Thursday, January 28, 2010

MURID LEMAH FAKTOR JIHAD DALAM PENDIDIKAN

Jihad adalah satu perjuangan untuk mempertahankan sesuatu yang baik atau untuk menentang sesuatu yang tidak baik. Peperangan jihad di antara orang-orang  Islam dan Keristian telah berlaku pada Zaman Pertengahan. Orang Islam perlu berjihad dengan ikhlasnya  ke jalan Allah.

                Setiap aktiviti pembangunan kehidupan adalah ibadah kerana Allah. Maka itu ia memerlukan keikhlasan dan semangat juang demi merealisasikan matlamat agenda berkenaan. Dalam profesion keguruan seorang pendidik wajar memahami tugasnya sebagai tanggungjawab membentuk manusia menjadi pemain yang berilmu dan berwawasan.

                Mengilmukan manusia menjadi perjuangan setiap pendidik dalam mewujudkan  kehidupan yang bertamadun. Menelusuri perjuangan memerlukan semangat yang kuat demi mengukuhkan suasana jihad dalam hati setiap pendidik. Berjihad di jalan Allah wajar dimurni kan dengan kekuatan iman dan takwa kerana faktor tersebut menjadi tulang belakang kepada tanggunjawab sebagai pendidik.

Anak murid sekolah semimangnya insan yang dahagakan ilmu pengetahuan kerana ilmu itu memudahkan manusia memahami tanggungjawabnya sebagai pemain dalam membentuk dan memurnikan kehidupan bermasyarakat. Orang yang berilmu adalah pertahanan pembangunan dan menjadi pemain di seganap lapis masyarakat dalam memurnikan tamadun kehdiaupan.

                Murid yang lemah pula tidak tergiur hendak mengilmukan dirinya atas alasan belajar adalah satu bentuk penyeksaan. Maka itu pendidik yang mulia dan didikasi menjadikan murid yang lemah itu sebagai jihad dalam pendidikan. Tanggungjawab sebagai pendidik adalah amanah Allah. Dalam erti kata lain seorang pendidik ditauliahkan oleh kerajaan mendukung tanggung jawab memanusiakan manusia agar setiap insan tahu diri sebagai ahli masyarakat yang berwawa- san dan berketrampilan.

                Ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan harapan, anaknya mendapat didikan yang sempurna. Pendidik wajar memahami bahawa setiap murid mempunyai kelemahan dalam berbagai dimensi maka itu adalah menjadi amanah bagi guru menemukan solusi penyele- saian kepada masalah yang di alami oleh anak-anak muridnya.

                Mencari faktor penyelesaian kepada kelemahan anak murid merupakan jihad kepada Allah. Jihad adalah nadi perjuangan dalam hidup seorang guru. Dalam berhadapan dengan masalah murid dalam suasana pembelajaran, seorang guru tidak wajar menyandarkan faktor-faktor kekeluargaan yang dialaminya dari rumah sehingga murid yang memerlukan bantuan dalam pembelajarannya menjadi mangsa dibalasah dengan kata-kata yang melukakan hati anak murid yang bersemangat menuntut ilmu. Murid berkenaan meminta gurunya memberi kerja rumah kerana sentiasa ditegur oleh ibubapanya setelah memeriksa bukunya, mengapa tidak ada pelajaran di sekolah.

                Seorang guru tidak wajar membawa masalah peribadinya ke sekolah dan menjadikan muridnya sebagai mangsa, gara-gara anak murid itu seorang pelajar yang lemah dan ingin meminta bantuan dari gurunya. Menggunakan kata-kata hinaan dalam melepaskan geram  terhadap murid berkenaan akan menampar balik kepada keluarga anak tersebut kelak menjadi satu perbuatan yang bukan mendidik dan jauh dari amalan jihad kerana Allah, tetapi ia berbentuk keganasan kerana tugasnya sebagai guru sekolah rendah tidak kena pada tempatnya untuk berbuat demikian.

                Profesion keguruan diwujudkan oleh kerajaan untuk menyahut firman Allah S.W.T.  yang berbunyi: “Bacalah dengan nama Allah.” Allah S.W.T. seolah-olah berkata ‘hai manusia jangan hidup menjadi bodoh’! Institusi pendidikan wujud kerana ada anak murid yang lemah dan memerlukan bantuan dari seorang guru.

Guru berjihad membentuk anak didiknya menjadi manusia berilmu dengan biayaan kerajaan. Guru berjihad tidak dengan tangan kosong maka itu fahamilah tugus  sebagai guru merupakan punca pendapatan untuk menyerah keluarga sendiri. Kegagalan seorang guru melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik akan menerima ganjaran bulanannya yang ‘haram’ kelak akan dimakan oleh keluarga sendiri. Memakan benda yang haram tidak membentuk anak menjadi mulia malah anak itu akan membesar dengan zat yang haram.

                Ingat, permasalahan seorang murid dalam pembelajarannya, yang di bawah didikan seorang guru, akan beralih kepada keluarga guru itu sendiri jika tanggungjawab seorang guru diabaikan. Lebih para lagi jika guru yang mempunyai masalah hubungan dengan murid berkenaan, menghina murid dengan menggunakan kata-kata seperti “anak malaikat” serta dihukum memeluk pohon bunga di luar bilik darjah di bahawa terik panasnya mata hari buat seketika, sebagai deraan kepada murid yang meminta tolong untuk diberi kerja dalam pelajarannya.

                Berjihad menerusi pengajaran dan pembelajaran anak murid yang dahagakan ilmu menjadi nadi perjuangan setiap pendidik. Berjihad bermaksud berjuang, berkerja keras, berperang dan bersungguh-singguh hendak menghapuskan kejahilian dan kobodohan anak murid, pada jalan Allah dan landasan-landasan kebenaran yang diredhai-Nya. Setengah-setengah ulama mentarifkan jihad sebagai kesungguhan sehingga tercapai sesuatu cita-cita.

                Dalam pengertian lain, jihad bermaksud bersungguh-sungguh (mujahadah) menentang musuh (kejahilan); berperang  dan berjuang pada jalan Allah. Rengkasnya, jihad adalah kesung- guhan menggunakan tenaga dan keupayaan dalam bentuk ilmu atau perbuatan disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.

                Firman Allah dalam surah ash-Shaff: 1-11 yang bermaksud “Hai orang-orang beriman sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

                Jihad meliputi semua kegiatan yang menyeluruh yang meliputi usaha menyuruh kepada makruf dan kebaikan serta mencegah kemungkaran dalam kontek mentaati Allah. Berjihad boleh dilakukan dengan bermacam cara; tentera dengan perjuangannya di medan pertempuran; pemimpin dengan kepimpinan dan pemerintahannya, penulis dengan hasil-hasil penulisannya, petani dengan kerja-kerja pertaniannya; guru dengan ajaran kepada muridnya dan seumpama nya.

                Seorang pendidik harus faham, bahawa kepimpinan seorang pemimpin adalah hasil dari khidmat seorang guru di sekolah. Tidak ada orang yang pintar tanpa melalui pendidikan seorang guru. Baginda Rusul Nabi Muhammad s.a.w. pun mendapat didikan dari langit (Allah) melalui malaikat jibril. Maka itu menjadi seorang guru adalah insan yang mulia di sisi Allah S.W.T.. Peliharalah kemulian itu agar ia menjadi saksi kepada manusia yang inginkan kebahagiaan di Surga nanti.

                Mendidik adalah satu bentuk jihad. Jihad adalah senjata  ampuh serampang empat mata yang bertindak dari empat jurusan iaitu lidah, dengan harta, dengan diri, dan dengan nyawa. Seorang guru mengunakan lidahnya untuk kefasihan mengajar demi memudahkan pelajaran diterima dan difahami oleh anak muridnya. Lindah yang ampuh dapat membawa susanan pembelajaran ke arena keseronokan murid kelak melahirkan suasana kegembiraan dalam bilik darjah yang menggamit ukhuwah kemanusiaan.

                Berjehad dengan harta bererti mengorbankan wang ringgit untuk menegakkan kepen- tingan pembelajaran murid. Seorang guru menggunakan banyak wang untuk menuntut ilmu di sekolah, maktab dan di universiti demi kesempurnaan pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Pengajaran yang kreatif dan inovatif melahirkan strategi pembelajaran yang mudah diterima oleh pelajar kerana dapat mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan.

                Berjihad dengan diri ialah mengorbankan tenaga badan sendiri untuk kepentingan umum iaitu mengilmukankan pelajar dan melahirkan murid-murid yang berketerampilan dan berwawa- san. Meyediakan pemain yang bermutu tinggi dalam semua bidang pembangunan. Berjihad melalui pendidikan kadangkala mengorbankan keselisaan hidup yang diuntukkan kepada keluarga dan menumpukan kepada perkhidmatan kelas tambahan di luar jadual waktu yang di sediakan oleh pehak pentadbir sekolah.

                Bejihad dengan nyawa bermaksud kita bersedia  menggadai nyawa dan jiwa untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bagi meninggikan kalimah Allah S.W.T. khusus kepada tenaga pengajar dalam mata pelajaran agama Islam. Khidmatnya sebagai tenaga pendidik untuk mengilmukan manusia tentang kebenaran agama yang diredhai Allah S.W.T. amat mencabar sekali.

Berlaku dalam satu situasi di sekolah menengah kerajaan di mana muridnya datang dari berbagai agama dan kepercayaan. Seorang murid beragama Keristian, terbuka hatinya hendak memeluk agama Islam dengan kerelaan hatinya sendiri. Setelah mengucap dua kalimah syahadat  dan masuk Islam tanpa pengetahuan ibubapanya maka berlakulah satu pandemonium atau huru-hara di sekolah yang dilahirkan oleh keluarga saudara baru berkenaan.

Mereka datang dengan rombongan seramai lapan orang dalam keadaan keganasan, semuanya ahli keluarga saudara baru berkenaan; menuntut supaya mereka diberi tahu siapakah yang memaksa adik mereka masuk Islam. Pehak sekolah yang dipertanggungjawabkan mengenai pengislaman adik saudaranya ialah Pengetua Sekolah dan ustaz yang mengajar agama Islam. Masalah tersebut dapat diselasaikan oleh Pengetua sendiri tanpa berlakunya kejadian yang tidak diingini. 

 Seandainya penyelesai mengenai masalah tersebut tidak dapat ditangani oleh Pengetua, maka pasti nyawa akan tergadai samada Pengetua  sendiri atau  ustaz berkenaan yang melaksana kan pengislaman tersebut. Masalah yang berlaku adalah mengenai agama Islam. Permasalahan serupa juga berlaku kepada ibubapa yang tidak faham mengenai perjalanan disiplin di sekolah apabila berlakunya perlanggaran peraturan sekolah dengan seorang murid. Pasti tenaga pengajar sekolah berkenaan menjadi mangsa oleh ibubapa pelajar yang tidak puas hati mengenai disiplin yang diterima oleh murid berkenaan.

Bagitulah kehidupan seorang guru dalam menangani profesionnya apabila berhadapan dengan murid yang lemah atau yang pintar. Kedua-duanya memelukan kepekaan guru dalam menyediakan pembelajarannya. Walau apa sekali pun permasalahan timbul dalam mendidik murid di sekolah, tidak wajar seorang guru mendera murid yang tidak bersalah dengan hukuman yang tidak tersinarai dalam perlambagaan sekolah.

No comments:

Post a Comment