Wednesday, March 3, 2010

MEMBINA INSAN SATU IBADAH



Kelahiran seorang insan di alam dunia ini atas kehendak Allah S.W.T. Ia menjadi amanah kepada setiap individu terutama sekali ibubapa dan para pendidik, untuk membentuknya sebagai pemain dalam kelagsungan hidup sebagai hambah Allah. Lahirnya makluk Allah itu atas dasar perasaan cinta dan kasih sayang antara dua makluk yang dikenali sebagai Adam dan Hawa atau suami dan isteri. Pertemuan antara keduanya  mempunyai falsafah keinsanan. Rasa keinsanan itulah yang membentuk masyarakat manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.

                Alam dunia diciptakan Allah untuk dihuni oleh berbagai makluk yang dipimpin oleh manusia sebagai khalifah. Makluk yang aktif atau yang hidup membiak yang dibalut dengan perasaan kasih sayang ibu yang melahirkannya. Kelahiran anak adalah untuk menambah bilangan yang membentuk masyarakat atau jenisnya. Kehidupannya merupakan satu disiplin matarantai yang dikenali sebagai tamadun yang siri berganti.

Rasa keinsanan adalah satu ciri yang termaktub dalam perlembangaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini bermakna kekhalifahan manusia di muka bumi ini mempunyai tanggungjawab memelihara kebajikan dalam hidup demi melahirkan ukhuwah kemanusiaan yang membudayakan perasaan hormat menghormati antara sesama untuk kemurnian hidup berwawasan.

Manusia adalah makluk bersosial maka itu pembangunan disiplin hidup wajar dibina dalam setiap insan sebagai pemurni kepada kehidupan bermasyarakat. Kewujudan manusia adalah dalam dua unsur iaitu jasmani dan rohani maka itu membina insan harus dalam dua dimensi iaitu dimensi pembangunan jasmani dan dimensi pembangunan rohani.

Pembangunan jasmani meliputi usaha mengilmukan manusia agar menjadi pemain yang berdisiplin dan berwawasan serta tahu diri dalam kelangsungan hidup di alam dunia. Akhlak yang mulia membentuk peribadi insan yang mulia dan memelihara kesetiakawanan sosial sebagai ciri-ciri kelahiran ukhuwah kemanusiaan. Kehadiran orang lain dalam pencaturan hidup adalah kemestian kerana seorang insan tidak mampu hidup seorangan kerana tidak semua ilmu dalam kehidupan dapat dikuasai oleh seorang. 

Pembangunan rohani adalah ciri yang amat penting dalam hidup seorang insan. Roh dalam dirinya mempunyai keterikatan kepada Zat yang menciptanya maka itu menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memelihara hubungannya dengan Allah S.W.T.. Taggung jawab inilah yang wajar dipelihara sebagai persediaan untuk hidup di akhirat nanti. Memelihara pembangunan rohani dengan sendirinya akan terbela pembangunan jasmani.

Hidup ini adalah satu perjalanan jauh menuju alam akhirat. Anda telah mengalami hidup di alam rahim dengan segala keperluan hidup seorang bayi dalam rahim yang dibekalkan oleh seorang ibu yang mengandung. Kini, hidup di alam dunia di mana segala jenis pelaburan wajar dilaksanakan untuk mendapatkan ganjaran pahala sebagai bekalan hidup di alam berikutnya. Mensia-siakan hidup di dunia akan menempah hidup sengsara di akhirat kelak. Maka itu seorang insan wajar membina dirinya dengan kehadiran ilmu pengetahuan.

Membina insan agar ia menjadi mulia adalah tanggungjawab setiap individu yang membentuk sebuah keluarga. Usaha tersebut adalah ibadah kerana Allah. Sebagai individu yang ditauliahkan untuk mengilmukan generasi pelapis tugasnya adalah amanah Allah. Maka itu fahamilah tanggungjawab anda sebagai satu ibadah yang berbentuk jihad. Profesion keguruan bukan semudah yang difikirkan oleh sesetengah individu yang melibatkan diri dalam mengilmukan manusia.

Tugas sebagai pendidik bukan seperti yang difahami oleh individu tertentu yang memilih profesion ini sebagai pilihan tercorot dalam hairaki pembangunan kehidupan. Harus difahami bahawa dalam membangunkan insan kita bertanggunjawab dunia dan akhirat masa depan anak didik itu. Dalam suasana menimbang amal perbuatan seorang insan oleh Yang Maha Berkuasa, ibubapa dan guru menjadi saksi dalam kelangsungan hidup insan berkenaan. Buruk baiknya akhlak seorang individu semesatinya ada punca mengapa belaku berkeadaan demikian.  Maka itu terimalah tanggungjawab itu sebagai satu ibadah.

Melaksanakan amanah merupakan jihad kerana Allah. Misi setiap guru kepada anak didiknya mempunyai wawasan yang akan dipertanggungjawabkan kepadanya. Guru ingin melihat anak didiknya menjadi pemain atau pemimpin yang berwibawa, bermoral dan berkete- rampilan serta bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi padanya dalam memurnikan kehidupan. Tetapi motivasi guru yang hanya menanti di hujung bulan sahaja bukan keluarga pendidik sebab gagal melihat tanggungjawabnya sebagai amanah.

                Dipehak ibubapa pula kebanyakan mereka ingin melihat anaknya  mendapat pekerjaan yang mempunyai ganjaran yang besar serta kedudukan yang tinggi dan disegani oleh masyarakat di mana sahaja ia berkhidmat. Kedua-dua pendapat tersebut kurang menepati kehendak Allah S.W.T.  Orang berilmu berbanding dengan mereka yang tidak mempunyi ilmu pengetahuan mempunyai perbezaan yang amat ketara. Ilmu pengetahuan adalah pemudahcara membina tamadun kehidupan. 

                Membina akhlak yang mulia melalui pendidikan holistic adalah satu usaha menyempurna kehidupan insan disisi Allah S.W.T.  Al-Qur’an adalah satu dokumen wahyu Illahi yang mana di dalamnya berisi ilmu yang mendidik manusia ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Kedatangan dokumen tersebut di muka bumi ini adalah membersihkan kejahilan manusia memahami tanggungjawab sebagai hamba Allah.

                Setiap individu, oleh Allah dihiasi dengan berbagai fitrah. Fitrah tersebut dipertanggung jawabkan kepada manusia yang dipanggil guru untuk memurnikannya. Kemahiran berfikir wajar melalui berbagai latihan agar melibatkan banyak sel-sel menjadi aktif yang membantu insan mudah memahami serta dapat menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Kejayaan  seorang guru ialah dapat meningkatkan kekuatan minda seorang pelajar kelak dapat berpatisipasi dalam percambahan fikiran mengolah perkembangan ilmu yang diperkenalkan oleh seorang pendidik.

                Seorang guru harus faham bahawa mengilmukan pelajar ialah satu usaha mendidik insan memahami felosofi hidup dan bukan mengajar anak muridnya seperti yang difahami oleh masyarat umum. Mendidik dengan mengajar mempunyai perbezaan dalam aplikasinya. Mendidik untuk kefahaman manakala mengajar adalah untuk membolehkannya melaksanakan comtoh yang diajar. Kita mendidik manusia menjadi berakal tetapi kita mengajar haiwan untuk patuh kepada arahan. Maka mendidik murid berwaspadalah jangan ciri-ciri menyampaikan ilmu itu berunsur pengajaran.

Fahami konotasi berikut yang diluahkan oleh seorang pelajar. “Saya dengar saya ingat; saya lihat saya tahu; saya buat saya faham.” Konotasi pertama dan kedua berunsur pengajaran manakala konotasi ketiga  berunsur pendidikan. Felosofi kehidupan melahirkan satu kefahaman mengapa anda dilahirkan di alam dunia ini dan apakah tanggunjawab anda sebagai pemain dalam memurnikan alam kehidupan. Inilah pengorbanan seorang guru yang memegang amanah Allah.

Memahami satu-satu ilmu serta diikuti dengan amal akan kekal sebagai ilmu yang merupa perubahan dalam hidup anda, tetapi apabila ilmu itu tidak diamal buat seketika maka paling lama ilmu berkenaan bersama dengan anda ialah tiga hari. Selepas itu ingatan manusia tidak dapat bertahan lagi

Mencederakan anak murid khususnya yang lemah. dengan tujuan agar dapat berpatisipasi  dalam kelas bukan kaedah yang memanusiakan manusia. Sentuhan fisikal atau physical infliction atau mereka penyeksaan ke atas murid yang bermasalah dari segi kefahaman dalam kelas mahupun murid yang cedas dan pintar hendak meminta guru memberi mereka kerja murid sama ada dalam kelas atau dirumah, sama sekali tidak sesuai sebagai kaedah untuk mendidik. Lebih parah lagi apabila guru berkenaan merasa geram terhadap murid yang inginkan ilmu itu dengan memukul meja dan memanggilnya sebagai “anak Malaikat” serta menyeksanya berjemur diluar kelas di bawah panasnya matahari dan diarahnya memeluk pokok bunga!

Guru seperti itu tidak wajar menjadi pendidik di sekolah. Ia boleh mengajar haiwan dan bukan mendidik manusia! Mengapakan murid itu dipanggil oleh gurunya sebagai  anak malaikat? Ini bermakna geramnya kepada murid berkenaan merebak kepada kedua orang tuanya. Kemungkinan besar murid yang pintar itu beranikan diri meminta gurunya memberi mereka kerja kerana tidak dapat menjawab soalan ibubapanya mengapakah tidak ada perkembangan dalam pelajaran berkenaan?

Dalam keadaan demikian, menjadi guru bukan membina insan sebagai satu ibadah tetapi menjadi guru menghaiwankan manusia. Peristiwa ini bukan satu rekaan tetapi manjadi kenyataan yang telah sampai kepada pengetahuan penulis yang merasa gerun mengetahuinya atas dasar penulis adalah bekas pendidik yang telah menyemaikan perasaan kasih sayang  terhadap anak muridnya.

Apakah yang wajar anda lakukan dalam membina insan? Insan adalah manusia dan manusia adalah makluk Allah yang memerlukan kemahiran berfikir untuk memahami teka teki pembangunan kehidupan. Kementerian Pendidikan diwujudkan dengan tujuan membina insan agar menjadi pemain dalam memurnikan tamadun kehidupan. Ilmu itu tidak datang dengan sendirinya tanpa agen kepada perubahan berkenaan.

Kemahiran berfikir wujud dalam diri seorang insan atas dasar kehadiran ilmu pengeta- huan. Ilmu itu adalah kedatangan sesuatu makna. Kedatangan sesuatu maknalah menjadi tanggungjawab seorang pendidik dalam membangunakan seorang insan.  Insan yang mengetahui banyak makna di alam kehidupan ini adalah individu yang terpelajar. Itulah wawasan pemba- ngunan seorang insan yang ditauliahkan sebagai hambah Allah.

Membina insan adalah ibadah kerana ia memerlukan  berbagai elemen yang dilalui oleh seorang guru. Amat penting dalam mendidik murid, seorang guru wajar melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan seperti pengkaidahan dalam menyampaikan ilmu. Masa yang diperlukan tidak ada hadnya. Guru yang didikasi memikirkan anak muridnya sebagai tanggung jawab untuk membentuk insan yang berilmu. Tenaga serta kemahiran berfikir adalah antara elemen yang dicurahkan oleh seorang pendidik.

Generasi pelapis  wajar dilengkapi dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Dengan terbina nya insan dengan ilmu yang diperlukannya sebagai pemain dalam pembangunan kehidupan, peranannya dalam membina tamadun menjadi amanah kerana Allah S.W.T. Ia menjadi pemain yang cergas dan berwawasan dalam membina tamadun kehidupan.    

Insan berilmu akan membina tamadun yang berwawasan. Ia memahami agenda kehidu- pan sebagai tanggungjawabnya demi memurnikan pembangunan. Semangat dan keikhlasannya melaksanakan ibadah merupakan pemangkin kepada orang lain untuk turut sama menjadi pemain yang berwibawa. Dengan cara demikian akan melahirkan kerjasama menggamit ukhuwah kemanusiaan yang membentuk wawasan kehidupan.

Membina insan bermaksud melengkapkannya dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada kehidupan sebagai manusia. Mempunyai akal yang dipimpin oleh kemahiran berfikir membentuk hidup yang berdisiplin. Disiplin kehidupan termasuklah amal perbuatan yang berbentuk ibadah kerana Allah. Teras pembangunan seorang insan termasuklah akhlak yang

mulia, kasih sayang, hormat-menghormati, tolong menolong antara sesama, menjadi agen perubahan kepada pembangunan dan sentiasa berpatisipasi dalam segala hal kehidupan. Hidup dengan ilmu memudahkan cara serta tahu diri sebagai pemain dalam kelangsungan hidup. 

No comments:

Post a Comment