Monday, November 23, 2020

KEMULIAAN HIDUP LAHIR ISTIQAMAH DALAM SEMUA AMAL IBADAH

 

KEMULIAAN HIDUP LAHIR ISTIQAMAH DALAM SEMUA AMAL IBADAH

(Disiarkan pada 21. 11. 2020)

Hikmah merupakan satu fenomena, Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang sentiasa membudayakan amanah Allah secara intiqamah. Manusia yang sentiasa budayakan ibadah mereka secara istiqamah akan melahirkan satu suasana pembangunan yang Allah redhakan. Kita ambil satu ibadah seperti membaca Al-Qur’an; jika pada mulanya kita mengaji sentiasa mengalami kemuskilan dalam pembacaan kita tetapi jika ibadah  berkenaan diteruskan secara istiqamah maka kita akan menjumpai kelemahan kita dalam pembacaan tersebut, maka pembaikan dalam membaca Al-Qur’an dapat dilaksanakan secara spontan.

                Pepatah Melayu mengatakan bahawa: “Alah bisa taggal biasa”. Orang yang sentiasa membiasakan dirinya untuk melaksanakkan latihan berterusan akan mendapat kemahiran yang sempurna terhadap amalan tertentu dan akan mengalahkan orang lain yang belum terbiasa  dengan ibadah berkenaan. Allah memang sentiasa gemar melihat amalan yang berte- rusan dengan syarat amalan itu menunjukan kepada kebaikan kerana Allah. Jika kita biasakan diri kita dengan amalan yang bersifat kebajikan maka naluri kita akan terbiasa dengan budaya melaksanakan ibadah yang bersifat kesempurnaan akal.

                Para Nabi dan Rasul adalah manusia yang tidak pernah bosan atau mengalahkan diri melaksanakan ibadahnya membawa manusia ke jalan yang benar secara istiqamah. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim berdakwah kepada umatnya agar mereka menyembah Allah dan bukan menyembah berhala-berhala yang mereka reka sendiri. Amalannya secara istiqamah menye- ruh umatnya temasuklah ayahnya sendiri agar mereka menyembah Allah yang menciptakan manusia tetapi mereka tidak mengindahkan dakwahnya sehinggalah Ibrahim memusnahkan patung-patung sembahan mereka semasa mereka berpesta diluar kota dan meninggalkan kepak yang digunanya memusnahkan patung-patung sembahan mereka kepada patung yang besar yang tidak dimusnahkannya.

                Akibat perbuatan Ibrahim sedemikian dasyatnya memusnahkan sembahan mereka dan kepak yang digunakan,  digantung ke lehir patung yang besar. Setelah ditangkap dan disiasat oleh raja Namrud siapa yang memusnahkan tuhan-tuhan mereka. Ibahim mengatakan  Patung yang besar melakukannya dan menunjukkan kepak sedang bersamanya. Alasan Ibrahim tidak diterima dan dihukum bunuh dengan membakar Ibrahim hidup-hidup.

                Satu unggun api diadakan. Setelah kayu bakar yang menggunung tingginya dibakar dan apinya pun menganas begitu dahsyat memakan kayu bakar. Kemudian dalam keadaan terbelenggu, Nabi Ibrahim didatangkan dan dari atas sebuah bangunan yang tinggi dilemparkanlah ia ke dalam longgokkan kayu yang menyala-nyala dengan iringan firman Allah:

                “Hai api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan bagi Ibrahim.”

    Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan tawakkal kerana iman dan keyakinannya bahawa Allah tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi makanan api dan kurban keganasan orang-orang kafir, musuh Allah.

                Setiap kemungkaran itu akan berakhir dan yang akan menang tetap di pihak kebenaran, meskipun kadangkala untuk terwujudnya kebenaran itu harus menempuhi jalan berduri. Kerana jalan berduri itu dendiri merupakan perjuangan. Akhirnya Raja Namrud berserta pengikutnya yang ingkar itu mendapat seksaan dari Allah dengan didatangkan nyamuk-nyamuk yang sangat luar biasa banyaknya dengan membawa penyakit untuk mereka. Namrud berserta pengikutnya mati dalam menanggung seksaan Allah tersebut.

                Begitu berat perjuangan Nabi Ibrahim dalam menegakkan kebenaran. Allah akan tetap menguji keimanan seseorang, untuk melihat sejauh mana keimanannya yang dimilikinya itu telah berakar di dalam sanuberi Ibrahim a.s. Tidak hanya sekadar itu saja. Nabi Ibrahim juga harus menerima cubaan yang lebih berat lagi iaitu agar mengorbankan putra kersayang

anaknya, Ismail a.s. Namun kerana  keimanan yang ada di lubuk hati Ibrahim a.s. telah kuat dan kukuh, maka perintah dan cubaan  itu dengan senang hati dilaksanakannya. Allah men- cintai orang-orang yang beriman maka keselamatan-Nya Ismail dari peristiwa pengorbanan itu. Maka terlepaslah  Nabi Ibrahim dari perjuangan yang amat berat itu dan ia termasuk golongan orang-orang yang beruntung di sisi Allah SWT.

                Istiqamah dalam kehidupan Nabi Isa a.s. dalam menegakkan kebenaran juga mendapat tentangan-tentangan yang sangat hebat daripada kaumnya. Kesulitan menyebarkan dakwah kebenaran disebabkan kaumnya Bani Israel tidak percaya dengan kerasulan Nabi Isa a.s. Nabi Isa putra Maryam dilahirkan tidak mempunyai bapa maka itu ibunya mendapat tuduhan yang tidak baik dari masyarakat sekitarnya ketika diketahui bahawa dia dalam keadaan hamil.

                Firman Allah dalam surah Maryam ayat 19-21 yang maksudnya: (terjemahan)

                “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu (kata Jibril), untuk memberi mu seorang anak lelaki yang suci. Maryam berkata:” Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedangkan tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukanlah seorang penzina. Jibril berkata: Demikianlah Tuhan mu berfirman; hal itu adalah mudah bagi Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”

                Sebarang pertanyaan dari orang yang datang berjumpa Maryam, ia tidak menjawab, ia hanya menunjukkan kepada anaknya. Mereka menjawab bagaimana kami dapat berbicara dengan bayi yang masih dalam ayunan ini. Atas izin Allah Isa yang masih bayi itu berkata Firman Allah Maryam (30-32) makudnya: (terjemahan)

                “Berkata Isa: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberiku Al-kitab (Injil)dan Dia nenjadikan seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan menunaikan zakat selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.”

                Dalam usia 30 tahun barulah Nabi Isa diutuskan Allah SWT untuk menyeru agama yang benar kepada kaumnya Bani Israel dengan diberi Allah berbagai mukjizat kepada Nabi Isa  sebagai suatu petanda  kenabiannya.sekaligus untuk memboktikan tentang kerasulannya itu kepada kaum atau umatnya.

                Nabi Isa a.s. dalam menyebarkan kebenaran memiliki 12 orang sahabat yang disebut dengan kaum Hawariyyin yang telah beriman. Namun di antara sahabat-sahabat itu ada seorang yang murtad iaitu Yahuza (Iskarius). Pengikut Nabi Isa dinamakan orang Nasrani. Di dalam menyiarkan agama Allah tersebut, Nabi Isa mendapat tentangan dari kafir Yahudi, mereka memburuh Nabi Isa dan sahabat-sagabatnya untuk ditangkap dan dibunuh. Mereka terus memburu setiap langkah Nabi Isa a.s. dan pengikut-pengikutnya itu adalah sahabanya sendiri yang telah murtad iaitu Yahuza (Yudas Iscariot).

                Atas perintah raja kafir “Hirdaus’ supaya Nabi Isa a.s. ditangkap kemudian akan dibunuh (disalipkan) kemudian mereka mengepng tempat persembunyian Nabi Isa a.s. dan berusaha menangkapnya namun atas kekuasaan Allah, murid nabi Isa yang murtad tadi diserupakan oleh Allah dengan bentuk Nabi Isa. Kemudian mereka membunuhnya di atas tiang salip. Firman Allah SWT durah  An-Nisa ayat ayat 4:157 yang bermaksud: (terjemahan)

                ‘Dan kerana ucapan mereka, sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Mariam, Rasul Allah pada hal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalipnya, tetapi yang mereka bunuh ialah seorang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang yang berselisih faham tentang pembunuhan Isa benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang yang dibunuh itu, kecuali mengikut persangkaan belaka, mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa.”

Allah telah menyelamatkan Isa a.s. dengan mengangkat Nabi Isa kepada-Nya. Sesungguh Nabi Isa itu tidak mati terbunuh diatas  tiang salip sebagaimana anggapan mereka.

begitu besar perjuangan yang dialami oleh Nabi Isa as dalam menegakkan kebenaran di tengah umatnya. Tetapi dalam, keadaan Istiqamah walau selalu diburu-buru dan ingin disalib. Tetapi akan mengatakan bahawa yang hak itu benar dan yang bathil itu salah, meski pun harus mengorbankan segala yang dia miliki termasuk nyawanya sendiri.

                Sebagai bahan renungan untuk umat Islam di zaman moden sekarang ini bahawa sikap intiqamah, teguh pendirian dalam menghadapi berbagai cuban dan ujian, penderitaan perlu dimiliki dan  hendaknya terjunam jauh ke dasar relung hati yang paling dalam. Sehingga walau datang berbagai rintangan dari luar tidak akan mempengaruhi kehidupan kita.

                Sebaliknya itu perlu berwaspas dalam diri ketika menetap setiap persoalan dan fenomena-fenomena yang timbul. Jangan terlalu cepat mengambil kesimpulan sebelum menemukan konsep kebenaran yang sesungguhnya. Begitu juga sebaliknya jangan terlalu terburu nafsu menyalahkan pihak lain terhadap sesuatu perkara.

                Dalam melihat sesuatu persoalan sangat diperlukan Azma, yang bererti menetap atau melihat suatu permasalahan dengan mantap dan menyeluruh, bukan sebahagian saja, kemu- dian kita telah membuat semacam kesimpulan. Untuk sampai kepada azma diperlukan tabayyunn ertinya penyeledikan atau penelitian yang  mantap terhadap sesuatu hal, sebelum kita memutuskan sesuatu atau sebelum kita mengambil kesimpulan. Dalam hal ini Allah berfirman surah Al-Hujurat ayat 49:6 yang bermaksud: (terjemahan)

                Hai orang-orang yang beriman jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbua- tanmu itu.”

                Disebabkan tidak ada azma makanya Nabi Adam tertipu dengan rayuan syaitan akhirnya melakukan yang dilarang Allah. sebagaimana firman Allah dalam surah Thahaa ayat 20:115 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Dan sesungguhnya telah kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka dia lupa akan  perintah itu dan tidak Kami lihat padanya azma.”

                Begitulah halnya dalam kehidupan zaman moden sekarang ini dituntut agar dapat memiliki azma dan tabayyun tadi dalam melihat, meneliti sekaligus menetap setiap persoalan yang datang. Dengan sendirinya jiwa istiqamah akan tetap bertahan di relung sanuberi setiap mukmin yang memiliki keimanan dan ketakwaan yang kukuh. Tidak mudah diumbang-ambingkan oleh gelombang kehidupan yang penuh dengan cobaan dan godaan ini. Akhirnya  mental dan jiwa kita akan menjadi tenteram dengan mengamalkan nilai-nilai Istiqamah dalam diri.

                Liku-liku perjuangan Nabi Musa as. cukup berat dan panjang. Semenjak kecil lagi harus menepuhi penderitaan dan cubaan. Ketika bayi, ia harus mengharungi alunan ombak sungai Nil, belayar sendiri mencari kehidupan yang lebih aman dari cengkaman undang-undang  Firaun yang kejam itu. Walaupun pada akhirnya Musa tinggal bersama dengan Firaun.

                Setelah dewasa ketika harus menerima tanggungjawab sebagai seorang rasul, Musa dihadapi dengan dua masalah, dari satu sisi ia harus melawan kekejaman Firaun disisi lain ia dihadapi masalah di mana umatnya Bani Israel semakin ingkar.

                Melihat kekejaman Fir’aun, Nabi Musa as. bersama dengan pengikut-pengikutnya yang beriman lari keluar dari Kota Mesir. Kemudian Fir’aun bersama dengan tenteranya mengejar dari belakang. Ketika sampai di laut Merah Nabi Musa as. berserta pengikutnya menjadi bingong. Kedaan mereka dalam tersepit, sementara musuh sudah dekat dengan mereka.

                Tuhan memerintahkan kepada Nabi Musa supaya memukul laut itu dengan tingkatnya. Perintah itu dilakukan oleh Nabi Musa hingga terbelahlah laut itu dan terbentang jalan di tengah-tengannya. Kemudian Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya melalui jalan itu hingga sampai keseberang. Sedang Fir’aun bersama dengan pengikut-pengikut juga melalui

jalan yang sama, tetapi ketika mereka sedang di tengah-tengah laut, kembalilah laut itu sebagaimana biasa, menyatu kembali, lalu tenggelamlah Fir’aun berserta mereka yang ingkar.

                Begitu berat ujian dan penderitaan Nabi Musa as. dalam meneggakkan kebenaran dan  menghancurkan kekufuran serta kemusrikan, agar yang hak itu tetap benar dan yang batil itu tetap salah.

Walaupun demikian sukarnya melawan kemunkaran itu, lalu tetap istiqamah, teguh pendirian dan sanggup menerima risiko apapun.  Kerana sesungguhnya kebatilan dan kemung karan itu pasti akan hancur dan musnah. Kejahatan tidak akan mampu bertahan lama, begitu juga tamak dan haloba juga tidak akan dapat menjamin kebahagian untuk kita.

No comments:

Post a Comment