Friday, June 19, 2009

KESUNGGUHAN BERTAWAKAL MENDAPAT REDHA ALLAH S.W.T. (Diterbit pada 20.06.2009)

Tawakal adalah satu sifat yang terpuji, iaitu berserah diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. dalam menangani sesuatu kesusahan. Tidak bergantung sebarang harapan kepada makluk. Allah Maha berkuasa terhadap segala kejadian dalam kehidupan ini maka itu wajar setiap insan bertawakal kepada-Nya. Manusia dalam urusan menangani agenda kehidupan hanya sebagai pemain semata. Sebarang produktiviti dan penghasilan kepada agenda tersebut adalah prerogative atau hak Allah S.W.T. untuk memberi kepada si pemain tersebut.
Tawakal bukan merujuk perbuatan menyerah untung nasib diri kepada Allah dengan tidak perlu berusaha dan berikhtiar. Tawakal membabitkan dua proses yang salin berkait, iaitu penyerahan nasib diri kepada Allah dari satu sudut, dan penggunaan seluruh tenaga fisikal, mental, dan rohani untuk mengubah keadaan diri sendiri dari sudut yang lain.
Menyerah nasip diri kepada Allah bermaksud manusia tidak punya kekuasaan terhadap segala kebuntuhan hidup. Kemampuan manusia hanyalah berusaha dan berikh- tiar yang dikenali sebagai bertawakal untuk mendapat redha Allah. Sesungguh mana kita berusaha dan berikhtiar Allah yang maha mengatahui untuk menilai sama ada wajar mendapat ganjaran atau sebaliknya.
Penggunaan tenaga, fisikal, mental dan rohani menjadi tanggungjawab kita sebagai hambah Allah. Fakulti tersebut merupakan fitrah Allah untuk membantu manusia dalam mengola agenda pembangunan. Dengan penggunaan fitrah tersebut manusia melaksanakan ibadat kerana Allah. Ibadat itu merupakan tawakal yang pasti mendapat redha dari Tuhan jika ia dilaksanakan dengan iman dan takwa.
Kita boleh melihat dimensi yang lain menunjukkan keadaan sebenar apabila kita bertawakal. Kita berikhtiar untuk menyerah nasib diri. Pada masa yang lain kita bertawakal sebagai penyeraan diri kepada Allah dan takdir dari Allah s.w.t. akan menuju kepada nasib diri. Semua geraklaku menjurus kepada nasib diri atas keredhaan Allah S.W.T.
Jika ditelusuri perjalanan hidup di alam dunia ini dalam kaca mata iman, tidak ada yang manusia boleh menghasilkan atas usahanya sendiri. Semuanya merupakan tawakal kerana Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Aku tidak ciptakan jin dan manusia selain beribadah kepada Ku.”(Surah Adz-Dzariat ayat 56.)
Beribadat adalah melakukan segala geraklaku yang bermanfaat kepada pem- bangunan kehidupan sama ada kepada makluk lain, masyarakat, bangsa, tanahair, negara, keluarga mahupun pada diri sendiri. Allah S.W.T. lantik makluk manusia sebagai khalifah di muka bumi untuk melaksanakan dan memakmurkan alam kehidupan.
Allah menciptakan jin dan manusia tidak ada guna yang lain, melainkan buat mengabdikan diri kepada Allah. Jika seorang telah mengakui beriman kepada Allah tidaklah dia akan mahu jika hidupnya di dunia ini kosong sahaja. Dia tidak boleh menganggur. Selama nyawa dikandung badan, manusia harus ingat bahawa tempohnya tidak boleh kosong dari pengabdian. Seluruh hidup hendaklah dijadikan ibadat.
Menurut riwayat dari Ali bin Abu Thalhah, yang diterimannya dari Ibnu Abbas, beribadat membawa maksud mengakui diri adalah budak atau hambah dari Allah, tunduk menurut kemahuan Allah, baik secara sukarela atau terpaksa, namun kehendak Allah berlaku juga. Ada manusia yang hendak melakukan di dalam hidup ini menurut kema- huannya, namun yang berlaku ialah kemahuan Allah jua.
Ayat ini memberi ingatan kepada manusia bahawa sedar atau tidak, dia pasti mematuhi kehendak Tuhan. Maka jalan yang lebih baik bagi manusia ialah menginsafi kegunaan hidupnya, sehingga dia pun tidak merasa keberatan lebih mengerjakan berbagai ibadat kepada Tuhan. (HAMKA)
Dalam perlaksanaan satu-satu ibadat wajar kita kiblatkan pemikian kepada Allah S.W.T. yang sentiasa melihat pergerakan kita. Manusia dibekalkan akal fikiran guna untuk membantunya mengenali agenda yang dilaksanakan sama ada Allah redha atau sebaliknya. Mendapat redha dari yang Maha Berkuasa bermakna dana pahala pasti diperolehi dari-Nya untuk menjamin kesejahteraan hidup di alam berikutnya.
Dalam usaha menimba ilmu kadangkala kita mengalami berbagai kemuskilan yang akan mengganggu suasana pembelajaran kita. Permasalahan serupa ini adalah satu ujian dari Allah. Tidak ada yang mudah dalam memperolehi segala kebuntuhan hidup. Ujian demi ujian akan bersama anda dan kita memerlukan satu kesabaran menangani kerenah tersebut. Bersabar dan bertawakal adalah dua komponen perwatakan manusia.
Apabila kita bersabar wajar dihiasi dengan budaya bertawakal kerana bersabar sahaja tidak membawa sebarang makna jika perubahan kepada masalah yang sedang dihadapi itu tidak ada usaha hendak diperbaiki. Kita mesti bertawakal meminta redha dari Allah s.w.t. Dengan tawakal yang kita laksanakan mendekatkan kita kepada keredhaan Allah S.W.T. Orang yang sentiasa membudayakan tawakal kerana Allah akan meningkat
kan keimanannya kepada-Nya.
Iman dan takwa akan menghiasi usaha bertawakal dan memahami bahawa segala usaha yang dicurahkan untuk membuat perubahan kepada pembangunan merupakan ibadat. Apabila ibadat itu seiring dengan ketakwaan kepada Allah S.W.T. maka kita telah menyempurnakan tugas sebagai pemain atau kahlifah dalam kehidupan ini.
Semangat bertawakal adalah mengimplikasikan bahawa kita sedar dan yakin bahawa penentuan terakhir berada pada kekuasaan Allah. Allahlah yang menentukan kebaikan, kejayaan, dan kebahagiaan hidup manusia. Bagimanapun Allah menetapkan sesuatu ketentuan di atas diri manusia dengan adil. Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim terhadap hambah-hambah-Nya.” Ali Imran : 18.
Walaubagaimanapun tawakal bukan merujuk perbuatan menyerah untuk nasip diri kepada Allah dengan tidak perlu berusaha dan berikhtiar. Sebaliknya, tawakal membabitkan dua proses yang saling berkait, iaitu menyerahkan nasip diri kepada Allah dari satu sudut, dan penggunaan seluruh tenaga fisikal, mental, dan rohani untuk mengubah kedaan diri sendiri dari sudut yang lain.
Bertawakal sebenar adalah berusaha sepenuh jiwa dan raga dan mempunyai keyakinan bahawa setiap yang diusahakan jika ia berlandaskan kepada kebajikan dan kemurnian hidup, Allah akan mengurniakan kejayaan kepada kita. Wajar mempunyai keyakinan yang kukuh bahawa usaha yang kita curahkan itu pasti mendapat redha dari Allah S.W.T.
Segala perlaksanaan agenda pembangunan, manusia berperanan sebagai pemain semata dengan menggunakan segala fitrah Allah telah lengkapkan kepada manusia. Otak untuk berfikir, tenaga untuk pergerakan, lima deria yang ada membantu manusia untuk memahami keadaan sesuatu faktor pembangunan. Kemuliaan manusia berbanding dengan makluk lain adalah disebabkan kehadiran fitrah berfikir.
Manusia juga dibekalkan dengan fakulti akal yang bertanggungjawab terhadap proses persepsi, pemahaman, penakulan, pemikiran dan pembinaan skim ilmu. Dengan akal manusia dapat berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara. Akal merupakan alat yang membolehkan seseorang memahami dan mengamati fenomena alam semula jadi.
Melalui akal manusia dapat memerhati, mentafsir, dan memahami kalam Allah yang terucap seperti al-Qur’an. Manakala kalam Allah yang tidak terucap adalah seperti alam ini. Membaca kedua-dua kalam Allah merupakan tawakal untuk diterjemahkan kepada pembangunan. Memahami sesuatu fenomena alam memerlukan kepekaan berfikir maka itu ia berupa tawakal kerana Allah.
Membaca alam yang tercipta oleh Allah akan mendekatkan kita kepada Allah S.W.T. Ia bermaksud keagungan dan kemurnian kejadian alam memberi inspirasi kepada kita bahawa Allah itu maha agung daripada segala-galanya. Jika kita melihat alam dengan segala tumbuh-tumbuhan menghijau disirami dengan cahaya sang suria bagitu amat cantik maka zat yang pencipta fenomena tersebut lebih agung dan cantik lagi.
Usaha dan ikhtiar manusia dengan menggunakan kemahiran berfikir serta ketabahan hati disertai dengan kesungguhan melaksanakan sesuatu sama ada kepada kebajikan kehidupan atau sebaliknya, Allah akan memberi apa yang manusia inginkan. Dalam hal yang demikian kejayaan serupa ini hanya landasannya kepada pembangunan dunia semata. Dan jika akibatnya akan kembali kepada manusia yang berunsur kemusnahan kepada jiwa maka Allah akan mengimbalinya dengan malapetka yang tidak dapat dibendung oleh manusia.
Teknologi masa kini sudah melampui batas kemanusiaan di mana persenjataan yang direka oleh manusia menjadi pemusnah kepada makluk manusia. Dunia Barat seperti Amerika Syarikat sudah melangkawi kekuasaan Allah dengan mengkufuri nikmat Nya dengan kurniaan kepada kemahiran Sains dan Teknologi sehingga dapat mencipta berbagai kecanggihan teknologi sebagai alat untuk memusnah manusia di muka bumi ini.
Kecangihan sains dan teknologi yang berjaya direka oleh manusia tidak diambil sebagai iktibar bahawa segala kejayaan manusia tersebut adalah kekuasaan Allah S.W.T. maka itu Allah wujudkan melapetaka untuk menyedarkan manusia sejauh mana kekuasaannya menangani bencana alam yang diwujudkan oleh Allah. Gempa bumi, bajir, kemarau, tsunami, putting beliung seperti tornado, heracane, penyakit menular adalah antara teguran Allah kepada manusia yang tidak mengenali-Nya.
Mengenali Allah dalam semua usaha dan ikhtiar manusia merupakan tawakal. Tanpa tawakal kepada Allah akan mengkufuri nikmat yang Allah berikan kepada manusia seperti kemahiran berfikir, kekuataan minda mengola kejadian fenomena alam kehidupan dan sebagainya adalah kekuasaan Allah bekalkan kepada manusia.
Orang yang bertawakal mengharapkan redha Allah untuk dunia dan akhirat. Melaksanakan pembangunan tanpa berlandaskan kepada usaha bertawakal kepada Allah hanya untuk dunia semata. Bertawakal wajar ditemani dengan keredhaan diri kepada kekuasaan Allah S.W.T. Sesuatu perlaksanaan agenda dunia tanpa redha dalam hati tidak akan mendpat layanan dari Allah.
Sebagai contoh, apabila ahli keluarga yang menemui ajalnya dan ahli keluarga yang lain tidak redha terhadap pemergiannya maka keadaan rohnya tidak diterima oleh alam barzakh. Maka itu roh si pulan berkenaan berada di antara bumi dan alam kubur.
Dia tidak diterima Allah sebagai penghuni alam barzakh. Maka itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap ahli keluarga yang telah meninggal dunia merestui atau meredhai pemergiannya dari alam dunia ke alam barzakh.
Merasa redha membawa kita ke dimensi bertawakal kerana Allah. Dengan hati yang redha menggamit suasana bertawakal akan mendapat keredhaan Allah kelak menerima usaha kita sebagai hambah-Nya. Manusia adalah sebagai pemain semata dan segala usahanya untuk kesempurnaan sesuatu fenomena alam kehidupan berlandaskan kemurnia bertawakal.
(http://bicaramindafaridblogspot.com)

No comments:

Post a Comment