Saturday, June 8, 2013

ZIKIR MEMANTAPKAN DAN MEMURNIKAN IMAN KEPADA ALLAH S.W.T.


 (Disiarkan pada 8. 6. 2013)
Ibadah Zikir dengan menggunakan nama Allah semestinya mempunyai tujuan tertentu tetapi penulis melaksanakannya tanpa apa-apa misi yang khusus, hanya ingin merasai kelezatan iman serta menaruh kecintaannya kepada agama Islam sebagai agama Allah. Motivasi dalaman penulis dalam melaksanakan zikir berpaut kepada keinginannya menterjemahkan Islam dalam kehidu- pan beliau.
                Mengikut sejarahnya bagaimana beliau menukarkan agama dari penganut kepercayaan Krestian (Catholic) kepada agama Islam sebagai agama yang benar, beliau  telah mengalami kesukaran demi kesukaran dalam mentarbiahkan diri mengenai akidah Islam kerana rakan-rakan muslim sama ada yang mualaf mahupun mereka yang dalam keturunan keluarga Islam amat segan untuk mendekati beliau.
                Mengapa berlaku demikian, beliau kurang faham dan banyak kemungkinan yang boleh diambil sebagai faktornya. Antaranya ialah mungkin disebabkan beliau dalam agama lamanya adalah pendakwa sambilan yang dikategorikan sebagai “Ahli Vergin of Mary” dan rakan beliau memikirkan bahawa bukan mudah mentarbiahkan  orang yang mendalamai kepercayaan tertentu.
Pengalaman beliau semasa dalam kepercayaana lamanya, beliau pernah berdebat dengan Padri atau yang biasa dikenali sebagai “Father” terutama sekali untuk mendapatkan kefahaman mengenai felosofi: “God is in three blessed trinity”atau dalam bahasa Melayunya: “Tuhan itu adalah tiga dalam satu”.
Dalam disiplin sembahyangnya wajar mendapat berakat dari Tuhan terlebih dahulu dengan mengucapkan “In the name of the father, and of the son and of the holy ghost” (Dengan nama bapa, dan nama anak dan nama spiritu sangti) sambil menyentuh kepala untuk father dan menyentuh perut atau dada sebagi anak dan menyentuh kedua belah  bahu sebagai holy  ghost.
 Penulis bertanya kepada padri: “Adakah Bapa itu Tuhan? Jawapannya “Ya”, Adakah anak itu Tuhan? Jawapannya “Ya” dan Adakah holy ghost itu Tuhan? Jawapannya “Ya”. Maka penulis memahami Tuhan itu ada tiga. Tetapi jawapannya “tidak”, Tuhan itu hanya satu. Padri mencuba membuat analogi dengan tangan kanan iaitu satu tangan kanan ada lima jari tetapi kita faham ada satu tangan kanan sahaja. Penulis semakin bengong kerana dalam kefahaman penulis bahawa tangan itu adalah tangan dan jari itu adalah jari! Maka perdebatan antara padri dengan penulis mengakhiri dengan keputusan dari padri berkenaan, “You have to believe it!”. Ini bermaksud padri mengalami kebuntuhan alasan atau jawapan untuk mentarbiahkan penulis mengenai   persoalan yang dikemukakan oleh penulis.
Berkemungkinan juga mengapa beliau mendapat kesukaran mendampingi rakan muslim untuk mendidik beliau mengenai Islam, disebabkan penulis sentiasa “picky” dalam usahanya untuk mendapatkan kefahaman mengenai persoalan tertentu. Maka itu rakan-rakan muslim segan mendampingi beliau. Dalam pandangan penulis, remaja Islam masa dahulu dan juga masa kini sebilangan besar agak kurang berusaha untuk menimba ilmu akidah terutama sekali remaja yang dilahir dalam keluarga Islam.
Ada kemungkinan juga mengapa rakan-rakan muslim tidak membantu penulis untuk mengilmukan beliau mengenai akidah Islam kerana beliau memegang jawatan tertinggi dalam profesion keguruan maka ada keseganan dari segi protokolnya. Akibat dari itu sesiapa saja yang mendekati beliau serta membantunya untuk mengenali ilmu akidah, beliau dengan semangat yang kuat sentiasa bersedia melaksanakan amal ibadah yang diwajibkan.
Ibadah zikirullah yang dilaksanakannya  adalah antara cara penulis ingin mengilmukan diri dalam usaha mendekati Allah s.w.t. Perlaksanaan zikirullah yang diajar oleh saudara sepupunya dilakukan dalam dua fasa dengan setiap fasa mengambil masa lima jam setiap malam selama empat puluh satu malam.
Berzikir dalam masa lima jam bermula pukul dua belas malam akan selesai pada pukul lima pagi. Tanpa rehat langsung mendirikan solat subuh dengan terlebih dahulu melaksanakan solat sunat tahajud untuk meminta kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah beliau. Setelah solat subuh beliau menggunakan empat puluh lima minit untuk tidur sebelum bersedia ke pejabat.
Semasa melaksanakan ibadah zikirullah beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian Keningau yang menjaga empat buah daerah seperti daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan daerah Nabawan. Selain dari menjalankan tugas-tugas pejabat yang amat mendesak saban hari itu belaiu  juga menghantar dan mengambil anak-anak sendiri ke sekolah kerana tidak ada yang dapat membantunya disebabkan orang rumahnya kurang mampu melaksanakannya..
Selepas melaksanakan ibadah zikirullah secara istiqamah selama empat puluh satu hari, beliau diberi satu gambaran dalam mimpi di mana penulis bersama puluhan remaja kira-kira berumur belasan tahun turut sama memasuki kuburan orang musrikin. Pengalaman beliau menjelajahi dalam kuburan musrikin amat mengerunkan. Kelihat orang tua, remaja, dan kanak-kanak dalam keadaan rangkanya sahaja keluar dari keranda masing-masing dan mengada perbin-
cangan tetapi penulis tidak dapat memahami bahasa yang diguna kerana kurang jelas didengar. Setelah habis perbincangan, mereka kembali ke dalam kerada masing-masing. Setelah itu penulis keluar dari kubur berkenaan meninggalkan rakan-rakan yang masih di dalamnya menyaksikan keadaan alam kubur berkenaan.
Pada saat itu penulis tersedar dari tidurnya lalu melihat jamnya menunjukkan pukul tiga pagi. Penulis yang masih dalam selimut, berfikir sejenak membuat perbandingan antara alam kubur orang mukmin dengan alam kubur orang musrikin. Mengikut akidah Islam yang dibawa oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana beliau pelajari dari kesset Kiai Zainuddin M.Z.. bahawa jasad orang Islam yang telah kembali ke rahmatullah, setelah di kubur akan menjadi tanah atau kembali kepada asalnya tanah.
Rohnya akan berada di alam barzakh sehingga hari kiamat datang di mana semua yang mati akan dibangkitkan semula untuk ditemukan kembali dengan roh masing-masing dan ditempatkan di padang masyar untuk dipertanggungjawabkan segala amal-amal yang telah dilukukannya semasa hidup di dunia, sebelum ditentukan samada ke syurga Allah  atau ke neraka jahanam.
Pada keesokan harinya penulis bergagas ke tempat adik kandungnya hendak bertanya mengenai cara ibunya, yang telah meninggal dunia, di kubur. Penulis tidak sempat melihat ibunya yang disayangi itu disemadikan disebabkan beliau berada di Amerika Syarikat sedang mengambil ijazah sarjananya. Mengikut pengalaman penulis semasa dalam agama Kristian (Catholic) dahulu telah melihat cara orang Krestian dikubur ialah ditempatkan di dalam keranda kemudian kerandanya dibalut dengan simin untuk mengelakkan jasad si mati tidak disentuh oleh tanah.
Amat menyedihkan pada penulis bahawa ibunya disemadikan, mengikut penerangan adik kandungnya, dengan menyimin kuburnya dalam tiga dimensi iaitu  di bahagian kedua-dua tepi dan atasnya tetapi bahagian bawahnya hanya keranda yang menghalang jasad ibunya menyentuh tanah. Ini bermakna jasad si ibu hanya dapat menyentuh tanah setelah kerandanya buruk dimakan tanah
Penulis merasa bersyukur kerana dia telah menganut agama Islam iaitu agama Allah. Maka itu hidupnya di landasan yang diredai Allah s.w.t. yang menjadikan manusia dari tanah dan harus kembali kepada tanah. Maka di situlah kembali kepada felosofinya bahawa memelihara kebajikan rohani adalah lebih diutamakan daripada jasmani semasa hidup di dunia. Inilah antara lain menjadi motivasi dalaman penulis untuk ingin mendekati Allah dan mencintai agamaNya melalui zikirullah.
Hidangan Kiai Zainuddin M.Z dalam media kessetnya, beliau mengambil peristiwa semasa baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. mentarbiahkan masyarakat Quraisy mengenai perjalanan hidup manusia setelah menemui ajalnya. Bahawa Allah jadikan manusia dari tanah dan akan dikembalikan kepada tanah. Kemudian dibangkitkan semula oleh Allah dan ditemukan kembali dengan rohnya apabila datang dunia kiamat iaitu dunia hancur-hancuran untuk dipertanggunjawabkan amal perbuatannya semasa hidup di dunia.
Setelah baginda menyampaikan taskirahnya lalu dua orang pemuda Quraisy, berlaga keras kepala, bergegas pulang ke rumah mereka untuk mengambil cangkul dan pergi mencari kuburan tua. Mereka mengorek kuburan itu dan diambil tulang-tulangnya kemudian dipersembah kan kepada baginda Rasul untuk melihat kesaihan taskirah baginda. Baginda memberi tahu bahawa kalau Allah boleh mencipta manusia dari tanah  mengapa ia tidak mampu mengembali kan ciptaannya seperti sedia kala? Inilah faktor yang memurnikan iman serta memantapkan ketakwaan penulis kepada Allah s.w.t.
Keutamaan dalam hidup di dunia ialah memahami perjalanan hidup kita mulai dari roh ciptaan Allah sebagai unsur manusia pertama yang ditempatkan bersama dengan jasmani yang Allah ciptakan dari tanah dan kembali kepada roh setelah selesai agenda di di dunia. Usia pada setiap insan telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Berkuasa itu.
Ranjau-ranjau perjalanan dan karenah-karena hidup manusia hanya berlaku semasa hidup di dunia sahaja. Allah tidak biarkan manusia bersendirian bergelumang dengan noda dan dosa menangani hidupnya di dunia tetapi Allah bekalkan bermacam-macam jenis media ilmu untuk manusia gunakan demi mentarbiakan diri memahami tanggungjawab serta tujuan hidup yang Allah inginkan.
Pertama Allah turunkan dokumen wahyuNya (Al-Quran) yang memerintahkan manusia untuk mengilmukan diri agar manusia dapat membaca dan memahami felosofi hidup yang diredai Allah s.w.t. Kedua ialah Allah wujudkan para ulama, ustaz, guru-guru agama dan badan-badan bertauliah yang boleh membantu manusia mengilmukan diri mengenai ilmu akidah. Mereka inilah yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu akidah kepada manusia di seluruh pelusuk alam.
Cara dan teknik mereka menyampaikan ilmu akidah kepada masyarakat mukmin masing-masing mempunyai gayanya tersendiri mengikut kesarasian kepada individu berkenaan mengikut keadaan semasa di mana mereka berada. Oleh sebab penulis tidak dapat mengilmukan diri mengenai ilmu akidah secara langsung dengan individu berkenaan, maka beliau berpuas hati dengan menggunakan media kesset sahaja.
Penulis amat terhutang budi kepada Kiai Zainudin M.Z. kerana melalui ceramahnya dalam media kessetnya penulis dapat mendekati Allah s.w.t. serta mencintainya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan beliau bersama-sama orang-orang yang saleh yang telah meninggalkan amal  jariah mereka semasa hidup di dunia.
Media-media lain yang penulis gunakan untuk menimba ilmu akidah ialah melalui media cetak. Di rumahnya ia mempunyai mini perpustakaan yang menjadi pembantu beliau untuk memperkayakan serta mengukuhkan ilmu yang diperolehi melalui media kesset. Antara nukilan yang penulis gemar membaca ialah buku-buku yang ditulis oleh  Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi; Prof. Dr. HAMKA; Dr ‘Aidh Abdullah  Al-Qarni; Bey Arifin; Nik Azis Nik Mat serta Tafsiran Al-Quran yang ditulis oleh Ahmad Sonhadji Mohamad, dan banyak lagi buku-buku agama lainnya yang menjadi tetamu khas beliau di rumah untuk membekalkannya dengan berbagai ilmu dunia dan akhirat.
Ilmu yang ditimba dari berbagai media, penulis menterjemahkannya ke dalam diri beliau dengan cara menggunakan bahan-bahan berkenaan untuk ditarbiahkan kepada rakan-rakan seperjuangan mahupun kepada pegawai-pegawai atasan apabila masa mengizinkan untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian maka ilmu itu dapat didaftarkan dalam jiwa penulis dan digunakannya semasa menjadi penulis diruang-ruang akbar tempatan.
Memahami ilmu agama penulis dapat kemudahan melalui ilmu-ilmu sains dan teknologi terutama sekali ilmu biologi yang beliau pelajari semasa di bangku sekolah dahulu maka itu dapat memudahkan urusan dari segi kefahaman mengenai felosofi kejadiannya disamping memahaminya sebagai kekuasaan Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana itu. 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment