Saturday, May 9, 2009

KESIHATAN TUNGGAK PEMBANGUNAN KEHIDUPAN

Tidak dapat dinafikan bahawa faktor kesihatan merupakan elemen yang amat penting dalam semua disiplin pengurusan aktiviti kehidupan. Kesihatan boleh menginap dalam berbagai dimensi pemembangunan seperti kesihatan jasmani, akal fikiran, ekonomi ukhuwah kemanusiaan dan kerohanian.
Faktor kesihatan bukan hanya berkisar kepada kesejahteraan jasmani sebagai penggerak kepada semua jentera pengurusan kehidupan tetapi kesihatan juga menginap kepada kesejahteraan fenomena kehidupan yang tidak aktif atau mati. Keberadaan fenomena tersebut sangat menentukan sebagai faktor kewujudan sesuatu kehidupan. Allah s.w.t. telah mewujudkan ciri-ciri kehidupan demikian dengan tujuan untuk menguji manusia sejauh mana ia dapat berpartisipasi sebagai pemain atau khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkan alam kehidupan.
Manusia sebagai pemudahcara atau penggerak utama dalam semua jentera perlaksanaan aktiviti kehidupan. Ia mempunyai peranan dan tanggungjawab sebagai khalifah walaupun para malaikat menentang Allah pada awalnya untuk mewujudkan makluk manusia kerana pada mereka manusia hanya melahirkan persengkitaan sesama sendiri serta pertumpahan darah.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “(Ingat) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang Khalifah di atas muka bumi (Adam). Maka Jawab mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami tasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah: 2:30)
Dalam jalan pendapat Malaikat, bilamana jenis makluk manusia telah ramai, mereka akan berebut-rebut kepentingan di antara satu sama lain. Kepentingan satu orang atau satu golongan bertumbuk dengan satu orang atau satu golongan yang lain, maka beradulah yang keras timbulah pertentangan dan demikian timbul kerusakan bahkan akan timbul juga pertumpahan darah. Dengan demikian ketenteraman yang telah ada, dengan adanya makluk , Malaikat yang patuh , taat dan setia, menjadi hilang.
Allah Ta’ala tidak membantah pendapat MalaikatNya, cuma menjelaskan bahawasanya pendapat dan ilmu mereka tidaklah sejauh pengetahuan Allah. Bukanlah Tuhan memungkiri bahawa kerusakanpun akan timbul dan darahpun akan tertumpah tetapi ada maksud lain yang lebih jauh dari itu, sehingga kerusakan hanya sebagai pelengkap saja dan pembangunan dan pertumpahan darah hanyalah satu tingkat perjalanan hidup di dalam menuju kesempurnaan. Dengan jawapan Tuhan demikian, Malaikat pun menerimalah dengan penuh khusyu’ dan taat.’(HAMKA) .
Allah s.w.t. Maha Bijaksana dan Berkuasa dalam mewujudkan segala makluk yang ada di alam ini sama ada yang hidup atau yang tidak hidup atau mati. Dan kewujudan manusia sebagai khalifah, Allah bekalkan dengan berbagai fitrah untuk membolehkannya menyelenggarakan amanah tersebut. Fitrah-fitrah berkenaanlah yang wajar dipelihara agar sentiasa dihinggapi dengan faktor kesihatan.
Kesihatan jasmani amat menentukan perlaksanaan agenda pembangunan. Apabila kesihatan tersebut tidak dalam keadaan baik maka kemahiran berfikir akan sentiasa mengganggu kesetabilan berfikir untuk menemukan solusi penyelesaian satu-satu agenda pembangunan. Pada kesihatan jasmani itu sahaja ia melibatkan kekuatan mental mengolakan pemikiran. Pemikiran sentiasa berkiblat kepada kemurungan pembangunan akibat mengalami masalah kesihatan. Tanggungjawab kepada keluarga tergugat dan tidak memberi sebarang motivasi kepada anak-anak untuk mendorong mereka meningkatkan peristasi sebagai pemain dalam bidang yang diciburi terutama sekali mengilmukan diri.
Walaubagaimanapun ketidakstabilan kesihatan jasmani merupakan ujian dari Allah s.w.t. menduga sejauh mana kekuatan iman dalam diri anda menangani teka-teki kehidupan. Kelezatan dalam menelusuri kehidupan akan hanya dapat dirasai apabila mengalami masalah kesihatan kerana ia memberi anda satu kesedaran bahawa hidup dalam keadaan sehat adalah jauh lebih bermanfaat berbanding dengan pengalaman apabila kesihatan jasmani sudah tidak bersama kita.
Senyum dan ketawa, tangis dan derita adalah faktor kesejahteraan hidup manusia. Kita senyum apabila mengalami suasana kegembiraan tetapi apabila faktor tersebut bertukar menjadi sedih maka kesedihan tersebut akan melahirkan tangisan yang akan menyelubungi suasana kegembiraan tadi. Inilah warna-warni kehidupan yang pasti setiap individu, tidak terkecuali untuk mengalami dalam hidupnya.
Kesihatan merupakan fitrah Allah untuk menguji keteguhan iman seseorang dalam mengola pembangunan kehidupan. Apabila kesihatan mempengaruhi kehidupan, kelemahan manusia mula menunjul yang kalau tidak ditangani dengan iman kepada Allah maka kemurnian hidup bersepadu pasti akan tergugat.
Sewaktu faktor kesehatan bersama dengan anda masa itulah timbul berbagai agenda dunia yang berupa kemanfaatan hidup mahupun kemuderatan pembangunan. Ramai orang tidak sedarkan diri apabila berhadapan dengan kemewahan dunia mendapati dirinya terjebak dalam arena yang tidak bersih seperti koropsi, penganiayaan hak orang lain, melayani nafsu sahwat, menyegerakan kepentingan diri dan membelakangi tanggungjawab sebagai hambah Allah.
Harus anda sendar bahawa kehadiran orang lain menjadikan kita hebat maka itu adalah wajar memelihara ukhuwah kemanusiaan di mana keseimbangan dalam semua perlaksanaan pembangunan menjadi keutamaan. Kesihatan pemikiran anda tidak wajar dikerohkan dengan tingkalaku membolosi kesempatan-kesempatan yang akan menampil kan satu disiplin yang membuat orang lain mencuragi peranan kita sebagai pemain.
Di zaman sains dan teknologi ini faktor-faktor kesihatan dalam arena pembangu- nan sering dikotak-katikkan oleh individu yang mempunyai kesempatan hanya semata-mata untuk melayani kepentingan diri. Sebagai contoh dalam sesebuah badan kerajaan, ramai menjadi mangsa hendak digugurkan peranannya sebagai perlaksana pembangunan disebabkan terlibat dalam skandal penyelewingan dalam berbagai pengurusan agenda di bawah kelolaannya.
Kerajaan yang sehat dan berwibawa akan sentiasa mendapat sanjungan dari rakyat dan akan menempah kemurniaan pembangunan yang diredhai Allah s.w.t.. Menjadi pemain dalam arena pembangunan manusia wajar dipelihara kerana ia merupakan amanah Allah untuk melahirkan generasi adil dan saksama. Tahukah anda bahawa segala perbuatan yang tercela akan menampar balik kepada generasi anda sendiri yang mengakibatkan generasi berkenaan menjadi perosak ketenteraman hidup bertamadun.
Manusia yang akal fikirannya sehat akan mematuhi disiplin hidup mengikut keutuhan bermasyarakat. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi serta berkerjasama dalam semua hal pembangunan akan melahirkan ukhuwah kemanusiaan yang menjadi benih-benih kasih sayang antara sesama.
Perasaan kasih sayang mempunyai peringkatnya. Peringkat yang paling rendah ialah bersihnya hati dari perasaan hasad dengki, kebencian, iri hati dan punca-punca yang menyebabkan permusuhan dan pertengkaran. Al-Qur’an menganggap permusuhan dan kebencian sebagai hukuman yang dijatuhkan oleh Allah s.w.t. keatas mereka yang kufur kepada risalah-Nya serta menyelewing dari ayat-ayat-Nya.
Persengkitaan antara sesama manusia dipersada dunia sering menjadi agenda yang dimuatkan dalam muka hadapan setiap surat khabar memaparkan perselisihan faham yang tidak ada kesudahannya. Apabila keadaan demikian berlaku maka yang menjadi mangsa adalah harta benda dan orang awam yang tidak berdosa. Perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara sesama wajar hidup dalam mentamadunkan kehidupan.
Kesetabilan politik dalam satu-satu Negara dapat memuatkan agenda pembangu- nan yang akan memurnikan kehidupan rakyat jelata. Kesihatan politik pembangunan wajar ditangani bersama oleh semua peringkat demi mewujudkan suasana kehidupan yang aman dan damai. Walaubagaimanapun jika budaya mementingkan diri dan membelakangi tanggungjawab sebagai pemain menjadi keutamaan dalam pengurusan jentera pentadbiran maka akan melahirkan suasana persengkitaan antara pemerintah dengan yang diperintah atau orang awam.
Kesihatan ekonomi juga merupakan faktor utama dalam membangunkan satu-satu negara. Tidak ada yang dapat dilaksanakan jika ekonomi negaranya tidak menentu atau sentiasa tergugat apabila ukhuwah kemanusiaannya menjadi mangsa. Murninya hubungan kemanusiaan akan melahirkan kasih sayang yang menjadi tunggak kesepaduan pembangunan dunia dan juga akhirat.
Kasih sayang antara sesama manusia merupakan elemen yang melahirkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Orang yang termulia di sisi Allah s.w.t. adalah mereka yang lebih berakwa.
Firman Allah yang bermaksud: “Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa) dan Kami Jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah maha mengetahui lagi maha amat mengetahui.” (Al-Hujerat 49 : 13.)
Allah memberi tahu bahawa sekalian manusia asalnya telah dijadikan daripada laki-laki iaitu Nabi Adam a.s. dan seorang perempuan iaitu isterinya Siti Hawa. Kemudian dari kedua-duanya, Allah telah menjadikan pula berbagai-bagai bangsa dan suku. Maka itu tiadalah manusia itu bermegah-megah antara satu sama lain, dengan menyombongkan keturunannya, kebangsawanannya atau pangkatnya. Janganlah menghina orang lain, atau mengejek-ejek, mencela, mentertawakan orang lain dan sebagainya. Sedangkan mereka semuanya berasal dari satu keturunan, walaupun berlainan bangsa.
Allah menjadikan manusia berbagsa-bangsa dan bersuku-suku,untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Untuk mendekatkan pengertian, persefahaman dan perbaikan, agar tercipta di dalam dunia ini ketenteraman dan kerukunan.
Sesungguhnya manusia yang hidup di dunia ini sentiasa berlumba-lumba di antara
satu dengan yang lain, untuk mencari kemuliaan. Kemuliaan di dunia ialah kekayaan dan kemuliaan di akhirat pula ialah takwa ( kebaktian kepada Allah) -Ibnu Abbas r.a. Maka bagi Allah, orang yang paling mulia dan sehat di sisi-Nya ialah yang banyak kebaktian kepadaNya. Caranya berbakti kepada Allah ialah menjalankan segala apa yang diperintahkan-Nya , dan meninggalkan semua yang ditegah-Nya. (Tafsir Ahmad Sonhdji Mohamad)
Maka itu kesihatan menjadi faktor utama untuk mewujudkan kebahagiaan dan ketenteraman hidup di alam dunia ini. Untuk mendapatkan ilmu faktor kesihatan juga wajar bersama anda dan ilmu itu adalah nadi kesejahteraan dan kebahagian hidup di dunia mahu pun di akhirat kelak.
(http://bicaramindafaridblogspot.com.)


BENCANA ALAM MERUPAKAN TEGURAN ALLAH S.W.T.
(Diterbit pada 16.05. 2009)
Fenomena alam mempunyai dua sifat yang masing-masingnya menggambarkan keadaan yang bertentengan antara satu sama lain. Satu sifat yang menunjukkan keadaan semula jadinya atas ciptaan Allah sesuai untuk dihuni oleh manusia dan makluk Tuhan yang lain. Sifat kedua ialah keadaan alam yang tidak sesuai dihuni oleh manusia dan juga makluk lain akibat bencana alam telah melanda ke atas alam berkenaan menjadikan ia seperti padang jarak padang tekukur.
Allah wujudkan alam ini dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk dihuni oleh makluk-makluk ciptaan-Nya. Walaubagaimanapun apabila alam itu dicemari oleh kotoran atau kerosakan akibat olahan tangan manusia maka Allah turunkan bencana berupa teguran-Nya. Manusia adalah makluk pengguna dan wajar memahami bahawa alam ini di mana manusia bermastautin adalah hak gunapaki sahaja. Hak mutlak adalah Allah s.w.t.
Pencemaran alam kehidupan ada tiga faktor. Pertama ialah pencemaran kepada kebersihan udara, air, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bumi. Manakala faktor kedua ialah mengenai pencemaran akhlak manusia termasuklah penindasan dan penipuan, jenayah, permusuhan antara sesama, koropsi, perzinaan, pembuangan anak hasil dari budaya sex bebas tanpa nikah, pelacuran, perjudian berbagai jenis, pembunuhan, memperkosakan kanak-kanak bawah umur, memperkosakan anak kandung sendiri, hubungan sex antara ibu dan anak kandung sendiri, lesbian, homosex, merompak, dan berbagai-bagai lagi salah laku manusia semata-mata hendak melayani nafsu kehaiwanannya.
Faktor ke tiga ialah pencemaran hubungan manusia dengan Allah. Pencemaran demikian menjadi faktor utama melahirkan kerenah-kerenah kehidupan yang kiblat pemikiran manusia hanya membuntuhi kehidupan dunia semata. Amalan melaknati larangan-larangan-Nya dan mengkufuri perintah Allah adalah antara faktor yang mengeruhkan hubungan manusia dengan yang Maha Pencipta. Pembangunan manusia dipimpin oleh hawa nafsu kehaiwanannya dan jauh dari mensyukuri nikmat Allah yang setiap detik masa dikecapi oleh setiap individu seperti menikmati kehidupan dengan segala kebuntuhan hidup manusia.
Allah s.w.t. bekalkan manusia dengan berbagai keperluan hidup sebagai kahlifah di muka bumi ini. Berbagai fitrah yang ada dalam diri manusia itu sendiri seperti kemahiran berfikir, kesihatan, akal fikiran, kasih sayang, kemahuan, sahwat (kebaikan) dan sebagainya menjadi pelengkap kepada kehidupan sebagai hambah Allah.
Di luar jasmani manusia Allah bekalkan keadaan alam yang conducive untuk manusia hidup mencari nafkah bagi dirinya dan keluarga. Membentuk masyarakat dan melahirkan perasaan kasihsayang demi kesejahteraan hidup membentuk solidaritas sosial yang menjadi empangan ketamadunan hidup sebagai pemain dalam memurnikan alam kehidupan.
Segala disiplin kehidupan tersebut menjadi nadi pembangunan manusia sebagai pemain dalam arena mewujudkan kesejahteraan negara yang berdaulat. Manusialah yang membentuk alam kehidupan sesuai dengan fitrahnya yang digaris bawahkan dalam dokumen wahyu Illahi yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.
Mengkufuri perintah Allah yang termaktub dalam dokumen tersebut akan meng- akibatkan kemurkaan Allah s.w.t. kelak menampilkan teguran-teguran-Nya yang berupa bencana. Manusia harus peka memahami mengapakah bencana alam itu berlaku? Apakah yang harus manusia perlu bertindak untuk memperbaiki kehidupannya?
Bencana alam seperti gempa bumi, tsunamai, hujan, bajir, tornado, peperangan yang tidak ada kesudahan, kemarau, kemiskinan, penyakit dan berbagai-bagai lagi musibah, adalah antara bencana alam yang diketagorikan sebagai teguran Allah ke atas hambah-hambah-Nya yang hidup di alam ini. Manusia wajar dapat mentafsirkan mengapakan Allah wujudkan bencana ke atas kehidupan manusia? Tidak ada fenomena alam yang berlaku dengan sendirinya tanpa kekuasaan dari Zat yang maha pencipta. Masyarakat Islam memahaminya sebagai teguran Allah tetapi orang kafir memahamimya sebagai bencana alam.
Kita mengetahui dari asal usul manusia iaitu Nabi Adam a.s. dengan isterinya Siti Hawa pada mulanya ditempatkan di Syurga. Kehidupan di situ Allah telah sediakan segala kebuntuhan hidup. Tidak ada masalah untuk melaksanakan aktiviti kehidupan kerana segalanya telah disediakan oleh Allah. Tetapi oleh kerana kelemahan manusia menangani kemudahan tersebut maka Allah s.w.t. keluarkan manusia dari hidup aman, tenteram dan bahagia di Syurga, dipindahkan ke alam dunia di mana segalanya memerlukan olahan tangan manusia sebelum mendapatkan manfaat kehidupan.
Perpindahan dari hidup yang senang kepada hidup susah yang memerlukan usaha untuk mewujudkan kehidupan merupakan satu teguran dari Allah s.w.t. Manusia tidak bersyukur terhadap pemberian Allah maka Allah tarik balik pemberian itu mengakibatkan manusia wajar berkhidmat dan melaksanakan ibadah di alam dunia sebelum kembali ke tempat asal manusia iaitu syurga.
Menangani hidup di dunia memerlukan iman dan takwa serta ibadah secara istikamah mulai dari usia yang baliqh hinggalah ajal menjemput nyawa. Iman dan takwa merupakan senjata yang paling ampuh dalam perjuangan menempuhi hidup di dunia demi mendapatkan ganjaran untuk kembali hidup di syurga.
Manusia telah diberi teguran pertama oleh Allah apabila dikeluarkan dari syurga dan bermastautin di alam dunia untuk meneruskan kehidupan. Awas manusia jika anda tidak menghiraukan arahan Allah dan menjauhi larangan-Nya sepertimana yang termaktub dalam dokumen wahyu-Nya, maka tidak mustahil teguran Allah kali kedua melanda kehidupan anda seterusnya selepas agenda dunia selesai! Jangan siksakan diri anda (roh) hidup di nerakan jahanam. Perolehilah kehidupan anda yang bermaha- rajarelah di syurga yang kekal itu.
Teguran-teguran Allah (malapetaka alam) yang diwujudkan-Nya semasa manusia menangani kehidupan di
dunia wajar diterjemahkan ke dalam diri anda sebagai pengguna di alam semesta ini. Tanya diri anda apakah yang telah anda laksanakan yang menjemput kemurkaan Allah s.w.t. Dalam hal ini kita kena tanya semua anggota badan yang membantu anda dalam melaksanakan aktiviti kehidupan yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t.
Bagaimana mata anda melaksanakan tugasnya, adakah perkara-perkara yang tidak wajar dilihat yang mengkufuri kemurnian beragama; tanya pada hidung tentang apayang terciup yang mengotorkan iman anda; apakah yang telah didengar oleh telinga yang mengusik keimanan anda; tanya pada tangan apakah yang telah dilakukannya diluar landasan yang diredhai Allah s.w.t.; dan kepada kaki anda pernahkan ia membawa anda ke tempat-tempat yang tidak sesuai dikunjungi oleh seorang muslim yang sentiasa memelihara kemurnian beragama serta ketakwaannya kepada Allah s.w.t.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan satu mutiara hidup untuk manusia melaksanakan dalam memurnikan kehidupan di alam dunia ini. Jika anda memelihara mutiara hidup berkenaan maka teguran-teguran Allah tidak akan menimpa diri anda semasa hidup di dunia. Mutiara hidup tersebut ialah manusia disarankan untuk mengerjakan yang lima sebelum yang lima datang. Apakah anda buat masa mudamu sebelum masa tua mu datang. Apakah anda telah lakukan semasa sehatmu sebelum masa sakitmu tiba. Adakah anda pergunakan masa lapangmu sebelum masa sibukmu menjelma. Adakah anda pergunakan sebaik mungkin masa kayamu sebelum masa miskinmu datang. Dan apakah anda buat masa hidupmu sebelum ajal menjemput nyawa.
Manusia sentiasa lalai apabila dilamun kehidupan yang menyeronokan sebelum mengalami kehidupan yang menggangu kepekaannya melaksanakan ibadah kerana Allah. Allah memberi keadaan hidup sedemikian rupa kerana ia manjadi ujian kepada keimanan manusia sama ada perlaksanaan ibadahnya sentiasa dalam keadaan mengingati masa kerana demi masa manusia adalah sentiasa dalam kerugian.
Jika bencana alam merupakan teguran Allah kepada hambah-hambah-Nya maka adalah serupa juga dengan musibah seperti masa tuamu, masa sakitmu, masa sibukmu, masa miskinmu dan, masa matimu yang menimpa kepada kehidupan manusai sebagai pemain di alam kehidupan. Musibah seperti ini adalah lebih dekat kepada diri anda untuk memahami sebagai teguran Allah s.w.t.
Untuk memahami lebih lanjut mengapakah Allah mewujudkan teguran-teguran tersebut mari kita kembali kepada kehidupan itu sebagai fitrah. Jika kita menghitung-hitungkan nikmat dan rahmat Tuhan bekalkan kepada manusia, anda tidak mampu melaksanakanya. Nikmat mempunyai deria mata sahaja menjadikan seseorang itu mudah melaksanakan berbagai aktiviti kehidupan dengan mudah dan seronok.
Anda dapat memahami berbagai jenis warna alam kehidupan. Dengan kehadiran mata kita dapat melihat keadaan alam yang penuh dengan keajaiban seperti tumbuh-tumbuan; haiwan berbagai spesis; serangga bermacam jenisnya; ikan yang hidup di air seperti sungai dan laut tidak terkira banyaknya serta jenisnya yang amat menakjub kan.Tahukah anda bahawa tumbuhan-tumbuhan, haiwan, serangga, ikan dan segala jenis kuman yang ada di alam ini adalah kalam Allah yang wajar setiap insan harus membaca dan mengambil iktibar darinya dalam pembangu nan manusia seutuhnya. Samada dari segi keranjian bekerja dan mengamalkan budaya tolong menolong antara sesama seperti semut boleh member iktibar yang amat baik.
Melahirkan teknologi seperti matematik dan fisik dapat kita fahami dari seekor laba-laba yang membina sarangnya begitu teliti dan teratur sukatan serta jarak antara garisnya. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu Allah pertama ialah mengarahkan beliau (manusia) untuk membaca. Ilmu yang dibaca ada dua jenis iaiitu ilmu yang terucap oleh Allah seperti al-Qur’an nur karim dan juga ilmu Allah yang tercipta seperti alam in dan segala isinya. Kemudahan demikian dapat dilaksanakan manusia kerana kehadiran nikmat mata sahaja. Bagimana pula nikmat-nikmat Allah yang lain?
Nikmat mempunyai deria sahaja dapat mengolakan aktiviti kehidupan bagitu sempurna sekali. Manusia dibekalkan lima deria oleh Allah, tujuan untuk membolehkan manusia menangani kebuntuhan pembangunan kehidupan di alam dunia ini. Deria-deria seperti menghidu, merasa, mendengar, sentuhan dan melihat. Segala keutuhan hidup dapat dicernakan dengan menggunakan deria-deria tersebut. Mengapakan manusia tidak bersyukur terhandap nikmat Allah sedemikian sempurna dan canggih?
Bagaimana pula nikmat-nikmat lainnya yang ada dalam jasmani manusia seperti mempunyai otak untuk berfikir dan memahami felosofi pembangunan. Otak merupakan central prossesing unit (CPU) dalam melaksnakan agenda kehidupan serta mengenali yang mana salah dan yang mana betul. Hati untuk merasa keenakan hidup sehingga dapat melahirkan perasaan kasih sayang antara sesama. Dapat mewujudkan ukhuwah kemanusiaan.kelak membina satu solidaritas social yang menjamin kemurnian bermasyarakat. Hidup ini haruslah dimurnikan oleh kehadiran orang lain demi kesempurnaan hidup dalam budaya give and take atau saling batu membatu antara sau sama lain.
Tangan untuk mengolah aktiviti kehidupan mulai dari membina infrastruktur pembangunan hinggalah dapat mendokumentasikan rukun hidup bersepadu antara alam dunia dengan alam akhirat. Dokumen tersebut menjadi kemudahan orang lain menimati ilmu yang telah didokumantasikan sama ada secara elektronik mahu pun media cetak. Degan menggunakan pergerakan tangan sahaja dapat berkomunikasi dengan orang yang cacat anggota seperti bisu..
Nikmat mempunyai kaki memudahkan manusia untuk bergerak mengola aktiviti kehidupan dengan pantas dan mudah. Dengan menikmati kecergasan kaki sahaja untuk berpatisipasi dalam olaraga dan berbagi jenis sukan dapat menjulang tinggi nama baik manusia hingga ke persada dunia. Pembangunan tidak akan menyerah tanpa mempunyai kenikmatan sepasang kaki. Oleh itu wajarkah manusia bersyukur demi menjauhi teguran Allah yang Maha Berkuasa?
(http://bicaramindafarid.blogspot.com)

HIKMAH DI SEBALIK KEGAGALAN
(Diterbit pada 23. 05. 2009)
Allah s.w.t. wujudkan alam kehidupan dalam keadaan berpasangan. Dari segi jantina kita ada lelaki dan perempuan atau jantan dan betina. Keadaan alam juga ada positif dan negatifnya. Bagitu juga mengenai bentuk benda, ada yang besar dan ada yang kecil; ada yang panjang dan ada yang pendik. Dalam perlaksanaan agenda pembangunan demikian keadaannya; ada yang berjaya dan ada mengalami kegagalan.
Kedua-dua fenomena tersebut ada manfaatnya kepada infrastruktur pembangu- nan. Dengan keadaan demikian manusia dapat memanfaatkannya mengikut kesesuaian fenomena berkenan. Kedua-dua keadaan demikian menguji manusia sejauh mana ia bersabar apabila mengalami salah satu daripada fenomena tersebut.
Apabila perlaksanaan agenda pembangunan manusia memihak kepada faktor kebaikan, akhlak semula jadi seorang insan akan berkiblat kepada kegairahan, kegem- biraan, kemegahan atau kesombongan. Perasaan syukur kepada Allah amat nipis sekali mempengaruhi jiwanya. Ia mula memikirkan kehebatannya berbanding dengan orang lain. Amat para sekali apabila orang berkenaan menganggap kejayaan itu adalah hak mutlaknya sebagai pemain dalam pembangunan kehidupan.
Tahukah anda bahawa manusia hidup di alam dunia merupakan sandiwara semata dan mempunyai jangka masa waktunya yang Allah telah tetapkan kepada setiap indivi- du. Apabila anda mengiklankan kehebatan anda dalam menangani kehidupan dan meremehkan orang lain maka anda mengkufuri nikmat kehebatan yang Allah kurniakan kepada anda.
Kejayaan tersebut wajar difahami sebagai kurniaan Allah dan wajar dihiasi dengan kesyukuran kerana keberadaan kita dalam segala agenda pembangunan adalah sebagai pemain semata. Memperolehi kejayaan bermakna akan mendapat dana pahala dari Allah sebagai bekalan hidup di alam-alam berikutnya setelah selesai kehidupan di dunia.
Kejayaan merupakan motivasi dalaman yang akan mengangkat martabat manusia sebagai pemain dalam arena pembangunan. Kejayaan akan menjadi pemangkin atau katalist kepada semangat individu berkenaan. Dengan kejayaan tersebut boleh dijadikan landasan untuk mencapai kecemerlangan dalam menelusuri pembangunan.
Bagaimana pula apabila kegagalan itu memihak kepada produktiviti yang telah kita laksanakan? Kegagalan adalah satu peluang yang tertunda untuk menjadi pemain yang lebih berhati-hati dan berjaya. Dalam bahasa lain, “A failure is an opportunity” yang membawa maksud kegagalan adalah satu peluang. Hikmah di sebalik kegagalan mempunyai implikasi yang amat bermanfaat kepada pembangunan.
Kegagalan sebenar adalah ujian Allah s.w.t. untuk melihat sejauh mana manusia dapat memahami posisinya sebagai pemain dalam arena pembangunan kehidupan ini. Tahukah anda bahawa segala kemampuan anda mengola kehidupan telah dibekalkan Allah sebagai fitrah. Segala apa yang ada dalam diri anda tidak ada yang wujud dengan sendirinya tanpa kekuasaan Allah s.w.t.. Oleh yang demikian kegagalan merupakan teka teki kehidupan. Peranan manusia adalah mencari jawapan kepada teka-teki tersebut maka itu adalah wajar setiap manusia mengenali budaya kesabaran.
Kesabaran adalah sebahagian daripada iman dan orang yang beriman akan sentiasa menyerahkan dirinya kepada yang Maha Pencipta. Allah berfirman yang bermaksud : Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan mengabadikan kepadaKu. ” Az-Zaariyat 50 : 56.
Jika seorang yang telah mengakui beriman kepada Tuhan, tidaklah dia akan mau jika hidupnya di dunia ini kosong sahaja. Dia tidak boleh menganggur. Selama nyawa dikandung badan manusia harus ingat bahawa tempohnya tidak boleh kosong dari pengabdian. Seluruh hidup hendaklah dijadikan ibadat.
Manusia sedar atau tidak sedar dia pasti mematuhi kehendak Tuhan. Maka jalan yang lebih baik bagi manusia ialah menginsafi kegunaan hidupnya, sehingga dia pun tidak merasa keberatan bagi mengerjakan berbagai ibadat kepada Tuhan. Apabila manusia mengenal kepada budi yang luhur, nescaya dia mengenal apa yang dinamai berterimakasih.
Ada orang yang menolong kita melepaskan dari malapetaka, kita pun segera mengucap terima kasih! Kita mengembara di satu padang pasir. Dari sangat jauhnya perjalanan, kita kehausan, air sangat sukar. Tiba-tiba di situ tempat yang sunyi sepi kita bertemu seorang yang menjemput kita berhenti berjalan sejenak.
Kita pun berhenti. Lalu di bawakan seteguk air. Kita pun mengucapkan banyak-banyak terima kasih. Kita mengucakkan terima kasih dengan merendahkan diri, sebab kita merasa berhutang budi kepadanya. Dan tidaklah ada manusia beradab di dunia yang membantah keluhuran budi orang yang berterima kasih itu.
Maka bandingkanlah semuanya dengan anugerah Illahi bagi menjamin hidup kita. Sejak mulai lahir dari perut ibu sampai kepada masa habis tempoh di dunia ini dan kita menutup mata, tidaklah dapat dihitung dan dinilai betapa besar nikmat dan kurnia Allah kepada kita. Maka timbullah pertanyaan. Apakah tidak patut kita berterimakasih kepada Nya atas seluruh kurnia itu? (HAMKA)
Jika tidak ada pasangan kepada setiap fenomena kehidupan, kita tidak merasakan kelezatan hidup itu. Manusia tidak dapat berfikir bagaimana mengubah keadaan hidup jika keadaannya sentiasa menggamit kebahagiaan dan kesenangan semata. Maka itu fenomena kegagalan merupakan fitrah hidup yang Allah telah sediakan kepada hambah-hambah-Nya.
Mengalami kegagalan mendidik manusia untuk bersabar dan bertawakal. Bersabar dengan erti kata sebenar dan bukan menggunakan kesabaran itu sebagai faktor untuk meminggirkan diri dari perjuangan. Kesabaran serupa ini adalah salah pasang dan tidak sesuai dalam pembangunan.
Sebagai contoh satu lakunan Allahyarham Tan Seri P. Ramli dengan rakan-rakannya semasa menuntut ilmu mempertahankan diri dari seorang ahli silat yang berjudul “Pendikar Bujang Lapuk”, memahami kesabaran itu sebagai satu maunah atau mikzizat wajar diperolehi langsung dari Allah untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kefahaman pelakun dalam film itu ialah hanya bersabar dan segalanya akan diselamatkan oleh yang maha berkuasa. Mereka memahami kejadian alam sebagai “Cobaan”.
Walaubagaimanapun di sebalik tadbir rahsia kegagalan itu jelas menunjukkan kelemahan manusia yang wajar diperbaiki. Manusia adalah makluk yang sentiasa tidak sunyi dengan kelemahan. Sejak dalam rahim ibu hinggalah lahir ke dunia ini, kemudian beralih kepada peringkat remaja dan seterusnya peringkat usia dewasa kelemahan itu sentiasa menemani manusia. Sampai ke umur tua kelemahan semakin bertambah berat keranan daya tahan badan sudah mula menurun.
Maka itu untuk menangani kerenah-karenah kehidupan tersebut wajar meleng- kapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan manusia dapat meraih kemenangan dan kebahagiaan di dunia. Kebahagian di akhirat juga dapat diperolehi
dengan bekalan ilmu pengetahuan. Kegagalan akan muncul dalam kehidupan apabila
ilmu pengetahuan itu jauh dari diri kita.
Fenomena kegagalan akan menginap di mana sahaja dan di semua tempat sama ada dalam pembangunan, ekonomi, kesihatan, mahupun dari segi akidah. Jika kegagalan itu menginap kepada pembangunan manusia yang berlandaskan kepada mengilmukan diri maka adalah wajar memperbaharu dan meningkatkan usaha untuk memperbaiki prestasi pencapaian dalam semua mata pelajaran yang diceburinya.
Peperiksaan dan ujian merupakan satu kaedah untuk meninjau sejauh mana ilmu yang telah kita perolehi. Alat tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat keberkesanan media untuk memanusiakan manusia. Kegagalan adalah isyarat kepada individu berkenaan bahawa tahap pencapain untuk mengilmukan diri masih di peringkat rendah. Memperbaiki prestasi pencapai merupakan ibadah kerana manusia disarankan oleh Allah s.w.t. untuk membaca dan menuntut ilmu pengetahaun. Orang yang berilmu adalah mereka yang dekat dengan Allah.
Apabila kegagalan itu menginap kepada pembangunan maka adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia sebagai pemain untuk memperbaiki keadaan hidupnya. Bagaimana berlakunya keadaan demikian wajar diberi pertimbangan dengan mengambil kira faktor-faktor yang mengakibatkan kegagalan itu berlaku. Kemahiran berfikir menjadi alat untuk mengenali kerenah-kerenah pembangunan yang mengakibatkan terjadi nya melapetaka tersebut.
Pada lazimnya pokok pangkal kepada berlakunya kegagalan berpunca dari disiplin pengurusan itu sendiri. Apabila landasan pemantauan kurang diberi penekanan kepada budaya keikhlasan dan kejujuran menusia sebagai pemain maka kelemahan manusia pasti akan memihak kepada kegagalan. Disiplin pengurusan pada setiap agenda pembangunan wajar dilihat dari faktor kelemahan kemanusiaan.
Dalam semua perlaksanaan pembangunan faktor utama yang mempengaruhi kegagalan selain dari faktor kemanusiaan ialah faktor kewangan. Kesempurnaan dalam segala pengurusan pembangunan berpaksi kepada kesihatan kewangan. Kekuatan kewangan menjadi nadi pembangunan manusia seutuhnya.
Sistem petadbiran Malaysia berlandaskan kepada sistem kewangan yang menjadi media dalam pengurusan pembangunan manusia. Ia memudahkan urusan jual beli peralatan sebagai bahan dalam memantapkan kehidupan bertamadun. Kegagalan dalam pengurusan kewangan akan mengakibatkan lumpuhnya system pentadbiran negar. Seseorang itu menjadi hebat dan disegani orang dalam masyarakat kerana mempunyai kekuatan ekonominya. Sehat ekonominya dihiasi dengan disiplin pengurusan yang sempurna menjadikan hidup ini sentiasa dalam keadaan yang sehat.
Apakah hikmah di sebalik tadbir rahsia kegagalan pengurusan kewangan? Oleh sebab kewangan menjadi nadi pembangunan dalam semua sektor pengurusa, maka adalah menjadi dasar dalam kehidupan bahawa akhlak serta kesempurnaan perlaksanaan ibadah menjadi tunjang kepada segala kerenah briokrasi. Memimpin manusia memerlukan kesepaduan ukhuwah kemanusiaan. Kasih sayang antara sesama menjadi barometer dalam memastikan rukun hidup bersepadu yang akan menjamin kestabilan pengurusan agenda pembangunan. Budaya mementingkan diri menjadi pilihan terakhir dalam pembangunan social.
Kesihatan dan kesempurnaan hidup yang dihiasi dengan kemurnian beribadah kerana Allah melahirkan tamadun kehidupan. Dalam surah Al-Fatihah Allah berfirman
“Iyyaka nakbudu wa iyyaka nastain” membawa maksud: Hanya kepada Engkaulah satu-satunya Dzat yang patut kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah (pula) satu-satunya Dzat yang patut kami meminta pertolongan.
Dalam menelusuri kehidupan wajar dihiasi dengan kemurnian beragama (Islam) kerana dengan cara itu sahaja manusia dapat melaksanakan pembangunan dengan adil dan saksama. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengatahui tentang ciri-ciri kehidupan. Tidak ada lain yang manusia dapat meminta pertolongan selain Allah s.w.t. Sama ada kejayaan mahu pun kegagalan semuanya mempunyai hikmah di sebaliknya kerana manusia hanya sebagai pemain dan Allahlah yang maha mengatahui dan penentu kepada segala agenda pembangunan manusia.
(http://bicaramindafaridblogspot.com)

No comments:

Post a Comment