Wednesday, March 3, 2010

KELEMAHAN MENGGAMIT KECEMERLANGAN



Setiap perlakuan individu pelajar mempunyai mesej yang wajar difahami oleh guru sebagai satu usaha mewujudkan ukhuwah kemanusiaan. Kelemahan yang dipersembahkan oleh murid dalam bilik darjah adalah faktor yang  dijadikan sebagai titik permulaan membina ransangan strategi pembelajaran. Sinario tersebut  sebagai mukadimah dalam melahirkan pembelajaran menggamit kecemerlangannya. Karenah-karenah yang dilahirkan oleh pelajar adalah mesej dari Allah S.W.T. untuk pendidik mencari solusi penyelesaian yang dikenali sebagai startegi pembelajaran yang conducive.

                Guru adalah pemudacara membina landasan pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami oleh kumpulan sederhana. Setiap usaha guru harus berkiblat kepada teknik pembelajaran yang membina kefahaman pelajar, maka itu wajar dihiasi dengan doa memohon Allah menerangkan hati dan minda pelajar kelak diberi hidayah dan petunjuk Allah dengan harapan pelajar itu menjadi insan yang berpontensi. Doa yang menggamit kecemerlangan pasti Allah meredhainya. Tidak ada usaha yang membuahkan kejayaan tanpa keredhaan Allah S.W.T. kerana segalanya adalah ketentuan-Nya.

                Kehadiran guru sebagai penyampai ilmu dari Allah S.W.T. yang telah ditauliahkan kepadanya untuk mentemadunkan kehidupan manusia. Maka itu segala usaha mengilmukan pelajar adalah ibadah kerana Allah. Kelemahan pelajar dalam menerima ilmu mempunyai hikmah di sebaliknya kerana kehadiran faktor tersebut menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk membaikpulih dan memurnikannya sejajar dengan fitrah kehidupan manusia. Faktor kelemahan manusialah dalam mengilmukan diri, kewajaran mewujudkan industri Pendidikan.

                Setiap agenda dalam membangunkan tamadun kehidupan tidak sunyi dengan kelemahan dan permasalahan kerana faktor itulah yang mendiwasakan manusia dalam membetulkan suasana kehidupan. Tanggungjawab utama  manusia ialah mengilmukan dirinya agar dapat memahami amanah yang dipegangnya sebagai khalifah. Ilmu dapat diterapkan dalam diri setiap insan atas  kehadiran akal dan kemahiran berfikir. Inilah fakulti yang ada dalam diri seorang insan yang membedzakannya dengan makluk lain

                Ilmu itu adalah dalam berbagai bentuk dan keadaan di alam ini. Ada yang terucap oleh Allah iaitu dokumen wahyu dan ada yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini. Tanggunjawab manusia dalam menyempurnakan kehidupan ialah menterjemahkan ilmu yang tercipta oleh Allah dalam dirinya sebagai pengguna dan mentafsirkan ilmu yang terucap sebagai usaha pengkayaan dalam pembelajaran.

Mempelajari kedua-dua bentuk ilmu sebenar adalah satu ibadah mendekatkan anda kepada kekuasaan Allah S.W.T.. Menjadi khalifah Allah di alam ini wajar memahami fenomena kedua-dua ilmu tersebut. Ilmu yang tercipta oleh Allah memerlukan kekuatan mental untuk mentafsir dan menterjemahkannya dalam kehidupan. Ilmu yang dipaparkan oleh alam yang tercipta oleh Allah mempunyai iktibar serta tamsil kepada faktor pembangunan manusia.

Pelajar menuntut ilmu merangkumi kedua-dua aspek pembangunan iaitu jasmani dan rohani maka itu seorang pendidik wajar melengkapi dirinya dengan ilmu-ilmu tersebut. Dengan ilmu yang menyempurnakan pembangunan rohani akan menggamit kefahaman ilmu yang bersirikan pembangunan jasmani. Maka itu usaha seorang pendidik mengenali alam kerohanian akan memurnikan pembangunan jasmani kelak menjadi pemain yang berwibawa dan berketerampilan.

Fenomena tamadun kehidupan bermuara dari faktor-faktor kelemahan yang menjadi tanggung jawab setiap insan untuk membetulkan dan memperbaiki sejajar dengan fitrah manusia. Allah S.W.T. telah berjanji dengan setiap insan yang masih berada dalam rahim ibu dengan bekalan ilmu pengetahuan setelah lahir ke alam dunia kelak.

Kefahaman insan (bayi) mengenai perjanjian tersebut ialah mendapatkan ilmu pengeta- huan semudah yang difahaminya seperti mendapatkan makanan semasa masih dalam rahim ibu. Setelah lahir Allah S.W.T. bersedia memberi ilmu pengetahuan yang dijanjikan itu dengan syarat seorang insan haruslah berusaha dengan menggunakan segala fasiliti yang ada dalam diri, yang dibekalkan Allah seperti otak, akal, kemahiran berfikir, nafsu, keinginan, tenaga, jiwa, kasih sayang, cinta, hati, dan sebagainya.

Maka bagi si anak mengetahui segala fasiliti tersebut, ia tidak bersedia untuk menerima kehidupan di dunia dan hendak kembali ke rahim ibu tetapi Allah tidak menerima permohonan nya maka itu sibayi mengeluarkan tangisan sebaik sahaja lahir, sebagai tanda kesediaannya untuk menerima janji (tanggungjawab) tersebut.

Fakulti otak yang normal wajar diperolehi oleh seorang insan. Organ otak menjadi Central Prosessing Unit (CPU) atau Pusat Pemprosesan unit seperti halnya dengan teknologi komputer. Organ otak sebenar adalah sebagai alat sahaja dan yang bertanggungjawab penuh tehadap segala aktiviti kehidupan ialah kehadiran roh  Allah. Maka itu setiap perlaksanaan amal wajar dihiasi dengan kalimah ‘bismillah’. Dengan terucapnya kalimah tersebut membuka pintu kepada keredhaan Allah S.W.T. yang menentukan kejayaan setiap amal.

Ketinggian khuderat kemanusiaan berbanding dengan makluk ciptaan Allah yang lain disebabkan kehadiran akal sebagai penyempurna kepada tindakan manusia. Fakulti akal membim bing setiap insan memurnikan tindakannya sebagai suatu kesempurnaan ibadah kepada Allah. Akal adalah kekuatan otak untuk menimbangkan (memikirkan) sesuatu faktor kehidupan sebelum ia menjadi manfaat kepada kehidupan.

Walau bagaimanapun akal sendiri tidak dapat menguasai berbagai keperluan hidup tanpa penyertaan faktor kemahiran berfikir. Allah bekalkan makluk manusia fakulti kemahiran berfikir yang membolehkannya mencari solusi penyelesaian kepada setiap agenda pembangunan. Ketinggian darjat kemanusiaan sehingga dipilih sebagai khalifah Allah di bumi-Nya ini atas sebab mempunyai kekuasaannya untuk berfikir.

Fakulti nafsu dan keinginan manusia dalam mengolah pembangunan kehidupan adalah penyempurna serta pelengkap kepada kewujudan manusia sebagai hambah Allah. Faktor inilah yang membezakan manusia dengan makluk malaikat. Manusia membangun dan membiak serta beribadah kepada Allah; segalanya berpaksi kepada akal dan kemahiran berfikir yang dibalut dengan perasaan kasih sayang sebagai pokok kecintaan kepada yang Maha Pencipta. 

Fakulti hati dapat membantu manusia melihat alam ghaib dan memahami tanggung- jawabnya sebagai khalifah. Mata hati dapat berkerja sama dengan pengalaman yang dilalui oleh seorang individu kelak menjadikan faktor tersebut sebagai guru yang amat bijaksana. Segala fakulti dalaman tersebut di atas, seorang insan wajar menjadinya sebagai fokal yang digunapakai oleh seorang guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajarannya.

Memperolehi ilmu untuk memperkayakan apa yang sudah sedia ada dalam diri seseorang insan menjadi sunnat Allah. Rintangan dan permasalahan yang dialami wajar ditangani dengan kesabaran dan ketakwaan kepada Zat yang Maha Pencipta, kerana tanpanya ilmu berkenaan sukar hendak diperolehi.

Ilmu itu dapat dipelajari melalui berbagai disiplin kehidupan. Antaranya ialah mempelajari secara khusus melalui seorang guru yang bertaulih; ada yang dapat diamati melalui pengalaman dalam menelusuri kehidupan; dan ada pula ilmu yang dapat diperolehi melalui pembelajaran secara kebetulan atau accidental learning.

Belajar menuntut ilmu dengan seorang pendidik memerlukan suasana kesetiakawanan sosial demi membina ukhuwah kemanusiaan. Dengan terlahirnya hubungan yang murni  antara murid dengan guru maka suasana pembelajaran akan timbul yang menggamit kasih sayang sebagai satu kekuatan atau tarikan minat kepada murid untuk mengetahui ilmu-ilmu yang baru dipekenalkan oleh guru. 

Kasih sayang yang menguatkan hubungan antara pelajar dengan pendidik memerlukan kekuatan iman dan takwa kepada Allah S.W.T. Tanpa iman dan takwa dalam diri seorang pendidik suasana pembelajaran mudah tergelincir dari landasan kefahaman murid disebabkan timbulnya pergesirian  pendapat antara guru dengan murid yang dilakarkan oleh iblis laknatullah.

Iman yang kukuh kepada Allah sahaja dapat bertahan dari godaan iblis yang menyunsang kan kemurnian pendidikan anak murid. Maka itu wajar anda memahami bahawa setiap perlak- sanaan aktiviti kehidupan merupakan ibadah kepada Allah S.W.T.. Walau bagaimanapun  setiap kejayaan dalam perlaksanaan ibadah tersebut  adalah kemanfaatan diri sendiri sebagai pengguna.

Ilmu yang dapat dipelajari melalui  pengalaman dalam menelesuri kehidupan, memimpin manusia lebih diwasa. Sesuatu pengalaman dalam menelesuri aktiviti kehidupan mendidik anda lebih berhati-hati agar tidak terperangkap dengan masalah yang sama pada kali kedua. Melihat masalah dengan mata hati adalah lebih bermanfaat daripada melihatnya dengan mata kepala kerana kedua-duanya mempunyai  sinario yang berbeza. Mata hati melihat dengan iman tetapi mata kepala melihat dengan riak maka itu pegalaman membisik jiwa untuk berhati-hati dan memahaminya sebagai ibadah.

Melaksanakan ibadah kerana Allah dapat dipastikan mendapat redha dari Allah S.W.T. Maka itu setiap agenda yang anda laksanakan wajar dimurnikan dengan kalimah-kalimah suci seperti Bismillah, InsyaAllah, Alhamdulillah, Syukur, Allahuakbar, Innalillahiwa innailaihi rajiun, Astagfirullah dan sebagainya. Membudayakan kalimah-kalimah suci tersebut sebenar anda mendekekatkan diri  kepada Allah, kelak akan mendapat perlindungan dan hidayah dari-Nya.

Menghiasi diri anda dengan kalimah-kalimah suci merupakan kemestian dalam segala usaha pembangunan. Ia dapat mendidik dan membetulkan akhlak dan disiplin para pelajar secara sepontan jika mereka sentiasa mendengar ia diucapkan oleh guru semasa berjaya dalam   pegajarannya mahupun sewaktu mengalami kemuskilan dalam mengilmukan murid dalam bilik darjah.

                Memperolehi ilmu melalui accidental learning atau mempelajari secara kebetulan memerlukan kepekaan sosial dalam memahami kerenah-kerenah pembangunan. Sebagai contoh seorang pelajar sentiasa memerhatikan strategi pengajaran gurunya. Jika ia tidak memeransang kan dirinya untuk mengikuti, murid itu tidak akan masuk kelas.

Kegagalannya menghadiri kelas berkenaan akan mencatatkan kelakuan yang berten- tangan dengan disiplin diri  sebagai pelajar yang mempunyai rekod cemerlang di sekolah. Maka itu kesedaran diri terhadap perbuatanya telah mendidiknya untuk menjadi pelajar yang sentiasa patuh kepada peraturan sekolah.

Profesion keguruan membina tamudun kehidupan manusia sebagai pelengkap diri dalam memurnikan peranannya sebagai pemain atau pemakmur alam kehidupan. Tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah memerlukan ilmu pengetahuan. Maka itu peranan seorang guru sebagai pemurni kepada kemanusiaan sebenar adalah berupa jihad.

Membetulkan kelemahan, mengilmukan kejahilan dan menggunakan ilmu demi kesejah- teraan umat adalah perjuangan yang merupakan jihad kerana Allah. Oleh yang demikian hormati lah dan peliharalah tanggungjawab anda yang murni itu agar ganjaran Allah S.W.T. pasti akan menemui anda di akhirat kelak. Pimpinlah anak-aak murid seperti mana anda lakukan kepada anka sendiri dan hiasilah pengajaran anda dengan suasana kasih sayang sebagai pemangkin murid untuk menyerti dalam pembelajaran di bilik darjah. Dengan suasana pembelajaran yang dibalut dengan kasih sayang, profesion keguruan menjadi amal jariah kerana Allah. InsaAllah!

No comments:

Post a Comment