Monday, June 8, 2009

MENGAMBIL IKTIBAR DARI MALAPETAKA ALAM(Diterbit pada 06.06.2009)

Malapetaka merupakan bahasa alam. Setiap individu wajar dapat memahami mesejnya kerana segala kejadian alam semesta ada hubungannya dengan makluk yang bermastautin di dalamnya. Tidak ada sesuatu kejadian di alam ini yang berlaku dengan sendirinya. Allah s.w.t.yang Maha Berkuasa terhadap semua kewujudan makluknya yang ada di alam semesta ini. Berlakunya sesuatu bahasa alam, mempunyai tamsil yang hanya orang yang beriman sahaja dapat membaca mesejnya. Allah s.w.t. membentuk alam ini untuk tempat tinggal segala makluk ciptaan-Nya. Maka itu Allah sahaja yang berkuasa terhadap kejadian malapetaka tersebut.
Malapetaka atau bahasa alam ada berbagai macam dan ia berlaku di tempat-tempat tertentu sahaja. Malapetaka yang wujud akibat angin seperti puting beliung, herican, catrina dan tornado sering berlaku di Negara Amerika Syarikat. Malapetaka yang diwujudkan oleh hujan seperti banjir, tanah runtuh, manakala bahasa alam yang dipaparkan oleh bumi ialah seperti gempa bumi, gunung berapi, kemarau, tsunami, api dan sebagainya.
Selain dari malapetaka yang melanda kepada infrastruktur pembangunan ada jua bencana yang wujud yang menimpa kepada kesihatan alam kehidupan. Penyakit ber- jangkit seperti virus selema burung, virus selesma babi, AIDS, Tuberclousis(TB) dan sebagainya adalah jenis malapetaka yang wujud akibat olahan tangan manusia.
Apakah yang dapat dipelajari dari malapetaka alam kehidupan tersebut? Melihat dan memahami dengan iman bencana tersebut dapat kita mempelajari sesuatu ilmu yang Allah s.w.t. telah paparkan kepada alam kehidupan manusia. Malapetaka itu wujud disebabkan kerenah-kerenah manusia yang tidak memahami tanggungjawabnya sebagai kahlifah Allah. Bencana alam itu hanya berlaku di tempat-tempat tertentu sahaja di mana amalan manusia bertententangan dengan fitrah kehidupan.
Malapetaka yang dipaparkan oleh angin biasanya dapat kita saksikan di negara Amerika Syarikat yang kejadianya berlaku setiap tahun dan mengakibatkan kerosakan harta benda mencerca ratusan ribu dollah Amerika. Kadang-kadang mengakibatkan juga jiwa manusia. Boleh dikatakan semua jenis malapetaka yang berlaku di atas bumi ini dialami oleh Negara Amerika Syarikat. Mengapakah semua bencana alam demikian, Amerika Syarikat tidak dikecualikan?
Dilihat dari segi keutuhan pemerintahannya sahaja, seluruh masyarakat dunia mengenalinya sebagai polis dunia yang mengamalkan berat sebelah. Dasar pentadbiran luar negara Amerika Syarikat mempunyai unsur-unsur kepentingan peribadi yang seolah-olah hendak menguasai dunia sehingga tidak mementingkan ukhuwah kemanusiaan. Satu faktor yang dunia Barat berselidung ialah mengenai ilmu pengetahuannya yang diiklan kan sebagai jaguh dunia.
Kecangihan persenjataan membuat Barat tidak segan kepada masyarakat dunia terutama sekali masyarakat Islam. Dan apabila masyarakat Islam mengikuti jejak langkahnya untuk melengkapkan negaranya dengan persenjataan demi mempertahankan negara sendiri, Amerika Syarikat dengan lantang mengharamkannya. Apakah tujuannya untuk meningkatkan persenjataannya dan megharamkan negara lain untuk turut sama berbuat demikian?
Semasa Saddam Hussien memeritah Negara Iraq, Amerika Syarikat bersekongkol dengan dunia Eropah dan Australia untuk menentang Saddam. Mereka menuduh Iraq mempunyai senjata biologi yang boleh menghapus manusia seluruh dunia. Berpandu kepada tuduhan tersebut negara-negara bersekutu yang dipimpin oleh Amerika Syarikat meminta Iraq memusnahkan segala persenjataannya termasukalah peluru berpandu jarak jauhnya. Jika Saddam Hussein berdegil negara Iraq akan diserang.
Apa yang berlaku ialah setelah Iraq menghapuskan persenjataannya negara-negara bersekutu yang dipimpin oleh Amerika Syarikat menyerang Iraq juga sehingga Negara Iraq tidak dapat bertindak balas kerana sudah tidak ada senjatanya lagi. Akibatnya pemimpin Iraq Saddam Hussien bersama keluarga mengakhiri hidup mereka di tali gantungan. Apakah tujuan mereka berbuat demikian?
Setelah sekian lama berlalu pemimpin Amerika itu mengakui kesilapannya terhadap tindakan menyerang ke atas negara Iraq. Kekesalannya tidak memberi sebarang manfaat kepada Iraq khasnya dan kepada masyarakat dunia amnya kerana nasi sudah menjadi bubur! Kesan kepada negara Amerika Syarikat dan sekutunya ialah Allah wujudkan berbagai macam malapetaka yang terpaksa dialami oleh masyarakat Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya. Persenjataan canggih Amerika Syarikat tidak ada kemampuan untuk mengelakkan malapetaka alam yang Allah jatuhkan kepada mereka.
Malapetaka demikian hanya mengenai fenomena alam tetapi bagaimana pula mengenai pembangunan sosial dan rohani masyarakat Amerika Syarikat serta sekutunya? Di abad Sains dan Teknologi ini manusia tidak menghiraukan lagi mengenai kemarta- batan manusia sebagai hambah Allah. Mereka hanya memahami keseronokan hidup di alam dunia dan membelakangi amanah Allah sebagai persediaan hidup di alam akhirt.
Masyarakat di bandar Raya New York sahaja lebih daripada tiga suku penduduk nya adalah masyarakat lahir
dari keluarga yang tidak mempunyai bapa yang sah. Masyarakat moden ini tidak mementingkan lagi pintu perkahwinan untuk membina keluarga bahagia. Ramai anak yang lahir tidak tahu siapa seharusnya ia memanggil bapa.
Apabila anak tersebut pergi ke sekolah, guru besar akan bertanya siapakah bapanya, apabila mendaftar anak tersebut sebagai murid sekolah. Pasti ibu tunggal mendapati kesukaran hendak menggunakan siapa nama bapanya kerana menurut pengalamannya anak itu lahir hasil dari pasangan yang bertukar ganti. Bolehkan Guru besar sekolah berkenaan mendaftar murid tersebut dengan menggunakan nama bin ramai-ramai?
Pembangunan social sudah menyunsangkan fitrah kemanusiaan. Malah gereja-gereja di Amerika Syarikat dan di England sudah merestui perkahwinan sejenis. Pada masa kini ramai yang sudah mendirikan rumah tangga sejenis iaitu laki-laki dengan laki-laki atau perempuan dengan perempuan. Zaman kemodernan dunia Barat sudah kembali kepada zaman Nabi Luth a.s.. Malapetaka yang melanda negara-negara Barat sudah tidak dapat dibendung lagi akibat melayani nafsu syahwatnya.
Akibat perbuatan manusia yang menyunsangkan fitrah kemanusiaan Allah wujud kan penyakit koronik yang digeruni oleh seluruh umat manusia di seluruh dunia seperti penyakit AIDS atau sindrom kekurangan daya tahan penyakit. Sehingga ke hari ini penyakit tersebut manusia masih tidak dapat menemui obatnya.
Kecanggihan teknologi Amerika Syarikat membina senjata pemusnah manusia tidak mampu mengatasi penyakit yang semakin menular dan mengancam keselamatan alam sejagat masa kini. Dunia Barat memperselekehkan kekuasaan Allah s.w.t. dengan mewujudkan berbagai kerenah hidup untuk melayani kebuasan nafsu syahwat mereka.
Inilah malapetaka yang wajar difahami oleh manusia mengapakah ia wujud di zaman Sains dan Teknologi ini. Kecanggihan Sains dan Teknologi bagitu pantas sekali berubah kepada yang lebih sophisticated atau sofistikated tetapi penyakit juga semakin banyak jenis yang baru yang belum dapat ditemuikan obatnya oleh manusia.
Kehidupan masa kini adalah antara zaman positif dan negatif. Zaman sekarang ini mempunyai karakteristik tersendiri yang berbeza dari masa-masa terdahulu dan kita wajib mengenal dan memahaminya dengan mendalam, baik unsur positif dan negatifnya. Abad ini adalah abad Sains dan Teknologi. Kebebasan, Pemeliharaan Hak-Hak orang manusia sejagat dan Masa Kemerdekaan Bangsa-bangsa di dunia. Zaman serbah cepat, canggih, dan perkembangan yang luar biasa.
Masa perpaduan dan Penyatuan Kekuatan. Period Perancangan Taktik dan Strategik bukan zaman ‘asal jadi’ atau ‘menyerah diri’ dengan keadaan. Inilah zaman yang dipersiapkan sepenuhnya untuk menyongsong cabaran masa depan dan tidak hanya puas dengan kejayaan yang diraih pada masa kini ataupun keberhasilan yang telah lampau. Perkara tersebut adalah merupakan segi-segi positif disajikan oleh zaman kini.
Namun abad sekarang ini tidak sunyi daripada kekurangan dari segi-segi negatif, sebagai salah satu Sunnah Allah ke atas alam raya ini, iaitu adanya kebaikan dan keburu- kan, manfaat dan muderat, kegembiraan dan kesedihan, kepedihan dan kenikmatan.
Pada zaman ini kebendaan duniawi dan manfaat karier menguasai hidup manusia; orang-orang yang hidup dizaman moden ini cendrung sentiasa mengikuti ajakan dan dorongan hawa nafsu; pencemaran berlaku di setiap sudut kehidupan insan. Zaman yang lebih mengutamakan perantara dan sarana bukan tujuan dan matlamat. Goncang jiwa, tekanan batin dan perpecahan melanda hampir seluruh manusia sejagat ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa seorang manusia sebagai insan biasa boleh terpengaruh oleh keadaan lingkungan dan persekitaran di mana dia tinggal, baik dari segi pemikiran dan gaya hidup kebendaan, seperti juga ia akan terpengaruh dengan keadaan zaman dan perubahan masa yang berlaku. Namun bagitu, ia tidak kehilangan kehendak, iradah dan hak memilih dan menentukan terhadap semua perkara yang berlaku di hadapannya. Inilah sebuah kurnia besar Allah s.w.t. limpahkan kepada seseorang insan dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya di muka bumi ini.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya telah datang dari Rabb-mu bukti-bukti yang terang; maka barang siapa memilih kebenaran itu, maka manfaatnya bagi dirinya sendiri; dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu) maka kemuderatannya kembali kepadanya.” (Surah Al-An’am:104)
Firman Allah lagi , bermaksud: “Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat untuk dirimu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka kejahatan itu buat dirimu sendiri.” (Surah Al-Isra: 7)
Kemodenan di pentas lakunan masa kini kebanyakan menghidangkan satu gejala social dan pada sudut lain menggairahkan remaja dan retua yang tidak menjanjikan kemanfaatan kepada pembangunan. Masyarakat remaja, mahupun kanak-kanak tidak ada yang terpisah mengikuti acara Akademi Fantasia dan Macam-macam Anil sama ada secara langsung atau melalui kaca televisen di rumah.
Pengaruh mempunyai telefon bimbit masa kini sudah menjadi kemestian dalam hidup seorang remaja mahupun kanak-kanak untuk memberi peluang kepadanya membuat undian siapakah pelakun yang terbaik bagi penilainnya. Keasikan dalam penggunaan alat tersebut mengalahkan masyarakat Barat dalam budaya mereka untuk membaca buku. Alat telefon tersebut mengasikkan jenerasi baru sehingga membelakangi amanah yang sepatutnya menjadi agenda utama dalam hidup untuk persediaan masa depan. Murid dan pelajar semuanya seia sekata bersetuju mendahulukan menonton tayangan tersebut daripada membuat persediaan untuk kerja sekolahnya.
Mebelakangi tugas mengilmukan diri akan menempuhi malapetaka dalam kehidupan dimasa hadapan. Baginda Rasul telah meninggalkan pesan bahawa mempunyai ilmu adalah kemestian jika anda inginkan kebahagian hidup di dunia dan dan juga di akhirat. Tanpa ilmu anda akan berteman dengan berbagai jenis malapetaka alam kehidupan. Hidup beribadat dengan ilmu kerana Allah s.w.t. dan jangan hidup melarat tanpa ilmu, membelakangi Allah yang mewujudkan anda di alam dunia ini. ( http://bicaramindafaridblogspot.com )

No comments:

Post a Comment