Saturday, May 25, 2013

KESUCIAN BERIBADAH NADI PEMBANGUNAN UMAH


 (Disiarkan pada 25. 5. 2013)
Islam adalah agama Allah kerana Allah menciptanya (Al-Maaidah 5:3) maka itu sifatnya adalah suci. Keunggulan Islam sebagai addin atau cara hidup manusia membentuk insan yang ikhlas, jujur dan tawadu serta sentiasa dekat dengan Allah s.w.t.. Landasan peribadatannya  adalah iman yang khusyuk menyelami alam ghaib yang dipimpin oleh rohaninya. 
                Kesucian beribadah membawa kepada kekhusyukan dalam melaksanakannya kerana Allah dan sentiasa merasakan kehadiran Allah dalam segala ibadah yang dilakukan. Harus faham bahawa ibadah yang diamalkan merupakan tawakal kerana Allah maka di situlah pentingnya jiwa itu mendekati Allah. Maka itu kewajaran mengucapkan ‘bisimillah’ sebelum memulakan sebarang ibadah menjadi budaya dalam hidup.
                Ibadah yang suci tidak dicemari oleh pencemaran alam pemikiran yang kiblatnya  kepada alam dunia semata. Saidina Ali pernah mengalami masalah kesihatan jasmani yang harus diselesaikannya dengan cara beliau tidak menyedari impaknya kepada beliau melalui mendirikan solat yang khusyuk. Ia mempunyai bisul yang hendak dipotongnya semasa beliau tidak marasai sakitnya. 
Ia meminta temannya untuk memotong bisul berkenaan yang berada di bahagian paha sebelah belakangnya semasa ia mendirikan solat Fardu. Ternyata beliau tidak merasa sakitnya disebabkan jiwa dan pemikirannya  tenggelam dalam kekhusyukan menghadap Allah s.w.t., Allahuakbar! Allah yang Maha kuasa, Maha pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada yang mustahil bagi Allah. Segala kejadian dalam cakerawala alam kehidupan adalah Allah yang berkuasa. Segalanya datang dari-Nya dan segalanya akan kembali kepada-Nya.
Melaksanakan ibadah yang khuysuk adalah antara faktor yang amat sukar dilaksanakan kerana kewujudan manusia terbahagi kepada dua unsur, iaitu unsur jasmani yang bersifat nyata dan unsur rohani yang besifat ghaib. Allah itu Zat yang Maha Ghaib maka adalah wajar dalam melaksanakan ibadah yang berisifat ghaib juga. Ibadah yang suci menggamit kekhusyukkan diri dalam pembangunan umah.
Melaksanakan segala permohonan kepada Allah wajar dalam keadaan suci dan khusyuk maka segala permohonan akan diperkanankan Allah s.w.t.. Sifat suci di sini membawa makna bebas dari sebarang pencemaran sama ada yang besifat pengalaman mahupun yang akan berlaku setelah mendapat keredaan Allah s.w.t. kerana Allah Maha Mengatahu sifat manusia dalam soal tindakannya setelah mendapat kejayaan.
Manusia sememangnya diwujudkan bersifat lemah terutama sekali dalam memegang amanah yang Allah pertanggungjawabkan. Sebagai contoh, Nabi Adam a.s. setelah Allah wujud kan temannya Siti Hawa di syurga beliau menghianati amanah yang dipertanggungjawabkan Allah dengan memakan buah khuldi yang diharamkan oleh Allah.
Adam lemah  menangani pujukan iblis yang menggunakan kata-kata yang sirnah itu untuk menanganiaya kan kemewahan hidup Adam di syurga. Akibatnya ia dihalau dari syurga dan Allah tempatkan mereka berdua di bumi yang serba mencabar itu. Segala keperluan hidup manusia menjadi satu perjuangannya dalam hidup hinggalah akhir hayatnya. Dan segala amal ibadahnya semasa hidup di dunia akan dipertanggungjawabkan di alam akhirt nanti.
Satu matlamat penulis  mengenai budaya istiqamah dalam mengikuti ceramah ilmu agama melalui media kesset ialah menggamit sifat kekhusyukan yang akan melahirkan kesucian beribadah. Ilmu ditimba semestinya diamal demi untuk menterjemahkannya dalam diri
penulis. Dengan sentiasa mendengar kalimah-kalimah yang berunsur pembangunan rohani kelak akan melahirkan jiwa yang khuysuk dan tawadu sebagai landasan beribadah yang bersifat suci.
                Dengan ilmu dapat kita mengetahui serta memahami disiplin perlaksanaan ibadah yang suci. Berbagai ceramah yang dimuatkan dalam kesset Kiai Haji Zainuddin M.Z. yang berunsur pendidikan berkenaan dengan kepentingan ilmu dalam beramal suci. Sebagai contoh disiplin dalam mendirikan solat fardu secara berjamaah wajar mengikuti tertib yang tidak membatalkan solat.
                Makmum terutama sekali di barisan pertama dari imam wajar mempunyai ilmu tentang disiplin solat berjemaah. Semasa solat berjemaah, jika imam lewat mengira bilangan rakaat dalam satu-satu solat fardu kemudian ia melaksanakan solat kurang rakaat daripada yang wajib, makmum wajar menegurnya dengan menggunakan kalimah “subahanallah” yang tidak membatalkan solat berjemaah kerana kalau kita menegur scara biasa dengan cara bercakap memberi makluman semasa mendirikan solat maka itu membatalkan solat.   
                Sebarang kesilapan dalam melaksanakan ibadah kerana Allah wajarlah dihiasi dengan kalimah subhanallah sebagai tanda membetulkan kesilapan. Disiplin demikian amat penting kerana ibadah yang kita laksanakan hanya berupa tawakal kerana Allah. Penghasilan serta kejayaannya itu adalah prerogatif Allah s.w.t. sendiri yang Maha mengetahui dan Maha Bijaksana itu.
                Agama mengajar umat manusia yang mukmin supaya sentiasa dalam keadaan berwudu demi memelihara kesucian dalam melaksanakan amal-amal ibadah. Menjaga kebersihan dan kesucian jasmani manusia perpangkal kepada disiplin membersihkan jasmani dari sebarang benda yang membawa kepada kemuderatan sama ada secara langsung mahupun dalam  pemikiran sahaja
                Masyarakat musrikin berpendapat bahawa membersihkan diri sebelum medirikan solat cukup dengan mempunyai hati yang bersih dan tidak payah membersihkan jasmani seperti mengambil air sembahyang atau wudhu. Penulis bertegang lebir mengenai isu berkenaan kerana sedangkan jasmani yang nyata sahaja tidak diusahakan untuk membersih, inikan lagi rohani atau hati hendak dibersih yang bersifat gahib. Sama sekali tidak masuk akal manusia yang waras.
Mendidik diri dengan sentiasa dalam keadaan bersih dan suci dari sebarang kekotoran adalah wajar kerana Allah itu Maha Suci dan Maha Bersih. Orang yang melaksanakan ibadah dengan memulakan amal perbuatan dengan kalimah “Bissimillah” membawa kepada kekhuysu kan untuk sentiasa bersama dengan Allah.
Jiwa yang sentiasa khuysuk dan suci akan sentiasa dekat dengan Allah dan orang yang dekat dengan Allah pertolongan-Nya sentiasa diperkenankan-Nya. Maka itu budayakan amal-amal bersyukur kepada sebarang amal ibadah yang dilaksanakan yang telah membuahkan kemanfaatan kepada diri. Dengan pada itu juga dalam keadaan mengalami kegagalan wajar mengucapkan ‘subahanallah’ atau ‘inalilahi’ kerana segala kejadian itu berpunca dari Zat yang Maha Besar. Dialah yang Maha Bijaksana dan Maha Agung.
Sebarang kesilapan atau kegagalan yang kita alami dalam melaksanakan ibadah, fikirkan bahawa faktornya adalah dari diri kita sendiri sebagai hamba Allah yang lemah. Allah itu Maha berkuasa maka itu pemberiannya sentiasa bersifat sempurna. Maka dengan itu Islam sebagai agama yang sempurna wajar mendidik manusia sentiasa dalam keadaan sempurna.
Satu kisah sejarah yang ditarbiahkan oleh Kiai Haji Zainuddun M.Z. dalam media kessetnya ialah mengenai manusia yang tidak mematuhi perintah Allah untuk mendidik umatnya mengenai Islam. Nabi Yunus diangkat menjadi rasul di kalangan umatnya dan diperintahkan Allah menyebarkan agama Islam kepada mereka.
Setelah Nabi Yunus melaksanakan ibadahnya beliau dapati semua umatnya keras hati  tidak mendengar ajaran Nabi Yunus kemudian beliau melarikan diri dari kalangan umatnya. Dalam satu pelayarannya untuk meninggalkan umatnya tiba-tiba kapalnya disambar rebut. Ombak yang mengunung tingginya hampir-hampir menenggalamkan kapala mereka begitu 
amat dasyat sekali. Penumpang-penumpang kapal lalu berkata “Tuhan murkah kepada kita”. Kemudian diundi semua orang-orang yang ada di dalamnya untuk mengetahui siapa yang patut dikeluarkan dari kapal itu.
                Apabila pengundian dijalankan Nabi Yunus menjadi mangsa yang membawa kemarahan Tuhan. Pengundian dijalankan sebanyak tiga kali tetapi Nabi Yunus juga menjadi mangsa untuk dikeluarkan dari kapal itu. Nabi Yunus keluar dari kapal tersebut  lalu beliau di sambar dan ditelan oleh ikan U.
Beliau berada dalam perut ikan U itu selama tiga hari tiga malam. Nabi Yunus menge- tahui kedosaannya kerana tidak melaksanakan perintah Allah. Nabi Yunus memohon ampun kepada Allah dengan berdoa: “Laillahaillah anta subhanaka inikuntum minazalimin”. Lebih kurang maksudnya “Allah yang Maha berkuasa dan Maha mengetahui. Segalanya Allah menyempurnakan dan saya menzalimi diri saya sendiri.” Dengan doa Nabi Yunus tersebut beliau dimuntahkan ikan U berkenaan ke pantai laut maka terselamatlah Nabi Yunus dari dimakan Ikan U itu.
Ajaran dalam ceramah ini mendidik kita tentang kekuasaan Allah s.w.t. Segala kejadian di alam mayah ini kita memahami kekuasaannya mewujudkannya  adalah prerogatif  Allah s.w.t. Ada di antara manusia apabila ditimpa musibah alam seperti kemarau berpanjangan akan mengeloh dengan bisikan dalam hati bahawa Allah itu tidak “Adil” atau disebaliknya jika cuaca itu tidak mengizinkan dan sentiasa hujan menimpa alam mengakibatkan isipadu air sungai bertambah saban hari di sini sana mengakibatkan banjir.
Umat manusia sepatutnya menerima dengan penuh keredaan mengenai kejadian alam yang telah melanda bumi kerana Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Semasa Allah merancang mewujudkan makhluk manusia untuk dijadikan khalifh-Nya di muka bumi ini, para malaikat menentang rancangan itu kerana mereka berpendapat bahawa makhluk manusia sememangnya zalim serta lemah. Dan para Malaikatlah yang lebih sesuai memegang jawatan berkenaan. Allah tidak setuju kerana apa sahaja  yang Allah kehendaki Allah lebih mengetahui.
Ajaran-ajaran sedemikian rupa telah meningkatkan keimanan penulis apabila mendengar nya saban hari di rumah, dipejabat mahupun di waktu memandu kereta. Pemikiran penulis sentiasa dekat dengan Allah; beliau merasakan para malaikat sentiasa memantau amalannya. Semakin banyak ilmu yang dipelajari dari ceramah Kiai Zainuddin M.Z. melalui media kessetnya semakin serunuk dihati penulis dibuatnya.
Semasa beliau bertemu dengan para ustaz yang berkhidmat sama ada di pejabat mahupun mengajar di sekolah, penulis tidak lepaskan peluang untuk menimba ilmu  dari mereka. Kadang kala ada di antara mereka suka berbincang mengenai hal ehwal pembangunan tauhid dan sentisa berkerja sama untuk membuat percambahan fikiran mengenai isu-isu tertentu.
Dalam usaha mendapatkan percambahan fikiran dari guru-guru agama yang bertauliah kadang-kadang penulis mendengar  suara-suara sumbang dari rakan-rakan seperjuangan. Seolah-olah mereka berpendapat bahawa meneliti siluk biluk perkembangan agama kurang penting. Tugas tersebut adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada guru-guru agama atau ustaz-ustaz. Kebanyak mereka adalah dalam kategori Islam asli iaitu dilahir dalam  keluarga Islam. Kumpulan inilah selangan kecilnya yang kurang minat dalam mentarbiahkan diri mengenai akidah Islam. Penulis berpendapat bahawa mereka adalah Islam kelas satu dan tidak perlu memperkayakan diri mengenai ilmu tauhid.

Sunday, May 19, 2013

ILHAM MERUPAKAN HIDAYAH ALLAH S.W.T.


 (Disiarkan pada 18. 5. 2013)
Setiap amalan penulis lakukan dalam menuntut ilmu akidah semestinya  besifat istiqamah. Mendengar ceramah agama melalui rakaman dalam media kesset sentiasa menggunakan disiplin istiqamah atau berulang-ulang maka timbullah satu pemahaman yang halus atau yang mendalam mengenai isu yang ditarbiahkan oleh Kiai muda dari Indonesia, Tuan Haji Zainuddin M.Z.. Maka itu tidak mendatangkan kebosanan kepada penulis kerana semakin banyak kali mendengar semakin ada sahaja sesuatu kefahaman yang baru tersirat pada setiap ceramahnya..
                Kefahaman halus dalam jiwa penulis tersebut merupakan ilham atau hidayah kecil dari Allah s.w.t.. Memperolehi satu ilham menjadi motivasi dalaman penulis untuk meneruskan budaya menimba ilmu melalui media kesset. Maka itu setiap ceramah dalam kesset diulang kali tidak kurang dari dua puluh kali.
                Setelah satu ceramah itu didengar secara istiqamah maka penulis dapat menghafal cerita berkenaan maka timbul usaha untuk mendapatkan kesset yang lain tajuknya. Allah telah memudahkan bagi penulis untuk mendapatkan kesset yang mempunyai ceramah yang tajuk berlainan. Begitulah cara penulis mengilmukan diri dengan akidah Islam, silih berganti ceramah dalam rakaman kesset sehingga setiap apa yang ditarbiahkan oleh Kiai Haji Zainuddin M.Z telah menghafalnya.
                Pada kesempatan lainnya penulis menghadiri majlis taklim atau ceramah agama secara langsung di masjid-masjid di mana sahaja beliau berada. Ceramah yang diadakan oleh pencera- mah undangan atau ustaz-ustaz tempatan yang bertauliah, pada kebiasaannya tidak asing lagi bagi penulis kerana sudah terbiasa mendengar tajuk yang sama dari kasset Kiai tersebut.
                Mendengar ceramah agama di masjid secara langsung penulis sentiasa membawa buku catatanya sebagai satu perekodan kepada apa yang telah diceramahkan. Selain dari itu adalah untuk diulang kaji oleh beliau bahan atau surah yang diguna dalam ceramah berkenaan dengan cara merujuk dalam al-Quran untuk mengesahkan tafsirannya. Dengan cara demikian dapat menguatkan lagi ingatan tentang isu berkenaan. Oleh yang demikian penulis telah menggunakan dua deria daripada lima untuk mempelajari ilmu yang sama iaitu dengan menggunakan telinga untuk mendengar dan dan mata untuk melihat.
Pada kebiasaannya bahan yang sama diguna pula oleh beliau dalam perbincangan dengan sesama rakan di mana sahaja kesempatan itu mengizinkan terutama sekali apabila bersua dengan ustaz atau guru-guru yang minat mendalami ajaran Islam. Dengan cara demikian penulis merasakan ada pengukuhan atau consolidation dalam ingatan beliau disamping untuk mengeratkan lagi kesetiakawanan sosial. Kata-kata pujanga mendidik kita bahawa dalam menimaba ilmu pertama ia mendengar maka ia ingat; kemudian ia melihat maka ia tahu; dan apabila ia buat atau amalkan ilmu berkenaan maka ia faham.
Ada di antara rakan-rakan beliau timbul minat untuk turut sama mengikuti cara beliau mendapatkan ilmu akidah. Sering kali apabila bertemu semasa menghadiri krusus dalam perkhid- matan, rakan yang mengenali beliau pasti meminta cerita apa ilmu yang terbaru yang beliau telah mempelajari.
Adalah menjadi budaya beliau untuk menggunakan kalimat–kalimat yang dipelajarinya dalam mengkaji ilmu agama, digunapakinya sebagai memurnikan cara menyampai atau mengukuhkan maklumat yang hendak disamapikan kepada rakan-rakan. Kalimat-kalimat seperti istiqamah dalam melaksanakan ibadah, kiblatkan pemikirandan sebagainya yang pada mereka cara bahan yang disampaikan amat bermakna berbanding dengan menggunakan bahasa biasa seperti berulang-ulang, pekerjaan, tumpukan pemikiran dan sebagainya.
Pada kebiasaannya  apabila beliau memberi hujah kepada rakan-rakan mengenai satu-satu masalah pembelajaran, seringkali beliau menggunakan analogi bahasa. Maka ada di antara mereka mengkategorikan beliau sebagai ustaz. Sebagai contoh, pelajar yang rajin mengulankaji pelajaran secara istiqamah, ingatannya bagikan bulan di waktu malam menyinarkan cahayanya mengatasi cahaya ribuan bintang di langit.
                Tajuk-tajuk ceramah dalam kesset Kiai Haji Zanudin M.Z. , adalah universal atau sejagat, yang merangkumi seluruh alam. Ia menggamit ilham untuk memahami manusia sebagai hamba dan khalifah Allah. Tajuk mengenai kemanusiaan meliputi seluruh disiplin kehidupan sama ada yang membangun mahu pun yang memuderatkan kehidupan. Tajuk mengenai pembaharuan yang dibawa oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nadi kepada segala ceramah agama Islam yang Kiai Haji Zainuddin M.Z. telah tarbiahkan.
                Masyarakat Arab sebelum kedatangan Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w., untuk membawa akidah Islam, adalah satu bangsa yang biadab dan beliau berhasil merubah bangsa tersebut menjadi bangsa yang beradab. Satu bangsa yang menyembah beranikah berhala menjadi bangsa yang bertauhid dan hanya menyembah kepada Allah s.w.t.. Satu bangsa yang saling bermusuhan dengan berperang antara satu suku dengan suku yang lain menjadi satu bangsa yang bersaudara diikat dengan satu ikatan yang mulia iaitu akidah tauhid, laillahaillah Muhamad Rasulullah.
Ada lima perubahan beliau bawa dalam membentuk masyarakat bertauhid khasnya kepada masyarakat Quraisy yang bersifat jahiliah dan kepada seluruh masyarakat manusia di seluruh dunia amnya. Pertama perubahn  dibidang tauhid. Baginda mengoreksi ajaran yang dibawa oleh nabi Musa yang telah diselewengkan oleh umatnya; Memperbaiki ajaran yang di bawa oleh Nabi Isa a.s. yang diselewingkan oleh umatnya. Inilah yang berjaya baginda buat selama 13 tahun di Mekah. Dalam usaha  beliau menegakkan akidah Islam telah mengalami berbagai tentangan dan kesangsaraan, serta penghinaan terhadap perjuangan beliau.
Mereka tidak punya pegangan hidup dan mempunyai sembahan yang direka mereka sendiri. Orang yang kaya membuat tuhannya daripada emas, dibentuk seperti manusia dan disembah; yang sederhana kaya membentuk tuhannya daripada perak kemudian disembah. Mereka yang miskin membuat tuhan mereka daripada kayu jati, diukir seperti manusia dan disembah; yang miskin betul tepung terigu diaduni seperti tuhan mereka kemudian disembah. Apabila perut mereka rasa lapar dilihat tuhannya. “Tuhan, kami sudah sembah engkau, dan sekarang perut kami rasa lapar, kami minta Tuhan tolong atasi masalah kami, bolehkah tuhan jadi gantian.! Kalau tidak setuju bilang tidak  setuju, kalau setuju diam sahaja”. Dilihat tuhannya diam sahaja maka mulailah tangannya dipotong kemudian kakinya sehingga seluruh badannya dimakan. Masarakat di mana Muhammad diutus untuk memperbaiki akhlaq, masyarakatnya memakan Tuhannya!
                Perubahan kedua ialah mengenai pembangunan sosial. Tidak ada ras diskriminasi antara satu suku dengan suku yang lain. Semua manusia  asalnya dari Nabi Adam a.s.. Kita tidak boleh membezakan antara satu dengan lain dengan warna kulitnya atau bahasanya yang berbeza. Orang Negro tidak pernah pesan kepada Tuhan: “Ia Tuhan beri saja aku kulit hitam!” Segala yang kita ada semasa lahir ke dunia kita terima beres.
                Satu contoh yang amat baik ialah apabila kita wukuf di Arafah semasa menunaikan rukun Haji. Semua manusia tidak dapat dibezakan antara yang berpangkat atau orang awam; susah mengenali antara orang yang kaya dengan orang yang miskin; sukar mengatahui antara berpangkat general dengan orang yang biasa. Semuanya adalah manusia yang keturunan dari Nabi Adam dengan satu ikatan tauhid, lailahaillah Muhammad Rasullulah yang di bawa naungan Tuhan yang satu.
Perubahan ketiga ialah mengenai hukum atau undang-undang dengan mengatakan
semua manusia adalah dikawal oleh undang-undang. Undang-undang melaksanakan keadilan kepada manusia tidak kira dengan kedudukannya samada miskin atau orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau orang kenamaan, soal undang-undang semua sama tanpa dikecualikan.
Di zaman baginda diutus menjadi rasul masyrakatnya mengamalkan undang-undang rimba. Siapa yang kuat dia yang memerintah. Masyarat yang lemah ditindas dan tidak diberi peluang untuk membela diri. Apabila hukum  digunakan untuk keadilan tidak memilih orang  yang besar atau yang berpangkat; yang salah itu tetap salah.
Pernah Saidina Ali semasa menjadi Khalifah. Beliau melawat ke kampung masyarakat Yahudi. Kebetulan beliau melihat baju besinya yang hilang di rumah orang Yahudi. Kemudian Ali bertanya kepada Yahudi berkenaan di mana ia mendapatkan baju  itu. Orang kafir itu mengatakan bahawa baju itu adalah kepunyaannya.
                Saidina Ali  rujuk kepada pengadilan. Setelah dibicara Ali tidak dapat memberi buktinya bahawa baju itu adalah kepunyaannya. Maka Ali dikalahkan oleh orang Yahudi itu. Seorang pemimpin negara dikalahkan oleh rakyatnya sendiri kerana keadilan dalam melaksanakan hukum. Setelah perbicaraan selesai maka orang Yahudi itu berjumpa dengan Ali lalu memberi tahu bahawa baju itu adalah Ali yang punya dan dia ingin mengembalikan kepada beliau, tetapi Ali tidak menerimanya sebab pengadilan telah diputuskan.
Orang Yahudi itu bukan hanya hendak mengembalikan baju itu kepada Ali sahaja tetapi dia ingin memeluk Islam kerana keadilah yang diamalkan oleh Islam tidak pernah ia jumpai dalam kepercayaannya dahulu. Dengan disaksikan oleh Ali sendiri ia mengucap dua kalimah syahadat, masuk Islam.
Pembaharuan yang keempat mengenai mengetengahkan ilmu dan peradaban. Ayat pertama sahaja yang diturunkan ialah mengenai membaca,Iqra. Kita membaca kalimah Allah yang terucap iaitu al-Quran  dan kalimah yang tercipta iaitu alam ini. Banyak ayat al-Quran mengajar kita untuk menggunakan pemikiran, memahami keadaan alam. Al-Quran membuka pintu seluas-luasnya untuk manusia menimba ilmu.
Dengan ilmu dapat kita memahami kewujudan berbagai makhluk Allah. Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa makna. Orang mengatakan bahawa Allah menciptakan nyamuk itu tidak ada kemanfaatannya kepada kehidupan. Makhluk nyamuk pembawa penyakit dan sentiasa mengganggu manusia masa tidur di waktu malam.
Sekecil-kecil nyamuk belum ada professor atau ahli ilmuan tertinggi yang dapat mencipta nyamuk. Ilmu dapat mempelajari kemanfaatan nyamuk kepada manusia dengan mengkaji mengenai kehidupannya. Dikaji dan diteliti cara makhluk ini hidup sehingga ada orang mendapat title PhD. kerana mengkaji nyamuk sahaja.
Orang lain mempelajari cara-cara bagaimana menghapuskan nyamuk. Ia membuat berbagai  jenis obat nyamuk sehingga ia mewujudkan satu industry  ubat nyamuk lalu menjadi kaya kerana pasaran obat nyamuk begitu laris di seluruh dunia. Inilah manfaatnya mempunyai ilmu untuk digunapakai demi kemanfaatan kepada tamadun kehidupan.
Dengan kehadiran ilmu, kita boleh iri hati terhadap pencapaian orang lain. Orang yang kaya suka mendermahakan kekayaannya kepada masyarakat yang memerlukan. Melihat keadaan demikian hati merasa iri, kalau saya kaya pun saya berbuat demikian juga. Ini bermakna iri hati dengan catatan kalau kedudukan kita serupa dengan orang yang kuat membantu orang, maka kita pun akan berbuat demikian juga. Iri hati serupa ini menjadi motivasi dalaman setiap individu untuk meningkatkan amal ibadahnya kerana Allah.
Pembaharuan yang kelima adalah mengangkat darjat martabat kaum wanita. Dahulu kaum wanita nilainya dianggap rendah, seolah-olah ia hanya melahirkan anak sahaja. Baginda Nabi mencanagkan bahawa wanita   adalah tiang negara. Kalau baik wanita baik negara, kalau wanita tidak baik hancur negara. Wanita sila belajar sama dengan lelaki, menunut belajar agama sama dengan lelaki tetapi jangan melampau kudrat kewanitaannya. Sebab imansipasi yang melampai kodrat sebagai wanita akan merendahkan darjat kaum wanita itu sendiri.

Tuesday, May 14, 2013

KEPELBAGAIAN CARA MENUNTUT ILMU


 (Disiarkan pada 11. 5. 2013)
Ilmu dituntut membawa pembaharuan kepada ufuk pemikiran individu daripada yang sempit kepada yang luas dan membawa kepada perubahan diri dari segi pemikiran mengenai alam kehidupan  sebagai hamba Allah. Manusia diwujudkan Allah dalam dua unsur iaitu jasmani yang asalnya daripada tanah dan rohani yang berbentuk zat(roh) dari Allah s.w.t.
                Maka itu adalah menjadi tanggugjawab setiap insan mengilmukan diri megenai pembangunan kehidupan di dunia (jasmani) dan juga pembangunan kehidupan di akhirat (rohani). Kedua-duanya penting dan kedua-duanya menjadi perjungan setiap individu untuk mentarbiahkan diri yang berupa ibadah kepada Allah s.w.t.
                Manusia dituntut menimba ilmu pengetahuan demi kemanfaatan pembangunan tamadun kehidupan di dunia. Ilmu di dunia merupakan asas kepada pembangunan kehidupan di akhirat kelak. Keperluan ilmu dalam menangani kehidupan di dunia merupakan prasyarat dan asas untuk menempuhi kebahagian hidup di akhirat.
                Manusia diwujudkan Allah di dunia untuk beribadah kepada-Nya dan melaksanakan segala amanah yang dipertanggunjawabkan kepadanya. Hanya kehidupan dunia sahaja yang dapat kita melaksanakan segala amal ibadah kerana Allah demi mengumpul dana pahala untuk kepentingan pembangunan kehidupan akhirat.
                Diingatkan bahawa kepentingan mempunyai ilmu ikhirat menjadi prasyarat sebagai pemain dalam menelusuri kehidupan di dunia sebab segala kemanfaatan dalam kehidupan dunia akan mendapat keredaan Allah s.w.t.. Analogi yang dapat kita simpulkan untuk menjamin kebajikan jasmani dan rohani ialah: “Kalau kita menanam padi tanpa diundang rumput turut tumbuh subur; tetapi kalau kita tanam rumput jangan mimpi padi akan tumbuh sama.”
                Ia membawa maksud bahawa jika kita pelihara kebajikan rohani dengan mempelajari segala ilmu mengenai dunia akhirat serta menterjemahkan dalam amal ibadah kerana Allah, maka dengan sendirinya kehidupan dunia akan terbela. Tetapi jika kita hanya mementingkan dunia semata iaitu mempelajari segala kepelbagaian pembangunan dunia semata tanpa bersandarkan kepada ilmu akhirat atau segala amalan tidak difikirkan tawakal kepada Allah, segala amalan itu hanya untuk kepentingan dunia semata maka anda akan tersisih dari pembangunan rohani.
                Dengan kehadiran ilmu, akan melahirkan berbagai bidang pembangunan tamadun manusia. Kiayi Haji Zainuddin M.Z., dalam kessetnya yang menjadi sumber ilmu penulis, telah memperincikan pembangunan yang bermuara dengan ibadah tujuh belas rakaat atau solat lima waktu sehari semalam. Apakah kaitan pembangunan dengan tujuh belas rakaat? Orang yang memelihara solat lima waktu sehari semalam, hatinya sentiasa mengingati Allah maka itu budaya kerjayanya sentiasa bersifat tawadhu.
                Jika anda seorang pedagang atau perniaga yang baik, ingin berpatisipasi dalam pemba- ngunan, jadilah pedagang yang jujur. Jangan kurangi timbangan. Benda yang tidak baik katakan tidak baik; benda yang haram katakan haram. Jangan benda yang tidak baik dikatakan baik, benda yang haram dikatakan halal dan sebagainya.
                Jika kita seorang guru ingin berpatisipasi dalam pembangunan jadilah guru yang bijaksana dan rajin. Murid yang lemah jangan dihina dikatakan bodoh. Anda berkhidmat mengilmukan murid biarlah diiringi dengan penuh kasih sayang. Anggaplah murid-murid itu sebagai anak sendiri yang memerlukan kasih sayang dari seorang ibu atau ayah. Ingat, profesion keguruan tidak akan wujud jika tidak ada murid yang lemah atau bodoh!
                Orang yang bersifat tawadhu sentiasa merasa rendah diri terhadap segala kejayaan anda. Kita lihat pada jasmani manusia sahaja, bentuknya amat cantik dengan urat wajah mukanya sangat memikat pada mata memandang terutama sekali paras wanita. Tetapi dalam segala anggota badan kita, yang amat kita sayangi ialah kepala. Kalau rakan kita secara gurau memukul badan kita, masih kita senyum; dan memukul tangan kita masih dapat menerima, tetapi memukul kepala kita jangan cuba-cuba! Menyentuh kepala memang kita tidak dapat berkompromi. Tetapi apabila kita mendirikan solat kita sujud dengan meletakkan kepala kita sama rata dengan telapak kaki. Allahuakbar!
                Apa yang dimegahkan dalam hidup ini. Segala kekayaan, dan kemewahan kita perolehi bukan milik kita secara mutlak. Ia adalah hanya kepunyaan kita sebagai hak gunapaki semata; segalanya itu ialah hak  mutlak Allah. Ibadah yang kita laksanakan berupa tawakal kerana Allah. Orang yang memelihara  tujuh belas rakaat sentiasa dimurnikan hatinya untuk sujud kepada Zat yang maha berkuasa. Tujuh belas rakaat akan membentuk hati yang tawadhu atau rendah diri.
                Apabila manusia kehilangan rasa tawadhu segala perjuangannya dalam hidup adalah semata-mata kepenting diri sahaja. Orang yang kehilangan sifat tawadhu sukar hendak mengatur hidupnya dengan Tuhannya. Kekayaan yang terlepas dari sifat tawadhu; kekayaan yang lahir dari tujuh belas rakaat akan melahirkan sifat sombong seperti halnya Karun.
                Tujuh belas rakaat membentuk manusia disiplin. Dalam era pembangunan manusia masa kini disiplin diri amat diperlukan di berbagai sudut pembangunan. Merasa Allah dekat dalam hidupnya menjadi sumber segala disiplin pembangunan. Iman dalam diri sentiasa melihat Allah dekat dengan kita, tidak kira di mana kita berada, atau dalam melakukan sebarang perkerjaan Allah sentiasa bersama kita.
                Pernah berlaku pada sekumpulan murid seramai empat puluh orang. Guru kelas mereka sentiasa menumpukan perhatian kepada seorang murid sahaja untuk membantunya dalam berbagai keperluannya. Murid yang lain merasa curiga lalu mereka bertanya kepada guru mereka mengapa murid yang lain tidak diberi peluang untuk membantunya? Pada keesokan hari gurunya menghimpunkan murid-murid lalu diberinya seorang seekor burung dan sebela pisau.
                Guru mereka meminta semua murid cari tempat yang agak tidak ada yang melihat kemudian potong  burung itu. Kesemua murid termasuklah murid yang selalu diberi perhatian guru, berkeliaranlah mereka mencari tempat yang sunyi yang tidak ada yang melihat. Selepas itu mereka kembali kepada guru mereka dengan burungnya yang telah disembelih; dikecuali murid yang selalu membantu guru mereka.
Murid berkenaan mengatakan bahawa dia tidak dapat memotong burungnya kerana di mana sahaja ia berada ia merasa ada sahaja yang melihatnya, iaitu Allah. Maka guru pun menjawab pertanyaan murid-murid mengapa ia sentiasa meminta pertolongan kepada murid berkenaan. Murid itu tahu di mana sahaja ia berada Allah sentiasa melihatnya. Maka ia sentiasa jujur dan ikhlas. Imanya mendidiknya bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.  
                Membentuk disiplin diri setiap individu lewat tujuhbelas rakaat akan merasa kehadiran Allah dalam diri. Sebarang perlaksanaan tugas adalah dari hati yang jujur kerana Allah. Kita merasa bahawa apa yang kita laksanakan merupakan amanah Allah yang dipertanggung- jawabkan kepada kita.
                Tujuh belas rakaat ada kaitannya dengan tujuh belas Ramadan, merupakan satu tarikh yang wajar kita jangan lupakan. Kita tahu bahawa al-Quran diturunkan pada tujuhbelas Ramadan. Al-Quran disampaikan kepada manusia untuk membentuk insan berakhlak mulia,
yang pintar untuk membasmi kebodohan. “Iqra”. Baca. Apa yang dibaca ialah kalimah Allah
yang terucap iaitu al-Quran dan kalimah Allah yang tercipta iaitu alam ini dan segala isinya.
Isi alam wajar dimanfaatkan untuk membangun manusia tahu diri dan berwawasan. Allah taburkan segala rahmatnya di alam ini, di dasar laut mahupun di perut bumi untuk diterokai sebagai sumberi pembangunan tamadun manusia.
Kehadiran air merupakan rahmat kepada kehidupan dengan syarat kita dapat memanfaatkannya lewat ilmu sains dan teknologi. Arus air sungai yang deras mengalir saban hari boleh membantu manusia dalam pembangunan. Ia boleh mengeluarkan tenaga letrik lewat teknologi hydro yang memutar turbin untuk mewujudkan dinamo. Air sungai boleh mengairkan tanah rata untuk dijadikan industri pertanian seperti penanaman padi, kolam ikan yang membantu ekonomi manusia.
                Tujuh belas rakaat membentuk disiplin manusia tawadhu dalam melaksanakan pengurusan alam ini. Disiplin yang terbina lewat tujuh belas rakaat membentuk hati yang jujur dan ikhlas dalam sebarang pelaksanaan ibadah kerana Allah. Dalam mendirikan solat lima waktu tidak pernah ia koropsi rakaat samada ia solat sendirian mahupun berjemaah; Zohor, Asar dan Isak tetap dilaksanakan empat rakaat, magrib tiga rakaat dan subuh dua rakaat.
                Hati yang terdidik untuk melaksanakan ibadah solat kerana Allah akan terpimpin diri dalam budaya ikhlas dan jujur melaksanakan pembangunan kerana merasakan Allah sentiasa bersamanya. Maka itu manusia perlaksana pembangunan wajar terlebih dahulu yang membangun sebelum ia melaksanakan pembangunan.
                Mengapakan wajar membangunkan manusia terlebih dahulu? Pembangunan yang besar yang diatur oleh kerajaan memerlukan biayaan yang besar. Maka itu orang yang mengendalikan pembangunan adalah yang bertanggngjawab penuh mengenai penggunaan biayaan yang besar itu. Di disitulah perlunya tujuhbelas rakaat kepada orang yang mengendalikan pembangunan.                      Maka itu biayaan yang besar untuk pembangunan akan selamat dibelanjakan tanpa penyelewingan. Manusia wajar murnikan hidupnya dengan tujuhbelas rakaat agar iman kepada Allah sentiasa memimpinnya kepada kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Begitu juga tanggugjawab sebagai khalifah Allah, kita sebagai pemimpin dan pemakmur alam kehidupan sewajarnya memberi contoh tauladan yang sesuai dengan pembangunan umat.
                Ilmu yang diperolehi dari ceramah bertajuk: “Pembangunan” oleh Kiyai Haji Zainuddin M.Z. amat menyentuh jiwa penulis. Dari amalan solat lima waktu merupakan nadi kepada segala pembangunan manusia. Yang mendukacitakan ialah ada orang yang rajin melaksanakan solat lima waktu tetapi hanya memahaminya sebagai satu disiplin hidup sebagi muslim. dan bukan difahami sebagai nadi pembangunan tamadun manusia.            
Maka itu menuntut ilmu wajarlah daripada orang yang bertauliah daripada hanya berpandu kepada media cetak  semata. Yang lebih abdal ialah melalui media rakaman kerana kita berpeluang mendengarnya berulang kali. Lebih banyak ulangan yang kita lakukan lebih mantap kefahaman kita mengenai ilmu yang ditarbiahkan.
Serupa juga dengan mengajar anak membaca surah al-Fatihah. Kita menyuruh anak itu membacanya berulang kali maka itu ia akan hafal surah berkenaan dan kita pun merasa mantap tentang pembacaan surah al-Fatiha. Setiap amal ibadah jika dilaksanakan secara istiqamah akan membuahkan kejayaan dan juga menjadi sebahagian daripada diri kita.
Pada kebiasaannya penulis tidak membazirkan masa setiap hari untuk mengilmukan diri dengan ilmu akidah Islam. Ia sentiasa mengikuti  ceramah agama di mesjid apabila ada peluang. Selain dari itu ia mendengar rakaman ceramah dalam kesset sama ada semasa bertugas atau semasa memandu. 

Saturday, May 4, 2013

BUDAYA ISTIQAMAH MEMBUAHKAN HIDAYAH ALLAH S.W.T.


 Disiarkan pada 4. 5. 2013)
Ceramah agama Kiai HJ.Zainuddin M.Z melalui media kassetnya sentiasa menemani hidup penulis dalam membina disiplin pembangunan rohani, kecuali masa tidurnya. Kesyukuran dalam hati terserlah kelak menggamit kebahagiaan mengecapi cara hidup sebagai Islam. Setelah ceramah berkenaan dimainkan berulang kali saban hari, intisari ceramah diterjemahkan penulis dalam amalan hidup di samping menggunakannya sebagai bahan untuk mentarbiahkan rakan-rakan yang bersua dengannya.
                Penulis amat gembira kerana mendapat sambutan dari mereka sama yang orang beragama Islam atau sebaliknya dan menaruh minat untuk mendengar taskirah dari penulis; tetap merasa sungguh kesal dan rasa sangat terkilan apabila ada di antara saudara muslim yang berkecuali kerana memikirkan bahawa mereka adalah Islam asli dan telah menganggapkan diri bahawa mereka telah memakan garam lebih banyak daripada penulis. Pepatah mengatakan bahawa menuntut ilmu (akidah), “semakin kita tahu semakin kita tidak tahu!”
                Konotasi tersebut memberi gambaran bahawa orang yang menuntut ilmu tidak ada sempadannya kerana semakin banyak ilmu yang baru diperolehi membuatnya sedar bahawa masih banyak lagi ilmu yang belum dapat dikuasainya. Masalah ini dapat kita simpulkan bahawa ilmu manusia  berbanding dengan ilmunya Allah, bagikan setitis air yang membasahi jari kita jika kita culupkan ke dalam air laut kemudian angkat; berbanding ilmunya Allah seperti air lautan yang tidak bertepi itu.
Jika diambil air laut itu sebagai tinta untuk mencatat ilmunya Allah sehingga air lautannya kering pun tidak dapat menghabiskan ilmu Allah dan jika kita gandakan air laut itu pun juga masih tidak dapat menghabis mencatat ilmunya Allah. Mereka yang mengkategorikan diri sebagai banyak ilmu sebenar tidak mengenali dirinya bahawa tanggungjawabnya untuk mengilmukan diri masih jauh kekurangannya. Adalah menjadi tanggungjawab  pada setiap insan memahami diri bahawa amanah Allah beri dalam hidup ialah menuntut ilmu sepanjang umurnya di bumi Allah ini
Allah berfiman yang bermaksud: “Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku….manusia diwujudkan oleh Allah s.w.t. dengan satu  tujuan iaitu beribadah kepada-Nya.” Melaksanakan ibadah adalah menuntut ilmu kerana Allah. Allah sayangkan orang yang berilmu daripada mereka yang tidak berilmu. Allah berfirman: “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak mengubahnya.” (Al-Ra’ad 13:11)          
Menuntut ilmu melalu media kesset memerlukan ketabahan hati serta semangat yang kental sebab kita tidak melihat penceramahnya secara langsung. Maka itu deria yang kita gunakan hanya berpandu kepada telinga semata-mata. Masalahnya ialah mata kita bebas melihat keadaan alam sekeliling semasa kita mendengar kesset berkenaan. Maka kekusyukan diri dalam mengikuti ceramah berkenaan agak kurang menemani kita.
Oleh hal yang demikian budaya istiqamah amat penting agar apa misi dalam ceramah berkenaan dapat diterjemahkan dalam hidup anda. Manusia pada kebiasaannya cepat rasa bosan untuk mendengar berulangkali bahan yang sama tetapi teknik ceramah Kiai Hj. Zainuddin M.Z. sentiasa membuat pendengarnya bergalak ketawa kerana beliau selitkan bahan-bahan kelucuan yang menjadikan ceramahnya hidup dan bersemangat.              
Penulis sentiasa memainkan kesset ceramah secara bergilir dengan tanjuk ceramah yang lain. Beliau, seorang yang inginkan ilmu akidah kerana tidak ada yang membantunya untuk memperluaskan ilmu tauhidnya. Maka semangat hendak mengetahui sesuatu  ilmu yang baru sentiasa menjadi motivasi dalaman baginya terutamanya semasa bertugas di pejabat.
Kadang-kadang berlaku pergisiran nilai antara kakitangan pejabat yang beragama Islam dengan penulis sebagai pegawainya sendiri. Ceramah berbentuk dakwah Islamiah seolah-olah  penghalang kepada mereka untuk melaksanakan tugas pejabat. Ini menunjukkan bahawa kakitangan berkenaan memandang remeh terhadap ceramah yang diminati oleh pegawainya. Tetapi jika lagu-lagu yang dimainkan terutama sekali lagu-lagu Hindi, tidak pula merasa bosan dan mengganggu dalam melaksanakan tugas-tugas pejabat!
Setiap insan harus sedar nasihat baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya bahawa menuntut ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad. Ia bermaksud bahawa menuntut ilmu adalah sepanjang hayat. Dan ilmu itu boleh didapati di mana sahaja kita berada sama ada di pejabat, di rumah, di halayak ramai, mahupun di gedung-gedung belih-belah.
Pernah berlaku di negeri Kelantan yang pemimpin utamanya ialah Menteri Besarnya, YB NIK  Aziz yang sentiasa memberi ceramah keagamaan kepada para jemaah setiap kali selepas fardu solat di masjid. Kalau ada orang yang sedang berjalan jauh dari masjid lalu terdengar ceramah beliau, orang berkenaan mengambil masa sejenak untuk duduk di tengah jalan mengambil peluang untuk mendengar ceramah berkenaan. Ilmu bagi diri individu berkenaan bagikan makanan kepada rohaninya seperti pada jasmaninya memakan nasi dan lauk apabila merasa lapar.
                Antara tajuk-tajuk ceramah Kiai Haji Zainudin M.Z ialah kesah-kesah para Nabi bertentang dengan pemimpin kafir Quarisy iaitu menganai “Kearifan” bertentang  “Kezaliman” seperti Kesah Nabi Ibrahin dan Raja  Namruz. Ceritanya amat menyedihkan hati tetapi pada masa yang sama menguatkan iman kita kepada Allah.
Nabi Ibrahim berikhtiar sedaya upaya mengetengahkan akidah Islam dengan merosakkan sembahan kaum kafirun berupa patung-patung yang direka oleh mereka sendiri, dipimpin oleh Raja Namruz yang mengakibatnya Nabi Ibrahim dihukum bakar hidup-hidup disaksikan oleh khalayak ramai. Tetapi api tidak memakan badan Nabi Ibrahim malah merasa sejuk di dalam gejolak api yang begitu menganas memakan  kayu-kayu yang dihimpun apabila Nabi Ibrahim dicampakkan kedalamnya.
Setelah kaum kafirun menyaksikan Nabi Ibrahim bangun dalam himpunan debu kayu yang bekas membakarnya, kaum kafirun amat terperanjat dalam hati tetapi tidak terbuka hati untuk meninggalkan sembahan mereka. Ada di antara mereka mengatakan bahawa Nabi Ibrahim menggunakan sehir.
Nabi Ibrahim juga diuji oleh Allah dengan bermimpi untuk diminta mengorbankan anaknya Ismail, satu-satunya anak kesayangan setelah berkeluarga selama hampir satu dekad dengan Siti Hajar, barulah mendapat cahaya mata. Iman yang kental dan percaya benar mimpinya itu betul-betul Allah yang mengarahnya. Nabi Ibrahim terlebih dahulu meminta persetujuan dari anaknya Ismail. Maka Nabi Ibrahim boktikan bahawa cintanya kepada Allah adalah lebih kuat berbanding dengan cintanya kepada anak kesayangannya.
Apabila Nabi Ibrahim lakukan sendiri untuk menyembelih anak kesayangannya itu ternyata pisau yang digunakan itu adalah menyembelih lehir seekor kibas dan bukan lehir anaknya. Allahu akbar! Allah yang Maha Kuasa. Ceramah-ceramah sedemikian kisahnya, penulis tidak jemu-jemu mendengarnya walaupun diulang kali saban hari. Tetapi ada orang yang menganggapnya sebagai kurang penting dan membosankan!
Kisah Nabi Sulaiman dengan Ratu Bulqis turut juga dimuatkan dalam ceramah Kiayi Zainuddin M.Z. Kisah berkenaan amat memujuk jiwa untuk beriman kepada Allah s.w.t. yang Maha Mengatahi dan Maha Bijaksana itu. Ratu Bulqis tidak beriman kepada Allah tetapi amat kaya dan ingin berkenalan kepada Nabi Sulaiman yang terkenal itu kerana boleh berkemunikasi dengan berbagai haiwan termasuklah iblis dan syaitan.
Dengan kuasa Allah yang diberi kepada Nabi Sulaiman maka Ratu Bulqis jatuh cinta
kepada beliau yang akhirnya menjadi pasangan suami isteri. Kekayaan Ratu Bulqis dapat dikalahkan oleh Nabi Sulaiman dengan hanya mempunyai satu istana yang luar biasa yang  belum pernah ada dibuat oleh sesiapa pun di dunia.
Menuntut ilmu akidah melalui media kesset menimbulkan motivasi dalaman yang pengaruhnya amat kuat untuk memujuk diri setia bersama di mana sahaja upacara ceramah ilmu  akidah diadakan secara langsung  yang dilakukan oleh penceramah jemputan mahupun yang dilaksanakan oleh ustaz-ustaz yang bertauliah. Kebaikannya ialah apa sahaja yang dimuatkan dalam ceramah berkenaan, pengalaman mendidik diri bahawa yang diutarakan itu tidak asing bagi kita.  
Kategori-kategori lain yang dimuatkan dalam ceramah Kiai Hj. Zainuddin M.Z. mengenai pembangunan keluarga misali. Antara tajuk-tajuk berkenaan masalah tersebut ialah seperti “Berbakti Kepada Ibu dan Bapa”, “Dasar-Dasar tujuan Hidup, “Pembangunan” , “Jauhi oleh mu 7 perkara yang merosak”, “Bahaya Free Seks” dan sebagainya.
Ceramah mengenai pembangunan manusia tersebut wajar diketahui dan difahami oleh setiap individu yang bergelar manusia. Sebab intisari pembangunannya ialah ‘memanusiakan manusia”. Ada rakan-rakan bertanya mengenai konotasi tersebut kerana apa yang mereka faham ialah seorang insan lahir semestinya menjadi manusia.
Ada beberapa fakta mengapa manusia itu dianggap menyerupai akal haiwan! Pertama Allah turunkan wahyu-Nya yang pertama kepada manusia iaitu Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibril ialah “Iqra” atau “Baca”. Ini bermaksud manusia hidup di dunia mesti dengan ilmu. Seolah-olah Allah berkata “Hai manusia, hiduplah jangan menjadi bodoh.”
Apa yang dibaca? Allah turunkan ke bumi dua dokumen penting. Iaitu dokumen yang terucap oleh Allah iaitu al-Quranul Karim dan kedua ialah dokumen yang tercipta oleh-Nya, iaitu alam ini dengan segala isinya. Allah mengatakan bahawa orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak beilmu.
Ilmu merupakan zat pemangunan jasmani dan rohani. Ilmu mendekatkan kita kepada Allah s.w.t.; Ilmu menyederkan kita tentang tanggungjawab sebagai hamba Allah dan tanggung jawab sebagai khalifah Allah. Ilmu mendidik kita apa yang batil dan apa yang benar. Ilmu memudahkan hidup di dunia dan juga hidup di akhirat.
Ikan boleh berenang dalam air  dengan menggunakan isangnya tetapi manusia boleh menyalam dalam air lebih dalam lagi daripada ikan dengan ilmunya. Burung boleh terbang di  udara dengan menggunakan sayapnya tetapi manusia boleh menjelajahi angkasa lepas dengan ilmunya. Kerja-kerja yang berat menjadi ringan kerana ilmu. Besi yang beratus tan beratnya boleh terbang ke udara dengan ringan sahaja.
Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul dibumi untuk membentuk akhlak manusia atau untuk memanusiakan manusia. Masyarakat Jahiliah mempercayi anak perempuan sebagai pembawa kesialan dalam keluarga dan mesti dihapuskan dengan menguburkannya hidup-hidup. Ini merupa undang-undang rimba. Kedatangan Islam memberi pengiktirafan kepada perempuan atau wanita sama dengan lelaki.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menjaga kekudratan wanita dan meminta umatnya untuk menjaga kebajikan wanita sama dengan lelaki. Malah di ambang kewafatan baginda pun sempat mengucapkan tiga kalimah sebelum menghembukan nafasnya yang terakhir.  Iaitu “Asolat-asolat; itakunisa, itakunisa; umatku-umatku.” Lebih kurang maksudnya: Solat peliharalah solat; wanita jagalah wanita; umatku, umatku. Dan selepas itu baginda menghembus kan nafas yang terakhir!
Mendengar kesset yang membawa ilmu dakwah wajar dilaksanakan secara istiqamah kerana semakin banyak kita mendengar ilmu berkenaan semakin kita tahu bahawa kita masih perlukan ilmu dunia dan akhirat.