sudah ditinggalkan.
Ada seorang miskin bernama Sang Lahbah di zaman Baginda Rasul. Orang itu
tekun beribadat dan mengerjakan solat lima waktu di mesjid bersama Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. Luar biasanya ialah setiap kali selesai sembahyang selepas salam langsung ia meninggalkan jemaah tanpa wirid dan doa, sehingga pada suatu hari Baginda menegurnya. “Sang Lahbah, wirid dan doa itu tidak pentingkah?” Ia menjawab penting ya Rasulullah. “Mengapa engkau meninggalkannya setiap kali selesai sembahyang?”
Sang Lahbah menjelaskan kepada baginda Rasul bahawa ia terpaksa berbuat demikian kerana hendak pulang ke rumah di mana isterinya sedang menungguh untuk meminjam kain sembahyang. Kain sembahyang Sang Lahbah adalah satu-satunya kain yang dikongsi bersama isteri. Sang Lahbah berkata bahawa sejak dahulu lagi ia berniat hendak meminta pertolongan kepada Baginda tetapi merasa malu. Maka Baginda telah menegurnya maka sang Lahbah tidak segan lagi sampaikan hasratnya.
Baginda Rasul bertanya kepada Sang Lahbah mengenai keadaan Rasul sama ada kaya atau miskin. Sang Lahbah berkata, Baginda Rasul adalah seorang yang kaya dengan ibadat tetapi hidup dalam keadaan miskin. Maka itu Baginda tidak dapat membantunya untuk menyelesaikan masalahnya.
Pada hari keesokannya Sang Lahbah bertemu dengan Baginda Rasul lagi dan mengulangi hasrat di hatinya. Jawapan Rasul sama seperti pertemuannya pertama. Maka itu hasrat di hati Sang Lahbah tidak kesampaian. Pada hari ke tiga Sang Lahbah mengulangi lagi tujuannya hendak berjumpa dengan Rasul dan meminta pertolongan untuk mendoakan supaya keadaan ekonomi rumah tangganya berubah baik dan dapat membeli kain sembahyang untuk isterinya. Pada masa itu nanti ia lebih giat beribadat bersama-sama wirid dan doa menyembah Allah S.W.T.
Maka Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. memberi Sang Lahbah dua ekor kambing, seekor jantan dan seekor betina yang sedang bunting. Baginda menasihati Sang Lahbah memelihara dan merawat kedua kambing itu dengan baik. Maka sang Lahbah dengan rasa syukur di hati membawanya kerumah dan memeliharanya. Lewat beberapa beberapa bulan kambing betina itu pun beranak kembar.
Hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun bertukar ganti, ternakan kambing Sang Lahbah semakin bertambah banyak. Kesebukan menjaga kambing-kambingnya membuat Sang Lahbah mula berubah melaksanakan ibadatnya. Kalau dahulunya ia tidak pernah gagal melaksanakan lima waktunya, sekarang kelihatan mukanya di mesjid hanya waktu Subuh dan Isyak sahaja. Apabila kambingnya Sang Lahbah bertambah banyak hingga keluar kota maka sukar baginya untuk melaksanakan ibadat sembahyang kerana letih seharian menjaga kambingnya.
Lama kelemahan Sang Lahbah hanya hari Jumaat sahaja pergi sembahyang di mesjid. Hari-hari yang lain tidak ada masanya untuk melaksanakan sebab sentiasa sibuk menjaga kambing-kambingnya. Maka baginda Rasul bertanya kepada para sahabat ke mana Sang Lahbah pergi sudah lama tidak kelihatan bersama jemaah di mesjid. Para sahabat memberi tahun bahawa beliau sedang sebuk dengan kambing-kambingnya. Maka Baginda Rasul pun merasa kesihan serta sedih memikirkan keadaan hidup Sang Lahbah.
Bagitulah keadaan manusia apabila ditemukan dengan kekayaan dan kemewahan dunia akan lupa dengan tanggungjawab untuk akhiratnya. Keadaan demikian berlaku apabila iman kepada Allah tidak begitu teguh melawan buaian dunia. Sebenarnya tanggungjawab dunia yang membawa anda membelakangi tangungjawab akhirat, adalah ujian Allah S.W.T. sejauh mana kekuatan iman anda untuk menjaga hubungan dengan yang Maha Berkuasa. Sememangnya manusia sentiasa menampilkan kelemahannya apabila berhadapan dengan keseronokan dunia kerana nafsu yang membisikkan hatinya untuk membelakangi tanggungjawab akhirat.
Ramai orang yang telah membudayakan hidupnya mendampingi mesjid dan menjaga solatnya terutama solat hari Jumaat. Apabila mula berjinak di bidang perniagaan akan mengubah pembawaan dirinya untuk memelihara dunia akhirat. Agama sememang nya menggalakkan umatnya untuk menciburi dalam bidang perniagaan tetapi jangan perniagaan itu menjadi kiblat pemikiran yang akan membenamkan disiplin beribadat.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah berumah tangga dengan seorang ahli dalam perniagaan yang berjaya seperti Siti Kahtijah tetapi tidak membelakangi ibadatnya kepada Allah S.W.T. Malah isterinya menggunakan keuntungan perniagaannya untuk berjuang membantu Baginda Rasul menegakkan Islam di jalan Allah.
Kita harus faham bahawa segala makluk yang wujud di alam kehidupan samada dalam bentuk yang hidup mahu pun yang tidak hidup adalah kekuasaan Allah untuk mewujudkannya. Bagitu jugalah rezeki dan kekayaan yang berjaya kita perolehi dalam alam kehidupan, Allah yang mewujudkan untuk hambah-Nya yang bertawakal. Maka itu jika kita cintakan makluk atau rezeki mahu pun kekayaan yang kita perolehi jangan ia mengalahi cinta kita kepada Sang Pencipta makluk atau kekayaan yang kita cintai.
Kita harus faham bahawa segala yang kita laksanakan dalam hidup ini merupakan ibadat kerana Allah maka itu wajarlah ibadat itu dimurnikan dengan sujud kepada Allah agar apa yang kita laksanakan menempah dana pahala yang akan menemani kita di akhirt nanti. Mengkufuri aktiviti kemurnian beragama akan menjadikan penghasilan perjuangan kita tanpa berkah dari Allah s.w.t.
Adalah menjadi tanggungjawab pada setiap insan memahami mengapa manusia diwujudkan oleh Allah di dunia ini. Dalam al-Qur’an Allah berfirman yang bermaksud, “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku”. Surah Az-Zaariyat ayat56. Ayat ini mengingatkan manusia bahawa seluruh kehidupan ini mestilah diisi dengan ibadah kepada Allah. Segala aktiviti kehidupan wajarlah dilaksana kan kerana Allah dan jangan sekali-kali membelakangi-Nya.
Kesebukan dunia sentiasa memporak-porandakan manusia dalam perlaksanaan ibadat kepada Allah dan sering kita dengar perkataan “sibuk” mengakibatkan manusia alpa dalam mengerjakan ibadat kerana Allah. Allah telah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian”,Al-Ashr:1 – 2. Masa itu sentiasa bergerak maka manusialah merancang aktiviti kehidupan supaya urusan dengan Allah tidak terpinggir.
Dalam semua perlaksanaan aktiviti kehidupan harus membudayakan ketakalan atau istikamah kerana Allah lebih suka hambah-Nya yang sentiasa mementingkan masa dalam perlaksanaan agenda pembangunan. Orang yang sentiasa melaksanakan kerja-kerja amal dengan budaya istikamah pasti mendapat keredhaan Allah S.W.T. Setiap kerja yang dilaksanakan mengikut disiplin istikamah pasti mendapat kejayaan.
Seorang pelajar yang mementingkan budaya istikamah dalam mengilmukan diri pasti mendapat kejayaan dalam perjuangannya menuntut ilmu pengetahuan. Walaubagai manapun kejayaan dalam mengilmukan diri jangan dijadikan sebagai faktor untuk meng- kufuri nikmat berilmu. Ilmu itu bersama dengan anda atas dasar bertawakal kerana Allah.
Maka itu tidak ada sebab mengapa tidak menghiasi diri dengan kesyukuran kepada Allah atas perubahan yang telah kita perolehi.
Perubahan itu ialah faktor ketamadunan kehidupan sebagai hambah Allah. Faktor tersebut adalah yang dikenali sebagai pembangunan dalam kehidupan sebagai pemain. Inilah agenda dalam memurnikan kehidupan yang membezakan antara manusia dengan makluk-makluk ciptaan Allah yang lain. Maka dengan itu kekalifaan kita dalam memurni kan kehidupan mendapat keredhaan Allah S.W.T.
http://bicaramindafaridblogspot.com

No comments:

Post a Comment