Wednesday, March 3, 2010

KECERDASAN MINDA HIDAYAH ALLAH S.W.T.



Hidayat adalah pimpinan atau bimbingan atau petunjuk dari Allah S.W.T. Setiap kemuskilan yang anda alami dalam melaksanakan agenda pembangunan kehidupan wajar memohon hidayat daripada Tuhan untuk medapatkan petunjuk dalam menemukan penyelesaian kerana tidak ada yang mustahil bagi Zat yang Maha Pencipta. Kewujudan segala fenomena kehidupan adalah kehendak Allah S.W.T. Kemuskilan dalam kelansungan hidup adalah ujian dari Yang Maha Berkuasa maka itu tanganilah hidup anda dengan mendapat redha dari Allah S.W.T..

Perjalanan hidup sentiasa diwarnai oleh berbagai kerenah-kerenah dan ranjau-ranjau pembangunan yang mana setiap individu menerimanya sebagai ujian dari Allah. Ujian-ujian tersebut sama ada yang berbentuk kejayaan, kesihatan, kemuderatan mahaupun kemalangan dalam perjalanan hidup semuanya ditangani dengan kesabaran dan meminta petunjuk dari Tuhan menemukan solusi penyelesaiannya. Sedarkanlah diri bahawa manusia hanya sebagai pelaksana atau pemain dalam memurnikan pembangunan kehidupan sahaja. Kejayaan atau kegagalan yang menimpa kepada pemain adalah kehendak Allah S.W.T..

Ujian Allah itu menjemput kepekaan manusia berfikir memahami keadaan demikian mengapakah ia didatangkan kepada anda? Berfikir merupakan satu faktor untuk mendapatkan hidayah Allah S.W.T.. Mendapatkan hidayah dari Allah akan mendekatkan anda kepada zat yang Maha Unggul itu kelak memantapkan iman bahawa segalanya yang wujud di alam kehidupan adalah kekuasaan Allah.

Menerima ujian dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi hidayah-Nya setelah memohon untuk menyelesaikannya adalah faktor yang membina kecedasan minda. Berfikir adalah satu bentuk ibadah yang wajar setiap insan bina dalam dirinya sebagai pemain dalam menelusuri kehidupan. Sama ada anda menerima kejayaan atau kegagalan wajar dihiasi dengan rasa syukur kepada Allah. Fahamilah bahawa kedua-dua fenomena tersebut mempunyai hikmah di sebaliknya. Semuanya adalah ketentuan dari yang Maha Pencipta.

Tidak ada yang mudah dalam perlaksanaan agenda pembangunan. Semuanya memerlu kan kecekalan minda untuk menyelesaikannya. Mendapat jalan penyelesaiannya adalah merupa kan petunjuk atau hidayah Allah S.W.T. maka itu wajar dihiasi dengan rasa syukur apabila anda menemui solusi penyelesaiannya. Faktor penyelesaiannya kadangkala memerlukan kehadiran orang lain maka itu murnikanlah ukhuwah kemanusiaan untuk mementapkan kelangsungan hidup berwawasan.  

Walau bagaimana pun setiap agenda yang dipertanggungjawabkan kepada anda untuk memurnikannya wajar dihiasi dengan ketakwaan kepada Tuhan. Segalanya datang dari Allah dan segalanya anda memohon pertolongan-Nya. Dengan cara demikian dapat memahami siapkah manusia sebenar dan apakah peranannya dalm percaturan hidup?

Kecerdasan minda landasan memahami teka teki kehidupan yang disediakan oleh Allah S.W.T.. Kemahiran berfikir memahami fenomena pembangunan memerlukan kecerdasan minda untuk menemukan solusi penyelesaian satu-satu masalah yang berupa ujian dari Yang Maha Pencipta. Ujian adalah perjuangan yang melibatkan kehadiran iman kepada Allah. Adanya perjuangan melahirkan pengorbanan yang berbentuk jihad.

Jihad adalah satu usaha atau perjuangan untuk menegakkan atau mempertahankan sesuatu yang baik seperti memelihara ilmu tauhid dan mengisakan zat yang Maha Pencipta atau untuk menentang sesuatu yang tidak baik seperti menganiaya orang lain yang tidak berdosa. Mendirikan solat Subuh dan melaksanakan sembahyang lima waktu sehari semalam di mesjid adalah jihad kerana Allah. Amalan berjihad dituntut oleh agama Islam demi kesempurnaan hidup bertamadun.

Agenda dalam kehidupan adalah memurnikan pembangunan. Kemunculan agama biasanya selari dengan wujudnya penempatan kekal sesebuah masyarakat. Perkembangan agama juga memberi gambaran berkembangnya status kehidupan sosial dalam masyarakat. Kehidupan beragama menjadi ciri terpenting masyarakat bertamadun.

Iman atau kepercayaan kepada wujudnya kuasa ghaib menjadi pemangkin kepada kawalan hidup manusia. Fenomena tersebut juga menunjukkan manusia berfikir tentang keper- luan spiritual mereka yang menjadi unsur terpenting wujud tamadun. Kemunculan rumah-rumah ibadah serta mengimarakkannya sebagai titik tolak kepada lahirnya sesebuah tamadun.

Peranan manusia dalam memurnikan tamadun adalah memohon petunjuk dari Allah S.W.T.. Manusia membina wawasan kehidupan dengan memohon petunjuk Illahi, kerana berfikir adalah satu strategi pemantapan minda mendapatkan hidayah Allah untuk murnikan  kehidupan. Setiap aktiviti dalam memurnikan kehidupan wajar mendapat redha dari Zat yang Maha Berkuasa.

Kecerdasan minda adalah pemberian Allah kepada individu yang telah bertawakal mendapat redha dari Allah S.W.T. Ia merupakan hidayah Allah menerangkan persepsi manusia memahami agenda kehidupan sebagai fitrah. Minda yang jelas memahami amanah yang di pertanggungjawabkan membina wawasan hidup yang berpedoman. Ia juga membentuk satu nuansa pemikiran bahawa peranan manusia dalam kelangsungan hidup adalah sebagai hambah Allah. Khidmatnya kepada dirinya yang wajar mendapat redha Allah ialah melaksanakan perintah Tuhan dan menjahui larangan-larangan-Nya

Kecerdasan minda pemangkin norani melihat pembangunan sebagai amanah yang membentuk tamadun kehidupan. Keunggulan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini atas dasar kehadiran minda yang cerdas memahami fenomena kehidupan untuk menemukan solusi penyelesaian kepada setiap ujian Allah S.W.T.

Berjihad di jalan Allah adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap individu mukmin. Mendidik orang lain untuk kefahaman mengenai amanah yang diuntukkan kepadanya dalam kelangsungan hidup berpedoman adalah jihad. Hidup ini wajar dihiasi dengan ibadah kerana memurnikan pembangunan merupakan ciri-ciri mentamadunkan kehidupan.

Iman yang mantap melahirkan kecerdasan minda mengolah aktiviti kehidupan untuk

mendapat redha Allah S.W.T. Melaksanakan ibadah wajar anda meredhainya kerana sesuatu yang diluar keredhaan anda, Allah tidak akan terima. Sarang kepada segala aktiviti ibadah adalah keredhaan diri atau kejujuran hati melaksanakannya kerana Allah. Inilah yang difahami sebagai amalan yang diperintahkan Allah S.W.T.

                Amalan yang berbentuk  pengorbanan masa, tenaga, ekonomi, kencintaan dan kerelaan hati adalah jihad yang wajar diperjuangkan demi menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Setiap ibadah yang anda laksanakan wajar difahami sebagai agenda yang menghasilkan kemanfaatan menang-menang. Membantu orang lain yang memerlukan bantuan akan mendapat kemanfaatan dari pertolongan itu dan di pehak perlaksananya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. Adalah lebih bermanfaat kepada kelansungan hidup jika segala amalan itu menghasilkan budaya menang-menang.

                Kecerdasan minda memberi peluang kepada setiap individu berkenaan memahami peranannya dalam memurnikan kehidupan. Fitrah tersebut adalah bekalan dari Allah S.W.T. sebagai kekuatan mental menyempurnakan ibadah demi kemanfaatan diri dan orang lain. Dengan adanya fitrah tersebut yang dapat dikongsi besama orang lain dapat membina atau melahirkan ukhuwah kemanusiaan kelak membentuk tamadun kehidupan.

                Minda yang cergas wajar dimurnikan dengan iman yang kukuh mendekati Allah S.W.T.. Fitrah ini wajib diperolehi oleh seorang pelajar demi kesempurnaan dalam mengilmukan diri terutama sekali apabila menerima didikan dari seorang guru. Kefahaman kepada faktor-faktor pembangunan menjadi agenda utama dalam pendidikan. Kemuskilan dalam menyampaikan ilmu atau mengilmukan pelajar disebabkan mempunyai minda yang lemah.

                Manusia yang mempunyi minda yang lemah adalah penyakit peribadi yang bersarang dalam diri individu yang tidak mempunyai wawasan hidup sebagai khalifah. Hidup tanpa semangat juang adalah manusia seperti hidupnya umang yang menumpang pada kulit siput yang telah mati. Hidup tanpa wawasan bukan pemain yang berwibawa terutama sekali dalam arena pendidikan. Guru membentuk peribadi mulia anak didiknya dan memanusiakan insan agar menjadi pemain yang berwibawa dalam memurnikan tamadun kehidupan.

                Hubungan guru dengan anak muridnya  bagikan anak kandungnya sendiri. Manusia yang

gagal mengilmukan zuriatnya sendiri sama ada mengenai akhlaknya, membentuk perasaan kasih sayang terhadap dirinya dan orang lain, membina ukhuwah kemanusiaan, menghormati dirinya sebagai insan dan sebagainya tidak memahami dirinya sebagai manusia dan jauh dari mengenali diri sebagai hambah Allah.

                Setiap manusia telah dibekalkan Allah dengan segala fitrah kehidupan. Jika anda gagal memanfaatkan fitrah-fitrah itu maka perjuangan dalam pembangunan bukan agenda yang membina hidup anda maka itu wawasan hidup sebagai makluk manusia tidak ada dalam diari

hidup seorang insan. Setiap kehadiran sesuatu makluk Allah sama ada yang aktif atau hidup mahu pun yang tidak aktif atau mati Allah telah ciptakan dengan tujuan. Walau bala bencana alam sekalipun mempunyai iktibar kepada kehidupan, inikan lagi makluk yang mempunyai segala fitrah Allah yang boleh membantunya sebagai khalifah di muka bumi ini.

                Kecerdasan minda menguatkan jiwa berpatisipsi dalam kelangsungan hidup bertamadun. Agenda hidup murnikan iman kepada Allah dan mantapkan hubungan antara sesama sebagai satu kekuatan demi melahirkan perasaan kasih sayang untuk mendekatkan kesempurnaan hidup yang Allah redhai kelak mendapat jaminan dana pahala sebagai bekalan hidup di akhirat nanti.

                Mendidik isan adalah usaha membina kecedarasan mindanya sebagai satu kekuatan memahami teka-teki kehidupan. Fitrah ini menyempurnakan kudrat kemanusiaan yang berperanan sebagai khalifah di bumi Allah ini. Keunggulan manusia sebagai pemurni alam kehidupan berbanding dengan makluk ciptaan Allah yang lain atas sebab kehadiran kecerdasan minda.

                Minda yang cerdas pemangkin pembangunan tamadun kehidupan. Fitrah tersebut penyempurna insan menggamit ketakwaannya kepada Allah S.W.T. kelak memantapkan iman menyusun amal perbuatan berupa ibadah kerana Allah. Dengan minda yang cergas akan lahir kesempurnaan hidup kerana dapat mengenali amanah Allah untuk menjauhi larangan-Nya dan melaksanakan segala perintah-Nya.

                Kudrat kemanusiaan membina tamadun atas landasan ukhuwah yang melahirkan perasaan kasih sayang antara sesama. Tidak ada yang lebih bermanfaat dalam pencaturan hidup selain mempunyai kecerasan minda kerana ia memantapkan kemahiran berfikir mengolah kehidupan di atas landasan disiplin yang diredhai Allah S.W.T.

                Hidup berdisiplin puncak kedamaian dalam kelangsungan hidup bertamadun. Pembangu- nan sosial yang dimurnikan dengan ilmu tauhid sebagai nadi kesempurnaan hidup makluk manusia, menjadi perjuangan setiap insan yang dikenali sebagai amanah. Hidup tanpa keman- tapan iman melahirkan kecelaruan dalam melaksanakan pembangunan kerana mudah digoda oleh iblis untuk menyesatkan wawasan kehidupan seorang insan. Maka itu tanganlah hidup anda dengan melaksanakan kebajikan yang akan melahirkan faktor menang-menang dalam kehidupan. Insallah.

No comments:

Post a Comment