Saturday, June 13, 2009

PENGALAMAN MENDIDIK KITA LEBIH DEWASA(Diterbitkan pada 06. 06. 2009)

Pendidikan boleh melalui berbagai media seperti pendidikan formal, pendidikan not formal, dan pendidikan melalui pengalaman. Mendidik adalah mengilmu seseorang dan mengilmu adalah memberi satu kekuatan mental sebagai zat untuk memahami dirinya kelak memahami ciri-ciri kehidupan yang dipertanggunjawabkan Allah kepada nya sebagai hambah Allah.
Dalam erti kata lain mengilmu adalah memanusiakan manusia atau yang lebih tepat lagi ialah mendewasakan manusia dari segi pemikiran agar memahami disiplin kehidupan. Apabila seseorang itu mencapai kedewasaan dalam pemikirannya maka ia mempunyai luas pendidikan atau pengalaman dalam kehidupan.
Kewujudan makluk manusia di alam ini mempunyai berbagai karakteristik yang membentuknya menjadi ciptaan Allah S.W.T. yang terunggul di alam dunia ini. Keunggulannya dapat dibuktikan dengan amanah yang diberi Allah untuk menjadi kahlifah kepada semua makluk semasa hidup di alam mayah ini. Tanggungjawab yang diletakkan Allah kepada manusia ialah untuk memakmurkan alam kehidupan sejajar dengan fitrah kehidupannya sebagai hambah Allah.
Untuk melaksanakan amanah tersebut menjadi kewajipan kepada setiap individu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan. Dengan kehadiran ilmu dalam dada setiap insan akan mentamadunkannya sebagai kekuatan melaksanakan tanggungjawab sebagai kahlifah di muka bumi ini. Menimba ilmu adalah satu mekanisme yang membolehkan seseorang itu mengumpul dana pengalaman yang akan menjadi pemangkin kepada kewujudan tamadun kehidupan.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dalam keadaan yatim kerana ayahnya meninggal dunia apabila ia berusia enam bulan dalam kandungan ibu, dan apabila menjangkau usia enam tahun ia menjadi yatim piatu pula. Kemiskinan dan hidup sebagai anak yatim piatu tidak mengizinkan Baginda untuk turut sama remaja lain menghadirikan diri di gedung ilmu untuk mendapat pendidikan. Namun demikian Baginda tidak dikecualikan oleh Allah untuk menuntut dan mengilmukan dirinya.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah dipilih oleh Allah menjadi contoh tauladan bagi sekalian alam dengan bekalan ilmu yang diterimanya dari langit (Risalah Allah). Wahyu yang pertama diterima oleh Baginda ialah Allah memerintakannya supaya membaca. Walaupun Baginda mengakui dirinya di hadapan Allah (dalam perantaraan Malaikat Jibril) tidak pandai membaca kerana tidak pernah menjejaki kaki masuk ke gedung pendidikan, dengan kuasa Allah Baginda mendapat pendidikan dari Allah sendiri.
Walaupun Baginda tidak pandai membaca tetapi Allah S.W.T. mendidiknya supaya dapat membaca melalui penghafalan kepada ilmu yang diturunkan kepada Baginda iaitu al-Qur’an nul Karim. Allah S.W.A. perkuatkan ingatan Baginda sehingga ilmu yang diturunkan kepadanya dapat dihafal dan disampaikan kepada umat manusia yang menjadi dokumen paling penting dalam kehidupan hingga ke akhir zaman. Bukan sahaja dapat menghafal ayat-ayat atau ilmu yang diterimanya tetapi diberi kekuatan mental untuk memahami maksudnya.
Menerima ilmu dengan menggunakan satu deria sahaja seperti telinga untuk mendengar kalimah atau risalah yang disampaikan oleh Malaikat Jibril merupakan satu mukzizat Allah kepada Baginda yang dikategorikan sebagai pendidikan melalui pengalaman. Adalah amat luar biasa bagi seseorang manusia dapat menghafal kalimah-kalimah Allah s.w.t. yang banyaknya enam ribu enam ratus enam puluh kalimah dengan sekali sahaja mendengar setiap kalimah selama dua puluh tiga tahun. Tetapi Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah dikurniakan Allah dengan mukzizat tersebut.
Bukan sahaja dapat menghafal kalimah-kalimah Allah tetapi ilmu Illahi itu menjadi sebati dengan jiwanya kelak membolehkannya menyampaikan kepada umat manusia. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. adalah ummi, tidak pandai membaca dan menulis. Maka melalui pendengaran sahajalah Baginda dapat menghafal kalimah suci Illahi yang diturunkan Allah melalui Malaikat Jibril.
Pada kelazimannya seseorang itu menimba ilmu dengan menggunakan lima deria seperti mendengar, melihat, sentuhan, merasa dan menghidu. Dan bukan setakat itu sahaja tetapi menggunakan peralatan lain seperti alat tulis untuk merekodkan ilmu yang dibaca supaya dapat diulang semula sehingga dapat menghafalkannya. Ramai mereka menjadi hafiz al-Qur’an setelah didokumentasikan wahyu Illahi itu dengan mengambil masa yang lama untuk menghafalnya dengan bantuan mata untuk melihat ilmu yang telah disokumentasikan. Cara demikian adalah dalam kategori pendidikan melalui berbagai media.
Bahasa Inggeris mengatakan “Experience is the best teacher”, yang bermaksud pengalaman adalah guru yang paling bijaksana. Menimba ilmu wajar diterjemahkan kepada amalan seperti menyampaikannya kepada orang lain. Orang lain terdidik dan kita pun semakin mantap dengan ilmu yang kita sampaikan itu.
Menerima ilmu tanpa disusuli dengan amal perbuatan tidak akan bersama dengan kita setelah beberapa hari berlalu. Maka itu apabila ilmu itu telah disampaikan kepada orang lain maka ia menjadi pengalaman yang amat baik bagi diri kita kelak menjadi paradigm shif atau lonjakan paradigma bagi anda.

Walaubagaimanapun jika anda telah mengalami satu situasi yang amat menduka citakan anda, ia sepatutnya tidak boleh diulangi lagi tetapi apabila pengalaman tersebut menimpa anda kali kedua dan tidak ada usaha hendak mengelakan atau menceggahnya maka anda dikategorikan sebagai manusia yang paling bodoh. Sedangkan haiwan apabila mengalami sesuatu yang menakutkannya terutama sekali dalam perjalanan menuju ke sesuatu distinasi, haiwan itu tidak mengikuti jalanan yang sama kerana mengingatkan pengalaman yang telah dilaluinya.
Dalam pengurusan pembangunan kemanusiaan perancang bandar tidak mendapat gambaran yang jelas bagaimana memperbaiki infrastruktur kehidupan dalam bandar. Tetapi apabila malapetaka berlaku akibat keadaan bumi yang tidak seiraman dengan olahan tangan manusia itu sendiri seperti terjadinya tanah runtuh, banjir, kemarau dan sebagainya maka perancang bandar barulah dapat memahami cara macamana membina infrastruktur pembangunan sesuai dengan keadaan kepesatan pertambahan penduduk di kawasan Bandar.
Dalam bidang ekonomi dapat kita saksikan bahawa ramai para perniaga meng- alami kerugian apabila dilanda oleh malapetaka yang mengakibatkan perniagaanya terpaksa mengulung tikar. Tetapi ramai orang juga mengambil melapetaka tersebut sebagai pengalaman untuk dia mengubah strategi perniagaanya. Setelah mengalami kerugian yang cukup menyayatkan hati maka malapetaka itu menjadi ilmu baginya untuk membetulkan faktor-faktor pengurusan yang salah.
Sebagai contoh seorang penternak ayam telor membuka perusahaannya dengan memelihara ayam sebanyak lima rarus ekor. Oleh kerana pengalaman belum ada maka melapetaka melanda kepada ternakannya mengakibatkan haiwan-haiwan itu diserang penyakit. Mengambil iktibar tersebut ia mula mengkaji dan memahami faktor-faktor kegagalannya. Selain itu ia juga melibatkan diri dalam kursus sengkat mengenai penternakan ayam yang dianjurkan oleh jabatan Haiwan.
Dengan ilmu yang dipelajarinya serta mendapat suntikan semangat dari rakan seperjuangannya ia memulakan perusahaan itu dengan mendapat pinjaman kewangan dari bank untuk membeli anak ayam sebanyak seribu ekor. Ia melaksanakan perusahaan itu dengan cukup teliti dengan bantuan kakitangan kerajaan dari jabatan Haiwan. Kudrat dari pengalaman yang dilaluinya maka ia berjaya mengembalikan kerugian yang dialaminya sebelum ini.
Perusahaan menternak ayam sudah menjadi darah dagingnya. Ia menambah bilangan ayam telornya kepada tiga ribu ekor. Ia mengambil lima orang pekerja mengurus perusahaannya. Dalam masa lima tahun ia menjadi pembekal telor yang terbesar di Sabah dengan pendapatan sebulan mencerca dua puluh ribu ringgit. Dari pengalaman yang turun naik dalam perniagaan menternak ayam telor ia telah memboktikan dirinya bahawa dia merasa lebih dewasa dalam bidang yang diceburinya.
Hidup ini mempunyai berbagai peringkat mulai dari kanak-kanak, bertukar kepada remaja dan kemudian menjadi dewasa seterusnya diakhiri dengan zaman tua atau lanjut usia. Dalam semua peringkat umur tersebut pasti individu berkenaan melalui bebagai pengalaman sama ada yang baik, pahit atau menggurunkan. Pengalam demikian sebenar adalah pendidik-pendidik yang amat bijaksana.
Mengapakan ia dikategorikan sebagai bijaksana? Pengalaman itu merupakan satu kejadian yang berlaku pada anda di mana faktor yang mengakibatkan kejadian tersebut adalah kita sendiri. Kemungkinan dari faktor kejahilan atau perlakuan yang tidak disengajakan maka berlakulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan itu. Apabila pengalaman itu sukar dilupakan maka ia menjadi sejarah dalam menelusuri kehidupan anda. Sejarah adalah satu peristiwa yang wajar didokumentasikan dalam jiwa seseorang agar ia tidak akan berulang lagi.
Pengalaman yang bercahayakan kemenangan atau kejayaan wajar diperolehi oleh setiap insan tetapi pengalaman tersebut agak kurang mendidik anda menjadi orang yang berilmu dan bijaksana kerana tidak mengalami keperitan dalam memperjuangkan agenda tersebut untuk ia menjadi faktor kepada pembangunan seutuhnya. Kadangkala manusia teruji keimanannya apabila ia mencapai kemenangan dengan cara yang mudah.
Kesenangan tidak mendidik manusia untuk lebih bertoleransi dalam semua urusan pembangunan. Apa yang sering berlaku ialah perasaan riak, sombong dan angkoh terhadap kedudukannya dan kurang memberi ruang untuk berfikir bagaimana keadaan orang lain menangani kehidupan. Ukhuwah kemanusiaan kadang-kadang tercicir kerana kepentingan diri sudah meluap hingga tidak kenalkan diri.
Pengalaman menyedarkan kita lebih insaf dan menyesal terhadap apa yang telah menimpa pada anda. Keinsafan dan penyesalan terhadap apa yang telah berlaku kepada anda akan mendidik anda untuk mendekati Allah sebagai pokok kepada segala kekuasaan yang melanda di alam dunia ini. Manusia hanya sebagai pemain dan segala productiviti untuk kebuntuhan kehidupan di dunia ini merupakan pembangunan jasmani.
Ramai ahli fikir bersetuju dengan ungkapan “Pengalaman adalah guru yang paling bijaksana” atau dalam bahasa lain bermaksud “Experience is the best teacher.” Allah wujudkan manusia dengan segala fitrahnya yang membantu makluk manusia menangani kehidupan. Agenda yang diamanahkan Allah kepada setiap individu menjadi keutamaan dalam melaksanakan wawasan pembangunan. Amanah Allah yang dimaksudkan ialah memakmurkan alam kehidupan; melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-larang-Nya.
Sebagai pemain dalam kehidupan yang berwibawa menemui kegagalan dalam pencaturan hidup akan menjadi aset baginya untuk mengubah strategi pelaksanaan pembangunan. Walau apa pun agenda yang kita laksanakan dalam hidup ini wajar kita sentiasa dekat dengan Allah dan meminta pertolongan seperti mana Allah telah berfirman surah al-Baqarah yang bermaksud “Hanya kepada engkaulah satu-satunya Dzat yang patut kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah (pula) satu-satunya Dzat yang patutu kami minta pertolongan.”
(http://bicaramindafaridblogspot.com)

No comments:

Post a Comment