Wednesday, March 3, 2010

INSTITUSI PENDIDIKAN MEMBINA AKHLAK DAN TINGKAHLAKU MANUSIA



Institusi Pendidikan  adalah tempat untuk menerima dan memberi ilmu. Menerima ilmu adalah murid atau pelajar atau mahasiswa-mahasiswi, manakala memberi ilmu adalah para guru atau pendidik atau pensyarah atau professor.  Institusi pendidikan adalah dalam empat peringkat. Peringkat asas ialah sekolah rendah yang dalam lingkungan umur 7 tahun hingga 12 tahun kemudian beralih ke peringkat menengah yang umurnya 13 tahun hingga 17 tahun.

                Peringkat ke tiga ialah Pra Universiti atau Tingkatan Enam dan peringkat ke empat ialah institusi Maktab dan Universiti. Pendidikan diatur sedemikian rupa kerana mensesuaikan umur para pelajar. Setelah selesai pendidikan di peringkat rendah umur pelajar memasuki remaja sebelum memasuki dewasa. Kesemua peringkat adalah penting dilalui oleh seorang murid. Menurut pandangan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr. Wira Abdul Rahman, beliau menyarankan:“Primary is to prepare and Secondary is to repair” yang membawa maksud peringkat asas atau sekolah rendah adalah untuk membuat persediaan, manakala sekolah menengah atau peringkat ke dua adalah untuk memperbaiki atau menokoktambah atau menghilap ilmu asasnya yang telah diperolehi.

                Institusi pendidikan mempunyai peranan yang penting dalam membina tamadun kehidu- pan manusia. Lahirnya sebuah tamadun disebabkan kewujudan sebuah institusi pendidikan. Manusia wajar menerima pendidikan untuk mendapatkan ilmu sebagai kekuatannya mengolah pembangunan sejajar dengan amanah Allah sebagai khalifah. Khalifah adalah pemurni alam kehidupan agar ia sesuai atau conducive sebagai fitrah kehidupan.

                Allah sediakan alam ini untuk dihuni oleh berbagai makluk ciptaan Allah termasuklah manusia. Alam mempunyai tiga kategori di mana setiapnya Allah sediakan berbagai makluk sebagai kemanfaatan kepada manusia dan juga makluk lainnya. Kita mempunyai bumi di mana di dalam perutnya terdapat bermacam jenis  makluk seperti logam berbagai jenis; minyak dalam bermacam kategori dan gas.

                Kategori kedua ialah air seperti lautan yang tidak bertepi itu. Bermacam-macam jenis makluk hidup dalam air seperti ikan berbagai jenis yang hidup di tepi pantai, di lautan dalam dan di seluruh kawasan air yang meliputi ¾ daripada bumi itu. Makluk lainnya seperti udang, ketam, ular, buaya, siput dan banyak lagi sehingga tidak dapat diketahui namanya. Allah itu maha bijak sana dan bertanggungjawab dalam segala kewujudan makluk sama ada yang hidup atau aktif dan yang mati atau tidak aktif. Segalanya ada kemanfaatan kepada kehidupan.

                Kategori ke tiga adalah di muka bumi ini di mana berjuta makluk hidup dan juga yang tidak hidup atau tidak aktif berada di atas permukaannya. Ulama mengatakan bahawa jika air lautan itu dijadikan tinta untuk mencatat ilmunya Allah atau makluk yang telah dicipta Allah sehingga kering pun tidak dapat habis mencatatnya. Dan jika digandakan banyaknya air laut itu pun tidak dapat habis mencatat ilmunya Allah.

                Dalam semua fenomena kehidupan tersebut manusia memerlukan ilmu pengetahuan untuk memahami kemanfaatannya kepada kehidupan. Maka itu setiap insan wajib menghadirkan diri dalam institusi pendidikan untuk melengkapkan diri dengan ilmu untuk memahami felosofi kehadiran setiap makluk. Dengan kehadiran berbagai makluk Allah, ia menjadi pemangkin kepada jiwa manusia untuk mendekati dan mengenali Allah S.W.T.    

                Faktor yang terpenting dalam hidup seorang insan ialah kemahiran berfikir mengenali dirinya sebagai hambah Allah. Bermuara dari pengenalan diri maka lahir keinginan jiwa untuk berfikir mengenali Zat yang Maha Berkuasa yang mewujudkan segala makluk di alam kehidupan seperti mana yang difahami oleh Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Singkel, serta lain-lain ulama’ di zaman Acheh, yang “mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali diri sendiri.”

                Membina kemahiran berfikir memerlukan minda yang tajam. Fitrah tersebut hanya dapat diperolehi dari usaha mengilmukan diri yang dipelajari dari ilmu orang lain yang ditauliahkan

untuk menjadi agen perubahan kepada kehidupan seseorang. Hidup ini tidak statik dan sentiasa mengalami perubahan yang dikenali sebagai pembangunan. Perubahan itu wujud disebabkan manusia dikenali sebagai makluk yang berfikir atau “thinking animal” memahami sesuatu yang sudah wujud. Untuk memeca kebuntuhan dalam memahami teka teki kehidupan kehadiran ilmu dalam diri seseorang menjadi kemestian.

                Sekolah menengah mempunyai berbagai misi sebagai dorongan kepada para pelajar untuk mengilmukan dirinya. Antaranya adalah kata-kata motivasi yang ditulis di pagar sekolah berhampiran dengan pintu pagarnya seperti  “Alhamdulilah ilmu saya telah bertambah.” Dan di sebelah luar pagar di mana para pelajar memasuki pintu pagar sekolah, tertera kata-kata: “Saya mesti berubah.” Kata-kata demikian menjadi pemangkin jiwa untuk meningkatkan prestasi pelajarannya pada setiap hari ia menghadiri kelas di sekolah.

                Kata-kata demikian adalah menjadi felosofi hidup seorang insan yang menjadi janji diri kepada Allah S.W.T. Mesejnya sehaluan dengan felosofi pembanguan yang mengatakan: “Pencapaian hari ini adalah lebih baik berbanding hari kelmarin; dan pencapaian hari esok adalah lebih baik berbanding hari ini,” dan seterusnya sentiasa ada peningkatannya. Jika tidak ada peningkatan bermaksud masa telah merugikan manusia. Allah S.W.T. telah bersumpah dengan nama masa bahawa “Demi masa manusia adalah sentiasa dalam kerugian.” (Al-Ashr ayat (103)1-2. 

Masa dan umur telah berjalan terus tetapi pencapain tidak ada perubahan. Itulah sebabnya  manusia sentiasa dalam kerugian dikecuali orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.  Kemahiran pengurusan masa adalah faktor utama dalam pembangunan manusia.

                Di zaman sains dan teknologi ini kewujudan benda yang baru cepat menjadi lama atau luput. Sebelum benda yang baru itu diketahui oleh ramai orang, kelahiran benda yang terkini sudah muncul. Pemikiran manusia sentiasa pantas berubah kepada yang lebih sophisticated atau canggih. Kemahiran berfikir adalah hasil dari usaha menimba ilmu dari orang lain seperti guru atau pendidik.

                Kedatangan ilmu bermaksud tibanya makna sesuatu fenomina alam. Untuk mendapatkan ilmu, fitrah kemahiran berfikir menjadi alat untuk mendekati maknanya. Inilah yang difahami sebagai tek-teki kehidupan. Allah S.W.T. mewujudkan makluk manusia dengan tujuan menjadi pemakmur alam. Maka itu adalah wajar setiap insan menjadi pemain yang aktif. Menjadi perlaksana amanah wajar mempunyai ilmu pengetahuan yang membentuk insan yang berakhlak mulia serta tingkah laku yang diterimapakai oleh masyarakat manusia.

                Mengilmukan manusia wajar seirama dengan pembangunan jasmani dan rohani kerana kedua-duanya merupakan landasan pembangunan insan. Pembangunan jasmani memfokoskan kepada ciri-ciri yang digarisbawahkan oleh Islam (al-Qur’an) sebagai cara hidup atau addin.  Hidup tanpa Islam bagikan sebuah kapal belayar di lautan besar tanpa alat pedoman untuk menunjukkan arah ke mana hendak ditujui.

                Islam telah memberikan perhatian terhadap pembangunan masyarakat manusia sama seperti perhatian yang diberikannya terhadap individu. Islam tidak memandangkan manusia  sebagai satu individu, sebeliknya Islam memandang manusia sebagai satu masyarakat. Al-Qur’an tidak mendatangkan ungkapan, “Wahai orang yang beriman.” Tetapi al-Qur’an mengajukan kepada manusia dalam bentuk kolektif. Wahai orang-orang yang beriman.” Dalam perkara ini tiada bezanya antara ibadah dan muamalah.

                Cara hidup yang digarisbawahkan Islam wajar dipimpin oleh kehadiran iman dalam diri

individu. Iman berlandaskan kepada naluri  individu terhadap keyakinannya kepada adanya kewujudan Zat dan kekuasaan Allah S.W.T. dalam cakerewala kehidupan di alam dunia mahu pun di alam akhirat. Iman adalah satu kekuatan naluri manusia melihat fenomena alam ghaib yang mengakibatkan berbagai-bagai kewujudan pembangunan sama ada yang berbentuk nyata atau  benda yang wujud mahupun yang berupa ghaib.   

                Kelahiran iman mempunyai hubungkait dengan hati manusia yang dipengaruhi oleh

kemahiran berfikir untuk membuat tafsiran tentang kewujudan sesuatu fenomena alam. Walau

bagaimana pun akal atau fikiran yang ada pada manusia hanya sanggup menjangkau beberapa pengetahuan yang sedikit dan rendah sekali. Dalam surah Bani Israil ayat 85, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidaklah diberikan kepada mu kecuali sedikit sekali.” Maka itulah yang dapat anda perolehi dari institusi pendidikan. Ilmu yang sedikit itu wajar diguna dengan sebaik mungkin agar ia tidak dijadikan sebagai landasan untuk bermegah-megah terhadap orang lain dan lebih-lebih lagi kepada Allah yang Maha Bijaksana Maha Mengetahui.

                Pembangunan rohani membentuk manusia sebagai insan yang sentiasa bersyukur terhadap sesuatu yang diperolehinya. Allah S.W.T. adalah zat yang bertanggungjawab membekal kan segala fitrah sebagai pelengkap dan pemurni kehidupan manusia sama ada di alam nyata mahupun di alam ghaib. Maka itu untuk menjangkau kedua-dua alam tersebut seorang insan membuntuhi ilmu pengtahuan.

                Manusia adalah makluk Allah yang memerlukan ilmu sebagai kunci kepada segala permasalahan dalam menelusuri kehidupan. Ilmu adalah agen perubahan kepada setiap sesuatu kewujudan alam. Maka itu Allah memilih manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Hidupnya insan di alam dunia menjadi pemuda cara kepada kehidupan makluk lain.

                Tanggungjawab utama seorang insan dalam kelangsungan hidup ialah mengetahui fenomena alam kehidupan berbagai makluk di alam ini. Ia mempelajari kesihatan dan kemuderatan alam kehidupan berbagai makluk. Inilah yang difahmi sebagai membaca alam yang tercipta oleh Allah. Membaca dengan kefahaman apakah makna kewujudan makluk tertentu kerana Allah tidak wujudkan sesuatu tanpa tujuan. Memahami tujuan Allah kepada setiap makluk merupkan agenda  yang dipertanggungjawabkan kepada manusia untuk menerokainya.

                Berbagai makluk yang hidup sama ada di atas bumi, diperutnya, dilautan, dan sebagai nya mempunyai ikhtibar kepada pembangunan manusia. Makluk Allah tersebut yang hidup tidak mempunyai kemahiran berfikir tetapi menggunakan nalurinya untuk bertindak jika ia memerlu kan sesuatu seperti mencari makanan atau mengelakkan sesuatu yang menakutkannya.

                Walau bagaimana pun tindakan sesuatu makluk seperti semut dalam membina sarangnya amat dialu-alukan bagi manusia untuk mengambil ikhtibar. Di situ anda dapat mempelajari beberapa pengajaran seperti berkerjasama, gotong royong, kasih sayang dan sebagainya. Semut yang sejenis tidak pernah berlaku perselisihan faham. Setiap individu semut apabila berjumpa mempunyai disiplin yang paling tinggi iaitu mesti bersentuhan.

Al-Qur’an menggalakkan manusia untuk membaca alam kehidupan seperti alam makluk yang dicipta oleh Allah S.W.T.. selain membaca ilmu Allah yang terucap oleh-Nya, iaitu al-Qur’an nul karim. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. diminta oleh Allah melalui malaikat Jibril supaya membaca walau pun Allah tahu Nabi Muhammad tidak pandai membaca.

Atas kekuasaan Allah S.W.T., Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w., tanpa mengenali huruf, dapat mengubah sinario kehidupan manusia daripada kejahilan mengenai pembangunan kehidupan yang diredhai Allah S.W.T. kepada keadaan manusia yang bijaksana dan tahudiri menghidup kan ukhuwah kemanusiaan dengan berpegang teguh kepada agama Allah. Maka itu memurnikan hidup wajar dihiasi dengan kasih sayang sesama insan kelak membina akhlak dan

tingkah laku untuk mewujudkan tamadun kehidupan.

No comments:

Post a Comment