Tuesday, April 14, 2009

Rukun Hidup Bersepadu

Rukun hidup bersepadu membawa maksud memelihara keseimbangan antara kebajikan hidup di alam dunia dan pada masa yang sama juga memelihara kebajikan hidup di akhirat nanti. Disiplin hidup di alam nyata memerlukan banyak kebuntuhan fisikal manakala kehidupan di alam akhirat bersandarkan kepada sejauh mana kemurnian hidup di dunia telah berlaku. Pepatah mengatakan jika kita menanam padi tanpa diundang rumput turut tubuh subur; tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi padi akan tubuh. Konotasi tersebut menghimbau disiplin hidup yang tidak ada keseimbangan antara hidup di dunia dan kebajikan untuk hidup nanti di alam akhirat.


Menanam padi dianalogikan sebagai memelihara kebajikan untuk dunia akhirat seperti mengerjakan ibadah sembahyang kerana Allah, melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Bersiratulrahmi, tolong menolong, tegur-menegur dan memurnikan hubungan kasih sayang antara sesama


Manakala menanam rumput dianalogikan sebagai memelihara kebajikan hidup di dunia semata tanpa menseimbangkan aktiviti-aktiviti kehidupan untuk kemanfaatan rohani yang akan diperlukannya di dunia akhirat setelah selesai agenda di dunia ini. Mementingkan diri tanpa memikirkan kebajikan orang lain akan melahirkan suasana kehidupan yang individualis yang ingin hidup sendirian. Tidak ada kepekaan bersosial serta hubungan antara sesama atau ukhuwah kemanusiaan bukan menjadi budaya kehidupannya.


Jika kita hidup berprinsipkan keredhaan Allah s.w.t. iaitu menjauhi kerenah-kerenah yang mengundang kemurkaan Allah maka jaminan kebahagiaan hidup di akhirat kelak pasti dapat diperolehi. Tetapi jika kita berpegang prinsip hidup yang kiblat kebahagiaannya hanya semata-mata kebuntuhan duniawi sahaja, maka tidak ada jaminan kebahagiaan yang sama dapat kita raikan apabila hidup ini beralih ke alam akhirat nanti.


Apakah makna hidup manusia? Mengapakah Allah wujudkan makluk manusia di alam dunia? Apakah peranannya sebagai makluk Tuhan di alam ini? Persoalan-persoalan seperti ini wajar menjadikan agenda utama dalam hidup setiap insan untuk mendapatklan jawapannya. Tuhan tidak mewujudkan sesuatu tanpa ada tujuan dan tujuan itulah yang wajar manusia memelihara sebagai hambah Allah hidup di alam dunia.


Hidup ini adalah satu perjalanan jauh menuju akhirat sebagai distinasi mutlak setiap insan. Kita bermula hidup ini dari alam roh di mana Allah telah menciptakannya. Dunia kedua ialah alam rahim di mana roh itu ditiupkan Allah ke dalam janin setelah genap 120 hari dalam rahim ibu. Kita berada dalam alam rahim pada umumnya selama sembilan bulan sepuluh hari, kemudian kita lahir ke alam dunia di mana setiap insan dipertanggungjawab menjaga amanah Allah untuk memakmurkan alam ini serta memurnikan disiplin kehidupan masing-masing.


Berapa lamakah kita berada di alam dunia adalah ketentuan Allah s.w.t.. Kehidupan di alam dunia dianalogikan seperti buah kelapa. Ada yang jatuh ke tanah semasa buah itu masih kecil belum mempunyai air. Ada juga buah yang jatuh ke tanah apabila sudah ada air tetapi belum sempat berisi; manakala yang lain pasti jatuh ke tanah apabila sudah tua dan mempunyai air serta isinya.


Jika kewujuan manusia difahami sebagai satu mataratai kehidupan seekor kera seperti felosofi pemahaman satu teori Darwin maka persoalan tersebut tidak memerlukan jawapan kerana kehidupan seekor haiwan hanya tahu mencari makanan apabila ia merasa perutnya lapar. Dan makanan itu pun haiwan tidak megetahui siapakah yang menyediakannya.


Kewujudan sesuatu fenomena kehidupan tidak berlaku dengan sendirinya tanpa ada sesuatu yang mewujudkannya. Setiap yang bergerak itu mesti ada puncanya yang mengerakkannya. Punca yang mengakibatkan pergarakan itulah yang perlu difahami untuk mencapai matlamat kehidupan itu hinggalah dapat memahami siapakah yang mewujud- kannya.


Sebagai contoh, sepohon buah rambutan yang rendang kelihatan daun-daunnya bergerak tanpa di gerakkan pokoknya. Daun-duannya bergerak disebabkan ada udara yang bergerak mengakibatkan daun itu bergerak. Mengapakan udara itu bergerak? Ia bergerak disebabkan keadaan suhu alam sekelilingnya tidak sama atau berbeza. Apakah sebab suhu alam itu berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain? Keadaan suhu alam berbeza disebabkan kehadiran tumbuh-tumbuhan yang memerlukan oksijen untuk bernafas dan menggunakan karbon dioxida dengan bantuan cahaya mata hari untuk memproses makanannya yang dikenali sebagai fotosintesis.


Dalam proses tersebut, semasa bernafas ia mengeluarkan karbondioksida dan semasa memproses makanan atau fotosintesis ia mengeluarkan gas oksijen dan menambah gas tersebut yang sudah sedia ada di alam ini. Siapakah yang mewujudkan teknologi demikian? Yang berkuasa atas segalanya itu ialah Allah s.w.t.


Permasalahan utama dalam hidup ini ialah memahami antara dua fenomena alam iaitu alam jasmani dan alam rohani. Alam jasmani mudah difahami kerana ia benda yang maujud dan jelas dapat dikesan oleh deria-deria manusia tetapi alam rohani memerlukan iman untuk memahami kewujudannya. Alam rohani adalah perkara yang dalam keadaan ghaib tidak dapat dicernakan oleh pancaindera manusia. Maka disitulah titik tolak bermulanya kesepaduan hidup di alam dunia. Kita wajar beriman kepada alam ghaib(Allah) untuk memelihara kebajikan rohani di samping memelihara kebajikan jasmani kita.


Bagi membolehkan manusia dapat memahami kehadiran alam rohani, Allah s.w.t. telah turunkan dokumen wahyuNya yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan untuk memelihara rukun hidup bersepadu. Memahami disiplin felosofi kewujudan alam ghaib dengan sendirinya akan memakmurkan kebajikan jasmani. Walaubagaimanapun memelihara kebajikan jasmani semata tidak akan mendatangkan kemakmuran kepada rohani sepertimana keadaan penanaman rumput tadi.


Dalam perlaksanaan kehidupan seorang insan wajar dalam keadaan pemikiran untuk memahami hidupnya adalah wujud kerana akibat kehadiran roh Allah dalam jasmaninya. Maka itu adalah wajar bagi setiap individu melaksanakan aktiviti kehidupan yang bermanfaat kepada kebajikan kedua-dua unsur rohani dan jasmani yang dikenali sebagai rukun hidup bersepadu.


Walaubagaimanapun kehidupan di alam dunia sangat menentukan kebahagiaan hidup di akhirat nanti. Kehidupan di dunia yang bersapadu menggamit adab-adab seorang muslim dengan masyarakat di mana anda bermastatautin. Mengikut pendapat Dr. Sholeh Fauzan dalam bukunya bertajuk Adab Seorang Muslim Dengan Masyarakat, mempunyai pandangan bahawa Mukmin yang paling sempurna imannya, paling bahagia hidupnya di dunia mahupun di akhirat dan paling baik balasannya adalah orang yang berpegang teguh pada agamanya dan selalu istiqamah terhadapnya dan orang-orang yang dapat menunaikan hak pehak lain baik hak Allah mahupun hak sesama manusia.


Cinta dan kasih sayang adalah ciri-ciri hidup yang menampilkan manusia sebagai makluk yang bersosial dan bermasyarakat. Segala makluk serta keadaan hidup yang kita miliki seharusnya mempunyai rasa kecintaannya. Mumpunyai rumah yang besar dan cantik; kereta yang berjenama tinggi; mempunyai isteri yang cantik dan solehin; mempunyai anak yang comel dan sebagainya manusia wajar mempunyai kecintaan dalam memperolehi- nya tetapi jangan sampai melebihi cinta kita kepada Allah s.w.t.


Mempunyai kecintaan kepada sesuatu wajar, tetapi tidak melibihi kecintaan kita kepada zat yang Maha pencipta kepada makluk yang kita cintai. Kalau kasih sayang dan cinta seorang ibu terhadap anaknya yang comel tidak ada tolak bandingnya tetapi tahukah anda bahawa kasih sayang dan cinta Allah kepada kita adalah tujuh puluh kali ganda cintanya seorang ibu terhadap anaknya.


Jika demikian keadaannya Allah mencintai kita maka mengapakah manusia tidak membudayakan hidup yang sentiasa mengingati Allah. Mengingati Allah akan memandu kita untuk melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Tetapi dalam keadaan biasa manusia sentiasa leka dan lalai sehingga melupai Allah dan hanya mengingati-Nya apabila ia dalam keadaan sempit atau dalam kesusahan.


Mengingati Allah dan mensyukuri segala pemberinya adalah rukun hidup bersepadu. Kita menangani hidup di dunia dan pada masa yang sama sentiasa keblatkan pemikian itu kepada Allah s.w.t. yang berkuasa meredhai agenda yang kita laksanakan dalam memurnikan kehidupan. Tidak ada sedetik masa pun dalam hidup ini terlintas untuk tidak mengingati Allah kerana dalam pemikiran yang kiblatnya hanya mengingati Allah, Allah akan mengingati kita selama mana kita mengati-Nya.


Setiap yang kita lihat, pemikiran kita wajar kiblatkan kepada Allah kerana kewujudan sesuatu itu semestinya Allah yang berkuasa kerana tidak ada yang wujud dengan sendirinya. Dalam keadaan sedar atau dalam keadaan tidur pun seharusnya kita mengingati Allah apabila kita bermimpi. Setiap kali selesainya sesuatu agenda wajar disudahi dengan kalimah alhamdulillah syukur kerana telah selamat melaksanakannya.


Kehidupan manusia di dunia berkisar antara hubungan-hubungan dengan Allah s.w.t. dan dengan makluk, baik dengan manusia, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda mati dan lainnya. Sesuai dengan hubungannya dengan hal tersebut, maka timbullah balasan bagi manusia di dunia dan di akhirat.


Hubungan dengan Allah ialah seperti mencintai dan memuliakannya, mensyukuri nikmat-Nya, mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Berhubung dengan sesama manusia adalah seperti memberi nasihat kepada mereka, berbuat baik serta bersikap adil dalam segala hal terhadap mereka dan tidak menzalimi maka dia akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan akan diangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, “wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik akau waktu kecil.” Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” (al-Isra’: 23 – 26)


Allah memerintakan kepada manusia agar beribadah hanya kepada-Nya, yang tidak ada sekutu bagi-Nya, berbuat baik kepada ibubapa yang merupakan orang yang paling dekat pertalianya, paling terasa kasih sayangnya, berhak diberi kebaikan dan ditemani. Allah s.w.t. juga memerintahkan manusia untuk memberikan hak-hak kepada kerabat dan orang-orang yang memerlukan.

Firman-Nya yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah mempersekutkan –Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, sanak saudara, anak-anak yatim piatu, orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.” (An-Nisa’: 36)


Berbuat baik kepada makluk-Nya, baik ibubapa, saudara, jiran, teman, orang-orang yang lemah dan miskin. Ayat ini juga bersifat umum untuk orang-orang yang telah disebut kan pada ayat tersebut, baik orang muslim mahupun orang kafir, baik orang fasik mahupun yang salih, kerbat dekat mahupun yang jauh, semuanya harus diberikan keadilan dalam hubungan dan pergaulan dengan mereka. Berbuat baik kepada mereka meskipun hak orang muslim lebih besar daripada hak orang kafir.


Melaksanakan hubungan kemanusiaan akan menampilkan budaya rukun hidup bersepadu kerana Allah sentiasa meredhai amalan tersebut. Pahala yang menjadi ganjaran Allah kepada kita untuk membudayakan disiplin memelihara perikemanusiaan akan memurnikan kehidupan kita di akhirat kelak. InsyaAllah!

No comments:

Post a Comment