Sunday, December 20, 2020

Dimensi Kerohanian

 

Dimensi Kerohanian

(Disiarkan pad 19. 12. 2020)

Amal Saleh

Setiap manusia memerlukan pembangunan maka itu untuk memudahkan setiap insan untuk melaksanakan  pembangunan dirinya faktor utama yang perlu ada ialah ilmu. Dengan ilmu akan memudahkannya untuk melaksanakan amal saleh. Beramal tanpa ilmu menjadi buta. Agama Islam memanusiakan manusia ke landasan diredhai Allah s.w.t. Islam menunjuk kan kita ke jalah yang benar kelak medekatkan kita kepada Allah s.w.t.

Manusia adalah ciptaan Allah yang paling besar, maka itu terlebih dahulu kita harus mengenali-Nya. Walaubagaimana pun, untuk mengenal Allah, wajar terlebih dahulu bermuara dengan mengenali diri sendiri. Kita dibekalkan Allah satu fitrah iaitu kemahiran berfikir; maka pergunakanlah ia untuk mengenali diri sendiri. Seperti mana yang telah dilakukan oleh para ulama’ seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rasuf Al-Singkel dan lain-lain ulama’ zaman Acheh, yang mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali diri sendiri.

 Allah ciptakan manusia daripada tanah yang iblis telah perselekehkan berbanding dirinya yang Allah diciptakan  daripada api. Maka oleh Allah hujah demikian sangat dimurkai Nya. Iblis  tidak tahu bahawa tanah itu adalah makhluk yang mempunyai berbagai kelebihan berbanding dengan makhluk Allah lainnya. Segala makhluk ciptaan Allah kesemuanya hidup di atas tanah kerana makhluk tanah Allah ciptakan untuk tempat kehidupan berbagai makhluk. Makhluk api juga wujud daripada tanah. Sebagai contoh manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s., bersama isterinya Siti Hawa, setelah Allah perintahkan mereka turun ke bumi dari Syurga, tidak mempunyai apa-apa bekalan hanya fitrah kemahiran berfikir. Mereka gunakan fitrah tersebut untuk mengolah pembangunan kehidupan selama dua ratus tahun seorangan diri.

Setelah manusia wujud Allah terlebih dahulu bekalkan ilmu kepada manusia. Dengan berbekalkan ilmu maka manusia boleh menjalankan berbagai pembangunan demi keman- faatan hidup manusia. Di zaman moden ini manusia semestinya mengilmukan diri dengan menghadirkan diri di institute pendidikan. Tetapi atas kekuasaan Allah semuanya itu hanya perlu kepada manusia biasa sahaja. Kita ambil satu contoh yang amat sempurna iaitu Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W.. Beliau dilahirkan sebagai anak yatim kerana ayahnya meninggal dunia semasa Aminah mengandung Muhammad enam bulan. Setelah Muhammad lahir dalam usia enam tahun ibunya meninggal pula, menjadikan Muhammad hidup sebagai anak yatim piatu di bawah asuhan neneknya Abu Talip.  

Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. menjadi manusia dipilih Allah menerima wahyu-Nya dalam perantaraan Malaikat Jibril dan dipertanggungawab membawa dokumen tersebut iaitu agama Islam, agama Allah sebagai cara hidup manusia seluruh dunia. Inilah manusia yang bersifat umi dapat mentarbiahkan Islam sebagai cara hidup kepada umat manusia. Atas kekuasaan Allah S.W.T. semuanya tidak ada yang mustahil.

Maka manusia mengilmukan dirinya dengan berbekalkan dokumen wahyu dari Allah menjadi kenyataan. Islam adalah agama Allah, diturunkan kepada Muhammad untuk mentarbiahkan manusia bagaimana membangunkan tamadun kehidupannya yang mampan. Memahami Islam sebagai cara hidup manusia wajar bermuara untuk memahami Islam sebagai Ad-Din.

Makna Islam dari segi bahasa. Al-Islam ertinya adalah menundukkan atau menghadap kan wajah. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surat An Nisa ayat 4:125 yang bemaksud: (terjemahan)

“Siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan mukanya (dirinya) kepada Allah – sedang dianya berbuat kebajikan, dan  mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus. Allah telah menjadikan Nabi Ibrahim itu teman.”

Dinnul haq (Islam adalah agama yang hak (benar) maka apa pun yang bertentangan

dengan Islam adalah bathil. Seperti yang dijelaskan dalam Al-Qur’an surat Yunus ayat 10:32

“....maka tidak ada sesudah kebenaran itu, malainkan kesesatan...”

                Allah memberitahukan, bahawa yang menciptakan sesuatu  dengan diberi pula keteta- pan-Nya (takdir-Nya) –yang telah disebutkannya dahulu – Dianya ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar, iaitu Tuhan yang berhak disembah, bukannya berhala.

                Apabila tetaplah sudah dengan keterangan yang jelas dan dalil pemutus bahawa Allah itu Dialah Tuhan yang hak dan sebenar, maka beribadat dan  menyembah kepada selain Allah itu menjadi suatu perkara yang batil dan sesat. Sesiapa yang menyembah selain Allah jadilah ia orang syirik, perbuatannya adalah salah dan sesat.

Dinnullah (agama Allah) : Islam disebut Dinnullah ajaran Islam berasal dari Allah.

 Allah berfirman dalam Al-Qur’an surat Ali Imran ayat 3:19: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah  hanyalah Islam.

                Dinnul Islam : Kehidupan muslim harus tunduk kepada Islam. Ad-din ertinya ketundukan, Ketundukan atau ketaatan seorang muslim terhadap Allah dan Rasul-Nya hukumnya adalah mutlak.

                Pemahaman Islam sesuai yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya adalah Islam yang Ya’lu wala yu’la alaihi (Islam adalah tinggi dan tiada yang menandinginya). Ketinggian umat Islam berbanding lurus dengan ketinggian Islam. Jika umat Islam berkomitgmen terhadap Islam maka menjadi umat yang tinggi dan berwibawa, tetapi jika umat Islam meninggalkan Islam maka umat itu akan dihinakan

                Ad-Din di sini bererti adalah satu cara hidup. Ia adalah suatu sistem yang mencakup peraturan-peraturan yang menyeluruh, serta merupakan “undang-undang” yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk kita terima dan mengamalkannya secara total.

                Kesimpulannya, Islam tidak hanya sekadar agama, tapi juga suatu cara hidup, suatu

sistem, pedoman hidup, dan juga peraturan-peraturan yang menyeluruh. Islam adalah Ad-Din yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah SAW sebagai rahmat bagi seluruh semesta alam. Ia adalah Ad-Din yang diperintahkan kepada dua hal, iaitu iman dan amal. Iman merupakan aqidah atau pokok, dan di atasnya berdiri syariat Islam.

                Kita pelajari bahawa, setiap Rasul yang diutus Allah membawa Ad-Din yang satu, iaitu Ad-Din yang menyeruh untuk meng-Esa-kan Allah. Membawa “agama” tauhid, yang tidak mengakui adanya tuhan-tuhan melainkan hanya Allah semata. Dalam kerangka hal tersebut, mereka (kaum setiap Rasul) membentuk peraturan-peraturan yang dibawah oleh Rasul pada zamannya. Peraturan-peraturan inilah yang dinamakan syariat. Jadi, walaupun Ad-din yang dibawa oleh setiap rasul itu sama (tauhid, meng-Esa-kan Allah), namun syarait mereka berbeza-beza dalam hal tertentu.

                Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 5:48 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Untuk tiap-tiap  umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang...”

                Ayat ini ditujukan kepada ketiga-tiga umat, iaitu umat Nabi Musa, umat Nabi Isa dan umat Nabi Muhammad (s.a.w.) Masing-masing umat tersebut ada syariat atau ada peraturan-

nya sendiri-sendiri. Di dalam Taurat ada syariatnya, di dalam Injil ada syariatnya, dan juga di dalam  al-Quran ada syariatnya.. Tetapi semua mempunyai agama yang satu iaitu agama tauhid iaitu mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dan dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi penutup, maka syariat Islam telah menutup seluruh syariat nabi-nabi sebelumnya dan  menempatkannya sebagai syariat terakhir yang sempurna. Tidak ada lain syariat selain Syariat Islam. Di dalamnya tidak terdapat perbezaan tatacara  beribadah, asas-asas kehidupan dan undang-undang yang  berlaku bagi manusia dan seluruh alam hingga akhir kiamat.

Hakikat Insan

Manusia adalah sejenis makhluk ciptaan Allah yang terbentuk daripada cantuman roh  yang bersifat ghaib dan kekal dengan jasad yang bersifat nyata dan sementara. Kejadian manusia pada mulanya ialah daripada air mani yang merupakan satu proses daripada makanan sebagai produk daripada tanah, iaitu berbagai makhluk memakan berbagai jenis makhluk daripada tanah. Cantuman air mani lelaki dengan air mani perempuan berlaku semasa hubungan kelamin. Semasa percantuman kedua air mani tersebut ia menjadi segumpal darah beku. Kejadian darah beku berkenaan akan menjadi sejenis lembaga yang tidak ada apa-apa perbezaan daripada asal-usulnya  Walaubagaimana pun setelah lembaga berkenaan berada dalam rahim seorang ibu genap 120 hari atau 4 bulan, Allah meniupkan roh ciptaan-Nya ke dalam lembaga tersebut. Setelah roh ciptaan Allah bersama dengan lembaga berkenaan maka mulalah makhluk manusia yang berperasaan dan berkemahuan.

                Allah berfirmsn dalam surah Al-‘Alaq ayat 96:2 (terjemahan)            

“Dia yang menjadikan manusia dari segumpal darah (beku)

                Tuhan yang menjadikan manusia dengan bentuknya yang sangat indah, dan muliakan

nya lebih daripada makhluk lain. Kejadiannya dari air mani yang mengandungi haiwan-haiwan yang sangat halus, ta’ dapat  dilihat oleh mata kasar kecuali dengan perantaraan alat pembedar (makroskop),dengannya dapat dilihat bahawa haiwan tersebut mempunyai kepala dan ekor yang panjang. Maha Suci Tuhan sebaik-baik pencipta. Kemudian air mani yang sudah dipersenyawakan itu pun menjadi segumpal darah beku yang dinamakan ‘alaq.

Roh mempunyai empat fungsi yang utama, iaitu kalbu, akal, jiwa dan ruh. Jasad pula  merupakan alat yang digunakan oleh roh, menjalani kehidupan di dunia. Roh diciptakan oleh  Allah terlebih dahulu daripada jasad dan ia sudah mempunyai beberapa pengetahuan kerohanian sebelum bercantum dengan jasad.  Selepas roh bercantum dengan jasad, terdapat empat unsur asas yang membentuk ciri semula jadi manusia, iaitu unsur syawat, unsur marah,, unsur kesyaitanan, dan unsur ketuhanan.

                Unsur syahwat berkait dengan keperluan fisiologi, unsur marah berkait dengan keperluan keselamatan, dan unsur ketuhanan berkait dengan keperluan psikologi. Manakala unsur kesyaitanan pula tidak berkait dengan sebarang kepeluan asas, tetapi boleh melahirkan sifat buruk seperti menipu, mungkir janji, dan bercakap bohong. 

                Manusia mempunyai potensi kekuatan dan kelemahan yang tertentu. Mana-mana

kekuatan atau kelemahan akan berkembang subur dengan banyak berdasarkan beberapa faktor seperti jiwa manusia, corakasuhan, kualiti pendidikan, persekitaran fisikal, dan persekitaran sosio-budaya. Satu kekuatan asas yang ada pada manusia ialah kebolehan untuk membina ilmu, membuat pilihan hidup, dan mengurus diri sendiri. Kelemahan manusia yang paling utama pula ialah sifat lalai dan lupa. Sifat inilah yang menjadi punca kezaliman, penderha- kaan, dan ketidaktaatan manusia terhadap peraturan dan suruhan Allah. Manusia dinamakan insan kerana sifat pelupanya. Melalui unsur kesyaitanan dan sifat pelupa manusia terdedah kepada bisikan syaitan, iaitu syaitan merupakan sejenis makhluk yang menjadi musuh manusia yang sentiasa berusaha untuk membawa manusia ke neraka.

                Untuk membantu manusia menjalani kehidupan duniawi dengan baik, Allah menurunkan petunjuk dalam bentuk Al-Qur’an dan al-Sunnah. Dengan berpandukan ilmu wahyu, pemikiran rasional, dan pengalaman yang konstruktif, maka manusia dapat menjalan kan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan baik.

                Roh manusia adalah sebahagian hembusan roh Allah, ini yang mendasari bubungan antara manusia dengan Tuhan-nya. Kerana roh itu manusia diangkat sebagai makhkuk terbaik dan dinobatkan sebagai khalifah Allah di atas bumi. Peranan roh ini akan terlihat pada instink manusia yang tunduk kepada Allah. terlihat ketika dengan sedar dia menggunakan akal fikirannya dalam mempertimbangkan sesuatu ikhtiar dan pekerjaan tertentu, dan akan nampak jelas di saat ia mengaplikasikan jiwa dalam melaksanakan atau menolak aturan agama.

                Manusia terbentuk daripada unsur rohani yang bersifat ghaib dan unsur jasmani yang

bersifat nyata, dan kedua-duanya mempunyai entiti dan realiti yang berbeza.  Misalnya, unsur rohani atau roh manusia mengandungi beberapa potensi dan ciri yang berkait dengan sifat-sifat suci Allah. Roh merupakan suatu unsur ciptaan Allah yang tidak layu, tidak rosak, dan tidak binasa. Roh tersebut tidak mati dengan matinya jasad kerana semasa kematian jasad, roh hanya terpisah dan meninggalkan jasad tersebut. Dengan pemisahan dan peninggalan itu, maka kakulah segala aktiviti manusia yang yang bersngkut dengan unsur jasmani. Yang kaku dan diam itulah dikatakan mati.

                Dalam kehidupan di dunia, setiap roh diberikan jasad sebagai alat untuk mencapai matlamat kerohanian. Jasad  secara sendiri tidak dapat membentuk hakikat kemanusiaan. Jadi, cantuman yang sebati mesti berlaku antara unsur rohani dengan unsur jasmani bagi penciptaan makhluk istimewa yang dikenali sebagai manusia. Dalam hal ini, keselamatan jasad perlu dilindungi demi kepentingan perkembangan roh. Roh menggunakan jasad, alam fisikal, dan  pengelaman waras untuk membina prinsip dan konsep bagi sesuatu bidang pengetahuan dan falsafah hidup.

No comments:

Post a Comment