Monday, January 4, 2010

PEMBELAJARAN 3M MENGGAMIT UKHUWAH KEMANUSIAAN

Memperolehi sesuatu ilmu memerlukan kehadiran orang lain yang akan menyampaikan ilmu berkenaan atau dalam erti kata lain kehadiran orang lain adalah agen perubahan pada keadaan kehidupan seseorang. Manusia lahir di alam ini adalah dalam keadaan bersih dan suci dari segala kemuderatan hidup kerana ia tidak mengetahui segala apa yang dilihat dan disentuh nya melainkan mengeluarkan tangisan apabila ia berkehendakkan sesuatu.

Kehadiran seorang ibu di sisinya adalah wajib bagi seorang bayi kerana segalanya dapat dipelajari dari ibu yang mengasuhnya. Bayi yang baru lahir adalah dalam keadaan yang amat lemah dari segi fisikal, dan mentalnya dan memerlukan bantuan orang lain sepenuh masa. Anak itu dalam keadaan takut kerana tidak memahami keadaan sekelilingnya. Telapak tangannya sahaja sukar nak dibuka kerana hendak mengelakkan dirinya diri dari ketakutan. 

Anak itu mula memahami lapar semestinya ada dimakan atau diminum untuk menghi- langkan rasa lapar atau dahaga. Mengeluarkan tangisan merupakan satu alat berkemunikasi dengan alam di sekelilingnya untuk meminta bantuan. Bayi itu mula memaham kod-kod bahasa melalui ibunya dengan menggunakan mata dan telinga. Apa sahaja keperluannya terutama dari segi keselesaan hidup ia meminta bantuan dari seorang ibu dengan mengeluarkan tangisan.
 

Oleh sebab kehadiran seorang ibu, bayi mendapat keselesaan hidup maka hubungannya dengan ibu lahir kasih sayang yang menjadi pemangkin kepada seorang bayi untuk tidak merasa takut. Maka itu lahirlah ukhuwah kemanusiaan antara si anak dengan seorang ibu yang menjadi pemangkin untuk membina hubungan dengan orang lain di sekelilingnya.
Keadaan demikian meningkat setahap demi setahap sehinggalah bayi itu mula sampai usia hendak menerima pendidikan secara formal di sekolah apabila ibubapanya menghantarnya untuk menerima didikan dari seorang guru yang bertuliah demi mengukuhkan ilmu yang diterimanya dari kedua ibubapa terutama sekali seorang ibu.
Bekalan si anak datang ke sekolah hanya kasih sayang yang telah dipelajari dari ibubapa maka itu anak di peringkat awal wajar diperkenalkan suasana keadaan sekolah yang menggem birakan. Bahasa seorang ibu apabila berkemunikasi dengan anaknya di rumah sentiasa manis dan indah didengar oleh anak itu maka adalah amat membantu dalam pembelajaran seorang anak jika seorang guru menyampaikan pendidikannya dalam suasana kasih sayang yang sentiasa melahir kan keselesaan dan kegembiraan kepada anak murid.

Situasi di sekolah wajar conducive atau membantu bagi si anak agar ia tidak merasa terasing dalam kehadiran anak-anak yang lain. Seorang guru seharusnya menjadikan sekolah itu sebagai rumah anak-anak yang kedua dari rumahnya sendiri. Ketiadaan seorang ibu bersama anak di sekolah wajar dimurnikan dengan kehadiran seorang guru yang memainkan peranan utama dalam menyelesaikan rasa kesunyian seorang anak. Maka itu adalah penting dan bersesuai bagi seorang guru wanita yang penyayang (pada lazimnya) ditugaskan untuk memegang kelas penyesuiyan.

Di rumahnya, anak itu mempelajari makna kasih sayang dari seorang ibu. Maka itu adalah amat penting bagi seorang guru mewujudkan situasi demikian sebagai strategi pempela- jaran seorang guru kepada anak murid yang belum faham apa itu ilmu. Apabila situasi demikian dapat diterima oleh anak-anak murid maka di situlah benih-benih ukhuwah kemanusiaan dapat disemai dalam sanuberi anak-anak. Maka itu anak mula berkawan kepada kumpulannya sesiapa sahaja yang bercakap atau bergaul dengannya. Sebarang permasalahan yang dialami oleh anak murid, guru wajar bersedia bersama mendampinginya seperti halnya yang dilakukan oleh seorang ibu di rumah.
 

Pembelajaran yang sesuai bagi anak yang masih belum memahami keadaan sekolah ialah dengan menggunakan banyak alat yang bersesuaian yang dikenali sebagai ‘alat bantu meng- ajar’. Strategi pembelajaran demikian sentiasa menggamit keseronokan anak-anak berpatisipasi dalam kelas atau kumpulan disebabkan mereka dapat menggunakan sebanyak yang boleh, deria-deria yang membantunya untuk memahami mesej yang disampaikan oleh guru.

Kesemua lima deria yang Allah beri kepada setiap manusia amat penting untuk memban- tu manusia memahami keadaan di sekelilinnya seperti mendengar, melihat, menyentuh, merasa dan menghidu. Penerimaan ilmu dengan mudah dan cepat apabila menggunakan banyak deria. Kata-kata seorang pelajar apabila telah mengikuti ceramah atau pengajaran seorang guru berkata: “Saya dengar saya ingat; saya lihat saya tahu; saya buat saya faham”. Mesejnya ialah dalam semua strategi pembelajaran, deria sentuhan dan amalan melahirkan pengalaman yang menjadi pendidik amat bijaksana.

Mendekati anak dalam menyampaikan pengajaran wajar gunakan sentuhan dan pujian apabila anak itu mengeluarkan pendapatnya atau menjawab persoalan yang diajukan oleh guru. Pendapat yang dicadangkan oleh murid mungkin tidak bersesuaian dengan agenda yang dibin- cang tetapi guru wajar menerimanya dengan meminta pendapat orang lain yang lebih tepat lagi. Jangan menghalang murid memberi pendapat dengan mengatakan “salah” atau “tidak betul.” Jika strategi negetif digunapakai dalam berkomunikasi dengan murid dalam perkembangan pem-belajaran, akan membunuh minat murid untuk berpatisipasi dalam perbincangan.
Anak kecil suka mengembara dalam pemikirannya. Tugas utama sebagai pembimbing atau guru ialah menyelami dunia pemikiranya guna untuk mengambil hati anak kelak menjadi strategi untuk ia menerima anda sebagai pengganti seorang ibu. Dalam pada itu suasana ukhuwah kemanusiaan telah anda bina dalam pembelajaran seorang anak.

Bayi, dalam peringkat memahami apa yang dilihatnya ialah menyentuh dan memasukkan dalam mulutnya. Kedua-dua amalan ini ialah sentuhan dan merasa maka itu melahirkan pembela jaran yang menggamit kefahaman wajarlah menggunakan sebanyak yang boleh deria-deria manusia.
Kemahiran asas 3M menggunakan kelima-lima deria manusia dalam pembelajaran. Dalam aktiviti membaca anak itu menggunakan mata untuk melihat dan mengenali kod bahasa; menggunakan telinga untuk mendengar mesej bahasa dan membaca dengan mengeluarkan suaramelahirkan satu perasaan bersuara.

Mengira melibatakan sentuhan apabila menggunakan alat bantu mengajar; rasa seronok dalam hati apabila berjaya menyelesaikan masalah kira-mengira. Melihat dan mengunakan alat bantu mengajar dalam mengolahkannya untuk mendapatkan jawapan teka-teki kira mengira. Kesemua, sentuhan, merasa, dan melihat, adalah keseronokan dalam pembelajaran kelak mejadi pemangkin kepada jiwa anak-anak untuk lebih giat hendak mengetahui permasalahan alam sekelilingnya.

Menulis adalah satu cara mengukuhkan pengalaman anak apa yang di lihat. Dalam pembelajaran menulis ia menggunakan deria sentuhan dengan alat tulis; merasa seronok dengan pembentukan huruf-huruf kod bahasa; dan apabila kod bahasa itu tidak sesuai di tempatnya seperti salah eja, maka rasa terhidu dalam hati ketidak sesuaian susunan huruf-huruf bahasa. Dalam erti kata lain penempatan huruf-huruf tertentu rasa terasing pada tempatnya dalam penglihatan pada mata memandang.

Dengan menggunakan kemahiran asas dalam pembelajaran sebenar akan melahirkan satu perasaan hubungan kemanusiaan dengan menggunakan semua fakulti kemahiran yang Allah berikan kepada seorang insan. Kemahiran itulah yang menggamit perasaan ukhuwah kemanu- siaan kelak mendekatkan kita kepada kekuasaan Allah S.W.T.

Teknologi Allah dalam membentuk manusia jauh lebih canggih berbanding dengan teknologi manusia yang Allah berikan kepada hambah-Nya. Dengan teknologi yang hanya sedikit sahaja Allah berikan kepada manusia menjadikan manusia anggkoh dan sombong sehingga sampai ke peringkat membelakangi kekuasaan Allah S.W.T.. Manusia harus faham bahawa tiada yang kekal di alam dunia ini hanya Allah sahaja yang tiada permulaannya dan tidak penyudahnya, Dia kekal abadi.

Manusia yang terpanjang usianya di alam dunia ini ialah manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. yang menjangkau umurnya sehingga sampai dua ribu tahun. Tetapi akhirnya menemui ajal juga untuk meninggalakan alam ini dan kembali kepada Allah S.W.T. Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup itu mesti mengalami mati.”
Dalam pembelajaran, kemahiran menulis merupakan satu pusaka yang tidak ada akhir atau penyudahnya dikecuali kehendak Allah S.W.T.. Segala yang tercatit dalam pendokumen- tasian pembangunan kehidupan menjadi kekal sehingga hari kiamat apabila dunia sudah menjadi  
hancur-hancuran. Dokumen inilah menjadi saksi abadi kepada generasi akan datang yang melakarkan satu pengesahan bahawa ada pembangunan telah wujud masa yang lampau.

Setiap mukmin wajar mengejar kesempatan-kesempatan yang bermanfaat kepada kehidu- pan di alam barzakh yang berbentuk amal jariah. Ilmu yang diperolehi melalui berbagai pembela jaran yang menjamin kesejahteraan hidup di alam berikutnya terbahagi kepada tiga kategori. Pertama ialah mempunyai anak yang saleh yang akan meneruskan ibadah yang murni seorang ayah setelah ia meninggalkan dunia ini dan berpindah ke alam barzakh. Amal ibadah seorang anak akan mengingatkan keberadaan seorang ayah semasa di dunia yang telah berbakti kepada bangsa dan agama. Nama kita tidak terpisah menjadi agenda di dunia walaupun jasad sudah tidak ada hubungannya lagi.

Amal jariah yang kedua ialah mengambil kesempatan semasa hidup di dunia, untuk membina gedung-gedung ilmu seperti madrasa atau sekolah agama dan juga rumah Allah seperti mesjid dan surau. Rumah-rumah ibadah tersebut akan menyemikan anak didik yang cintakan agama kelak mengenali dirinya sebagai hambah Allah. Ia menjadi pemimpin masyarakat yang dihiasi dengan ilmu tauhid demi memurnikan kehidupan di dunia sebagai persediaan hidup di alam yang berikutnya nanti. Hidup dengan kemurnian beragama akan menempuhi pembangunan yang terarah.

Pembelajaran 3M membina manusia yang mengenali ibadahnya kerana Allah. Amal jariah yang ketiga ialah menggunakan ilmu yang ada pada diri anda untuk dijadikan sebagai
kekuatan dakwah melalui penulisan. Buku yang terhasil dari melaksanakan dakwah akan menjadi saksi bahawa keberadaan anda di dunia kekal sehingga kiamat walaupun anda telah berpindah ke alam barzakh.

Dakwah melalui penulisan lebih luas dan kuat pengaruhnya berbanding dengan dakwah secara langsung. Maka itu hiasi masa lapang mu dengan kegiatan dakwah dalam penulisan kerana ia tidak memerlukan masa yang khas untuk berbuat demikian seperti mana halnya dalam menjalankan dakwah secara langsung. Semoga Allah S.W.T. memberi taufik dan hidayah dalam penilisan anda. Insa Allah!

No comments:

Post a Comment