Thursday, November 5, 2009

TANGGUGJAWAB SEBAGAI PENGGUNA GLOBALISASI (Diterbitkan pada 31. 10.2009)


Dunia tanpa sempadan merupakan satu sinario perubahan tamadun kehidupan manusia sejagat. Dalam usaha membawa perubahan sesebuah masyarakat  menurut perspektif Islam, lebih-lebih lagi di peringkat negara dan ummah, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran sama ada cabaran dalaman atau cabaran luaran.

                Cabaran dalaman adalah merupakan cabaran yang paling utama dalam usaha merealisasi kan Tamdun Islam dalam sesebuah masyarakat dan negara. Antara cabaran dalaman yang dimak- sudkan ialah Islam tidak difahami secara menyeluruh. Penghayatan umat Islam terhadap  ajaran agama mereka telah banyak menyimpang dari landasan. Kebanyakan mereka yang menganut Islam adalah disebabkan oleh agama keturunan.1

                Sinario tersebut  menjadikan mereka penganut agama warisan peninggalan datuk-nenek, bukan atas dasar kesedaran dan pilihan sendiri. Gejala ini berlaku disebabkan kesan penjajahan Barat yang disalurkan melalui sains dan teknologi, di mana asimilisasi budaya antara tuntutan ‘aqidah Islamiyya dan idelogi moden Barat; antara tuntutan syari’at Islam dan budaya hidup jahiliah dan juga antara tuntutan akhlak Islamiah dan moral jahiliah. Kehidupan seperti ini  sudah tentu mengelirukan. Barangkali inilah suasana yang disifatkan oleh Rasululah s.a.w. sebagai zaman fitnah dalam suatu sabda yang bermaksud:

                “Segaralah kamu mengerjakan amal-amal kebajikan, sesungguhnya fitnah akan datang menimpa kamu seperti kedatangan potongan malam yang gelap, di mana pada waktu itu kamu akan dapati seseorang beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang,  beriman pada waktu petang dan kufur kembali pada waktu pagi, mereka sanggup menjual agama dengan kebendaan dunia. (al-Hadith)

                Demikian jug sabda baginda s.a.w. yang bermaksud:

                “Akan datang kepada manusia suatu zaman, di mana al-Qur’an hanya tinggal tulisan, Islam hanya tinggal nama, masjid-masjid dihiasi indah tetapi jauh daripada hidayah Allah, sementara ulama mereka pula banyak yang  jahat menjadi  makluk perosak yang berada di bawah langit”

                Adakah zaman yang dimaksudkan Baginda Rasul s.a.w. itu, telah  sampai tiba sekarang atau masih belum? Barangkali ada yang sanggup mengatakan  masih belum, kerana masih ramai yang suka membaca al-Qur’an mala ada juga yang menghafalnya. Namun Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan seterusnya:

                “Sesungguhnya ikatan Islam akan  terungkai daripada diri seseorang  muslim satu demi satu. Setiap kali berlakunya ungkaian  itu, dia akan berpegang kepada ikatan yang masih ada sehingga tidak ada lagi ikatan yang tinggal. Ikatan yang paling awal terungkai ialah al-hukum (hukum-akam/halal-haram) dan yang paling akhirnya ialah solat”

                Kalau solat yang paling akhir terungkai dari diri seseorang muslim, bukankan ini bererti orang yang meningglkan solat dengan segaja itu telah terpisah  antara dirinya  dengan Islam yang didakwa sebagai  agamanya? Kalau situasi ini wujud dalam masyarakat Islam hari ini, bukankah ia telah menyamai dengan maksud sabdaan baginda di atas? Suatu penyataan yang jelas daripada baginda s.a.w:

                “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia  telah melakukan kekufuran dengan nyata”

                Kalau inilah landasan  yang mesti dipegang, bermakna zaman kita  hari ini memang betul-betul zaman fitnah yang menyukarkan seseorang yang celek ilmu agama, jauh dari al-Qur’an dan tidak kuat berpegang kepada perintah agama untuk melihat  Islam dalam erti yang seumpamanya.

Di zaman sains dan teknologi ini yang diterajui oleh masyarakat Barat tidak banyak yang kita boleh buat untuk menyesuaikan keadaan selain hanya sebagai penonton dan pengguna budaya globalisasi. Ramai orang lebih suka sebagai penonton kepada hidangan-hidangan sains dan teknologi dan hanya segelintir sahaja yang menjadi pengguna bijaksana dan celek teknologi.

                Hal demikian berlaku disebabkan kedatangan fenomena tersebut secara mendadak maka itu masyarakat Islam mengalami kujutan budaya teknologi. Selain dari paparan sains dan teknologi dalam kaca televisyen budaya Barat turut sama mengiurkan penonton dan mengikuti apa yang kebudayaan Barat semaikan kepada masyrakat dunia. Sebagai contoh yang mudah sahaja, budaya Melayu (Islam) apabila besua hendaklah bersalaman tangan tetapi kini sudah berubah kepada menampar tapak tangan yang difahami sebagai menanda kesyukurannya terhadap sesuatu kejayan yang diperolehinya.

                Satu jenis sukan yang dikenali sebagai teli matcah, sukan gelak ketawa yang diperkenal kan dunia Barat, masyarakat Malaysia sedang asik meniru yang membuat anak remaja dan anak-anak yang masih rebung lupakan diri apabila menontonnya. Program macam-macam Asnil sebagai contoh, tidak ada yang boleh membina akhlak anak-anak yang masih rebung selain dari ketawa dan bertempik sorak menandakan keasikannya menyaksikan gelagat-gelagat yang dipersembahkan oleh pelakun.

                Tahukah anda semasa Allah singkirkan iblis dari syurga kerana gara-gara tidak meng-hormati manusia (Adam) sebagai makluk Allah yang berilmu. Iblis bertepuk tangan dan ketawa kerana merasa kelucun terhadap Adam yang Allah pimpin menjadi makluk yang pintar. Orang yang bertepuk tangan atas kelucuan terhadap sesuatu perlakuan adalah sahabat iblis. Lakunan-lakunan yang dipaparkan dalam kaca televisyen tidak banyak mendidik anak selain dari ketawa dan berteriak, yang memungkin lupa dirinya sebagai seorang muslim.

                Dalam lakunan tersebut tidak ada kata-kata yang diucapkan dengan nada yang perlahan selain berteriak sampai keluar urat lehirnya maka itu yang mendengar membalasnya dengan ketawa berterikan juga entah kelucuan atau hanya mengikuti orang lain berbuat demikian. Apakah akibatnya nanti apabila anak itu terdidik dengan budaya berteriak setiap kali menyaksikan sesuatu perlakuan?

                Satu perkara yang sangat mengaibkan kepada pembangunan insan ialah penonton mahu pun pelakunnya yang sedang hamil turut sama menyertai lakunan yang penuh dengan gelak ketawa. Anda harus faham bahawa pembangunan insan bermula dari rahim ibu. Apa yang ibubapa buat  akan menjadi bahan untuk bayi itu membesar apabila lehir kelak. Sebagai contoh yang mudah sahaja, apabila si ibu atau suaminya mengatakan atau mentertawa kepada kelucuan perwatakan orang yang kurang upaya, maka apabila anak itu lahir sifatnya seperti orang yang menjadi bahan kelucual kedua ibubapa tadi. 

Islam tidak mendidik insan untuk menggunakan kemahiran berteriak apabila ketawa. Malah Islam mahukan anak itu terdidik dengan sopan santun dan berakhlak mulia dengan perwatakan sesuai dalam pandangan Islam. Jika anak itu terdidik dengan cara yang kasar dan tidak didedahkan kepada penampilan yang mulia, maka tungguh sahajalah sehingga menjadi remaja atau dewasa bagaimana penampilannya nanti!

Umat Islam dalam menangani dunia yang diwarnai oleh sains, melihat agama terbatas kepada aspek-aspek Ibadah Khusus semata-mata. Sebahagian lain pula hanya sekadar menampil kannya dalam bentuk slogan dan retorik semata-mata. Sedangkan Islam perlu diketengahkan sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh  meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia. Islam berkemampuan menyelesaikan bukan hanya  permasalahan peringkat peribadi, tetapi juga menggarap persoalan keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Oleh itu, agenda pembangunan ummah, peradaban bangsa dan keutuhan bangsa perlu digarap dalam agenda perjuangan.

Islam hari ini suduah dilihat sebagai faktor pencetus kemunduran dan keganasan. Islam sudah dipejabtkan. Seolah-olahnaya Islam hanya bergelar di sekitar masjid yang menjurus dalam soal sembahyang. kematian, puasa, haji, zikir, dam seumpamanya. Persoalan teknologi, keilmuan, sosial, ekonomi, politik malah seluruh urusan keduniaan sudah dianggap tidak ada perkaitan dengan urusan Islam.

Penjajah barat telah berjaya melahirkan sebahagian masyarakat Malaysia yang mema- hami Islam  dalam bentuk yang terpisah antara persoalan dunia dan akhirat. Orintalis baru ala barat  digunakan sebagai jalan pendek kepada perubahan sosial dan menjadi alat utama bagi melemahkan perasaan kegamaan dan memperkuatkan sikap-sikap sekularis.2

Keadaan demikian berlaku disebabkan pendidikan yang tidak bersepadu antara pem- bangunan dunia dengan pembangunan akhirat, kebanyakan tidak menghormati nilai-nilai agama dan tradisi bangsa. Malah mereka  merasa bangga dengan mengikuti  jejak langkah  dan cara hidup barat. Sedangkan golongan yang menerima pendidikan agama masih cintakan agama dan tradisi bangsa. Perbezaan ini melahirkn pertembungan yang berpanjangan dalam kehidupan.  Demikianlah ciri-ciri pembangunan manusia yang dipelopori oleh budaya globalisasi.

Dunia seni difahami sebagai faktor mengindahkan kehidupan. Tetapi keindahan hidup dan kehidupan tidak menjelma tanpa kemurnian beragama kerana hidup beragama menjadikan pembangunan itu terarah kepada landasan yang diredhai Allah S.W.T. Agama merupakan satu faktor yang  menjadi elemen untuk memahami kesesuai fenomena berkenaan kepada pembangu- nan ummah. Dalam erti kata lain agama adalah alat untuk menyaring atau filter kepada pembangunan yang berunsukan sekular.

Dalam era globalisasi masa kini generasi mudah terdedah sangat kepada fenomena tersebut maka itu menjadi tanggungjawab ibubapa sebagai pemimpin dalam keluarga untuk mengagamakan budaya-budaya barat yang datang  melalui pintu tanpa sempadan. Oleh yang demikian adalah menjadi agenda utama ibubapa dalam membangunkan zuriatnya bermura dari diri sendiri. Jangan menjadi falsafah hidup ketam mengajar anaknya berjalan betul!   

Sinario dunia Islam masa kini, menjelang zaman moden  menguasai  dunia, iaitu akhir abad 13H dan awal abad 14H/19 dan 20M. Dunia Islam dicabar oleh kebangkitan  kuasa Eropah. Umat Islam terpaksa menghadapi cabaran baru yang bersifat luaran dan dalaman secara serentak. Cabaran-cabaran inilah  yang menggambarkan  reality sebenar sinario Dunia Islam menjelang zaman moden.

Pembangunan yang dibawa oleh dunia tanpa sempadan, umat Islam dihinggapai penyakit terlalu cintakan dunia dan bencikan syahid. Fenomena ini wujud adalah diakibatkan oleh pengaruh Tamadun Barat yang mendominasi dunia Timur. Rentetan daripada itu, umat Islam kehilangan identiti dan jati diri, mudah hanyut, hidup tidak berprinsip. Para pemimpin pula hidup berpoya-poya, kekayaan negara berlegar di kalangan orang-orang kaya dan berkedudukan. Golongan inilah yang mempengaruhi  keidupan, menyebabkan dunia hiburan dan hedonism semakin berkembang sehingga lupa saat perpisahan dengan dunia. 3

 

1   Nik Mohd Rosdi Nik  Ahmad, Nik Kamaliah.  KENALILAH TAMADUN (AL-HADHARAH) Pusat Penerbitan

     Universiti (UPENA)) Universiti Teknoogi MARA * SHAH ALAM * 2008.

2    Prof. Mohd Kamal Hasan 1987:3

3  Nik Mohd Rosdi Nik  Ahmad, Nik Kamaliah Nik Abdullah: KENALILAH TAMADUN(Al-Hadharah) Universiti   

   Teknologi MARA* SHAH ALAM* 2008 h. 182

 

No comments:

Post a Comment