Saturday, December 12, 2020

Manusia Dalam Tiga Dimensi

 

Manusia Dalam Tiga Dimensi

(Disiar pada 12. 12. 2020)

Pada suatu ketika lebih kurang jam 9.00 pagi, telefon di meja pejabat saya berdering. Saya menyangkahkan orang  rumah  menghubungi. Saya mengangkat gangang telefon sambil bercakap, “Hellow”. Saya amat terperanjat suara pengarah En. Ahmad Hussien, memanggil saya datang ke pejabatnya dengan segera. Saya tidak membuang masa lalu berangkat ke Pejabat Pengarah dengan hati yang sedikit berdebar. Aku tidak memikirkan sesuatu kerana  hari kelmarinnya kami ada mesyuarat dengannya mengenai perjalanan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Saya sebagai Penyeleras KBSR di negeri Sabah.

Saya mengetuk pintu  lalu kedengaran suaranya mempersilakan masuk. Saya lihat di dalam, Pengarah ada tetamu khas yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini. Dengan ringkas ia memperkenalkan tetamu khasnya Pro. Dr. Jack Zivin dari New York, Amerika Syarikat. Kementerian Pendidikan Malaysia memanggilnya untuk mengkaji Sekolah Rendah di Malaysia kerana mata pelajaran Moral akan dimasukkan dalam kurikulum khas untuk murid-murid beragama Krestian, kerana murid-murid yang beragama Islam akan dimasukkan Pendidikan Islam dalam kurikulumnya. Prof. Dr. Jack Zivin ingin melihat sekolah-sekolah di dipedalaman Keningau. Arahan itu bersifat serta merta dijalankan.

Tidak melingahkan masa lagi saya terfikir membawanya ke Sk Kemabung Tenom.  Mencari agenda buat perbincangan dalam perjalanan nanti, minda saya terfikir mengenai cara-cara menulis buku. Saya mengambil kesempatan keemasan itu membuka cerita mengenai cara-cara menulis. Saya bertanya kepada Prof. Dr. bahawa semestinya sudah banyak buku  beliau telah tulis dan diterbitkan. Dengan gampang ia mengatakan “Not so many, about 62 books only!” Saya tercengang sambil bertanya “Where do you have the time; because your knowledge regarding development of Education, are needed throughout  the world?”.

                Dia berkata, kalau saya tunjukkan kamu cara-cara menulis sekarang, kamu akan menjadi penulis yang baik di Sabah! Maka sambil berjalan Prof. Dr. meriwayatkan cara-cara bagaimana cara menulis. Kami sampai di Sekolah Rendah Kerajaan Kemabung Tenom lebih kurang jam dua belas tengah hari. Setelah berbincang dengan guru Besar sekolah berkenaan kami mengambil sedikit masa melihat kawasan sekolah sebelum balik ke Kota Kinabalu kerana Prof. Dr. tiba-tiba ada agenda bersama dengan Pengarah pada petang itu juga.

                Setelah belalu perjumpaan itu, saya mula menulis cara bagaimana Prof. Dr. meriwayatkan kepada saya mengenai disiplin berkarya. Kebetulan masa itu perang Telok sedang berlaku yang diketuai oleh George Bush, President Amerika Syarikat. Pernah Pemimpin Amerika Syarikat telah mengumumkan kepada dunia bahawa Amerika, “Care for the safety and development of human beings in the world”.

           Memikirkan  Amerika menyerang  negara Iraq mengakibatkan ribuan  rakyatnya terkoban termasuklah pemimpinnya Saddam Hussien. Begitu juga usaha Amerika menjual senjata pemusnah manusia di seluruh dunia. Mengambil iktibar berkenaan, maka timbullah minat untuk menulis mengenai pembangunan manusia. Saya dapat satu ilham bahawa Amerika tidak faham mengenai pembangunan manusia dalam sistem holistik. Maka timbul dalam minda bahawa mereka tidak ada kemahiran mengenai kehidupan manusia berpandukan Al-Qur’an. Saya mula menulis sebuah buku bertajuk “Samudera Kemahiran Hidup”. Inilah buku pertama yang saya  memulakan ibadah dalam penulisan. Buku ini diterbitkan dalam tahun 1994 yang dicetak oleh SQS Printing Sdn. Bhd. Kota Kinabalu.

          Saya membaca kembali apa kandungan buku berkenaan. Saya dapati keseronokan serta rasa syukur kepada Allah kerana telah membimbing saya dalam ibadah penulisan. Satu perasaan timbul dalam hati bahawa rasa megah kerana telah menghasilkan sebuah buku walaupun hanya 99 muka surat sahaja tetapi saya berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang akan menjadi wakil kepada saya apabila saya sudah tidak ada lagi di dunia. Agama mengatakan bahawa apabila manusia itu sudah sampai gilirannya dipanggil Allah maka segala hubungannya dengan dunia akan terputus sama sekali; dikecuali tiga perkara. Iaitu amal jariah, seperti membina sekolah agama, masjid atau surau dan ketiga ialah kita menggunakan ilmu kita untuk menghasilkan sebuah buku yang bermanfaat kepada mereka yang masih hidup di dunia. Jika kita ada satu daripada tiga amalan tersebut maka setelah kita meninggal dunia nama kita masih diguna oleh mereka yang masih hidup di dunia.    

Dalam pembacaan kembali buku “Samudera Kemahiran Hidup” saya dapati satu faktor yang amat menyayatkan kepada pemikiran ialah mengenai nikmat mempunyai mata yang ditarik  balik nikmat tersebut oleh Allah. Seorang hamba Allah berpangkat Pegawai Perhutanan di salah sebuah tempat di Sabah. Beliau adalah seorang Islam berkeluarga, mempunyai tiga orang anak semuanya lelaki. Amalan tujuh belas rakaat sehari semalam bukan kebiasaannya. Beliau adalah pengamal empat kings iaitu gambling, smoking, drinking dan womanizing. Mengikutnya, dia adalah ring leader. Rakan-rakannya semua bukan beragama Islam.

Beliau sentiasa mendapat teguran dari masyarakat Islam supaya bertaubat; tetapi ia tidak mengindahkan teguran itu malah ia meneruskan amalan berkenaan sehingga ia dimimpikan bahawa jika ia tidak mengubah akhlaqnya, anaknya akan diambil. Dia tidak mengambil nasihat berkenaan. Selepas beberapa waktu berlalu maka anaknya yang bungsu meninggal dunia. Kematian anaknya difahami sebagai satu kehendak Allah. Dia meneruskan amalannya tanpa henti. Setelah berlalu genap sebulan dia dimimpikan lagi seperti mimpinya yang pertama.

Orangnya gempal dan tinggi mempunya pembawaan diri yang serba kasar. Setelah  berlalu seminggu maka anak nya yang tinggal dua orang meninggal dunia bersama. Setelah peristwa yang ngeri itu melanda  keluarganya ia berkunjung ke masjid pada kali pertamanya, memohon ampun kepada Allah dan merayu agar kedua-dua anaknya yang masih tidak sedarkan diri di rumah dikembalkan kepadanya. Ia menangis sehingga bajunya semua basah dengan air matanya. Setelah itu ia balik ke rumahnya. Sampainya di rumah kedua anak berkenaan  telah sedarkan diri dan  memintanya air minum.

        Ia bertaubat dan mengasingkan dari dari rakan-rakannya. Walau bagaimana pun  jika iman tidak begitu kukuh memim- pin jiwa untuk melaksanakan ibadah suci keagamaan, hatinya menjadi lembut untuk mendengar rayuan rakan-rakannya untuk kembali bersama mereka. Setelah kembali semula dengan amalan yang lama selepas sebulan ia termimpi lagi orang yang sama seperti mimpinya  dahulu. Kali ini mimpinya amat keras. Kalau ia tidak hentikan amalannya, dia yang akan di ambil. Kalau dia yang diambil. ia rela kerana tidak dapat mengatasi rayuan rakannya untuk memimpin mereka dalam amalan yang mengundang kemaksiatan. Ia tidak mengindahkan nasihat dalam mimpinya. Setelah berlalu sebulan lamanya ia bangun pada satu pagi dan melihat alam dalam keadaan putih sahaja. Matanya telah diambil balik oleh Allah. Maka kehidupannya serba

serbi dalam keadaan putih tidak dapat mengenal apa sahaja di hadapannya. Rakan-rakan sekalian meninggal kannya seorangan tanpa mendekatinya lagi. Anaknya yang sulung membantunya apabila berjalan.

          Pegawai berkenaan datang ke pejabat penulis untuk mengubatinya kerana terkena penyakit Semaie kelas tiga. Penulis menjemput ke rumahnya untuk makan tengah hari. Masa itulah ia menceritakan kesah yang telah dialaminya. Dia tidak dapat mengubah akhlaqnya dari nasihat mimpinya tetapi dia boleh berturkar menjadi baik apabila matanya diambil balik Allah.

         Karya mengenai tajuk “Kehidupan Dalam Tiga Dimensi” diterbitkan oleh Pustaka Syuhada Kuala Lumpur dalam tahun 1998 merupakan hasil kariya  Datuk Haji Mohammad Farid Linggi. Buku ini meriwayatkan pengalaman Datuk menganut tiga kepercayaan iaitu Dimensi Paganime; Keristianiti dan Dimensi Islamik.  

Antara agenda yang  terkandung dalam buku tersebut yang menitik beratkan pembangunan manusia terletak dalam dimensi Islamik. Setelah berpuasa selama dua minggu bersama rakan-rakan Islam dari Sabah lalu diatur upacara pengislaman penulis di rumah kediaman menteri Wilayah Persekutuan Kuala lumpur, Datuk Ghani Gilong.

Upacara tersebut diselengarakan oleh imam negeri Selangor lalu ucapan dua kalimah syahadah telah disahkan oleh saksi-saksi di hadapan tetamu khas seramai lebih kurang tiga puluh orang. Selepas upacara tersebut menteri Wilayah Persekutuan beramah mesrah dengan semua tetamu khas dari Sabah. Beliau amat gembira kerana menerima kedatangan seorang saudara baru teruutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia ini.

          Penulis telah membisikan dalam hatinya, diikhlaskan kepada Allah SWT dengan kalimah kesyukuran, “Alhamdulillah Saya Sudah Islam.” Itulah bisikan di lubuk hati penulis yang selama ini telah dicemari dengan berbagai kekufuran hidup. Rakan-rakan serta tetamu khas sekalian bersalaman dengan penulis menandakan penerimaan mereka kepada beliau sebagai saudara baru dan disirami dengan kegembiraan yang membawa penulis ke dunia yang baru dengan penuh kesucian. Allah tersenyum menerimanya sebagai hamba-Nya!.

Segala pintu nikmat Allah di alam jasmani dan ukhrawi terbuka menjemput penulis masuk ke dalam. Pintu-pintu tersebut adalah seperti berikut:-

(1)Pintu Pemikiran yang Waras:

                Manusia diciptakan dengan berbagai nikmat Allah, sebagai pembalut ketamadunan Insan. Manusia memunyai akal yang memimpin segala kebaikan dalam hidup. Sesiapa bertemankan akal maka selamatlah ia di dunia dan di akhirat kelak. Akal itu diumpamakan sebagai Malaikat, makhluk Allah yang sentiasa mempunyai kiblatnya kepada kemakmuran di sisi Allah SWT. Berfikir adalah satu ibadah yang wajib diamalkan agar manusia tidak terpedaya dengan pandangan yang menjemput kepada kekufuran kepada nikmat Allah.

                Membudayakan kemahiran berfikir akan menampilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Dalam sistem berma syarakat, ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat. Budaya ilmu menjana nilai  pengetahuan yang tinggi dan menjadi kunci segala kebaikan.

                Mengucap dua kalimah syahadah sebenarnya  menandakan era baru dalam memahami diri untuk menanam bibit-bibit ketakwaan pada Allah SWT. Apabila cara hidup  itu dihiasi dengan ketakwaan kepada Allah, peranan manusia sebagai khalifah adalah memaurkan alam kehidupan agar bermanfaat kepada kehidupan.

(2)Pintu Kasih Sayang:

          Mengucap dua kalimah syahadah telah melahirkan kasih sayang yang diredhai Allah SWT. Terbukanya pintu kasih sayang maka kefahaman diri disisi Allah menjadi pedoman untuk menangani hidup bermasyarakat. Mempunyai kasih sayang diri tentu sekali membawa kita dalam dua dimensi hidup iaitu jasmani dan rohani.

(3)Pintu Kecemerlangan.

          Kedatangan ilmu dalam diri manusia membawa kepada kemampuannya mentafsirkan faktor alam dan mengenali dirinya atas kehadiran akal. Akal manusia memiliki potensi dan menjadi pusat analisis dan disiplin ilmu pengetahuan tempat bersarangnya  hikmah yang dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan. Semakin banyak ilmu yang dikuasai semakin tinggi potensi seseorang. Potensi yang tinggi adalah pintu kepada kecemerlangan.

(4)Pintu Kesyukuran.

          Hidup yang dibekalkan oleh Allah ini sesuatu nikmat yang terunggul dan manusia sewajarnya mensyukuri dengan memuji Allah SWT. atas kekuasaan-Nya. Hidup tanpa Islam diibaratkan sebagai seekor haiwan yang merantau ke sana ke sini untuk mencari makanan yang tidak pernah berfikir menyediakanya dan setelah kenyang tidak ada merasa kesyukuran terhadap nikmat yang telah diperolehinya. Ia hanya melayani biologinya untuk hidup.

          Syariah merupakan satu rahmat, dan undang-undang Allah untuk manusia. Syariah tidak boleh ditukarkan. Dalam Islam,hanya Allah sebagai penentu undang-undang yang mutlak. Orang yang taqwa telah memenuhi tiga syarat yang wajib dikendalikan seperti tawadhu; Qona’ah; dan warak. Mengenali diri merupakan suatu lesyukuran kepada Allah kerana telah melimpahkan hidayahnya bagi memahami alam samula jadi manusia. Kefahaman kita mengenai kewujudan makhluk manusia memberi sinar cahaya kepada hidup di dunia.

(5)Pintu Ukhuwah Kemanusiaan.

          Manusia hidup sewajarnya diikat dengan kasih sayang. Tidak ada  sebab mengapa manusia bersengkita sesama sendiri. Asalnya manusia sememangnya bermula dari satu keturunan iaitu Nabi Adam a.s. Ini bermakna makhluk manusia itu semuanya bersaudara dan wajar hormat kenghormati, bantu-membantu dan sentiasa diikat dengan kasih sayang. Terbukanya pintu ukhuwah kemanusiaan memberi kefahaman bahawa mengenali diri akan membawa kepada kesyukuran kepada segala nikmat Allah SWT.

(6)Pintu Taubat.

Manusia sebagai makhluk yang lemah walau pun Nur Allah dihembuskannya ke dalam janin adalah zat yang suci dari segala-gala

nya tetapi telah ditutup oleh akal yang lemah maka dikuasai oleh Nafsu. Mengucap dua kalimah syahadah telah meletakan nur Illahi ke dalam jiwa penulis dan menerangi kalbu dengan memancarkan iman untuk  mengenali cahaya takwa kepada Allah SWT. Pencemaran kesucian nur Allah hanya dapat dibersihkan apabila manusia balik ke pangkal jalan melalui pintu taubat. Allah yang Maha Pengasih dan Maha penyayang sentiasa membuka pintu taubatnya kepada manusia yang mengukur dirinya sebagai hmba Allah dan membudayakan ajaranya.

(7)Pintu Ketakwaan Kepada Allah SWT:  Pintu ketakwaan membuka segala kefahaman kepada amalan hidup yang berlandas kepada

dasar hidup yang memelihara ukhuwah kemanusiaan dan mengenali diri sebagai hamba Allah. Ketakwaan itu menjemput kita untuk

lebih tawadhu dalam hubungan bermasyarakat yang memelihara ketamadunan hidup.. 

No comments:

Post a Comment