Friday, April 24, 2009

WARNA-WARNI KEHIDUPAN

Manusia adalah makluk besosial dan bermasyarakat. Ia hidup memerlukan kehadiran orang lain untuk memenuhi berbagai kebuntuhan hidup. Kehidupannya dicorakkan oleh satu disiplin yang unggul merangkumi pembanguan jasmani dan rohani yang dikenali sebagai Warna-Warni Kehidupan.

Pembangunan jasmani kiblatnya kepada alam duniawi semata yang berupa sementara sahaja. Walaubagaimanapun segala agenda pembangunan dunia mempunyai berbagai ragam dan karenah manusia yang kalau tidak ditangani dengan kemurniaan hidup berdisiplin akan memuderatkan pembangunan rohani yang berupa kekal dan abadi. Kehidupan manusia adalah satu perjalanan jauh menuju ke kampung akhirat yang dikenali sebagai Syurga atau Neraka yang Allah telah sediakan untuk hamba-hambaNya.

Semasa berada di alam dunia manusia akan menempuhi ranjau-ranjau perjalanan yang dikategorikan sebagai warna-warni kehidupan. Kehidupan yang mempunyai warna-warna seperti putih, cerah, bersih dan bersinar merupakan kehidupan yang seimbang dan sempurna, diredhai Allah s.w.t. dan pasti mendapat jaminan Allah sebagai kehidupan yang menempah kampung akhirat yang bernama syurga.

Walaubagaimanapun kehidupan yang warna-warnanya pudar, gelap, hitam, dan tanpa bercahaya merupakan satu bentuk kehidupan yang menjemput kemurkaan Allah s.w.t. kelak menempah kehidupan akhirat kejurang neraka jahanam jika kesempatan hidup di dunia tidak disajikan dengan disiplin bertaubat untuk menukarkan corak kehidupan tersebut kepada yang berwarna cerah. Allah itu maha Pengampun, dan Maha Pengasih maka itu manusia wajar mengambil kesempatan tersebut semasa hidup di dunia.

Kehidupan dunia merupakan teka-teka pembangunan di mana manusia menjadi pemain utama untuk mencorakkannya. Agenda dunialah yang dapat menentukan kehidupan akhirat sama ada kebahagiaan atau sebaliknya. Oleh yang demikian mencorakkan kehidupan dunia kepada bentuk yang diredhai Allah s.w.t. kelak mendapat jaminan kampung akhirat yang bernama syurga menjadi agenda dalam mentamadunkan kehidupan.

Dalam menangani kehidupan dunia wajar dihiasi dengan kemurnian beragama. Islam adalah agama Allah yang diredhaiNya. Sesiapa yang menganuti agama selain agama Islam tidak mendapat keredhaan Allah kerana mendoakan Allah, iaitu mempercayai bahawa ada lagi tuhan selain Allah adalah satu kehidupan yang mensyirikkan Allah.

Pembangunan yang menghidangkan corak yang diredhai Allah s.w.t. merupakan satu kehidupan yang bertamadun. Manusia diwujudkan Allah di alam dunia ini dan dilantik sebagai khalifah. Tugas sebagai khalifah adalah satu amanah Allah yang wajar ditangani sebaik mungkin semasa hidup di dunia. Bagaimana mencorakkan hidup di alam ini supaya menepati kehendak sebagai hambah Allah merupakan satu agenda yang wajar disempurnakan oleh setiap insan.

Hidup berdisiplin melambangkan kerukunan hidup bertamadun. Ketamadunan hidup makluk manusia meragkumi kedua-dua dimensi kehidupan iaitu keimanan kepada Allah serta sekalian Rasulnya dan kemurnian hidup berdisiplin yang akan mengikatkan perasaan kasih sayang antara sesama insan. Warna-warni kehidupan menghidangkan berbagai kerenah manusia yang akan mengeruhkan birokrasi pembangunan sebagai landasan ketamadunan hidup bersapadu.

Manusia sebagai pemain dalam mengolahkan pembangunan kehidupan mempunyai berbagai kepentingan peribadi yang menghalalkan cara. Halal dan haram dalam semua perlaksanaan agenda kehidupan tidak menjadi keutamaan kerana dipengaruhi oleh kepentingan peribadi untuk kemurnian kehidupan duniawi semata. Hidup ini harus dihiasi oleh iman dan takwa yang disajikan dengan aktiviti tujuh belas rakaat yang akan memberi kekuatan dan kesediaan individu untuk menghulurkan kebajikan demi melahirkan solidaritas

sosial.

Membantu orang lain yang memerlukan pertologan akan merapatkan suasana siraturahim kelak membina empangan mentamadunkan kehidupan yang sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t. Perlaksanaan aktiviti kehidupan sedemikian rupa akan menempah pahala dari Allah kelak menjamin kehidupan setiap insan memperolehi kebahagiaan hidup di akhrat kelak. Demikianlah kehidupan yang dicorakkan oleh warna yang cerah yang wajar diperolehi semasa hidup di dunia.

Adalah menjadi kemestian kepada setiap individu menghormati hak-hak orang lain kerana keberadaan merekalah maka suasana kerukunan hidup bermasyarakat dapat dibina dalam satu budaya sehaluan dan satu halauan. Merapatkan hubungan kekeluargaan akan melahirkan ukhuwah kemanusiaan yang akan mengekalkan persaudaraan sejagat yang telah terbina sejak Nabi Adam a.s. sebagai asal usul keturunan manusia yang satu.

Hak-hak Muslim ke atas Muslim sesungguhnya Allah s.w.t. telah mensyariatkan kasih sayang di antara orang-orang Mukmin kerana ia menjadikan sebagai jambatan yang kuat menjalani hak sesama mereka. Dengan sebab itu hubungan mereka menjadi lebih erat, kuat, dan hati mereka menjadi tertarik, bersatu dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka.

Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan hal tersebut di dalam sabdanya yang bermaksud: “Hak Muslim terhadap muslim ada lima, pertama menjawab salam; kedua menjenguk orang sakit; ketiga mengiringi jeneza; keempat memenuhi undangan dan kelima mendoakan orang yang bersih.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pada riwayat yang lain dari Muslim, Baginda berkata Hak muslim terhadap muslim ada enam; pertama apabila bertemu muka mengucapkan salam; kedua bila mengundang maka penuhilah; ketiga bila meminta nasihat maka nasihatilah; keempat bila bersin dan mengucap al-hamdullilah maka doakanlah; kelima apabila sakit maka tenguklan dan keenam apabila mati iringilah jenezahnya.

Memberi salam adalah mengucap keselamatan, rasa aman atau doa untuk keselama- tan. “Semoga Allah s.w.t. bersamamu dan menamanimu dan sebahagian berpendapat bahawa ertinya adalah keselamatan.” Firman Allah yang bermaksud, “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.” (An-Nisa’: 86)

Menjawab salam adalah wajib, kerana mengandungi makna amanat, maka apabila seorang muslim memberi salam kepada saudaranya, lantas tidak dijawab, maka sungguh saudaranya tersebut bersifat buruk dan untuk menolak hal tersebut wajib baginya menjawab salam” Mengikut Dr Sholeh Fauzan, dalam bukunya - Adab Seorang Muslim Dengan Masyarakat, “tidak menjawab salam adalah bersifat keangkuhan atas sifat sombong, merasa tinggi, bongkak serta memalingkan muka dan meninggalkan dengan sesuatu yang tidak baik.”

Salam mempunyai pengaruhnya dalam memperkuatkan Rasa Cinta di antara Muslim. Salam adalah symbol kasih sayang dan keselamatan, salam adalah risalah yang mengindikasi kan seorang muslim tentang rasa cintanya kepada orang yang diberi salam dan bersikap lemah lembut dan doa untuk keselematannya, maka itu dapat mententeramkan yang lain, menimbulkan persahabatan dan penghormatan terhadap dirinya.

Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan untuk selalu menebarkan salam dan menjelaskan bahawa menebarkan salam itu sangat penting dalam mententeramkan hati dan mampu menghasilkan kasih sayang untuk sesama muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi Dzat yang menguasai diriku, kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna iman kalian hingga kalian saling mencintai atau aku akan menunjukkan kepada kalian akan sesuatu yang apabila kalian lakukan, maka kalian akan saling mencintai? Tebarkan salam di antara kalian.”

Antara warna-warna kehidupan yang kurang menyerlah atau bercahaya seperti tabiat kezaliman manusia terhadap sesama. Zalim adalah perbuatan yang tercela, dosa yang besar, dan penderitaan yang besar, sifat yang buruk, merosak agama, menghilangkan kebaikan, menghasilkan kecelakaan dan musibah. Kezaliman m engakibatkan permusuhan dan pertikaian, membuahkan rasa iri dan dengki menyebabkan putusnya hubungan dan berdosa, serta merubah hidup manusia menuju penderitaan, kegelapan dan bencana.

Zalim adalah tabiat manusia dan watak yang terkandung dalam dirinya, Allah s.w.t. berfirman, “Dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Al-Ahzab:72) Kezaliman dan kebodohan sudah terkandung dalam diri manusia kecuali yang Allah berikan keimanan dan ketakwaan, ilmu dan petunjuk,serta keadilan.

Kezaliman boleh kita golongkan ke dalam tiga hal. Pertama zalim terhadap diri manusia sendiri dengan menyekutukan Allah (zalim yang tidak akan diampun sama sekali); kedua, zalim seorang manusia kepada dirinya dengan berbuat maksiat kepada Allah. (Zalim yang sama sekali tidak menjadi beban bagi Allah); dan ketiga zalim seorang manusia kepada orang lain sesama manusia. (Zalim yang tidak Allah biarkan darinya sedikitpun)

Kezaliman pertama adalah yang paling buruk. Allah s.w.t. berfirman, “Dan sesung- guhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman:13) Baginda Rasul Nabi Muhammad pernah ditanya, “Dosa apa yang paling besar?” Baginda menjawab, “Menjadikan Allah memiliki sekutu padahal Dia adalah Dzat yang paling besar. Oleh itu balasannya adalah berada dalam api neraka pada hari kiamat selama-lamanya.

Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang mempersekutu (sesuatu dengan Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.” (Al-Maidah: 72)

Seluruh dosa yang ada dapat diampuni Allah s.w.t. kecuali syirik atau menyekutukan Allah, sesungguhnya Dia tidak mengampuni orang demikian. FirmanNya yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syarik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (An-Nisa’:48)

Kezaliman kedua ialah zalimnya seorang hamba kepada dirinya dengan berbuat maksiat kepada Allah dan tidak mentaati-Nya, kerana hak Allah ke atas hambah-Nya adalah agar mereka menyembah-Nya, bertauhid kepada-Nya, mentaati dan tidak berbuat maksiat kepada-Nya. Jika mereka melanggarnya, maka mereka termasuk orang-orang yang zalim.

Allah berfirman yang bermaksud, “Barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah:229)

“Itulah hukum-hukum Allah dan barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.” (Ath-Thalaq: 1)

Bermaksud, berbuat buruk terhadap dirinya, iaitu dengan menjeremuskannya kedalam kebencian dan kemurkaan Allah dan juga seksaan-Nya.

Hal yang ketiga ialah kezaliman kepada orang lain sesama manusia yang tidak membebani Allah s.w.t. sedikitpun. Kezaliman ini adalah yang paling ringan dan paling cepat hilang dengan cara meminta keikhlasan dan dihalalkan dari orang yang dizalimi. Allah s.w.t. telah mewajibkan kepada orang-orang yang beriman agar menjadi saudara dan saling mencintai, saling mengasihi, satu sama lain, saling berhubungan dan menyebarkan kasih sayang.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Belumlah beriman salah satu daripada kalian sampai mencintai saudaranya sebagai mencintai dirinya sendiri.”

Jika seorang Mukmin tidak akan sempurna keimanannya dan tidak akan terlepas tanggungjawabnya sampai dia mencintai saudara-saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri dan membenci sesuatu bagi mereka sebagaimana di membencinya bagi dirinya sendiri dan bergaul sesama mereka sesuai dengan dia inginkan dari mereka.

Warna-warni kehidupan sebenar adalah perwatakan manusia sebagai pemain dalam merealisasikan pembangunan kehidupan yang bertamadun. Manusia dibekalkan Allah lima deria serta hati yang wajar dijadikan sebagai alat pengesan kepada kesesuaian tindakan yang memurnikan kehidupan dalam menggunakan ilmu yang Allah wajibkan kepada setiap manusia sebagai khalifah-Nya untuk memakmurkan alam kehidupan

No comments:

Post a Comment