Tuesday, November 17, 2009

DUNIA TANPA SEMPADAN MENGKUFURKAN KESUCIAN BERAGAMA (Disiarkan pada 7. 11. 2009)

Islam adalah agama Allah yang dicipta-Nya untuk makluk manusia.(Al-Maaidah ayat (5) 3. Dokumen wahyu yang diturunkan Allah kepada manusia (Muhammad) merupakan resalah tauhid dan perlembagaan pembangunan Islam sebagai cara hidup manusia. Maka itu Al-Qur’an (dokumen wahyu) adalah sebagai roh bagi orang beriman kepada Allah S.W.T..

Roh atau nyawa adalah sesuatu yang bersifat abstrak atau maknawi. Ia tidak boleh di sentuh oleh deria atau pancaindera. Tetapi ia boleh dikesan dengan rasa ataupun dirasakan dengan hati.

Sebagaimana manusia akan mati jika roh atau nyawanya telah keluar daripada jasad, bagitu juga seseorang akan mati hati dan jiwanya sekiranya tidak lagi menjadikan al-Qur,an sebagai roh. Berkaitan dengan al-Qur’an yang menjadi roh bagi orang-orang yang beriman ini, Allah S.W.T. berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepada mu roh (al-Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah kitab (al-Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Qur’an itu cahayanya, yang kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hambah-hambah Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus,(iaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah bahawa kepada Allah-lah kembali semua urusan.” (As-Syura: 52 – 53.

Kewujudan globalisasi atau dunia tanpa sempadan menghalalkan kebebasan menyalurkan pembangunan sosial ala Barat sebagai satu agenda yang mengkufurkan kesucian beragama. Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi mempunyai kemanfaatan kepada pembangunan ekonomi sejagat kerana mewujudkan unsur kerjasama, iaitu falsafah menang-menang yang mendasari konsep perkongsian pintar.

Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Muhammad, “system ekonomi global hari ini bukan lagi suatu rantaian ringkas kesan sehala, tetapi suatu jaringan perhubungan timbal-balas yang kompleks.” Perkongsian pintar adalah tentang perkonsian secara adil dan saksama. Dengan berasaskan idea menang-menang dan memakmurkan jiran anda, ia berteraskan nilai sejagat seperti perasaan percaya-mempercayi, hormat-menghormati, faham memahami, niat baik dan jujur. Satu contoh yang baik ialah konsep Persyarikatan Malaysia dan Barisan Nasional telah menunjukkan kejayaan perkongsian pintar itu.

Walau bagaimana pun setiap yang baik itu tidak semuanya menelurkan kemanfaatan kepada pembangunan manusia seutuhnya. Dalam satu pehak mempunyai agendanya yang berunsur positif tetapi di pehak lain pula mengambil kesempatan untuk turut sama melakarkan satu senario pembangunan kehidupan yang mengkufurkan kesucian beragama.

Pembanguan dunia yang berupa sementara itu wajar seirama dengan pembangunan akhirat yang kekal dan abadi. Maka dengan itu menjadi tanggungjawab setiap individu memeli- hara kebajikan rohani lebih diutamakan daripada kebajikan jasmani. Dengan berbuat demikian akan menjamin kebahagiaan hidup di kedua-dua alam dunia dan akhirat.

Jika pembangunan akhirat diutamakan maka jaminan pembangunan dunia turut sama terbela dan terpelihara. Tetapi jika pembangunan dunia diutamakan maka buayan dunia akan memesongkan manusia dari landasan hidup yang diredhai Allah S.W.T. kelak mengkufurkan kesucian beragama.

Pembangunan sosial menjadi agenda utama dalam era globalisasi agar manusia dapat mengenali dirinya sebagai pemain dalam dunia sains dan teknologi. Sains dan teknologi itu, adalah satu alat sebagai pemudacara manusia memahami ciri-ciri pembanguan tamadun sejajar dengan keadaan semasa. Manakalah ilmu agama merupakan satu disiplin tamadun untuk mengenali diri sebagai pemain dalam arena memurnikan kehidupan dan juga mendekatkan diri kepada zat yang Maha Pencipta. Keunggulan manusia dalam memahami dan mentafsirkan agenda yang mendominasikan pembangunan akhlak manusia, disebabkan kehadiran akal dan fikiran.

Jika fakulti akal dan kemahiran berfikir yang dimurnikan dengan iman kepada Allah, tidak dijadikan kekuatan diri dalam melaksanakan ibadah yang berunsurkan pembangunan rohani maka segala hidangan dunia menjadi pemangkin kepada kekufuran kesucian beragama. Tugas utama setiap insan demi memelihara keutuhan hidup bermasyarakat ialah mencapai keredhaan Allah S.W.T. pada setiap agenda yang diselenggarakan. Pemikiran yang hanya memfokoskan kepada kesoronokan hidup dunia semata akan menghalalkan segala aktiviti yang bertentangan dengan kemurnian Islam sebagai cara hidup.

Kecanggihan sains dan teknologi memaksa manusia mewujudkan dunia tanpa sempadan. Pada hakikatnya kewujudan fenomena tersebut sudah menjadi kewajaran dalam memurnikan pembangunan tamadun. Walau bagaimanapun, apa yang menjadi keutamaan dalam hidup ialah kemurnian hubungan manusia dengan sang Pencipta, kelak menyebabkan jiwa manusia terbina dengan sifat-sifat ikhlas dalam semua aktiviti ibadah, sabar dalam menempuh halangan, berpada dengan apa yang ada, tahu bersyukur dan berterima kasih atas segala pemberian yang diterima.

Apakah elemen-elemen yang dihidangkan oleh globaisasi atau dunia tanpa sempadan yang mengkufurkan umat mukmin memelihara kesucian beragama? Melihat kepada beberapa dasar penting yang diletakkan sebagai asas-asas kepada binaan sesebuah tamadun Islamdapat dirasakan bahawa ciri-ciri dan sifat-sifat tamadun Islamitu suatu yang boleh memberi gambaran yang jelas mengenainya. Antara ciri-cirinya ialah keagamaan, bersumber ajaran wahyu, menepati kehendak fitrah manusia, dan sejagat, mutlak dan tetap. Mengkufuri ciri-ciri tersebut merupakan hidangan dunia tanpa sempadan yang dibawa oleh dunia Barat.

Ciri-ciri keagamaan dapat dilihat kepada penekanan yang diberi oleh tamadun Islam terhadap asas utamanya ialah ajaran tauhid (mengimani dan meyakini keEsaan Allah S.W.T. sebagai Tuhan yang maha berkuasa Mencipta, Menguasai, Mentadbir, dan mengatur perjalanan seluruhnya. Umat manusia sebagai sebahagian komponen alam saghir (kecil) yang diciptakan dikehendaki menerima ketentuan serta kewajipan untuk tunduk patuh kepada segala arahan wahyu yang disampaikan melalui Rasul-Nya S.A.W.

Bersumber kepada ajaran wahyu dapat diperhatikan kepada sumber mutlaknya ialah al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan kepada pemikiran manusia atau berasaskan mana-mana keper- cayaan dan pengalaman tamadun dunia. Manakala ijtihad dan pengalaman tamadun asing hanyalah sebagai sumber tafsiran yang tidak boleh lari daripada garis panduan asal yang termak- tub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Jestru semua bentuk pencapaian dan kemajuan dalam Tamadun Islam, bernaung di bawah kesatuan ‘aqidah, keyakinan dan kefahaman yang sama melalui ajaran tauhid, (keesaan Allah S.W.T.)

Menepati kehendaki fitrah manusia memperlihatkan bahawa tuntutan pembangunan dan kemajuan tamadun Islam adalah bertepatan dengan kehendak naluri manusia yang menitik beratkan spiritual, emosional dan moral berbanding fisikal dan material. Tamdun yang dibangunkan secara pincang dan menitikberatkan aspek material berbanding spiritual hanya dapat memenuhi tuntutan hawa nafsu dan tidak berlandaskan ilmu dan ilham. Oleh itu tamadun Islammeletakkan tujuan pembinaannya adalah taqwa dan keredhaan Allah S.W.T bukan keingi- nan hawa nafsu manusia.

Ciri sejagat, mutlak dan tetap menjelaskan bahawa Tamadun Islamtidak mungkin berlaku perubahan dari sudut garis panduannya. Pertukaran zaman, perubahan geografi dan sebagainya tidak mungkin mengubah haluan matlamat dan paradigmanya. Ini disebabkan mutlaknya bukan pemikiran manusia yang sering mengalami kebuntuhan dan kecelaruan, tetapi sentiasa segar dan

bertenaga walaupun mengalami perubahan masa dan geografi. Inilah rahsia di sebalik kenyataan tegas yang terkandung dalam firman Allah yang bermksud:

“(Setelah jelas kesesatan dan syrik itu), maka hadapkanlah dirimu (dan pengikut-pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) “agama Allah” iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dengan keadaan yang bersedia dari mula jadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah S.W.T. itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”. (al-Rum 30)

Hadapkan dirimu kepada agama, dalam keadaan lurus bermaksud berjalanlah tetap di atas jalan agama yang telah dijadikan syariat oleh Allah untuk engkau. Agama itu adalah agama yang disebut Hanif, yang sama ertinya dengan al-Mustaqim, iaitu LURUS. Dijelaskan bahawa yang ditegakkan oleh Muhammad sekarang ini ialah agama Hanif itu, atau Ash-Shirathal Mustaqim itu, yang sudah banyak diselewingkan atau dbelokkan dari tujuan semula oleh anak cucunya Nabi Adam iaitu manusia masa kini.

Kecanggihan sains dan teknologi yang melahirkan dunia tanpa sempadan telah membawa budaya kehidupan yang membelakangi kesucian beragama. Pencemaran kesucian beragama umat Islam dapat kita saksikan dalam berbagai sudut kelak melahirkan masyarakat yang berjenama Islam tetapi telah menyeliweng dari dari landasan tauhid yang sebenar.

Mengagamakan ilmu yang menjadi bahan pembangunan insan bercelaru dengan keseronokan pebangunan dunia tanpa sempadan. Anak-anak yang masih rebung dihiasi dengan keadaan pembangunan dunia yang membawa manusia berjalan di atas landasan yang bengkok kononnya hendak menguji bakat. Menghiasi hidup ini dengan galak ketawa dan tempik sorak sehingga mengeluarkan urat lehir, yang tidak ada sandaranya kepada pembangunan rohani akan membentuk insan yang kiblat pemikirannya hanya kepada dunia tanpa sempadan kepada segala kekufuran.

Generasi masa kini, kita dapat saksikan budaya MALU itu sudah menjadi pinggiran. Manusia terbentuk tanpa perasaan malu disebabkan dalam kandungan ibu sudah disebatikan dengan unsur-unsur keganasan; hakisan dari film atau lakunan dalam televisyen yang bercirikan keganasan atau keruntuhan moral yang secara kebetulan menjadi program kegemaran ibu mengandung.

Mementingkan dunia tanpa sempadan, ramai ibubapa inginkan anaknya celek computer tetapi buta membaca al-Qur.an. Komputer, sains dan teknologi diibaratkan sebagai menanam rumput yang bagaimanapun padi tidak akan tumbuh sama. Tetapi mendidik anak dengan agama atau ilmu akaidah, adalah seperti kita menanam padi, tanpa diundang rumput akan turut tumbuh sama. Maksud di situ ialah mendidik anak dengan kemurnian beragama (ilmu akhirat) akan dengan sendirnnya memurnikan pembangunan dunia tanpa sempadan kerana sudah mempunyai saringan atau filternya untuk memahami antara yang kufur dengan wajib.

Budaya globalisasi atau dunia tanpa sempadan membina kehidupan dunia bagikan syurga dan penggunanya tidak bersedia menghadapi kehidupan akhirat maka itu sangat takut berpisah dengan dunia. Generasi mukmin melihat pembangunan dunia itu bagikan neraka kerana ciri-ciri kemodenannya tidak menunjukkan kemanfaatan hidup di akhirat nanti.

Allah berfirman: “Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian.”Al-Ashr, (103) 1 – 2. Hidangan-hidangan televisyen yang membawa kesonokan kepada penonton yang setia mengikuti program yang diminatinya, sentiasa mengalami pembaziran masa kelak membelakangi ibadah nya untuk menunaikan solat wijab lima waktu sehari semalam.

Baginda Rasul Nabi Muhammad saw menyarankan supaya buatlah yang lima sebelum yang lima datang. Kemanfaatan menggunakan masa membina insan yang sentiasa tahu diri dan tanggungjawabnya di hadapan Allah S.W.T. Saranan demikian mendidik kita mengenai tang gungjawab sebagai kahlifah di muka bumi ini. Ambillah kesempatan atau masa yang ada dalam hidup untuk meningkatkan amal jariah yang menjadi jaminan syurga nanti. Insallah!

No comments:

Post a Comment